Selasa, 21 Jun 2011

Konspirasi Lisa Surihani dan Aaron Aziz

Hi peminat drama dan filem melayu sekalian,

Malam ni (pagi yang baca entry ni pagi) aku nak cerita sikit pasal Industri Hiburan tanah air. Wah-wah, hari tu dah siap buat pasal korea dan jepun, kali ni nak jugak cerita pasal industri kita. Walaupun takde isu yang menarik nak kupas, tapi aku rasa konspirasi Lisa Surihani dan Aaron Aziz ni mesti ramai nak tahu kan. Ohh, ini bukan blog gosip, dan entry ni pun akan ulas dari perspektif aku yang menonton dan mengikuti. heh, cover baik punya!


Lisa Surihani


Sekarang ni nama lisa surihani ni memang sangat popular di kalangan peminat industri tanah air kita. Walaupun digosip dengan yusry, aku tau hati dia hanya pada aku. ahaa. yang aku nak cite bukan pasal dia dengan lelaki lain, tetapi macam mana populariti lisa boleh cepat mencanak naik dengan begitu mendadak

Bagi yang belum tahu, lisa ni dulu pernah masuk iklan McD yang sangat lucu. 


ayam oh ayam - sangat comel ok!

Tapi dulu tak popular dan takde orang tahu pun. Tahun lepas boleh dikatakan adalah zaman kegemilangan dia. Sebenarnya tahun lepas baru aku tahu kewujudan dia. hehe. Sejak drama Adamaya yang mencetus fenomenanya tersendiri, lepas tu Lagenda Budak Setan, nama lisa memang mencanak-canak naik. 



Aaron Aziz



Dia yang berasal dari Singapore ni memang sekarang tengah mencipta nama di Malaysia sekarang. Ayah dan suami yang handsome ni rupa-rupanya pernah menyanyi suatu ketika dahulu. wahaaa



Not badlah kan suara dia?

Sama juga dengan lisa, populariti Aaron sekarang mencanak naik disebabkan drama Nora Elena dan terbaru (takdelah baru sangat) KL Gengster. Walaupun nora elena tu ditayangkan waktu orang nak solat maghrib, tapi populariti drama tu yang ditonton lebih 2.7 juta orang memang mengagumkan. Kalaulah ditayangkan waktu perdana, pukul 9 ke, mesti lebih ramai yang menonton ye tak?


Celah mana konspirasinya?

Gini, dulu aku ada buat entry bagaimana seseorang artis k-pop itu dilahirkan memerlukan belanja sehingga 400 000 usd baru boleh dikenali ramai. Ada perancangan yang begitu rapi oleh mereka yang bertanggungjawab untuk mempopularkan artis ni. Di Malaysia, aku rasa kita kurang benda ni. Takde pengasah bakat yang UMPH wujud di Malaysia ni. Macam kes lisa dengan aaron ni, aku rasa ianya hanyalah kebetulan. 


Kebetulan bagaimana? Dari drama ke filem

Kalau tengok mereka berdua, hasil dari lakonan dalam drama, berlakon pula ke filem dalam tempoh yang rapat, cerita pulak berkualiti, memang meletup terus nama dieorang. Aku tak rasa benda ni ada orang disebalik tabir, ya lah, pakat terima je lakonan yang dapat, lepas tu ditayang dalam waktu dekat, peminat minat, terus jadi peminat sejati. kan?

Cuba benda ni ada orang 'susun' Mesti lagi meletup kebabow punya efek dia! Maksud susun ni, dari satu stage ke satu stage. Katakan ada seorang pelakon ni yang ada bakat besar. Seorang producer kenalah pandai susun si pelakon baru ni supaya cerita dia sentiasa ada je. Dari satu drama ke filem then drama balik. Mungkin susah kalau nak dibandingkan dengan penyanyi, tapi susah nilah yang akan dapat kesannya yang lebih

kan kan?


Peranan Social Media

Lagi satu, social media yang begitu banyak wujud sekarang ni harus dioptimumkan dengan sebaiknya. Facebook, twitter ataupun youtube. manfaatkan sebaiknya. Aku ada tengok true hollywood story pasal justin bieber, kenapa budak ni boleh begitu femes adalah sebabnya peminat rasa justin tu milik dieorang. Macam mana? melalui social media lah. Kalau macam justin dia gunakan youtube untuk upload video2 terbaru dari dia. Bila peminat dah rasa sangat 'rapat' seolah-olah berkomunikasi dengan dia, memang kelahiran peminat fanatik tu pengiklanan terbaik dan termurah

Macam kes Lisa dan Aaron, memang mereka menggunakan social media sebaiknya. Tengok facebook page diorang, lisa dah sjuta stengah, aaron hari tu baru 600k sekarang ni dah 800k lebih. Dalam twitter pulak duk sibuk twit-twit dengan peminat. Memang peminat yang tak minat pun akan terasa artis itu adalah milik mereka. lebih rapat gitu

what do u think?


******

Kelahiran artis super hebat di Malaysia

Dengar khabar, ada artis baru yang akan muncul. dia bukan sahaja hebat dalam nyanyian, tarian jugak hebat. Lakonan tak payah cakap, memang hebat. Ada producer yang dah susun penampilan dia di dunia realiti dan dijangka akan mencanak naik namanya di dunia seni tanah air pada tahun 2012. Drama dia bersama lisa dan aaron yang berjudul kelambu purple akan menemui peminat pada awal 2012. TV3 meramalkan 13 juta penonton! Selepas itu filem dia bersama dengan Penelope Cruz bakal menawan bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Hollywood sana!! Siapa?



















elvis pres joe!!!



 kekekeke

38 ulasan:

  1. haha sengal je gambar yg last tu

    tp 2 la..aku rasa si aaron ni mmg meletup2 lps drama nora elena
    awek2 sumer nak laki mcm seth tan ni

    klu lisa? hehe..seyes aku sampai hari ni, masih duk ulang tengok filem Lagenda Budak Setan
    best tgk si lisa ni


    Entry Terkini:
    Wow! Adik LISA SURIHANI menyanyi koir???

    BalasPadam
  2. first time tgk lisa berlakon iklan..dah lama rupanya dia dlm dunia hiburan ye..

    gambar last memang tak boleh blah..boleh buat wordless wednesday ni..LOL

    BalasPadam
  3. comelnya lisa and kacaknya aaron

    BalasPadam
  4. Wah dah boleh tulis pasal gosip artis nie...

    huhuhu makan hati kang abang nara.. huhu

    BalasPadam
  5. hahaha. giler suspen citer ni! :P

    BalasPadam
  6. haha..lisa ngan aron terbaik..jangan dilupakan mail lambong...


    tp hari tu aku baca kat mana entah...ada wartawan bengang ngan lisa sb dah lain skang...harap2 lisa tk macam tu..

    BalasPadam
  7. Elvis Presley Joe nampak tampan.. Hahhaa..

    Gelak terbahak-bahak.

    BalasPadam
  8. ok artis yang last tuh memang akan ditunggu kemunculannya, agak2 bile eh? Kih3

    BalasPadam
  9. dasat la brader joe skrg.boleh buat blog artis ni.hahha.

    BalasPadam
  10. xpe lah...aku dh xmo kt lisa..dh minat kat saleha plak..haha

    BalasPadam
  11. hahahaha..nice one joe! betul..peranan mass media tu besar dan sgt penting.kalau tak ada promo, tak ada tayang kat tv, tak ada pun org tau.hehehehe

    BalasPadam
  12. joe ke tu??hahahahaha!

    BalasPadam
  13. lisa ni zaman aku sekolah menengah dulu dia kan model iklan bedak ker ape dulu.
    mmg kenal al muka dia even dia belum jdi artis pun.

    aaron dulu pun keding jer..
    dgn misai cotek dia.
    video dia nyanyi dgn jasmine tye tu baru 2 - 3 thun kebelakangan nih.

    dia dulu start kecik2 as artis media corp.
    bini dia tu dulu asst production manager klu tak silap.
    jumpa masa casting artis media corp kat singapore.
    basdan dia baru naiik ketul2 ni elpas berlakon citer syamsul yusof aritu.

    of course ler kenalah buat maintenance ape yg patut.
    keh keh keh

    btw,lisa xboleh menyebut r dengan jelas.Tuan Haji Chuari Selamat yg kabo sebab pernh ikut training dia.
    cuba dgr dia sebut mari menari kat astro tu..

    apepun,both of them mmg pulang lebih dari modal dlm pelaburan...

    BalasPadam
  14. well, lisa n aaron perlu digandingkan bersama jdi hero dan heroin..hihi

    BalasPadam
  15. @[z@ck]

    skrg beralih ke social media plak
    hee

    BalasPadam
  16. bila baca smpai part Kelahiran artis super hebat di Malaysia tu mcm dh dpt agak sape brader joe nk ckp. lolzzz

    BalasPadam
  17. sengal tol, aku dah nak pecaye btol2 dah tadi wahahahahahaa...terkena terkena -__-" hhaha

    BalasPadam
  18. heart Aaron . lol . dah heart Aaron since Emil Emilda, lakonan Aaron and Sharifah Amani. dated few years back.

    Just know Lisa after everyone esp this blog keep on mentioning her name.

    anyway funny videos :)

    BalasPadam
  19. aaron ngan lisa akn muncul dlm movie ombak rindu nnt, movie ni adaptasi sbh novel jg...

    tp tak sbr nak mnanti lkonan elvis pres joe dlm drama kelambu purple tu... hahaha

    BalasPadam
  20. menarik kelambu purple tu..he mmg lisa da best la kt mlysia ni..he

    BalasPadam
  21. siot je yg last tu,aku puas lah percaya pasal kelambu puple tu, tapi cite gmpk betul, nak klua thn dpn =___________= hesh

    BalasPadam
  22. heart Aaron . lol . dah heart Aaron since Emil Emilda, lakonan Aaron and Sharifah Amani. dated few years back. Just know Lisa after everyone esp this blog keep on mentioning her name. anyway funny videos :)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.