Sabtu, 29 Ogos 2009

tak sampai sbulan lagi



tak tersedar yang rini dah 29. maknanya tak sampai lagi sbulan akan meninggalkan bumi malaysia ni. hurmmm. rasa dah tak mahu sambung belajar dah la. nak duk umah. puas duk umah ni. tak best kat sana..



ngada!


orang dah bagi peluang tu, pandai2 la hargai. kan?



flight akan berlepas pada 28 hb 9 ni ke uk. mean raya ke 7, xpon raya ke 8. hurmm, raya sakan la tahun ni kat sini. pengalaman raya kat negara orang, nanti la cerita. banyak lagi masa ni. banyak lagi entry mahu menulis



fikir dah nak sambung belajar ni, buat hati macam tak tenang. kalau ikutkan kata hati, memang dah terpikat dengan seseorang kat sini. aiyoook. hati ni mudah je nak terpikat dengan orang. maklum la, hati seorang LSD.



LSD ok bukan LED



hati jenis macam ni memang dahagakan kasih sayang. kekeke, dah dah, jangan duk ngarut dah. kan melalut tak tentu pasal. dah la saho tak betul tadi, kan bertambah lapo lagi kan. apa tu LSD? lelaki senang direject



takut tak dapat nak bagi komitmen aje. ye la, berada jauh, lain la ada awek kat sana. masalahnya takde plak minah2 saleh yang terpikat. kalau ada kan best. boleh bawak sorang, konpem korang jeles. kekeke!.


ok balik pada tadi, macam tak best je kan hidup tanpa orang yang dikasihi. tak dapat nak call orang yang kita kasihi, rindui ni. macam kosong dan kehidupan tanpa kekasih berumur 21 tahun ni ibarat gaya hidup seorang yang loser. wahhh, loser ke diri ni


no no no


tu depand pada orang masing2. lain orang lain la pendapat dia. kena hormati pendapat orang. hurmmm, dah ada orang yang dirindui ni, mesti dah jadi semacam kan. ye la, berada jauh ni tak cukup nak call je. walaupun ada webcam, ada macam2 teknologi lain lagi, huuuuu, itu tak cukup brader. nak kena jumpa jugak



ok ni cite benar



pasal seorang perempuan, ku macam dah terpikat dengan dia. lawa? ok dapat a. beriman, ok dapat a. respon dari dia? ok dapat a jugak (gila bayang oooh). so dah penuhi dah pon. bawak jumpa mak pon konpem mak stuju je. tapi sebab pk balik, banyak la hal dia, rasa dah macam tak nak teruskan layan perasaan ni. susah oooh.


kalau ada banyak komitmen ni, lagi susah kita nak jaga. orang cakap cinta lepas kawen ni best kan? mana tak bestnya, dah layan perasaan sikit, boleh bawak sampai ke katil terus. esok bangun muka puas. wahaaa, lusyah lusyah. tapi tu la dia KEHEBATAN cinta lepas kawen. belom kawen ni jangan dibuat oooh. dosa sampai mak bapak ko


bukan jenis cam itu


ya, aku bukan jenis yang mahu cinta lepas kawen. nak jugak merasi sikit2 belum kawen ni. sikit2 sudah. jangan terlebih sudah. ok? deal la kan. so awak, sorry sebab tak boleh jadikan hubungan kita ni satu realiti. oooh, awak masih di hati saya ok. tengok la macam mana, biar masa yang menentukan. kita jangan duk pk sangat perasaan jiwa ni, nanti tak bolehh nak khusyuk kat cinta yang sebanar kita kena kejar. cinta ilahi


cecewahhh


ayat poyo telah menjelma. hurmmm, cukup la stakat tu. macam mana ek nak terangkan status ni. ATBSS. apa kebenda nye jang? already taken but still single. hahaha. boleh la kan? boleh la boleh.


gadis blog


haha, nak tau apa status ku dengan dia? hehe, DTSS. direject tanpa segan silu. hehe, biasa lah, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat? betul? cuma nak bgtau, yang dia akan menyesal sebab mereject bakal bilionare malaysia ni. muahahahaha. bilionaire ok, bukan milionaire. masa tu dengan rakusnya ku akan bgtau.


padan muka sebab reject aku dulu. bini aku sekarang hari2 dapat kepuasan zahir dan batin. tak caya, tanya la bini aku tuuuuu


kekeke!
gurau gurau. nak sedapkan hati.



ok kita ke part serius


rasanya hidup bujang ni dan single ni banyak kegunaan dia. ku cakap atas dasar pengalaman umur, pernah hidup berkasih sayang dengan orang lain, pernah hidup single mingle. dan padaku, hidup yang takpa komitmen dengan pasangan ni akan beri peluang kepada kita untuk kejar impian kita dahulu. nak tamat belajar, nak jadi kaya usia muda, macam-macam lagi. bukan cakap dengan ada pasangan kita tak dapat, cuma fikir lah balik, kalau dah ada pasangan, hari2 mahu sms, hari2 mahu call2, hari2 mahu ingat sama dia, hari2 bla bla bla sampai kita sendiri pun akan terjebat sama dalam perangkap syaitan. apa tuuuuuu?


laghooo


sebelum tulis n buat orang marah, baik stop. ok, itu pendapat peribadi, masing2 ada pendirian kan. dan mungkin pendapat ni berubah mengikut masa. ;-)


(tanda love) saya sayang awak (tanda love)


nota kaki : konpem tak ramai yang baca sampai abes. rugi la kan

66 ulasan:

  1. bg aku..single lagi best..
    no comitment...
    dulu aku penah kapel..
    dan disebabkan CINTA result aku turun tahp gaban..
    pastu terus aku nekad xnak kapel lagi
    biar abes belajar dulu...
    tak berbaloi kalo gagal kerana cinta..

    BalasPadam
  2. hati dah terpikat??

    baguslah... sekurang2nya lepas ni terus nak balik malaysia.

    BalasPadam
  3. joe, kamu sambung master ke kat sana?

    BalasPadam
  4. tape ade jodo x kemane :D
    selamat rye sakan di mesia!! huhu

    BalasPadam
  5. Huhu betol2...single mingle ni best..haha cumatak tahan bila mak ayah dok suruh kawen..selamat belajar semula..jauh tu!!

    BalasPadam
  6. wah, sape la yang bertuah tu. gadis blog? dunia cyber ni jgn percaya sangat.

    suka termm DTSS tu. haha.

    BalasPadam
  7. same r kita joe..
    aku ni PSD..
    pempuan senang direject..
    haha..

    boring xde sumbody nak share life kita skg ni..
    tp baik la layan boring tu, drpd terpesong p arah lain..tui dak?

    BalasPadam
  8. xde kekasih dikatakan lOser????
    ketOk cket kepala org yg berkata g2.
    haih~

    BalasPadam
  9. sentiasa berdoa padaNya moga mndapat jodoh yg terbaik pada awak...
    kta sebagai dilahirkan berpasngan,hnya masa yg menentu untuk bertemu dengan pasangan kta sendiri...
    sesunggunhnya allah mengetahui yg lebih baik untuk umatnya..berusaha utk mencri terbaik dan berdoa agar ia mnjadi milik awak..
    hidup adalah pilihan dan yang terpilih menjadi pilihan..

    BalasPadam
  10. Hanya allah yang lebih mengetahui pa yang lebih terbaik untuk umatnya..berusaha dan berdoa agar kta tidak lalai dlm hal…mungkin kesabaran dan kepercayaan dlm diri

    BalasPadam
  11. nk ty mn mirul dgn hafiz ek?drng xblik k?huhu..

    BalasPadam
  12. bercinta lepas kawen la kal0 cmni..
    xyah nak calling2...
    xyah nak msg2..
    kan..kan..kan..

    BalasPadam
  13. panjang citer....kesian ko asyik beraya kat negara org je..tapi banyak la pengalaman yg dapat ko timba kan...

    BalasPadam
  14. i bc smpai abih pon..realx joe...bunga bukan sekuntumm..hehe

    BalasPadam
  15. adakah anda telah jatuh cinta?

    sapekah yg bertuah itu?

    ngeh2..cbe korek rahsia nie

    nsb baik sempat gk smbt raya ngn fmly

    hehehe..selamat berbuka incik joe

    BalasPadam
  16. Susah jugak nak memproses entri ni. Panjang berjela-jela.
    Apa2 pun semoga berjaya dalam mencapai apa yang anda inginkan.

    BalasPadam
  17. DTSS?

    huhu..

    sungguh perit ful name nya..

    BalasPadam
  18. sy baca smpai abes..!

    sweett..
    ;PP

    BalasPadam
  19. best tul sebab ko suka cinta lepas kawen!!

    BalasPadam
  20. aq baca sampai habis
    woooooooo
    status baru atbss
    i like
    ahahha

    good luck joe
    bila nak tayang ni

    BalasPadam
  21. aku bace smpai abis...agak bosan la...
    sempat g solat dlu, pastu sambung balik...
    utk hilangkan bosan..

    hahaha

    BalasPadam
  22. aku bace entry ni smp habis..
    sedar2 je airmata aku bergenang..
    huh.

    terigt lg..

    aku doakan kau jumpe cinta sejati.
    sakit bile dikhianati.
    kau jgn begitu ye.

    BalasPadam
  23. sy dan awk,kire samele..penah single,penah solo..yg beza usia kite...tp yg paling sy nak stju sgt2 adalah...bile bcinta,bkasih2an ni mmg byk laghony.......
    tp seyes...kdg2 rase single is better.....
    cume kdg2 je weng dtg rase nak bkasih2,,,hehe...tp kan dik...kejar cite2 dulu..br kejar cinta..aiwah..mekasih sudi mbce:P

    BalasPadam
  24. saya baca sampai habis joe...
    joe...habiskan study dulu k..pastu baru carik yg seswai

    BalasPadam
  25. @2150466658273164919.0
    mirul n hafiz yg mana ni ek?

    BalasPadam
  26. @5162082932002114491.0
    mekasih sudi komen

    BalasPadam
  27. ouh,

    sempat je raya sakan kat Msia.

    :)

    BalasPadam
  28. aku bc sampi abes ok.... kalo ade jodoh dgn org yg ko berkenan tu.. tak ke mana ye... ehehe...

    BalasPadam
  29. bgus x de awek..
    x abes duit..x buang masa..
    fokus pd yg lebih penting dlu
    kumpul harta byk2
    pastu baru cari pompuan nk d buat isteri :-)

    BalasPadam
  30. opss..
    i bace pai abs.
    x rugi pon.
    ahax~!

    believe.
    kalo ade jodoh x kan kemana.
    lari pai ujung dunia pon akn balik semula pdnya..

    ;)

    BalasPadam
  31. i'm agree wif u...better cinta afta marriage..kejar cita2 dlu bru kejar cinta...
    if luv s0me0ne n0w,klu nsb xbaek blh frust men0nggeng(ckp brdsrkn ape yg sy tg0k ape yg trjdi kt kwn)..hhehehehhee..lgp0n pyh zmn skrg nk cr laki yg bt0i baek..sume play b0y jew

    BalasPadam
  32. stuju...ko misti rasa 2-2. cinta sblm & selepas kawen. sama tapi tak serupa. hahaha

    BalasPadam
  33. well..bley jer nak rindu kawan2..
    dan paling best dan bahagia is bile dapat rase rindu Rsulullah dan Allah..hati confem bunge2 yang sangat bunga...

    memang ade ke singakatan ATBSS n DTSS tu??
    singkatan baru yang bile panjangkan bley jadi mcm2 maksud..bahayeerrrr...BKTB (betul ke tak betul??)

    BalasPadam
  34. panjangnye entry ni..

    mesti hati tgh berbunga-bunga..

    BalasPadam
  35. panjangnye entry ni..

    ni mesti hati tgh berbunga-bunga kan..

    BalasPadam
  36. x lama lagi kawin la ko

    BalasPadam
  37. hooo. joe jim row jatuh cinta oo. hahha. meh kita kongsi2 sikit. sapa dia tu? acicecot

    BalasPadam
  38. best apa single

    tp kadang2 sunyi ler

    kakaka

    BalasPadam
  39. nota tgn:
    ~sy bc smpai hbis.. :P

    yup..
    sgt2 best ble xde ap2 komitmen ni..
    sume bnde bleh wt tnpa kne rjuk ngan si dia..
    kita akn jdik lbih bebas..
    nk kwn ngan sape pon xkesah kot..
    n kita akn lbih fkus ntuk truskn cita2..
    (doakn shiya ntuk smbung master ovc pd thun 2012 ye..)

    sy bebas mnjadi dri sy...
    yeahhh!!

    BalasPadam
  40. woh ko jatuh cinta rupenye. ok2 gudluck tok ko dptkan si dia

    anyway ko sambung belaja ape lg?

    BalasPadam
  41. Ada ke cinta lepas kawen? Itu bukan TERPAKSA kena cinta ke sebab dah kawen? What if kalau dah kawen then baru tau tak der chemistry?

    Carik minah salleh satu! :D

    BalasPadam
  42. Salam Ramadan Joe,
    I suka baca your entry ni...your terms amboi mak...kalau you tak letak definition dia, teruk Kak Naz nak fikirkan.
    Oh! you make me feel old lah! :D
    You're MML. Keep cool!

    (hah! figure that out..kalau dapat teka, Kak Naz hantar duit raya)
    ;)

    BalasPadam
  43. setujulah jugak sebenarnya...

    dah bercinta ni sure ada yg ketiga..hasut tahap gile punye....

    Bohonglah ada yg cinta style suci2..tengok ada sesetengah blog ngan pakwe bukan main lagi ..gmbr pegng tgn kepit2.laga pipi...

    kawin je..kenal sebaik mungkin..dah boleh terus ada komitmen....kawin.. JANJI ADA PEGANGAN AGAMA YG BAIK



    Itu aku la kan...tak tau org lain...banyak lagi nak kejar ni..

    BalasPadam
  44. lagi sebulan jek ek..sekejap nye masa berlalu!ntah ada jodoh dgn uols ke tak??

    abislah ur wife kalu becinta lepas kawin sbb berangan sket jek da ajak masuk bilik..woohoo

    wei, betul ke kena reject ni?ke uols yg fussy!

    stetmen klu takde komitmen lg bleh fokus tu mcm tak setuju jek..sbb kejayaan sorang lelaki kerana ada perempuan dibelakangnye.. klu kena gaya,waktu bercinta, pasangan bleh jd inspirasi utk kita lebih berjaya tau..best wooo!

    BalasPadam
  45. slmt berayo di malaysia yah. huhuhu

    amboi amboi, syg lepaskan awek tu. HAHHA.
    xpa, single pun lgi best, tiada komitmen dgn siapa2 :)

    BalasPadam
  46. rasanya da taw sapew gadis tuu..ceh!!cepat jek tangkap..hurm, anyway...smg bertemu yg terbaik..she's lucky...xpe, x mo jeles2..hehehe

    BalasPadam
  47. bce smpai habis! haha.
    single but no available.
    gud luck with the new relationship!
    :))

    BalasPadam
  48. abes bace la Mr. Joe... best entry..haha...

    anyway.. gambatene...

    :)

    BalasPadam
  49. nnt rajin tunjukknla gambr beraya kat UK taw ;)

    BalasPadam
  50. alahai.. u still young la..
    banyak lagi masa..
    study tu abihkan dulu..
    kalo de jodoh takkan ke mana..
    kalo direject itu maknanya takde jodoh ngan die..
    insyaallah.. kalo hati tulus murni jodoh kamu pasti seseorang yang perfect di mata kamu.. :)

    BalasPadam
  51. haha.ku baca habis.tapi jangan la cerita bab cinta.bosan.haha.

    BalasPadam
  52. Ui ui. Saya baca sampai habes k!

    and u make me feel like.. arghh. ok.ok. pastu blur sorang2. haha. by the way i think betol ape yg u buat. sblm jd mcm saya yg akhirnya stuck xleh pegi mane2.

    lepas tu dok pening nak kawen nak kawen

    haha

    saya tak pernah merasa single. tak berapa nak tahu single tu best ke tak. tapi tengok macam best je

    should i be single?

    hehehe

    gud luck belajaq joe. all the best jugak utk pencuri hati kamu. wassalam =)

    BalasPadam
  53. siapa gadis blog tu?

    dari dulu nak tau!

    BalasPadam
  54. hmm......menarik..now no wonder..ish2..gud luck..=)lambat nanti diambil org..

    BalasPadam
  55. byk nya la ko punya gelaran
    hahaha

    eh bukan entri sblm sblm ni ckp
    ko nak kawen dah ke?

    BalasPadam
  56. xpalah.ada jodoh x kemana jg tu.
    memg btul tu single lbh bgus.ada hikmah bh kmu lmbt ada gf tu..kekeke

    BalasPadam
  57. sabar ye en joe... kejar cita2 anda dulu... ramai yang menyapot dari belakang... tunjuk pada sume anda memang seorg yang bagus dan sangat berjaya... not a loser!!! tak bercinta bukan loser pun... cinta itu Allah dah tentukan... tunggu masa je...;-)

    chayok joe!!!!!!!!!!!!

    nota tangan*kelako tul suh tanye bini puas zahir batin tu... ceth...;-p

    BalasPadam
  58. lupe nak bagi taw... saya seorang yang rajin membaca entry sehingga abis perkataan...;-p

    BalasPadam
  59. ingatkan SLE (penyakit) tadi.
    hahah.
    mr. joe, kite pulak LICSS,HK.
    Like I Care Single Saja, Hebat Kot.
    HAHAH!

    BalasPadam
  60. cinta mkin dicari mkin lari,,,lek lek tng tng je

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.