Share

Sepagi bersama Tuan Guru Haji Hadi

Salam


Niat untuk memperkenalkan herbalife kepada tuan guru, maka kereta Gen2 meluncur laju ke Kuala Terengganu. Bertolak pada jam 8.30 pagi, meninggalkan blog ini tidak berupdate pada waktu paginya. Tepat jam 11.00 pagi, sampailah di kediaman rasmi Tuan Guru Haji Hadi. 2 Jam setengah, memang laju dan entah berapa saman ekor pun tak tahu kena nanti!


Aku : Assalamualaikum, saya datang untuk.....


Aku kaget! Tuan guru yang tersenyum melihat aku yang kaget itu menyambut salam dari aku. Kaget kerana tuan guru takdelah se'besar' dalam gambar yang aku nampak di internet. Maka hancur musnahlah untuk meniaga. Alhamdulillah, walaupun tidak jadi nak meniaga, dapat banyak ilmu dari Tuan Guru. Jom kita baca apa ilmu yang Tuan Guru bagi


******

Doa senjata Mukmin

Dalam islam, nilai doa diletak begitu tinggi sampaikan dalam solat, rukun ke4 solat adalah membaca al-fatihah yang mana kandungan didalamnya begitu banyak terkandung doa kita kepada sang pencipta. Seperti kita tahu, bacaan al-fatihah itu sendiri sarat dengan doa-doa seorang hamba kepada penciptanya


Tuan Guru ada ceritakan perihal ungkapan 'ihdina' iaitu tunjukkan kami dan kenapa tidak 'ihdini' tunjukkan saya sebabnya semasa solat pun kita perlu sentiasa mengingati ahli keluarga kita, sahabat kita dan orang lain juga. Jika mahu berjaya, jika mahu masuk syurga, jika mahu Allah kurniakan hidayahnya kepada kita, orang lain jangan dilupakan juga doa kepada mereka!


Itulah kecantikan yang ada dalam islam!


******

Kenapa jumpa Tuan Guru?


Aku sebenarnya sangat-sangat suka untuk menerima ilmu dari '1st hand' ini. Contohnya pagi tadi, Tuan Guru kongsi ilmunya yang aku rasa cukup tinggi dan dekat di hati dalam suasana yang cukup harmoni. Macam aku dengan dia berada di dalam satu bilik yang tertutup dan mendengar begitu banyak ilmu dan yang hebatnya, semakin lama dengar dia memberi nasihat, semakin pendek masa yang berlalu. Inilah orang kata berkat Ulama' kan, huh, memang hebat!


Komen pasal dakwaan UMNO, PAS bagi duit kepada student oversea


Baru-baru ini ada kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai betapa banyaknya pelajar yang dihantar ke luar negara balik dan menentang kerajaan. Aiyok, pasal ini aku rasa nak tergelak pun ada dengar, mana taknya, ada sangat ke PAS duit nak bagi duit berjuta kepada pelajar di oversea tu. Aku yang duduk di UK pun memang menerima duit dari MARA sentiasa, takde pula PAS (walaupun PAS memerintah Kelantan dan aku rakyat jati Kelantan) bagi duit bulan-bulan. Ok, meh sini ku bagitau kenapa ramai student oversea balik tak sokong kerajaan

  1. Sikap keterbukaan di luar negara yang sememangnya terbuka luas. Kita terbuka ke?
  2. Pelajar sudah bencikan hiburan, sekarang ni negara kita begitu banyak hiburan, macam mana nak tertarik?

Cukup 2 ni pun dah tunjuk alasan kukuh kenapa mereka balik mencari Islam. Agak-agaknya dengan dasar UMNO sekarang, boleh ke mereka cari islam dengan kita? haishh, fikir fikir je lah. Jadi, cadangan aku kepada UMNO, bagaimana nak kalahkan PAS, jalankan apa yang Islam suruh, PASTI PAS akan lingkup! jangan jadi macam negara arab saudi, nama je pak arab tapi islamnya entah kemana. Dengan cara inilah baru pelajar akan tertarik dengan sendiri dengan UMNO, tak payah nak pening kepala fikir sebab-sebab yang tak masuk akal



*****


TETTTTTTT


Masuk politik kuat sangatkan bahaya pulak. tak pasal pasal kena tarik skoler. ekeke. tak pe, itu teguran, jadi terimalah seadanya kan? Berbalik kisah jumpa dengan Tuan Guru tadi, banyak lagi benda yang aku kagum dengannya. Contohnya keadaan rumahnya. Ya Allah, memang tak mewah langsung. Ada aku snap gambar ni masa dia cakap cakap dengan aku tadi. jom tengok




Haaa, duduk bersila ya kawan-kawan. aduss, cuba kita fikir lah, dengan dia yang bertaraf dah presiden PAS ni, rumah sepatutnya mewah la kan. Kaya raya la katakan. Tapi fikir balik, menjadi soalan di akhirat nanti akan ditanya, kenapa rumah ko mewah sedangkan orang yang kau perintah papa kedana, miskin? apa yang kau buat? heh, susah nak jawab kan? Wakil rakyat kita yang rumah besar besar tu dah prepare jawapan ke? ngeeee


Ok, tengok apa hidangan yang dijamu pada aku





Keropok dengan karipap! Memang gaya zuhud habis! Kalau dulu Menteri Besar Perak belanja makan sedap, tuan presiden ni belanja makan keropok dengan karipap je??? dalam hati ada juga tertanya, takde duit ke orang PAS ni? tapi kalau fikir balik, buat apa nak jamu benda mewah mewah kan, tak payah la nak berlagak kaya ke apa sebab masih ramai yang perlukan duit tu. Prioriti. contoh nak bina masjid, buat apa nak bina masjid banyak-banyak kalau takde orang nak penuhkan masjid tu? heh. ok, masuk logik. Apa-apa pun, rasa karipap tadi, fuhhh, sedap. Tuan guru ada anak perempuan ke? ekeke =)


Yang paling mahal




Heheh, mestilah gambar aku dengan Tuan Guru. Terima kasih banyak banyak Tuan Guru kerana kongsi ilmu yang sangat banyak tadi. Memang berbaloi walaupun tak dapat nak meniaga, tapi ilmu yang diperoleh tadi membuat aku tak sabar-sabar nak berpuasa esok ni. Untung kita jadi umat islam ni, sentiasalah bersyukur



pss : Presiden sebuah parti politik, tapi ilmu banyak pasal agama yang diceritakan! siapa cakap politik tu kotor huh? Entry anak muda kena politik ni jangan lupa baca ya =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

32 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Joe!

Bestnya kamu jumpa dia.

Ku jengah2 je Tuan Guru Nik Aziz dari jauh lepas solat kat Masjid Pulau Melaka tu.

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

pernah jumpe tok guru nik aziz je. wow joe!!!!

joegrimjow berkata...

@miss lolly a.k.a luvfareda
ku x cakap2 lagi dengan tuan guru nik aziz, sempat tengok2 je huhu

Nurul berkata...

waaaaa.. rindu umah.. tak sampai sekilometer umah ngn umah tok guru.. wuuwu.. makkk i miss u.. hee tetiba jerk..

tok guru ade anak perempuan..nama dia mariam kot.. satu skolah ngn aku.. tp lupa umur brapa. huhu

Azrul Hisham berkata...

best nya...aku anak jati terengganu pun tak sempat lagi jumpa dia...hehe

Hami Asraff berkata...

Pergh Joe! Aku pun teruja kalau jumpa ulama yang disegani. Memang mereka langsung tak mengejar kemewahan dunia. Itu yang paling utama.

Unknown berkata...

terbaik demo joe...terbaik

Faizal Sulaiman berkata...

perghhh terbaik la joe! semua tokoh2 pas yg aku tgk, semua merendah diri esp dr segi harta benda:) kagum!

zool berkata...

best tu.. teringin gak nak ambil gambar tapi ......

joegrimjow berkata...

@zool

gambar yg pentg ya?

shazika berkata...

wohaaa joe.
kamu dah jumpa tuan guru

Fared Isa berkata...

salam ziarah...

wow, jumpa tok guru hadi, kagum bangat sama kamu!
i really admire owg2 alim mcm hadi n nik aziz...sifat diowg mmg langsung xda pada pemimpin umno...

n based on the picture, tok guru hadi mmg segak lah org nya...bersih je muka...

anyway salam ramadhan joe... ;D

joegrimjow berkata...

@Fared Isa

sangat bersih muka dia
nyaman je tengok

Nazz@Purple berkata...

perkongsian yg menarik..selalu cemburu ngan awk sebab pandai menulis..

ape pun Salam ramadhan joe

joegrimjow berkata...

@Nazz@Purple

salam ramadhan juga

x-po berkata...

kawe ni walaupun penyokong kerajaan, tp kawe setuju dgn gapo hok demo oyak tu boh..sememangnya pemimpin umno bodoh..tak nampok semua ini.

Rasuah polis atau tak? RM300 atau RM50? Pilihan anda?

Sha-na.Szied berkata...

ehm, ritu pon jumpe die kat moroco.. die datang untuk tujuan politik gak ngn kerajaan morocco :)

mmg best gaya nasihat die :)

joegrimjow berkata...

@Sha-na.Szied

sampai moroco ye?
jauh2

mr.syazwan berkata...

S
E
L
A
M
A
T

B
E
R
P
U
A
S
A

Emy Ahmad berkata...

Pembukaan tirai Ramadhan yang menarik...Alhamdulillah mantap!

joegrimjow berkata...

@Emy Ahmad

thx u

ceksumolek's berkata...

joe.. banyak typo nih.. kerana jadi keraa.. huhuu.. (saja tegur takut xperasan)

aizatshafiq berkata...

seronok betul berjumpa Hj. Hadi...
kalau tengok pemimpin PAS semua macam tu kan?...
tengok je la Mursyidul Am PAS, Nik Aziz...
rumahnya tak la sebesar mana pun kan..berpangkat menteri besar pulak tu...
tapi kalau kita tengok rumah bekas menteri besar Selangor yang 24 juta tu macam mana pulak ye?...
agak-agak diorang dah ade jawapan ke?...

Jard The Great berkata...

hehe.. masuk harakah daily

Tanpa Nama berkata...

ermmm.. jangan fanatik dengan pemimpin.. dia tak jamin kita pon masuk syurga.

joegrimjow berkata...

@Anonymous

xfanatik pun, ceritakan mana yang betul
xkan kite cerita kebaikan ibu kita pun di panggil fanatik kan? huhu

Tanpa Nama berkata...

salam,

nak minta izin copy gambar yg diambil ttg TGHH utk tunjuk pd member lain kesederhanaan seorang pemimpin ..boleh tak ?

R

eNaSaN berkata...

salam Joe..

salam ramadHan..


kagum...............

Tanpa Nama berkata...

Salam Ramadhan...

Sejuk hati tgk orang yang beriman.

Alhamdulillah.

Sesungguhnya kita bukannya fanatik... cuma mengangumi dan hormat.
Bila tgk pemimpin UMNO rasa menyampah n meluat.

I wonder why?

joegrimjow berkata...

@Anonymous

ada je yg pemimpin UMNO tengok tak meluat =)

tp kebanyakan, stuju cakap meluat tengok

Tanpa Nama berkata...

Best nya...nanti jumpa Nik Aziz kim salam..kat dia..dia tak kenal pun..tp kirim salam je la..haha

piNky LuCiA berkata...

dah lama aku tak tengok Tuan Guru.. rindu plak. =)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW