Share

Kenapa Blogger : Guna Domain Sendiri dalam Blog

Dah lama segmen kenapa blogger tak ditulis. Lama tu sebab dah tak ingat pon aku sebenarnya pernah buat segmen ini. Heh! Manusia tu selalu lupa, sebab tu kena selalu diingatkan. ye tak? Ok, kali ini kita sentuh bab teknikal sikit, akan cuba ulas dalam bentuk sesempoi yang mungkin

Domain

Bagi yang tak tahu apa itu domain, ia macam nama kat blog korang. Contoh domain joegrimjow.com tak pun faridzulasyraf.com. Ha, kan best je bunyi, takdelah joegrimjow.BLOGSPOT.com - ishh, takde class gitu (blog ni masih guna blogspot, kekeke) Jadi, entry kali ini akan mengupas Kenapa Blogger guna domain sendiri


1) Bangga sewaktu perkenalkan blog



Memanglah kalau masa kenduri kahwin, takdenya kita duk sibuk perkenalkan blog kita kat orang lain kan, tapi masa gathering blogger, nak tak nak mesti sebut jugak pasal blog ni. Bila dah ada domain sendiri, dengan bannganya kita sebut ‘nama saya joegrimjow, blog saya joegrimjow.com, klik la nuffnang saya ya, wink wink’

Ok, yang last tu potong


2) Dah macam hebat gila!





Dah berdomain sendiri ni, rasa berada di tahap yang lain dah. Yang takde domain sendiri ni kita pandang lekeh je. ishhh, ada blog tapi masih lagi (dot)blogspot? (dot)wordpress? kah kah kah, selekeh sungguh. Tengok yang ada domain sendiri. terus (dot)com terus (dot)my semua. Haa, bunyi macam hebat gila tu kan. Bunyi macam dah kaya gila kan?

Biarlah harga domain RM 30 setahun je pon


3) Alexa, Page Rank, Mesra SEO





Heh, ni bagi yang dah mula nak serius berblog, mesti akan tukar domainnya. Ikut pengalaman aku, memang yang berdomain sendiri ni alexa dan page rank dia akan ok sikit berbanding dengan tidak berdomain sendiri. Tapi yang mesra SEO tu, aku tak pasti ada kaitan dengan domain ke tidak. Kena tanya pakar ni.

Tapi kan, contoh korang type ayah mertua kat google, ada senarai carian dan ada .blogspot dan ada .com, mesti klik yang ada .com dulu kan? hehe



4) Banyak sangat duit, tak tahu nak buat apa


Haaaa, ada jugak orang macam ni? Banyak sangat duit, tak tahu nak beli apa, beli je domain banyak banyak buat koleksi!!



pss : terbaca blog yang kutuk kaw kaw Herbalife. Nantikan entry balasan aku. wahaa =) ada link best-best bagilah kat bawah ni eh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sudahkah anda membayar saman anda? jom ke MYEG.COM.MY

Malam-malam lepak kat kedai D Classic kat Kubang Kerian ni, tiba-tiba timbul rasa semangat kerakyatan Malaysia tu membuak-buak. Perasaan ini mendorong aku untuk ke Myeg.com.my - satu website yang dicanang di stesen tv tempatan untuk menjelaskan saman dan pelbagai lagi bayaran (ayat nak poyo!)

Setelah register semua sebab memang seingat aku pernah kena saman sekali kat subang tempoh hari, nak jugak bayar. Kang tak pasal-pasal nanti 1 March harga saman akan naik. Oho, kena bijak bayar semasa tengah SALE ni. Jadi apa lagi, terus untuk bayar saman



Sesudah log in - Klik Jabatan Pengankutan Jalan




Klik ke - Semak dan Bayar Saman JPJ




Masukkan no ic dan klik submit





TARAAAAAA



Yes yes yes yes yes!!!! Sangat happy sebab tiada saman??? ye ke ni??? memang orang kat kedai sini pandang semacam je aku duk Yes yes sorang-sorang, menang loteri ke apa kan? Memang sangat excited sebab selamatlah duit aku. Mungkin JPJ yang tahan aku tempoh hari terlupa nak key in ke ape dalam sistem kan?

Harapkan panas ke petang, rupanya ribut ditengahari!!!

Mungkin sebab duk Yes yes yes tanpa sebut alhamdulillah dulu, aku terbaca status yang dia ada tulis 'Jika tiada saman di bahagian ini, sila ke bahagian PDRM untuk semak lebih lanjut' Hati mula dah berdebar-debar. Kuatkan semangat untuk melihatnya juga!



Klik ke PDRM 




Masukkan IC dan tekan Check Summon



Dan alangkah kecewanya.... sebab..... MEMANG ADA SAMAN!!!







baru tengah berseornok sebab abang polis tak ingat nak key in, apa, ada pulak kat bahagian PDRM. Ok, tak suka PDRM dan suka JPJ. boleh? agak gedik disitu!


Yang bestnya, boleh check apakah jenis kesalahan yang kita telah buat. Dan kesalahan aku adalah




Macam biasalah, otai bawak kereta mana pakai seatbelt dan berbual dalam phone pon slumber je angkat phone macam tu. Heh, otai tak otai, dah melayang duit RM 140 - Kalau bayarlah!


Rakyat Malaysia sejati

Heh, ingat lagi aku menang contest hari tu? Ala, contest my son for sale tu, Alliance bank dah bank in RM 500 kedalam acc aku. Hari tu dah guna sikit dan selebihnya tu - guna bayar saman. Heh, kire tak bayar apa-apa la ni. Terima kasih Alliance bank ( acececeh, promote tu =) )



klik Credit Card


Lepas tu mana boleh tampal print screen dah. nanti korang curi no credit card aku pulak. hehe. Kalau takde credit card, boleh bayar pakai bank. Kalau tengok option kedua tu, MEPS, memang banyak bank boleh guna untuk bayar. Jadi, apa lagi, bayarlahhhhhhhh. Joegrimjow dah bayar. wahaaa =)


Releven atau tidak?

Entahlah, aku sebenarnya tak paham kenapa sesetengah kesalahan jalan raya tu kena saman. Contoh kat depan istana batu 6 kota bharu ni, jalan straight je tetapi kenapalah banyak sangat saman had laju lebih kat situ. Mak aku kena sampai 4 saman kat situ saja. Haiishh!!!

Korang ada pengalaman kena saman, had laju ke yang rasa tak patut kena saman? share-share sikit



pss : boleh jadi rakyat Malaysia contoh ni, bayar saman pon boleh tulis entry. kekeke

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Joegrimjow Buka Kedai!!!

Sibuk sikit kebelakangan ni tak lain tak bukan sebab dalam proses nak buka kedai. Dalam sistem Herbalife, korang takleh main hentam nak jual Herbalife kat tempat terbuka, kena follow apa yang DSA gariskan. Kedai yang aku bukak tu semua menepati garis yang ditetapkan. Heh, sebab terlalu skima, sebab tu jadi banyak kerja. Aku kan bukan orang yang skima =)



Tempat:
Seksyen 7, Hadapan Sekolah Zainab 2
Jalan Merbau, Kota Bharu
Kelantan


Grand Opening

Jadi, sesiapa yang ada kelapangan masa esok, jomlah melawat kedai aku yang super cute tu. Boleh try macam-macam shake. Esok je free, lusa tulat korang kena beli sendiri. Hehe. Kalau tak nak shake, ada jugak makanan lain yang ada. Maklumlah, perasmian ni kena sediakan macam-macam. Nak sedia macam-macam nilah yang buat botak kepala!

Acara esok

Pukul 4 petang akan diadakan gusti lengan. Haaa, rasa hebat sangat bergusti lengan tu, bolehlah datang cuba kekuatan. Kita tengok siapa yang gagah. Sudah pasti bukan aku. Lepas tu majlis perasmian oleh YB Fatah. Tu diaa, jemput YB ko tau. Bukan main grand lagi perasmian ni. Terima kasih pada YB Fatah kerana datang. Semoga menang pilihanraya nanti. Hehehe. Lepas tu apa lagi, makanlah sampai kenyang!! Pendaftaran untuk WLC Kelantan jugak akan dibuat esok. Jom lah, tunggu apa lagi kan??

Jom datang - Free of charge

Aku jemput semua yang ada di KB untuk datang. InsyaAllah makanan semua cukup. Tak cukup korang belilah kuih2 kat pasar khadijah tu kite berkelah kat kedai aku tu. Amacam? hehe. Alamat semua ada kat atas tu, tak tahu jalan, jangan lupa contact - 0169640972

Jumpa esokkk

pss : penat ooh nak bukak kedai ni. Penat lagi nak diri masjid ye tak? hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

I am Still Virgin

Tahun 1970

Kampung Lubang Kepompong mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai. Peningkatan jumlah penduduk yang ramai itu membuatkan ketua kampungnya untuk mengadakan kelas agama secara percuma. Kali ini kelas agama yang dijalankan bertajuk 'Alam Kahwin'

'Kita ni kalau nak kahwin, 2 benda je kena ready'

'Kalau 2 benda ini kita tak ready, haiihh, jangan mimpi nak kahwin. Rosak teruk jadinya masjid yang nak dibina

Seorang peserta bertanya 'apa dia ustazah?'

'Mental dan juga fizikal. Duit kena cukup, tanggungjawab kena tahu, komitmen kena ambil berat dan paling penting, agama mesti kuat!'

Semua peserta mendengar dengan khusyuk

'Paling penting bagi perempuan, jaga mahkota kamu tu yang paling berharga. Tak dijual dikedai mamak atau tesco mahupun giant!'

'Mahkota apanya ustazah??' sampuk seorang peserta yang dari tadi membisu

'Dara kamulah. Nanti bila dah berada di malam pertama dengan suami kamu, dengan bangga kamu cakap, I am Still Virgin!!'


*********


Tahun 2011

Bandar Lubang Kepompong sudah membangun menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Dulu dikenali Kampung, dinaik taraf menjadi Bandar. Banyak bangunan dan pusat hiburan dibina untuk memberi kemudahan kepada penduduknya. Jehan dan Jenab yang sudah berkahwin berada di malam pertamanya

Jehan : Akhirnya kita kahwin jugak kan?
Jenab : Ye lah, bukan senang nak dapat restu kedua ibu bapa kan?

Jehan : Mestilah, parent u tanya I macam-macam. Mentang-mentang la I ni kerja pekerja hotel je
Jenab : Ala, parent u pon tanya I macam-macam jugak. Maklumlah, I ni kan pelayan bar je

Jehan : Takpelah, yang penting kita dah kahwin
Jenab : Betul betul betul

Jehan : I ada satu rahsia nak bagitau u sebelum kita tidur
Jenab : Apa dia? Cepatlah, I dah tak sabar ni!

Jehan : Sebenarnya..... I dah tak teruna.... Sebelum ni I dah tidur dengan banyak perempuan...
Jenab : u.........

Jehan : Marahkan I?
Jenab : Tak... I pon dah tak virgin....

Malam itu berlalu dengan begitu senyap. Hanya kadang-kadang bunyi cicak 'kiok kiok' yang sedang melakukan 'projek mega'


******


Tahun 2021

Bandaraya Lubang Kepompong akhirnya mencatat sejarah sendiri apabila hari ini diisytiharkan sebagai bandaraya berkepadatan tinggi 20 000 penduduk per km persegi. Kepadatan penduduk yang tinggi ini mendorong pelbagai gejala sosial berlaku. Lumba haram, dadah dan sex bebas berleluasa. Dianggarkan perempua berumur 15 tahun dan kebawah sudah pernah melakukan sex!

