Share

Meh peluk ayah kuat-kuat meh

Salam,


Aku ada baca satu buku agama yang mengajar cara untuk bermimpi jumpa dengan orang yang kita sayang. Maksudnya yang sudah tiada, ada khaifiat yang boleh dilakukan oleh kita dan membolehkan kita berjumpa dengan orang itu di dalam mimpi. Sayang sekali entah di mana silap, tak pernah nak jadi pun hasrat aku untuk bermimpikan arwah ayah aku. Entah betul ke tidak buku tu pun tak pasti kesahihan dia. Sekarang ni agama kita selalu ditokok tambahkan. careful je lah


*****

'ada satu permintaan yang boleh kau minta untuk aku tunaikan' kata makhluk yang besarnya 2 kali ganda saiz aku

'apa-apa permintaan saja?' aku bertanya


'ya, apa-apa sahaja. Ingat, ini adalah mimpi, kau hanya berpeluang mengalami di dalam mimpi sahaja' makhluk itu menjelaskan keadaan

'ok, kalau begitu, aku nak jumpa arwah ayah aku!' aku meminta


tiba-tiba suasana jadi gelap. kabur. hanya aku boleh nampak dengan jelas satu titik cahaya yang jauhnya aku tidak pasti. Berlari menuju kesana dan terus berlari. Akhirnya aku sampai. Sampai dititik itu, suasana kembali cerah. Terang. Benderang!


Keadaan apabila kembali cerah, aku merasakan aku berada di satu zaman yang berbeza dengan tahun yang aku hadir. 2010 bukan begini! bangunan yang separa tinggu, kereta model lama yang begitu banyak memenuhi jalan, dan ada juga tulisan yang ala-ala dalam filem p ramlee gitu.





'tayangan perdana artis popular zaman 70 an'


signboard yang berada di atas satu bangunan yang aku percaya adalah shopping complex itu telah menyedarkan aku bahawa sekarang ini zaman 70an. Hampesss makhluk tu, aku cakap mahu jumpa ayah aku, tak payahlah bawak sampai zaman 70an camni. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang pemuda. sangat kacak rupanya!


dia : dari mana nak kemana? pelik nampak pakaian
aku : erk, nak balik rumah kat Kota Bharu


dia : ooh, kebetulan saya pun orang KB. nak kesana dengan apa. naik bas ke?
aku : tak tahu lagi. ye kot


dia : saya arifin. nama awak?


haa? arifin? nama dah macam sebijik ayah aku dah ni


aku : mat arifin bin daud?
dia : wahh, siap bin bin tahu ni. hebat!


yeah! patutlah nampak macam familiar dia ni. ayah aku rupanya. haha. kacak jugak. patutlah ustazah lulusan alalzhar boleh sangkut!


dia : kenapa diam?
aku : takde apa2. jomlah beli tiket bas. dah lewat ni.


1st time berjalan dengan ayah aku dengan usia yang tak jauh beza. aku rasa ayah aku masa ni dalam lingkungan 20an. sebab tak jauh beza dengan aku. anak muda lagi. tapi fesyen memang ala 70an habis. patutlah mak aku cakap, ayah aku ni memang ikut peredaran fesyen!


dia : pakaian apa kamu pakai ni?
aku : pakaian biasa-biasa je


dia : pelik. ni fesyen dari Amerika ni. anak mat saleh ke?
aku : tak tak. saya anak.... hihik


dia : eh eh gelak pulak. ok. kita pergi stesen bas. kena lalu jalan kampung baru...


Sebut saja kampung baru, suara ayah aku versi muda ini terus menjadi senyap. entah kenapa aku pun tidak tahu. di kuatkan hati untuk bertanya kepada dia


aku : kampung baru?
dia : mmm. bukan apa, sedih mengenang nasib 4 tahun lepas. disini banyak berlaku pembunuhan


aku : pembunuhan?
dia : takkan tak tahu! 13 mei 1969. Peristiwa berdarah yang menjadi sejarah hitam kita!


ooh, barulah aku tahu sekarang ni tahun berapa aku berada. 1973. maknanya.... ayah aku masa ni berusia 28 tahun. patutlah muda gantang gitu!


aku : ooh, peristiwa berdarah tu ya. tahu tahu.
dia : tahu takpe. kat tempat kampung baru tulah yang menjadi medan pertumpahan darah berlaku. masa kejadian tu, saya nampak sendiri bagaimana melayu dan cina tembak menembak! sungguh ngeri!


aku : boleh cerita sikit bagaimana peristiwa tu berlaku?
dia : panjang. tapi sebab kita lama lagi ni nak sampai. saya cerita la ya. pada tahun 1969, parti perikatan masa tu hilang banyak kerusi. UMNO MCA MIC hilang majoriti untuk mentadbir kerajaan. Sebab masa tu parti Gerakan menang besar di Selangor. mereka pun adakan perarakan untuk meraikan kemenangan


aku : ooh. ok, sambung-sambung
dia : yang jadi tak best, dari Jalan Campbell ke jalan Hale, mereka masuk ke kampung Baru. walhal kampung baru ni majoriti orang melayu. 30 ribu lebih orang melayu. Biasalah, dah kumpul ramai-ramai ni, adalah ahli Gerakan yang memainkan sentimen perkauman. Orang melayu yang bengang hal ni terus marah-marah. yang jadi lebih parah, ada ahli perarakan yang memasang penyapu di atas kereta sebagai tanda mereka menyapu bersih kerusi. Tapi ada orang melayu yang salah faham dengan menganggap mereka seolah mahu 'menyapu' orang melayu dari bumi tanah melayu


aku : sampai macam tu sekali
dia : jadi, pada hari Selasa, saya ingat lagi masa tu sebab ada date dengan awek, presiden Gerakan memohon maaf atas kebiadapan ahlinya. Tapi dah terlambat. orang melayu sudah berkumpul untuk buat perarakan balas balik. Masa perarakan tu, berlangsunglah peristiwa berdarah. bunuh membunuh, tembak menembak. ooh, macam dalam keadaan perang!


aku : ish ish ish. dah tu tak jadilah nak datingnya?
dia : nak dating macam mana, awek tu orang cina. see ah moi nama dia. memang bapak dia terus tak bagi keluar dengan orang melayu lepas tu. lama jugak lepas umum darurat tu baru pulih kembali keadaan


aku : jap jap, lepas tu see ah moi tu macam mana? clash macam tu je ke?
dia : haah. rupa2nya ayah dia dah mahu jodohkan dia dengan askar. askar tu ada pangkat, orang melayu jugak. saya masa tu yang takde sangat duit, memanglah tak pandang


aku : hehe. nasib baik jugak clash. kalau tak takdelah saya ni
dia : haaa?


aku : tak de pape. tak de pape. eh, sambungah kisah tadi
dia : dah takde nak sambung dah, macam tu jelah. 13 Mei ni bukan masalah perkauman sangat sebenarnya. Ni masalah emosi. Masing-masing nak berlawan sebab emosi, camnilah jadinya. Satu lagi masing-masing nak tunjuk hebat, sebab tu bunuh membunuh ni berlaku dengan sangat ngeri. memang tak patut


aku : kalau boleh patah balik peristiwa 13 Mei ni, apa yang nak ubah?
dia : mestilah nak pinang see ah moi awal-awal. takdelah clash lepas tu. huhuk


aku : alahai, situ pulak. apa yang boleh dibuat untuk elak benda ni berlaku
dia : entahlah. kekuatan tu semuanya bermula dengan hati. kekuatan berpaduan, kalau hati semua mahukan bersatu, takkan jadi 13 Mei. kekuatan hormat-menghormati, kalau hati boleh beralah dan meraikan apa yang bangsa lain buat, takkan jadi 13 Mei ni. tapi sebab hati ni penuh dengan emosi, jadilah 13 Mei


aku : nice shot!
dia : yo yo ooo je. eh dan sampai ni. jom beli tiket bas


tiba-tiba alat yang berada di poket ayah aku versi muda ni berbunyi. nampak macam handphone, tapi lebih kecik. eh, xkan zaman 70an ni dah ada hp cangih-canggih. eh kejap, tu bukan handphone, tu alat kelui!


dia : eh, minta maaflah. petang ni nak keluar kejap. jadi saya bertolak malam. nak jumpa awek kejap
aku : siapa nama awek tu?


dia : ketty
aku : khadijah abdullah?


dia : eh eh, sekali lagi. camne boleh tahu ni
aku : waka waka eh eh. ok, jumpa lagi


dia : meh peluk meh


saat peluk ayah aku tu, habis kenangan lama masa aku kecik macam mana ayah aku didik dan ajar aku jadi orang ingat kembali. dah hampir 6 tahun tak peluk dia. kali terakhir masa tingkatan 4 sebelum dia meninggal. sekarang ni, bila peluk kembali, ternyata 'feelingnya' masih sama, walaupun jarak masa mencecah 6 tahun!


Tiba-tiba keadaan kembali gelap. perlahan-lahan ayah aku tiada dan keadaan sekeliling jadi malap. akhirnya gelap pekat seperti awalnya. aku dah jangka ini akan belaku, cuma tak sangka berlaku dengan lebih awal. aku tunggu untuk satu titik cahaya tu muncul. tunggu punya tnggu tak muncul-muncul juga


tunggu lagi
lagi aku tunggu
tunggu tunggu


aik, ni takleh jadi ni. kenapa tak de cahaya putih pun? adakah aku dah tersesat? arghhh, tersesat diruangan masa seperti cerita-cerita fiksyen lain. oooh no! tiba-tiba terdengar satu suara


'joee! pergi ambik lilin tu, rumah kita takde elektrik ni'


aku tersenyum. ya, itu suara mak aku. nampaknya aku tak sesat di rungan masa tu. dan, sudah pasti date ayah aku dengan ketty tu terhasil!


pss : selamat merdeka!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

40 comments:

khaizarien said...

erkk.. kalau ade carenye sy pun nk cube....dah 20 tahun x dapat jumpe n peluk arwah abah nie.... :)

nurul lalala said...

sedeynye..moga ayh kamu berada di tempat yg dirahmati Allah.

p/s: tetiba rindu pd arwah nenek~

Hamli Sanai said...

Haha, bez.. Erm, arwah ayah baru je meninggal taun lepas.. Tapikan, kete proton mane ade taun 70an, kete proton taun 80an.. kalo salah sila tunjukkan, hehe~~

eelobor said...

kenangan bersama org yg kita sayangi mmg pahit utk di lupakan. walaupun arwah abah aku meninggalkan kami hampir `6 thn tp sehingga sekarang masih hadir dalam mimpi. mimpi setiap malam pn tak pe kerana melalui mimpi lah aku dpt terus berhubung dgn arwah. i miss u so much my lovely dad....rindu abah sangat2

joegrimjow said...

@Hamli Sanai

dah betolkan dah, ni sbab xgoogle sblom tulis. ;)

joegrimjow said...

@nurul lalala

:(

[z@ck] said...

kalau ada cara untuk bermimpi jumpa org yg tersayang yg dah meninggal..bagitau aku ok..rindu kat arwah parents T_T

Nazz@Purple said...

mase tidak mungkin dpt diputarkan laagi..sesekali..nak sekali ade ayh kat sisi

joegrimjow said...

@Nazz@Purple

jumpa kat syurga boleh

noor afzan said...

betul ke Allahyarham bapa kamu bercinta dengan awek cina dulu?
nasib baik tak jadi kan.
ahaha~

Hazzy Ishak said...

inception. eh eh tak boleh.
hehe

hazzy tak pegi gathering tu sebab jauh le.

kalau jamuan raya, insya Allah hazzy pegi.

hehe

joegrimjow said...

@noor afzan

rekaan2
=)

joegrimjow said...

@Hazzy Ishak

klu jamuan rya buat kat shah alam mahu?
huhu

Ckin Kembaq said...

nampak cm btul story nih...moga tempat ayahnya dlm kalangan org2 mukmin....

Fontonk said...

mak aih. rindu ayah kat kmpung pulak.
semoga ayah anda ditempatkan dikalangan orh solehin dan mukminin

joegrimjow said...

@Fontonk

ku amin

Encik Tikus said...

mmmbeekkkk,mmbeekk.. ;P

Anonymous said...

hai awak~

joegrimjow said...

@Anonymous

erk, hi juga

shu said...

erk...huhu...meleleh ayaq mata bace novel neh...

anyway,smoga ayah ko ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...
tapi,nape aku rase cam ko penah citer time kat m3x dulu eh???

dejavu..
oih,jamuan rayer..nak itot??;)))

etomyam said...

memang best bila dalam pelukan yg tersayang hehehe

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

joe.. sumi boleh dikatakan selalu jugak mimpikan arwah adik.. kami tak pernah borak.. selalunye dalam mimpi tu dia just ada bila sumi nk kemana2.. rindu dia :)

joegrimjow said...

@shu

jamuan raya kat mane?

fikah said...

kreatif gila bro joe combine cite pasal arwah ayah dan merdeka.
agak2 bleh masuk contest entri merdeka kot ni,kalo ada.
hehehe.



p/s:
al-fatihah buat arwah ayah bro joe.

joegrimjow said...

@fikah

klu ada contest merdeka, jangan lupa ya

ada aku kesah said...

comel je cerita..
suke :)

joegrimjow said...

@ada aku kesah

comel?
hhuhu

shu said...

oh...ingatkan ko nak wat jamuan raye kat umah ko...
KB pun ok gak.leh jalan2 sane...lame tak g kelantan;))

joegrimjow said...

@shu

erk, ni komen yg mana ni?

Mah@mahu said...

Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena dengan kemerdekaan negara kita tahun ini...

chanz said...

haha..ni betul ke mimpi ni...sampai detail macam ni

fahmi ibrahim said...

Bila terjadi dalam mimpi... Biasanya aku termenung sekejap masa bangun tidur. Kejapnya mimpi indah tu.....

joegrimjow said...

@chanz

ni gaya2 inception ni
hehee

makdara TERDIVA said...

alfatihah buat arwah ayah joe..

td baca kisah ayah ben...semoga roh2 mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aminnnn

cimut munniey :) said...

alfatihah untuk arwah.

joe! tabahkan hati. sdh cerita tapi sweet.

a_a said...

touching~~~~

Tasyrif said...

sye ade ayh..tp mcm x de ayh...sye kurng ksih syng dri ayh..bile sye bace komen2 kat ats..sye trharu..untungnye korng dpt ayh mcm tu...sye cemburu krn knapa sye x dpt ksih syng mcm ayah korng brikan???dah hmpir 11 thun sye x blik kg.asal sye kelntn gak.entahlah.ble sye bleh blik..huhuhu...

FAUZI NOR said...

Sedih LOL aku baca entry nie..

Saya nak peluk ayah saya kuat kuat jugak..

l a d y d i l a said...

best citer ni nk mngalir air mata... klu mimpi btul2 msti lg best kn..

wlaupn dh 6 thn, slm takziah buat arwah ayah awk.

sy dgr kata org dulu2, klu kte dh x mimpi dgn org yg mninggal tu mknenye roh dia tnang di alam sane. sy x pasti plak dgn kesahihannya..

hrap satu ari nnt awk dpt la brmimpi jmpa arwah.. bila bce citer ni wt sy lg mnghargai papa sy yg msih hidup.

akuzle ayu said...

aiyo! mimpi yg diceritakan secara terperinci adalah ohsem!....hmmm...huhuhuhu..teringat arwah ayah kak jugops...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW