Share

AC Mizal : Laporan polis untuk blogger!!

Ada orang tanya aku, tak takut ke kena dakwa dengan polis sebab post entry berkenaan dengan AC Mizal yang dulu. Tak takut ke nanti kena belasah sebab rosakkan bisnes orang lain. LOL. Entry aku lepas hanya dedahkan hal sebenar dan share beberapa entry dari blogger lain berkenaan dengan perniagaan AC ni. Lagi satu, melayu takkan belasah melayu. kan AC kan? =)





patutlah AC tak jawab soalan yang orang suruh jawab, sibuk buat laporan polis rupanya. Kan bagus kalau luangkan sedikit masa untuk jawab semua soalan dan letak kat page atau website dia. nak suruh aku letak dalam blog ni pun boleh. Soalannya yang masih tidak dijawab

  • Kenapa AC Konsortium tak pernah daftar dibawah syarikat jualan langsung di Malaysia tapi orang ramai heboh yang ACK ini adalah MLM (check syarikat MLM disini)
  • Persoalan testimoni yang di copy paste dari website orang lain
  • Betul ke dah pasarkan ke London gelang tu? tak jumpa pun =)



macam biasa, no results found. takpe, nanti i suruh kawan i cari produk u ni ek kat mark and spencer, dekat je dengan rumah outlet tu =)


Ok lah AC, kalau jawab soalan ni pun rasanya dah cukup. Jawab dengan berhemah la. Jangan 'call my speakers' yang jawab, benda ni dah jadi teruk sampai custemer aku pun meragui keberkesanan herbalife sebab produk MLM. haiyaaaa


*******

Top 3 MLM Company

Sekarang aku akan senaraikan 5 syarikat MLM yang hebat di dunia. Sebut Top 5 ni, memang sangat subjektif tapi aku akan cuba buat seadilnya bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk join MLM ini memilih syarikat yang betul dan betul-betul stabil. Beberapa faktor aku ambil untuk kajian ini


A) Nisbah jualan syarikat dengan tahun ditubuhkan
Semakin tinggi, semakin hebat. company yang buat jualan yang tinggi akan melihatkan kemampuan syarikat itu untuk pergi dengan lebih jauh. Untuk memperlihatkan keupayaan syarikat untuk pergi dengan lebih jauh, aku bahagi dengan tahun untuk lebih adil kepada company yang baru ditubuhkan


B) Web Search Interest
semakin tinggi semakin hebat. penting sebab benda ini akan menampakkan betapa gemarnya pengguna internet 'search' perkataan ini. Apabila semakin tinggi orang cari, semakin popularlah produk/company itu


C) Google backlink
Semakin tinggi semakin hebat. semakin banyak yang bagi backlink, semakin popular syarikat itu di dunia



D) Alexa rank
semakin sikit semakin hebat. website yang mempunyai alexa rank yang bagus, menandakan websitenya diselia dengan bagus


E) Page rank
semakin tinggi semakin hebat. dari 0-10, PR dikira berdasarkan betapa popularnya website ini dikalangan pengguna internet lain. nak dapat PR 5 susah!


JOM kita lihat apakah Top 5 MLM Company di dunia


1 - Herbalife

  • A - 3600 juta/29 tahun - 124
  • B - 72
  • C - 839
  • D - 28,344
  • E - 6

  • A - 8400 juta/49 tahun - 171
  • B - 70
  • C - 719
  • D - 9,298
  • E - 6

  • A - 2500 juta/46 tahun - 54.37
  • B - 39
  • C - 310
  • D - 20,196
  • E - 6
nota : aku ambil tahun 2009 sebab operasi tahun 2010 belum diumumkan lagi. Alexa rank, page rank, google backlink dan web search interest diambil pada jam 12.23 pm 10/11/2010 nilai ini akan sentasa berubah dari semasa ke semasa


Hebat jugak sebenarnya Amway ni. 8 billion lebih dah sale. mantap! tapi kenalah dengan nisbah tahun sebab amway dah agak lama iaitu dah 49 tahun (2009) Sebab utama Herbalife no 1 dan bukan amway aku pilih disebabkan amway masih gagal masuk Bursa Saham New York. Paham2 je lah, nak masuk NYSE ni bukan senang dan herbalife yang sudah 6 tahun berada dalam NYSE mengatasinya dalam hal ini. fair kan? =)


Sebab utama aku tak buat top 5 atau top 10 adalah disebabkan kekurangan fakta mengenai jualan syarikat. Jika mahu melihat kestabilan syarikat, lihatlah pada sales nya. Dalam hal ini, semua senarai diatas adalah cecah billion setahun. hebat kan? sebab tu aku yakin dengan company Herbalife dan akan sentiasa jadi Herbalife Distributor yang akan meningkatkan sales untuk syarikat =)


so, kalau korang nak pelawa aku masuk apa-apa MLM, boleh, tapi dengan syarat, syarikat korang nak pelawa aku tu mestilah lebih hebat dari atas ni. lalala. ada ke? 


rujukan


pss : ada orang nak compare AC Konsortium tak? hihik. showroom pun tak tahu kat mana, macam mana nak meniaga bro? lagi satu, bulan 7 nanti aku akan ke UK. sesiapa nak gelang health bracelet magnet yang sangat BERKESAN dan murah, boleh usha web ni, aku mintak upah sikit2 je. nanti pm ok. call my speakerss!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

92 ulasan:

Aizat Shafiq berkata...

hujah yang penuh dengan info bro...
=)

wannurfazrini berkata...

dah kantoi tu kantoi la jugak . nak jugak wat fitnah palsu kat blogger . kita nak tegakkan kebenaran . tu dah mggelabah la tuu !

Admiral Hafiz berkata...

Bosan dgn artis Malaysia

lepas AC Mizal,
'DR' Fazley lak dituduh menipu..



Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

joegrimjow berkata...

@Aizat Shafiq

ada bukti lagi elok

BEN ASHAARI berkata...

gelang rock ada tak ?

joegrimjow berkata...

@wannurfazrini

tunggu ac jelaskan hal

Kancilbiru berkata...

berani kerana benar la kan...kita sebagai pengguna perlu tahu hak kita...jangan main taram beli jer...

Tanpa Nama berkata...

salunya orang join MLM ni nak cari downline ke nak jual product?

joegrimjow berkata...

@Kancilbiru

hak kepenggunaan itu sentiasa ada

joegrimjow berkata...

@Dean winchester II

tak tahu. kalau ku suka jual produk sebab herbalife berkesan.

arek berkata...

ganas btol mu..hahha

eiffel berkata...

hurm..lps ni apa plak alasan dorg ea...

Matjoe berkata...

bro, wa tabik sama lu. mlm camni laa yg wajib didedahkan penipuannya

SyerAgh berkata...

blog mne yang dia aim?

molmolla berkata...

hahahahaha!! aku sokong kau joe.. :D
btw, bagus gila herbalife kau ni..

Ainismaira berkata...

mari tunggu dan lihat.. ^_^

Mama Zharfan berkata...

berani kerana benar joe :) :)

cik syara! berkata...

kalau AC boleh bg info macam ni baru la org percaya kan?
hehe :)

*your junior at SBPIK ;)*

ChiLaBaey's Spot berkata...

Adoiii... Sakit perutlah masing2 lepas ni... :)

joegrimjow berkata...

@ChiLaBaey's Spot
sakit2
hehe

joegrimjow berkata...

@cik syara!

iye
ni main buat laporan terus je

joegrimjow berkata...

@Mama Zharfan

takot kerana salah

joegrimjow berkata...

@molmolla

sangat bagus kot molmola
hehe

joegrimjow berkata...

@SyerAgh
xtau r
aidid kot
huhu

joegrimjow berkata...

@eiffel

entahlah, kena tunggu reaksi berikutnya

L@n@ a.k.a Mak Budak berkata...

benda yg mungkar sekejap je allah nak tunjukkan ..

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

har har har har.

kejar duit sgt sampai semua 0rang die tipu ishhh ishhh.

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

kalau betol pakai gelang tu bleh sihat, aku yang slalu sakit ni nak guna la. =_=" Tak payah aku jumpa pakar cuti ni.

lagi satu lakan, weee.... bisness tanpa jual barang? Pandai! Bukak buku teks tingkatan tiga balek!

Anyway, org yang dia report tu education person. Education here to protect us. fuuuuu...

bak kata org, nafkah anak pon liat nak bayar ye tak?

intankuterpilih berkata...

apapon berlaku, amway tetap ngetop bagi aku...sebab produknya memang terbaik yg pernah aku jumpa.dan lagi 1, amway tak bagi ahlinya kondem syarikat lain, tu yg aku tabik spring..tp ada juga kot yg suka kondem, yerla, dah namanya manusia kan...

Eazy Izzuddin berkata...

uish gile ah...

ish3..
xD

Entry Baru:
*CONTEST- MISS LOLLY'S | BIRTHDAY*

paih ujey berkata...

nak join herbalife cmner??kekeke..
Visit paihujey.com

Tuan Din berkata...

Jgn goyang bro!! lu kena buktikan bukan Semua Blogger suka merepek, merapu & memfitnah... Ini kes lu boleh menang nyer... kalu pasal duit GUAMAN ape kata kita donate dari kelab bloger2 sorang sikit.. kita lantik Ajwin Ajeera jadi bendahari..?

joegrimjow berkata...

@miss lolly a.k.a luvfareda

tipu2 gitu ya lolly

joegrimjow berkata...

@IRAH HAJERAH AZMAN

bak kata dia
jangan campo hal peribadi orang
hehe

joegrimjow berkata...

@intankuterpilih

same je lah dengan herbalife. mmg syarat syarikat MLM macam tu =)

joegrimjow berkata...

@paih ujey

contact ku
wahaa

joegrimjow berkata...

@Tuan Din

haha, blogger yang lawyer pon ada jugak ni

aYu berkata...

bagus la bro joe..
awak cakap berasas fakta...

Puteri Iqa Izyan berkata...

jangan pakai gelang! :D

FaRHaN SyAHiR berkata...

joe patot tgok 4life jugak..
mantap jugak and well established even in US.

Dearie Pearls berkata...

ac buat laporan?

tegakkan benang yg basah ke berani kerana benar ni?

aduyai...

Dr Fazley lak apecer..?

Wawa~* berkata...

DATo ac mizal?? perlu ke? sultan manakah yg terlalu murah hati tu? hehehe... eee.. mcm2 la dorg ni. nak berniaga, tp testimoni pun ciplak? how pathetic... hehehe

hayat berkata...

kaki belit memang sentiasa pandai belit, cpt melatah.. dengan herbalife kita just perlu tunjukkan facts. xpayah argue byk2.

atty's berkata...

Kalau tak salah buat pe nak takutkan ..
berani kerana benar.

amway dr dulu kini dan selamanya

Faizal@PeJAY berkata...

kalau dgn fakta nie Ac di sini takleh watpe punya

rhapsody LiN berkata...

ahaha.. tadi bc paper fazley plak kantoi..

sbb tu islam suruh kite berilmu sbb org berilmu ni x senang ditipu.. :)

Kie-yu berkata...

bro!
ada keje kosong tak
aku nak jadi speakers ngko
hee :)

joegrimjow berkata...

@Kie-yu

lol
boleh2

joegrimjow berkata...

@rhapsody LiN

dah tahu dah isu tu
tunggu reaksi die

joegrimjow berkata...

@Faizal@PeJAY

mungkin ac disana boleh?

joegrimjow berkata...

@hayat

memang betol cik hayat
appy bestday

joegrimjow berkata...

@Wawa~*

pahang rasanya

misz beauty berkata...

See, Mary Kay is on list... Tak sia2 i jadi beauty consultant for them... BTW ke tiga3 produk nih my family get into the bisnes... my auntie in herbalife but tak sehebat en joe nih... Then me and my other auntie get into Mary Kay the last one in Amway... Hoye!!! ;-)

Azah berkata...

amway n herbalife sama2 hebat..nk pilih yg mana satu ni??? huhu...
masuk dua2 la.. blh?

p/s: tp aku pernah guna amway je, x pernah lg guna herbalife.. kena try jugak la nmpk gaya...kedai herbalife kat kb kat mana ek?

Wan Gerrard berkata...

sokong joe & syarikat Herbalife
itu Ac banyak tipu orang di sini

atreyu strange berkata...

ahaa! senyum kambing aku baca entri ni! terbaekk la joe! :P

fitri berkata...

rasanya lagi elok kalau dia jawab tuduhan tu secara profesional..lg bgs drpd salahkan org lain..

farhana berkata...

AC MIzal wat laporn polis?
ayok tatayo
hihi

Tanpa Nama berkata...

hmm berani kerana benar but awk pun take care la yep.jangan cari pasal sangat dgn dia even we need to spread the truth.

-tanah-

izzahfarhana berkata...

woww Mary Kay pun ada, tapi dah xjual2 MK. Skrng mnum herbalife!yey sdap!

y@n@ M!B berkata...

mcm² AC ni..sudah terang lg bersuluh..smpi dah abes bateri lampu suluh duk men suluh²..huhuhu~ =P

Masy berkata...

AC mmg dah kompem dato' eh?

cik EPAL berkata...

blog joe salah satu yang dia aim ke?? ac dah dapat dato'? baru taw =)

Yunus Badawi berkata...

Tahniah kerana memberi pendapat yg disokong dgn data2.

Anak aku dulu masuk jadi pengedar Herbalife ni. Mula2 tu semangat giler tapi lepas tu hampeh. Takde daya tahan mcm ko ni.

asfiedaimpiana berkata...

salam joe...tabik bro!...sis dah 2-3 hari usha fan pages SNTMLM kat fb tu, mmg brapi la rasa bila tgk footage yg derang letak tu...tp betul apa yg dikata oleh derang tu...
Then tambah bengang slalu nak jdkan org gomen ni mangsa derang suruh buat loan. Siap tu Maybank support beli hp cap derang...emmm apa nak jadi laa

Kita kena brani sekarang ni, bio jd mcm rakyat oversea n peniaga takut dgn kuasa pembeli.

suffer8zine berkata...

aku rase kalau die buat list wanted nix kat fb kompem2 ade nix aku, nasib baik list blog je die report, pape hal bro aku support kau, tc

Terkini : Contoh gurauan manja

joegrimjow berkata...

@misz beauty

haha, kena beralih pada herbalife mizz beauty =)

joegrimjow berkata...

@Azah

contact ku ok =) wahaa

joegrimjow berkata...

@Wan Gerrard

dapat email yg dedahkan lagi banyak
hum2

joegrimjow berkata...

@atreyu strange

nak senyum jugak

joegrimjow berkata...

@farhana

aiyyok
tatayoo jugak

joegrimjow berkata...

@izzahfarhana
ye haaa
sodap2
=)

joegrimjow berkata...

@y@n@ M!B

xterang2 jugak
sebab tu la kot

joegrimjow berkata...

@Yunus Badawi

meh nak training dia meh
huhu

nabil_potter berkata...

berani sungguh ang.. :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

tak sabar nak tunggu tindakan selanjutnya huhu


LATEST ENTRY

NAK P MEKAH PON PAKAI BULU MATA PALSU?

TUTORIAL CARA NAK ASINGKAN KOTAK KOMEN DAN CARA NAK BUANG WORD VERIFICATION

HIDUP DI KAMPUS: INDAH ATAU SEBALIKNYA?

||| PöJìé PööH ||| berkata...

Good job Jo! Inilah penulis yang kita mahukan, menulis dengan fakta dan bukan setakat kata2 barulah fitnah tidak tersebar merata2...

Love,
PojiePooh Abdullah

f_aRa_aINa989 berkata...

berani kerana benar..
=)

Tanpa Nama berkata...

Good

AdiE berkata...

mcm2 artis malaysia nie kn..

lalink7 berkata...

huihhh...autaa betol..tp msalahnya dia tetap kaya tue yg xtahan tuee..haihhh

joegrimjow berkata...

@||| PöJìé PööH |||

baru cakap ada lesen
tapi xtunjuk pun

joegrimjow berkata...

@nabil_potter

berani kerana benar gitu
=)

FareedSairi berkata...

Bro...hang kene sisat sekali ka?

Cerita Kreatif
7 kemuliaan dalam 7 amalan
Jom Komen: keputusan survey Kitar Semula
Jom Undi Si Tukang Tulis dalam Nescafe Chill Lah Gig Contest

miMiE aZiMaSK ^V^ berkata...

hohoho

arinie kuar paper disyaki takder lesen plak...

heheheheheh
cerdik...

dah tak amik lesen pie wat report.. memang kena laa...

tapi apa pun tunggu je apa pihak berkuasa nak buat...

jgn sebab title datuk n artis tak dikenakan tindakan kalau disabit kesalahan..

// klik sinie jom ke blog mimie azimask untuk entry baru :D ... //

DaHLia berkata...

sis mcm nampak JOe di antara 5 tu..
takper, persoalan kamu tu betul..tu je soalan yg dia perlu jawab.tak perlu nak rasa takut pun kalo berada di pihak benar kan...

"melayu takkan belasah melayu"
tapi...banyak jer kes
"melayu baham melayu"

xperlah, nak join MLM ke apa ke, biarlah yang betul2 dipercayai..tak menipu sana sini..ingat je, keberkatan dalam hidup tu penting.

JundullahOsman berkata...

hmmm
banyak jugak keraguan dalam company ac ni rupanya.
masak la lepas ni.

misz beauty berkata...

herbalife macam agak susah la en joe... mary kay sangat senang... juz give them beauty class then mesti dapat jual... tak pernah mengecewakan... ihihiii ;-) maybe one day... if nak join mesti duk bawah u...

J.M.R berkata...

x abes lg ek kes Ac mizal nih...cian mak pak dia..hehehe

a n a s t a s y e a berkata...

Gelang? Macam tangkal je. Dari percaya kat benda2 nie baik jaga pemakanan dan berdoa kepada tuhan setiap masa. Lagi best!

Haru berkata...

artikel yg lengkap dgn bukti..terbaek bro..
ac nie skrg dah snyap..rncgan ac disini pn dh xder?? kenapa? tpuk dada tnye slera la

Tanpa Nama berkata...

Or simply important some coinage, kredyt pozabankowy bez zabezpieczeń however , really don’t are up to the point payday? The item happens kredyt bez bik to be able to an incredible number of People across the country regularly. An issue comes up and you require rekomendowane witryny internetowe some money, but your look at isn’t transferred but still. But only if podlinkowane źródło na ten temat there is one way to tani pożyczki pozabankowe pick up a payday advance loan on the web, ideal?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW