Share

Analogi Cinta dari rakan twitter

Dah lama tak update entry jiwang-jiwang ni, tergerak pulak hati nak update. Maklumlah, tadi makan sup belut dan juga paprik belut membuat nafsu di dalam hati bergelora. terus teringat macam-macam. Huh, sangat bahaya penangan belut ni, jangan makan jika anda kurang bersedia ok!




mr k yang memang digemari kerana ayat manisnya pun ada bangkit soal cinta ni kat entry barunya. Memang sangat kena dengan nafsu yang tengah bergelojak ini, lantas tangan aku cepat saja menaip di twitter bertanyakan pendapat 'cinta boleh diibaratkan seperti' dan ada beberapa rakan twitter membalas balik. 


jom kita terjah!!!


shazyyyyy : ehermmmmm ;p

Memang pelik jawapan dari seorang perempuan. Kan dah kata, perempuan ni pelik sungguh dan memahami perempuan lebih susah nak memahami gauss law atau raman spectrometer. Rasanya yang mahu dimaksudkan oleh cik adik shazyyyy adalah cinta adalah ibarat batuk dan sambil senyum jelir lidah? ahhh, aku tak paham!!!


azrul hisham : seperti kentut

Member sorang ni mungkin tertekan sebab kakinya tak pulih 100% lagi. sebab tu boleh keluarkan cinta seperti kentut ni. hehe. semoga cepat sembuh bro! Tapi ada logik jugak cinta ni ibarat kentut. macam kalau kita kentut, rasa bertambah selesa dan samalah seperti melepaskan cinta yang busuk, hati jadi tenang. wahhh, macam tu ya? tapi maksud sebenar, ditahan sakit, dilepas malu. auuuwww, sweet la brother kita ni =)


RedLinda : macam belacan

Haa, pendapat cik linda yang digosip sudah bertunang ni boleh masuk dek akal. katanya cinta umpama sambal belacan walau pedas hingga mengalir air mata namun masih dmakan juga.. ahaa, tengok, begitu mendalamnya cinta cik linda terhadap tunang yang digosipnya. sanggup mengalir air mata kerana cinta. wahhh gitu



Kon GengBlogger : ibarat air

tak sangka romantik jugak cik adik kon ni. Patutlah tengok gambar masa zaman sekolah menengah dulu romeo semacam ye tak? cinta ibarat air, tak cukup haus dan terlebih boleh lemas. suka-suka, cinta ni memang macam tu, kena sedang-sedang. mantap perumpamaan cik adik kon


Cik Lolly : macam joe dan cik tanah

budak kecik ni tak cukup umur lagi tapi nak bagi komen jugak. kita skip je lah takyah layan dia punya komen ok. kekeke


jangan marah-marah ya, rapatkan silaturrahim antara ruangan twitter dan blog =)


jangan lupa add @joegrimjow di twitter ok


*****


Masa aku google pasal cinta ni, terjumpa satu artikel yang menarik mengenai cinta. ni cinta berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang professor di National Autonomous University of Mexico. Katanya cinta pada seseorang akan menemui titik akhir. Ini kerana bukan berasa bosan dengan pasangan semata-mata, tetapi memang kandungan zat kimia dalam otak yang mengaktifkan rasa cinta itu telah habis. angau pada mulanya tidak akan bertahan lebih dari 4 tahun. Jika sudah lebih 4 tahun, perasaan cinta itu akan semakin lama semakin menghilang


Heh, memang kontroversi statement dari pak cik ni!


Apa-apa pun, itu kajian dia. Biarlah dia dengan kajian dia tu. Tapi aku sokong jugak dengan apa kajian pak cik ni sebab pengalaman sendiri (aceceeeh) masa zaman cinta matrix dulu, memang masa putus cinta tu seolah dunia dah nak kiamat dah. makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, jalan tak betul asyik teringatkan dia. memang sangat susah dan terbawa sehingga ke UK semua. haha. tapi sedar tak sedar entah macam mana perasaan tu dah mula menghilang dan bila aku tulis entry ni pon cakap 'biar betul minah ni pernah wujud dalam diriku' wah wah =) kira dah 4 tahun lebih dah, perasaan tu hilang sendiri. ku sokong pakcik mexico ni!


Makna cinta ni nak definisi memang tak kan habis. aku bukan orang puitis dan juga bukan seorang yang romantik untuk menulis yang meleleh ni. sebab tu aku harap cik tanah faham yang cinta aku pada dia ni cinta yang mahu bawa sehingga ke syurga. aku dah tak budak kecik nak main-main cinta lagi, jadi kalau kadang-kadang macam buat bodoh je tu, maknanya hati tengah kuat beristighfar la tu takut setan datang. hoho


enough cerita peribadi


aku ni kat dunia ayah dah takde. tinggal mak je seorang. masa aku solat, lepas solat tu kadang-kadang nak cepat, sampai tak ingat nak doakan kesejahteraan dia. ustaz aku pernah cakap, dalam sehari kalau kita tak doa kesejahteraan ibu bapa kita, boleh jatuh anak derhaka. tak tahulah ustaz tu ambik hadth ke atau ayat alquran mana, tapi kata tu aku pegang sampai sekarang. nasib baik tulis entry ni, bolehlah sebelum tidur ni doakan kesejahteraan untuk ibu bapak aku. korang pon sama lah ek


eh, cerita pasal peribadi lagi. hehe


Ok lah, dah lewat sangat ni. sebab semua rakan twitter aku bagi perumpamaan masing-masing, aku pun nak bagi jugak lah. cinta ibarat ulat beluncas =)


CINTA IBARAT ULAT BELUNCAS...
MENCARI TEMPAT TERTINGGI UNTUK BERTAPAK...
MELAHIRKAN BENIH YANG NANTI AKAN BERKEMBANG
MENJADI SANG RAMA-RAMA YANG INDAH DI PUNCAK TERTINGGI POKOK KASIH...
YANG KELAK TERBANG BEBAS DI UDARA RINDU
MENGHIRUP SECANGKIR MADU CINTA....



eh kejap, kenapa sama dengan ayat sini je? LOL, copy paste la. kan i dah cakap i ni tak jiwang. hehe. nah, buat semua yang tengah bercinta, tak kira dengan exam ke, dengan manusia ke, dengan suami isteri masing-masing ke, dengan kucing kat rumah ke, dengan pokok kaktus ke, lagu ni untuk korang. have a nice dream =) (klik sini untuk lagu)



pss : 3-4 hari ni blog ni sarat dengan entry berat-berat, cerita konspirasi upin ipin lah, cerita AC Mizal lah, cerita penonton kelantan bercumbulah, sangat berat!!! bagi ringan sikit lah, boleh? =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

33 ulasan:

atok berkata...

arghh cinta ibarat ulat beluncassss haha

joegrimjow berkata...

@atok

nasib baik tak cakap macam kurap
semakin digaru semakin sedap tapi meranalah diri. wahaaa

Tanpa Nama berkata...

errkkk!sapo plak sebar gosip i bertunang???waaa!:P

tapi sy x makan smbal belacan...x tahu plak rsnya...hahah

rhapsody LiN berkata...

ah.. lama betul x singgah blog bro. :P


senyum kambing cik tanah baca en3 ni >.<

Tanpa Nama berkata...

cinta ibarat joe dan blog nya. tak dapat di pisah kan... HAHA tak gitu bro?

myzaali berkata...

pilih utk brcinta dgn exam T___T fuhhh..

joegrimjow berkata...

@~ ReD ~

pedas, nama pon memang pedas. hehe

joegrimjow berkata...

@rhapsody LiN

wahaaa
harap2 senyumlah

DanieL AdiE berkata...

hahaha..mcm2...

latest entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/alhamdulillah.html

joegrimjow berkata...

@Dean winchester II

kekeke, betol2

joegrimjow berkata...

@MyzaAli

slaat berxam ok
=)

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

wahhahahhahah.


hoyyyyy, ni budak sudah matang tau wek wek wek.

joegrimjow berkata...

@miss lolly a.k.a luvfareda

xmatang la tu duk wek wek je
hehe

fezaL Mohd berkata...

cinta , cinta , cinta !

Tanpa Nama berkata...

:)

Marhaen Kacak berkata...

ala brader joe...skali2 skali jiwang2 kan... suka baca penulisan kreatif lu la..keep up..


Rancangan Akademi AlQuran dan Imam Muda Agenda Yahudi dan Freemason

Farahiyah Jasmi berkata...

cinta tu ibarat api la kot. menghangatkan kesejukan tapi kalau silap main api, boleh bakar diri. hehe. wah perasan puitis diri sniri. tuih tuih. XD

shazzy :) berkata...

haha omg tak sangka la pulak tanya serious. ingatkan main2. tu yg ehemmmm ja! kang komen lebih2 org ckp budak2 haha

suffer8zine berkata...

wahhhh peningkatan ni

Terkini : Contoh Gurauan 'Manja'

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

peningkatan?
huhu

joegrimjow berkata...

@shazzy :)

hehe
tu la, main3 lagi kan

joegrimjow berkata...

@Farah Justme

kekkee

joegrimjow berkata...

@Marhaen Kacak

banyak snagat bahaya jugak
hehe

joegrimjow berkata...

@fezaL Mohd

wahaa
bersemangat nampak

ceksumolek's berkata...

cinta bikin kita gilaa~

gadisBunga™ berkata...

lain kali mkn belut sikit2 sudah, huhuhu

azimask berkata...

salam..

cinta itu indah...

bercinta lah selalu... :D
kepada pasangan yang sedang bercinta...
selamat bercinta...

:D

// klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

aisyah sakaria berkata...

cinta macam crack dekat aircraft. kalau tak buat apa2 tindakan, maken lama crack maken besar and bile2 masa aircraft bole crash masa flight.n mangsa jangan cerita bape ramai. haha.
mcm cinta, kalo luka sikit, tp tak dipujuk, lama2 benanah, pastu bila dah meletus, abes aa putus cinta. mmg tragis. dengan theory ni lah buat sy senang ingat masa nak jawab exam. haha.

joegrimjow berkata...

@aisyasakaria

cinta musim exam
haha

joegrimjow berkata...

@miMiE aZiMaSK ^V^

slamat berbhagia jugak

joegrimjow berkata...

@gadisBunga

memang kena sikit, xleh banyak
teruk jadinya!

Azrul Hisham berkata...

haha...memang tertekan bebenor ni...susah nak gerak ke mana2..dah sembuh nanti jom main bowling...hehe


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

cinta?? apa tu eyh??

LATEST ENTRY

NAK P MEKAH PON PAKAI BULU MATA PALSU?

TUTORIAL CARA NAK ASINGKAN KOTAK KOMEN DAN CARA NAK BUANG WORD VERIFICATION

HIDUP DI KAMPUS: INDAH ATAU SEBALIKNYA?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW