Salam,
Semalam boleh tahan lawak jugak entry dari kawan aku izuan pasal brisbane gurl, fida aishah. Memang tergelak sakan aku baca. tergelak sebab baru sampai tahap ketika ni, baru ada blogger yang mendedahkan identiti brisbane girl ni. Lepas entry tu, mungkin sebab aku komen, adalah yang bertanya ini dan itu. hehe. sangat cute la korang ni! Siap bagi link youtube ni, print screen msg dengan dia, bagi link gambar fake die, gambar artwork orang dan tak pasal-pasal inbox aku jadi penuh! Ok, entry ini walaupun tajuk prank, tapi isi kandungannya, sila baca habis. kerana korang yang meminati brisbane gurl itu yang akan terkena prank nanti!!
Sejarah awal
GengBlogger memang hasil tangan kon, seorang lelaki yang berbadan kecil yang tinggal di damansara. Memang dia merupakan antara developer internet yang sangat otai di Malaysia. Cuma dia memilih untuk tidak reveal dirinya di khalayak masyarakat. Sebab itu ramai yang tidak mengenali dirinya secara mendalam. Gengblogger.com adalah hasil kerja dia yang paling berjaya setelah kes yang hampir buat dia mati dahulu. Kon dulu macam aku, suka reveal diri, letak gambar sedang masak, letak gambar sedang merokok, dan macam-macam lagilah. tapi ada satu entry dia pasal kelantan, sehingga membuat orang kelantan marah sehingga ada yang ke rumahnya membakar rumahnya. tapi itu kisah 5 tahun dulu. dari mana aku dapat tahu? dari ben, kan hari tu ben datang rumah aku masa raya (
klik sini) Ben dengan kon, memang kawan rapat!
Apa kaitan dengan Fida Aishah?
Brisbane gurl ini merupakan adik kon. heh, entah berapa ramai yang terbeliak matanya sekarang kan? aku taknak sediakan bukti, ala, korang tak percaya ada aku kisah??? hehe. Sambung balik kisah 5 tahun lepas, sejak kebakaran rumah kon tadi, masa tu fida nak SPM, dia merupakan antara pelajar harapan sekolah kiranya, habis badan dia melecur! Takde lah kuat bahagian badan lain tapi separuh muka dia memang agak teruk. Nasib baik dapat diselamatkan tapi kecacatan muka dia KEKAL!
Sebab Kon rasa bersalah, dia annonymouskan diri dia. Sambil fida hadapi tekanan, memang hidup dieorang sangat susah. Aku dengar cerita ni dari Ben, memang rasa sangat sayu. Sekarang ni, dah hampir 5 tahun, Kon pun dah semakin berjaya dalam bidang website dan memang ada nama di US sana, mereka kembali senang. Walaupun senang, kon masih bersalah pada adik perempuannya sorang ni, hari-hari asyik tertekan
Kehadiran AriffShah
Mamat Moscow ni antara yang terawal mendaftar di laman GB. Masa tu GB takde pape lagi, memang sangat scratch, tapi dibantu populariti ariffshah, GB semakin lama semakin berkembang, sampailah sekarang. Sebab tu kon terhutang budi dengan Ariff, sebab banyak bantu dia. Sehinggalah dia cuba memasangkan adik dia dengan ariff. menarikkan? Tapi sebab ariff pun demand, taknak isteri yang 'macam' tu, dia janji pada kon yang dia akan pulihkan Fida, tapi bukan cara kapel, tapi melalui blog!
Kewujudan blog Fida
Blog itu arif yang buat. Jalan cerita, brisbane, gadis kelate kacukan, semua arif yang buat untuk Fida. Tujuan asalnya bukanlah untuk menarik minat pembaca, tapi sekadar untuk tatapan Fida. Dia mahu Fida bangun kembali mengadap dunia yang nyata dengan berimaginasi di dunia blog. Bulan 7 lepas, kon mengajak aku dengan ariff untuk tengok fida ni, memang seperti orang putus harapan, badan yang keding dan tidak bermaya. Sebab itu aku sokong arif bina blog fida, suruh dia baca dan cuba berkomunikasi dengan pembacanya. Walaupun entrynya arif yang buat.
Bulan lepas rasanya dia dah semakin ok. Aku tak pasti apa hubungan dia dengan Arif tapi aku yakin, mamat moscow tu pon dah awal-awal hanya nak tolong kembalikan semangat Fida saja, not more than that. Kon pun puas hati dah sekarang sebab Fida dah kembali boleh senyum. Tapi kes kembali teruk apabila Arif akan pulang ke moscow!!
Berjumpa dengan Fida
Masa tu Fida dah ada hati dengan ariff, dia seolah merasakan ariff adalah sinar baru baginya. Aku kalau berada di kaki ariff pon, tak sanggup untuk memilih isteri seperti fida. bukan apa, anak muda, mestilah mencari yang rupa nya tiada cacat. fida bukanlah hodoh, tapi kesan kebakaran dimuka tu menutup kecantikan dirinya. kalau tengok 2 kali, rasa kesian. Aku buat keputusan untuk jumpa dengan fida di rumah kon
joe : ok hari ni? ariff dah balik moscow kan
fida : ok je. tak berapa sihat
dengan slang yang tak berapa nak betul tu, fida yang dulu ceria sekejap menjadi suram seperti 5 tahun kebelakangan ini. Matanya sudah tidak bersinar seperti aku jumpa pada bulan 8 dulu bersama dengan arif semua
joe : ala, rilek2. nak joe call ariff? fida cakap dengan dia
fida : buat apa. dia bukan nakkan orang muka hodoh ni
joe : fida, tak baik macam tu. cantik tu bukan pada muka, pada hati. manusia yang berhati baik, mesti disayangi oleh orang. believe it.
fida : ......
joe : joe call ek
fida : ok....
aku pun ambil iphone 4 yang baru dapat dari
contest DiGi pun call ariff
joe : bro, im with fida now
ariff : ala joe, buat apa? aku tak nak cakap dengan dia...
joe : ish ko, tak baik. kecik hati dia
ariff : hurmmm. meh aku bgtau ko meh
joe : ko nak gtau apa pulak? jangan cakap ko dah ada pompuan lain!
ariff : bukan... aku nak bgtau yang...
joe ; apa dia??
arif : yang......
KENA PANGGILAN HANGIT!!!!!
Gyahahaha. cesdale betul. begitu kuat aku mengelamun malam-malam (entry ni ditulis pada waktu malam) ni sampai habis keluar nama ben, kon, ariff dan fida. ekeke. ni penangan entry lucu dari tubelawak la ni. menceriakan hariku. huhu.
klik sini untuk baca
sebelum korang teruskan membaca, komen dulu prank entry aku ni ek kat bawah, lepas tu sambung balik baca
*******
Fida Aishah Fake???
Heh, aku pernah dengar suara dia 2 kali. 1st time masa aku dengan ariff kat the mines nak main bowling, dia bgtau dia tak dapat datang sebab dia ada kat kelantan masa tu. Kali kedua dia call sebab masa tu dia bgtau takleh datang rumah aku masa rumah terbuka hari tu sebab jam teruk di kubang kerian. Jumpa personal? tak pernah =)
Bukan apa, aku sebenarnya bosan dengan formspring dan facebook yang sibuk tanya pasal fida ni. adoyai, takde soalan dah ke nak tanya. Tanyalah pasal berapa gaji herbalife aku ke, joana aku sihat ke, ni tanya pasal orang yang aku tak pernah kenal. memang agak menyampah! Jadi aku harap facebook dan Formspring aku takde dah yang tanya soalan pasal diri orang lain lagi ek
******
Fake di internet
Korang tahu di korea berapa ramai yang bunuh diri di
sebab internet?(klik link) sebab social networking? ramai! Budaya di internet di negara mereka sangat maju sehingga Malaysia kalau nak compare dengan dieorang kita ketinggalan sangat jauh. mungkin 10 tahun ke belakang? disana, masa kau pergi dulu, budak usia 5 tahun kat kereta api duk main game online. hebatkan? hebat tak semesti tiada kesan buruk. Sangat hebat internet, mendorong kepada sangat hebat kesan buruknya. Dah berapa ramai yang bunuh diri sebab internet disana, pengaruh disana terlalu banyak sangat
Korang kena tahu, di internet terlampau banyak fake identiti. Kenapa buat fake identiti? sebab nak glamer di dunia maya. Orang macam ni selain dari kepuasan diri sendiri, suka menipu orang lain secara sengaja atau tidak, ada juga kisah yang sebab dah terlalu obses di dunia maya sehingga menjadikan dunia maya sebagai dunia mereka sebenar. Itu satu realiti, realiti yang pasti.
Korang percaya aku sebenarnya ini?
tak pun ini??
Takkk
Sebenarnya diri aku yang ini!!
Wakakaka
Tengok, betapa senangnya nak buat fake identiti ni. Cari gambar jarang orang tengok, post kat blog dan facebook dan serata media social network lagi, done. satel!! Sebab tu aku suka buat gathering, jumpa dengan orang di dunia realiti, ini sebenarnya aku, bukan orang lain. Aku dalam blog dengan diluar, sangat berbeza. Tak caya tanyalah yang dah jumpa =)
ButtHurt
So, korang janganlah kecewa, terasa hati, terasa ditipu, terasa jiwa sengsara apabila ketahui orang yang korang admire adalah fake. Banyak sangat kat dunia blog ni yang macam tu. Aku?? Janganlah admire aku ke apa. Cukup korang kagum dengan apa yang aku tulis (kalau ada) dan untuk admire aku kat luar, jumpa dulu baru tahu. Korang jangan expect orang kat dalam dunia maya dengan dunia realiti orang yang sama, too many fakers!!! Nak jumpa,
jom vote sini, kita buat gathering besar-besaran dapat sponsor
RM 10 000. jommmm!
Untuk lama di dunia Maya
Be yourself. Orang fake ni tak tahan lama. last-last bila dah glamer, orang dengki dan akan reveal jugak diri kita sendiri. Masa tu kalau dah betul u femes, akan ada orang ugut dengan duit lagi. kalau u dapat sejuta dengan femes u tu, i ugut 2 juta, mana u nak cari? jadi diri sendiri, tiada siapa yang nak ugut u. Korang tengok
kak jie, macam mana dia jadi macam tu. walaupun duk cerita pasal intan, dia dengan husband dia, pelik kenapa boleh sampai traffic 100k sebulan? tak pelik jika guna diri kita sebenar. cuma.... ia tentang masa. bila nak booom, itu bukan kuasa kita!
To Fida Aishah
Aku rasa tak guna aku pm ke apa sebab dia akan cakap benda yang sama. erk, ada orang bgtau yang u pergi uum hari tu jumpa dengan RAMAI orang sebenarnya sorang je yang datang. u buat petikan gitar tu sebenarnya u amek dari
pakcik sini. Gambar2 u kat blog tu banyak u
amek dari sini. Gambar profail picture terbaru u yang pegang jam tu u amek
dari sini dan... banyak lagilah. hehe. But for me, nothing personal. Siapa yang tipu siapa yang betul, not really important. Tapi sebab dah ramai yang percaya bulat-bulat, dan masih ramai yang tak sedar dengan dunia 'fake' ni, aku rasa better u bagitau hal sebenar. Jangan sampai i bgtau pasal siapa 'u' sebenar under NUFFNANG sudah. habis dunia internet ni jadi kotor dan tak ramai suka blog lepas ni. i pun terjejas ok. i pray for ur 'health, get well soon bro' eh silap 'get well soon dear'
Dan jangan korang sumpah tak halal duit nuffnang sebab benci fida aishah sebab tak banyak pun dia dapat. where i know? i kan orang nuffnang skrg. ahaksss =)
enough
kepada kon
sorry bro guna nama ko, haha. stylo tak cite atas? kekeke. GENGBLOGGER.COM bila nak maju bro? we miss GB.... a lot!
wlpon dalam penulisan dia nampak macam 'fake' dan nak kejar traffic semata2, di dunia betul dia memang kawan yang baik. orang macam ni yang patut dibuat kawan!
sorry bro libatkan nama ko sekali dalam konspirasi atas. prank2
kepada fida
enough me writing about him. oppps, her lah. him or her? bothlah =)
pss : dia adalah pompuan. penulisan dia je kadang2 perempuan dan kadang2 lelaki. nak konspirasi lagi? fida aishah + ariff shah =
faridzulasyraf.com. gyahaha, sape amek url ni wehhh????