tak tersedar yang rini dah 29. maknanya tak sampai lagi sbulan akan meninggalkan bumi malaysia ni. hurmmm. rasa dah tak mahu sambung belajar dah la. nak duk umah. puas duk umah ni. tak best kat sana..
ngada!
orang dah bagi peluang tu, pandai2 la hargai. kan?
flight akan berlepas pada 28 hb 9 ni ke uk. mean raya ke 7, xpon raya ke 8. hurmm, raya sakan la tahun ni kat sini. pengalaman raya kat negara orang, nanti la cerita. banyak lagi masa ni. banyak lagi entry mahu menulis
fikir dah nak sambung belajar ni, buat hati macam tak tenang. kalau ikutkan kata hati, memang dah terpikat dengan seseorang kat sini. aiyoook. hati ni mudah je nak terpikat dengan orang. maklum la, hati seorang LSD.
LSD ok bukan LED
hati jenis macam ni memang dahagakan kasih sayang. kekeke, dah dah, jangan duk ngarut dah. kan melalut tak tentu pasal. dah la saho tak betul tadi, kan bertambah lapo lagi kan. apa tu LSD? lelaki senang direject
takut tak dapat nak bagi komitmen aje. ye la, berada jauh, lain la ada awek kat sana. masalahnya takde plak minah2 saleh yang terpikat. kalau ada kan best. boleh bawak sorang, konpem korang jeles. kekeke!.
ok balik pada tadi, macam tak best je kan hidup tanpa orang yang dikasihi. tak dapat nak call orang yang kita kasihi, rindui ni. macam kosong dan kehidupan tanpa kekasih berumur 21 tahun ni ibarat gaya hidup seorang yang loser. wahhh, loser ke diri ni
no no no
tu depand pada orang masing2. lain orang lain la pendapat dia. kena hormati pendapat orang. hurmmm, dah ada orang yang dirindui ni, mesti dah jadi semacam kan. ye la, berada jauh ni tak cukup nak call je. walaupun ada webcam, ada macam2 teknologi lain lagi, huuuuu, itu tak cukup brader. nak kena jumpa jugak
ok ni cite benar
pasal seorang perempuan, ku macam dah terpikat dengan dia. lawa? ok dapat a. beriman, ok dapat a. respon dari dia? ok dapat a jugak (gila bayang oooh). so dah penuhi dah pon. bawak jumpa mak pon konpem mak stuju je. tapi sebab pk balik, banyak la hal dia, rasa dah macam tak nak teruskan layan perasaan ni. susah oooh.
kalau ada banyak komitmen ni, lagi susah kita nak jaga. orang cakap cinta lepas kawen ni best kan? mana tak bestnya, dah layan perasaan sikit, boleh bawak sampai ke katil terus. esok bangun muka puas. wahaaa, lusyah lusyah. tapi tu la dia KEHEBATAN cinta lepas kawen. belom kawen ni jangan dibuat oooh. dosa sampai mak bapak ko
bukan jenis cam itu
ya, aku bukan jenis yang mahu cinta lepas kawen. nak jugak merasi sikit2 belum kawen ni. sikit2 sudah. jangan terlebih sudah. ok? deal la kan. so awak, sorry sebab tak boleh jadikan hubungan kita ni satu realiti. oooh, awak masih di hati saya ok. tengok la macam mana, biar masa yang menentukan. kita jangan duk pk sangat perasaan jiwa ni, nanti tak bolehh nak khusyuk kat cinta yang sebanar kita kena kejar. cinta ilahi
cecewahhh
ayat poyo telah menjelma. hurmmm, cukup la stakat tu. macam mana ek nak terangkan status ni. ATBSS. apa kebenda nye jang? already taken but still single. hahaha. boleh la kan? boleh la boleh.
gadis blog
haha, nak tau apa status ku dengan dia? hehe, DTSS. direject tanpa segan silu. hehe, biasa lah, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat? betul? cuma nak bgtau, yang dia akan menyesal sebab mereject bakal bilionare malaysia ni. muahahahaha. bilionaire ok, bukan milionaire. masa tu dengan rakusnya ku akan bgtau.
padan muka sebab reject aku dulu. bini aku sekarang hari2 dapat kepuasan zahir dan batin. tak caya, tanya la bini aku tuuuuu
kekeke!
gurau gurau. nak sedapkan hati.
ok kita ke part serius
rasanya hidup bujang ni dan single ni banyak kegunaan dia. ku cakap atas dasar pengalaman umur, pernah hidup berkasih sayang dengan orang lain, pernah hidup single mingle. dan padaku, hidup yang takpa komitmen dengan pasangan ni akan beri peluang kepada kita untuk kejar impian kita dahulu. nak tamat belajar, nak jadi kaya usia muda, macam-macam lagi. bukan cakap dengan ada pasangan kita tak dapat, cuma fikir lah balik, kalau dah ada pasangan, hari2 mahu sms, hari2 mahu call2, hari2 mahu ingat sama dia, hari2 bla bla bla sampai kita sendiri pun akan terjebat sama dalam perangkap syaitan. apa tuuuuuu?
laghooo
sebelum tulis n buat orang marah, baik stop. ok, itu pendapat peribadi, masing2 ada pendirian kan. dan mungkin pendapat ni berubah mengikut masa. ;-)
(tanda love) saya sayang awak (tanda love)
nota kaki : konpem tak ramai yang baca sampai abes. rugi la kan