Di satu kelab malam, kelihatan seorang pemuda bernama Joegrimjow cuba mengorat seorang perempuan disana. Hanya dengan kenyit-kenyit mata, perempuan itu membalasnya lantas Joegrimjow membawa perempuan itu ke satu lorong yang sempit

'Tanggal baju'

'Tanggal skirt'

Perempuan itu hanya ikut buta-buta

Disaat Joegrimjow ingin memeluknya, perempuan itu berkata

'Sebelum u buat apa-apa kat I, I nak bagitau yang..... I am still virgin'

Joegrimjow terpaku. Tak terkata. Mukanya berubah

'APAAA? KO VRGIN LAGI? KOLOT KE APA DAH TUA MACAM NI STILL VIRGIN. HAMPESS, KOLOT!!!!'

Lantas perempuan itu ditinggalkan terkontang-kanting. Dalam hatinya berbisik 'kolot rupanya aku yang masih virgin... nasib badan....'


*******

2050

Banyak signboard dinaikkan. Antaranya signboard bawah ni




pss : as time goes by, only one will secure u, know what?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Bob Loqman Masuk PAS



Antara sebab kenapa Bob Loqman masuk PAS
  • Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.
  • Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.
  • Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.


Betul ke apa yang bob luqman ni cakap?

Pandangan korang?


UPDATE (VIDEO)




pss : ni antara blog mek yang excited turun 2kg dalam 2 minggu. suke bebeno die!! (klik link)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

GEMPAR!!! Akibat 28 tahun makan Herbalife



Nama diatas adalah Susan Peterson. Gambar ni baru diambil 16 February lepas masa Founder Circle Tour (curik dalam facebook). Sekarang dah berumur 52 tahun dan sudah menggunakan Herbalife selama 28 tahun. Ramai yang tanya aku, apa side effect Herbalife ni selain boleh turunkan, naikkan, maintain berat badan? aku cakap 'ni ha side effect Herbalife (tunjuk gambar susan peterson) dia dah makan 28 tahun dan apa yang dia dapat, kesihatan di tahap optimum, muka semakin cantik!'

Mati itu pasti, tak boleh nak ubah
Tapi mati dengan menyusahkan orang lain - itu boleh ubah!!

uhu, sekarang baru amek herbalife tak sampai 3 tahun pun lagi. Kalau makan nasi lemak tiap2 pagi tak tanya side effect die, tapi bagi the best nutrition product, macam-macam ditanya. hehe. bagi gambar lah jawab lagi mudah =)


pss : baca sini pasal susan peterson. Dapatkan produk yang susan peterson minum ni dengan saya - call 0169640972

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Zaman sekolah : Cerita Bola Keranjang (1)

Petang-petang hujung minggu camni habis semua memori silang teringat. Dari zaman percintaan kecik-kecik dulu, camne masa kecik dulu dapat upah pungut rambutan hinggalah kepada sukan-sukan yang pernah aku join masa 'kecik-kecik' dulu. Yang last ada sesungut tu sebab takdelah kecik sangat. Form 4 form 5 - kecik ke??



Kat atas tu video slam dunk dari blake griffin, salah seorang pemain NBA yang agak terkenal dalam satu contest yang dipanggil 'Slam Dunk Contest' Pergh, hebat gila kot boleh buat lompatan yang memang tinggi   - melangkaui kereta dan terus buat DUNK. memang respek kebabowww

Hikayat Slam Dunk

Macam mana aku boleh terjebak dalam bola keranjang ni tak lain tak bukan sebab cerita Slam Dunk. Pernah tengok cerita tu? Ala, yang hanamichi sakuragi dengan hitomi yang super cute tu. Tak ingat takpe sebab aku memang ingat sampailah sekarang! Tu lah power cerita anime ni kan, sampai boleh buat kita ingat sampai sekarang. Aku haraplah ada cartoon tempatan yang boleh pengaruhi budak-budak sekarang untuk jadi lebih baik. Upin Ipin ok la tu kot. Cesss, berceramah free pulak!



Form 4 dan Form 5 - ZAMAN SLAM DUNK JOEGRIMJOW

SBPI Kuantan tu aku masuk masa form 4. Sebab paling senior katakan, memang semua pulun dek kiteorang yang senior ni je lah. Termasuk jugaklah court-court utama. Tapi malangnya aku tak ramai yang minat dengan Bola Keranjang. Mungkin faktor court bola keranjang yang ada kat hujung sekolah dan tak ramai perempuan yang boleh tengok main, sebab tu lah ramai yang tak join bola keranjang. Ces, nak main tunjuk kat perempuan je kan?

Nak tak nak, masa Form 4 tu, terpaksa terima budak-budak form 2 untuk main sekali dengan kiteorang. Heh, jadi humble la sikit. Konon nak tunjuk senior baik, padahal memang dah takde orang nak main wakil sekolah! Jadi, bermulalah kiteorang berlatih main basketball. Tujuan utama - HKSBP




HKSBP Zon Timur - 2004

Kalau korang yang zaman budak skolah asrama penuh, mesti ingat lagikan HKSBP ni. Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh. Cemerlanglah sangat tuuuuu. Heh! Tapi terima kasih pada HKSBP ni, at least ada ruang untuk budak2 skolah sbp untuk main dengan skolah lain. Masa aku form 4 tu, untuk pasukan bola keranjang, sekolah aku hanya menghantar 2 orang sebagai pemerhati. Aku dengan kawan aku, Antah Baharum. Bukan Yam Tuan Antah ok, tapi Antah Baharum

Masa tu naik bas pun tumpang sekolah orang lain, maklumlah, sekolah baru katakan. Tumpang sekolah SBPI Pekan kot. Walaupun Pekan, tetapi kebanyakkannya adalah orang Kelantan jugak! Apa lagi, memang speaking kelantan habis la aku dengan dieorang. Walaupun aku wakil SBPI Kuantan, tapi aku rasa dalam bas tu semua orang Kelantan. Kekeke, nak tunjuk bahawa orang kelantan ni ada je kat mana-mana!

SBPI - Pasukan belasahan

Masa aku ikuti HKSBP 2004 tu, kat Machang rasanya, ada 2 team dari SBPI yang join. Pekan dan Temerloh. Tahun 2004 tu, seingat akulah SBPI ada 6 semuanya, Kuantan, Batu Rakit, Pekan, Temerloh dan 2 lagi aku tak ingat. kekeke. Sekolah SBPI ni sekolah baru, I tu maksudnya integrasi. Bukannya integrasi kaum tapi integrasi mata pelajaran. Sekolah jenis ni memang tersangat barulah dan berani gaban punya Pekan dan Temerloh untuk dah hantar wakil bermain. Kata coachnya dengan bangga

'Tahun ni persediaan, tahun depan kami akan lebih bersinar'

98-8

Hambek ko! Malam pertama pertandingan tu, Faris Petra lawan SBPI Pekan (bas yang kiteorang tumpang) Memang gaban punya budak-budak Faris Petra main, sungguh hebat. Memang tak terlawanlah budak2 SBPI Pekan ni nak kejar. Aku rasa kalau team sekolah aku main pun masa tu pun mesti kena belasah kaw kaw punyalah! Nasib baik Penolong Kanan KO kiteorang bijak, hanya hantar pemerhati, takdelah kena belasah


SBPI Temerloh pun alami nasib sama. Heh, dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan, semua kalah. hehe, takpelah tu standard. Tapi, memang HKSBP ni membuka mata aku dan Antah tentang basketball budak2 SBP ni. Memang besar jurang antara skolah aku dengan skolah dieorang tu. Nak tak nak, balik nanti kena plan betul-betul macam mana nak training semua kawan-kawan yang lain

aku : nampak apa yang aku nampak?
antah : nampak! besar sangat jurang kita dengan dieorang!

aku : aku nampak kita kena susun training untuk kawan2 yg lain
antah : ya! sudah pasti

aku : perasan tak apa yang aku perasan?
antah : apa dia?

aku : takde sorang pon kat sini yang boleh buat slam dunk macam cerita slam dunk tu
antah : haah, ye lah. jadi?

aku : tahun depan aku akan pastikan aku jadi tinggi dan buat slam dunk, mesti ramai orang kagum
antah : aku yang lagi tinggi dari ko tak mimpi nak buat slam dunk, ko yang nak buat?

aku : mimpi besar takpe, jangan mimpi kecik
antah : yo lah. jadi balik ni nak training apa?

aku : kita buat training yang dipanggil 'teknik super beruang kutub'

bersambung......


pss : Cabaran terbesar untuk berjaya adalah diri sendiri

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Lawa tak profail picture saya?

Sampai di rumah dengan harapan internet sudah pulih malangnya belum pulih-pulih lagi. Catat rekod ni dah sebulan seminggu tiada tindakan yang dibuat walaupun dah 8 kali aku call. Takpe, esok nak call lagi! 


eh, membebel pulak kan?


Ok, entry pendek gaban, nak jemput semua yang ada di Kota Bharu untuk ikuti sama program best sangat ni - Kelantan HOM. Jom-jom pakat kita dengar. Pasal lelaki dalam gambar bawah ni, nanti aku akan cerita pasal dia dengan panjang lebar. Antara lelaki yang banyak ubah pemikiran aku. Fuh, kalau korang dengar cerita dia kan, konpem akan admire kot! nantilah akan diceritakan!!!



pss : Cuba teka berapa umur dia?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cabaran 1000 Unique Visitor - Entry sedih

Sejak internet kat rumah tak jadi, dari 12hb Januari sampailah sekarang, aku ingin ucapkan terima kasih kepada TMNET kerana pekerjanya cukup efisyen dengan menghantar bil internet kat rumah aku yang sekarang dah cecah RM 220 (pakej sebulan RM 110). Walaupun internet kat rumah tak boleh pakai, mereka masih bertungkus lumus menghantar bil. Kalaulah semua pekerja kerajaan bersikap macam pekerja TMNET, pergh aku rasa kejap je Malaysia dapat jadi negara maju

Bagi tepukan kepada TMNET!!!

tmnet hoooliang tmne hebat tmnet efektif - haputuihhh!!!


Apabila internet kat rumah tak jadi, perkara utama yang menjadi 'concern' seorang blogger adalah traffic blog. Begitu lama kita menjaga traffic blog supaya maintain menarik je, nak jaga alexa, nak jaga pagerank semua, tup tup internet takde ni, memang menjadi masalah utama. Kalau sehari 2 takpe, ni dah hampir sebulan lebih - memang susah!

Tengok aku punya traffic, pergh, sedih tersangat. Antara azam aku tahun 2011 ni korang tahu apa? Pastikan UV blog tak kurang dari 1000. Walaupun nilai ni takdelah banyak, tapi sangat bermakna untuk aku. Memang sehingga 11 hb, maintain je 1000 uv keatas tetapi lepas tu........

Internet tak jadi!!!


Penting sangat ke traffic blog?

Bagi aku yang tak pasang iklan apa-apa selain Nuffnang ni, nak kejar traffic untuk duit memang tak sangat. Ya lah, kalau dah pasang iklan orang lain kat blog, kena maintan kita punya traffic supaya orang tu akan beriklan lagi. Aku nak kejar traffic ni sebab utamanya - KEPUASAN. Tambahan pulak, dah ada azam tahun baru untuk blog kan, memang sangat sedih bagai orang mati bini jugak la bila tak tercapai

Terima kasih TMNET sekali lagi


Cabaran semalam

Sekarang ada kat putrajaya, internet memang super hebat. Terima kasih P1W1 max!! Kebanyakan appointment aku semalam pada waktu malam, sampai pukul 2.30 pagi bau balik tau, gigih cari rezeki punya pasal, jadi waktu pagi dan petang kerjanya duk update blog je lah. Hasratnya nak kembalikan 1000 uv ni kembali. 

Tetapi malangnya



928!!! hampes, sikit lagi


Moral of the story

Walaupun kita nak sesuatu benda tu, tak tercapai jugak, adalah tu sebabnya. Dalam bab aku ni, sebabnya adalah - TMNET. waghhhhhhhhhh


pss : korang dapat rasai penderitaan aku? huhuk... dah dah, nak pergi tambah amal ibadat, nak doa banyak2, doa orang teranaiya ni akan dimakbulkan kan? korang nak suruh aku doa apa?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips untuk buat Vlog yang best

Sejak kebelakangan ni, blogger asyik duk cakap pasal vlog vlog vlog. Lepas vlog, vlog lagi kemudian vlog lagi, vlog sampai sudah. Apakah vlog ni sebenarnya? Vlog ni macam korang berblog tapi menggunakan video. Kire korang bercakap dengan video camera dan publish di internet melalui youtube, facebook atau apa-apa medium seumpamanya


Kenapa heboh pasal vlog?


Mengikut pengamatan aku, kebanyakan orang mula cakap pasal vlog ni sejak cikgu shida (Klik sini untuk baca 153 komen mengenai cikgu shida) buat miming suara dia kat youtube yang agak banyak dapat hit. Walaupun itu bukan vlog tetapi hanya buat gerak gaya semata-mata, orang masih kata itu vlog. kenapa? entah lah. Lepas tu muncul pula 1tube.my yang merupakan website untuk upload video-video kat internet secara percuma. Lagilah banyak orang cakap pasal vlog ni dan kemuncaknya orang nak ada vlog sendiri lepas tengok anwarhadi punya vlog. hahaha. lucu + terhibur katanya. gelak-gelak. Aku tak cakap korang, tapi cakap kat diri sendiri. kekeke (nak jaga hati yang terasa la ni)


Masa kat UK dulu, aku memang suka tengok vlog-vlog ni dan memang susah nak jumpa vlog, eh, bukan susah memang tak jumpa pun vlog yang betul-betul berkualiti yang setanding atau lebih hebat dari vlogger yang otai dari luar sana tu. Tapi TOP NOTCH pada anwar hadi sebab dia telah membuang paradigma ini dengan menghasilkan vlog yang sangat bermutu (aku rasalah, pendapat sendiri)


Tips dari aku

Walaupun aku bukan vlogger, nak jugak bagi tips kat korang yang baru nak berjinak-jinak ni. Walaupun aku dah hasilkan 3 vlog aku sendiri dan kesemuanya aku rasa FAILED (boleh check kat sini), itu tak menghalang aku untuk bagi tips. hehe, lantak lah, dah blog aku kan? keh keh keh. Jom kita tengok dan baca tips dari seorang penggemar vlog!!! (aku lah tu)


1) Video camera yang bagus


Sekarang ni video cam kat pasaran bersepah. Nak buat Vlog, perlulah korang ada video cam sendiri yang berkualiti. Maksud berkualiti tu, boleh rekod dalam HD (High Definition) Kat pasaran sekarang ada yang murah-murah, dalam 700-800 dah boleh dapat. Nak lagi bagus kualiti dia, belilah slr yang boleh rakam video. tu pon klu ada duit la. Bagi yang ada laptop webcamnya lawa, boleh guna webcam je nak rakam semua. Macbook punya webcam lawa. hehe. promote macbook skit



2) Software editing yang cool



Macam video cam jugak, software untuk edit blog jugak bersepah-sepah. Dari free sampailah berbayar beratus usd semua ada. Nak 3D supaya orang tengok pun terkujut pun ada. Tapi aku cadangkan, tak payah nak gempak-gempak sangat, cukup sekadar boleh taruk subtitle, cut-cut video dengan mudah dan juga boleh taruk gambar atau double-video pun dah cukup dah. Banyak sangat menu sampai tak guna semua pun buat rugi je. Aku suka pakai camtasia



3) Ada topik yang menarik


Kualiti satu vlog juga bergantung pada topik yang nak disampaikan. Kalau nak dapat hit beratus setakat cite pasal diri sendiri ok lah, tetapi nak dapat hit sampai beribu dan berpuluh ribu, kenalah ada topik yang akan buat orang nak share je video kite tu. Barulah orang akan terpikat!



4) Diri sendiri kena bersedia


Elemen paling penting adalah diri sendiri. Heh, sebab kalau buat vlog ni, orang akan tengok kita. Bila tengok diri kita, menarik atau tidak vlog itu orang akan tengok melalui apa yang kita buat dan cuba sampaikan. Orang tengok kita sebab nak ENJOY dan INFO. bagi 2 benda ni dalam vlog, dah cukup dah



********

Itu saja dulu tips yang aku boleh kongsi dengan korang. Nantikan lagi tips-tips yang entah berguna atau tidak ni di episod-episod mendatang. Tapi kan, aku rasa vlog kat Malaysia ni takkan dapat sambutan sangat... sebabnya....









Internet macam siput sedut!!! so bila dah internet kat Malaysia laju, kita sama-sama buat vlog berjemaah ok


pss : For thing to change we must to change!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tun Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz BERDEBAT di Internet

Dulu pernah heboh untuk seketika cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Najib Razak di tempat terbuka. Walaupun memang sesuatu yang sangat bermanfaat kepada rakyat melihat baik buruk sesuatu parti politik itu, tetapi perdebatan ini senyap tanpa berita. Entah bila akan diadakan pun tak tahu!


Sinopsis debat Tun Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz


Aku sangat kagum dengan keterbukaan kedua-dua pihak yang menggunakan platform internet untuk melihatkan tiada ketirisan maklumat yang boleh kita baca. Semua transparent! Tun dengan medium blognya dan Tok Guru dengan facebooknya. Pada mulanya, 31 Januari lepas, Tun komen di dalam blognya yang bertajuk Nik Aziz dan Kwan Yew

1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.
2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam? 
bacaan lanjut di pautan ini


Selepas itu, Tok Guru tak tunggu lama untuk menjawab soalan Tun itu di dalam fanpage facebooknya iaitu pada 2 Februari (3 hari selepas itu) Tok Guru terus menjawab segala persoalan dan ada juga bertanyakan soalan cepu emas kepada Tun

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
bacaan lanjut di pautan ini


Memang banyak sebenarnya persoalan yang bermain di minda aku ditanya oleh Tok Guru dalam tulisan tersebut. Semalam (16 Februari) Tun kembali menjawabnya di dalam entry blognya terbaru. Ha, banyak jugak input yang baru dapat dalam entry ini.

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.
2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.
bacaan lanjut di pautan ini


Jadi sekarang ni, kita tunggu apa jawapan Tok Guru ataupun hanya sampai disitu sahaja debat mereka aku pun tak tahu


********

Komen aku

Kedua-dua tokoh ini memang aku kagumi. Tun dari segi pemikirannya yang cukup genius dalam hal ekonomi sehingga membawa Malaysia sampai tahap sekarang dan Tok Guru kerana contoh kepimpinan melalui tauladan yang paling ideal untuk dicontohi. Jadi, apabila 2 tokoh yang aku kagumi ini berbalas buah fikiran di Internet, aku antara yang paling teruja untuk mengikutinya!




Lama jugak nak habiskan bacaan 3 entry tu tetapi berjaya juga aku habiskan baca. Pembacaan seumpama ini walaupun melibatkan banyak unsur politik dan sudah pasti tak ramai orang muda mahu ikutinya (bohsan, boring, menyampah bla bla bla) tetapi aku sangat cadangkan kepada korang untuk membacanya. Sekurang-kurangnya korang akan tahu perkembangan semasa dunia politik Malaysia yang sungguh seronok ini


Aku menunggu jawapan dari Tok Guru. Respon awal dari Setiausaha Akhbar Tok Guru sudah boleh dibaca disini. aku setuju dengan jawapan pertama tu!


pss : 'Nabi solat, kita solat. Nabi menunaikan haji, kita menunaikan ibadah haji. Nabi berurus niaga cara Islam, kita ikut cara Nabi. Tapi mengapa apabila Nabi berpolitik, kita culas dan double standard? Politics is not about taking sides. Its about following the sunnah of the Prophet' quote dari seorang kawan 


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kahwin 3 tahun lagi?

Wah wah, malam-malam camni update blog pasal kahwin pulak kan? Dah la kahwin, lepas tu bagi time frame lagi pulak tu. Time frame pulak lagi 3 tahun, aigooo, lambatnya lagi! Tua kerepot la dulu aku camni jadinya!


Balik dari jumpa Susan Peterson

Ingat lagi entry ni? hehe, sebenarnya ni kes teruja jumpa dengan kekasih hati lama, susan peterson la ni. Seingat aku last jumpa dia masa di taiwan, tadi jumpa balik di JW Marriotte, perghhh, semakin lawa! Walaupun dah berusia 52 tahun, dia nampaknya semakin muda dan cantik, macam babydoll gitu!




Apa kaitan susan peterson dengan kahwin ni? aku nak kahwin dengan dia ke?  serius tak! walaupun dia cantik dan berharta, tetapi umur dia tu macam mak aku dah eh, tak sanggup i kahwin dengan umur sebaya mak i ni. heh. Jadi, kaitan dengan entry malam ini adalah - PLAN


Routine vs Plan

Aku saja buat gimik kahwin 3 tahun lagi tu, yang sebenar mana boleh cerita, 30 tahun lagi aku kahwin ke, 3 bulan je lagi ke ataupun 3 minggu lagi kahwin dan sangat memeranjatkan 3 hari dari sekarang aku akan kahwin??? mana boleh cerita dalam blog bila kahwin semua ni, bahaya-bahaya. Jadi gimik ini hanya berkaitan dengan sharing dari susan peterson iaitu PLAN

Perancangan atau bahasa mat salehnya PLAN ini memang sangat penting. Dari lah perancangan kita terhadap masa depan kita dari segi ekonomi, nak jadi kaya (berapa nilainya) dan nak bersara bila (umur bila nak bersara) perlulah kita rancang. Dari segi kesihatan pulak, perancangan untuk memiliki badan macam kat bawah ni bila agak-agaknya boleh kita dapat? (lelaki sahaja la ooohh)


wohooo!!


semuanya kena rancang. Nak itu nak ini bila, semua kena ada dalam kepala!


DREAM BIG

Segala perancangan yang kita buat, tak kira berapa tahun lagi yang kita mahu capaikan ia, mestilah disesuaikan dengan impian yang besar. Bila impian dah besar, perancangan untuk memiki impian kita tu akan automatik akan datang sendiri dan kita akan lebih fokus dengan segala kerja kita

Susan share dia punya ULTIMATE DREAM yang mana dia nak gaji sebulan sebanyak 5000 usd sebulan. Bagi dia, jumlah itu dah banyak dan dia tak dapat bayangkan kehidupan dia bila dah capai 5000 usd sebulan. Ya lah, memang satu nilai yang cukup banyak sebenarnya. Tetapi disebabkan PLANnya yang hebat dan dia buat apa yang dia rancangkan, nilai 5000 usd dia dapat dalam tempoh kurang 5 bulan dan sekarang ni gaji yang Herbalife bayar dia bulan-bulan lebih jutaan USD sebulan!

Sebab tu ngak ngorat susan ni, kekeke

Last sekali, TIME FRAME. Bila kita dah PLAN, dah DREAM, sudah pasti jangan lupa sekalikan BILA kita mahu kecapi apa yang kita impikan itu. Dia jugak bagitau, kalau cakap aku nak kaya, mungkin kita akan kaya tetapi pada usia 70 lebih! Tapi bila kita letak time frame, aku nak kaya dalam masa 3 tahun lagi, kita akan bekerja bagai nak rak untuk kecapi apa yang kita inginkan!


Habis-habis

Banyak lagi sebenarnya apa yang dia share tetapi dah lewat dah ni nak tulis lagi, kita sambung bila dah keadaan ok sikit. Aku ni excited sampai penat-penat balik (sampai rumah pukul 12malam) terus update blog nak share dengan korang. hehe. gigih tak? cakap la gigih ok =)

pss : 3 tahun? lama tuuuu, tak sanggup i

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bangun pagi dan dapat RM 500!

Mak aku pesan, jangan sesekali kita tidur lepas subuh. PINTU REZEKI akan tertutup! Kalau zaman U dulu, memang tak tido sangat lepas subuh sebab sibuk nak ke kelas semua, tapi bila dah alam bekerja ni (bunyi cam tua pulak kan) kadang tu tido jugak. Heh, kan dah kantoi disitu

Pengalaman sendiri

Tapi memang, kalau aku tido lepas subuh sebelum nak pergi jumpa custemer atau nak bukak booth ke apa, mesti rezeki tu susah je nak masuk. Punyalah liat custemer tu nak beli, macam-macam alasan! 'tak boleh la joe bulan ni, janji dengan anak akak bulan ni nak beli basikal' ada jugak yang bagitau 'alamak, baru semalam beli baju baru, dah xde duit dah skrg' dan tak boleh blah 'produk .... ada.... lagi.... hehe....' biarlah dah 2 bula dah habis pon!

Tapi bila tak tido lepas subuh, maknanya buatlah aktiviti apa-apa pun selain tido, mengaji quran ke, cuci kawasan rumah ke (sangat jarang dibuat, hehe) atau pun online internet je, rezeki tu akan mudah datang. Sebab tu sekarang ni tahun 2011, azam baru tak nak tido lepas subuh! harap boleh diteruskan la


YouNique Card



Entry 'My Son For Sale' tu entry menang contest younique card dulu. Walaupun card yang super comel dah aku terima, tetapi tak boleh nak pakai card tu! Aku cakap super comel sebab card alliance bank ni kite boleh customize sendiri. Kat bawah ni card aku yang aku gila gigih customize sendiri. tak cantik pon  katalah ia cantik. boleh?





Ahaa, nampak macam header blog ni je kan? hehe, sebab tu aku kata super comel tadi. Super comel ni akan lebih menarik kalau ada banyak duit dalam tu sebab dia credit card. hehe. sape nak top up kan, sila-silalah ye top up kat aku




Bangun pagi dapat RM 500

Pagi tadi, ada orang dari Alliance bank call cakap dieorang akan creditkan kat aku RM 500 sebab aku tak tido lepas subuh. eh, bukan, sebab aku menang contest dieorang lah. Boleh baca sini entry menang tu. Wahaaa, terima kasih la cik bank ya, nanti buat contest jangan lupa bagtau, aku akan masuk punya!!

pss : moral of the story, janganlah tido lepas subuh =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Gathering Sahabat Blogger di Shah Alam


sumber dari fanpage Sahabat Blogger


Memang rasa janggal hadiri Gathering yang orang buat ni. Mungkin sudah terbiasa buat gathering sendiri, dari a to z kita tahu, bila hadiri gathering yang orang lain buat ni, jadi sangat janggal. Janggal tak janggal, yang penting join dan support kominiti blogger yang ada

Sahabat Blogger

Kumpulan blogger ni aku sebenarnya baru tahu semalam. Hehe, jangan salahkan aku, salahkan internet kat rumah yang kena curi cablenya. Semalam ben call bagitau ada kumpul-kumpul kat kedai mamak kembar. Walaupun penat sebab baru balik dari berbual panjang dengan silent reader (siap mengumpat kat cik epal lagi, kekeke), gagahkan jugak untuk join. Nasib baik join sebab perjumpaan itulah yang aku tahu ada gathering pada hari ini!




Gathering Sahabat Blogger @ Shah Alam

Aku ada hal jumpa dengan orang di Shah Alam pada paginya, lepas tu tengahari baru join gathering ni. Makan tengahari yang dibelanja oleh orang kaya baru - broframestone bersama dengan beberapa student uitm. bual punya bual, rupa2nya sebaya. tak dapat nak tinggalkan link sebab tak sempat nak beramah mesra. Maklumlah, janggal. hehe. 

Lepas tu gerak ke extreme park untuk ber-rock climbing. Rock Climbing la sangat, kakak aku call kat putrajaya suruh amek dia sebab ada besday celebration untuk anak sdare. Nak tak nak, kena tinggalkan gathering tu. Tak dapat lah aku nak tunjukkan skill memanjat spiderjoegrimjow kat korang kan? kekeke

Mungkin ini gaya korang miss untuk melihatnya


Support Kominiti Blogger

Suka sebenarnya bila gathering yang sihat gini diadakan. Sebab tu walaupun sibuk, ada kesempatan mesti aku akan join. Dah takde masa barulah tak dapat nak join. Gathering macam sahabat blogger buat ni banyak faedah, bukan saja kepada blogger baru, blogger yang agak lama dalam berblog ni pon akan dapat faedahnya.

fanpage Sahabat Blogger - sila join =)

Oklah, harap nanti ada lagi gathering, roger-roger la ek. Ada kesempatan aku akan join, takde tu maknanya takde masalah tu. Sibuk kumpul duit katakan. Bila aku nak buat gathering? Nanti gathering masa aku kawen je la nanti. ok? kekeke


pss : jom join event esok jom! 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Meet the best people from the best nutrition company - Susan Peterson

Nota awal : Ini adalah entry iklan Herbalife



Tiba-tiba tampal gambar Bush kan? Kali ni bukan nak cerita pasal lelaki kat tengah tu, tetapi perempuan yang memaki baju warna Pink tu. Gambar ni di ambil pada tahun 2005 semasa dia mendapat anugerah BUSINESS WOMEN OF THE YEAR dari president US masa tu. Kalau korang zoom ke dada dia (jangan lebih2 ok), ada satu badge yang tertulis 'I Love Herbalife' ya, dia peniaga herbalife!

Herbalife distributor : Business women of the year - Boleh ke?

Dah pasti boleh! Kejayaan perempuan berbaju pink itu telah menunjukkan kepada kita bahawa ada yang buat seperti yang aku buat sekarang dianugerahkan anugerah yang setinggi itu - oleh seorang president US! 

Susan Peterson 

Nama dia adalah Susan Peterson. Apa yang membolehkan dia mendapat gelaran ini adalah usaha yang dia sudah buat sepanjang hidupnya dengan Herbalife. Menolong orang menjadi lebih sihat. Umur dia sekarang 52 tahun. Gambar dalam entry ni semasa dia berumur 51 tahun, tengok betapa mudanya dia dengan usianya yang dah cecah separuh abad tu. Tak nak macam tu ke? =)


Herbalife distributor - 1.9 juta diseluruh dunia (Malaysia ada 60 ribu lebih)

President Team - Hanya ada 7 di Malaysia 

Chairman Club - Malaysia belum ada, di dunia ada 35 orang semuanya

Founder Circle - Paling tinggi dalam Herbalife - HANYA ADA 6 ORANG - susan peterson salah seorangnya!




Maknanya, Susan Peterson ini adalah antara 6 yang paling hebat antara 1.9 juta distributor lain. Patut lah dapat anugerah Business Women of the year. Video atas ini adalah semasa dia bergelar chairman club, kalau semasa founder circle, pergh, tak dapat nak dibayangkan!


Berpeluang berjumpa dengan Susan Peterson!!

Herbalife Malaysia yang baru masuk 5 tahun, disebabkan jualan yang begitu memberangsangkan 5 tahun kebelakangan ini, pihak pengurusan Herbalife disini telah berjaya menjemput Susan Peterson ke MALAYSIA!!! Wahaaaa!!!!



Tempat : JW Marriott
Tarikh : 16 February 2011 (Rabu)
Masa : 8.00-10 malam
Tiket : Hubungi joe 0169640972


Sebab kenapa kena jumpa Susan Peterson
  • 8 tahun berturut-turut mendapat TOP HERBALIFE DISTRIBUTOR in the world (No 1)
  • Seorang yang sangat suka berkongsi kejayaannya!
  • Gaji puluh-puluh juta USD setahun 
  • Mempunyai anak perempuan yang super cute =)

Ok, event ini bertiket, nak pergi kena hubungi pengedar herbalife lain ataupun hubungi aku terus. Sangat disyorkan pergi kepada sesiapa yang mahu mencari peluang perniagaan part time atau full time, mahukan kebebasan kewangan, atau mahukan kesihatan unggul sepanjang masa (dengan izin DIA). Jumpa disana!!!


pss : Jangan lupa kisah Susan Peterson di link entry ini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sesi mengumpat dengan silent reader

Hari yang sibuk!

Tengahari tadi ke UIA jumpa custemer dan lepas tu lepak-lepak dengan mili, munsi dan andy. Mengumpat blogger je kejenya. heh! Lepas tu ke pandan jaya juga jumpa custemer dan last sekali mengharungi sesak di Ampang untuk jumpa dengan silent reader! wahh, silent reader tu!

Silent reader yang hebat

Yang aku jumpa ni bukan saja silent reader blog aku je, tapi dia juga menjadi pembaca tegar kepada beberapa blogger lain. Pergh, tak tahu wujud orang macam ni yang memang tahu perkembangan alam blog di Malaysia. Dia takde blog tapi suka baca blog orang! 

Ini antara perbualan yang sempat ditulis (gigih gila menulis)


*******

dia : ko tau jais akan tangkap orang yang order set-set valentine ni?
aku : tak tau pulak. ye ke?

dia : ye la, tengok harga set pun macam nak cekik darah
aku : hehe. amek yang murah dan boleh dibayarlah. hehe


dia : mesti, aku ngan bf aku pon tak keluar lagi, ni keluar dengan ko pulak
aku : takpe, kite keluar atas urusan bisnes. hehe


perbualan lepas tu dirahsiakan. dan sesi mengumpat bermula




dia : menyampah la aku dengan blog awek khairul fahmi tu
aku : haha, biarlah dia. baca blog dia ke?



dia : mestilah! aku banyak baca blog orang. baca gak blog ko. tapi tak tahan dengan blog jejari ape ntah tu
aku : kenapa?

dia : macam over sangat. macam dia je ada boyfriend
aku : haha. standard la tu. blog sape lagi baca?

dia : Hanis zalikha. Sampai blog mak dia pon aku baca tau
aku : haha. semangat. ko tengok video laki yang psycho tu? 




dia : mestilah tengok. sweet kan?
aku : sweet? psycho kot!



dia : tak tak. aku kalau ada laki buat macam tu, cair meleleh. ye lah, hanis zalikha cantik, lainlah. ko pernah jumpa die?
aku : tak pernah. sapelah aku nak berkenalan dengan orang cantik-cantik ni

dia : hek eleh, blog ko pon popular jugak kan?
aku : popular celah bedah manenye. cik epal ko kenal?

dia : cik epal? sape tu?
aku : lol. tak kenal? 

dia : tak, aku baca blog yang terkenal-terkenal je. hehe
aku : ceh, cik epal tu terkenal la tu. memang pelik tak kenal dia.

dia : tak pe, balik aku skodeng blog tu. ni, satu lagi blog aku suke baca, fatin liyana. kenal?
aku : mestilah. yang comel-comel ko baca je ye? something wrong je ni




dia : haha. aku ada bf ok. dieorang tu ayat best untuk baca. sebab tu aku sangkut lama-lama
aku : alaaa, pompuan dah lawa mesti cepat je glamer. tempek gambar banyak2, ramailah orang minat

dia : tak jugak. blog bleh tahan lama bukan sebab gambar je, ayat pon kena power. 
aku : ye eh?

*****

Jadi, sesi mengumpat tu terus berlaku lagi dan lagi. heh, ada jugak blog yang kaw kaw punya dia bagitau aku yang tak bolehlah nak tulis. Nanti susah pulak. Cuma aku rasa, ada orang macam ni yang baca blog kite memang satu yang sangat best. satu-satu dia tahu =)

inilah beza blogger yang ada pembaca dan blogger yang guna iframe. wahaa!!! cabut lari ada org terasa!


pss : pernah jumpa dengan silent reader blog? Disapa orang 'eh, awak ni pulan pulan kan? saya baca blog awak, cuma silent reader je' best kan pengalaman camni =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW