Share

2 Video terbaru Cikgu Shida : Terhibur atau Menyampah?

Tahu siapa dia Cikgu Shida? Kalau tak tahu, klik sini untuk baca


Sebab cuti sekolah, semakin aktif cikgu shida ni buat video. Hehe, cuti sekolah 'dimanfaat'kan sepenuhnya ya cikgu? Ok ok, mungkin ramai yang belum tengok lagi 2 video terbaru cikgu shida ni, aku paparkan di dalam blog ni. Kalau pergi ke page youtube dia, video tu macam chipsmore, kejap ada kejap takde. tapi sebab dunia internet, yang menarik akan didownload orang, careful la ek =)


Jangan berpacaran (dari ohmedia)













For the rest of my life/maher zain (dari andyhowt)












So, aku nak tanya pendapat korang

  • Terhibur?
  • Menyampah?

Jawab jangan tak jawab, komen yang paling baik aku akan buat letak free link blog korang kat entry seterusnya. Traffic percuma tuuu. Komenlah dengan mata hati, disitu wujudnya keikhlasan. aceceeeh =)

Jangan komen teruk tau, PEACE PEACE


pss : orang kelantan, jom MeetUp

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

157 comments:

Aduka said...

mengada-ngada + populariti murahan + masalah personaliti..

kalau dr fadzilat kamsah tanya, "adakah orang seperti ini boleh dikatakan normal?"

apa nak jawab agaknya..

Azrul Hisham said...

ni nak buat pengakuan jujur ni..

seriously aku rasa menyampah pulak tengok dia punya video...tak tau la nape perasaan tu timbul...


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

Sidratul Muntaha said...

biarkanlah..
dia bukan kaco rog pun
yg tengok tu ras terganggu.
bagi aku laa..
itu ler cara dia melepaskan tekanan.
baik dia buat gitu dari webcam lucah ker buat video lucah ker.
dia bukan suh org join gelang tungsten ker..kui kui kui.
bgi aku takde masalah..

nasih said...

masa mula2 orang kecoh pasal dia dulu, aku memang dah tak ambil layan sangat. tapi bila dah keluar video macam ni, tak tengok pun, tengok gambar dia terpampang kat screen video tu pun dah menyampah dah rasa.

betul ke dia ni cikgu? kalau betul, memang sangat mendukacitakan. bikin malu saja.

sesetengah benda adalah lebih baik disimpan untuk rekod sendiri, tak perlu nak tayang kat Youtube, kasi tunjuk kat rakyat jelata.

aib lebih baik disimpan; baik aib kita atau aib orang. sesuatu yang kita rasa seronok, boleh jadi sesuatu yang menjengkelkan untuk orang lain.

Admiral Hafiz said...

ingatkan dah xde lagi video dye 2
coz yela, dah lama dye xwat video baru
tup3...keluar 2 video baru ni..
entahla...still xdpt nak paham dengan apa yang dia pikirkan sebenarnya

aurat..
aduhh..kalu dulu still cover aurat,
tapi tengok skrg...
dah mula bukak aurat...

cukup2la tu Cikgu Shida..
elok saja dia guna kepakaran dia yang mcm ni
untuk wat video yang lebeh berfaedah
yang kena dengan title seorang 'GURU"




Cikgu Shida Cemarkan Imej Profession Seorang Guru?: Admiral'z Legacy

Gen Fujita said...

Dia buat video yang boleh dikatakan agak viral dalam youtube, that's her identity, takde masalah apa pun. Ok ler jugak, daripada belambak video klip berunsur seks atau berkaitan seks melibatkan budak muda kat youtube, taip jelah perkataan melayu, page pertama mesti ada kaitan seks. Apa kes? At least she's doing something entertaining, selain daripada seks.

a n a s t a s y e a said...

Anastasyea tak nak la komen apa2 .. tapi apa yg dia cuba sampaikan memang ada motif yang tersendiri. Memang respek la sbb berani membuat perubahan =)

Cik Agogo said...

tension bila membe2 sibuk share2 video ni. penuh wall...

warghhh~~!!!

dah tengah tension... makin bertambah2 tension...

Puteri Iqa Izyan said...

yeah! cikgu shida mesti hepy giler sbb skang cuti sekolah.lagi up2 la misi die..
haha..

satu je : menyampah.

chentaMAYA said...

siyes. menyampahh! hahaha

Mimie.Candy Cane said...

masa first video dia keluar terhibur jugak.lepas tgk video2 seterusnya dan tahu yg di seorang guru,timbul rasa menyampah sampailah ke hari ni sebab sedikit over.

bila put myself in her shoe, i was like i'd rather die than making that kind of video..ape pun dia memang hati kering sebab berani buat mcm tu. cuma dia cepat melatah bila terima komen negatif.

ini komen ikhlas n bukan mengejar trafik eh joe..hehe

zaraxaralara said...

hmmm bagi i an everytime i tengok video dia i terhibur :) i tak kesah lah orang nak cakap apa pun but for me i salute dia even i sendiri tak boleh buat video mcm dia :) kira dia seorang yang berani and yeah malaysia kekurangan youtubers biarlah cikgu shida jadi one of them :) mana lah tahu one day ONE DAY in the future malaysia boleh di kenali sebab youtube merupakan satu lelaman web yang di tonton di seluruh dunia :) hmm mana tahu teacher shida boleh jadi setanding dengan davedays,whatthebuck,shane dawnson and others :)

i tak pernah menyampah tengok keberanian dia as seorang cikgu dan merekod semua video itu,
btw iloveyou teacher shida

lot'sa love ,
zahara cullen

Syazwana said...

aku rase aku tak layak nak komen sebab aku pon bukan perfect sangat..bagi aku terpulang pada dia..sebab sesetengah orang suke cikgu shida ni..sebab tu ade fan page cikgu shida..

maybe sesetengah orang boleh release tension dengan video ni..sesetengah orang pulak menyampah and kutuk2..sebab mereka cakap merepek jatuhkan maruah perempuan la ape la..setiap orang ade pandangan yang berbeza..sebab tuh kita tak boley nak puaskan hati semua orang..

ambil contoh terdekat..penyanyi yang meningkat naik YUNA..die bertudung cantik je.tapi sebab ada orang yang tak puas ati dengan dia yuna kene jugak kutuk kan..orang buat baik kene kutuk buat salah kene kutuk..memang manusia tak penah puas ati..bagi aku kalau rasa tak suke dia tak payah tengok..

sama jugak bila kita tak suka sesetengah blogger..kita tak payah masuk page dia..ni masuk blog orang baca entry pastu kutuk tak puas ati..btol tak?

so kesimpulan di sini semua orang boleh cakap ape pon..ade yang suka ada tak suka.yang penting kita tak melanggar peraturan negara sudah..

*peace
xD

akukaonal said...

kesian tgok cikgu ni... kan elok buat benda lain...

mjwp soaln joe.. tidak terhibur sedikit pn...

Belalang Hijau said...

bagi belalang dia seorang yang berani dan tak kisah org ckp pe psl dia.janji dia rasa dia buat tue x salah,dia buat...

sepatutnya setiap org harus berani mcm dia.tp d sebabkan kita nih org timur dan penuh dgn sopan-santun, jadi nmpk x begitu manis apa yang dia buat.

lagi2 bg seorang yg berstatus pengajar mcm dia...

MATAHARI said...

adakah profesion seseorang memainkan peranan untuk menentukan dia sepatutnya begitu dan begini?

dari segi motif dia post video kat youtube sebab nak dapatkan bantuan kewangan untuk sekolah dia.

dia bukan buat onar, dia bukan buat video lucah, dia bukan memalukan orang lain.

aku bukan pengomen yang boleh mengeluarkan ayat yang baik.
tapi dia cuma seorang revolusioner dalam minat dia.
seperti kita yang obses dengan blog kita.

dya adriza said...

hehe.. nak hina ke nak puji ke, tu hak individu masing2. tapi, saya suka dia.. hehe penawar duka.

liela said...

sumpah menyampah
(tatau nak komen apa lagi selain komen d atas)

iamnerves said...

cam da menyampah je..

Anisa Hang Tuah said...

nyampah lak..gedik


huhuhu

d_LA said...

dla bukan peminat dia tp dla ada gak wat entry yg "kalau berpacaran versi cik shida" 2 ari lepas..bagi dla benda ni jgn amik siyes sgt..mana yg baik kita amik, yg buruk xyahla diamalkan..ade video dia yg menghiburkan, ade gak yg biase2 jer.pilihan terletak di tgn kita..Mungkin itu cara dia utk lepaskan tension..ye tak??mcm blogging gak, ade yg suke ade yg x..

nurfaiz shaidan said...

bagi aku, apa yang Cikgu Shida buat tu tak salah langsung dan tak pun ganggu sape-sape. susah lah orang kita, bila ada benda baru sikit, cepat sangat melatah. kondem. bila ada orang cuba buat something yang out of the box, laju je kita nak tarik dia ke bawah. kalau betul pun dia nak cari populariti, apa salahnya, dan she succeed in her quest. puluh-puluh ribu pageview, nak tengok keletah cikgu shida yang bagi aku sangat-sangat menghiburkan.

personally, bila aku tengok video miming dia memang akan ketawa terbahak-bahak. at least, aku tak rasa irritated sangat macam lawak senario yang lame tu. betul tak? she's just being herself and by doing so, dapat cheer up those who watch her acts. aku tak rasa itu something yang salah.

and yes, aku sangat-sangat setuju bila ada pengomen lain yang cakap, she's not doing anything porn-ish, instead she ventured into comedy. so, no big deal.

bagi aku, despite of her being spastic, funny and childish by doing those miming thingy, aku respect dia sebab confidence level dia tersangat lah tinggi. tak kisah laa orang komen teruk-teruk pun, but she's still being strong to do whatever that she likes. kalau kita-kitta ni, rasanya berani tak sampai macam tu? aku admit, aku pun tak berani.

and plus, kalau she's my teacher, I'll feel damn proud to have one like that :) Yakin, kreatif, easy-going.

Go, Cikgu Shida! XD

aisneezy said...

xde rase nk tgk & xpenah tgk pn..menyampah kot..hee...

Gieyana said...

mcm2 skrg nie..aduyaii..:d

b a m b a m ' s said...

komen dari entry saya.. :)

http://bambam-story.blogspot.com/2010/11/cikgu-shida-ohhh-cikgu-shida.html

aisyasakaria said...

one word : menyampah.

SweetyMui2 said...

secara jjur..memang menyampah.pernah tengok satu je video dia tu pun tgk xsampai 2 minit terus tutup..yuck!bgus lagi kalau dia buat tutorial mengajar guna utube lagi bfaedah dan dpt pahala.video lagu maher zain tu, macam mengejek pun ada gak guna serban misai bagai..

aRa (^;~) said...

@nurfaiz shaidan

i like nurfaiz shaidan's comment..
and i quoted back from her :
"susah lah orang kita, bila ada benda baru sikit, cepat sangat melatah. kondem. bila ada orang cuba buat something yang out of the box, laju je kita nak tarik dia ke bawah"
this is nicely said..

aTiKa aTeRkaH said...

bagi aku . entah . tak berkulat pon dekat aku . ada video ini . hidup aku berjalan mcm biasa jugak . takde video ini hidup aku pun mcm biasa . nak kata menyampah tak la pula . nak kata suka pon tak sangat sgt lah . cuma aku rasa lagi better wat video ini dari video comolot dekat klcc . huahua . loya anak tekak aku .

=MissRynn= said...

eh.. tumpang lalu.. ada lg la..
meh tgk..
http://www.youtube.com/watch?v=iW9arhs9tfo
http://www.youtube.com/watch?v=FID-QooaaMU&feature=related

ardinihumaira said...

beliau berkeyakinan tinggi...

Encik Bell (beLalaNG) said...

start tgk dari video lgu stacy jahat.. then wali bank... mula2 tgk luculah... smlm tgk yg maher zain.. sumpah menyampah!!! rasa nk backstabbbbbb je!!!

LORD ZARA 札拉 said...

Adik aku kata bodoh.
Adik aku umur 10 tahun. Dia kata dia malu tengok video tu.

Aku pula?
Sebagai seorang guru, aku tak boleh terima. Entahlah, cuma bila dah jadi cikgu, ada perkara yang perlu dibataskan. Seriously ada walaupun orang akan kata, eleh, jadi cikgu je pun. Bab etika itu ada sebab masyarakat masih memandang lagi cikgu.

Nurul Zaty said...

hangat pulak kan isu cikgu shida ni?

for me, aku terhibur. takde la rasa nak menyampah.
rasanya lagi menyampah tengok video yang ntah pape , tak senonoh ke apa tu kan.

tak salah rasanya dia nk berhibur dia sendiri. and orang lain still ada yang terhibur kan..

leh tak orang kat dalam tenet ni kurangkan isu kutuk mengutuk. aishh,

makin lama, makin menjadi jadi dunia maya ni
yang baik jadi tak baik
yang tak baik dikatakan baik pulak..

hmm..
btw, cikgu shiida, u rock the world. haha
biaqla depa nak kata apa pon kn~

adikeica said...

dia ni masuk air!

saff'sWords said...

eh, yang tu dia ke tak pakai tudung tapi bersongkok tuh?

kalau pandang dari sudut dia sebagai seorang guru, bagi aku amat memalukan. sebagai guru, dia kena tunjuk contoh yang baik. sekarang ramai anak bangsa runtuh akhlak. dia kena bantu, bukan sama sama runtuh.

kalau pandang dari sudut sebagai seorang yang beragama Islam, aku paling pantang dia tak pakai tudung tuh sebab asalnya dia pakai tudung. pakai tudung bukan macam biskut, kejap ada kejap takda. bukan sebab dia seorang guru perlu pakai tudung, tapi fikirlah sebagai seorang yang beragama Islam, sebagai seorang yang beriman. tudung pula bukan hanya utk tutup rambut. pemikiran masyarakat terhadap pemakaian tudung perlu diubah.

bagi aku, mungkin ini salah satu cara dia utk release tension. yelah, guru mesti penat kan. tak salah dia nak buat macam nie, tapi jadikanlah ia sebagai koleksi peribadi bukan utk tontonan umum. kalau taknak orang kutuk, jangan siarkan. mulut manusia tak boleh tutup.

aku terhibur dan dalam pada masa yang sama aku geleng kepala tengok vid nie :)

Frodo Baggins said...

weird but something else

Dira's Sis said...

nak kata menyampah taktau lah..
tapi....geli geleman ! especially video maher zain tu.. lepas ni jangan la bila dengar lagu FTROML tu teringat muka dia...Tidak... :(

haidan said...

steadyyyyyyyy cikgu shidah. die mesti cool & ramai student suka! ingat senang ke nak entertain student & buat dorg suke kat kite and get what we presented in class? aku yakin dgn cara cmni P&P yg die gune dlm kelas, students akan lagi enjoy!. again, steadyyyyy cikgu shidah!

-i pun bakal cikgu gak. lek la der-

Nur said...

menyampah lah jugak..sebab dia tuh pompuan n cikgu act macam budak2..

macam kecelaruan identiti aka psycho..

tak tahu camana bebudak kat skolah dia leh trime dia..hohooh

dks said...

ok,saya seriously rase KESIANN..
dr dulu tgk video dia mmg mula2 gelak,terhibur (sbb xtau sape)..
bertambah rasa kesian sbb sesama kaum hawa yg beragama ISLAM...semangat dia memang tinggi,idea mencurah2 tp digunakan pd jalan yg salah..

Jom doakan semoga dia diberi hidayah ok!kita semua sama2 sentiasa dikuatkan iman..:)

iSmAiL sAllEh said...

Siapa kita Untuk menilai seseorang itu....
Kalau Orang barat/luar buat boleh pulak kita rasa terhibur..bila org kita buat rasa menyampak...
ingat pesan perdana menteri utamakn produk tempatan....
aku terhibur melihat dia...

azah_rohaizah said...

biarkan lah dia. Dia tak paksa pun suh kita tgk, yang bz body apasal?...dari kita syok sendiri dan rasa kita jelah yang bagus!!

Fatihah said...

aaa...aku tak rasa menyampah, tapi rasa terhibur sejujurnya.

tapi dari segi moral, aku rasa tak patut dia buat cam tu, sebab dia bawak nama profession cikgu. Tak patut la kan, sebab profession cikgu ni orang pandang mulia.
Just my opinion.

Ji said...
This comment has been removed by the author.
Silentspeaker said...

haigoo. tak kisah la dia minat or apa pun rasional dia buat macam tu.

tapiiiiiiiiiiii~

dah la cikgu cekgi zaman sekarang dipandang sebelah bulu mata saje, jadi kenapa perlu buat something yang .... urggh~

letak jawatan la CIKGU!

WZulhilmi said...

Wow!.. jadi isu besar pulak cikgu shida ni.. T__T

biarlah dia, pun tak suruh kita tgk video2 dia tu. tak suka jgn tgk. tak perlu kutuk2 dia habis2san.. end up kita yg dpt dosa kering.

bkn senang nk puaskn hati org..

faRiha said...

tak tengok lagi yang Maher Zain pny tu~~

Elia Si Jejariruncing said...

Saya tengok video ni saya terhibur.. takde rasa menyampah langsung sebab dia ni menghiburkan hati.. kreatif dan sporting. mesti best jadi anak murid dia ni.

dia bt video ni untuk hiburkan org. dapat pahala. org trhibur,dia dapat pahala.. org kutuk pon dia dapat pahal gak..

so thumps up cikgu!

anah nik mahmood said...

saya rasa memalukan bagi kaum guru seluruh dunia. saya sebagai bakal guru menasihatkan cikgu syida buat tuisyen free lagi bagus.

Lun said...

hey, hidup hanya sekali :

BAk kata RAIHAN...

"berhubur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya apa bila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah..."

biarlah cikgu tu nak berhibur.. bukan dia buat dosa pun macam "kanak-kanak ribena di KL bercumbu-cumbuan di tepi jalan"

jackieKOH said...

aku lyn sekali je kot..lpas tu x dah..haha
1st tym tgok cam best je..lpas tu......[anda sambung ayat sendiri]....

Entri Terbaru : Paranormal Activity 2 lagi menakutkan?

:)

nur ardilla najwa said...

kadang2x terasa malu bila seorang muslimah berperangai begitu. Wallahualam. tak semua manusia tu perfect. tak salah nk jadi kreatif tapi biarlah kena pada tempatnya. peace! =)
pape pun....saye bangge menjadi guru!

cik kia said...

first time tgk cikgu shida ni rase mcm meremang bulu roma sambil kata "kenapa cikgu ni?mental ke hape ?" dan bila lama-lama raca mcm kelakar dan boleh buat org terhibur.tapiiiiiii yang video paling latest ni sangat la annoyingg sebab dia muslimah .bertudung pulak tu :( menyedihkan.niat dia mungkin nak menghiburkan orang,tapi lama-kelamaan makin menjadi-jadi pulak.yang positifnya cikgu ni kreatif dan sangat berani.keep it up ? entahla ;)

nadey said...

menyampah gak la video terbaru die xpkai tudung lak!!!!! adoii nmpk kot rambut die...adoi!!!!

kalo aku jd anak murid die aku malu gile!!!!! cikgu kot! adoiii aku tau la skung ramai budak degil2 kuang ajo....tensen pon xyah la lepas cmtu skali.....

taufiq helios said...

sangat menyampah...dah xde kije kot.setakat miming,menari tah pape..terkinja2 cmtuh..ape yang specialnyer? lawak 'pandai'?. tah la..sesetengah orang memang sanggup mencalarkan maruah untuk jadik femes.tapi yang ni murahan sangat.mari kita berdoa semoga cikgu ni tak melebih batas dan terpelihara dari sebarang perkara yang tidak diingini

p/s : saya tak sanggup jadik anak murid cikgu nih..malu kot :D

FaRiHa said...

wa tak kisah bro dia cikgu ke, even perdana menteri ke, even anak sultan pun, yang penting wa tengok, wa gelak, wa happy, wa lepas tension..terbaikk wokkk..!!!

cimut munniey :) said...

ikhlas nie ikhlas :)

bagi sy, b4 cg shida buat video nie mesti dye dah pikir pnjng. dye dah pikir pro and con dye gituuuu.

dye tak kesah apa org nak kate sbb confident dye sgt tinggi macam main game "it Girl" dalam facebook. teehee :)

at least dye tak mcm org lain nk publisiti murahan macam org lain yg kutuk kutuk org dalam facebook and blog. ex: rafiqin darwis and etc.

then, biarkan dye happy dgn hidup dyee. sy pom suka jgak ah tgk video dye and best jugaklah, tapi ade certain part dye mcm ter'over' sbagai seorg muslimah.

miming budak philipina lagi best yg namanya moymoypalaboy.

ecececehh pnjggg benor komen. badewayyy that's all :D

peace no war no banned :D

syaleyana shukri said...

serius rasa macam menyampah tahap gaban..rasa makin melebih terlebih dah kot cikgu ni..kurang sopan la.cikgu pulak tu..aiyoo~

♥-- emieysandra --♥ said...

sedih tol ng cikgu shida ni..
die tau x ape yg die buat tu?
emmm..lagu mari berpacaran tu, dia dh dedahkan aurat die..
nmpak die mmg bersungguh la, tknik mekap pun menjadi.

atreyustrange said...

She is trying too hard to be someone else. Kat youtube kan ramai vloggers yg hebat. Maybe she wants to be like her idols. Tp xperlu la drastik sgt nk ikut. Pelan2 kayuh sudah. :P

carr said...

xde perasaan menyampah pun..
ala..kat luar malaysia ramai orang buat mcam ni

macam jon lajo
freddiew..

xslh pun..
mybe sbb nak release tnsion kuwt..

che armster said...

2 sen dari aku,

cuba bayangkan dia tu cun, suara sedap (bukan miming) & tak exaggerated untuk tiap2 video dia.. rasa-rasa ramai tak yg puji2 (abaikan bab haters sebab memang walaupun kita baik macammana sekali pon mesti ada yang benci)

pada aku, aku anggap video dia sebagai sarcasm untuk mereka-mereka yang buat video cover lagu-lagu aretis kat youtube.. memang amusing masa mula-mula tengok, tapi bila tiap-tiap lagu buat benda sama.. tak heran la kalo ada yang rasa annoyed - buat parody video clip lagi ok kot dari asik ulang-ulang gaya sama (cuma penat sikit la nak amik video,edit etc)

FTN said...

mungkin itu cara dia lepaskan tekanan. ada yang kata bagus sebab tak buat video lucah dsb, tetapi pendapat 40sen aku :

tindakan dia KURANG SESUAI dengan keperibadiannya sebagai seorang guru (jika benar), seorang wanita, dan yang penting sekali sebagai seorang muslimah yang bertudung.

di mana letaknya maruah diri? maruah keluarga? sekiranya beliau benar-benar seorang guru, bagaimana dia boleh berdepan dengan anak-anak muridnya di sekolah?

Kalau beliau minat sangat dgn seni miming sekalipun, tak perlulah terkinja-kinja sangat.

FromTheNews

Syima Syaz said...

plz la...jgn la compare video 'cikgu' shida ni dengan video lucah.

cuma menympah!

sofi said...

salam joe,
kak sofi suka cikgu ni. pelik, kan? dah tua2 pun suka tgk cikgu yg ramai cakap 'sewel' ni?
tapi, take the positive side...
dia x buat aksi melampau pun. mengada2? alah, ramai lg yg lebih teruk dr tu, kan? dia berani! ramai ke kita yg boleh jadi seberani dia? boleh kira dgn jari, rasanya. bg kak sofi, setiap org ada kelebihan dan kekurangan. kl kita tengok kekurangan org, maka...mmg byk akan kita jumpa. tapi jgn lupa, org juga akan cari kekurangan diri kita pula.
maaf, ya..panjang sikit komenku ini!

Tuan Din said...

Jangan Pandang2... Aku Menyampah!!!

tapi tidah sampai tahap nak mengeji.

Elok di keneng2kan dengan DDR...

utk filem 2 alam nie lagi sesuai...

Wan Perlis said...

pasaipa hangpa tak report kat muhiden yasin

Ain Rosmi said...

mula mula okay, gelak, terhibur lah jugak.

tengah tengah, mual sikit, muak, pemikiran jahat mula timbul.

dah nak hujung hujung ni, lagi banyak diskus pasal modus operandi dia ni. cth: masalah jiwa, rumah tangga, etc.

hee

Eazy Izzuddin said...

dua2...
hype joe
pekaba?
:P

Hani said...

Salam.

Mula-mula tgk mcm terhibur, tapi bila asyik tengok ramai yg dok shared kat wall fb terus rasa meluat..huhu

Sorry to say, rasanya sebagai cikgu kurang manis kot nak lepaskan tekanan macam tu. Banyak lagi cara yang terbaik untuk hilangkan tekanan kerja.

Boleh nak berhibur tapi cukup la sekadar bersederhana.

:)

Sekadar pendapat dari insan yang tidak sempurna. :)

lilacfla said...

yang video sengal, mcm kalau berpacaran tu, aku suka. haha terhibur..

tapi yg versi joget cam waka2 tu, tak suka.

nursarah puteri biru said...

tak terhibur pun. dan tak rasa menyampah pun. neutral.

pada aku cikgu ni memang BERANI. dan. kurang rasa malu mungkin.

anyway. aku tengok video baru dia ni just nak ikut perkembangan komen2 orang awam pasal dia. so far. dia dah begitu glamour kowt. ramai gila cakap pasal dia. dari blog2 hebat cam oh media lak tu.. wow! hebat gak cikgu shida ni.

dan video2 dia tu memang bukan senang nak bikin sebenarnya. memang dia bersungguh kowt.

status guru?.. no hal kowt. banyak je guru yang moral down cuma orang awam tak ramai tau perangai mereka sebenar kan. haha.

kaizen said...

tujuan cikgu nih mmg la bgus...nk bg org terhibur
tp buat video thap memalukn diri sendiri...
sedar sikit...awak tu pegang status guru yg mendidik ank bangsa....
klo mcm ni la gaye nyer..cmne la agak2 murid2 hasil didik cikgu nih???

shamsiah shamsuddin said...

hmm..tgk sekali ok la suke sebagai hiburan..
tengok dua kali rase tak de feel da...
tgk berkali2..boring..sikit menyampah la bila tau serba sikit tentangnya dan gosipo2 tentangnya..

ish malu la camni said...

pendapat aku ?

terhibur sebab mana ada cikgu lain seberani beliau nih !

menyampah sebab malu sikit la, bila ramai lelaki yang view vdeo ni. bukan apa, kalau nak kata kenapa kita tak banyak komen kepada perempuan lain yang lagi teruk, sebabnya social life mereka memang macam tu kan. lagi2 artis, so kita boleh tengok je lah. tak kan nak kutuk2 tak tentu pasal, rosak kan periuk nasi orang. but this, for the real CIKGU, maybe orang ramai akan fikir yang dia bermasalah, sedangkan niat dia maybe nak hiburkan orang or diri sendiri ..
so, banyak lagi benda penting yang cikgu ni boleh buat ;p tapi mostly yang tengok vid ni pun, aku rasa mereka agak kagum sebenarnya, sebab mereka takkan berani lawan keberanian cikgu ni meng-expose kan dirinya for world wide web

Tijah said...

tak sampai hati nak tengok sampai habis.

Miss Lemonade said...

xpernah tgk pun sebenarnya..sebab xsuke video org miming2 ni..mcm dh trend je..

balqis said...

my sis said
"guru besaq dia tak tgk ka?"

HAHA.

penat senyum2 bila tengok dia. sriyes, kalo tktahu dia ni ppuan mesti prcaya yang dlm video tu lelaki.

My MiRa said...

tak suka video die.....hehehehe jujur kan??kan

Ummi Hanie said...

hrmm..jadi fenomena lak eh cekgu nih...kalah justin bibir lagu ni...wahahahaa...

pndgn sy,dia mmg brani sbb mcm2 aksi yg langsung x control cun sbg seorg wanita kanss ... cuma bila dia da kawen nnti,xsegan ke eh suami dia or mak mentua or ipar2 dier tgk vid ni?tak mnjatuhkn air muka ke?

sy slalu trbayang diri sy di tempat dia tp still xbuleh sbb xsanggup nk buat mcm2 mimik muka yg very the berani iteww...sekian terime kaseh ;)

p/s: wahai joe pilihlah komenku..nak gak merasa tempias auramu ... hohoho

~aida~ said...

tak tau kenapa,tapi bila tengok vid dia,aku rasa kesian kat dia..
maybe coz she try too hard kot
kesian..kesian..

.alie. said...

dia berani.dia berkeyakinan tinggi.dia tegar.

dia guru.dia punya pelbagai bakat.dia versatil.

cara dia ni akan buat kelas enjoy masa dia mengajar,budak2 suka,budak2 mudah ingat apa yang dia ajar TAPI tak manis bila diupload di public sebab dia guru.seorang guru wanita.

dia tak kacau orang.dia tak buat salah.dia berani tanggung risiko.

=)

miss labi said...

aku terhibur je..she's funny =)

azieazah said...

Tidak kira apa kerjanya,
apa jantinanya,
apa mahunya...

Manusia ni memang pelik.
Dunia memang ada manusia pelik..

Kita pun pelik gak, kan?

Ann said...

tgk gaya dia yg selamba tu, teringat lak drama Great teacher onizuka

tgk 2-3 kali vid dia...lps tu stop la, sbb ulng gaya yg same je.

xterhibur n xmyampah pun.

anyss said...

Salam,
Dia seorang guru yang kreatif dan menggunakan sepenuhnya teknologi untuk meningkatkan ABM (alat bantu mengajar) sebagai usaha membantu anak-anak murid agar lebih memahami apa yang dia ajar.

Kita tak tahu kat kuala mana dia mengajar, kat gua mana sekolah dia, kat hutan mana di berbakti kepada negara dan kita juga tidak tahu kelas yang macam mana dia ditugaskan. Kalau kelas A (di tengah bandar), dia memang bernasib baik sebab pelajar memang pandai-pandai. Kalau kelas E di tengah gunung, adakah kita tahu betapa sukarnya dia nak bagi ilmu kepada pelajar agar lebih mudah faham, lebih seronok belajar dan mencintai ilmu?

Saya kagum dengan dia yang berani dan kreatif hasilkan sendiri ABM seperti ini, kemudian share dengan orang lain untuk digunakan secara positif. Sedangkan masih ramai guru yang lain, nak download yang percuma di youtube pun malas, apalagi nak buat sendiri seperti beliau.

Dari sisi yang lain, over actingnya buatkan rasa tak kena juga.

JJSee said...

bila over sangat memang menyampah. tapi bila kena dengan lagu-lagu tertentu macam yang berunsur rancak cikgu shida ni menghiburkan jugak.

pendek kata, ada pro & cons la tabiat dia ni.

mungkin dia buat video tu untuk kepuasan dia, kalau allergy sangat tak payah tengok. senang je, habis cerita :)

Anonymous said...

aku mmg t'nanti2 org tnye pasal ckgu shida ni..
siyes, aku xpernah tengok full video dia..
fes time aku tgok dr mber aku..
dia dok gelak sakan gle..
aku tgok la..
ceh, xde pe pun stakat miming je..
gaya lebey..
over dose gle..

ntah la..
bg aku aku mmg menyampah gle..
vdeo2 dia cam memalukan je..
dah la dia tu pompan..
pastu cekgu plak tu..
tlong la tnjuk contoh yg baik..
aku mmg xsuka tol klo nak mencapub guna cara cam ni..
memalukan bhai...

mlas la nak komen2 panjang2..
sbb aku mmg meluat, menyampah..
END..

/Dayah//Nurul/ said...

berdedih tgk gaya dia cam tu, lagu org elok2...dia melawak, ada yg tak patut, someone tlgla cikgu ni carik hobi lain

Latifah said...

salam...

ramai betul yang komen kat sini.
Latifah pun rasa tak berapa layak untuk komen pape. Tapi sekadar pendapat Latifah, tak perlu kot buat miming2 cm tu...
Latifah sempat baca komen2 kat atas dan setuju dengan komen Admiral Hafiz mengenai aurat.

Apapun, segala amalan kita di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Jika bersedia menanggungnya, buatlah sesuka hatimu kerana kehidupan di dunia ini cuma sementara.

cik biha said...

ni first time rasa nk komen. jujur cakap mmg mnyampah. tapi betul ke dia ni cikgu? ish kalau betul dia cikgu takkan pegetua sekolah dia tak rasa nk tegor dia. ke dia ni cikgu tadika je?

aku ni bakal cikgu. sbb tu aku rasa nk komen. ish cikgu ni kalau kat luar masyarakat tengok. tak ada etika la buat mcm tu. dah la perempuan okayy? kita ni at least kena la ada perasaan malu sikit. tmbh plak cikgu. tak takot ke nnt budak2 kat sekolah tiru?

and one more thing dia tu pakai tudung. ye, mungkin ada yg bpndapat yg its ok and dia tak kacau orang ke apa. tapi still tak sopan dan mencetuskan kontroversi. kita ni kalau nak open minded pon tak perlu kot nk mcm tu. byk lg hiburan lain. kalau dia nk buat as nk lepaskan tension then buat simpanan peribadi sudahh. malu la sikit kat public.

btw, dia ni makin hari makin femes. malu duhh sbb dia ada tittle 'cikgu' kat depan.

aku komen secara jujur dan tulus. bukan nak kondem dia. ada je artis yg pakai tdg and bernyanyi tapi takde nak buat aksi2 pelik mcm dia even tu bukan aksi lucah. once again-menyampah!

caprianne said...

no komen...
tp nk komen jugan...since rmai yg duk kutuk die skrg nie...
seriusly...ble tgok vid2 die langsung x rase pape...

kte x leh nk judge org 2 bdasar kn pea yg die wat...die punye cara tersendiri tuk appy kn diri... munkin tu cara die tuk hilang kn stress or menunjuk kn bakat...who know...

mungkin bg ssetengah org...cara die niemenyampah...tp cbe pikir blik...pnah x dlm hidup kite x pnah buat sala..see...nobody perfect kan...n smua org dea masalah kecuali la orang gila, mmg dlm islam suara 2 aurat(bab nie aku x nk sentuh coz aku pun jahil bab agama) tp dalam agama ade x yg menyatakan pea hukum org yg bprasangka thadap org len pea hukum nye n ape plak balasan org yg menkeji sesama umat (pikir la sendiri)...

bkn bermaksud nk mpertahan kan cikgu nie...just think +ve...tgok...kn dh panjang coment...ish3...

kehidupan x mungkin boleh ditafsirkn dgn kata2
wlaw sebaik mana kita dgn ssorg kita ttap x kan memahami die
kerana dia sendiri kdg kala x memahami diri
kita bukan Pencipta yg mengetahui sgala2 nya
untuk mnyatakan SAYA CUKUP KENAL & MMEMAHAMI AWAK

p/s: nie bkn comment marah...just pendapat...maaf jika tersalah bahasa..
ku masih budak2 yg cuba mmahami dunia mlalui cara pemikiran sendiri serta melalui persekitaran n bnyak mlakukan kesilapan...(ku tanggung semua yang telah ku taip)
( maaf BM tungang terbalik =P )

MATAHARI said...

aku pelik. kenapa nak menghakimkan seseorang berdasarkan profesi nya sebagai seorang guru. rata-rata mengutuknya. cuba keluar kotak sikit.

p/s:bahasa aku tunggang langgang. minta maaf.

princess_eryna said...

sume org x dpt lari drpd melakukan kesilapan.... mungkin dulu cita2 dia nak jd penyanyi @ pelawak.. tp, mak bapak marah coz x de mase depan yg cerah... ye la... nak jadi penyanyi..pelawak.. bukan ade EPF pun... lain laa cikgu.... raja lawak da start ke blom erk???...cikgu x nak join kerr??...huhu

Wawa_Nadwa said...

menyampah!

setuju dgn komen2 'menyampah' diatas. hahahhaa!

bobiedanbad said...

xsuka video dia..tp dia berani, tp bg sy berani dia mcm x bertempat...apa2 pun dia ada akal maka cikgu shida fikir la sendiri...

baincardin said...

Noktah.

baincardin said...

Itu.

baincardin said...

Datang.

baincardin said...

Dari.

baincardin said...

Hati.

baincardin said...

Ikhlas atau Sebaliknya ? :)

Kancilbiru said...

masa mula-mula tengok, memang rasa lucu, kelakar semua ada, tapi lama-lama tengok naik muak la pulak. dan menyampah pun ada.. ekeke..

tapi kalau teknik ni digunakan untuk menjadi alat bantuan mengajar kat sekolah, memang bagus la...

penah baca profail ttg cikgu syida ni. dia memang sudah beberapa kali dikenakan tindakan sampai peringkat kementerian kot (kalau tak silap) tapi jiwa dia kental...hehehe..minat 'miming' nyer pasal...:P

.::WaNiE::. said...

tak terhibur

tak menyampah

yeah saya adalah org yg rasa kalau tak suke nak tengok, tak yah tengok, lantakkan dia nak watpe.

sy bukanla da tau tak suke, tengok jgk pastu kutuk kutuk.

eh sejak bile saya jadi mcm ni hahahaha

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

ala tak leh nak view la menyampah betul

♥CIK SHA♥ said...

secara jujurnya saya sangat tidak berkenan langsung dengan tindakan cikgu shida ni..

ya..memang betul dia takda ganggu saya pun..itu bukan masalahnya..bagi saya tindakan dia ni langsung tak relevan dan bagi apa2 impak yg bagus pun..

menghiburkan? bagi saya langsung tidak..

maaf..bukan niat nak mengutuk @ memperlekehkan dia..cuma menyampaikan apa yg saya rasa..

Tuan Tanah said...

seorang muslimah mmg sangat tak wajar buat perangai camtu. just my personal opinion.

cik helena said...

saya penah buat entry pasal dia dulu.

hobi atau release tension tak perlu sampai SATU DUNIA tengok.simpan hak milik peribadi sudah.

*aku tak paham sapa yang tengok dan boleh gelak.siap terbahak2 lagi.aku 1st time tgk rasa nak tampar je muka.

Apis said...

sory panjang.bace sampai habis ye.lalala...

dari 1st video dulu lagi aku menyampah. dia kate nk release tension. come on la..release tension dgn mnyebarkan video gitu untuk orang ramai? takde ciri2 wanita islam langsung. tergedik2, tergeduk2, tergedak2. bukan begitu cara kita orang Melayu dan Islam khususnya.

ade orang kate terhibur sebab kelakar. haduh la...tang mane la yang kelakarnye tu.tengok pakcik misai filipina tu jauh lebih kelakar.

ada lagi die hard fan dia kate,lebih baik dia buat video ni dari video lucah.aku kate,kan lebih baik tak payah buat dua2.terang lagi bersuluh dua2 jenis video salah dari segi syarak.

ada orang kate dia jadi gitu lepas putus tunang. x pasti la betul ke tak.

atau,adakah ini hanya propaganda beliau untuk menakluk dunia jutawan mcm dr.rozmey itu?? hahaha! yg ni memang baik punye reason.

same2 kita doakan supaya beliau mendapat hidayah.amiin...

*peace from Apis | Hafism.
latest post: Fakta Tentang Kentut

Apis said...

@Apis

ada satu lagi nk luahkan nih. hehe..
ade orang salute dan ucap tahniah dan kagum ngn dia sebab dia berani membuat video gitu.perumpamaan dia camni la."aku kagum dengan wanita2 islam yang bertudung di kelab2 malam tu sebab dorang berani menari dan berjoget atas pentas depan lelaki.sukenye aku kat dorang"

pastu fan dia balas: "habis tu yang ko dok puji artis2 wanita tu nape? same je dorang tu"

aku balas: "ada aku kate aku puji? dengar ramli sarip lagi bagus la".

sekian.

*peace from Apis | Hafism.
latest post: Fakta Tentang Kentut

lalink7 said...

mata berdarah kot tgkk......sikit lagi nak muntah bukan ape sebab menyampah punya pasal..eh ada tak perkataan yang sopan tapi pedas dari menyampah... hmmm...benti2 je jadi cikgu...

young yasmin sarian said...

dua pilihan tuk cikgu shida,


a.hospital permai,tampoi johor,
b.hospital bahagia ulu kinta,perak,

sekian,tq,:P

syarifah radiah ibrahim said...

dia ni cikgu
apa la agaknya student dia cakap kalau tengok cikgu sendiri macam ni
pasal aurat tu, memang la kubur masing2 kan
tapi dia tak sepatutnya buat macamtu
cikgu kan sepatutnya tunjuk contoh baik kat student
apa agaknya respon maher zain kalau tengok ada orang buat lagu dia macamtu?
huhu~

summary ; menyampah!

seliparbiru said...

salam

pertama sekali, perasaan aku dan kawan kawan aku tgk video ni ialah seronok dan gelak2...

aku rasa pmpuan ramai la kata dia geik/bodoh/tak malu n whatsoever..
tp bagi aku its ok la klu seorg guru nak wat camtu.. dia tak mggugat kemerdekaan negara kot..

dia cikgu.. so what?? nk kata dia cemarkan imej guru?
dia bukan nya buat video seks o video menentang kerajaan or menentang spe2 lg..
ada cikgu dok belasah murid tnpa belas kasihan.. takde plak nak kata mencemar imej guru...

pls la... tak payah nak kondem.. kondem la perkara yg sepatutnya di kondem.. cth: kes comolot kat pavilion tuh..
hahaha..

gari kaca mata murahan aku je

seliparbiru said...

aku rasa entry ni dah macam membawa kepada sesi benci membenci dan sesi saling menyampah... ni bukan perkara baik... mungkin memberi dosa kepada mambaca dan menyebarkan.. herm...

srikandibi0L0gi said...

fuyoo.. 114 comments..
xpa.. nak jugak komen.

naaah, it's annoying.
apa yg dia buat tu, suma annoying.
tapi,annoying macam mana pun, tabikk spring lah pada skil video.
*thumbs up*
cuma, lebih bagus kalo skil i2 digunakan utk sumthing dats not annoying, but enjoy!
~peace, no offense~

sagahayat said...

hebat gak cikgu shida..siap ade entry dlm blog joe...
apepun tepuk dada tanya selera..
benda ni subjektif...bg aku menghiburkan..tetapi fenomena yg berlebih2 akan menyebabkan orang menyampah...untuk cikgu shida..cukup2lah..ko mmg berbakat...

Anak Mak Ani said...

Handsome r cikgu jadi laki..ape motif die publish kat youtube..maybe nak bagi org tgk daya kreativiti n inovasi die..maklumla nak nyanyi mungkin suara dok sedap mana..takde chance nak masuk raja lawak kot..bagila komen2 yg membina tuk die perbaiki diri..hanya die je yg tau..gd luck cikgu..

cakk!!! said...

Sebenarnya best tengok video teacher shida ni. Tapi musykil la kan, boleh ke kite menyerupai lawan jantina kita? Pastu rasa sedih sangat-sangat. Mula-mula tu ok la kan pakai tudung, tapi pastu terus bukak tudung semata-mata nak nampak sangat kelelakiannya tu la kononnya. Hurmm.. tak nak komen banyak sangat. Kita jadikan la video teacher shida ni sebagai pengajaran ye.

Dan kalau sudi, meh singgah sini. Hee..=)
http://cakk89.blogspot.com/

arrizz said...

one word only, SAKAI!

Mohd Sukur Ibrahim said...

bagi aku senang je joe..if dah rasa menyampah or xnak tengok..tapi kenapa tengok???hahaa..bagi aku cikgu shida buat video tu pada org yg nak tengok..xnak tengok u ada pilihan utk cancelkan tengok..tul x?

kita tengok as positif side la..untuk hiburan ke apa..kalau nak tengok benda yang berunsur keagaamaan tengok la ehwal islam kat tv 1 tu..

jgn marah..

anDi said...

rakyat malaysia masih belum terbuka untuk hiburan sbgini.

patutnya cikgu shida buat something yang lebih clever! bijak? memang bijak~


chakpong!

Black Winter said...

Kadang-kadang terhibur jugak tapi selalunya memang menyampah la tengok.
Tak ade rasa malu ker cikgu ni.. Adei~

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!

http://jotsofme.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

Usagi said...

I know someone at her school.
Hahaha!!!

liyanaziz said...

@Apis
suka quote awk yang ni,
"ada lagi die hard fan dia kate,lebih baik dia buat video ni dari video lucah.aku kate,kan lebih baik tak payah buat dua2.terang lagi bersuluh dua2 jenis video salah dari segi syarak."

haszuraidah ishak said...

err..komen ni tidak ada kena mengena ngan entri..nak gitau saya ada join segmen BA..

saya memang suka awak...punya blog..hehehe..

Suka Awak..eh, Awak punye Blog

zool said...

macam2 hal la.. siap pakai baju pak arab plak. meluat ke tak aku pun tak tau..kalau dia buat blog mesti traffik lagi tinggi dari mu,joe..

annadzirah said...

semua orang ada pendirian masing2.
bagi sy, xsuka xpayah tengok & kalau suka, silalah tengok.

dalam dunia ni, tak semua benda yang kita buat orang akan suka.
kan?.
yang penting kita tahu apa yang kita buat & niat kita.
kadang2 tak perlu dengar cakap orang sebab ia membinasakan.
& kadang2, tak perlu ikut sangat rasa hati sendiri sebab ia mungkin memakan diri.
:D

miss lolly a.k.a luvfareda said...

menyampah.


tu je nak cakap.



















































































































MENYAMPAH!

enyheartsdiamond said...

kalau tak suka, tak payah lah tengok, then kutuk! entah apa-apa.. biarlah.. setiap orang ada cara untuk memuaskan hati sendiri..

go cikgu shida! im with u! :DDD

DaHLia said...

@MATAHARI

untuk dapatkan bantuan kewangan ke?
tak tahu lak eden.. :D

DaHLia said...

woo Joe, banyak gile komen...hehee

sis memang menyampah..sepertimana ada gak orang lain menyampah dengan sis...

sis puji keberanian, kerajinan dia, tapi sis rasa better dia buat something yang lebih baik. Buat Video yang sesuai dngan profesion dia, bukannya buat Video yang jelas boleh memalukan dia dan menyebabkan imej profesion terjejas.

Memang hak dia nak buat apa pun, dan memang apa dia buat tu lebih baik daripada buat Video lucah ke apake, tapi fikirlah, dia perempuan melayu bertudung, bergelar guru, boleh nak buat tapi janganlah melampaui batas. Dalam Video terbaru tu dah nampak rambut dia pun,lepas ni apa pulak?

Satu lagi yang sis nampak, dia semakin rajin dan berani sebab ramai yang setuju dengan cara dia. Ramai yang memang bagi sokongan penuh pada dia. Entahla, sis tetap rasa dia perlu fikir cara lain yang lebih baik daripada ini.

p/s: Ada kawan lelaki cakap dia buat begini sebab "Anak Dara Tua, xlaku, cari publisiti"...Bukan sis cakap oke..sis pun masih belum laku..hehe..cuma tak desperado seperti ni laa kut...kang abis bakal2 mak mertua larik..

Cik Mus said...

kesal.
drpd sudut pandangan etika guru mahupun drpd sudut pandangan agama.

Anonymous said...

typical malaysian comment..suka hati die la nak wat ape pon..kalau marah die sebab die wanita muslim, tu fasha sandha n byk lagi artis tergedik2 sana cni pakai baju seksi nape x tegur..that's why religion sucks!! for cikgu shida, i'm proud with u!!keep it up teacher shida!!

ezany said...

mula2 dulu boleh terima lagi.. lepas dah femes tgk dia jadi macam bertambah over plak..

hans said...

bagi aku tak ada masalah
kalau tak suka jangan tengok
kalau suka tengok
dia pun dah besar
so dia boleh fikir

bagi aku
aku terhibur
dan itu salh satu kreativiti yg dia ada
so,apa2pun cikgu shida
aku rasa kau ok
tak ada masalah

P/S : Nak Jadi Artis Ker Nak Habiskan Belajar Dulu? Aku Buntu!

sAYa coOL said...

@annadzirahcikgu yang meroyan hahahaha
sape la laki dia seksok, sape wat bini mmg malu r, sal cikgu ni maruah n aib diri sndiri x terjaga, apatah lagi nak jaga maruah suami,, kalo nak wat hiburan utk dri sndiri pon xyahlah share dlm tnet..smpn la dlm pc or lptop sndirik, xpon smpan dlm msin basuh tu r, jakun toL la cikgu ni...mengoong hahahha
menyampah la nengok, msti nak cari publisity murahan nak jd glamer cam yuna la tu..cetttt...org lain pon xperfect gak, tp kalo xperfect pon xde la pamer dlm tnet..ngok tol la

Anonymous said...

cikgu bodoh!!!!

Mar said...

salam,..permulaan masa mengenali cikgu ni rasa sangat terkejut ye lah seorang yg bertitlekan guru, perempuan, muslimah, bertudung buat sesuatu agak di luar pemikiran orang lain dan tak patut dalam kontek as a muslim,.

apa-apa pun setiap video cikgu ni dapat jugak menghiburkan hati..hehe..bukan bermkna nak support plak.

Ikemal said...

sekadar hiburan.! cikgu syida tak buat apa-apa kesalahan.
mengapa?

1. Cikgu Shida menutup aurat.
2. Masih menutup aurat kerana dia tidak menyanyi tetapi hanya miming.
3. Tidak mempermain-mainkan sesiapa.
4. lagu berunsur nasihat.

Tanyalah murid-murid mana pun semua suka cikgu yang sporting. mana ada suka yang tegas-tegas.

Remaja masakini menjadikan artis sebagai role model. Cikgu sebagai tempat belajar. Jadi, artis yang patut menjaga adab dan pemakaian. sebab murid2 akan ikut diorg.

Cikgu pulak mesti sentiasa cool dan sporting baru anak murid baru dengar cakap.

Cikgu yang garang sekarang murid2 dah tak takut pun. sebab mak bapak backup murid2.

yang pasti cikgu shida mmg tak bersalah.

ARieF said...

girl yang mnyampah ngn cikgu shida ni mungkin jeles ngn die.

papehal pon ckgu ni memang muka tembok..
hahaa

FatinSyahirah said...

kalau untuk setakat sebagai hiburan, ok lah kot. tapi lama-lama menyampah la pulak.
mungkin sebab jawapan dia pasal isu tudung dia kot. lagipun, dia cikgu dan ada jugak menimbulkan sensitiviti.

hiburan apa-apa pun tak kisah, tapi kadang-kadang peminat yang terlalu fanatik tu yang bikin kisah.

err.

KuBi said...

korang suka ker, korang x suka ker, yg pastinya dia dah glemer krn byk blog2 yg aku blogwalking, ada entry tentang dia!! Tu yg hebatnya!!!

asrar said...

"dalam apa jua perkara yg nak dibuat, dahulukan perintah Tuhanmu."

nilai sendiri.

kita manusia mmg ada kekurangan. mungkin orang cakap,

aku ta layak kate pape, sebab aku pon ta baek sangat. bla bla bla.

tapi, sebab tu la, kita kena saling tegur menegur.

aku salah, kau tegur. kau salah aku tegur.

gunakan pendekatan yg baek ^^

lagi sekali, aku ingatkan diri aku, dan ambil juga pedoman untuk korang ;


"dalam apa jua perkara yg nak dibuat, dahulukan perintah Tuhanmu."

:)
asrar.

siddiq said...

ala malaysia, korg nak ssh hati buat apa. kalau menghiburkan tgok, kalau menyampah jgn tengok. sama macam korg memilih siaran tv. x ke mcm tu? option is in our hand la. tpi yg peliknya, yg menyampah ni dok mengadap lagi buat ape. siap post2 lg vid kat fb semua.haha

tpi bg aku kan, aku layan ja. sbb tv pun aku layan, movie pun, ade yg lebih seksa dr ckgu syida kot.xpe, nnt aku berubah slow2. tp xsgka ada gak rakyat malaysia sebegitu ropa kan ckgu syida?? haha.

plus buat yang ada keimanan, terbuka hati nak tegur syida, jgn la kaso sgt n memalukan. xjadi teguran da nnt. oke?? cool

siddiq said...

lg se. yg pling x best, knapa nak tmbulkan isu dia ni ckgu. ape, ckgu2 xboleh nak buat apa yang dey suka ka. nak jd happy go lucky pun x boleh? ksian ckgu2 mlaysia x da life. ckgu shida x de pun mengajo budak2 amik drug ka, porn ka. miming je pun, stop melatah la.

Nordin said...

AKU MENYAMPAH SANGAT SANGAT SANGAT KALAU TENGOK VIDEO DIA. JADI SEBAB TU AKU TAK TENGOK LAGI SEKARANG NI. SENANG CERITA KAN? HEHEHEHE

freeman said...

bagi aku dia ni kelakar .. hu hu
credit kat cikgu shida

apa yg korang marah sgt ni... populariti dia lebih dr blog korang ke? ekekkekeke

EmanCloud said...

er.. last2 tu meremang bulu rome aku tgk maher zain x de halkum.

marionette.life.goes.wrong said...

bagi sy dia sedang memperbodohkan dirinya sendiri.

Kazekage said...

ensem plak la die jdi 'maher zain'

Kazekage said...

ensem plak die jadi 'maher zain'

[sutera kasih] said...

kesian tgk ckgu ni..

Anonymous said...

Saya seorang guru dan ibu kepada 5 orang anak. pertama kali tengok video cikgu shida ni memang meluat sungguh.
Tapi harus diakui bahawa ramai juga orang terhibur melihat keletahnya. saya sendiri kagum dengan kemampuannya menghasilkan klip yang berkualiti dan kreatif.
Cikgu Shida hanyalah manusia biasa dan tidak memberi sedikitpun kesan buruk kepada perkembangan anak-anak saya. banyak lagi program di TV yang kita lihat setiap hari yang memberi kesan negatif.. pelakon, penyanyi, pemimpin masyarakat yang menjadi idola kita selama ini lebih buruk moralnya dan kita tidak mengambil sebarang tindakan atau perhatian pun.
Jadi, jangan lah terlalu menghina cikgu shida ni. Lihat dulu diri kita sejauh mana kita telah menjauhi maksiat setiap saat kita bernafas....dari cikgu tua.

Anonymous said...

@zaraxaralara

aku setuju.. pasal nak menyampah plak.. klu cam gini pun nak meanyampah.. kat aznil nawawi tu pun rase menyampahla jugak.. dah la joke yg diuat xde style lain.. dr dulu sampai skang stlye ala ala lembut je.. tp pasal apa org minat dn suka sgt kt aznil nawawi, senario, zizan dan sesapa lagi yg terlibat dgn benda tolol camni. mngkinkah mereka ni semua bukan cikgu.. woii setiap org ade hobi tersendiri.. perangai pelik tersendiri.. apa bezanya ckgu shida mempunyai hobi dan dia tunjukkan kpd semua banding ngn kita yg punya hobi pelik tp sembunyi dr pengetahuan.. dlm bilik sorg2 ape yg kita buat org xtau tak bererti tuhan xtau.. xde bezanya la kita semua sama.. yg bezanya hipokrit dan tak je.. ramai org ade hobi menaynyi melalak dlm bilik jamban kt dapur.. ade juga suka posing seksi dgn ambil gambar sendiri dgn meniru2 gaya artist seksi xberbaju dlm bilik. cuma gambar yg diambil x diexpose saje.. so ape beza.. perangai sama je cikgu shida ke sesapa ke semua ade perangai masing2.. jgn duk mengata/menyampah dgn org lain sedangkan kita pun masa korek taik idung.. lps korek je gentel dan jentik/buang/lap taik idung kita tadi dkt memana tempat tersembunyi yg org x nampak..

Anonymous said...

dia ni kreatif

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW