Baru balik dari Putrajaya, sampai ke KB pukul 5.15, kakak aku sampai pukul 5.32 dan tiba di rumah pukul 5.42. satu lagi rekod bawa kereta dari KB ke rumah aku yang biasanya setengah jam jadi 10 minit je tadi. Berkat nak sahur kat rumah kot? hehe. Terima kasih pada Mutiara yang memberi perkhidmatan cemerlang compare dengan Transnasional!
-iklan tidak berbayar-
Terbaca di Malaysiakini tadi ada satu berita mengenai pengetua yang memberikan ucapan bernada perkauman semasa satu majlis di sekolah. Satu surat polis telah dibuat dan boleh klik ke sini untuk tengok report yang dibuat itu. Antara isi kandungan surat adalah
- Pelajar cina di suruh balik ke Beijing jika tidak berpuas hati dengan disiplin sekolah
- Tali sembahyang yang diikat di leher dan pergelangan tangan pelajar India seolah seperti diikat pada anjing dan hanya anjing yang memakai seperti itu
- Juga menekankan konsep hak keistimewaan Melayu dengan analogi dia menaiki kereta proton saga dengan seorang India dan Cina, orang india dan cina itu tidak boleh merampas kereta itu dari dia sebab sememangnya kereta itu milik dia
Aku pun tak pasti sama ada isi kandungan surat report ini benar atau sengaja diada-adakan, tetapi jika betul (sebab dah masuk Malaysiakini), haiyaa cikgu hajjah siti, kenapa cakap macam ni? Dalam Islam, haram bagi kita untuk mewujudkan perasaan kebencian terhadap sesuatu kaum. Kebencian itu akan membawa kita semakin jauh dengan taqwa dan bagi yang tiada taqwa, jauhlah dari hidayah Allah.
Agama kita dah ajar benda yang elok-elok, jangan kita rosakkan agama sebabkan emosi atau nafsu semata-mata. Kembalilah pada ajaran Islam yang sebenar. Bagi yang bukan non-muslim membaca entry ini, perlu ditekankan bahawa agama Islam tidak menganjurkan kebencian sebagaimana ayat al-quran diatas sudah menyatakan jelas dan terang, yang disebut oleh puan pengetua itu, adalah dari diri dia sendiri dan bukan apa yang Islam ajar
Bila agama jauh dari kehidupan, porak perandalah kehidupan ini
29 ulasan:
aisehman.. apesal cikgu macam tu. sepatutnya cikgu adalah golongan yang bertanggungjawab dalam melahirkan generasi yang ada nilai modal insan dan memupuk nilai2 murni di kalangan anak-anak muridnya.
tak patut betul la cikgu ni..
@Fyzal
contoh xelok
yg elok banyak lagi
cikgu tu krg bersabar kot..hmm..kena ada yg pi nasihat dia la tu..n_n..
parah dapat cikgu macam ni, silap2 boleh berantakan satu sekolah.
semalam ku dengar kat tv, ada yang tak puas hati bila TPM timbulkan isu 16 mei.
@Hazzy Ishak
oo. ape cerita diA?
nak tahu jugak
baca kat sini,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
hmmmmm
aiyoo..teruknya pengetua tu.. xpatut kot nak ckp pasal perkauman.. mcm minta 13 mei berulang balik je..
ini disebabkan guru2 mula dibenarkan berpolitik ke? err..mintak2 bukan la..
Pening bila waktu petang di bulan ramadhan
seriously?
memalukan kalau betul.
ini memang dah menyalahgunakan kebenaran berpolitik kepada guru2.
memalukan kaum dan agama jer
memalukan institusi perguruan juga
memang sangat memalukan
@LORD ZARA 札拉
malaysiakini dah keluarkan statement tu
@En iLham
die tu pengetua lagi, memang tak tahulah macam mana ni
Bagusnya ada pengetua macam tu
Sekurang kurangnya masyarakat lain akan sedar tanggungjawap mereka sebagai bangsa yang menumpang seperti DSAI kata masa tahun 1993 dahulu
Semoga pengetua lain akan menyontohi beliau
macam anjing ?
kene kau sebijik..
tak-patut cikgu tue buat camtu time bulan mulia nie..
hehehhehee ;)
teruk ler gitu :(
@Nowa
dsai cakap ape?
aisyoh,,bende2 macam nih lah yang buat kaum lain pandang hina pada kita..
alamak.. bila cikgu dah berpolitik.. susah nieh... emmmmm....
macam bodoh je cikgu ni nak lg part kereta tu.. kalau die naik kereta cina tu pon, die pon still tak dpt merampas kereta cina tuh..
adoyai,
guru pemangkin masa depan,
tp kalau dah gini rupanya cikgu tuh?
masa depan apa je yang tinggal..
biar betul cikgu tu ? memang cari nahas lah .
Salam Ramadhan yang berkah~
saya suka entri ni..
Cuma kalau boleh boleh saudara jelaskan hanya huraian ayat 8 al-Maidah tersebut dalam satu entri khusus.
- Bagaimana saudara istinbat hukum haram membenci sesuatu kaum daripada ayat 8 berdasarkan kaitan dengan ayat-ayat sebelum dan sesudahnya dan kenapa ayat itu diturunkan (asbab-nuzul)
kerana akidah kita menuntut wajib wala' kepada Islam dan ahlinya serta bara' kepada kekufuran, kefasiqan, serta maksiat dan ahlinya.
dan Islam tidak melarang kita berlaku adil kepada bukan islam yang mengikat perjanjian damai selagi mana mereka tidak cuba persoal dan langgar perjanjian tersebut.
~wassalam
pembetulan..13 Mei bukan 16 Mei...
joe, nak tanyo. nak connect GB dngn FB jer ke?kalu xdok fb??sbb deativate doh..
@Anonymous
pernah dengar ceramah oleh IR Nizar yg dia keluarkan ayat ini untuk memberitahu kepada kita kena berlaku adil kepada sesiapa sahaja
xjumpa pulak asbabun nuzul ayat ni, nanti try tanya ustaz mana2. tapi untuk kefahaman sendiri, baik cari sendiri ya =) dah jumpa nanti bgtau
sini ada sikit
http://superpedia.rumahilmuindonesia.net/index.php?title=Tafsir_Ibnu_Katsir_Surah_Al_Maidah_ayat_8
mungkin dah terlalu marah agaknya..
cikgu ni mmg racist yg terlampau..boleh bawa gaduh antara kaum ni..mau kene tahan dgn ISA.
saya nk beritahu disini bahawa keistimewaan melayu mmg betul wujud tapi dlm 3 aspek shj iaitu aspek education, economy and public service.
education melayu akn dpt scholarship, economy kita ada pegangan 30% equity dan mostly melayu akn kerja ngn public service sector. itu shj.
bkn bermakna kita boleh pijak kepala bangsa lain.. (quite emo sikit aku ni cos best friend aku org cina n sikh)bagun la org melayu fahami kenapa bangsa lain mula pertikai keistimewaan melayu.
Sebelum kita menuduh siapa yang salah, pastikan kita kaji dahulu kebenaran ceritanya... mungkin benar, mungkin salah, tetapi janganlah berpandu kepada satu sumber sahaja.
Hey i am suuper boy
Catat Ulasan