Share

Alam kahwin (2) : Bahagianya kahwin semasa belajar?

Salam,


Alam kahwin bahagian kedua kali ni akan membincangkan perkahwinan semasa belajar. Untuk melihatkan perbincangan lebih realistik, kali ini akan dibuat kajian kes yang berada di depan mata. Ahaa, kajian kes ini amat sesuai sebab contoh terdekat ada di depan mata dan diharapkan entry ini dapat memberi sedikit sebanyak input kepada kawan-kawan yang masih lagi belajar. Sebelum terlupa, bahagian pertama alam kahwin yang membincangkan pasal 'arranged marriage' boleh baca di pautan ini


Sarimi


Dia merupakan pelajar undergrad yang memang hebat. hebat sebab sudah kahwin. hehe. bukan calang-calang pelajar undergrad kat sini kahwin ok, ini boleh dikatakan kes yang sangat terpencil. Kalau dulu ada zuhri dan isteri, kini Sheffield menerima pasangan baru iaitu sarimi dan atiqah



Meminati kamen raider, memang tak sangka dia telah pun kahwin. Baru semalam rasanya main kejar-kejar di sini, baru semalam rasanya main polis entry dengan dia, hari ini sudah menjadi suami orang. huh, cepat betul masa berlalu kan? Ok, entry kali ini aku akan cuba simpulkan kesan berkahwin semasa belajar yang dikongsi sendiri oleh saudara sarimi dan diubah secukup rasa oleh joegrimjow =)


1) Menjadi lebih matang

Tak dinafikan apabila memikul tanggungjawab menjadi suami atau isteri orang, secara automatik diri akan menjadi matang. Contoh yang paling dekat adalah sarimi sendiri. Kalau tengok gambar dia kat atas, tak sampai setahun lagi gambar itu diambil, sungguh kebudak-budakan, tetapi hari ini, tengok dia di luar memang matang itu jelas tertonjol. Aceceeeh, kalau ada adik2 yang nak matang cepat, bolehlah kahwin cepat-cepat ya



2) Hidup lebih fokus

Apabila sudah matang, sudah pasti hidup akan sistematik. ditambah pula badan sekarang sudah ada 2 (satu diri sendiri dan satu lagi milik pasangan) sudah pasti hidup akan menjadi lebih fokus. Perancangan sudah pasti realistik dan untuk mencapai satu-satu misi, sudah pasti akan lebih fokus terhadap apa yang dikerjakan



3) Kehidupan lebih terurus

Hari tu saudara sarimi cerita 'bangun pagi celik mata breakfast dah siap, balik kelas makan tengahari makanan dah ada terhidang, waktu malam tak payah fikir panjang makanan dah ada di atas meja' ahaa, memang sangat jeles ok mendengar orang yang dah kahwin ni bercerita. tambahan pula orang tu kenalan rapat. fuhhhh, sabar-sabariah


ok, untuk selanjutnya dibuka kepada perbincangan


Ok, sebut pasal alam kahwin yang difokuskan kepada kahwin semasa belajar ni, bila dengar je ada kenalan rapat kita yang mahu langsungkan soal perkahwinan, pasti terkejut tu reaksi pertama. reaksi kedua, mampukah kenalan kita ni mengharungi kahwin di usia awal ni dan reaksi ketiga.... Macam mana dia pujuk mak bapak untuk kawin awal??? hehe, itu reaksi normal dan aku pun salah seorang dari kalangan normal tu


Sebut soal minta keizinan dari ibu bapa, memang sangat penting untuk mendapat restu dari ibu bapa ni, tambahan pula bila masih belajar, sudah pasti sedikit sebanyak mereka yang akan menanggung kita. Ye lah, nak harap duit masa belajar ni, berapa kerat sangatlah yang ada kan? sebab tu sangat jarang ibu bapa yang bagi 'restu' bila anak nak kahwin, ayat biasa didengari 'duit dah ada ke nak sara anak dara orang?' 'biarlah habis belajar dulu, barulah senang sikit bila dah kerja' dan pelbagai lagilah alasannya


Sayang?


Aku rasa jika mak bapak tak berapa nak bagi kalau anak nak kahwin masa belajar faktor utama adalah kasih sayang. hehe, ye lah, mereka yang faham sebenarnya adakah anak-anak mereka sudah bersedia atau tidak. Sayang sebenarnya mak bapak ni kat kita tambahan pula si perempuan, sangat susah nak lepaskan anak dara kesayangan mereka tu pada orang lain. Orang yang tak kenal dan mahu lepaskan anak kepada mereka, hooohooo, memang sangat susah!


Komitmen belajar dengan komitmen pasangan?

Mudah kalau dua dua masih belajar sebab masing-masing memahami. tapi kalau ada pasangan yang dah habis belajar dan ada yang belum habis belajar kahwin, macam mana tu? Aku rasa tiada timbul soal bahagi komitmen ini disebabkan masing-masing lelaki dan perempuan sudah memahami ketika mahu bincang pasal kahwin ini di peringkat awal. Lagi pun melihat kenalan yang sudah berkahwin semasa belajar, pelajaran mereka lebih hebat. wohooo, apa rahsia ek?



Kesimpulan, tiada! Aku tak mahu bagi apa-apa kesimpulan sebabnya benda ini subjektif dan tertakluk pada syarat dan terma masing-masing. Apa-apa pun, soal kahwin ni jangan terlalu buatkan ia complicated sampaikan memikirkan sangat tentang calon pasangan sampai tak kawin-kawin dan jangan terlalu mudahkan ia sampaikan kahwin 2-3 bulan terus terasa bosan dengan pasangan.

Kahwin masa belajar, apa pandangan korang?


pss : Jangan lupa ada video baru di sidebar =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

45 comments:

Nabiel said...

bro..
ko smggu ag nk kawin ke?hahahha=P
bler laki btui2 pkr psl kwin nie..
msti xnk kawin kn?hehehe

afiq aiman said...

kahwin je asalkan mampu membahagiakan hati masing2...eh lupa..amalkan hukum2 kahwin...hehe

joegrimjow said...

@Nabiel

haah, pernah alami, sebab tu jgn pk panjang2
huuh

joegrimjow said...

@afiq aiman

juga kena ada sijil kawen

res ipsa liquitor said...

ak nak jugak kawen...tp bila pk byk bnde jugak kn buat sume2, xjd la..hahaha..ilex dulu..abiskan belajar..huu

joegrimjow said...

@res ipsa liquitor

klu cakap kat mak agak2nya... camne?

Farihah Ahmad said...

kwn2 aku yg dah kawen, sume pandai2. aku belum kawen, sbb tu aaaa ehmm. xpe ah. malas nk ckp.

suffer8zine said...

x de masalah nk kawin kalau ada :

+duit
+ilmu
+upaya


= tak kesempitan+bertamadun+ber anak=bahagia

geeds said...

i like the idea of ade suami utk memimpin kite ke jalan yg lebih diberkati. utk ingat mengingati.

INTANKUTERPILIH said...

tak kesahla kawen masa blajar ke, kawen masa dah keje...yang penting semuanya bergantung pada diri masing2 cemana nak menghandle rumahtangga...tapi jujur ckp, kawen nie best!!haha

hamzah ian said...

gua suke entry nih..

jue said...

kahwin memang best, tp nak kahwin 2 dugaan..lagi2 kalau mak ayah tak faham..huhu..sedih2

dok asyik fikir apa orang lain cakap..adoi..

nama.aku.lynn said...

kawen mase blajar ke..abes blajar ke,rasenye same je..
just depend on pasangan tu sendri nk create pjalanan hidup diorang..
and kalau dah mampu+stabil dr sgala aspek..ape salahnye kawen..drpd kapel lame2 then putus...=)

zaiti said...

i'm 30..da 10 thn kawen...anak 3...2 anak ms blaja..so blh bygkn kawen umo bp n ms blaja...Alhamdulillah,berkat sokongan padu suami n keluarga..dh berjy pn...the choice is urs!

Fiq said...

celik mata-makanan terhidang. balik tgh hari, lunch da siap. bila malam lapar, lauk dah tersaji.

wahh bahagia kan?

mmg lah BAHAGIA jika semua tu kaum wanita je nak kena buat. cube pike yg si isteri nk kena pikir pulak..

lepas subuh, cepat2 siapkan breakfast. before lunch, nk kena siap masak dah. malam pon nk kena prepare lauk pulak. haruuu...
mana nk blaja lagi..
kalo da ter-eksiden mcm mn? anak pula nk kena cakna...

aiyayayyaya..

atok said...

org2 yg berpengalman je bley tulis cmni ney hehe

Emy Ahmad said...

Kahwin semasa belajar bagus untuk mententeramkan jiwa T___T

Akak macam dah bau nasi minyak je..jangan lupe jemput.

lea said...

asyik pasal kawen je

langit biru said...

klw dah jodoh x kemana..INSYAALLAH..

personal opinion: mmg x setuju kawin time study ni..first duit la.nak tanggung anak org bkn senang mcm bela pet hamster. hamster pun nk bela mahal tau.

ada sorang kawan kat u ni dah kawin. suami die kerja jauh di Penang. kesian tgok die laki jauh kat penang, anak kat kelantan (nenek nya) dan die di Shah Alam.

rasanya ssh nk bahagikan masa antara family dan study.mcm joe ckp kwn joe balik je ada je mknan mmg la laki akn suka..tapi yg perempuan tu nk kene pikir kerja umah, assgnmt, klw ada anak lg ssh.

Kimmy Ai said...

kahwin takde kaitan dengan waktu belajar. kalau kahwin masa belajar, pandailah susun waktu untuk rumahtangga dan study..takde pula islam menghalang kahwin semasa belajar, kan? Hanya untuk orang yang layak dan mampu je.. anyway, betul joe cakap kahwin awal sambil study ni lebih mematangkan seseorang... ;DD

joegrimjow said...

@suffer8zine

formula menarik

joegrimjow said...

@geeds

yup
sebab tu lebih terarah @fokus

joegrimjow said...

@INTANKUTERPILIH

macam banyak pengalaman je ni ;)

joegrimjow said...

@jue

kena yakinkan mak ayah la ni

joegrimjow said...

@nama.aku.lynn

klu kapel tu. xde istilah dalam agama kite

joegrimjow said...

@Fiq

ahaa, betol jugak, tapi rasanya isteri bahagia kot buat hidangan untuk suami kan

joegrimjow said...

@atok

wohoo, ku xberpengalaman oooh

joegrimjow said...

@Emy Ahmad

xlagi xlagi
=)

joegrimjow said...

@langit biru

kena rancang betol2, jangan main bedal je nak kawen. kan?

joegrimjow said...

@Kimmy Ai

pengalaman sendiri?
=)

eiffel said...

joe :: smpi bila isteri tuh bole kata dia bhgia buat hdgn tuk suami...memula bole ler..lelama??pastuh nk terkejar2 lg, mana nk uruskn study, mna nk uruskn laki...time exam lg..

bnda ni bukan bnda senang..mcm tu gak klo da bekeja...bezanya, time da kje, mgkin kalian da mampu tuk sara fmily brbndg study tuh je..

nur said...

depends on org tu la.. few my friends kawen msa blajar.. ada yg happy.. ada yg kurang happy.. ada yg siap boleh tambah lagi bila dah keje..
rezeki masing2 kan.. kalau dah jodoh.. and one more yg dah kawen and then nk sambung blajar lg.. byk kene pk.. hendak 1000 daya

ALL IN ONE

Hazzy Ishak said...

kalau belajar jauh2 tu semestinya mak bapak bagi restu untuk kawin sebab takut benda tak elok berlaku

joegrimjow said...

@eiffel

kes sarimi ni isteri dia dah habis belajar, dia pulak ada 1 tahun lagi. bahagia la kot ;)

yg pasangan lain tak tahulah

Linda Musa said...

kalau boleh bg komitmen takpe kot...tp kalau study pun lintang pukang then nak kawen lagi...hurmmm bayek pk dulu la...dah kawin byk cabaran2 nye plak....

cik fiza said...

perkahwinan kena menguntungkan kedua-dua blah pihak :)

mgkin masa study tu agak mencabar bg perempuan sbb nk melaksanakan asgmnt seperti yg incik joe nyatakan mcm bgn tido bfast dh ready.. balik kuliah lunch dh standby...

tapi kalo dua2 bleh bsatu hati xde jd masalah :)

TiKa LEh said...

memg subjektif pun..ikut individu itu sndr..oklah kot kwen n berjya dri bercinta n lingkup lpas tu..

honey amour said...

kawin ..kawin gak..kursus kawin jgn lupa...

/Dayah//Nurul/ said...

kawen kena bersedia dr mental fizikal dannn selebihnya. jow mcm nk kawen jek ni

suffer8zine said...

@joegrimjow
hehe sebar2kan la formula tu ok

Daffodil D said...

D rasa..sebenarnye depend la jugak..kadang2 orang nak kahwin sebab gatal(nafsu)..so kerukunan rumah tangga tu jadi ada atau tak tu kita pun tak tahu..kadang2 orang tua pun jadi serba salah takut nak bg anak tu kahwin, macam kamu cakap, takut dorg x bersedia ke apa..lagi2 banyak je cerai berai berlaku lately kan..

MR. MIND said...

kalau kawen masa belajar da xleh menggatal lg, hahaha

Ckin Kembaq said...

ada pengalaman tengok smbody tu kawin atas aturan dari family,pastu skang ni dah jadi mcam lain..hmm sbbnya?ntah la..tp dulu awal2 kawin
"abang and ayang"

tengah2 alam kawin,

"aku and hang"

Padahal,anak makin bertambah..
dari 1 ke 3..skang mybe tambh lagi..hmm pelik kan?

salah siapa??

D'lla said...

1st time comment hehe hmmm..mmg best..lg best dpt ikut skali..im stuck in malaysia..visa sangkut aritu..tgh wait doc smpai..tok kadi aritu kata,kalo anak(student) nk kawen..piki kemampuan anak tu dr pelbagai aspek..kn bg..hik3..dh minta cara elok..kalo xbg..jd lak kawen sembunyi..haru..

Kimmy Ai said...

aiyark! bukan pengalaman sendiri la.. belum kahwin lagi pun.. cuma bila perhatikan senior2 yang dah kahwin di perantauan ni..macam best. hehe.. ;D

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW