Pernah tak korang dalam waktu terdekat ni baca entry korang yang 1st mula berblog? Tergerak aku nak baca entry 1st dulu -
perjalanan menjadi hardcore internet. Heh, lucu jugak sebab 6 entry awal bermula dengan ayat perjalanan. Sesuai la dengan tema blog kononnya journey-journey ni. Nak jugak letak perjalanan pada permulaan entry. Tapi sayang, 6 entry awal je. Lepas tu terus lari. Memang tak istiqamah langsung!
Petang jumaat ni, tiba-tiba nak imbau balik kenangan berblog. Aku mula berblog pada 1/1/2009. Dah 2 tahun lebih. Kalau nak kira asam garam tu, takdelah banyak. Tapi sebab aku ni suka involve dalam dunia betul, sebab tu rasa pengalaman tu lebih sikit. Erk, lebih sikit je lah. Tak banyak. Banyak sebenarnya pengalaman berblog ni, kali ni, nak kongsi pengalaman yang aku sangat rindu ketika mula-mula berblog. okeh, jom kita baca
1) I follow u, u follow me back
Lucu kan dulu-dulu, follower memang dilihat sebagai satu benda yang sangat stylo. Semakin banyak follower, semakin popular seseorang itu? erk, ye la kot. Sebab tu berlumba-lumba orang nak kumpul follower. Lepas tu mulalah kat dapat spam kat bahagian comment dan bahagian chat box - I follow u, follow me back!! kan kan?
Tapi sekarang ni, dah kurang dah terima ayat-ayat camni. Hehe, mungkin zaman follower dah berakhir? ahaa, walaupun menyampah, serius rindu ok. Try korang komen kat bawah ni - follow me back. haha, nak hayati zaman berblog dahulu =)
2) Usha awek blogger yang cun-cun
Ahaa, dulu memang sangat best stalk blog pompuan cun-cun. Haha, sangat best ok. Ya lah, pompuan ni suka sangat letak gambar comel-comel kat dalam blog, mana tak laki usha kan? Lepas tu nak salahkan lelaki. Hehe. Tapi aku dulu ada taktik sendiri jugak. Cam ne? Dulu tak ramai blogger yang follower dia cecah 1000 lebih. Aku kira antara yang advance jugak la capai cepat 1000 tu. So, bila jumpa je blogger pompuan cantik, bagi komen membina sikit, wah wah, mulalah dia pun singgah blog kita. siap add ym bagai lagi. haha
Tapi sekarang ni, ntah la nafsu kat pompuan dah kureng. kekeke. oohoo, jangan salah sangka, aku bukan gay ok. cuma ntah la, ramai sangat pompuan cun letak gambar kot? sampai nafsu pun dah kurang. wakakaka. Tak pun sebab aku ni dah lanjut usia dah????
3) Blog tulis pasal negara orang
Aku start blog memang kat UK, Sheffield. Bila ada kat negara orang, memang sangat best compare negara orang dengan negara kita sebab benda tu kita alami sendiri. Idea pun mencurah-curah timbul. Dulu buat entry masak nasi lemak pun macam excited gila habis, apa tah lagi kalau pergi melawat sana melawat sini. Memang excited la
Sekarang ni, memang sangat rindu zaman tu. Zaman menjadi perantau dinegara orang. Nak tulis pun dah takde feel. Heh, tunggulah aku berada kat sana. 13hb 7 ni pergi UK untuk convo, haa, masa tu siaplah entry 50 nak tulis!!
Gathering blog yang aku anjurkan sendiri
Memang sekarang ni banyak je gathering blogger yang aku join, hari tu baru terima jemputan dari
DenaiHati.com untuk pelancaran equrban. Sempat jumpa kak yanmie, kak jie yang dah lama xjumpa, iman (GTO) dan jai. Tuan rumah denaihati sudah pastilah kan. Yang aku rindu adalah gathering yang aku anjurkan. Lain ok gathering yang kita anjur dengan gathering yang kita join je!
Perkara yang paling 'sakit' nak buat gathering adalah crowd. ya, tetamu atau blogger yang nak hadir. Aku ingat lagi masa 1st gathering aku buat kat putrajaya dulu bersama dengan kawan2 blogger lain, pagi tu bukan main gelisah lagi takut takde orang datang. perut tu memang terasa rama-rama kat dalam. runsing!! heh, pengalaman tu memang sangat best, runsing takut takde orang datang. Sekarang ni dah lama xbuat gathering, entahlah bila lagi nak buat.
Masa aku kawen nanti la kot? erkk???
*******
Okeh, tu je dulu antara zaman berblog yang aku rindui. Nak sangat patah balik masa, pinjam mesin merentas masa dengan Doraemon ke. Sangat-sangat rindukannya! Korang ada pengalaman berblog yg korang rindu?
pss : Kadang-kadang kita akan kehilangan arah dalam berblog, masa itulah kita perlu baca balik entry lama kita dan selidik balik, kenapa sebanarnya aku berblog?