Share

Cara @joegrimjow menegur perempuan sexy

joegrimjow berjalan-jalan ke pasaraya mydin kubang kerian. tempat kebanyakan penduduk kota bharu menghabiskan masa untuk shopping barang keperluan. Murah? sangat murah. Sudah pasti barang murah akan menjadi pilihan. kan?

Di terjumpa perempuan cantik + sexy

Gambar sekadar hiasan



joegrimjow : eh, awak ni lisa surihani ek?
perempuan cantik : x x, bukan (sambil tersipu-sipu malu)



joegrimjow : haah, bukannnn. awak ni macam pelakon nora elena tu kan?
perempuan cantik : ehh, bukanlah (blushingnya sampai kemerah-merahan)


joegrimjow : betul!! saya yakin!! sapa ntah nama dia. lupa dah
perempuan cantik : siti saleha. tapi bukanlah


joegrimjow : tapi kenapa sama? betullah awak ni dia kan?
perempuan cantik : bukan


joegrimjow : ya!
perempuan cantik : bukanlah....


joegrimjow : iyee!
perempuan cantik : bukan


joegrimjow : konfem sama!
perempuan cantik : no no no


joegrimjow : samaaaaa!!
perempuan cantik : bukan....


joegrimjow : sama!
perempuan cantik : oklah, ya saya


joegrimjow : tapi nora elena tu selalu pakai skirt sampai nampak betis dan lutut je, awak pakai mini skirt sampai nampak peha dan bila awak duduk terbongkok tadi terbeliak biji mata pakcik yang kat belakang awak tu tengok benda 'wow'
perempuan cantik : erk?


joegrimjow : ok bye
perempuan cantik : .........


pss : sexy is determine by peha and pusat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Nasi Kerabu Ayam Percik 27 Rejab


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Bukak booth yang paling BEST



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Soalan pilihan di FormSpring

Formspring ni dah lama aku register. Lepas register, sebab tak tahu guna, abaikan je. Tapi dalam email, memang selalu keluar notification. Sebab nak berlaku adil (perlu ke?) kepada formspring, aku gagahkan jugak bukak dan memang banyak soalan yang nak dijawab

Kalau soalan ilmiah, ok jugak nak jawab, ni kebanyakan soalan, haish, habiskan masa je baca! Tapi takpe, aku ni sangat baik, kat bawah ni antara soalan-soalan 'ilmiah' dari soalan-soalan lain.










ok, stop kejap. fuh fuh. memang betul ok, aku sangat pandai masak nak ayam. Hehe. Sebab utama pandai masak nasi ayam adalah ia sungguh mudah. Sepanjang aku kat sana masa belajar, memang tak sah kalau tak buat nasi ayam dalam masa seminggu tu. Dulu kan selalu buat entry pasal masak-masak ni. ingat tak ingat tak?

tak ingat takpe, siapalah aku ini :( jom next question












Okeh, mesti penat kan korang baca. erk, penat ke? ke korang tak baca? ala, ta baca pun bgtau je lah korang baca, jaga hati aku ni. hehe. Tapi banyak-banyak soalan, soalan bawah ni paling best. Jawapan aku pun adalah paling JUJUR!!




ok bye


pss : korang nye 'precious thing' ape?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Kejar Page Rank Tinggi

Yeahh, acap pulak aku buat segmen kenapa blogger ni kan? Bukan apa, hari ni tiba-tiba timeline kat twitter penuh orang cakap pasal Page Rank - PR. Bagi yang tak tahu apa itu PR, bleh baca entry ni dulu. Sebab Google update 4 kali setahun, aku assume PR terbaru baru sahaja diupdate. Kan?

Dulu blog ni PR 3, tadi check masih 3. Haiish, tak berubah-rubah

Sebenarnya nak naikkan PR ni lagi susah dari nak naikkan alexa blog. OMAIGOD, alexa tu apa pulak? Banyak pulak benda teknikal aku cakap malam ni kan? Okeh, tak tahu pasal alexa, bleh baca sini pasal top world blog yg pakai blogspot je untuk blog mereka. Alexa ni index dia senang skit, bergantung pada traffic. Tapi untuk Page Rank, aku pun tak paham sangat bagaimana google index sesuatu PR. bukan faktor tak paham sangat, tapi faktor cepat sangat berubah. Sama jugak dengan bagaimana SEO seseorang tu. WHATTT, apa itu SEO??? abaikan je, kita cakap pasal Page Rank je okeh malam ni

so, jom kita tengok kenapakah blogger nak sangat kejar Page Rank tinggi


1) Semakin tinggi Page Rank, semakin hebat sesuatu blog



Blog atau website yang mempunyai PR tinggi ni memang mempunyai kelebihan yang banyak. Antara elemen mengukur kehebatan sesuatu blog ada melalui PR. Tapi serius bagi aku, ia tak penting mana pun. Aku lebih suka kejar alexa dari PR ni. Mungkin alexa update tiap-tiap hari kot. maybe




2) Semakin tinggi Page Rank, semakin otai blogger itu dalam teknikal blog



Nak dapat PR tinggi, memang kemahiran teknikal diperlukan. Nak ubah ni, nak ubah tu, serius aku failed bab ni. Sebab tu PR tak naik-naik tu. Heh. Tips yang aku boleh bagi, kalau korang masih guna blogspot.com ataupun wordpress.com, tak payah nak mimpilah nak dapat PR tinggi, susah den. Beralihlan kepada web hosting dan domain sendiri. 

ceh, cakap tak serupa bikin je tuan blog ni kan?



3) Semakin tinggi Page Rank, semakin ramai awek comel nak berkenalan


Bila PR dah lawa 5 ke 6, konpem ramai yang akan follow blog tu. Tak terkecuali awek-awek comel akan sibuk follow tuan empunya blog. Lepas follow, mulalah add di facebook. pastu hantar msg.'abg joe, ajarla shaye cane nak dapat PR tinggi, buatlah tutorial ek' Alah yang lelaki pun, jumpa ayat shaye shaye camni, sibuklah nak publish entry camni. erk? tuju kat diri sendiri




4) Semakin tinggi Page Rank, semakin boleh berlagak dalam twitter



PR cun, mulalah sibuk tanya PR orang lain. Motif? nak suruh tanya PR dia bape. maklumlah, PR dia kan TINGGGIIIIIIIII. wakakaka

janganlah marah, gurau saje =)



pss : Guna gambar @najibrazak tu sebab malam ni sepatutnya ada dinner dengan dia, tapi sebab ada kat Kelantan, miss that dinner. aahhh, rindu punya pasal la ni =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

KL Hamster : Parody KL Gengster



Serius BEST PARODY VIDEO ever yang dibuat oleh orang Melayu. Dah la budak-budak lagi yang buat. Erk, walaupun gambar sebelum tekan play agak tak snonoh, tapi sangat best! kan kan?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Nak sangat jadi #Retis

Yeahh, dah lama kot tak buat segmen kenapa blogger ni. Sebab dah lama tak buat, kita buatlah kat entry ni. Jadi kali ni akan sentuh sikit bab retis. Bagi yang tak tahu apa itu retis, jangan duk belek kamus dewan pulak, memang takkan jumpa! Aku pun baru tahu 'istilah' baru ni!

Retis = blogger artis + blogger popular

Nak jadi blogger popular ada 2 cara. Cara pertama adalah korang memang dah popular, lepas tu korang buat blog. Taraaa, jadilah blogger popular. Satu cara lagi adalah korang tulis blog, ramai gila orang baca blog korang, Taraaaa, jadilah blogger popular. Retis ni khas untuk cara yang kedua tadi. Cara pertama tak dikira.

So, jom kita tengok kenapa blogger nak sangat jadi retis!


1) Gagal mempopularkan diri ketika di dunia realiti



Ada jugak jenis manusia ni, sebab dia sudah try pelbagai cara untuk jadi popular di dunia reailiti, habis reality show dia masuk, pertandingan nyanyi sampailah pertandingan joget, semua failed. Frust tak dapat up di dunia realiti, dia cuba pula di dunia maya – dengan berblog! Buat entry siki, terus pergi spam kat wall facebook orang dan juga ruangan komen orang lain. Erk, ada pernah jumpa?



2) Gila glamer


Bagi blogger jenis ni, dunia glamer adalah segala-galanya. Dia terpengaruh dengan artis-artis yang pergi je mana-mana, terus dapat tandatangan, jadi dia pun memasang niat untuk jadi glamer. Sedar diri tak punya bakat dalam lakonan mahupun nyanyian, dia cuba menglamerkan diri dengan bidang penulisan. Bersungguh-sungguh dia mengkaji bagaimana nak dapatkan ramai pembaca sampai terbeli ebook di pasaran. OOHH, nak kejar dunia glamer katakan!


3) Gaji sampingan



Ahaa, menjadi retis ni sudah pasti HITS kat blog banyak. Walaupun HITS = How Idiot Track Success, dia nak jugak kejar hits yang tinggi. Bila hits tinggi, mesti ramai yang beriklan kat blog dia, buat advertorial ni, buat advertorial tu, jemput pergi event ni, jemput pergi event tu, mesti dapat duit lebih dengan berblog! Mungkin duit dapat dari berblog lebih tinggih gaji sebenar? Jeng jeng jeng


4) Gagal memperoleh kasih sayang



uhuu.... untuk blogger macam ni, bairlah dia. Biarlah dia syok sendiri di dunianya sendiri. Dia tak kacau kita kan? Hehe


pss : retis ok lagi, jangan pentis sudah =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman menonton #MaharajaLawak dengan 14 371 rakyat Malaysia

No 1 : Sepah

No 2 : Jozan

No 3 : Nabil

No 4 : Jambu


Maharaja lawak dah labuhkan tirai. Yang sebenarnya, ini adalah rancangan maharaja lawak yang pertama aku tengok live. Sebab? Tak amek astro warna. Heh, tak tahu pulak yang kalau kita subscribe byond ni dia ada rancangan HD lagi kat channel 188. Apa lagi, terus tengok la tadi. Yang bestnya, tengok bersama dengan 14 ribu lebih secara online =)






14 ribu lebih tuuuuuuu. Best? best gila kot sebab sambil tengok sambil chat. haha. 








Korang tahu nak thank u je kan, tahu tak disebaliknya???






Haha, semangat aku pergi letak laptop aku tu atas kerusi. ngada kata tak dengar la, nak suruh dekat la, lagging la. haiishh. yang tu ok lagi, yang tak tahannya, nak gelak pun kena cover. apa taknya, terus ada orang komen dengar suara aku gelak. kekeke. dah lawak, gelak je lah kan? Apa-apa pun, korang beli jelah astro. subsribe byond pvr, puas hati ada HD lagi! 

acecee, kira back up astro =)



pss : antara pemenang, nabil yang paling banyak dapat duit, rm 150 000. juara 350 ribu kena bahagi 3. jozan dapat 250 ribu kena bahagi 2. haha. Nabil paling kaya!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Perkara yang aku rindu pada zaman blog dahulu

Pernah tak korang dalam waktu terdekat ni baca entry korang yang 1st mula berblog? Tergerak aku nak baca entry 1st dulu - perjalanan menjadi hardcore internet. Heh, lucu jugak sebab 6 entry awal bermula dengan ayat perjalanan. Sesuai la dengan tema blog kononnya journey-journey ni. Nak jugak letak perjalanan pada permulaan entry. Tapi sayang, 6 entry awal je. Lepas tu terus lari. Memang tak istiqamah langsung!

Petang jumaat ni, tiba-tiba nak imbau balik kenangan berblog. Aku mula berblog pada 1/1/2009. Dah 2 tahun lebih. Kalau nak kira asam garam tu, takdelah banyak. Tapi sebab aku ni suka involve dalam dunia betul, sebab tu rasa pengalaman tu lebih sikit. Erk, lebih sikit je lah. Tak banyak. Banyak sebenarnya pengalaman berblog ni, kali ni, nak kongsi pengalaman yang aku sangat rindu ketika mula-mula berblog. okeh, jom kita baca



1) I follow u, u follow me back



Lucu kan dulu-dulu, follower memang dilihat sebagai satu benda yang sangat stylo. Semakin banyak follower, semakin popular seseorang itu? erk, ye la kot. Sebab tu berlumba-lumba orang nak kumpul follower. Lepas tu mulalah kat dapat spam kat bahagian comment dan bahagian chat box - I follow u, follow me back!! kan kan?

Tapi sekarang ni, dah kurang dah terima ayat-ayat camni. Hehe, mungkin zaman follower dah berakhir? ahaa, walaupun menyampah, serius rindu ok. Try korang komen kat bawah ni - follow me back. haha, nak hayati zaman berblog dahulu =)




2) Usha awek blogger yang cun-cun



Ahaa, dulu memang sangat best stalk blog pompuan cun-cun. Haha, sangat best ok. Ya lah, pompuan ni suka sangat letak gambar comel-comel kat dalam blog, mana tak laki usha kan? Lepas tu nak salahkan lelaki. Hehe. Tapi aku dulu ada taktik sendiri jugak. Cam ne? Dulu tak ramai blogger yang follower dia cecah 1000 lebih. Aku kira antara yang advance jugak la capai cepat 1000 tu. So, bila jumpa je blogger pompuan cantik, bagi komen membina sikit, wah wah, mulalah dia pun singgah blog kita. siap add ym bagai lagi. haha

Tapi sekarang ni, ntah la nafsu kat pompuan dah kureng. kekeke. oohoo, jangan salah sangka, aku bukan gay ok. cuma ntah la, ramai sangat pompuan cun letak gambar kot? sampai nafsu pun dah kurang. wakakaka. Tak pun sebab aku ni dah lanjut usia dah????



3) Blog tulis pasal negara orang



Aku start blog memang kat UK, Sheffield. Bila ada kat negara orang, memang sangat best compare negara orang dengan negara kita sebab benda tu kita alami sendiri. Idea pun mencurah-curah timbul. Dulu buat entry masak nasi lemak pun macam excited gila habis, apa tah lagi kalau pergi melawat sana melawat sini. Memang excited la

Sekarang ni, memang sangat rindu zaman tu. Zaman menjadi perantau dinegara orang. Nak tulis pun dah takde feel. Heh, tunggulah aku berada kat sana. 13hb 7 ni pergi UK untuk convo, haa, masa tu siaplah entry 50 nak tulis!!




Gathering blog yang aku anjurkan sendiri



Memang sekarang ni banyak je gathering blogger yang aku join, hari tu baru terima jemputan dari DenaiHati.com untuk pelancaran equrban. Sempat jumpa kak yanmie, kak jie yang dah lama xjumpa, iman (GTO) dan jai. Tuan rumah denaihati sudah pastilah kan. Yang aku rindu adalah gathering yang aku anjurkan. Lain ok gathering yang kita anjur dengan gathering yang kita join je!


Perkara yang paling 'sakit' nak buat gathering adalah crowd. ya, tetamu atau blogger yang nak hadir. Aku ingat lagi masa 1st gathering aku buat kat putrajaya dulu bersama dengan kawan2 blogger lain, pagi tu bukan main gelisah lagi takut takde orang datang. perut tu memang terasa rama-rama kat dalam. runsing!! heh, pengalaman tu memang sangat best, runsing takut takde orang datang. Sekarang ni dah lama xbuat gathering, entahlah bila lagi nak buat. 

Masa aku kawen nanti la kot? erkk???


*******

Okeh, tu je dulu antara zaman berblog yang aku rindui. Nak sangat patah balik masa, pinjam mesin merentas masa dengan Doraemon ke. Sangat-sangat rindukannya! Korang ada pengalaman berblog yg korang rindu? 


pss : Kadang-kadang kita akan kehilangan arah dalam berblog, masa itulah kita perlu baca balik entry lama kita dan selidik balik, kenapa sebanarnya aku berblog?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Jom kahwin dengan ibu tunggal



Ibu Tunggal

Sangat banyak sekarang berlaku kat masyarakat kita. Si Isteri yang kematian/kehilangan suami, mempunyai anak digelar ibu tunggal. Bayangkan kalau si ibu tu mempunyai anak 5 orang, sebelum ni tak kerja sebab si suami yang menyara hidup, tiba-tiba si suami meninggal, kalau kerja government oklah sikit, tapi kalau kerja sendiri? anak pulak masih kecik-kecik, memang sangat naya kat si ibu tadi!


Lelaki berpoligami

Dalam Islam, lelaki dibenarkan kahwin sehingga 4. Ayat ke3 surah an-nisa ini memang menjadi hafalan kepada para lelaki yang ingin membuka cawangan. Ramai yang rasa benda ini menindas kaum perempuan, tetapi jika diperhalusi betul-betul, ternyata ia sebenarnya menguntungkan para wanita. Allah tu Maha Bijaksana. Ada hikmah disebalik syariatnya


Peranan pemerintah

Menyedari bahawa poligami ini boleh memberi faedah kepada ibu tunggal, memang menjadi tanggungjawab pemerintah atau yang berkuasa untuk menggalakkan proses ini menjadi kenyataan. Insentif yang diberi seperti keratan akhbar di atas sepatutnya diperluas sehingga seluruh negara. Barulah ada 'semangat' si lelaki mahu membuka cawangan dengan ibu tunggal!


Pendapat korang?

Pendapat korang camne? Terutama bagi si perempuan, nak sangat aku tahu adakah korang sanggup dimadu. wah wah. macam dah tau je jawapan kan? Heh, bagi lelaki pulak, nak jugak aku tahu, kalau memang dah mampu, nak ke kahwin dengan ibu tunggal ni walaupun diberi insentif? Nanti aku buat entry susulan

ce cite ce cite

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Advertlets VS Nuffnang



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Pemenang Duit RM 150!




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Konspirasi Lisa Surihani dan Aaron Aziz

Hi peminat drama dan filem melayu sekalian,

Malam ni (pagi yang baca entry ni pagi) aku nak cerita sikit pasal Industri Hiburan tanah air. Wah-wah, hari tu dah siap buat pasal korea dan jepun, kali ni nak jugak cerita pasal industri kita. Walaupun takde isu yang menarik nak kupas, tapi aku rasa konspirasi Lisa Surihani dan Aaron Aziz ni mesti ramai nak tahu kan. Ohh, ini bukan blog gosip, dan entry ni pun akan ulas dari perspektif aku yang menonton dan mengikuti. heh, cover baik punya!


Lisa Surihani


Sekarang ni nama lisa surihani ni memang sangat popular di kalangan peminat industri tanah air kita. Walaupun digosip dengan yusry, aku tau hati dia hanya pada aku. ahaa. yang aku nak cite bukan pasal dia dengan lelaki lain, tetapi macam mana populariti lisa boleh cepat mencanak naik dengan begitu mendadak

Bagi yang belum tahu, lisa ni dulu pernah masuk iklan McD yang sangat lucu. 


ayam oh ayam - sangat comel ok!

Tapi dulu tak popular dan takde orang tahu pun. Tahun lepas boleh dikatakan adalah zaman kegemilangan dia. Sebenarnya tahun lepas baru aku tahu kewujudan dia. hehe. Sejak drama Adamaya yang mencetus fenomenanya tersendiri, lepas tu Lagenda Budak Setan, nama lisa memang mencanak-canak naik. 



Aaron Aziz



Dia yang berasal dari Singapore ni memang sekarang tengah mencipta nama di Malaysia sekarang. Ayah dan suami yang handsome ni rupa-rupanya pernah menyanyi suatu ketika dahulu. wahaaa



Not badlah kan suara dia?

Sama juga dengan lisa, populariti Aaron sekarang mencanak naik disebabkan drama Nora Elena dan terbaru (takdelah baru sangat) KL Gengster. Walaupun nora elena tu ditayangkan waktu orang nak solat maghrib, tapi populariti drama tu yang ditonton lebih 2.7 juta orang memang mengagumkan. Kalaulah ditayangkan waktu perdana, pukul 9 ke, mesti lebih ramai yang menonton ye tak?


Celah mana konspirasinya?

Gini, dulu aku ada buat entry bagaimana seseorang artis k-pop itu dilahirkan memerlukan belanja sehingga 400 000 usd baru boleh dikenali ramai. Ada perancangan yang begitu rapi oleh mereka yang bertanggungjawab untuk mempopularkan artis ni. Di Malaysia, aku rasa kita kurang benda ni. Takde pengasah bakat yang UMPH wujud di Malaysia ni. Macam kes lisa dengan aaron ni, aku rasa ianya hanyalah kebetulan. 


Kebetulan bagaimana? Dari drama ke filem

Kalau tengok mereka berdua, hasil dari lakonan dalam drama, berlakon pula ke filem dalam tempoh yang rapat, cerita pulak berkualiti, memang meletup terus nama dieorang. Aku tak rasa benda ni ada orang disebalik tabir, ya lah, pakat terima je lakonan yang dapat, lepas tu ditayang dalam waktu dekat, peminat minat, terus jadi peminat sejati. kan?

Cuba benda ni ada orang 'susun' Mesti lagi meletup kebabow punya efek dia! Maksud susun ni, dari satu stage ke satu stage. Katakan ada seorang pelakon ni yang ada bakat besar. Seorang producer kenalah pandai susun si pelakon baru ni supaya cerita dia sentiasa ada je. Dari satu drama ke filem then drama balik. Mungkin susah kalau nak dibandingkan dengan penyanyi, tapi susah nilah yang akan dapat kesannya yang lebih

kan kan?


Peranan Social Media

Lagi satu, social media yang begitu banyak wujud sekarang ni harus dioptimumkan dengan sebaiknya. Facebook, twitter ataupun youtube. manfaatkan sebaiknya. Aku ada tengok true hollywood story pasal justin bieber, kenapa budak ni boleh begitu femes adalah sebabnya peminat rasa justin tu milik dieorang. Macam mana? melalui social media lah. Kalau macam justin dia gunakan youtube untuk upload video2 terbaru dari dia. Bila peminat dah rasa sangat 'rapat' seolah-olah berkomunikasi dengan dia, memang kelahiran peminat fanatik tu pengiklanan terbaik dan termurah

Macam kes Lisa dan Aaron, memang mereka menggunakan social media sebaiknya. Tengok facebook page diorang, lisa dah sjuta stengah, aaron hari tu baru 600k sekarang ni dah 800k lebih. Dalam twitter pulak duk sibuk twit-twit dengan peminat. Memang peminat yang tak minat pun akan terasa artis itu adalah milik mereka. lebih rapat gitu

what do u think?


******

Kelahiran artis super hebat di Malaysia

Dengar khabar, ada artis baru yang akan muncul. dia bukan sahaja hebat dalam nyanyian, tarian jugak hebat. Lakonan tak payah cakap, memang hebat. Ada producer yang dah susun penampilan dia di dunia realiti dan dijangka akan mencanak naik namanya di dunia seni tanah air pada tahun 2012. Drama dia bersama lisa dan aaron yang berjudul kelambu purple akan menemui peminat pada awal 2012. TV3 meramalkan 13 juta penonton! Selepas itu filem dia bersama dengan Penelope Cruz bakal menawan bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Hollywood sana!! Siapa?



















elvis pres joe!!!



 kekekeke

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Selamat #haribapa2011







Sayangilah ayah selagi dia masih ada. Berbaktilah kepada dia selagi belum terlambat. Selamat #haribapa2011




Pss : baru sampai rumah, hari ni baru sempat cuci-cuci kubur

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW