Isnin, 25 Oktober 2010

Alam kahwin (3) : Kebejatan Poligami

Mendengar rancangan tanyalah ustaz pagi tadi sambil menghidup shake herbalife yang sungguh lazat, membuat diri terasa begitu teruja. Teruja disebabkan cara penyampaian ustaz tadi terhadap poligami mampu mengubah persepsi yang tidak sukakan poligami ini. Jangan terkejut, isu poligami inilah yang dicanang, dijaja dan diputar belit musuh islam di negara barat untuk membuktikan poligami adalah buruk. Nasib baik pendakwah bebas islam di sana giat memperbetulkan isu ini supaya lebih terang, poligami sebenarnya adalah rahmat ke seluruh alam!!


Perkahwinan yang terlarang

Dalam alam kahwin (1) dan alam kahwin (2) aku dah ceritakan sedikit sebanyak mengenai isu perkahwinan. Kali ini isu yang tidak kurang pentingnya iaitu poligami. Pensyariatan poligami adalah sesuatu yang jelas lagi nyata di dalam alquran yang membolehkan lelaki berkahwin sehingga 4 jika berkemampuan. Jika berkemampuan inilah perkataan yang sering ditinggalkan oleh sesiapa sahaja dengan memberitahu hanya 'lelaki boleh kahwin sampai 4' Ini seolah mengubah isi kandungan alquran! Sebab itulah poligami dilihat oleh sesetengah pihak sebagai musuh wanita


Poligami membela wanita

Banyak sebenarnya kebaikan berpoligami. Selain menjaga kemaslahatan wanita, yang mana diketahui statistik penduduk dunia sekarang bilangan wanita memang melebihi lelaki, poligami juga dilihat boleh menyeimbangkan tuntutan nafsu lelaki yang cukup buas. Antara cerita dari ustaz tadi, sepatutnya yang dicari oleh lelaki yang mahu berpoligami adalah dari perempuan yang janda, miskin atau mempunyai masalah lain. Cuba bayangkan kalau si lelaki tadi memiliki isteri yang 'tidak berkemampuan' disebabkan masalah kesihatan, bukankah poligami cara terbaik daripada menceraikan isteri yang kesakitan itu keseorangan?


Allah Maha Mengetahui

Sesungguhnya hukum syariat poligami ini adalah dariNya. Hanya Dia yang tahu fitrah kita manusia ciptaanNya bagaimana. Jangan menolak hukum poligami kerana itu kita menolak syariat dariNya. Apa yang boleh ditolak adalah orang yang mahu berpoligami tadi. Jika tidak berkemampuan, yakin dia akan berlaku zalim jika berpoligami, orang seperti ini tidak wajar untuk berpoligami.


Kali ini aku akan berkongsi beberapa faktor yang kenapa poligami menjadi salah. Bukan disebabkan poligami itu salah, tetapi 'jika berkemampuan' itu disalah ertikan!


1) Membinatangkan nafsu


Sesetengah lelaki yang mahu kahwin lain (lebih dari satu) yang gagal jalankan tanggungjawab disebabkan menurut hawa nafsu. Gagal membendung hawa nafsu ini membuatkan dia mahu kahwin lebih, tak cukup satu, mahu 2 3 dan 4. Bagi yang membinatangkan nafsu seumpama ini, angka 4 pun kadang-kadang tak cukup! Dah tahu nafsu tu besar, letakkan diri di kalangan yang bergaji tinggi, ni nak sara hidup anak sorang isteri sorang pun tak cukup, ada hati nak kahwin 4? ish ish ish




2) Kahwin atas dasar cinta buta - muda + cantik


Ada juga yang lelaki kaya berpoligami dengan mencari perempuan muda bergetah, muda dan montok!. Kebiasaannya lelaki jenis ini yang sudah berumur. Maklumlah, dah bergelar hartawan, takkan nak keluar dinner dengan isteri yang tua. Tambahan pula isteri tadi tak pandai jaga body, baru 40 an tapi badan kalah tong gas, memang buat lelaki tadi tak pandang. Sebab itu dicampur dengan sikap lelaki itu sendiri membuatkan lelaki tadi lebih suka menghabiskan masa dengan isteri muda. Seterusnya isteri tua tadi tak habis-habis salahkan poligami... kenapa poligami dibernarkan??? give my hubby back!!!





3) Jahil agama tang tang


Yang ini paling banyak berlaku dan menyumbang kenapa poligami ini menjadi fitnah. Jahil tentang agama! perlu diingatkan, perkahwinan bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu atau menzahirkan fitrah, tetapi lebih kepada tuntutan agama. Apabila meletakkan perkahwinan itu atas landasan agama, sudah pasti perkahwinan itu akan bahagia. tidak kira mahu berpoligami atau berkahwin hanya seorang, harus agama sebagai prioriti! Ada yang lelaki nak kahwin lebih, rukun mandi wajib pun tak tahu!




Kesimpulan

Tak kira lelaki atau perempuan, belajarlah selok belok agama tentang poligami ini dan paling penting selok belok alam perkahwinan. Hari ini aku tengok satu video youtube dari Obama yang 'back-up' golongan GAY (kisah menarik sini) di US. Kisahnya berlaku disebabkan semakin ramai gay, lesbian dan yang menukar jentina membunuh diri akibat diskriminasi dan buli dari orang tempatan. u are not alone kata Obama. huh, sampai tahap tu sekali teruknya budaya sosial negara mereka. Apabila memisahkan agama dengan gaya hidup, masalah satu satu akan timbul. Pokok pangkalnya, kembalilah pada agama kita - Islam, Way of Life


DUDE - Get a life, think wisely if want extra wife


pss : awak jangan risau, saya antara lelaki yang hanya akan kahwin sorang, tak mampu oohh =)

28 ulasan:

  1. rata2 skg kawin suka2 je, kawin cerai, sbb nafsu, dalam paper hari2 kua ceri itu la cerai ini la, mintak2 dijauhkan la bende2 cm ni

    Terkini : Keputusan penuh Festival Filem Malaysia ke-23

    BalasPadam
  2. hmm..menarik isu mr.jo nih..mmg memahami... Tp, kalu nak kawin lain tu kna gak la pkir balik ttg kmampuan diri...jgn mgharap kat bini ja kan..

    BalasPadam
  3. p/s: hold your words til' death

    love only me

    I have no power to hold you but He does. So to Him I rely on n you, i put the trust :)

    -tanah-

    BalasPadam
  4. HAHAHAHA..mcm biasa, komik2 brader Joe memang mantap dan menggelikan hati.

    Kesal dengan sikap sesetengah pihak hanya amalkan sunnah poligami tanpa memahami poligami tu sendiri.

    BalasPadam
  5. oh, dulu pernah kupas bende ni secara kasar kat sini

    seriyesli, mostly lelaki zaman skarang sangat menganoyingkan.tak kawen lagi dah ugut perempuan. macam contoh surat untuk bakal isteri, sudah dinyatakan kalau x reti memasak akan di carik bini yang baru, padahal apa susah, boleh je hantar bini ke kelas memasak. SIrah nabi berpoligami untuk melindungi wanita, tapi sirah manusia skang poligami untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Nak bini baru, haruslah yang bergetah,sejuta kali lagi lawa dari bini "lama". haish. Menangis dalam hati la aku kalau dapat laki macam ni ~..~'.kesian la, nanti di akhirat kalau allah tanya soal tanggungjawap kat die, mesti tak boleh jawab :(

    BalasPadam
  6. @Zinedine Zaiddin

    time kasih

    agama leta ditepi mmg musnah jadinya

    BalasPadam
  7. @IRAH HAJERAH AZMAN

    haha, macam pernah dengar je surat bakal isteri tu huhu

    BalasPadam
  8. note kat bawah tu tuju kat bakal isteri yek..

    BalasPadam
  9. mende ni patut dikasik setempek kt ahli politik skang yg sibuk nak susun koleksi isteri...
    aish!!!

    BalasPadam
  10. tp kdg2 org luar tak tau nape laki tu kawin lebih dah judge yg bukan2.

    Allah yg menilai niat org tu kan.

    BalasPadam
  11. lelaki: life begin at 40
    perempuan: life end at 40

    time2 ni mmg ramai je lelaki yg gatal2 nk cari yg lain sbb isteri dah x secantik dulu2 kan.

    klw yang mampu tu dan berhajat boleh la nk kawin tapi persetujuan isteri pertama tu penting.

    klw duit x cukup tapi nafsu ug menggunung sila la lupakan ye.

    ramai org yg nk poligami ingt pulak hukum islam yg boleh kawin sampai 4 tapi solat 5 waktu x pula ditunaikan.

    nk kawin satu lagi..pikirla perasaan isteri.hati mcm pasu pecah boleh ditampal tapi retak tu ttp x boleh hilang.

    ps:betulke joe kawin 1 je..kan mampu jual herbalife bnyk duit wo.

    BalasPadam
  12. best kalau sekadar nafsu ye la..huhu..lepas tu pk la kalu

    BalasPadam
  13. bagusla ada entry camni,ramai org rase poligamy ni just cukup duit n x leh lawan nafsu je dah cukup syaratlah! (Booo..!) sedangkan islam je satu2nye religion yg kate kawen hanye satu dulu, and then kalau nk poligami, dgn wanita yg ditindas, hmm..... masyarakat masih jahil agama, subhanallah

    BalasPadam
  14. entri yg sgt best
    dan tahap wajib bace kepada lelaki yg tak mampu tp ada hati nk pasang banyak
    lempang kang baru tau!
    huh..

    tak pepasal aku emo
    hee :p

    BalasPadam
  15. @langit biru

    haha, tak mampu membahagikan kasih sayang/wah wah

    BalasPadam
  16. @Anonymous

    doa supaya mereka tak jadi jahil selama2nya

    BalasPadam
  17. hm..cakap sal poligami ni cikgu aried ada ckap dlu, setiap lelaki kena ade impian... orang kata niat nak kahwin 2 pun cukup lah.. asal niat... huhuhu..

    moral: adakah setiap cikgu plan nak kahwin 2? hehehhe

    BalasPadam
  18. ikut niat masing-masing..

    ada yang kawen kerana nafsu mungkin tak kan kekal lama..

    BalasPadam
  19. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    mmg xkan kekal lama kan. stakat mana hawa nafsu boleh bawa kepada keindahan berkahwin? xde

    BalasPadam
  20. pi ukur baju dgn badan sendri. kebejatan tu amende maksud dia.
    btw kahwinla cpt2 jo, baru tahu mampu ke tak :P

    BalasPadam
  21. bila fikir2 byk memang rasa takut je nak kawen tapi tu la.
    pepun peganglah agama sekuat mungkin.
    insyaAllah, kalau betul2 pegang kuat, poligami itu takkan dipandang serong.

    BalasPadam
  22. sebelum poligami kena faham betul2 tujuan

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.