Share

merdeka merdeka merdeka



sempena hari ini
mahu dedikasikan entry khas untuk Malaysia tercinta



HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA
semoga malaysiaku terus berjaya











jadilah rakyat yang boleh Malaysia banggakan


















banyak-banyak iklan, iklan ni terbaik!






simple but deep~~




jangan tanya apa malaysia dah buat kat kita
tanya apa yang kita dah buat kat malaysia






nota kaki : mood merdeka ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

plagiarism

kredit-kredit


~~~~~


entry lepas dah delete. sebabnya itu bukan karyaku. manalah pandai nak tulis dalam bi bi ni. kena ambil masa untuk menulis. dah lama ohhh tak menulis essay. selama mana nak pergi ke kuantan dari kota bharu dengan jalan kaki, selama itulah lamanya ku tak menulis essay.


2 hari lepas teacher skolah rendahku minta tolong tulis satu essay. dia gunting2 gambar, suruh ku tulis. alahai, dah lama ooh tak menulis essay2 ni. kat sana walaupun negara mat saleh, tapi cakap bukannya grammar betul ke apa. main cakap je. berlainan ohh dengan menulis essay.


tu pasal masa nak cari balik mood menulis essay, terjumpa essay entry lepas. menarik kan. ku pon copy paste lah kat blog ini. kan da jadi plagiarism. bahaya ohhhh. blog ni akan jadi blog murahan.


plagiarism aka copy paste


kat uni sana, ada satu software yang boleh deteact plagiarism ni. memang dengar macam mustahil je, tapi dah kena kat batang hidung sendiri baru tau. memang betul, software ni boleh detect segala copy paste kita kat mana-mana website ataupun hasil karangan student2 yang lepas.


hebat kan? memang tak tipu, dan ramai yang dah kena detect dengan software ni. student malaysia pun ada oh. ye la, terbiasa dengan budaya copy paste, mestilah kat sana pun terbawa-bawa. last-last, badan la merana.


contoh meniru lain.


ada satu presentation untuk ARUP company. present hasil kerja kita kat mat saleh dan memang ada markah untuk itu. malam keesokannya present, ku bagi slide presentation kat kawanku untuk dia tengok-tengok. keesokkannya, ada satu bahagian, dia ambik kat slide presentation kami. wahhh, cuak jugak. sebabnya tu hasil kerja kumpulan dan member ku ni senang lenang mengambilnya


last-last, ada sorang group memberku, orang afghanistan, report. dia tuduh ku bagi slide presentation kami kat kumpulan lain. seolah ku membelot kumpulan kami la kiranya. mak oi budak afghanistan ni, slamber je. last-last, kena panggil dan stelah cerita hal sebenar, nasib baik hanya dapat warning


tu antara pengajaran yang boleh dapat. jangan bagi sesenang-senangnya hasil kerja kita kat orang lain. bahaya. dan kita yang akan alami ketidak bestan padah yang menimpa. mungkin belajar di u tempatan tak dititikberatkan ssangat benda ni, tapi di negara orang, jangan ohh buat benda-benda gini.


ok la.


ku mahu mohon maaf kalau ada yang anggap penulisan entry sebelum ini adalah penulisanku. tak tertaruk kredit plak. ooh, bukan mahu menipu kamu ooh, ku tak hebat dalam bi ni. sungguh senang menaip dalam bahasa malaysia dari bahasa omputih ;-)




nota kaki : esok dah 31 hb 8


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

tak sampai sbulan lagi



tak tersedar yang rini dah 29. maknanya tak sampai lagi sbulan akan meninggalkan bumi malaysia ni. hurmmm. rasa dah tak mahu sambung belajar dah la. nak duk umah. puas duk umah ni. tak best kat sana..



ngada!


orang dah bagi peluang tu, pandai2 la hargai. kan?



flight akan berlepas pada 28 hb 9 ni ke uk. mean raya ke 7, xpon raya ke 8. hurmm, raya sakan la tahun ni kat sini. pengalaman raya kat negara orang, nanti la cerita. banyak lagi masa ni. banyak lagi entry mahu menulis



fikir dah nak sambung belajar ni, buat hati macam tak tenang. kalau ikutkan kata hati, memang dah terpikat dengan seseorang kat sini. aiyoook. hati ni mudah je nak terpikat dengan orang. maklum la, hati seorang LSD.



LSD ok bukan LED



hati jenis macam ni memang dahagakan kasih sayang. kekeke, dah dah, jangan duk ngarut dah. kan melalut tak tentu pasal. dah la saho tak betul tadi, kan bertambah lapo lagi kan. apa tu LSD? lelaki senang direject



takut tak dapat nak bagi komitmen aje. ye la, berada jauh, lain la ada awek kat sana. masalahnya takde plak minah2 saleh yang terpikat. kalau ada kan best. boleh bawak sorang, konpem korang jeles. kekeke!.


ok balik pada tadi, macam tak best je kan hidup tanpa orang yang dikasihi. tak dapat nak call orang yang kita kasihi, rindui ni. macam kosong dan kehidupan tanpa kekasih berumur 21 tahun ni ibarat gaya hidup seorang yang loser. wahhh, loser ke diri ni


no no no


tu depand pada orang masing2. lain orang lain la pendapat dia. kena hormati pendapat orang. hurmmm, dah ada orang yang dirindui ni, mesti dah jadi semacam kan. ye la, berada jauh ni tak cukup nak call je. walaupun ada webcam, ada macam2 teknologi lain lagi, huuuuu, itu tak cukup brader. nak kena jumpa jugak



ok ni cite benar



pasal seorang perempuan, ku macam dah terpikat dengan dia. lawa? ok dapat a. beriman, ok dapat a. respon dari dia? ok dapat a jugak (gila bayang oooh). so dah penuhi dah pon. bawak jumpa mak pon konpem mak stuju je. tapi sebab pk balik, banyak la hal dia, rasa dah macam tak nak teruskan layan perasaan ni. susah oooh.


kalau ada banyak komitmen ni, lagi susah kita nak jaga. orang cakap cinta lepas kawen ni best kan? mana tak bestnya, dah layan perasaan sikit, boleh bawak sampai ke katil terus. esok bangun muka puas. wahaaa, lusyah lusyah. tapi tu la dia KEHEBATAN cinta lepas kawen. belom kawen ni jangan dibuat oooh. dosa sampai mak bapak ko


bukan jenis cam itu


ya, aku bukan jenis yang mahu cinta lepas kawen. nak jugak merasi sikit2 belum kawen ni. sikit2 sudah. jangan terlebih sudah. ok? deal la kan. so awak, sorry sebab tak boleh jadikan hubungan kita ni satu realiti. oooh, awak masih di hati saya ok. tengok la macam mana, biar masa yang menentukan. kita jangan duk pk sangat perasaan jiwa ni, nanti tak bolehh nak khusyuk kat cinta yang sebanar kita kena kejar. cinta ilahi


cecewahhh


ayat poyo telah menjelma. hurmmm, cukup la stakat tu. macam mana ek nak terangkan status ni. ATBSS. apa kebenda nye jang? already taken but still single. hahaha. boleh la kan? boleh la boleh.


gadis blog


haha, nak tau apa status ku dengan dia? hehe, DTSS. direject tanpa segan silu. hehe, biasa lah, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat? betul? cuma nak bgtau, yang dia akan menyesal sebab mereject bakal bilionare malaysia ni. muahahahaha. bilionaire ok, bukan milionaire. masa tu dengan rakusnya ku akan bgtau.


padan muka sebab reject aku dulu. bini aku sekarang hari2 dapat kepuasan zahir dan batin. tak caya, tanya la bini aku tuuuuu


kekeke!
gurau gurau. nak sedapkan hati.



ok kita ke part serius


rasanya hidup bujang ni dan single ni banyak kegunaan dia. ku cakap atas dasar pengalaman umur, pernah hidup berkasih sayang dengan orang lain, pernah hidup single mingle. dan padaku, hidup yang takpa komitmen dengan pasangan ni akan beri peluang kepada kita untuk kejar impian kita dahulu. nak tamat belajar, nak jadi kaya usia muda, macam-macam lagi. bukan cakap dengan ada pasangan kita tak dapat, cuma fikir lah balik, kalau dah ada pasangan, hari2 mahu sms, hari2 mahu call2, hari2 mahu ingat sama dia, hari2 bla bla bla sampai kita sendiri pun akan terjebat sama dalam perangkap syaitan. apa tuuuuuu?


laghooo


sebelum tulis n buat orang marah, baik stop. ok, itu pendapat peribadi, masing2 ada pendirian kan. dan mungkin pendapat ni berubah mengikut masa. ;-)


(tanda love) saya sayang awak (tanda love)


nota kaki : konpem tak ramai yang baca sampai abes. rugi la kan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cerita sopi

kalau korang nak tau, sopi adalah housemateku di matrix mlaka dulu. alhamdulillah, berkat selalu pergi ke surau selalu masa di matrx, kami sambung belajar di uk sama-sama. haaa, ni la antara faedah selalu ke surau mtrx, dapat sambung belajar di uk oooh. ada sorang lagi, nama dia mizwar, sekarang dia belajar di uitm shah alam


aku amek electrical
sopi amek chemical
mizwar amek mekanikal


haaa, cukup lengkap kan kiteorang.
pandai pilih memilih
hehe


di sana sopi adalah vice presiden untuk smsa. sebab kekangan masa, ku terpaksa pass kan program iftar bersama dato daim kepadanya. ya lah, kat kelantan. susah woo nak pergi. tambahan pulak mak tak berapa nak sihat, kena la jadi anak yang menjaga ibunya di kampung. last last hari ni ku dah ada di kl dah pun. mak bagi, ku pergi je la.



tadi jumpa dia untuk program pre departure anjuran universiti, banyak cerita yang buat ku jeles oooh. rasanya rugi sangat tak pergi majlis semalam!



ni cerita dia


~~~~~


aku sampai-sampai je dah lewat. lebih kurang pukul 6.45. tapi aku antara wakil student yang datang awal la. puas cari rumah menteri ni, tak jumpa-jumpa. tanya orang sekitar, mana rumah dato daim, semua pelik kenapa budak kecik macam aku ni nak pergi rumah menteri. jawab sudah, tak payah nak tanya balik. dan yang jadinya, lambat la sampai.


sampai je, aku parking kat dalam rumah dia la. waaaahhh, beso wooo rumah dia. macam istana kau. aku park je kereta, datang satu kerata bmw yang ada 4 eksos parking belakang aku. aku perhati la sapa yang keluar.


nampak macam misai aku kenal.....


waahhh. dato k. aku perhati jugak kot kot siti datanag sama, takde la plak. hampa jugak la. ko tau la kan dato k tu merampas siti dari aku. silap aku kecik je, kalau tak siti dah lama terpikat dengan aku. cesss dato k.



dah senyum kambing kat dia, ye la, segan wooo, aku dah la bawak kete cikai je, dia duk parking kete bmw 4 eksos betul-betul blakang aku, malu oooh. nasib baik aku student. boleh cover la kat situ.


pastu aku p jumpa dengan guard yang ada kat situ. aku cakap la, saya wakil presiden persatuan pelajar yang tak dapat datang, nak duk mana ni. dah cakap bagai, dia ni pun layan la aku bersungguh. ye la, takde orang lagi sampai, aku la dia layan. dia pun bawak aku ke dalam dewan.


perghhhh


beso woo dalam rumah dia. ni la first time aku masuk rumah menteri. kaya betol menteri malaysia ni. bekas kan dat daim ni, bekas pun dah bagai dah rumah, kalau yang menteri betul?? hooooo, entah entah.


yang buat aku terkejut beruk


dia suruh aku duk depan tu. sambil slamber mamber dia tuding jari ke arah dato daim. aku duk perati elok-elok sapa la pakcik duk pakai kain pelikat baju melayu kat tepi dato daim. macam kenal je..... tapi tak berapa nak cam. pergi dekat


waaah, tun mahathir! aku tak pernah lagi jumpa dia, ni guard tu tunjuk suruh berada sekali dengan dieorang berdua sebab takde wakil student yang sampai lagi. aku cakap, mana boleh bang, saya rakyat biasa, mana boleh duk sekali dengan orang besar-besar ni. dia pun balas, bukannya nak suruh duk sekali masa makan, nak suruh salam je. lepas tu pergi la mana2 pon.



besar jugak kemaluan kat brader guard tu



dah aku pun pergi la salam dengan dieorang berdua, ye la, tuan rumah. salam aje. ni pun kira syukor diajak. kalau tak? hampes la aku di rumah makan maggie je. mula2 aku salam dengan dato daim. ok. lepas tu salam dengan tun mahathir.


perghhhh


tangan dia. memang sah la dia dah tua sangat dah. aku rasa kalau aku genggam kuat-kuat, adalah tangan dia tu nanti tinggal tulang je. sejuk je. sian aku kat bekas pm kita tu, dah banyak sangat dah di buat dia kat malaysia ni. dah tua sangat dah. 80 lebih dah kan umur dia? memang kagum la aku. nasib baik aku salam gitu gitu je, dia pon tak cakap banyak. semua letih puasa kot.


lepas salam-salam semua, aku pon pergi la duk jadi cam kera sumbang sorang2. lepas tu baru la ada wakil UKEC datang. hampes dieorang datang lambat. dah la semua speaking orang putih je, aku yang tak berapa nak pandai speaking2 ni, kena la sengeh-sengeh bila dieorang tanya. dari aku melayan dieorang, baik aku layan satu kumpulan ni


anak-anak yatim


haaa, ni la kumpulan sama dengan aku. syuko woooh, boleh la aku bual-bual dengan dieorang. ok la. boleh sembang-sembang tunggu nak berbuka pon dah ok. tanya ni, tanya tu, kira beruntung la aku ada mak ayah lagi. tak macam dieorang. syuko-syuko. sayangilah mak ayah selagi ada ni. dah jadi anak yatim karang, dah takde sapa dah nak bermanja-manja.


ok, tu je.


~~~~~

begitulah sopi cerita kat ku dengan bersungguh-sungguh. jeles jugak, tapi nak wat macam mana, dah bukan nasib ku ke sana. lain kali bagi la email jemputan awal sikit brader. baru boleh nak adjust timetable. ish ish ish.



makku pon dah bertambah ok dah sekarang. syukur. berkat korang doa la kot. terima kasih yang ambil berat. semalam berat gak hati nak tinggalkan umah, nak buat macam mana, program pagi tadi penting. kena la tunjuk muka.



selamat berbuka semua ;-)



nota kaki : malam ni terus balik ke rumah.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

macam-macam hal la

risau jugak nak ke kl malam ni
mak tak berapa sihat


tapi kalau dah tanggungjawab tu
kena tunaikan dulu
walau nampak tak berapa penting
kena tunaikan jugak


semalam ada bukak pose dengan herbalife
di restoran nelayan
kena cancel


malam ni ada bukak pose dengan daim zainuddin
kat kediaman dia
kena cancel


pagi esok ada pre departure budak-budak baru
kat armada
insyallah pergi



kalau ikutkan hal, perkara 3 paling tak penting
ye la, sebab budak2 baru, takde kaitan sangat
tapi yang tu jugak boleh pergi
sebab mak dah bertambah sihat


sekarang pukul 6 stengah
tiket tak beli lagi
harap-harap tak ramai rakyat kb nak ke kl malam ni
-mengharap-


ku schedule post pukul 10.00
kalau dah post tu maknanya ku dah pergi la tu
doakan terbaik


nota kaki : sorry la, blog ni dah bertambah buhsan. mungkin tuan yang menulis tak berapa nak happy

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

kalau boleh dipusingkan balik masa

masa itu priceless
takda harga
bukan tiada harga
hanya orang yang hargainya tahu akan itu


aku mahu terus senyum
tak mahu terus masam


aku bukan lagi budak yang selalu cari alasan untuk dibuat teman
aku belum lagi atuk yang merengek minta hantar ke rumah sendiri


aku adalah aku
sekarang



runsing melihat kaki dia sakit
lutut selalu sengal
tangan selalu kebas
tidur tak tentu masa


nak je aku patah balik
belajar ilmu organ
ambil semula cita2 tak kesampaian



tapi itu mustahilkan



mana boleh masa dipusingkan
mana boleh masa dipalingkan



yang hanya boleh dibuat
hargai detik ketika ini
dah takde baru aku tak menyesal



ooh,
jangan lah jemput dia lagi
aku dah takde orang lain



nota kaki : doa untuk kuatkan jiwa

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

belajar sesuatu




mencari perbezaan


suami isteri
pasangan kekasih
yang mengalami keretakan hubungan


kenapa ya?


menambah teruk keadaan
selalu cari perbezaan


kau perempuan
aku laki


aku suka tengok bola
kau suka tengok masak-masak


aku suka neslo
kau suka sirap


aku puasa sungguh2
kau uzur ratah maggie pukul 10 pagi


tak banyak sangat perbezaan
sampai yang bodoh pon nak dicari








walhal







persamaan banyak tak amek pusing pun


aku manusia kau manusia


aku hirup udara kau pon sama


aku makan nasi kau pon makan sama


aku sayangkan mak bapak aku kau pon sayangkan meraka jugak


aku ada kaki kau pon ada jugak


kan banyak persamaan
kenapa nak cari perbezaan jugak?



mungkin dah tak mahu
tak hendak seribu dalih kan?



~~~sigh~~~

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

gulai kambing cili api


nota awal : pemenang teka teki adalah seorang laki. tapi hadiah ni cam sesuai untuk perempuan. hurmmm. tengok la macam mana



ada seekor kambing yang tak berapa hensem. berjalan tak ingat dunia keliling hutan. tiba-tiba dia di jerkah oleh seekor musang berbulu lebat


musang : habis la kau!!
kambing: alamak, mampus aku. ko nak makan aku ke?


musang : mesti lah. lapar. bersiap sedia lah!!
kambing: kau tak puasa?


musang : haha. aku uzur. tak boleh. siap sedia untuk di makan
kambing: mbeeekkkk


musang : haha. bohsan je kau mbeekkk tu.
kambing: kejap2... aku ada permintaan


musang : apa?
kambing: sebelum kau makan aku, aku ada dengar satu kisah pasal kau


musang : pasal apa?
kambing: kau suara merdu kan?


musang : yup. mestiii
kambing: bolah tak kau nyanyi satu lagu untuk aku sebelum kau makan aku?


musang : nyanyi? boleh boleh. kepakaran aku tuuu
kambing: nyanyi lagu ziana zain ok


musang : ok ok....wollllffff....auuuuuwwwww....auuuuuuu


musang itu nyanyi dengan kuatnya. tak ingat dunia. 10 minit kemudian tuan empunya kambing datang membawa senapang dek terdengar teriakan musang itu tadi. musang itu terus beredar tanpa menjamah sedikit pun badan kambing itu



moral :
1-jangan lah berjalan sorang2 dalam hutan
2-kalau orang ada ampu, walaupun kita tahu kita tak, mesti ada maksud tersembunyi

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

happy bestday ke 22!!

4 ramadhan 1408
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
4 ramadhan 1430




dah 22 tahun dah umur.
waaaahhh
tua tua
happy besday kat diri sendiri
dulu masa besday 20 april sambut kat uk
boleh la takmo bagi adiah sebab jauh
sekarang ni besday dah sambut kat sini
bagi la adiah!!!
kekekek!


oleh sebab harini besdayku (dalam kalendar islam)
rasa bermurah hati nak bagi hadiah
ni bukan contest
tapi teka teki
kekeke!


jadi hanya satu je hadiah
dibeli di kedai ....


mahal jugak ok kat malaysia, kat sana murah je. hehe



teka-tekinya
pukul berapa ku lahir?



kekeke!




hanya SATU je hadiah
sapa cepat dia dapat
yang paling tepat ku bagi terus




tinggalkan jawapan anda di ruangan komen di bawah.
buat entry kat blog pon ok ;-
tutup teka-teki ni selepas ku balik terawih malam ni
(25/8/2009 10.00pm)



oleh sebab jawapan dia totally agak-agak
sebab ku tak pernah cerita pun
selamat beragak-agak la ya




nota kaki : nak mintak kawen dengan mak, bgtau la umur ikut kalendar islam, untung sikit. lalala~

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

tambah otot buang lemak di bulan puasa


dulu ku dah kata nak buat contest, tapi takde idea lagi mahu buat contest apa. memang sukakan contest berkenaan entry sebab memang suka baca entry yang best-best, rasanya mahu proceed dengan itu je la. boleh kan? cuma takde idea lagi mahu entry berkenaan apa. tunggu la bila dapat mimpi. hehe


contest orang



cik jard pon ada buat contest kat blog dia. ni link. menarik gak, kena masuk ni. tunggu ada gambar ku post ya jard



ni ha ku jumpa satu contest yang besh! masuk la jangan tak masuk. ku memang support klu contest bentuk yang tolong slimkan orang ni. jaga kesihatan badan sendiri. ni ha dia punya tuan empunya blog link, boleh pergi sendiri dan masuk ya.


cabaran tukar saiz seluar


memang menarik. rugi pulak tak buat contest macam ni. kan nak buat kan langgar hak cipta terpelihara. nak masuk pun dah tak boleh dah. sebab perutku dah ideal dah. kekeke! ok, dulu memang 35, 36. sekarang ni dah 32 ok. slim gitu. jadi memang kalah kalau join. terlampau kuruskan bahaya plak. hehe



petua



tukarkan fat(lemak) kepada muscle(otot). ni adalah petua untuk jadikan badan anda kelihatan menarik. ramai yang diet nasi, maknanya kurang ambil kalori dan hasilnya lemak dibakar. tapi lemak tu tak ditukar kepada otot. jadi, bila start makan balik, maka senanglah untuk naik badan semula. sebabnya hanya lemak dibuang, tapi otot tak bertambah



cara betul?


exercise atau kurangkan makanan sememangnya boleh bakar lemak. tapi kena cari makanan yang kaya dengan protein untuk bina muscle. jangan lupa, protein boleh didapati dengan 2 cara, satu protein tumbuhan (soya) dan satu protein haiwan (susu). untuk bina otot, kena ambik protein haiwan. bukan protein soya. protein soya hanya untuk mengenyangkan kita je. minumlah susu dengan banyak ya lepas ni



tapi berhati-hati


cari susu yang rendah lemak. tengok kat bahagian belakang, pastikan nisbah sekurang-kurangnya 5:1. contoh 5 gram protein, 1 gram lemak. ada je kat pasaran, cakap beriya rendah lemak, padahal 5 gram protein, tapi 3 gram lemak. kita tak mahu lemak, mahu protein saja ok



caranya?



lepas exercise, minumlah susu. hehe. ni cara paling jimat la. untuk lebih efektif, carilah suplemen macam herbalife tawarkan, satu botol tu, 200 gram protein, 0 lemak. hohoho. susah oooh nak cari produk macam tu. sebab tu herbalife bukan loss weight program, tapi SHAPEWORK program. bentukkan badan dulu


opsss, terpromote sudah


ok lah, itu je nak share. lagi sekali, ku bukan ambik nutrition, tapi belajar electrical engineering, masuk ni tahun ke3 dah. jangan salah faham ya. semoga beramal



nota kaki : rasa lapar boleh dihindari dengan memikirkan mahu lakukan ibadah, bukan pikirkan pasal makanan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

law of attraction


semalam bukak puasa terhidang di atas meja 8 jenis lauk-pauk. masak hanya 2 jenis, dan yang lain orang lain bagi. nak je letak gambar, tapi mungkin tak sesuai, makruh puasa tengok lauk-pauk banyak-banyak ni! antara hikmah berpuasa, orang suka sedekah ;-)


belajar satu benda


lelaki a : aku ada problem r
lelaki b : problem apa?


lelaki a : susah nak pergi terawih
lelaki b : apsal susah sangat? bukannya susah pun


lelaki a : entah la, sumbat banyak sangat makanan kot masa berbuka
lelaki b : takkan la sampai tak p terawih makan banyak


lelaki a : entah. aku selalu azam, taknak ponteng terawih, taknak ponteng terawih
lelaki b : hurm.... ko ada dengar pasa law of attraction?


lelaki a : apa tu? kuih kat bazar ramadhan ke?
lelaki b : cet, bukan bukan. hukum tarikan


lelaki a : haha, aku tau la. yang ko translate buta2 buat apa
lelaki b : dah ko lembap sangat


lelaki a : apa law tu cakap?
lelaki b : kalau ko nak p terawih, ko takleh cakap benda negatif pasal terawih


lelaki a : maksud?
lelaki b : kan ko azam, taknak PONTENG terawih


lelaki a : betul la. taknak ponteng...
lelaki b : ko tak leh sebut ponteng..


lelaki a : napa?
lelaki b : nanti ponteng tu akan tertarik jugak. last-last ko pon akan terponteng


lelaki a : jadi?
lelaki b : bgtau la... aku nak terawih penuh ramadhan ni


lelaki a : sama maknanya je tu
lelaki b : memang sama, tapi ko tak sebut benda negatif pon dalam ko punya azam


lelaki a : ooo.
lelaki b : ada paham?


lelaki a : paham paham
lelaki b : bagus la paham



nota kaki : maksud puas hati adalah mendapat sesuatu dalam jangkauan kita (bukan rujuk kamus)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

ice cream besar



dah hari ke2 kita puasa ya. cepat betul rasaya!


~~~~


pengalaman adalah sesuatu yang hebat
menempuhnya juga satu perkara yang hebat


muda adalah waktunya
sebelum menjadi tua
ada beza jika dibandingkan


wang tak dapat membeli pengalaman
tapi dengan wang
boleh membeli tiket untuk menempuh satu pengalaman yang HEBAT


janji ia berbaloi



















nota kaki : nak p bazar ramadhan jam gila-gila. masak kat rumah je la semua

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

fakta atau auta




ramai yang anggap bulan puasa boleh turunkan berat badan. ye la, seharian kita berpuasa, penat lelah berpuasa, sudah tentu berat akan hilang dengan banyaknya. fakta atau auta? haha....


auta


hehe, mungkin ini jawapannya. bulan puasa kalau kita tak amalkan gaya hidup yang betul, takkan turun berat badannya. mana taknya, mula2 sahur dengan char kuew teow, lepas tu bukak puasa dengan makanan berplastik2 balik dari bazar ramadhan, lepas tu morih pulak dengan burger. haha, sah sah akan gain weight ooohhh


berbuka


sememangnya dulu bangga dengan jumlah plastik yang ada ditangan. lagi banyak plastik. lagi bangga diri ini. hehe, suka suki je. last-last tak habis dan akhirnya membazir. buang begitu sahaja. kan dah habis duit, lepas tu membazir plak. rugi namanya tu braderr. tak ikut cara yang betul tu braderr


kalau cara nabi kita berbuka, minum susu, lepas tu kurma, kemudian sembahyang maghrib


ahaaa, macam tak logik je kan. ala, nabi kita hebat, kita manusia normal, mana mampu ikut cara tu. kita mesti berbuka dengan mewah. ye la, sebabnya dah penat berpuasa, penat oooh, mesti la nak jadikan masa berbuka dengan seseronok yang mungkin.....
hehe, ada ke orang camni ya??



dari segi sains


setelah seharian kita berpuasa, perut kita terlalu banyak acid. ye la, jus gaster tetap dirembes, dan ketiadaan makanan menjadikan acid dari jus gaster ini semakin banyak dan pekat di perut. bila masukkan susu, acid tadi akan menjadi neutral balik. barulah boleh sumbat dengan apa-apa selepas tu.


kurma pula kaya dengan potasium. potasium ni kegunaanya adalah untuk membakar lemak-lemak di dalam badan. kaya dengan serat. kan bagus, setelah kita minum susu, perut pun dah jadi ok, lepas tu makan pulak kurma, dapat pulak bakar lemak. waah, diet nabi adalah terbaik dan ini dah dibuktikan beribu tahun yang lalu. potasium ni juga boleh kurangkan hypertension. wah wah, banyaknya khasiat kurma


apa perlu buat?


ubah la cara buka puasa kita yang sememangnya tak berapa sihat. mulakan dengan doa, lepas tu susu, kurma. bagi perut rehat jap, sembahyang maghrib ke dulu, pastu baru makan. memang confirm akan makan sikit punya. boleh la jaga badan. nak terwaih pon takde la letih sampai tersengguk-senggut. agak-agaknya boleh cuba? memang susah nak ubah drastik, jadi, slow-slow.


sekarang dah pukul 4 stengah, berduyun-duyun yang nak ke bazar ramadhan. tak cuba hari ni pun, cuba lah esok. tengok macam mana hasilnya. kalau menjadi, bolehlah share denganku ya. selamat mencuba!!


ooh, sebelum terlupa, ku belajar electrical engineering. bukan ambik bidang nutrition ;-)


nota kaki : hari ni badan demam, tapi masih boleh ke kb tadi. berkat ramadhan katakan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

ramadhan terakhir...

sebelum merungkai tajuk, layan video dulu...








pasal tajuk....
ini mungkin....
ramadhan ku terakhir...
menyambutnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dengan status single
tahun depan mungkin sambut bersama isteri
lalala~



nota kaki : mood semangat. entah napa!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

pesta sungguh-sungguh

jom berpesta. berpesta muda mudi!


malam ni start terawih. bestnya dah masuk bulan ramadhan. bulan yang sangat best untuk setiap kalangan kita. waaah, tak dapat nak tuliskan lagi macam mana best dengan bulan ni, sememangnya best la kan. best best best sangat


kalau tahu


ramadhan sememangnya bulan yang penuh dengan keberkatan. amalan sunat pun akan diangkat pahalanya sama seperti pahala lakukan amalan wajib. waaah, hebat tu! kalau amalan wajib? entah macam mana pahala yang akan kita dapat. hanya DIA yang membalasnya nanti


bagi yang muda mudi jelita rupawan, gunakan bulan ini untuk lonjakkan amalan kita. bukan nak ketepikan golongan tua, sebab ku muda, jadi layak berpesan kepada golongan seusia denganku je la kan? rugi yang teramat kalau kita tak gunakan bulan ini untuk menjadikan diri kita yang terbaik


sedekah


kalau sebelum ni, hanya hulur seringgit kat tabung masjid, boleh la start dengan tambah 2 ringgit. alaah, apa yang ada pada seringgit kan? kalau char kuew teow boleh beli kat keda mamak, takkan pahala kat akhirat kita tak mahu labur? sedekah selagi boleh dan selagi mampu. maksud mampu tu luas, paham2 la ek


kan ada dialog antara wang kertas rm 100 dengan wang kertas rm 1. cari kat internet tadi tak jumpa pulak. lebih kurang gini la dialognya

rm 100 : buhsan la hidup ni
rm 1 : buhsan? napa?

rm 100 : ye la. aku asyik duk tempat yang sama je
rm 1 : maksud ko?

rm 100 : nilai aku asyik duk ulang tempat yang sama. kalau minggu lepas aku diguna di restoran, semalam aku diguna di padang golf. hari ni diguna plak kat bazar ramadhan
rm 1 : ok la tu 3 tempat dalam seminggu

rm 100 : ok apa. buhsan ulang tempat yang sama
rm 1 : aku lagi buhsan

rm 100 : ko duk ulang tempat mana je?
rm 1 : satu tempat

rm 100 : kat mana?
rm 1 : tabung masjid


mungkin yang buat dialog ni nak menyindir kalangan kita yang terlalu kedekut nak keluarkan duit tambah share di akhirat. ada betulnya sebab itulah jumlah yang selalu nampak orang bagi. kalau dah ada rezeki, tambah-tambah la sedikit. yang buat bisnes, takkan seringgit je mampu kot. bagi la lebih. share kita di akhirat sana jugak kan/


more u give, more u get


kan dah terkeluar ayat mat saleh. ishhh, susah betul. ni ha cadangan, setiap kali sembahyang terawih kat masjid, bagi la singgit, sembahyang jumaat plak, tambah la 5 ringgit ke, 10 ringgit ke. memang susah nak keluarkan duit kat tempat yang kita tak nampak, kalau duk kira mcam ni, entah bila la nak start kan?


mengaji quran


sekali khatam masa bulan ramdhan ni pon ok. maknanya sehari satu juzu. satu juzu 20 muka surat. baca 10 muka surat sebelum dan selepas subuh, 10 muka surat lagi lepas solat maghrib. ok la tu, untuk tambah modal kita di sana nanti. tak rugi pun mencuba.


masa kat skolah dulu ada program halakah untuk khatam alquran. memang rindukan zaman tu, ye la, ada kawan yang sama-sama untuk habiskan sebiji alquran sehari. memang best sangat. bila dah meningkat umur camni, nak cari kawan pun susah sebab kat rumah, kena pergi masjid jugak la jawabnya


satu lagi, kalau sebelum ni kita tak pernah buat, cuba buat kita tengok terjemahannya. tak payah banyak2 peringkat permulaan ni, hanya tengok seayat atau 2, kalau mampu, tengok la banyak-banyak sikit. alquran ni lagi hebat kalau kita faham apa yang kita baca. bukan hanya membaca. kan bagi banyak pulak kan tak terbuat pulak kan? baik sikit2 je


berblog


yang ada blog, tulislah entry yang membina sikit. walaupun takut pembaca buhsan, heii, orang lagi buhsan baca cerita u makan nasi beriyani lagi la daripada type entry yang bermotivasi ni(macam kena kat diri sendiri je) jadi, kita sama-sama jadikan blog ni medium kita untuk.... pertama tarbiah diri sendiri. ye la, kalau kita dah tulis, akan jadi pendorong untuk kita buat sama


kan kan kan? suka sebenarnya baca entry2 yang berunsur camni. ilmiah dalam gaya sempoi. haaaa, memang susah wooo. nak tulis entry ilmiah ni kena buat ulang kaji sikit. tapi sekurang2nya mencuba kan? kan lagi. banyak betul kan ni



akhir sekali, ni nak bagi layan satu video yang memang dah lama-lama-lama gila dah. tapi masa puase memang best layan lagu ni. oooh, nanti cerita pengalaman puasa di uk. best jugak. kita layan video ya. layan-layan-layan









nota kaki : tak sempat nak tengok pengumuman puase semalam...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

mencari ketenangan

dah selamat sampai ke kampung halaman. maknanya jadual online akan kembali teratur ;-)


~~~~~


banyak hal yang berlaku minggu ni. sepanjang minggu ni banyak peristiwa yang kalau diceritakan pun takkan habis. puas menjalani kehidupan yang sibuk, sudah sampai masanya untuk diri mencari ketenangan. ketenangan untuk diri sendiri


mengambil peluang untuk mengenali diri. mungkin agak janggal kedengaran tapi sejauh mana kita mengenal diri sendiri hanya kita yang tahu. ketika kecil-kecil dahulu, ada yang membuat teka teki. tunjukkan diri sendiri


dituding jari ke muka
katanya muka


dituding jari ke dada
katanya dada


dipegang jantung
katanya jantung


jadi dimana diri kita sebenarnya? adakah kita tak mempunyai bahagian dalam diri kita? hurmm, entahlah. tapi yang penting, kita tahu siapa diri kita. kemampuan kita dan kebolehan yang orang lain tidak mengetahuinya selain diri kita sendiri. menipu? kita menipu diri kita sendiri



agak risau dengan tahun ke3 yang akan menjelma. waaah, difikirkan dah masuk tahun ketiga dah ku belajar. dah tua dah sebenarnya. itulah proses belajar, setiap kita pasti melaluinya. dan belajar di negara orang lagi-lagi la memang tak gambarkan pun ketika dahulu. syukur



ku dah cerita yang kalau dapat markah 60 keatas akan dapat 2000 pound setahun, insentif dari pihak universiti, tapi ku belum cerita lagi kalau gagal dapat 55 markah dan keatas. kalau dapat 54 dan kebawah macam mana? kena grad terus!



kejamkan? mungkin fikir nak dapatkan markah serendah 55 tu senang, tapi jangan pelik dah ramai yang gagal dapatkan markah tu. yang pergi sana semuanya score masa di sekolah dulu(kecuali aku), spm dapat straight a (kecuali aku) dan macam2 lagi yang membuat meraka ditawar untuk sambung belajar ke oversea. cukup hebat, tapi 55 tu sememangnya markah yang sukar.



banyak faktor lain



orang cakap dah sambung belajar ni, belajar la kerjanya. memang logik. tapi kalau nak ikutkan peruntukan zaman sekarang, kalau belajar engineering, tak semestinya akan kerja dalam sektor itu jugak nanti. sebab itu ada benda lain yang diajar diuniversiti yang sememangnya kita tak perasan kita dapatkannya. apa dia? fikir-fikir kan lah ye



sekarang ni mahu mencari ketenangan. banyak hal yang berlaku, banyak peristiwa yang tak berapa nak best didengar dan harap esok yang bermulanya ramadhan, akan berubah lah segalanya.



hanya kita yang mampu mengubahnya... kan?



nota kaki : pernah tak terfikir kalau kita tidur, pejam mata, kita dah takkan celik-celik dah lepas tu. mati ketika tidur. pernah terfikir tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

halim hurmm hurmm part 2


hai, jumpa saya lagi. saya halim hmmm hmmm. part satu ada kat sini. saya start cite saya ni awal sikit, barulah boleh banyak hal nak diceritakan. saya memang suka bercerita. sebab tu la saya digelar halim hmmm hmmm. hurmmm. kot...


yang lepas saya dah cite pasal sofea. memang sadis bila gadis yang begitu baik mati begitu saja.hurmmm. dia pun bodoh jugak, gila ke apa bunuh diri sebab laki. masa saya kene reject buta-buta dulu takdelah saya jadi gila sampai bunuh diri. mungkin hormon sofea tak menentu kot.hurmmm. entah lah


saya dah cite ke yang saya ada kereta anw 3 series? ramai yang gelakkan saya bila saya cakap saya ada anw 3 series. tak cayakan saya. entah, lantaklah tak caya ke tak. memang saya ada anw 3 series ok. kan kasanova, kereta macam ni biasalah tu kena ada. mak ayah saya dato taqiudin dan datin rosy. sapa tak kenal area ttdi ni dngan mak bapak saya? setakat anw 3 series tu apa la sangat kan?


anw ke bmw ek? sama je la tuu


ok ok, saya nak cite pasal apa tadi ek? haaa. pasal kasanova lagi ni. pasal mengayat perempuan. mesti ramai yang nak tau camne saya ayat perempuan kan? hurmmm. ni nak ajo ni. pertama kena beli kamus dewan edisi yang paling latest. tengok perkataan2 yang jarang orang gunakan tapi bunyinya romantis. takpe, takyah tengok maksud pon xpe, asalkan romantis bunyinya ok.hurmmm. contohnya fatamorgana



haaa, dah tu buat la ayat jiwang sikit. oooh sofea, wajahmu ibarat fatamorgana indah di dini hari. andai kata ku hanya boleh jumpa mu di dalam mimpiku, ku sanggup untuk tidur sepanjang hayatku. hurmmm. haaa? amacam? power taK? tu ayat biasa yang kasanova gunakan. kena lah power brader!. nak lagi? buat sendiri. janji puitis mutis ok. hurmmm



satu lagu nak jadi kasanova ni, kena ada naluri kasanova. macam mana nak ada naluri kasanova ni? kena bangun pagi-pagi, lepas tu minum air suam 2 gelas. wajib ok kasanova minum air 2 gelas. baru mengancam ayat tu. orang tanya, napa kena minum 2 gelas? jawapan saya mudah je.hurmmm. satu untuk sekarang, satu lagi untuk masa depan. hurmmm. jawapan mudah ok!



apa lagi ek nak cakap pasal kasanova ni. haaa, ni ha, jangan ingat kasanova tu laki je tau. pompuan pon ada yang kasanova. macam mana nak cam kasanova perempuan? yang dia biasa guna perkataan dear, yunk, yang, cobit kang dan sewaktu dengannya. hurmmm. ada orang marah woo. haha. jangan la terasa, kalau terasa tu kena la, tak terasa, takpe, orang lain akan terasa.hurmmm. paham kan?



kasanova perempuan ni lagi hebat. bagai burung kasawari la, kan burung kasawari perempuan lebih hebat dari burung kasawari laki. bukti? burung kasawari perempuan boleh bertelur. hebat tuuu. macam jugak kasanova perempuan. hebatnya mengalahkan laki ok.hurmmm tapi jarang la ada kasanova perempuan boleh calen saya. kenapa? saya ni kasanova peringkat dah tinggi dah. mustahil la ada orang boleh kalahkan. haha.hurmmm



boleh bayang tak kalau kasanova kawen dengan kasanova? entah apa la jadi anaknya. 2 je. satu ikut genetik ayah dia, takpun ikut genetik mak dia. sayangnya, 2 2 kasanova, jadi anak pon kasanova la. haha. kesian kat anak. tu la pasal, nak jadi kasanova ni kena berhati-hati, nanti anak kita jadi kasanova pulak kang. habes kita mak bapak ni runsinggg tak tido malam. kalau anak jadi kasanova ok lagi, kalau anak kita terjerat dengan perangkap kasanova? mampuih la jawapannya



nasihat kasanova terulung.hurmmm


saya takkan jadi kasanova kalau perempuan tu main kayu 4 kat saya. haha. boleh ke alasan macam tu? nak salahlan orang plak ya. orang dah reject kita, kita nak mainkan perasaan orang plak. brader. perasaan brader. bukan perkara ringan2 brader. kalau perasaan ni dimainkan, susah brader. saya dah alami. sofea dah meninggal sebab saya mainkan perasaan dia....



.
.
.
.
.
.
.
menangis
.
.
.
.
.
.




sorry, say ter emo plak. sampai sekarang saya ingatkan sofea. dia gadis suci, gadis comel. tapi sebab saya mainkan perasaan dia, dia sanggup bunuh diri. kesian kat dia. dah la mati bunuh diri ni dosa besar. mapuih la nak kat akhirat nanti saya. maafkan kanda sofea... ok, kita pergi ke part yang serius ok brader. hurmmm



kalau orang mainkan perasaan kita, jangan kita nak balas dendam kat kaum dia. nak balas dendam kat dia pun tak guna. dah lepas, lepas la, buat apa nak simpan dendam. takyah nak berdendam-dendam ni. simple je.hurmmm, kalau a buat b. anak b akan buat a plak. anak a akan buat anak b. cucu b akan buat anak a. cucu a akan buat cucu b. haaa, sampai la bila bila. kalaulah a buat b dan b lupakan saja. takde la sampai cucu-cucu pon terlibat sama. kan bagus kalau dunia camtu


tanpa dendam asmara. hanya lautan asmara dana yang ada. ishh. berfalsah pulak saya ni.hurmmm. ok la. dah nak pukul 11 dah ni. nanti penjaga saya marah2 lagi. saya nak padam lampu. lampu dah padam mulut saya pon kena padam jugak. nanti kita story lagi ya panjang2. ngantuk jugak ni... byeee



nota kaki : gembira di utp ;-) malam ni sampai kat kl central pukul 12 lebih. sapa nak amek ooh????

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

kfc kl sentral

Alohaaa

Skrg kat kfc kl sentral. Slalu kfc je. Sebabnya kat kfc ada wifi, hehe, bukan promote ok! Skrg tgah menunggu train untuk ke batu gajah pukul 1 ni. Pukul 3 stengah sampai la ke batu gajah dan dari sana terus gerak ke UTP, kawan amek


Buat ape ke UTP?


Bisnes la brader. Kat sana belom masuk lagi pasaran, memang org sana suka berbisnes, macam2 ada, iphone murah2 la, ipod la, camera la, laptop la dan macam2 lagi la. Nasib baik xde lala. Klu tak laku gak kot. Lalala~


Harap boleh jadi pioneer herbalife di sana ;-)


Esok ada pre departure student baru yang akan ke sheffield. Walaupun busy gaban, tapi masa kena bagi betol2 antara tugasan dan juga bisnes. Naseb bek awek takde, klu tak masa dengan awek lagi kena pruntukkan. Haha


Harap everthing ok esok.

Nota kaki : dah lama tak naik ketapi, kalau nek ketapi ni kan, asap dia menghala ke belah mana ek? Utara ke selatan? Timut ke barat? Nota kaki pun leh jadi teka teki. Lalala~

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

finally -------> online

salam semua!!

yahuu, gembiranya rasa hati kalau boleh nak online. hehe, besh besh. terima kasih kat sumbody yang menulis entry ku. ahaaaa, boleh plak suruh orang lain tulis entry ya. ni nak bgtau sikit pasal penyakit gila blog (GB)



1 - GB 5 petala langit

dalam sehari mesti akan bukak blog. suka baca blog orang dan tengok widget2 baru untuk di tambah di blog. lepas jumpa, sengeg sorang2



2 - GB 20 petala langit

dah start untuk menulis bagi buat orang minat baca blog sendiri. yang ni kalau tak online sehari hati akan runsing. cuba gak nak online walaupun susah. entry yang ditulis pun dah boleh nampak kematangan



3- GB 30 petala langit

akan mencari benda baru untuk di tulis. sanggup baca buku tebal-tebal untuk menghasilkan entry yang bermanfaat kat orang. bila dah dapat idea, nak tulis tiba2 blank sebab excited kejap tadi. nasib badannn. last2 update entah apa2


4 - GB 40 petala langit

curi laptop kakak sendiri dan bawak ke kedai mamak yang ada wifi untuk update blog



5 - GB 50 petala langit

tak dapat nak type entry, bagi email dan password kat orang lain untuk tolong updatekan untuk diri sendiri. sanggup amek risiko bagi email dan password kat orang lain. hebat2



6 - GB 55 petala langit

sanggup membeli broadband sendiri. tak cukup dengan broadband, beli plak iphone atau blackberry yang boleh update blog di mana2 sahaja. rasa macam nak update setiap masa. kalau tak update rasa sengsara. susah gelisah. duit takde pon beli jugak iphone dan blackberry sampai berhutang dengan along


7 - GB 98.5 petala langit

kalau tak dapat nak update blog, dia sanggup untuk pecah rumah orang. yang pelik bukan barangan yang di curi, cuma bukak komputer rumah yang di masuk, on internet, tulis entry baru. kena tangkap sebab curi pon tak kisah, janji puas dapat update blog!


8 - GB 99 petala langit

umur meningkat-ningkat sampai dah 28 tahun lebih dah tak kawen2 lagi. mak tanya kenapa sebab tiada masa, sibuk nak kerja. padahal 23 jam bersama dunia blog. takde masa untuk bersama dengan dunia luar!



dimanakah anda?




update sikit

-sekarang di mines, boleh la update n ziarah mana yang patut
-malam ni mungkin ke kedah, lepas tu ke UTP tronoh, lepas tu balik semula ke putrajaya. malam kames mungkin balik ke kelantan

semua tu mungkin ~~ kita hanya merancang ~~~ allah yang tentukan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Ini bukan JOEGRIMJOW

Hye korang...firstly nak bagitau saya BUKAN mr joe ye..dia telah mengamanatkan saya untuk tulis blog ni sebab dia tengah sengsara sangat tak dapat nak online dan amat gian untuk berblog..ish2..kesian dia..okeh..nak cite pasal apa ye di blog orang lain ni...


Orait..RUPA vs WATAK...yang mana satukah menjadi pilihan anda?


ramai yang indah rupa, buruk laku
ramai juga buruk rupa, indah laku..



Kenapa pilih rupa?
Muka yang indah, molek ni sedap mata memandang..sejuk hati nak tengok hari-hari..lagipun, yang indah rupa itu juga indah lakunya..tapi kalu dapat yang indah rupa, buruk laku kan boleh dilentur sikit-sikit..tiada yang betul-betul sempurna manusia ni sebenarnya...

Kenapa pilih watak?
Harap muka je lawa tapi kalu perangai meloyakan mana tahan oo..ish2..kalau yang tersayang tu bijak mengawal keadaan, lemah lembut, caring, soleh, amanah,dan yang baik-baik semualah kan,alangkah indahnya hubungan tu...takpela kalau kurang rupa sikit pun...

Jadi, tepuk dada tanyala selera...Tidak salah kita memandang rupa kerana kata orang dari mata turun ke hati..bonusla kepada kita jika yang tersayang tu indah di mata, indah lakunya juga..tapi, tak salah juga kita memberi peluang, masa dan perhatian kepada orang yang kurang rupa paras kerana indah laku akan mencantikkan zahir seseorang itu...Sesungguhnya Allah ciptakan manusia itu berbeza-beza keistimewaannya..


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia





Nota kaki : Joe mintak tulis jiwang-jiwang, tapi ni je yang mampu...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Hahahaha

Akhirnya dapat jugak online!!!!

Yahuuuu


Skrg kt klcc, kat kfc. Sini ada wifi, so boleh la type entry skit. Memang boleh jadi gila tak online ni. Masib baik xsempat jadi, masih lagi waras.

Cerita part 2 xleh nak post paham kan sebav online gune phone je. Paham2 je la


Ooh, ku di klcc sorang2. Jangan tanye napa sorang2, nanti jiwa sengsara. Nasib baik ada blog buleh tulis entry. Kira nasib baik la






Tunggu ada kemudahan ku online





Nota kaki : ramai yang pakai mask, h1n1 seteruk tu ke?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

halim hurmm hurmm part 1

sedikit update malam.


-baru balik dari HOM di sutra inn. terima kasih pada penganjur kerana bawa herbalife ke kelantan. begitu seronok ibuku dan bebrapa lagi teman untuk jaga kesiahatan lepas ni. terima kasih banyak2

-terima kasih jugak kepada cikgu saiful yang datang ke event semalam. walaupun baru ambil herbalife selama 4 hari, dia dah turun 1.5kg, umur dari 59 ke 55 sekarang dan ku PAKSA dia bagi testimoni semalam. terima kasih kerana sporting!

-esok bertolak ke putrajaya dari kelantan. first time drive kereta ber cc 1.8, konpem cepat sampai esok, doakan perjalananku selamat ke putrajaya esok.



hai, saya halim hmm hmm. saya pun tak tahu napa orang gelarkan saya halim hmm hmm, mungkin saya suka cakap hurmm hurmm kot. hurmm hurmm, tengok, saya cakap lagi, ini sememangnya sifat saya sejak dari kecil lagi, nak buat macam mana hurmmm. mak saya cakap, just b yourselve, jangn duk malu2 dengan orang, orang nak cakap apa, biarlah dieorang hurmmm


ok, saya nak cerita pasal status saya sekarang hurmmm. mungkin ramai tak kenal saya, saya dah umur 29 tahun masuk bulan 11 ni hurmmm. muda lagi kan? entah napa saya rasa saya masih lagi muda untuk bicarakan soal kawen.. hurmmm. tapi bila balik rumah, orang tua saya mesti bising, bila la kamu nak kawen halim oiii..hurmmm. entah, saya pikir saya muda, buat apa nak kawen awal kan?hurmmm



ok saya tipu. hurmmm. sebenarnya saya akui saya dah tua. hurmmm. dah tua, umur saya ni dah ada yang beranak pinak dah. kawan saya si leman, umur baru 28 tapi anak dah 8. anak sendiri 2 je, lagi 6 anak kucing. hurmmm... lawak tak saya? sikit2 la kan. hehe...hurmmm. ok balik cita saya, saya bangga dengan leman, dia dah ada anak 2, dah pikul tanggungjawab sebagai bapa dah dia. lepas je grad terus kawen. hurmmm. mantap2



napa saya tak mahu kawen?



hurmmm. sebenarnya saya dah serik dengan perempuan. hurmmm. serik apa? jangan pk bukan2 ok. saya masih teruna ok.hurmmm. walaupun saya ganas, tapi perempuan ramai mhuinatkan saya ooh. hurmmm. muka saya bukannya hensem, tapi ramai perempuan minat ooh.hurmmm. tak caya? boleh log in myspace saya dan tengok ramai yg cakap saya cute, hensem, baby face, macam plakon korea.hurmmm. dan akhir bila meraka dah puji2, mesti diorang akan cakap, komen pix saya balik.hurmmm..



entah apa2 kan?



tengok tu, dah melalut lagi. ni ha, nak cite napa saya tak kawen lagi ni.hurmmm. sebenarnya saya ni kasanova. tak caya? caya lah. jangan duk ragu2. ya saya memang kasanova. kasanova berjaya. kenapa saya jadi kasanova? ok saya cerita la sikit. hurmmm. nak kena cite ke ni? ok la saya cite ok



saya jadi kasanova setelah kekasih pertama saya mintak break dengan saya. nak tahu apa alasan? dia cakap saya hensem sangat. dia jeles. saya tahulah say hensem, tapi takkan sebab tu mahu clash? siasat punya siasat, baru saya tahu yang dia main kayu 4.ulang sekali lagi. 4 ok. si malik, adik malik, ziad dan saya. hampes punya perempuan. player rupanya!



sejak hari tu saya jadi nekad, saya akan balas dendam kat semua perempuan. saya akan mainkan hati semua perempuan kat dunia ni. saya tahu saya tak hensem, tapi saya follow teori ustaz saya, perempuan moden sekarang ni pentingkan ayat, bukan wajah semata2. janji saya pandai mengayat, konpem ramai perempuan yang nakkan saya! saya jadi kasanova sebab perempuan tu la



jap, apsal dah takde hurmmm ni..?



saya kalau khusyuk cerita, hurmmm pun tinggal ok.



perempuan pertama yang saya balas dendam adalah mimi. gadis dungun. dia memang cantik, cuma pendek je sikit. memang nak buat bini dah. hurmmm. tapi tak jadi sebab dia pendek sangat. jadi saya main2 je la dengan dia/. dah buhsan, saya putus je. 4 hari perempuan tu nangis. sian sian. biar lah, saya kan kasanova. hurmmm


perempuan kedua zalikha.sebut betol2 tau,hurmmm. hurf kof. z a l i kha. memang susah nak sebut. begitu juga dengan nak pikat dia. saya jumpa perempuan ni kat myspace, dia ada 2347 friend. 2345 adalah semua laki. 2 perempuan lagi adik dia dan housemate dia. kira player jugak la. tapi sebab saya kasanova hurmmm. saya berjaya pikat dia. hebatkan saya ni? hurmmm. nama kasanova, mesti lah hebat!



perempuan ketiga ustazah maimun. nama kg kan? hurmmm. die memang gadis kg ok. kg parit buntal. kenal pun sebab saya ikut kursus kawen. kebetulan dia pon join, jadi saya pikat la dia. ustazah pun rock ok. tudung labuh pun boleh tahan ayat dia. cair gak la. tapi saya kan kasanova, tak makan semua tu. last2 putus macam tu je. sekarang ni dia dah tak jadi ustazah, jadi cikgu pendidikan jasmani je. baru tau dia di paksa jadi ustazah oleh mak bapak dia. kire istazah tak iklas la ni. nasib baik saya dengan dia dah putus. hurmmm



perempuan keempat dan kelima nama anisa dan alisa. nama dekat2. ye lah, kembar. hurmmm. hebat kan saya? dah la kembar, lepas tu mainkan hati dieorang dalam masa yang sama. nak tau camne kantoi? haha, tak nak cite la. buat malu je. hurmmm. nasib baik saya clash dah, mana boleh kawen 2 serentak terus dengana dik beradik. haraaaammm. hurmmm. tau plak saya halal haram ni kan? kasanova katakan, semua dia tau ok



nak ikut turutan memamg banyak, saya cerita perempuan ke 25 yang saya mainkan. sempena nak sambut besday saya ke 25, saya nak pastikan yang ke25 ni betul-betul mantap punya. nama dia sofea



nama sofea...hurmmm...sofea...hurmmm...sofea...manis je kan nama. tuan empunya?? lagi la meletup2. napa saya suka sofea?hurmmm dia layan laki macam saya. dia glamer di uniten dengan gadis baik, tapi macam mana boleh nakkan saya pon saya tak tahu. padahal ramai je pensyarah, peguam, doktor, anak menteri, penyanyi pun ada nak pikat dia, tapi dia nakkan saya. nape? kan saya kasanova.hurmmm ayat penting brader. tanpa ayat siapalah laki kan?hurmmm. 2 bulan je saya kapel dengan dia, dah je celebrate besday sama2. saya terus clash dengan dia. bangga siihhh!



bangga kepala otaknya, esokkannya dia dijumpai mati di bilik hostel dia. bunuh diri. makan pil tido 25 biji. ada satu nota dijumpai, hadiah besdaymu yang ke25. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. saya jadi gila wooo. hurmmm. sampai la sekarang say tak kawen. sebabnya saya dah MEMBUNUH seorang gadis bernama sofea







halimmmmmmmmmm. tutup lampu. dah pukul 11. makan ubat terus tido







penjaga saya dah marah. saya kena tutup lampu dah la.hurmmm. ok la ya. saya sebenarnya fikiran waras. entah napa dieorang letak saya kat rumah yang penuh dengan orang gila ni pon tak tahu. saya dah cakap.hurmmm. saya tak gila, cuma saya kasanova. ulang, bulan gila, kasanova ok.hurmmm








tutup pun lampu si tua bangka tu. ok la zim, akak balik dulu ek, jaga elok2 pesakit kita ni, dieorang kena bagi perhatian lebih sikit. orang kureeeng katakan. akak balik dulu ya




nota kaki : mungkin bersambung

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

sibuk gaban

sorry, internet baru dapat. tetibe streamyx buat hal. baru dapat online. jadi semalaman ku tak online semalam. paham kan jiwa suka online tak dapat nak online? sengsara dibuatnya



full schedule


hari ni orang BESAR herbalife nak turun kota bharu. mahu ambil kesempatan ni bawak raaaaammmaaaaiiii orang kesana. ya, dah ramai yang konpem nak pergi. jadi ku akan post entry sesudah habes program malam ni. doakan semuanya selamat ya malam ni. dapat untung banyak, hadiah contest pun lumayan la. hehe


orang kb nak join, boleh lagi. free je masuk. kat hotel sutra inn kota bharu. tepi wisma. yang nak join, msg ku ya, 0126965508.


ok lah
tu je dulu nak update. sorry entry pendek

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

misi 30 tahun kemudian

jumaat untuk kuyu


di SBPI kuantan ku merupakan pelajar senior. pioneer spm di sekolah tersebut. banyak hal yang tak mampu nak di tulis di blog sebab banyak sangat kenangan indah di sekolah tu. memang best untuk dikenang


suruh junior urut belakang

suruh junior basuh baju

suruh junior belikan makanan


mungkin perkataan suruh itu tidak sesuai, jadi gantikan dengan minta tolong. kan lebih senang. nasib baik junior-junior semuanya baik-baik, tak report kat cikgu tentang perangai abangnya ni. kalau tak, kena la jugak kat cikgu asmui


kalau ku form 5, junior sudah pasti form 1. dan sekarang umur dah 21, maknanya yang junior di form 1 sekarang akan duduki SPM tahun ni. gud luk ya adik2. abang doakan kejayaan adik2, terutama yang tak penat-penat mengurut abang dulu. lalala~


sembahyang jumaat


kali ni mahu cerita bab sembahyang jumaat sahaja. kan melalut tak tentu pasal kan susah plak. kami bersembahyang di masjid indera mahkota 2 di kuantan. yang tinggal area kuantan tahu la kan. 3 kali, kadang-kadang 4 kali bas akan angkut pelajar lelaki untuk sembahyang


memang agak tak best bila jumaat kena sekolah. kalau di kelantan jumaat adlah hari cuti. bestttt, banyak benda boleh nak buat sebelum sembahyang. kalau disana, dah habis je waktu sekolah, terus kena pergi sembahyang jumaat. kesannya? ramai lah yang zuhud


terlampau zuhud


paham kan maksud zuhud? maksudnya mendengar khutbah sampai angguk-angguk kepala, kadang-kadang kepala hampir terjatuh ke carpet masjid dek kerana terlampau zuhud. khusyuk tawaduk. tak salahkan meraka, terutama pelajar2 form 1 yang kecik-kecik ni, penat ooh.


sebab ku pegang jawatan penting kat sekolah, nak tak nak kena la bersengkang mata jaga. kan orang duk mengata ketua pengawas pun join tido sama ape cerr? terpaksa hipokrit. tapi dengan hipokrit tu la sampai sekarang ku tak tidur semasa khutbah dibacakan. ok la tuuu


ada banyak petua mahukan kita berjaga semasa khutbah di baca. ku bukan cakap kat kuantan saja, kat kampungku sendiri pun ramai pakcik2 yang tidur semasa khutbah dibaca. walhal khutbah merupakan perkara penting untuk memberi peringatan kepada kita. ok, ni antara petuanya


1) cari masjid yang best khatib

memang ada imam yang baca teks 100 %. ishhh, dengan tak semangatnya, baca pun perlahan-lahan, ngantuk la jawabnya. jadi, ada kemampuan, carilah masjid yang imamnya bersemangat sikit. jangan sampai keluar mukim dah la ye.


2) pahamkan teks yang disampaikan

perhati, cuba dengar elok-elok, ingat akan isi-isi yang imam bacakan. kalau kita boleh buat, pasti takkan mengantuk. orang cakap daya tumpuan akan hilang selepas 10 ke 15 minit, jangan runsing, rata-rata khutbah memang akan selesai minit ke 20. kan??



3) tidur sebelum sembahyang jumaat

perkara ni ku rasa paling baik dan paling berkesan. tapi malangnya hanya di beberapa negeri yang cutinya jumaat sajalah yang boleh amalkan. yang kerja hari jumaat, nak tido celah mana nye kan? tidur sebelum sembahyang jumaat pun dibuat nabi kan?



4) jangan makan nasi sebelum jumaat

haaa, peranan isteri, jangan masak hari jumaat terlalu awal. dah masak nasi sebelum pukul 12, makan nasi sebelum jumaat, jawabnya khusyuk wa tawadduk la para lelaki ni. makan lepas jumaat. ok?


5) cakap dengan diri

sebelum nak pergi sembahyang, perbetulkan niat. cakap kat diri, doa kat allah, bagi tenaga di hari jumaat ni untuk kekal bertenaga. boleh jalankan ibadah dengan khusyuk. pasti boleh lah!



ok, itu saja. ni ha gambar bakal imam kampung peringat 30 tahun nanti!!


mata kuyu tapi semangat ok


ini takde dalam rukun sembahyang ni ek








nota kaki : esok sapa2 yang berada di kota bharu, msg ku ya. ada hal penting akan berlaku di kota bharu esok!!!



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

pie senyum

3 kali berturut-turut pasal makananan. entah entry petang nanti pun pasal makanan pun ku tak tahu. makan selagi boleh dan jaga kalori. haha, prinsip baru yang dipegang


kali ni pie. yaaa, yang lepas ku dah post entry pasal pie, tapi semua tak yakin yang gambar itu samaada pie atau bubur. tengok punya tengok, betul jugak, tak nampak macam pie laa. jadi, cubaan kedua pun bermula!


kali ni yang buat adalah..... bukanku. haha. mana mampu den, tak layak lagi, kena belajar banyak lagi. tapi dun worry my housemate, akanku belajar sampai pandai membuat pie ni. nanti bolehla duduk di taman kat victoria sambil makan pie sambil hirup udara segar sambil menjamu mata. lalala~


ok, layan gambar dulu


senyummmm







percayalah, satu pie tu ku makan sorang-sorang, percaya??


orang cakap cubaan kedua lagi ok
hidup pun sama ok
tak berjaya pertamacubaan pertama, berjaya lah cubaan kali kedua.


cuba jaya sampai berjaya


selamat menjeleskan diri melihat pie yang comel


nota kaki : nak pergi format laptop. dia dah bengong

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW