Share

cerita sopi

kalau korang nak tau, sopi adalah housemateku di matrix mlaka dulu. alhamdulillah, berkat selalu pergi ke surau selalu masa di matrx, kami sambung belajar di uk sama-sama. haaa, ni la antara faedah selalu ke surau mtrx, dapat sambung belajar di uk oooh. ada sorang lagi, nama dia mizwar, sekarang dia belajar di uitm shah alam


aku amek electrical
sopi amek chemical
mizwar amek mekanikal


haaa, cukup lengkap kan kiteorang.
pandai pilih memilih
hehe


di sana sopi adalah vice presiden untuk smsa. sebab kekangan masa, ku terpaksa pass kan program iftar bersama dato daim kepadanya. ya lah, kat kelantan. susah woo nak pergi. tambahan pulak mak tak berapa nak sihat, kena la jadi anak yang menjaga ibunya di kampung. last last hari ni ku dah ada di kl dah pun. mak bagi, ku pergi je la.



tadi jumpa dia untuk program pre departure anjuran universiti, banyak cerita yang buat ku jeles oooh. rasanya rugi sangat tak pergi majlis semalam!



ni cerita dia


~~~~~


aku sampai-sampai je dah lewat. lebih kurang pukul 6.45. tapi aku antara wakil student yang datang awal la. puas cari rumah menteri ni, tak jumpa-jumpa. tanya orang sekitar, mana rumah dato daim, semua pelik kenapa budak kecik macam aku ni nak pergi rumah menteri. jawab sudah, tak payah nak tanya balik. dan yang jadinya, lambat la sampai.


sampai je, aku parking kat dalam rumah dia la. waaaahhh, beso wooo rumah dia. macam istana kau. aku park je kereta, datang satu kerata bmw yang ada 4 eksos parking belakang aku. aku perhati la sapa yang keluar.


nampak macam misai aku kenal.....


waahhh. dato k. aku perhati jugak kot kot siti datanag sama, takde la plak. hampa jugak la. ko tau la kan dato k tu merampas siti dari aku. silap aku kecik je, kalau tak siti dah lama terpikat dengan aku. cesss dato k.



dah senyum kambing kat dia, ye la, segan wooo, aku dah la bawak kete cikai je, dia duk parking kete bmw 4 eksos betul-betul blakang aku, malu oooh. nasib baik aku student. boleh cover la kat situ.


pastu aku p jumpa dengan guard yang ada kat situ. aku cakap la, saya wakil presiden persatuan pelajar yang tak dapat datang, nak duk mana ni. dah cakap bagai, dia ni pun layan la aku bersungguh. ye la, takde orang lagi sampai, aku la dia layan. dia pun bawak aku ke dalam dewan.


perghhhh


beso woo dalam rumah dia. ni la first time aku masuk rumah menteri. kaya betol menteri malaysia ni. bekas kan dat daim ni, bekas pun dah bagai dah rumah, kalau yang menteri betul?? hooooo, entah entah.


yang buat aku terkejut beruk


dia suruh aku duk depan tu. sambil slamber mamber dia tuding jari ke arah dato daim. aku duk perati elok-elok sapa la pakcik duk pakai kain pelikat baju melayu kat tepi dato daim. macam kenal je..... tapi tak berapa nak cam. pergi dekat


waaah, tun mahathir! aku tak pernah lagi jumpa dia, ni guard tu tunjuk suruh berada sekali dengan dieorang berdua sebab takde wakil student yang sampai lagi. aku cakap, mana boleh bang, saya rakyat biasa, mana boleh duk sekali dengan orang besar-besar ni. dia pun balas, bukannya nak suruh duk sekali masa makan, nak suruh salam je. lepas tu pergi la mana2 pon.



besar jugak kemaluan kat brader guard tu



dah aku pun pergi la salam dengan dieorang berdua, ye la, tuan rumah. salam aje. ni pun kira syukor diajak. kalau tak? hampes la aku di rumah makan maggie je. mula2 aku salam dengan dato daim. ok. lepas tu salam dengan tun mahathir.


perghhhh


tangan dia. memang sah la dia dah tua sangat dah. aku rasa kalau aku genggam kuat-kuat, adalah tangan dia tu nanti tinggal tulang je. sejuk je. sian aku kat bekas pm kita tu, dah banyak sangat dah di buat dia kat malaysia ni. dah tua sangat dah. 80 lebih dah kan umur dia? memang kagum la aku. nasib baik aku salam gitu gitu je, dia pon tak cakap banyak. semua letih puasa kot.


lepas salam-salam semua, aku pon pergi la duk jadi cam kera sumbang sorang2. lepas tu baru la ada wakil UKEC datang. hampes dieorang datang lambat. dah la semua speaking orang putih je, aku yang tak berapa nak pandai speaking2 ni, kena la sengeh-sengeh bila dieorang tanya. dari aku melayan dieorang, baik aku layan satu kumpulan ni


anak-anak yatim


haaa, ni la kumpulan sama dengan aku. syuko woooh, boleh la aku bual-bual dengan dieorang. ok la. boleh sembang-sembang tunggu nak berbuka pon dah ok. tanya ni, tanya tu, kira beruntung la aku ada mak ayah lagi. tak macam dieorang. syuko-syuko. sayangilah mak ayah selagi ada ni. dah jadi anak yatim karang, dah takde sapa dah nak bermanja-manja.


ok, tu je.


~~~~~

begitulah sopi cerita kat ku dengan bersungguh-sungguh. jeles jugak, tapi nak wat macam mana, dah bukan nasib ku ke sana. lain kali bagi la email jemputan awal sikit brader. baru boleh nak adjust timetable. ish ish ish.



makku pon dah bertambah ok dah sekarang. syukur. berkat korang doa la kot. terima kasih yang ambil berat. semalam berat gak hati nak tinggalkan umah, nak buat macam mana, program pagi tadi penting. kena la tunjuk muka.



selamat berbuka semua ;-)



nota kaki : malam ni terus balik ke rumah.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

32 comments:

Boo™ said...

kagum dgn Tun Mahathir.
pemikiran beliau sgt jauh
:D

{lumut} said...

umah menteri besar2..
tapi yg miskin terus miskin..
kata je negara islam.
hmmm

Arin said...

smlm nmpk sekumpulan anak2 yatim blk berbuka kat hotel royale bintang...sayu hati tgk muka bebudak tuh..

misz beauty said...

sangat suke baca cite2 anda menghilangkan boring...;-)

nota kaki* kalo pegi shah alam area rumah2 menteri memang bley nganga dibuatnye... ihiks...=D

Lin said...

dulu masa jd student yayasan selangor pernah dijemput ke rumah menteri besar selangor kat shah alam.. time tu khir toyo jd menteri besar selangor. perghhh...lin stuju giler citer kwn abg joe tu. seyes besar umah menteri. ciap ade dewan besar giler full aircond, tenis court, mcm2 r. mmg lau pejam mata tu x sempat la nk usya semua..
hehe~
:p

agak sweet memory di citu..
:)

tehais said...

hebat tu bleh jumpa sumbody cam depa tu..huhu

shinawawa eyenie said...

semoga mama wak c-hat....

Tirana said...

Ingatkan Joe yang dapat salam dengan Tun M. Rupanya kawan Joe..hehehe

sharamli said...

dah nma p0n menteri mmg la bsr umahnya..apa nak heran...

Sha said...

salam:)
mmg kat m'sia nie ramai pak menteri2 yg kaya raya. kita yg dibawah nie dok camtu aje.

blackskin said...

Ada hikmah lain tak dapat pergi sana.
Rezeki masing-masing.

xuen adyla said...

kagum dan aq pun jeles juga
perhaps one day my time will come

::Mish ShaZz:: said...

bangga dpt kwn mcm joe..anak soleh...=)

Anis Mohd said...

gaya cerita mcm ade kat tempat kejadian je.
sungguh menghayati jalan cite ..

ChekguSekolah said...

hish..

sabor..

ado peluang lagi tuh..

tunggu jah..

hehehe..

SELAMAT BERPUASA

secretname said...

wahhhh best gile...xpe nk wat camne..xde rezeki..mayb next time leh jmpe dorang..tun Mahathir mmg seorang yg hebat sgt

Syima Syaz said...

name pun menteri...kan.bkn senang nak naik ke atas...kalau nak umah besar,kena lah jadi menteri.yang miskin tu maybe blum ada rezeki.takkan gomen nak taja umah besar plak...

well,saya pun kagum sgt dgn tun.dulu masa aktif koir umno, setahun 2x dapat jmp,ramah mesra dan salam2 dgn tun.skrg follow blog dia je..rindu dia!

ZARA 札拉 said...

kem salam sopi bulih?

Lun said...

sopi ada bog x jo? lama x dgr khabr dia

hysMan.. said...

perghhh ko dpt salam dgn tun pe??
rezeki ko laa..
harap2 time ko salam ilmu2 dinurun kat ko..
jd PM lepas nih..
hahaa..tp ko penglipurlara..
takleh jd PM..kena chong mati2..
hehe

~hormat pada pejuang negara..
Gagasan 1Malaysia

kojah said...

jgn jadi cm indon dah...huhu

khairil said...

ada yg rumah menteri besar tp....
(sila smbg sndiri)

aya harith said...

encik joe, sy udah tukau url taw

nih yg bru nye

http://ayot89.blogspot.com

SwEeTFoResT said...

huiii..untung kan sopi...

i'm_siCK_n_tiReD said...

hehehe... aku tergelak sorang2 time guard tu ckp suh ko salam bkn suh ko duduk dgn diorg...hehe..

anyway... aku SGT kagum dgn Tun.. dia sangat rasional dan tyme die meneraju Malaysia..xde sorg pon brani lawan die..hebat...

:)

Monkey D Luffy said...

daim zainuddin ker?

kalau dia memang kaya

khabarnya dia antara terkaya di malaysia tapi selalu jer namanya dikeluarkan dari list org kaya malaysia

entah napa

ini org kata ler

Lifesaver said...

ish2...semua org besar..kalo aku pegi..segan jgk

piNky LuCiA said...

hm... bz ny org.. ingt kan blik mesia nak bercuti.. hehe

hasni said...

erm
menteri memg kaya
patut rmi y terkejar2 nk pangkat kan
huhu

FiNa said...

joe, jagala mak ko baik2 sebelum terlambat..jangan menyesal di kemudian hari...

+akufobia+ said...

hu.da jelous belum dengan sopi?

ayin jemin said...

bestnya kawan2 semua berjaya ya.hehehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW