Salam,
Sempena kemerdekaan esok, entry ini dibuat untuk ‘scan’ diri masing-masing sama ada kita ni jadi rakyat yang patriotik atau tidak. Kadang-kadang kita tidak perasan yang sebenarnya kita ni patriotik tetapi tidak mahu mengaku disebabkan.... malulah kononnya! Jom kita tengok adakah kita memiliki salah satu ciri-ciri ini
1) Mengutuk rumah yang tidak mengibar jalur gemilang
Masa jalan-jalan, terpandang rumah yang tidak kibarkan jalur gemilang, ada tercakap sesuatu 'ishh, napelah tak kibar jalur gemilang ni?' seolah marah pada tuan rumah yang tak kibarkan bendera. Walaupun diri sendiri tak kibar, tapi marah dengan orang yang tak kibarkan, yup, korang termasuk dalam salah satu ciri orang yang patriotik. aku tak masuk dalam list ni ok. hehe
2) Copy paste hal berkaitan dengan Merdeka
Sekarang ni di facebook ramai yang share video iklan merdeka. terutamanya iklan petronas yang sememangnya stylo milo tu. Erk, walaupun pernah share, tapi tak nak mengaku diri tu patriotik ek. takpe, biar hati yang tentukan.
3) Pakai baju berunsur jalur gemilang
Masa nak jalan jalan, keluar beli baju raya, sarung baju yang ada unsur warna bendera Malaysia. Heh, walaupun malu dikatakan patriotik, tapi pernah pakai benda macam ni, memang korang patriotik secara tidak langsung
4) Menonton rancangan sempena kemerdekaan walaupun sudah berulang kali melihatnya
Hari-hari nak dekat merdeka ni, televisyen sibuklah duk tayang rancangan berunsur merdeka ni. bagi yang kaki tengok tv ni, tengok je cerita yang selalu ditayang ni tanpa jemu, welcome to the patriotic citizen club!
5) Tidur mengingau menyebut Merdeka
Yang ni paling teruk, mengingau pun sebut merdeka. Memang rakyat terdahulu yang menuntut kemerdekaan pun kalah kalau macam ni!
Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca joegrimjow =)
pss : Dont show off your patriotism, just show what often you do as a good Malaysian