Share

Kenapa ko suka sangat bergathering ni jo?

Salam

Warghhh, 2 hari kehidupan tiada internet!! Sekarang dah sampai kelantan, rumah pulak internet buat hal. Habis terganggu rutin berblog. warghhh, eksited ok!! erk, sabtu ni akan kembali ke KL. ya lah, ada gathering main futsal dengan blogger. semangat tu. Malam ni update simple je la. Jadi entry kali ini pun tiada isi serius nak dibincangkan. erkk, takut jugak nanti dituduh bukan melayu macam kat entry ni. haha. Jangan ulas isu serius jika tak mahu dilabel.


Ok, kali ini aku nak menjawab persoalan dari rakan di dunia maya yang tanya aku ‘joe, apa faedah ko buat gathering banyak-banyak, ko buat duit ke dengan gathering ni?’ ahaa, soalan macam ni kita kembangkan jadi satu entry untuk dibaca =)


Sejarah Berjumpa dengan Blogger

Seingat akulah, gathering blogger yang pertama aku ikuti adalah gathering kecil yang plan pun main redah je. Masa tu dengan kak wanie, kak atty dan juga masviona suami isteri. Hehe, masa tu memang excited sebab jumpa dengan orang yang kita tak kenal melainkan kenal melalui blog saja. Memang perasaan dia cukup komplikated dan sungguh teruja. Lepas perjumpaan tu, banyak lagilah menyusul, bukak puasa blogger, lepak-lepak tengok wayang dengan blogger dan banyak lagilah


Gathering yang lebih besar

Bila dah berjumpa dengan kenalan blog ni, jadi macam seronok pulak. Bila dah seronok, mulalah rancang untuk gathering yang lebih besar. Gathering yang paling ramai aku ikuti adalah bulan 7 lepas yang mana aku menjadi antara penganjurnya. Wahh, memang excited sebab plan gathering itu semasa aku berada di UK dan kebanyakan AJKnya (banyak ke? lol) adalah di Malaysia. Lepas gathering besar pertama terus plan untuk gathering kedua iaitu main bowling dan buka puasa. Fuhh, lagi best sebab lagi ramai penyertaan!


Selepas semua gathering besar-besar tu, gathering kecil blogger memang banyak aku ikuti. Nuffnang punya pun ada jugak join dan memang jumpa dengan kenalan di alam maya ni sesuatu pengalaman yang cukup bermakna. Ya lah, nanti tahun 2050, masa tu dah ada cucu 20-30 orang, mesti best cerita dengan dieorang. wahaa, kuatnya mengelamun =)


Apa faedahnya?

Kepuasan. Itu jelah kot untuk describe faedah bergathering ni. Kepuasan berjumpa di alam betul dan kepuasan berkenalan dengan lebih ramai orang. Kepuasan untuk bercakap cakap dan kepuasan untuk bergurau senda. Its all about satisfaction lah bak kata mat saleh =)

Selain kepuasan, ini adalah antara lain faedah yang aku dapat (korang mungkin berbeza) sepanjang bergathering ni


1 - Tambah kenalan

Sejak bila lisa surihani ada blog? kekeke

Haa, yang ni tak payah nak ulas lebih, sebab dalam iphone aku ni, dah penuh lebih dari 100 nama blogger dah no telefonnya. Erk, korang mungkin minat kat blogger mana-mana bleh la tanya aku no tepon dieorang, kot2 la aku tau. kekeke, jadi operator. eh eh, no tepon orang, mana boleh bagi!


2 - Isi masa lapang

HAHAHA, macam karangan SPM tahap skima entry ini kan? hehe. tapi memang, dengan berjumpa dengan blogger ni, masa lapang tu diisi dengan lebih berfaedah


3 - Ilmu bertambah

Ingat jumpa dengan blogger just tanya nama siapa, tnggal di mana, sayang kucing tak, kat rumah ada kakak comel ke tak je ke? tak tak, mesti kalau bergathering ni, aku akan tanya kepada blogger2 hebat ni macam mana nak kekalkan blog supaya diminati orang ramai. Bila dah tanya, mereka jawab, ilmu pun bertambahlah. simple2


4,5,6 hinggalah Sejuta 6, tambah sendiri =)

Kat bawah ni aku sediakan beberapa link gathering blogger yang aku rasa sangat manis dan bermakna untuk dikongsi. erkk, baca lah kalau ada masa lapang. Mana tau kita boleh lebih mengenali dengan membaca entry ini wahaa



Ok, itu sahaja dulu. Jangan lupa gathering social network pada bulan 1 ni ya. yang ni granndddd punya kita buat. klik sini untuk ke websitenya. Jangan lupa juga untuk blogger futsal pada 4hb 12 ni, dah ramai blogger yang sahkan kehadiran, anda bila lagi? hehe. klik sini untuk lebih lanjut. Dan korang kalau ada buat gathering pape, jangan lupa roger-roger aku ya, nanti boleh berjumpa dan beramah ramah ramah mesra. erk, banyak sangat ramah nya ni =)

adiooooss

pss : gambar tu macam khabar angin. bak kata najib, khabar angin boleh jadi betul dan boleh jadi tak betul. kekeke

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

35 comments:

EiNS said...

Kelantan blogger meetup tu 2nd time aku p jumpa ngan blogger...seronok gak leh kenal orang2 lain :)

EiNS said...

Kejap kat kelantan, kejap kat KL...banyak duit travel eh

/Dayah//Nurul/ said...

rajin jo. pewwit contact num lisa pon ada. artis lisa surihani ke tipo tu :D
salute kerajinan jo :)

Nur said...

whoah....nanti ramai la org dtg minx no tepon blogger lain..hahah

joegrimjow said...

@EiNS

komitmen kena bagi. huhu

Fatul Akrul Ramli said...

aku tak penah lagi pegi mana2 gath.. tsk

AISHA SAAD said...

halaaa, aku tak penah lagik dpt join.
teringin tapi hahaha, malu gilaa!
neway hopefully lepas nih ada chance. hee~

sekuk tawa said...

yg gathering ftsal aku minat gak..yg bolim pon leh gakk..bile nk wat kat kelatea..

joegrimjow said...

@Nur

xleh xleh
hehe

joegrimjow said...

@Fatul Akrul Ramli

nanti join r
ehe

joegrimjow said...

@AISHA SAAD
konpem lepas ni bleh join

atty's said...

Besh join gathering,dpt jumpa kwn baru,
bila kta nk jumpa lg joe

Ery Farieha said...

betul2
kepuasan.
hehe

joegrimjow said...

@atty's

da lama xjumpa kak atty ni
huhu

joegrimjow said...

@Ery Farieha

4 hb ni jom r skali

suffer8zine said...

mesti join!

Terkini : Gemuk Pun Popular

Wan Gerrard said...

alamak selalu je terlepas bila bro nak buat gathering, nak gak kenal ngan bro. xpe2 len kali ^_^

-ROCKprincess- said...

I love gathering..
cuma sometimes byk gathering yg dibuat xsesuai masanyer utk I...
tue yg byk kali melepas join gath...
huwaa...

Ayl Aziz said...

Saya nak jadi kawan blog jgk bleh?

My MiRa said...
This comment has been removed by the author.
My MiRa said...

holla 2 pupu....selalu sangat travel ....ni yang jeles nih.....ishk3 tak ley jadi nie.......kenapa la mira rasa dengki sangat kat 2pupu nih????tolong jawab....hahaahhaok merapu sudah....point asalnya...saya jeles....ngeeeeee




jeles yang teramat sebab teringin nak travel...sekian

mr.syazwan said...

YES! GATHERING sgt berguna!

sekuk tawa said...

joe lepas ni lau wat gethering.wat iklan cam expo cheng ho tu..ehhee...

Azah said...

update kat d'klasik ek?
aku baru balik ni, tak sempat nk teman... :D
kelantan blogger meetup adalah first gathering aku pergi, perasaaan aku excited dan sangat nervous.
tapi sebelum ni pernah jumpa chokilala je...

Hellioz said...

jwpn kepada persoalan tu senang sgt

dia perlukan kasih syg
dengan gathering,
dia jmpe ramai orang

aint it?
lulz~

amar haziq said...

joe..buatlah gathering untuk blogger baru


=>

http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

SENORITA ZATY said...

mst sonok jmpe rakan2 dialam maya nie

honey amour said...

aku suka gak gathering² ni..tapi masih takde kesempatan nak pegi..jauh la....uhukkk :'(

iqbalhakimi said...

bila nak buat kat trgnu plak..buat roadshow terus lah senang =D

M a W a D D a H said...

wahh..ade gathering..

nursarah puteri biru said...

seronok kenal2 blogger di alam nyata. lagi2 blogger tegar macam joegrimjow nih.. hehe

gathering disember tak de ke?.. :p

M y M y said...

bestnya ada gathering kt sana..tp kt cni mcm jarg ada..aritu jer nuff2 trun sabah..hehe

apiih said...

1st time g blogger meetup ofkoz kt kelantan bloggers tu..hahaha..sllu jumpe sorg2 jerk.mmg best jgk la meetup2 gini..hehehe

fahmi ibrahim said...

dan sehingga ke hari ini aku tak pernah bergathering. huhuhu.. malas update blog kot.. tu yang tuhan tak kasi pegi tu. :D Walaupun tak gath ramai2 aku slalu gath ngn joe tiap2 minggu.. haha

EYA NADIA said...

ok t leh uat gathering sambil main bowling kat wangsawalk pulak yep. eya tunggu hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW