Share

Wordless Wednesday : Gambar Penyimpan Mohor Raja-raja seterusnya mungkin


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Selamat Hari Raya : Gambar wajib ada



Saya @joegrimjow, mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, minta maaf kalau ada sepanjang berblog ini terkasar bahasa dalam entry atau terbuat sesuatu yang tidak menyenangkan hati kawan-kawan yang membaca. Semoga aidilfitri kali ini menjadi lebih bermakna untuk kita semua =)


pss : A mistake is always forgivable, rarely excusable and always unacceptable - robert fripp

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bilakah tarikh terakhir untuk bagi kad raya supaya penerima dapat sebelum raya?




22hb??? haha, dah tak sempat nak bagi kad raya! ala, pos laju kan ada, tak pun pos ekspress. yang menarik, cuba tengok tarikh yang die reply. haha. memang cam nak cubit2 je pos malaysia ni. xpe, ada sikit alasan tak bagi kad raya tahun ni kat korang. woho!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

#Tipskurus badan tak nak terlampau naik selepas raya

Tahun ni kemungkinan besar kita akan berpuasa hanya 29 hari. Raya mungkin jatuh pada 30hb. Kalau mengikut hisah, begitulah kiranya. Tapi nak anak bulan tak kelihatan lagi, raya pertama jatuh pada hari kemerdekaan. Wah, best macam tu kan?

Ok ok, sebut pasal raya ni, ada satu masalah besar yang aku dan kebanyakan orang di dunia ni yang menyambut alami – berat badan naik! Al maklumlah, masa raya, sebut je jenis makanan apa, semua ada. Dengan rumah terbukanya, dengan jamuannya, dengan makanan lebihannya, sebut je, semua ada. Kebiasaan pada raya ke5-6, berat tu dah naik 4-5kg. Pengalaman peribadi ok zaman dulu-dulu

Jadi kat sini, aku akan kongsikan beberapa tips untuk korang kekalkan berat badan selepas raya TANPA dikatakan korang berdiet. Eh, macam mana tu? Jeng jeng jeng



SEMASA PUASA

1-Turunkan sebelum naik

Sekarang ni dah genap 24 hari kita berpuasa. Esok hari ke25. Maknanya tinggal beberapa hari lagi lah ni puasa nak habis. Cuba korang tengok berat badan korang masa 1st puasa hari tu dengan sekarang, ada penurunan tak? Macam aku dah turun 4kg dah. Haha, banyak kan? Ni penangan pergi UK la ni, makan tak ingat dunia!

Tapi kalau berat badan korang tak turun-turun jugak, 4 hari selanjutnya ini korang kena lakukan sesuatu untuk turunkan at least 2-3kg. KENAPA? Ya lah, sebabnya masa raya nanti nak BALUN habis-habisan, mestilah kena turunkan dulu. Kalau tak turunkan, alamatnya berat korang akan naik secara mendadak dan baju seluar semua habis tak muatlah. Heh, kena pandai ok


2-5 hari seterusnya – exercise!

Masa puasa ni, pernah tak pergi exercise walaupun sekali? Kalau tak, untuk berikutnya memang kena exercise. Aku tak syorkan exercise waktu pagi, ye lah sebab nanti habis semput dan tak bertenaga pada waktu tengahari ke petangnya, apa yang aku cadangkan, exercise waktu petang. Pukul 5.30-6.30 tu adalah terbaik.

Exercise tak payah nak buat kerja berat-berat, pergi gym bagai tak payah, just ringan-ringan je. Joging ke, berbasikal ke, atau berjalan keliling taman. Jangan keliling bazar ramadhan dah la ye =)


3-Exercise malam – TERBAIK



Sebut pasal gym, kalau nak pergi jugak, aku syorkan lepas berbuka. Waktu yang paling AFDHAL adalah lepas terawikh. Kalau kat area rumah aku ni, RM 5 je untuk sekali masuk. So bila dah lepas terawikh tu, bolehlah pakat-pakat dengan member ke, adik ke, abang ke untuk masuk gym kejap. Buat satu pusingan main semua benda dah cukup. Just untuk bagi otot tu 'bekerja' je

Lagi satu, kita ni dah masuk 10 terakhir, jangan lepaskan qiyamullai! Ramai yang tak perasan exercise terbaik adalah ketika solat! Aku ada baca buku rahsia solat, memang complete kita solat, complete kita lakukan segala pergerakan keatas badan. Cuma kalau dah 2 rakaat tu, memang la tak rasa penat mana pun, cuba qiyam tu buat 10-12 rakaat, konpem rasa 'penat' jugak.

Ni dah kira untung la ni, dapat pahala lebih, body pon lawa gitu!




SEMASA RAYA

1-Pagi raya – tahan tahan dan tahan!



Dah memang sah sah pagi raya ada pelbagai hidangan kat atas meja. Satay, rendang, ketupat, lemang, semua ada lah. Tradisi keluarga aku, memang kena bakar satay. So pagi tu memang tak makan satay tu tak sah. Tapi, memang tak elok untuk perut!

Pagi adalah sangat kritikal. Kita kena makan, tapi kena pilih makanan yang low carbo dan low fat. Pilih yang high protein! Bukan tak boleh makan satay semua tu, cuma makan pukul 11 dan keatas. Alah, sebelum pagi solat raya tu, jangan makan terlampau banyak, just amek sikit-sikit je, dah lepas solat hari raya, haaa, nak makan, makanlah.

Cayelah, kalau pagi korang bleh jaga makanan yang korang makan, berat mesti tak naik banyak!


2-Jadi budak tadika – bawak botol air!

Air jugak sangat penting untuk maintain berat masa raya ni. Selain tujuan pengankutan dalam badan, air jugak akan buat korang rasa sentiasa 'kenyang' Bila dah kenyang tu, automatik nafsu nak makan banyak, nak kunyah ni kunyah tu akan berkurangan. Aku cadangkan, bawak botol air masa raya nanti. Haha, bunyi pelik je kan, apa salahnya cuba tahun ni. Hehe


3-Beriadah bersama keluarga

Satu lagi tradisi keluarga aku, malam hari raya ke 3-4 mesti kiteorang anak beranak sanak saudara yang laki-laki ni akan main futsal. Tempah court dan main selama 1-2 jam. Riadah macam ni bukan saja dapat eratkan silaturrahim dengan spupu spapat, jugak elok untuk badan. Ya lah kan, hari raya pertama dah sumbat macam-macam, dah sampai lah masa badan tu kena bergerak-gerak balik. Otot tu kena regang-regang sikit ok.


Tamat sudah

Jadi, itu saja tips yang boleh dikongsi. Benda ni bukannya susah sangat pun bila dah buat, bunyi je macam pelik, tapi bila dah buat tu takdelah nampak pelik mana pun. Masa raya ni memang dah ramai isytihar 'merdeka' pada makanan, jumpa makanan akan makan dengan sehabis-habisnya. Kena ubahlah sebab perut tu kena jaga maintain.

Bersederhana tu kan lebih baik =)


pss : jangan lupa contest mudah ini dan menang CASH!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Contest Raya bersama Kelantan Weight Loss Challenge #tipskurus

Alhamdulillah, Kelantan Weight Loss Challenge musim ke6 bakal melabuhkan tirai pada 27hb 8 2011 ini. Bakal berakhir dengan majlis berbuka puasa. Heh, bunyi pelik je kan program turun berat badan tapi malam penutup bagi makan. Takpelah, sebab para peserta dah bertungkus lumus diet, kita bagi can kat dieorang makan malam tu =)


Contest Raya untuk semua - peluang duit raya!

Bagi sesiapa yang nak dapatkan duit raya secara mudah, ini ada contest mudah yang akan diadakan. Sangat mudah dan sesiapa saja yang ada facebook atau blog boleh join. Caranya adalah
  • Teka berapa penurunan keseluruhan peserta Kelantan Weight Loss Challenge semasa malam penutup nanti (27/8/2011) (Dalam kg)
  • LIKE fanpage Kelantan Weight Loss Challenge
  • Jawapan hanya boleh teka dengan jawab di Facebook masing-masing. Caranya, type di wall masing-masing dengan tag (gunakan @ dan tulis kelantan weight loss challenge) menggunakan ayat : (Contest) Rasanya jumlah penurunan peserta Kelantan Weight Loss Challenge adalah xxx.xkg. contoh

  • Sudah update di wall masing-masing, klik bahagian masa (a few second ago) dan hantarkan link itu dibahagian komen bawah ini (cth link http://www.facebook.com/KelantanWLC/posts/191814067551328)
  • Peserta yang PALING TEPAT akan menang hadiah utama. CASH. Jika terdapat persamaan, maka masa paling pantas akan ditentukan untuk pemenang utama
  • Hadiah utama - DUIT RAYA yang sama dengan jumlah tekaan yang tepat (kalau teka 166.6kg, RM 166.6 akan diberi)
  • TARIKH TUTUP : 27/8/2011 JAM 5 PETANG

EXTRA hadiah untuk blogger!

Bagi yang buat entry khas di dalam blog, promosi Kelantan Weight Loss Challenge dengan cara apa-apa pun, sertakan sekali tekaan korang, hantarkan link blog korang dibahagian komen bawah dan hadiah itu akan digandakan 2. Katakan korang teka 166.6KG, maka jumlah yang korang menang akan menjadi 166.6 x 2 = RM 333.2! 5 entry terawal akan dihadiahkan tiket untuk menyaksikan pertandingan akhir ini pada 27hb 8 2011 nanti. Tiket ini berharga RM 25 (package berbuka puasa, 7 jenis lauk + semi buffet di Hotel Raudhah Kota Bharu)

Menarik? apa lagi, jom sertai sekarang!


Info mengenai pertandingan ini
  • Jumlah peserta yang paling banyak turun setakat ini adalah 9.7 kg (kurang dari 2 bulan)
  • TOP 7 setakat ini dipelopori oleh peserta perempuan (1 lelaki, 6 lagi perempuan) 
  • Tiket untuk malam penutup boleh didapati dengan menghubungi Faridzul - 0169640972. masih ada 34 kekosongan (limit lepada 200 sahaja)
  • Penaja rasmi adalah Dana Belia 1Malaysia
  • Produk rasmi yang digunakan adalah Herbalife


Tips untuk menang

Nak teka memang sakit, sebab bergantung pada luck. Jadi, ini ada beberapa cara yang boleh korang 'kira' untuk jumlah tekaan yang betul
  • Jumlah peserta setakat ini adalah 93 orang
  • Pertandingan diadakan selama 2 bulan - 8 minggu
  • Pada minggu ketujuh (19hb 8 20011), jumlah penurunan keseluruhan peserta adalah 140.2KG
  • Kebiasaan untuk setiap minggu akan ada penurunan 20-30 kg
  • Minggu terakhir jumlah itu mungkin akan naik, maklumlah semua nak menang
  • Bolehlah meneka dengan 'bijak'

Selamat mencuba!!!


pss : jangan lupa follow @joegrimjow di twitter untuk dapatkan #tipskurus secara percuma. Kalau boleh like dan tweetlah entry ni ya, sayang ketat-ketat sapa yang buat =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : 30 hari lagi akan ke KOREA!!


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Yusry nafi Kahwin dengan Lisa Surihani tahun depan

Mungkin sebabnya boleh baca kat sini 

*******

KUALA LUMPUR: Pengarah KRU Studios Sdn Bhd, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.

Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum membincangkan soal perkahwinan kerana sehingga hujung tahun ini mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan Yusry kini berada di Bangkok, Thailand.


Yusry turut menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin tahun depan.

Beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin kerana salah faham. “Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. “Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan. Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. “Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios, semalam.


Dalam kenyataan itu, Yusry memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.


Menurutnya, pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka, pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada semua media. Sementara itu, Lisa yang dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang alasan.

Harian metro

*******


lalalalalala =)

pss : silap tajuk yusy la pulak!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa aku ok je bila @lisasurihani nak kawen taun depan

Aku tak kisah apa orang kata, gosip kata pasal yusry dan lisa akan kawen taun depan. Aku ok je. Aku takkan jadi macam dalam entry mr k tu, bunuh diri? ishh, bahaya betul. Ya, aku ok je. sangat ok

aku ok

yeah aku ok

betul aku ni ok

haa, betullah aku ok

memang, sangat aku ok

laaaaa, dah memang aku ok

nak tahu kenapa aku ok?

baru dapat msg dari lisa. waha!




see?

sebab tu ok. siap nak blanje ikan keli lagi. my fevret!!!


pss : apa-apa pun, takdelah over sangat aku minat kat lisa kan? ke over? oh no!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Jenis-jenis manusia yang super obses dengan facebook

Dah tengok bulan kat rumah masing-masing? Lawa kan? Bulan dah hampir penuh tandanya dah nak masuk 15 hari kita berpuasa. Dah nak separuh jalan kita berpuasa. super cepat kan? ahaa, memang super cepat pun dunia ni sekarang. tup tup dah nak habis dah bulan Ramadhan. Okeh, sebut pasal super, kali ni entry mengenai manusia super obses dengan facebook!

Tanpa memanjangkan lagi bebelan, jom kita tengok jenis manusia yang super obses dengan facebook ni


1) Wish birthday hanya di facebook



Memang facebook ni tools terbaik untuk ingat besday orang. Ada besday reminder kan? Memang mudah sangat nak ingat. actually, bukan ingat pun kan, just appear kat kita punya events kat bahagian tepi tu je pun. heh. takpe, daripada kita miss, boleh jugak wish besday seseorang yang rapat dengan kita kan


Ada pulak makhluk ni yang HANYA gunakan facebook untuk wish besday orang. Walaupun orang tu mak bapak pun, bila dah wish kat facebook, kira dah satel dah. Kot ye pun, kalau dah keluarga tu, wish la secara real, xpon beli lah hadiah kan, wish kat facebook je, ape kelas!

bertuah punya anak kan?



2) Paksa like, paksa comment - hantu contest



Contest juga merupakan medium terbaik di facebook untuk menarik minat pelanggan. Bagi yang ada fanpage, nak naikkan julah like dan juga sebagai cara menghargai orang yang like, memang contest adalah cara terbaik. sebab tu banyak je contest di facebook kan?

Ada pulak jenis makhluk ni, facebook baginya adalah contest. bukan lagi tempat untuk bersosial, tapi contest semata-mata. sebab tu lah bila contest melibatkan like dan comment ni, mulalah buat spam di inbox/wall dan juga tempat chatting suruh like dan comment

Bukan tak nak tolong, tapi kalau dah sehari post 3-4 kali paksa, naik menyampah pun ada!




3) Delete friend, putus kawan

Ada jugak spesis kawan yang ada acc facebook ni, sebab dah menyampah sangat selalu duk post benda bukan-bukan kat facebook, link tu link ni, delete je lah sebab dia ada pun bukan nak tegur sapa pun, penuhkan feed je. Bila dah jumpa di dunia betul, tegur dia tanya apa khabar ke, dia buat muka slumber macam kita ni cakap dengan dinding. 

Tanya dia 'kenapa?'

Slumber dia jawab 'ko kan dah delete aku kat facebook, maknanya putus kawan la tu!'


ikut kau la labuuuu




4) Events di facebook - sahkan disana!





Fuhh, mintak-mintak tak sempat kenal dengan orang yang jenis obses cam gini. Nasib baik beautifulnara tak gitu. hehe (klik untuk baca blogger no 1 Malaysia dah kawen)


pss : follow @joegrimjow di twitter untuk ikuti #tipskurus setiap hari

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kejayaan yang besar bermula dengan impian yang besar

Joegrimjow dan cucunya Jagarjek hari ini mula membeli baju raya. Walaupun masih awal, tapi dah jadi kebiasaan zaman 2040 puasa 10 hingga 20 dah start membeli persiapan raya. Mereka melalui satu kedai menjual kurma


Joegrimjow : nak singgah beli kurma?
Jagarjek : eeee. taknak la tuk, tak suka kurma

Joegrimjow : ishh, tak baik. kan makan kurma masa berbuka tu perkara yang nabi ajar
Jagarjek : ala.... tapi suka minum air gas. lagi sedap


Joegrimjow : bahaya cu oi. dah dah, meh ikut atuk masuk kedai ni
Jagarjek : ye la....


Kedai menjual kurma itu memang penuh dengan orang. Dari luar lagi dah boleh nampak orang beratur. joegrimjow dan cucunya cuba masuk, asak di asak tapi tidak berjaya. orang sungguh ramai!



Joegrimjow : haiish, kempunan kita nak makan kurma
Jagarjek : pelik lah tuk, apsal kedai jual kurma ni meriah semacam je? kurma je kot jual


Joegrimjow : haaa, cu tak tau. kedai jual kurma tu namanya yusof taiyob
Jagarjek : yusof taiyob? yang iklan kat tv tu?




Joegrimjow : haah, tepat sekali. Dulu kalau nak tau, masa zaman atuk muda-muda dulu iklan tu keluar kat radio je tau. Tapi sekarang dah ada iklan tv sendiri. Iklan tu menang anugerah grammy lagi sebab suara perempuan yang lunak dalam iklan tu. hebat kan?
Jagarjek : wah, hebat betul. patut lah ramai semacam je yang beli


Joegrimjow : dulu yusof taiyob tu kawan atuk tau
Jagarjek : iye? dah tu sekarang dah bukan kawan?


Joegrimjow : eh, kawan lagi. tapi lost contact sejak dia dapat title datuk
Jagarjek : eh, datuk pun ada title datuk apa


Joegrimjow : atuk ni gelaran datuk sebab ada cucu, dia dapat datuk sebab orang bagi. lain tu!
Jagarjek : lain eh, baru tauuu


Joegrimjow : dulu atuk selalu gelakkan dia sebab cita-cita dia yang memang tak hebat langsung
Jagarjek : apa cita-cita dia tuk?


Joegrimjow : saudagar kurma
Jagarjek : erk?


Joegrimjow : masa tu semua orang gelakkan dia bila dia nak jadi saudagar kurma. atuk pun termasuk sekali. tapi sekarang
Jagarjek : ternyata dia dah jadi saudagar betul!


Tiba-tiba suasana menjadi senyap. kedengaran suara perempuan 'yusof taiyob.... yusof taiyob' di udara



Joegrimjow : kita ni cita-cita kena besar cu
Jagarjek : betol betol betol


Joegrimjow : tak kira apa yang kita mahu buat, bila kita dah ada impian besar, segala apa pun kita main redah je. bila dah redah, sebab tu jadi
Jagarjek : betol betol betol


Joegrimjow : macam si yusof ni la, tak sangka impian dia nak jadi saudagar kurma sekarang dah menjadi realiti
Jagarjek : atuk butthurt ek?



Suasana menjadi sepi sekali lagi. joegrimjow membisu, diheret lembut cucunya balik kerumah. 


*****

Di rumah, joegrimjow dan isterinya joana berada di dapur, mahu buat persiapan untuk berbuka puasa dengan cucu kesayangan mereka. Kejap lagi mama dan papa jaharjek balik, bolehlah mereka berbuka bersama nanti



Joegrimjow : anak kita dah besar kan sayang? kita dah bertambah tu dah. cucu pun dah berderet
Joana : dah start dah.....



Joegrimjow : jom kita mulakan impian besar sayang. tak terlambat lagi ni
Joana : impian apa pulak petang-petang macam ni?


Joegrimjow : impian mendapat anak diusia tua!
Joana : ha?


Joegrimjow : ya, dengan bermimpi, kita mampu kecapinya! jom sayang jom
Joana : jom kemana?


Joegrimjow : jom masuk bilik la. apa lagi!
Joana : tak payah nak menggatal, sanggup ke puasa 2 bulan berturut-turut nanti? sekarang bulan puasa cik abang oiii

Joegrimjow : alamak, lupa!


pss : creativity start from believe 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa perempuan sekarang memandang lelaki berkereta mewah?

8/8/2011

Dear diary,

Hari ini hari terakhir berada di Putrajaya. Esok dah nak balik Kelantan dah. Semalam habis satel semua temujanji dengan customer jadi hari ni takde benda nak buat. Plan nak tengok wayang kat Alamanda sorang-sorang 2 3 cite sebab dah alang-alang turun Putrajaya kan, kat Kelantan takde pulak wayang. Jadi bawak joana dan terus ke sana.

Memang rindu dah lama tak jumpa joana ni, hari ni akan kerjakan dia!

Sampai di tempat parking, badan rasa tak sedap. Haish, macam kena cancel tengok wayang dan terus balik rumah. Tapi nak buat apa kat rumah sorang-sorang. Nak tek wan do, anak sdare takde nak kerjakan, nak joging, gila nanti orang kata tengahari macam ni bulan puasa pergi joging, puasa ke tidak nanti dituduh orang, nak tak nak, terpaksa balik

Perjalanan balik, ada kereta proton saga yang tersadai di tepi. Erk, nak berhenti ke tak ni nak tolong. Bulan puasa, baik tolong kan, pahala mesti lebih - kata hati baik

Tapi.... tapi... tapi.... 

Proton saga - gambar hiasan



'kereta rosak dik?' sapa aku

'haah la bang, tayar bocor' kata perempuan itu sambil badannya dibongkok kebawah


Agak tergugat iman tatkala perempuan itu badannya bongkok kebawah. Dah la pakai skirt takat lutut je, bila dah bongkok, haiishh, alur alur nya jelas kelihatan. Ni nak tolong nak dapat pahala dah jadi dapat dosa dah free show tengahari macam ni! 

Nak halakan mata ke tempat lain - iman tak cukup tebal lagi, pandang ajelah. GATAL!!


'Oh, ni senang je ni, tukar la tayar die' kata aku dengan confident

'tak tahu nak tukar macam mana.... hihik' -tiada diskripsi-


'Oklah, biar abang tolong' kata aku lagi dengan confident yang lebih


Perempuan memang dilahirkan dengan sifat yang cukup lemah lembut. Mungkin sebab itu mereka tak tahu nak tukar tayar, itu kata hati aku yang baik. Kata bahagian hati aku yang warna hitam tu pulak 'usha la weh peha pompuan tu, putih weeehhh' 

Aku hanya insan biasa, sambil tukar sambil memandang. eh, jeling-jeling


'ok, dah siap' 

'terima kasih bang. thank u ya'


'no problem, perkara kecik je ni'

'kereta abang ke tu, muda-muda dah pakai merc ek. ke kereta ayah? hihik' ayat perli


'abang dah lama takde ayah dik oi' 

'oppss. sorry. abang kerja apa?'


'kerja kuruskan orang' serius kata aku

'hahaha, lawak la bang ni' lawak kata dia


'betullah, ni card abang, nanti dah gemuk call ya. hehe' hulur card

'erk....' menyambut card diberi


Aku blah begitu sahaja. Muka perempuan tu kalau kategori ayam serama aku bagi B- Tapi pakaian dia tu, wow, memang duduk lama-lama tergugat iman yang nipis ini. Joana dipandu dan terus pulang ke rumah. Tido sampai asar, bangun asar dan tunggu untuk berbuka puasa


******

9/8/2011


Dear diary,

Dah selamat sampai ke Kelantan. Alhamdulillah, semua ok. Hari ni aku sangat sibuk dengan pergi sana dan pergi sini. Banyak kerja perlu diuruskan, maklumlah, dah 3 hari pergi luar Kelantan, memang banyak temujanji kena follow up. Hari ni akan ke sekolah menengah tumpat, agak jauh tapi itu perkara biasa. Kat Kelantan, jonny yang menjadi peneman setia. Kereta Gen2 warna biru, bersedia pergi ke tumpat mencari sesuap nasi. 


Dalam perjalanan, alahai, ada seorang perempuan bertudung sedang melambai-lambai meminta pertolongan. kereta rosak lagi? Kali ni kereta BMW, 3 series kot. OMG, 2 hari berturut-turut jumpa kereta rosak!

BMW 3 Series - Gambar hiasan


'bakpo ni dik? kheto punoh ko?' sapa aku


Perempuan tu sungguh ayu. SAH orang kelantan sebab perempuan kelantan kan comel-comel, ayu-ayu. Kan kan kan? Dengan baju warna kebaya kuning digayakan dengan tudung kuning langsat, memang berpeluh pun boleh nampak keayuannya itu. Kategori ayam serama - aku bagi A! 

Rupa-rupanya dia bukan keseoranga, ada lagi seorang di dalam kereta. Perempuan seorang lagi turun dari kereta, boleh tahan jugak lawa mukanya!


'takpo lah be, kito call pomen doh tadi. timo kasih'


Persoalan muncul
  • Kalau call pomen (makenik) kenapa masih melambai-lambai meminta tolong?
  • Adakah aku tak begitu kacak untuk menolong mereka berdua
  • Adakah muka aku seakan pengganas yang mahu tolong untuk mengambil kesempatan (ada sikit-sikit je)
  • Atau... adakah kereta aku pakai lebih 'kecik' dari mereka membuat mereka memandang rendah dengan kebolehan aku menukar tayar?


Dear Diary
boleh jawab?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Untungnya jadi joegrimjow

Dari tengahari sampailah ke petang hari ni kat Times Square. Ada event Herbalife. Memang stay sampai bukak pose tadi. Masa nak balik tadi lepas bukak puasa, ada masalah kat tempat parking, auto pay machine  tak jadi! Memang agak jauh jalan pergi cari auto pay yang tak rosak, beberapa kalori jugak dibakar!



Sampai ke satu tempat auto pay machine ni, nasib baik ok.

'please insert your parking ticket' 

Masukkan tiket 

Tertera jumlah RM 11.00. Memang dah agak sebab sehari suntuk kat situ

Check duit dalam dompet, takde duit kecik, ada 3 keping RM 1 dan beberapa keping RM 50. Masalah! Masalah sebab machine tu tak terima duit RM 50. Alah, dah la jauh jalan ke tempat kereta aku, lepas tu kena naik cari duit pecah pulak. Alah, tak tahu sempat ke tak nak solat terawikh macam ni!

Ada uncle - bangsa cina - yang tengah bayar kat tepi, ok, try mintak dengan dia


'boss, ada duit pecah?'

'Masuk je duit tu ma'

'Tak boleh, spuluh hinggit paling kecik'

'Soly soly, tada duit keci' Uncle tu terus pergi tinggal aku keseorangan kat tingkat B1


alaaaaaaa, memang sangat malas nak naik. Bukan malas sangat la, cuma masa dah lewat nak pergi masjid. Miss solat isya maknanya akan miss jugak solat terawikh. sangat rugi! Tiba2 dapat idea, tunggu je lah orang kat situ, boleh tukar dengan dieorang

Datang satu family, si ayah, si mak, si anak yang agak kecil dan 2 orang lagi perempuan yang agak comel. Ada can, bolehlah aku mintak tukar dengan dieorang ni

Si ayah pergi ke auto pay sambil mata jeling seakan nak terkam aku je. Seram!

Aku merapati si ibu. Kalau tego anak kata nak ngorat anak pulak ye tak?


'puan ada duit kecik tak? nak tukar'

'mmmm, macam takde je ni. zura ada?' kata si ibu pada anak

'takde jugak ni........ eh tapi kejap'


si anak keluarkan duit kepingan rm 10 pertama, kedua, ketiga dan keempat. Alamak, tak cukup, 4 keping je. Perlukah aku berlagak macho + kaya dengan kira ok lah 4 keping RM 10 ditukar RM50. Dalam hati kata boleh je ni. Tapi si anak keluarkan lagi kepingan RM1 sebanyak 10 keping, pergh, nasib baik


'Nah, kiralah, cukup ke tak?' kata si anak

'Cukup je kot, terima kasih ya'


Anak yang bagi duit ni kalau nak kira cute dengan anak sorang lagi tu yang dari tadi membatukan diri tu, yang duduk senyap tu lagi cute. Kenapalah si cute tu tak datang dekat, bleh aku usha lebih. Ceh, demand, ko dapat duit tu dah kira nasib baik dah tu joe oiii

Tiba-tiba muka si ibu berubah


'Eh, ni joegrimjow kan?'

Muka aku pulak yang berubah sambil jawab 'haah'

'Mak cik selalu baca blog kamu dulu, sebab tu perasan macam sama je. wahh, tak sangka boleh jumpa kat tempat bayar parking macam ni'


Pergh, mak cik ni baca blog aku? tiba-tiba nak kembang je hidung. Tak sempat hidng nak kembang, datang si ayah dengan muka masam. Alamak, pak cik ni ingat aku nak tackle anak die ke?

'bang, ingat blog yang saya bagi kat abang pasal komik nora elena tu, ni lah tuan dia' bersungguh mak cik tu cerita


'o yea? kerja ke?' gaya seorang lelaki macho jawab

'haah, ni kad saya' aku hulur name card aku pada si ibu dan si ayah. 


Sebenarnya taktik nak bagi kat anak cute tu, tapi... ala, korang tahu kan keadaan macam tu macam mana, kena control jangan gelojoh sangat. Lepas bual sedikit sebanyak, aku pun blah, dieorang pun blah. Mungkin ada jodoh jumpa lagi

Tiba-tiba msg masuk. Nombor tak dikenali

'Assalam, ni mak cik kat parking tadi. Esok kalau free datang lah rumah, mak cik ada dua orang anak dara yang single lagi ni. Hihik'

Hati aku gundah gulana.... campo happy =)



pss : part last takde pun, cuma aku harap mak cik tu baca blog aku malam ni bleh la msg aku ajak datang rumah dan kenalkan anak-anak dia yang comel tu. waahaahaa

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Basikal warna-warni, budak sekarang dah UP

Memang ini sesuatu yang baru dalam hidup aku, 5 hari hanya 2 entry?? what?? Ini penangan streamyx kat rumah buat hal, cable kena curi. Memang mengecewakan. Tambahan sekarang sibuk mencari rezeki, tahun ni tahun pertama kena bagi duit raya - bagi duit raya - bagi duit raya - bagi duit raya (ulang 3 kali) memang sangat jarang online sekarang. Update blog - dah bukan jadi benda priority :(

Ok, tamat bebelan awal

Tadi aku ada baca kat blog denaihati.com pasal zaman-zaman budak dahulu. Memang agak tertarik dengan bagaimana zaman mengubah manusia. Aku takdelah tua sangat tapi sebagai pemerhati bebas, memang nampak zaman budak sekarang dengan dulu serius berbeza!


Kereta dashankuro : 14 tahun lepas



Lebih kurang 14 tahun lepas, memang kereta beroda 4 yang dijana kuasa bateri AA menjadi impian budak-budak zaman aku untuk menjadi raja di trek. Ini pengaruh tv la ni, lupa dah nama cartoon tu apa, tapi memang aku bersungguh-sungguh untuk menjadi raja kereta beroda 4 ni. Harga pun tak mahal, dulu boleh dibeli dengan harga RM 9.90 di pasar malam dan hanya RM 6.90 di Mydin. Bunyi macam murah tapi kalau compare dengan status budak masa tu, kena puasa 2 minggu jugak baru boleh beli kereta idaman tu

Masa puasa memang riuh la dengan gelagat pelbagai anak kampung menonjolkan kehebatan masing-masing dengan menambah aksesori sendiri. Heh, aku tak ketinggalan, sanggup memecah tabung membeli jenama yang lebih mahal - masa tu tamiya paling mahal - boleh cecah RM 36.90 untuk satu kereta. Tak campo enjin lagi, memang habis banyak duit jugakla

Tapi sayang, aku selalu tewas dan sampai sekarang aku tak tahu kenapa.....



Digimon : 12 tahun lepas





Lepas kegilaan kereta, aku mula menceburi bidang elektronik pula - digimon! Masa tu bukan main meriahla, boleh dikatakan setiap budak ada je digimon masing-masing. Yang takde duit sangat, dieorang main kumpul-kumpul kad je, yang berduit, beli terus digimon. Seingat aku dulu la, ada digimon 1, 2, 3 dan sampailah yang paling hebat - super digimon

Jahil tak jahil masa budak dulu, hadiah dapat no 3 dalam kelas masa darjah 5 aku mintak adalah super digimon ni la dengan ayah aku. Walaupun ayah aku macam tak puas hati - slumber aku cakap 'kato nok wi gapo jah kalu keputuse ok' dan akhirnya ayah aku akur - super digimon milik aku

Memiliki super digimon masa tu memang kita boleh berlagak besar. Ye lah, area kampung macam aku ni memang susah nak cari yang beli super digimon jugak - mahal - jadi apabila aku lagakan digimon aku dengan kawan aku - shake shake shake, memang cukup mudah nak menang. Ohh, sungguh hebat rasanya diri ini!

Tapi sayang, masuk darjah 6 peperiksaan bulanan dapat 0 a, terus super digimon terkubur dalam baruh tepi rumah. Ayah aku baling.....


8 tahun lepas : Kereta remote control



Kereta remote control ni ada 2 versi, satu yang saiz kecil dan kedua saiz yang agak besar, aku sempat berada di kedua-dua zaman. Kereta control ni memang serius aku rasa hebat, laju, power mengalahkan kucing peliharaan aku kat rumah ni. Nak kacau kucing senang je, langgar dia dengan kereta kawalan jauh ni, mesti mengamuk punyalah.

Lepas zaman kereta kecil, mula pulak kereta besar. Yang menjadi penyumbang adalah Majalah 3, siap buat dokumentari lagi. Dengan harga RM 49.90 kita dah boleh dapat. Aku beli yang versi murah ni dan perasan bila control jauh, kereta dah tak boleh nak kawal sebab frekuensi tak sampai. Apa lagi, beli yang mahal sikit dan ternyata kepuasannnya berbeza. 

Tapi memang sungguh sayang, kereta kawalan jauh versi besar ni orang tua pulak yang dominasi, bila dah orang tua masuk campo, dieorang sungguh up, beli yang ada minyak (mahal ooh) dan barang pun mahal-mahal, kami budak-budak memang tengok je lah

Kacau daun betul bapak-bapak budak ni!


*******

Aku rasa tak salah untuk mak bapak support hobi anak-anak yang macam-macam sekarang. Sebabnya, psychology anak-anak ni nak jadi apa masa dah dewasa nanti mesti terpengaruh dengan zaman kanak-kanaknya. Macam aku, nak je jadi raksasa dalam digimon tu, tapi sebab masa budak aku gemuk, gila berazam tinggi untuk kuruskan badan supaya boeh masuk dalam skrin digimon tu. gila jahil kan?

*******

Sekarang ni, setelah pulang ke kampung halaman setelah bertahun lamanya merantau, aku tengok ada hobi baru kanak-kanak sekarang, basikal warna warni!!



Bagi kanak-kanak yang mungkin baca blog aku ni kan, tak kira apa hobi, feel dia akan lebih bila barang yang kita beli tu hasil usaha sendiri, duit kumpul masa kat skolah tu terbaik. kalau mintak dengan mak bapak suruh belikan, memang feel dia jadi kurang! (alasan untuk anak sdare aku tak demand lebih2 dengan papa joe die)


pss : lompat getah, carom, dek cok (ten teng?), choh (galah panjang), oowwh, rindunya!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips orang tiada duit mahu bersedekah di bulan Ramadhan

Dah habis sehari puasa. Macam kejap je kan. Tinggal 29 hari lagi. Tadi buka puasa dalam suasana gelap – takde elektrik! Memang romantik betullah, aku, mak, kakak, kak moh dan bibik bukak puasa ala-ala candle light dinner, serius romantik!

Ok, bulan puasa ni antara aktiviti yang paling baik dan senang untuk dilakukan adalah sedekah. Ya, sedekah. Sebut sedekah ni, mesti kepala otak duk fikir orang tertentu saja dapat bersedekah. Yalah, manalah mampu nak sedekah sebab tak kerja la, takde duit la, kecik lagila dan macam-macam alasan lagi. Konsep sedekah yang hanya melibatkan duit ni sebenarnya konsep salah sebab amalan sedekah jauh lebih luas konsepnya

Ahaa, untung korang baca, jom kite tengok tips yang boleh dibuat untuk orang yang tak berduit untuk bersedekah di bulan puasa!

1) Senyum


Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Bagi yang takde duit papa kedana, senyum adalah sedekah yang paling murah + senang boleh kita bagi kat seseorang. Dengan gerak otot mulut tak sampai 1 saat dah kat seseorang, kita dah dikira bersedekah. Aku perasan la kan, memang sangat susah nak jumpa masyarakat kita yang senyum-senyum ni. Orang kaunter masam, penjual kuih masam, yang jaga pintu pasaraya masam, semua nak masam je. Apa susah sangat nak senyum ke? Entahlah, better kita start senyum ni, senyum je sampai otot kat mulut tu kejang. Ahaaa



2) Tenaga




Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Bulan puasa ni memang ramai yang memberi alasan untuk mengurangkan aktiviti luar sebab 'letih' atau 'takde tenaga'. Tahukah anda (acececeh) tenaga/kudrat menolong orang juga adalah sedekah. Tak kiralah guna tenaga tolong beli barang ke, tolong masak-masak ke, semua tu dikira sedekah. Hatta kutip sampah kat kawasan orang lalu lalang jugak dah dikira sedekah. Agak-agaknya sekarang ni nak bagi alasan lagi nak bersedekah? Miskin papa kedana macam mana sekalipun takkan la nak kerah tenaga tak mampu kan.


3) Makanan




Bulan puasa waktu yang paling glamer adalah bukak puasa. Sepatutnya waktu malam sebab nak qiyam kan, tapi berbuka tu yang menjadi tumpuan. Antara yang menjadi tumpuan – juadah berbuka. Trick yang boleh diguna untuk bersedekah dengan senang adalah sedekah makanan yang kita beli kat tempat-tempat tumpuan orang. Macam kat masjid ke, pergh, bayangkan orang berbuka dengan makanan yang kita sedekah tu, sangat banyak ok. Tak payah la nak mewah-mewah sangat sampai beli nasi beriani atau nasi kandar, yang tak perlukan duit banyak maca pisang ke, buah kurma ke, tu pun dah besar pahala tu. Besar pahala macam mana tu bukan tugas kita nak ukur, yang penting kita dah bersedekah


pss : selamat bersedekah =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW