Isnin, 25 Oktober 2010

3 Pemimpin Malaysia yang aku kagumi

Kepimpinan di Malaysia tidak pernah gersang dengan para pemimpin yang berwibawa. Walaupun berlainan latar belakang, kepimpinan inilah yang mencorakkan bagaimana Malaysia sekarang. Untuk menjadikan pemimpin sebagai tokoh yang dikagumi, aku rasa sangat perlu! Cuma jangan terlalu fanatik sehingga menolak keburukan yang pemimpian itu lakukan. sesungguhnya mereka juga manusia yang ada kala melalukan kesilapan. Disini aku akan senaraikan Pemimpin di Malaysia yang aku kagumi sedikit cerita mengenai mereka.


Kita ikut ranking ok!


3) Haji Abdul Hadi Awang



Sedikit perihal dia

  • Presiden PAS sekarang
  • Pernah mendapat pendidikan di Universiti Madinah (ijazah) dan Universiti Al-Azhar (MA)
  • Berumur 63 tahun sekarang

Pernah berjumpa dengannya dirumahnya. (sila baca sini) Memang seorang yang sangat berwibawa dengan kata-kata yang berhikmah dan juga nasihat yang diberi sangat melekat di hati. Perkara yang aku kagum dengan dia adalah cerita dari sebuah buku yang aku baca. bagaimana amalan pemimpin ini dengan solat tahajud, memang sangat mengagumkan. Memang tahajud adalah antara kekuatan seseorang pemimpin. aku ingat dulu masa ke kursus ketua pengawas SBP, kem komandan tu selalu sibuk menekankan perihal solat tahajud. Memang tak paham apa kaitan tahajud dengan kepimpinan, tapi sekarang sudah dapat kaitkan antara keduanya. Dah cuba barulah tahu.



2) Mahathir bin Mohamad


Sedikit perihal dia

  • PM malaysia yang paling lama memerintah (22 tahun) dan antara pemimpin terlama memimpin di asia
  • Anak bongsu dari 9 adik beradik
  • Pernah menjual pisang goreng
  • Berumur 85 tahun sekarang

Aku rasa kebanyakan orang jika ditanya, PM manakah yang paling mereka kagumi, mesti mereka menjawab dengan yakin ialah Mahathir. Betul? Tahun lepas memang peluang terbaik untuk berjumpa dengan dia untuk majlis makan malam di rumah Dato' Daim Zainuddin, tapi disebabkan emak aku tak berapa sihat, kena berada di Kelantan dan melepaskan peluang untuk berjumpa dengannya secara personal. Saufi yang Vice SMSA masa tu pergi dan aku dah buat entry pengalaman Saufi di di entry kepas (klik sini untuk baca) Yang aku kagum lagi dengan Mahathir adalah dari segi pemikiran dia. Ada yang mendakwa pemikiran dia menjangkaui 10 tahun seterusnya, dan aku rasa tak salah kalau aku katakan dia merupakan antara pemikir dan juga pemimpin yang menjadikan Malaysia maju seperti mana sekarang. Isterinya juga pandai menjadi 'isteri' mungkin itu satu lagi kelebihannya!




1) Nik Abdul Aziz Nik Mat


Sedikit latar belakang

  • Musyidul Am PAS
  • Pernah belajar di Universiti Al Azhar (Master)
  • Popular dengan gelaran Tok Guru
  • Boleh bercakap dalam 5 bahasa, Melayu, English, Arab, Tamil dan Urdu
  • Berumur 79 tahun sekarang

MB Kelantan ini merupakan tokoh yang paling aku kagumi dan hormati. Mungkin dipengaruhi aku anak kelantan dan boleh melihat bagaimana dia memerintah 5 penggal ini, sebab itulah perasaan kagum aku terhadap dia lebih dari pemimpin yang lain. dekat dihati begitu. Dulu masa belasan tahun, pergi je ke KB, mesti dengar suara dia di corong2 pembesar suara memberi tazkirah. Lucu dan berilmiah, ucapan yang dia berikan sememangnya tepat dengan jiwa yang mendengar. Patutlah kawan cina aku disini juga suka dengan cara dia memerintah Kelantan. Tak perlu ada hebahan di tv, tapi cerita kepimpinan dia ni dibawa dan dijaja mulut ke mulut. itulah pemimpin yang patut kita contohi!!



Mendoakan kesejahteraan mereka!

Marilah sama-sama kita mendoakan agar ketiga-tiga pemimpin di atas dan juga semua pemimpin di Malaysia diberi kesejahteraan agar membawa Malaysia ke sebuah negara islam yang sebetulnya islam. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan kepada kita, sangat banyak perit jerih kesusahannya membawa Malaysia ke persada dunia.


Selamatkanlah Malaysia
Amankanlah Malaysia



pss : korang plak sape yang paling dikagumi? share lah sikit =)

41 ulasan:

  1. tak semestinya pemimpin yg bagus selalu muncul kat tv kan...nice entry! thumbs up.

    BalasPadam
  2. tokoh yang dikagumi, mestilah tokoh yang dihormati dan disegani.

    BalasPadam
  3. sememangnya mengkagumkan.. 4 me, tun dr mahathir is the best am0ng the best.. Hati yg kental,jiwa yg membara, dan akal yg bergeliga, sama mcam pisang g0reng.. Always laku dimana jua.. Kn bgus kalau tun dr mahathir muda lagi, tentu byak lagi kemajuan yg dpat kta kecapi.. B0ut t0k guru,aku x brape upt0date sgt inf0 tentang beliau, tetapi,dengar je nama beliau,hati terus luruh seakan2 beliau t0k0h yg sgt2 dh0rmati di dunia islam.. Sm0ga mereka dpnjangkn umur agar dpat terus memajukan negaraku yg tercinta. . Sm0ga ramai anak muda yg akan muncul seperti mereka..

    BalasPadam
  4. tun Mahathir pernah menjual pisang goreng? sangat comel!!

    alana orang perak, jadi x tau sgt pasal style tok guru memerintah kelantan..hehe

    alana tak tau nak pilih pemimpin lain selain dari tun Mahathir...:)

    sekarang susah nak pilih pemimpin..sbb sekarang lebih obvious korupsi dan benda2 tak patut di highlite kan dari peribadi diorang..oops~

    love this entry :)

    BalasPadam
  5. aku sama macam kau iaitu tuan guru nik aziz :) tapi mahathir tidak :)

    BalasPadam
  6. tersentuh ar dgn tok guru....xtau pun dia rajin bg tazkirah...smg amalam ni dcontohi oleh pmimpin2 len

    tun M pun ak kagum wpun dr pemerintahn kurang islamik..mlh tok guru sdiri pun kagum ngn tun M

    BalasPadam
  7. kebetulan bro! aku minat semua diatas! dieorg mmg berilmu dan berpemikiran tinggi

    Kasi Pecah! : http://goo.gl/TOwP

    BalasPadam
  8. ermmm..your second tokoh is my favorite. pernah dngr x Dr.M antara org yg terpandai slps Einstain (entah la ejaan x tau). Dr. M antara org yg Bush x suka jumpa dan takut (kata org)ada juga yg kata die guna ilmu utk tundukkan org (mcm x betul je kan)

    yg pasti confident level die mmg sngt tinggi, klw berckp dpn org x payah nk tgok kertas speech tu. very knowledgeable person

    BalasPadam
  9. @Ann

    dulu konfius mana lebih senior, xsangka yg dr m lebih senior

    BalasPadam
  10. @langit biru

    xpernah dengar plak semua tu tapi tahu yang kertas speech dia sendiri yg sediakan

    BalasPadam
  11. paling aku kagumi dua orang tu Dr.M dengan Tok Guru.

    tapi bnyak cerita aku dengar pasal Dr.M tapi dia best PM ever.

    Tok Guru Best MB ever.

    BalasPadam
  12. kan menarik jika ideologi, kredibiLiti dan ciri pemimpin versetiLe itu digabungkan menjadi 1.. sure mesia digeruni dlm segaLa aspek dimata dunia...

    hidup tok Guru...

    BalasPadam
  13. kagum dengan ke3-3 tapi ku paling kagum dgn che det. sgt lama beliau bertahan dan sgt memberi inspirasi. ;)

    BalasPadam
  14. kagum dengan ke3-3 tapi ku paling kagum dgn che det. sgt lama beliau bertahan dan sgt memberi inspirasi. ;)

    BalasPadam
  15. 1st sangat kagum ngn nik aziz..

    bg saya..die pemimpin yg patot dicontohi..mengamalkan cara hdup yg bersederhana dan memimpin betul2 mengikut islam..pd yg terllau membenci..xfaham kenapa..sbb dlm pimpinan die..nmpak die mengamalkan kepimpinan mengikut syariat islam..

    sebgai seorang muslim..amat bangga ada pemimpin yg sebegini.sy berckp bukan atas dasar parti..tp atas dasar seorng islam yng memandang perlunye pemimpin yg mengamalkan corak pemerintahan islam..berbanding dengan pemimpin2 lain yg lantang bersuara ttg islam..tp tgoklah mereka..cara hdup..cara kepimpinan dan pakaian mereka..

    then dr M..

    BG SY KALAU mahu menjadi seorng yang maju..berfikiran jauh..wahar dR.M dijadikan isnspirasi..beliau mmg seorng yg bijak dlm menanggani segala masalah dan segala krisi denagn penuh berhemah..
    sampaikn dunia luar pon turut melahirkan kekaguman terhadap beliau..

    BalasPadam
  16. @milimilo

    sampai dah 85 tahun masih memberi inspirasi

    BalasPadam
  17. @mR Gee.!!

    sbb tu pemimpin kena ada sebanyak mungkin 'benda' baik ni, barulah dihormati

    BalasPadam
  18. sume best, wuu kena rajin wat tahajud lahh


    jo, lisa surihani kim salam jo :P
    http://sweetdayday.blogspot.com/2010/10/isu-semasa.html

    BalasPadam
  19. dah lama tak dengar kisah hadi skang nie

    BalasPadam
  20. semuanya hebat2..dan berjasa pada negara..

    BalasPadam
  21. sy sgt kagum dgn tun dr mahathir..sgt berharap ada pengganti pemimpin yg mcm beliau..

    setuju dgn ayt jo tu 'Isterinya juga pandai menjadi 'isteri' mungkin itu satu lagi kelebihannya!'

    Setiap pemimpin yg berjaya pasti ada wanita hebat di belakang mereka..^_^

    BalasPadam
  22. seyes !!!!!!!!! sy setuju ngan 3 3 ni!!!!!!!! tp pilihan pertama adalah tun dr mahathir > tok guru > haji abdul hadi awang

    org arab ade buat buku ttg Tun dr mahathir....die ni genius dunia...seyes aku xphm ttg nape idea die pasai dinar mas tu xhangat mcm post hangat lain2...huhuh aku sokong sgt idea die dinar mas tu!!!!!!! kalo bc blog die...mmg besh la...every his words so meaningful....aku dok gombak..so sini ade markas pas melewar...dulu je la 1st aku jumpe depan2...tokoh2 ni....HJ hadi...ngan tok guru....

    kita doakan kessejahteraan mereka! amin

    BalasPadam
  23. two thumb up pada choice u.. mmh tepat sama dgn pilihan sy termasuk urutan..

    BalasPadam
  24. lagi satu nama yg u patut 'search'deeper is Dato seri Khalid Nordin...

    for my personal freindly to rakyat pula sy choos MB pahang.

    BalasPadam
  25. Ak paling suka Tun dan Nik Aziz.. :)

    BalasPadam
  26. aried tetap pilih tuan haji hadi n sudah tentu 1st place goes to tuk guru..

    BalasPadam
  27. ayah ziz:) tataw nape,tgk pic die je da sejuk hati..bersyukur jadi rakyat kelantan:)

    dr.M...mau jadi doc n pemimpin mcm die..bole?:p

    BalasPadam
  28. aARGHHHH!! aku tak puas hati sebab nama paklah badawi tak disebutkan ;( huh! mencik

    BalasPadam
  29. me loves Tun Mahathir!!!! dr kecik2 dulu, sampai dah tua2 skunk ni...hahah!!

    p/s: hai Joe...lama tak lawat sini.. =>

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.