Share

Apabila Joegrimjow cakap pasal CINTA

Kali pertama pandang seorang wanita, terdetik dalam hati ‘haa, dialah ORANGNYA’ Mulalah pasang ayat lawa minta no telefon, tak pun akaun facebook dan yang lagi hebat sekarang, akaun twitter. Nanti boleh twit-twit dengannya!! Dah dapat detailnya, mulalah pasang untuk dating. Perasaan ketika dating? fuhh, bagai tsunami yang melanda pantai betapa bercelarunya minda - nak pakai apa, nak makan kat mana, bowling atau wayang, dia suka ni tak, dia suka yang tu tak. Bila dah berjumpa, alahai perasaan bagai air yang mengalir di hilir sungai, begitu tenang. Penuh romantis!


Sesudah berdating, teruna dan dara ambil keputusan untuk kapel. Dua-dua setuju, masing-masing cuba ‘jaga’ sikap diri sendiri supaya hubungan itu terus kekal. Ada yang kekal, ada yang tidak. Ada yang jatuh cinta dengan pasangan lain, ada yang terpikat dengan orang lain.


Lumrah bercinta?


Oohh shit!


Kalaulah aku ni sedikit bijak dari yang dulu, membelek buku atau google di internet perkataan LOVE, sudah pasti aku ketemui apa disebalik cinta. Apa disebalik makna cinta. Cinta dari segi sains? Cinta dalam perspektif agama? Ohhh, lelaki ini bodoh sedikit dengan membiarkan perasaan yang dimangkin oleh hormon gatal untuk jatuh cinta - dengan orang/barang yang sedap mata memandang


Kronologi cinta


Memang kajian sudah dibuat, perasaan cinta yang wujud boleh memangkinkan beberapa hormon dalam badan keluar dengan banyaknya yang mana hormon itu akan membawa sesiapa yang bercinta ini berada dalam khayalannya. Sedih tapi benar, perasaan cinta itu akan mula surut ketika proses bercinta itu sedang berlaku. Heyy, perasan atau tidak, orang yang kita minat/cinta itu akan sampai masanya perasaan itu menjadi kaku. semakin pudar selari dengan masa. Graf songsang. Semakin lama bercinta, semakin kurang perasaan cinta pada si dicinta. Betul atau tidak kajian ini, korang tahu jawapannya kan?


Cinta yang tidak dipengaruh oleh hormon (kajian kes 1)

Ok, lebih realistik kita sertakan dengan contoh. Cinta pada Lisa Surihani. Alaaah, asyik-asyik lisa je! Ok-ok, kita tukar kepada yuna pulak. Hi yuna =) Punyalah cinta pada si gadis comel molek suara lunak merdu ni, habis semua cd yuna dibeli, semua poster yuna ditampal, yang tak boleh tahan, nama yuna disebut-sebut dalam doa 5 kali sehari, biarlah jodoh aku dengan yuna. Wow, sangat hebat taraf cinta macam ni!

Yang peliknya, perasaan cinta pada yuna ini tidak pernah berkurang. Dulu masa yuna budak hingusan lagi, minat gegile, bila yuna dah glamer, minat gegilerr lagi, bila yuna dah meletup glamernya, masih lagi minat gegilerrrr dan bila yuna dah dikenali diseantero dunia, masih juga minat, dan minat itu disertakan sekali dengan cinta yang semakin mendalam.

Tak pernah kurang! jadi, mana betulnya graf songsang tadi? tak betulkan graf tu?


Cinta yang tidak dipengaruhi oleh hormon (kajian kes 2)

Suka makan coklat? alah, mesti suka kan? i yang diet ni pun suka ok. Nak buat macam mana, perasaan makan coklat tu begitu mengasyikkan. so, let say i said ‘i fall in love with chocolate’ sound crazy ya? bergantung pada korang nak translate love tu kepada apa, cinta, minat, suka, semua boleh.

Macam kes yuna tadi, dari kecik suka coklat, dah dewasa suka coklat lagi, dah tua kerepot pun sibuk suruh cucu pergi beli coholat ferorose (pronunciation orang tua takde gigi) Tak pernah berubah minatnya itu, malahan semakin hari semakin suka. Erkk, sekali lagi graf songsang masa vs cinta tadi tak boleh nak pakai


Rumusan kajian kes 1 dan kajian kes 2

Ok, point yang penting perlu di highlight dalam kes 1 dan kes 2 adalah, ia mempunyai satu persamaan. Apakah? Yuna suka makan coklat? no no. Coklat suka makan yuna? hoho, lagilah NO! Persamaan dia, orang/benda yang kita minat tadi, tak pernah katakan dia minat/cinta kita balik!


Haa, terkejut? Inilah penemuan terbaru dalam erti cinta joegrimjow. wahaa. clap-clap your hand!


Cuba yuna call cakap dengan aku ‘joe, i love u more than what you know’ erkk, mau jadi gila bayang dan bila dah kapel, kawen, cinta tu akan semakin pudar dan pudar.

Cuba coklat tetibe boleh becakap ‘joe, i love the way you eat me. eat la lagi eat la lagi’ dengan serta merta kita buang coklat tadi sebab fikir ia berhantu. kekeke. ye tak?



Pahit tapi benar

Sebab itulah, pepatah mengatakan, cinta orang yang mencintai kita labih baik dari mencintai orang yang tidak cintai kita. wahh, itu pepatah mana pulak tu? Dari mana pun pepatah itu, ada kebenaran disebalik bait-bait sinis itu. is it?


Jangan marah adik kakak cik abang

Dah ada yang tak sabar nak komen nak hentam aku habis-habisan. Haha, rilek-rilek. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan apa yang aku cakap ni, tapi itu adalah pengalaman yang dicampur sedikit kajian. maka hasillah erti cinta joegrimjow ni. Perasaan cinta itu takdelah akan terus pudar sekelip mata camtu je, ia perlahan-lahan. mungkin 10-20 tahun atau mungkin lagi awal 2-3 tahun dah malap


Kajian kes 3 - Cinta selama-lamanya terhadap pasangan yang dicinta

Cinta pada sang pencipta! Pelik tapi itulah hakikat, kita tak pernah bertemu pun dengan Dia, kita tak pernah dengar pun suara Dia, kita tak pernah rasa apa-apa pun dengan Dia. Tapi macam mana kita boleh selalu dan selama-lamanya cinta pada Dia? KEPERCAYAAN

Cinta pada sang pencipta! Perasaan cinta pada Dia semakin pudar bila kita buat kesalahan, buat maksiat, selalu berhelah, tidak mengerjakan apa yang Dia suruh dan hidup sentiasa bergelumang dengan dosa. Tetapi sebaliknya perasaan cinta itu semakin menebal bila kita cuba dekatkan diri dengan Dia, tambah amal ibadah, berpuasa sunat, solat tahajud, bagi sedekah/zakat. BELAJAR MENGALAH

Aku yakin dan percaya, bila kita ada 2 sikap ini terhadap pasangan, PERCAYA dan BELAJAR MENGALAH, cinta kepada manusia akan terus subur dan kekal selama-lamanya. Walaupun anda dah berkahwin 100 tahun lamanya =)

Selamat bercinta, hari-hari bercinta. Korang cinta joegrimjow???? oOHHH, I always love u guys =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

44 ulasan:

faiz berkata...

when u find the right person. Take care of her and make her happy. When u lose them, u'll have an empty heart. Forever! =(

Nurin Farhanah berkata...

amboi..balik solat jumaat tulis pasal cinta..

anyway..

cinta takkan kekal lama, melainkan kita serahkan hati kita kepada Allah

love IS all about RESPONSIBILITY anyway...

Mrs Nurul berkata...

betul ke ko cinta sama aku? waaaaaaaaahhh

izuddinrahim berkata...

like tigapuluhtujuhjutakali. hehe

suffer8zine berkata...

alamak bro, dah jadi pakar cinta pula, hehehe :P

Terkini : 10 Kereta Termurah Di Dunia

Nadia Havez berkata...

joe da tuka profesen.. haha~

sangat setuju dengan percaya dan belajar mengalah.

sangat setuju dengan kepudaran cinta by time. yelah, mana ada yang kekal dalam diri manusia ni kan...


psstt:: ni isi khutbah tadi kah? ekekekeek~ ^_^

Dyna Yvonne berkata...

thumbs up ngn entry ni.
cintailah orang yang mencintai kite.bukan mencintai orang yg belum tentu mencintai kite.wah.
>_<

Fina Roslan berkata...

salam joe.

first time komen.
boleh publish hasil research ni.
very interesting!

LynnAiza berkata...

we all love joegrimjow!hahahhaha..
p/s:tkot nk ngaku yg bila ska someone..lalalla~

LiLohOnEy berkata...

hoho~

terbaek bro..

suka entri ni :)

zOuL.MzMn berkata...

kene angau cinta plak ke weh??..

Kay- berkata...

cinta lagi...hmm i suke part Cuba coklat tetibe boleh becakap ‘joe, i love the way you eat me. eat la lagi eat la lagi’ dengan serta merta kita buang coklat tadi sebab fikir ia berhantu.

;) boleh trauma tengok coklat lepas ni~

Azwan Azmi berkata...

kahwin dulu baru bercinta...amacam?

APi berkata...

baek dr love..
kuikuikui~

Wan Gerrard berkata...

hmm setuju2 dgn bro..
terasa sebab syok kat sharifah amani..adoi2 ok

Husna AOmar berkata...

=) bila related dgan sang Pencipta,
it become more interesting

like lapanplohlimajuta ;P

joegrimjow berkata...

@░♥si lampu neon♥░

ahaa
xcaye?
heheee

joegrimjow berkata...

@faiz
WOW!!
=)

joegrimjow berkata...

@cik_paan

yupp
mmg xkan kekal lama

cuba praktik yg kes 3 tu

joegrimjow berkata...

@kembatolo™

lol
thx u

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

bermadah puisi gitu

joegrimjow berkata...

@Nadia Havez

erk, stylo la klu khatib baca khutbah camni =)

joegrimjow berkata...

@Dyna Yvonne

wah wahhh

joegrimjow berkata...

@Fina Roslan

research ala kadar
huhu

joegrimjow berkata...

@nama.aku.lynn

takot tu yg susah tu

joegrimjow berkata...

@LiLohOnEy

thx u for liking
waha

joegrimjow berkata...

@LiLohOnEy

mekasih =)

joegrimjow berkata...

@zOuL.MzMn

haha, dah lama angau dah

joegrimjow berkata...

@Catherine-

hehe, selit sedikit humor

joegrimjow berkata...

@Azwan Azmi

dah pernah buat dah entry tu
huhu

joegrimjow berkata...

@APi

kui2 jugak

joegrimjow berkata...

@Wan Gerrard

pengakuan disitu
hehe

nurayunni berkata...

bgus en3 cinta nie..suke2....

joegrimjow berkata...

@nurayunni

mesti suke pasal cinta kan
hihi

azahrohaizah berkata...

@joegrimjowSalam joe..

KEPERCAYAAN DAN BELAJAR MENGALAH!!

sangat tepat joe..bukan kah hidup kita akhir nya harus bahagia??

Syitah berkata...

kesimpulannya,
cinta kepada Sang Pencipta Cinta dengan sebenar2nya cinta dulu,
baru cinta kepada mahkluk..
inshaAllah graf yang kau cakap tu pun takkan terjadi..
ye dop?
hehe

Masturah Idrus berkata...

ye, saya cinta joegrimjow! haha.

Pengakuan benar. saya cinta orang yg mencintai saya. :) itu lebih bahagia.

mmg betul perasaan cinta itu akan pudar dlm perhubungan itu jika tidak di ikat. So, kenalah ikat cepat2. hehe. Tak sabar nak kawen *ceyt tibe2 je*

Anna Da Lady berkata...

"Love is forever." Tetiba teringat satu lagu ni.:) Lagu sape ntah...
Cinta sesama manusia tak kekal.
Cinta kepada Allah adalah suci dan abadi.
Bila cinta kita meningkat kepada Allah, kita rasa kualiti hidup kita juga meningkat. Ini salah satu lagi kaitan yang awak boleh buat, Joe...Maybe...For me, yes...kualiti hidup...

Tanpa Nama berkata...

lol kat meja tadi sempat tulis satu post? hebat2..masa chat ritu sempat tulis 2 post kan...? haha

ok...ok...lol

p/s: sorry dah banyak mengalah..i know i'm stubborn.u r Just Perfect u know :)


tanah

Bintang Biru. berkata...

kelakar pulak joe cakap pasal cintan cintan ni, HAHA XD

PuanPepel berkata...

jd dr cinta pulak...
cinta pertama susah nak lupa. cinta kedua harap selamanya...haha

seven_eleven658 berkata...

nice..but crash with Mr.K opinion about "Love the one who loves u not the one who u love.".hehe.
baca ni:
http://theotherkhairul.blogspot.com/2009/10/aku-cuma-nak-bagi-tau-14-love-hurts.html

kiwi berkata...

cinta la bnde pling kompleks dalam dunia

Unknown berkata...

kalau berbicara tentang cinta, takkan cukup masa...erk..

semoga dpt ditemui n menemui...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW