Khamis, 28 Oktober 2010

Gambar : Suasana di Galas

Agak lewat bertolak ke Galas tadi, lebih kurang pukul 3 petang. Tapi dengan kepantasan Nissan Sentra, pukul 5 suku perjalanan sejauh 188km itu dah sampai. Sampai terus solat asar dan jalan-jalan tinjau keadaan sana. Tempat yang dituju adalah bandara lama Gua Musang. Masih suram dengan hanya kebanjiran bendera PAS. Bendera UMNO ada, tapi sangat sedikit. Banner PM kita dengan 1Malaysianya wajiblah ada kan?


roket naik ke bulan


anak cina dan anak india yang bakal berkhidmat untuk negara


PM sangat hensem di banner ini, putih!


Antara pekerja BN yang menyiapkan bendera


Antara Markas PAS


Wakil PAS yang bertanding, ada wakil DAP yang berucap menyokong



Tuan Guru Haji Hadi, idham lim dan beberapa pemimpin cina lain



Lebih kurang pukul 8.30 malam, terkejut jugak dengar suara di cerong pembesar suara yang bercakap dalam bahasa cina. Memang seingat aku calon parti pembangkang di Galas ini adalah PAS. Rupa2nya ada wakil DAP yang datang untuk menolong calon PAS bertanding. Baguslah macam tu.


Kata orang sini, bandar lama ini memang kubu kuat PAS. sebab itu pada malamnya, banyak ceramah dari orang PAS. Aku nak jugak tengok orang UMNO berucap bagi janji2 manis, tapi cari2, tak jumpa. Kata mereka, kebanyakan berkampung di kawasan pedalaman sikit, orang asli sebagai target. Ini method UMNO untuk menang di Galas katanya.


Mak cik Galas

Aku dan kawan aku yang pergi ke Galas dengan memakai baju biasa. Memang orang sekali nampak macam orang 'jauh' siap ada yang tanya, 'datang dari mana' aceceeh, bukannya 'maghi mano nih?' heh, nampak sangat mereka anggap aku dan kawan aku ni orang luar. pelancong politik kot? Sempat berbual dengan seorang mak cik disana. Katanya


'sini sambut raya 3 kali!'

jawab kami 'raya islam, deepavali, chinese new year?'


dia sambung lagi


'Bukan bukan, RAYA haji, RAYA aidilfitri, pilihanRAYA'


Heh, pandai pulak makcik melawak. Apa-apa pun, nanti macam nak pergi lagi sekali. Tak puas hati takleh jumpa dengan Anuar Ibrahim (walaupun dah bertwit dah) dan juga kj serta puteri2 UMNO yang comel2. 4 Nov turun lagi la!


pss : apabila pilihanraya, rakyat setempat jadi kaya! rezeki

12 ulasan:

  1. ak x sbar nk tggu plihan raye yg ney.
    tp 2 tmpat ney cam da bley agak jee kputusan die huhu

    BalasPadam
  2. ada buat kuih RAYA tak? HAHA

    BalasPadam
  3. x silap ade masalah pasal logo parti yg digunakan kan? ade pape cite bro? heheh

    Panas! : ENTER

    BalasPadam
  4. ala...
    nak balik gaks!!!

    BalasPadam
  5. tunggu.
    jgn tak tunggu.
    saya tentu2 yakin yang 'menang' tetap akan 'menang' di situ.

    BalasPadam
  6. joe, 4hb turun lagi ker? huhu.. trgin nk jmpe demo ler... tapi tu lah, skrg msim exam.. susah gler nk ade masa free jln2 p sana p sni...

    BalasPadam
  7. @aried

    iA turun lg
    xpe, nanti ada masa kite buat gathering. huhu

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.