Share

JOM berpolitik wahai anak muda

2040


selepas kejatuhan kesemua parti parti konvensional lain(umno, pkr, pas, dap, mic, mca dan lain lain) wujud 2 parti besar di malaysia. satu namanya hubbundunya dan satu lagi parti marilah beragama. kekalahan teruk parti marilah beragama sudah dijangka dengan kehambaran pengundi pengundi untuk keluar mengundi, alasannya adalah disebabkan politik malaysia teramat kotor


parti hubbundunya


parti ini memperjuangkan agama untuk meraih undi penduduk. kalau ditranslatekan, hubbundunya menjadi 'cinta dunia' dalam bahasa melayunya. tetapi nyata, agama yang diperjuangkan adalah atas dasar agama semata mata. selepas 13 tahun memerintah, begitu banyak korupsi dilakukan oleh parti ini, jadi satu ada media conference dilakukan untuk menjelaskan keadaan ini oleh wakil parti hubbundunya. yaya tura merupakan presiden parti ini



'terima kasih sebab datang. hari ni kita akan ada satu sesi soal jawab. saya, yaya tura akan menjawab segala persoalan anda'


yaya tura memulakan majlis. ada satu soalan di ajukan


'saya selaku rakyat, tak berpuas hati dengan pentadbiran tuan! begitu banyak korupsi. beli helikopter, helikopter takde kipas, beli kapal selam, kapal selam tak boleh menyelam, buat bangunan bertingkat, 2 minggu lepas tu habis runtuh. macam mana ni??? bencilah politik kotor ni!'


'hehehe, ada soalan lagi?' yaya tura mengumpul soalan












'saya peguam. dengan melihat sistem perundangan yang ada sekarang ini, begitu banyak masalah yang hadir. hakim yang tak bertauliah. pemilihan peguam negara dari hanya kroni kroni. paling tak boleh blah, setiap hakim diberi kereta sport seperi gambar dibawah ni, sah sah ada korup!! politik bengong!'





'hehe, soalan lain lagi ada?' soalan dikumpul lagi










'saya mufti. saya melihat begitu banyak sumbangan duit kerajaan kepada pembinaan pusat pusat hiburan. kalau kita tengok belanjawan, 7/10 adalah untuk hiburan semata mata. takde kene mengena langsung dengan pembaikkan agama. nama parti guna bahasa arab, ingatkan islamik, tapi dengan macam ini, hampagas! pergi jahanamlah dengan politik kotor kamu tu!


akhirnya yaya tura gelak besar

muahaha



'kamu semua ni kan, tak habis habis cakap politik kotor, politik bengong, politik jahanam. tapi kamu sedar tak yang sekarang ni politik yang paling berkuasa untuk memerintah sesebuah kerajaan?'


suasana menjadi senyap


'kamu tengok bagaimana startegi kami. pemuda merupakan golongan yang akan menerajui negara dikemudian hari. dengan menyogok golongan ini dengan hiburan, kami bagi macam macam, nyanyian, bola, dan pelbagai lagi hiburan, membuatkan golongan ini sudah tidak minat akan politik. kalau tiada golongan pemuda, maka tinggallan kami yang tua tua ini untuk memerintah negara'


yaya tura menarik nafas sekali lagi


'satu lagi, kamu semua ni samalah seperti mak bapak yang kejam!'


suasana menjadi riuh. semua audience tidak berpuas hati


'diammm! dengar saya cakap dulu. ok, kamu kata politik itu kotor, tapi apa yang kamu buat? macam ni analoginya, kotor... tahi la kan? anak kamu berak, keluar tahi. kamu sebagai mak bapak bila tengok tahi tu, kamu kata kotor, taknak basuh. last last punggung anak kamu berkurap disebabkan tahi yang tidak dibasuh. kamu semua samalah seperti golongan mak bapak macam ni! cakap politik kotor, tapi apa kamu buat? duk bising, apa yang kamu dapat kalau duk bising?'


seorang ustaz menjawab 'saya ajar anak anak murid saya dengan nilai agama. bila mereka besar, meraka akan jadi pewaris negara'


'muahahaha, ni lagi satu, kamu hanya fokus pada golongan yang kecil. macam mana pula dengan mat rempit? macam mana pula dengan golongan yang sukakan hiburan? mana kamu nak tinggal? sebab itu usaha kamu tu hanya tinggal usaha semata mata. sebab politik itu berkuasa, nak taknak kamu mesti gunakan platform politik jugak!'



'kamu kata iman kamu masih belum mantap, dah mantap baru kamu mahu ambil alih kerajaan. eh eh eh, sampai bila nak tunggu iman kamu mantap? nescaya takkan sampailah hari tu. nak control saya sekarang ni, usaha pemantapan iman kene selari dengan kamu ceburi dalam dunia politik. tengok eratus mengundi pun dah tahu yang memang ramai tak sukakan politik. last last, kamilah yang untung. kekekeke!'



suasana senyap kembali


'oklah. tak mahu bazir masa lagi. nanti pilihanraya, jangan lupa undi saya ya. ok lah, nanti saya naikkan sikit belanjawan untuk keagamaan. hehe. vote parti hubbundunya forever!'



diquote dari seorang ahli politik

'dunia politik sama seperti lakonan opera. untuk berpolitik, tak semesti semua menjadi pelakon, ada yang kena jadi tukang make up, ada yang jadi tukang jahit baju, ada yang kena sediakan mic. pelakon mungkin hanya ada dua atau tiga, tapi dibelakangnya perlu ada berkali ganda lagi jumlahnya'



aku sokong politik mana?

yang betul, yang tu lah aku sokong ;-) kalau fikir BN betul, BN la aku sokong, kalau fikir PKR tu betul, PKR la aku sokong. usia muda ni lah waktu terbaik untuk kita mantapkan pengetahuan agama dan bentuk akhlak terpuji. contohi baginda kita berpolitik. nanti dah 'matang2' sikit, bolehlah menyumbang kepada negara.



bersama dato seri nizar (gambar ni kita story esok, tido dulu)


pss : aku pernah menolong pasang bendera UMNO pukul 2 pagi dengan abang aku. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 comments:

Iman said...

Hubbundunya.Menarik.

Tak puas hati.

Negara kucar kacir.

Masalah Social melebat.

Sokong lagi.Pangkah suka hati.

Paling best, wat bodoohjeee~

tapi buat something atau tidak dengan politic malaysia, at the end kesan dia akan terpalit kat muka kita juga!

wallahualam...~
ps:cakap2 undi nye tidak...huhuu

naz said...

makin malu nak mengaku rakyat malaysia seperti dahulu nya

joegrimjow said...

baru layak mengundi, hehe


ku masih bangga ;)

Nur Su'aidah Bachok said...

hahahha! gmbr last sangat menarik joe. ayh syakirin. all da best membina satu parti baru okay. ;D

Syima Boyd said...

saya masih kuat menyokong apa yg datuk nenek saya sokong... lagu diorang pn saya hafal!

.::WaNiE::. said...

dah daftar spr??

hahah soalan ada kene mengena entry tak kuikuikui

FarhanaDr said...

Ku sangat tertarik dengan gambar terakhir itu.. Tak sabar menanti ceritanya.. Ku pernah berjumpa dgn isteri beliau.. Memang tak tau nak kata apa, dari kaca mataku isteri beliau nampak seperti wanita muslimah yang sejati.. Huhu..

Mr K said...

Banyak perli keranjaan nampak =)

MuNsYi SaMa said...

dgn zambry ade dgn nizar pon ade..jd politician la lpas ni joe.

nice story. ptt la byk hiburan skang.

madrasatuna said...

terasa aku joe.. haha.. ok ar tu..setiap org ada pendapat masing2..

politik ni adalah berkaitan dgn pengaruh kita dgn masyarakat dan pandangan masyarakat pada kita..

politik bukanlah berkisar kepada polotik kepartian semata2...

kisah ashabul ukhdud..kisah ghulam dan raja..ghulam ada politik dalam masyarakatnya..dia baik, bunuh binatang yg menghalang jalan, pandai mengubat penyakit buta (dgn izin Allah)..itu pun politik.. masyarakat pandang baik dia.. ghulan tidak bertanding pun utk jawatan raja atau ahli sihir..tp still dia berpolitik..

sbnrnya bukan nak tunggu semua iman mantap baru nak join politik kepartian.. berbeza dari segi fasa je.. mungkin ada yg berpendapat skrg ni patut join..mungkin ada yg berpendapat tunggu rakyat jadi baik sikit..(tp bukan tunggu tak buat apa2 ye)..dan lain2 lain..ok la tu..masing2 buat keja masing2..

aku setuju gak anak muda perlu ambil tahu juga ttg politik kepartian ni..

papehal pun jazkallah utk perkongsian.. best2..aku hormat pendapat kau..

joegrimjow said...

bal, yg pentg kite smyg jemaah sama sama dan men PES sama sama. hehe

Encik Mimpi said...

igtkan kete hang tu atas tu haha

author faethal said...

Salam Joegrimjoe.

Politik ni unik.

Teringat aku kisah secebis perjuangan Ikhwanul Muslimin. Almarhum Fathi Yakan sendiri pada asalnya tidak setuju dengan sistem pilihanraya kerana ia tiada dalam zaman Nabi pun.

Tetapi selepas mendapat tiada jalan lain untuk memartabatkan sistem Islam itu sendiri akhirnya Almarhum akui bahawa dengan menyertai pilihanrayalah satu-satunya cara untuk merealisasikan ISLAM dalam negara.

Nak cerita bab politik memang tak cukup di ruangan komen. Aku juga tidaklah bijak sangat berpolitik. Jadi rujukan aku adalah ulama' (siapa lagi kita nak ikutkan..).

Contoh jelas...kes Liwat DSAI. Bila masyarakat celaru mahu tahu siapa betul. Jom pi tanya ulama. Rupa2nya Syeikh Al-Qardawi pun pro-Anwar. Maka bagi aku DSAI lebih benar dari Saiful Bukhari.

Wallahu'alam.

joegrimjow said...

smalam pon ada cerita pasal DSAI, huhu, thx u for sharing

deus X machina said...

terbaik entry ni bro!!!

bagi aku politik ni macam kita guna sesuatu servis gak...
contohnya kedai servis kereta
mula2 ok...tapi bila rasa dah kukuh mula la wat hal..
so kita ada hak untuk tukar ke kedai servis kereta lain...

erk888

Lifesaver said...

best baca entry ni...byk maksud ni

Nabiel said...

aku mmg xske politik nie~
smuanye kotor!huhuhu..
bler ak tgk gmbo kt fb ko tuh..ishh..
xtau nk ckp hape..
hari tuh ngan kes yg pmpn bg tazkirah kt surau tuh..nie kes sembelih lak~

atok said...

entry yg mendlam, xnk ulas lebih2 taw la kat malaysia ney ckap sket da msuk ISA, haha btw sgt sukakan gambar itu haha ;DD

zool said...

yaya tura ek,
he hehehe.. citer pasal politik ek.
aku memang tak boleh nak tulis sgt.. walaupun bukan ahli politik tapi ada lah sikit pengetahuan.. untuk diri sendiri je la kan..
tapi setuju tang yang tahi tu.. ramai yang kutuk2 sana sini tapi tak buat apa pung.. cakap je politik kotor la hapa lah tapi tak mengundi pun..

Anonymous said...

2040 ?

emmm ......

to be honest, hati aku kuat mengatakan, taun 2040, malaysia akan jd monarki balik ....

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW