Share

Restoran Insaf, insaf dah tak datang!

Beberapa hari ni kerap orang share kat facebook mengenai satu restoran mamak di KL yang charge harga yang melampau. Restoran Insaf katanya. Dan kat bawah ni aku ambil dari FB orang yang share tu


Memang insaf lah lepas makan tu dah tak makan kat situ lagi lepas ni. hehe


Restoran Mamak

Kebiasaannya, memang aku kalau ke KL kedai mamak jadi tumpuan. Entah DNA apa yang ada dalam badan ni, memang sangat ketagih dengan ayam madu. Nasi + ayam madu + sayur kubis. Tu je menu aku. Tak kiralah kat Putrajaya, Shah Alam mahupun kat KL, memang itu ajelah menu aku makan. Kebiasaanya, harga tu dalam lebih kurang RM 6.00 ke RM 8.00. Yang paling murah kat food court KLCC RM 4.50 je. macam tak caye ada lagi yang jual bawah RM 5 hidup macam ni. Kat KLCC pulak tu

Sebenarnya, yang menjadi isu adalah LABEL HARGA. Aku tak tahulah resoran insaf tu ada letak harga ke tak (kalau ada pengalaman komen kat bawah ni ya) tapi kalau dieorang letak, mungkin silap kita sebagai pengguna sebab tak perhati betul-betul. Mungkin korang kata still tak logik dengan harga tu - nasi putih RM 3??? - tapi dah tu harga dia nak buat macam mana

Bak kata PM kita - rakyat kena pandai memilih

Cumalah bagi pendapat aku, orang kita ni jenis tak kuat komplen. Komplen mulut dan facebook tu memang banyak, tapi komplen kat badan berwajib kurang. Kalau rasa teraniaya, cepat-cepat buat laporan. Even bukan kat kedai mamak - kat kedai biasa pun kalau tak letak tanda harga memang salah. Tu hak kita, memang kena manfaatkannya betul-betul

okeh, itu saja entry pendek.

excited ni nak makan ayam madu lagi. haha.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pergi ke tengah dunia

Agak-agak kat mana pusat dunia ni? Center of the world?

Jom kita google maps!















KAABAH!!!

Doakan tahun ni nak kerjakan umrah dengan isteri dan anak sekali. Semoga dipermudah segala urusan. Rancangnya tengah bulan 11 nanti lepas orang kerjakan Haji. Jom kita sama-sama rancang dan laksanakannya!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 peas in a pod : Cinta 3 segi yang paling WHAT??

9hb lepas aku berpeluang menonton 3 peas in a pod. Jangan pelik pulak sebab cerita ni akan ditayangkan secara rasmi bermula esok - 16hb January 2014. Terima kasih kepada bro kerana sudi ajak. Actually, kan azam baru nak aktif berblog balik, tu yang nak usha2 dunia luar ni bolehlah update blog selalu ye tak? haha

Dan tak sangka-sangka, boleh jumpa dengan david teo!



Dah lama dah aku respek dengan hasil tangan david teo ni. Ada je benda yang boleh mencuit hati kan? Semoga perfileman Malaysia terus maju. Jadi, entry ni aku bukannya nak ulas mengenai MIG ataupun David Teo, tapi cerita mengenai 3 peas in a pod


Berbaloi ke nak tengok?


Aku ni memang boleh dikatakan tegar jugaklah kalau bab-bab wayang ni. Sekali sekala turun KL atau Sungai Petani, memang akan tengok 2-3 movie terus dengan cik bini. Sebab tu walaupun duduk kat Kelantan, tapi boleh kira update tu lagi laju dengan member2 yang ada akses pawagam ni. haha. Kebanyakan cerita, memang aku suka tengok cerita english je lah. Cerita cina tu jarang sangatlah. Tapi untuk cerita 3 peas in a pod, berbaloi kalau pergi tengok

Sinopsis sikit

Malas nak tulis sinopsis, korang tengok aje trailer kat youtube. Boleh macam tu? haha

klik sini untuk ke youtube

Best cerita ni sebab pelakong dia. Perempuan tu orang singapore, lelaki sorang dari taiwan dan seorang lagi dari korea. memang campuran budaya dan negara betullah. Paling best bila lelaki korea tu cakap - hey hey englishe


Cinta 3 segi yang paling WHAT???

Actually, cerita 3 segi ni memang kita boleh baca macam mana jalan cerita dia. kalau jenis seorang perempuan 2 lelaki ni, mesti : perempuan ni minat kat lelaki A tetapi lelaki A tak minat kat dia. Lelaki B yang minat kat perempuan tu tapi perempuan tu tak minat kat lelaki B tu. lepas tu, bila perempuan tu dah start minat kat lelaki B, lelaki A mula jeles dan konflik mula timbul. 

Lebih kuranglah....

Tapi dalam cerita ni, ending dia memang akan membuatkan korang ........ haha, isi sendiri! Actually, masa tengah-tengah cerita ni ditayang, cik bini dah ajak aku balik sebab rasa tak selesa. Aku pulak tengah layan cerita ni. Eh, layan suasana dia ya. Ye lah, memang terbaik tempat dieorang buat pengambaraan ni, memang nak pergi je ke Australia bila tengok filem ni. hehe. tercapailah misi nak promote negara kanggaro ni. kudos to pengarah. Tapi bila dah nak dekat ending, cik bini aku pulak bersemangat nak tengok dan bila dah sampai scene perempuan tu bukak handphone lelaki seorang lagi tu

WHATTTT???

haha. memang terbaiklah. aku bagi 5 bintang kat pengarah sebab boleh fikir ending dia tu macam tu. genius! Cerita yang ending aku tak boleh baca memang aku respek. nak tahu ending stylo macam mana, tengok cerita 6th sense tu yang rupa2nya dia dah mati sebenarnya. haa. tu antara cerita yang ending dia genius sebab kita tak boleh teka. Macam cerita 3 peas in a pod ni, ending dia macam tu lah

Nak tahu ending dia, tengok ajelah sendiri. kang cerita sini kang tak best pulak :)

Dah tengok, nanti sharelah ya macam mana kat entry ni. aku tunggu reaksi korang.


pss : kalau isteri mengandung, memang suami kuat makan eh? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Konspirasi : Apabila Christiano Ronaldo jadi pemain terbaik FIFA

Jadi keputusan pemain terbaik FIFA Ballon d'Or 2013 diumumkan - pemenangnya adalah CR7! Tahniah! Boleh tengok CR7 sebak dalam video bawah ni. Macam mana tak sebak, sebab penantian lama kot baru dapat menang. Last dia menang tahun 2008 semasa bermain dengan MAN U, lepas tu 5 tahun baru dia dapat balik



Jadi aku share status konspirasi ni di facebook tadi...



Semasa Spectacular 2014 yang lepas, Bill Rahn ada cakap yang Herbalife Branding diperkuat lagi dengan CR7 telah jadi duta Herbalife. Ditanya kenapa dia mahu ambil Herbalife, dia kata 'Apa yang Messi ambil, saya mesti ambil untuk jadi yang terbaik' WAHH gitu! Lagipun ahli keluarganya jugak merupakan salah seorang pengedar Herbalife di sana. Jadi ajelah dutanya kan


Konspirasi ke?

Takdenye konspirasi-konspirasi. Ada jugak yang kata Herbalife bayar FIFA untuk bagi award tu kat CR7. Gila kaya Herbalife kalau betul. haha. Anugerah ni merupakan anugerah terbesar dalam bidang bola sepak yang ditunggu-tunggu. Ditentukan oleh vote dari coach, media di seluruh dunia. Memang yang dapat tu mantap habislah


Terima kasih CR7

Hari ni pun, dapat banyak contact dari ahli-ahli sukan yang mahu start program dengan Herbalife. haha. Mentang-mentang CR7 menang ye tak? Terima kasih lah kepada Ronaldo walaupun dia tak baca sebab naikkan sale aku. haha. gumbira gitu

Korang yang nak start program untuk improve sport performance, calling-calling lah ye :)



pss : malam ni ada appointment dengan FITNESS satu team bola ni. jeng jeng jeng :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman melihat negara orang

Terbaca satu artikel menarik yang bertajuk 3 Reasons to Travel While You’re Young - rasa semangat nak menulis entry pertama pada tahun 2014. Mungkin 2014 adalah tahun terbaik untuk kita menetapkan azam untuk paling kurang kita keluar untuk melihat negara orang - paling kurang 1. Thailand, Singapore pun jadilah!

Tapi kan 2014 kan tahun naik harga?

Berita baiknya, kita tak perlu jadi kaya raya untuk pergi ke negara orang. Mungkin remaja-remaja kita tak didedahkan sangat perihal bestnya untuk kita pergi ke negara orang - salah satu faktor kenapa 'lambat matured' Aku rasa sangat elok kita membudayakan pergi melihat negara orang kepada generasi muda di negara kita ni. At least adalah aktiviti selain daripada mengadap facebook ye tak?

Entry ringkas ni, aku nak cerita serba sedikit mengenai pengalaman aku melihat negara orang, tak banyak adalah beberapa negara yang dah pergi untuk dikongsi bersama


Banyak negara yang lagi elok daripada kita

2 tahun lepas berpeluang untuk ke Singapore. Tahun ni harap pergi lagi sekali (extravaganza!) insyaAllah. Sepanjang pengamatan aku di Singapore, memang kebersihan sangat tip top. Tak dinafikan ada la tempat yang kotor tu tapi kalau naik bas or taxi, sangat tenang je mata melihat kawasan yang teratur dan perancangan bandar yang memang terancang


tahun ni lagi sekali insyaAllah ke Singapore!

Tapi apabila dikaji dengan situasi semasa, memang azab tinggal di Singapore. Kenapa, kenalah pergi dan terokai sendiri


Pelacuran di sebalik pintu

Juga kisah 2 tahun lepas, berkesempatan untuk ke Macau dan menginap di Hotel 5 bintang. Aku tak ingat nama hotel tu apa tapi menurut orang disitu, hotel yang aku tinggal tu memiliki casino paling awal yang dibuka di Macao. Tak nak cerita pasal casino, tapi mengenai pelacuran!

libao libao apa ntah nama hotel tu

Balik ke hotel, memang akan kelihatan amoi-amoi yang berkeliaran disitu. Menjadi masalah besar sebab amoi ni sangat cantik dan bukannya yang muka pecah macam tu. Saja nak test aku angkat kening kepada seorang amoi ni, terus dia datang dekat dan kata - do you want?

Kat Macau memang sangat ramai yang memilih pelacuran sebagai sumber pendapatan. Macam pelik tapi itulah di negara orang. Nasib baik kat Malaysia takde

ye ke takde???


Please please please


Negara kita, perkataan please ni dalam lagu ada. lagu apa ntah - please please please, kamu jangan nakal bla bla bla. Tapi untuk praktik kat luar, perkataan tolong tu memang tak berapa nak sinonim sangat. Aku ingat lagi masa nak keluar panggung wayang, kita bukak pintu, cuba hadang pintu tu daripada tertutup (bagi laluan kat orang belakang untuk lalu) siap kena jeling lagi. Niat nak menolong jadi macam nak mengorat

jalan-jalan di kota london

Semasa belajar kat UK dulu, memang kita akan dikategorikan 'rude' kalau kita tak hadang pintu untuk bagi laluan orang kat belakang kita turut lalu. Perkataan please pulak seolah perkataan wajib kena keluar hari-hari kalau berhadapan dengan orang. 

Itulah, apabila melihat budaya 'Islam' kat negara bukan Islam, rasa awkward tapi itulah hakikat pahit kena telan


Negara kita bukannya negara paling teruk

Walaupun apa yang korang rasa kat Malaysia sekarang ni, desakan duitlah, pekerjaan lah, alam sekitar lah, masalah budayalah, sosialnya lah - bagi aku still negara kita terbaik dari segala segi. Cuma apabila kita melihat negara orang, kita akan lebih appreciate dengan apa yang negara kita miliki dengan apa yang tiada di negara orang. Itulah sebenarnya kenapa kita kena pergi melihat negara orang - bukan untuk mengutuk negara sendiri, tapi membawa perubahan untuk jadikan negara kita lebih 'elok' dimata dunia

sangat patriotik aku malam ni!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW