Jumaat, 24 Jun 2011

Perkara yang aku rindu pada zaman blog dahulu

Pernah tak korang dalam waktu terdekat ni baca entry korang yang 1st mula berblog? Tergerak aku nak baca entry 1st dulu - perjalanan menjadi hardcore internet. Heh, lucu jugak sebab 6 entry awal bermula dengan ayat perjalanan. Sesuai la dengan tema blog kononnya journey-journey ni. Nak jugak letak perjalanan pada permulaan entry. Tapi sayang, 6 entry awal je. Lepas tu terus lari. Memang tak istiqamah langsung!

Petang jumaat ni, tiba-tiba nak imbau balik kenangan berblog. Aku mula berblog pada 1/1/2009. Dah 2 tahun lebih. Kalau nak kira asam garam tu, takdelah banyak. Tapi sebab aku ni suka involve dalam dunia betul, sebab tu rasa pengalaman tu lebih sikit. Erk, lebih sikit je lah. Tak banyak. Banyak sebenarnya pengalaman berblog ni, kali ni, nak kongsi pengalaman yang aku sangat rindu ketika mula-mula berblog. okeh, jom kita baca



1) I follow u, u follow me back



Lucu kan dulu-dulu, follower memang dilihat sebagai satu benda yang sangat stylo. Semakin banyak follower, semakin popular seseorang itu? erk, ye la kot. Sebab tu berlumba-lumba orang nak kumpul follower. Lepas tu mulalah kat dapat spam kat bahagian comment dan bahagian chat box - I follow u, follow me back!! kan kan?

Tapi sekarang ni, dah kurang dah terima ayat-ayat camni. Hehe, mungkin zaman follower dah berakhir? ahaa, walaupun menyampah, serius rindu ok. Try korang komen kat bawah ni - follow me back. haha, nak hayati zaman berblog dahulu =)




2) Usha awek blogger yang cun-cun



Ahaa, dulu memang sangat best stalk blog pompuan cun-cun. Haha, sangat best ok. Ya lah, pompuan ni suka sangat letak gambar comel-comel kat dalam blog, mana tak laki usha kan? Lepas tu nak salahkan lelaki. Hehe. Tapi aku dulu ada taktik sendiri jugak. Cam ne? Dulu tak ramai blogger yang follower dia cecah 1000 lebih. Aku kira antara yang advance jugak la capai cepat 1000 tu. So, bila jumpa je blogger pompuan cantik, bagi komen membina sikit, wah wah, mulalah dia pun singgah blog kita. siap add ym bagai lagi. haha

Tapi sekarang ni, ntah la nafsu kat pompuan dah kureng. kekeke. oohoo, jangan salah sangka, aku bukan gay ok. cuma ntah la, ramai sangat pompuan cun letak gambar kot? sampai nafsu pun dah kurang. wakakaka. Tak pun sebab aku ni dah lanjut usia dah????



3) Blog tulis pasal negara orang



Aku start blog memang kat UK, Sheffield. Bila ada kat negara orang, memang sangat best compare negara orang dengan negara kita sebab benda tu kita alami sendiri. Idea pun mencurah-curah timbul. Dulu buat entry masak nasi lemak pun macam excited gila habis, apa tah lagi kalau pergi melawat sana melawat sini. Memang excited la

Sekarang ni, memang sangat rindu zaman tu. Zaman menjadi perantau dinegara orang. Nak tulis pun dah takde feel. Heh, tunggulah aku berada kat sana. 13hb 7 ni pergi UK untuk convo, haa, masa tu siaplah entry 50 nak tulis!!




Gathering blog yang aku anjurkan sendiri



Memang sekarang ni banyak je gathering blogger yang aku join, hari tu baru terima jemputan dari DenaiHati.com untuk pelancaran equrban. Sempat jumpa kak yanmie, kak jie yang dah lama xjumpa, iman (GTO) dan jai. Tuan rumah denaihati sudah pastilah kan. Yang aku rindu adalah gathering yang aku anjurkan. Lain ok gathering yang kita anjur dengan gathering yang kita join je!


Perkara yang paling 'sakit' nak buat gathering adalah crowd. ya, tetamu atau blogger yang nak hadir. Aku ingat lagi masa 1st gathering aku buat kat putrajaya dulu bersama dengan kawan2 blogger lain, pagi tu bukan main gelisah lagi takut takde orang datang. perut tu memang terasa rama-rama kat dalam. runsing!! heh, pengalaman tu memang sangat best, runsing takut takde orang datang. Sekarang ni dah lama xbuat gathering, entahlah bila lagi nak buat. 

Masa aku kawen nanti la kot? erkk???


*******

Okeh, tu je dulu antara zaman berblog yang aku rindui. Nak sangat patah balik masa, pinjam mesin merentas masa dengan Doraemon ke. Sangat-sangat rindukannya! Korang ada pengalaman berblog yg korang rindu? 


pss : Kadang-kadang kita akan kehilangan arah dalam berblog, masa itulah kita perlu baca balik entry lama kita dan selidik balik, kenapa sebanarnya aku berblog?

53 ulasan:

  1. Belum ada rezeki untuk merasa gathering blogger lagi buat masa ni. Apa tidaknya blog pun tak berapa femes lg..ahaha

    BalasPadam
  2. @Zinedine Zaiddin

    klu femes je bleh buat gathering, xterbuat la gathering semua org. eheee

    BalasPadam
  3. i follow you. follow me back ok :-p

    BalasPadam
  4. apapun, blog joegrimjow adalah antara blog yg terawal aku follow.

    dulu suka baca blog ko ni sebab alkisah pak belalang and kisah2 kat UK. mmg ada lah jugak rindu. hahah

    BalasPadam
  5. Zaman blog dulu2 sempoi2 je semua.
    Bila baca ayat2 entri pertama tu, sumpah rasa sangat tak matang,
    Heheh.

    Dah komen ni, follow la ye.
    Just joking XD

    BalasPadam
  6. masa mula2 dtg blog ni ada lagu 'Our Love Will Always Last' dan bunga tulip, terus jtuh hati, blog yg mendamaikan...

    BalasPadam
  7. hurm agak susah ye bile org 1 negeri tapi bile dikomen senyap,bile ditamye pun senyap..x kesahlah kat mane2,@twitter @fb...kate u follow i, i follow u balik..camne tue?..berkaitan ngan prinsip gak tu...ape yg kite tulis,org akan bace,kemudian org jugak yg akan judge diri kite.. :)

    BalasPadam
  8. @hanjila

    yg tu entry mana ntah
    huhu
    dah xingat dah

    BalasPadam
  9. i like ur page, u like page me back.
    atau
    i rss u, u rss me back.

    p.s aku tak pernah amalkan u follow molly tu. seingat aku la. aku follow kalau aku minat. tu je. lagi pun, aku memang diajar guna rss dari dulu haha

    BalasPadam
  10. hey mr joe . i already follow you . follow me back ya . HAHA .

    :D have a great day ahead ya and happy blogging . do take care ya . :)

    BalasPadam
  11. so far tak terjebak la tang I follow U, U follow I .. tu yg follower pun suam2 kuku jekk... eheheheh

    kekadang nak join gathering tapi malu2 kucing. segan lak nak jumpa ramai2 blogger yg tak kenall.. uhuhuhu

    BalasPadam
  12. joe.. bila nk wt gathering kt kelate pulok nie??

    BalasPadam
  13. aku baru nak stat dari mula ni .. jadi tak sempat laa rasa i follow, u follow back tuh ..

    tp mmg penah dapat shout tuh .. time tuh tak paham pon .. LOL

    BalasPadam
  14. hurm yup, banyak bende yg di rindu but so far x pernah lagi pi gathering blogger..

    BalasPadam
  15. ingattttttttttttttttttttt~

    BalasPadam
  16. Haha. Ye ye. Saya rindu jugak. Sebab sekarang sinar semakin pudar. Huuuu. Tu pasal rindu pada zaman dulu-dulu berblog. :)

    Rindu Joe jugak laa. Haha.

    BalasPadam
  17. sekarang ni pun tengah takde ilham. kadang-kadang tu memang terfikir jugak, kenapa aku berblog ni sebab makin lama macam makin lupa tujuan asal.

    BalasPadam
  18. bila baca sendiri entri2 yang lama2, kadang2 tergelak sendiri. Betul ke aku yang tulis ni? mcm tak percaya pun ada

    BalasPadam
  19. wahh, terkenang kenangan zaman dulo2 berblog ye???
    pasti tersenyum sendiri kn? haha
    ok ok, selamat dan teruskan berblogging!

    BalasPadam
  20. rasanya blogger skrg makin bijak. buat GA/contest/segmen. syarat pertama mesti jd follower. dari situ, salah satu cara utk tambah followers.

    tu tgok blogger yg baru berblog sebulan dua. dah ada follower beratus2.

    BalasPadam
  21. @syafiq

    yg xguna rss ni la yg biasa follow mollo ni

    BalasPadam
  22. @*∽ IZAN ∽*

    jumpa xkenal la best
    klu dah kenal xbest la
    hehe

    BalasPadam
  23. @iPai

    klu baru start
    mesti miss zaman tu

    BalasPadam
  24. @Yong Sofea

    kena rilek2 pk balik
    then kembali berblog

    BalasPadam
  25. aku pun rindu Joe.

    Rindu masa awal2 kenal kau.

    hahaha.

    :)

    Blog BM aku pun start 1/1/2009 :)

    BalasPadam
  26. entri joe skrg sudah matang.
    tp dulu cam lg best & enjoy kot klau baca : )
    tp sulu & skrg tetap best..

    BalasPadam
  27. aar... rasa cam dah lama sgt tu.. hehehe

    rindu mmg rindu.. but skang.. there's no turning back. cpt2 la hantar kad undangan kawen. tak sabaq nk datang neh!

    =p

    BalasPadam
  28. cepat kan masa berlalu..

    sy kurang menaip kat blog daaa, mungkin dah tua kot, haha

    BalasPadam
  29. Saya baru jer, join berblog ni secara aktif. Dulu buat blog jer tapi jarang atau langsung tak tulis apa2. Sebab? sebab tak tau nak tulis apa. Hahaha... Kelakar jugak bila ingat2 kembali ;)

    BalasPadam
  30. joe...sbb tu lah macik berblog ikut suka hati tak mo tension2 kumpul polower...hhehehe wpun pada mata kasar byk polower maka popular blog tu...padahal kadang2 tah apa2 ajer...hahaha suka hati macik jer nak kutuk blog ramai polower....sbb blog macik tak popular lah macik cakap cam tu

    BalasPadam
  31. Kadang-kadang kita akan kehilangan arah dalam berblog, masa itulah kita perlu baca balik entry lama kita dan selidik balik, kenapa sebanarnya aku berblog?


    ayat paling bestttt!anyway,nak kawen jmput bloggerssss ok.kasi gegarrrr ;))

    BalasPadam
  32. I follow u, u follow me back.ha ha ha..follow2 ^________^

    BalasPadam
  33. ye kot..terlepas pandang sampai yang org ckp baru nak bertanya pada yg dah expert nie pasal dunia blog untuk diajar pd kite...entahlah..:)

    BalasPadam
  34. joe..aku igt lg blog ko mle2 dlu...
    ko suke ltk title lucah..nk tarik trafik..
    btul x??? btul x??? hahahaha...
    zmn dlu..mmg best ble igt blk..xsme mcm zmn blog skg..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.