Share

Happy New Year - Selamat Tahun Baru

Salam!

Baru balik dari mini gath. Penat sangat tapi masih mampu berblog. hehe. Dari pukul 10 tadi ke mid, main bowling. lepas tu gerak solat jumaat then sambung makan kat mid. Main arcade bola keranjang dan ber icebreaking, bervideo semua - PENAT!!!


Kejap lagi nak edit video yang di ambil tadi, entry kali ni short gaban lah. Kire entry terakhir tahun 2010 aku tulis. waaaaa, penuh bermemori gitu kan?


Mahu ucapkan kepada semua

Pembaca setia blog joegrimjow
Pengomen tegar blog joegrimjow
Pengkritik baik/buruk blog joegrimjow
encik/puan anon di blog joegrimjow

dengan ucapan......









jumpa lagi tahun depan =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Mini MeetUp @ Mid Valley ESOK

AMACAM? Stylo tak? Tajuk nak gempak je kan. Ok, ini gathering last untuk tahun ini, seharusnyalah kan sebab esok dah 31 hb. waha! Sebab plan pun last minute, meet up ni hanyalah mini saja. Dalam 20-30 blogger je mungkin akan datang. Fuhh, harap-haraplah! 

Sorry tak sempat nak edit2 ;)


Tarikh : 31/12/2010
Masa : 3.00pm - 7.00 pm
Tempat : Mid Valley
Aktiviti : luahan perasaan sepanjang 2010
Tempat berkumpul : food court 



Ok, pasal aktiviti tu kita tangguh dulu nak buat apa. tapi yang penting kumpul pukul 3 petang di food court, sesi bergambar ramai-ramai akan diadakan pada pukul 4 petang. haa, nak masuk paper, kena datang sebelum pukul 4 ok =)


esok ku akan ada kat sana kul 10 lagi, nak main bowling. nak join skali bleh la datang awal ya. lepas tu kite p solat jumaat. roger2 la eh kalau nak join. mana tau ada orang nak belanja ke. wahaaa =)


Projek video

Esok juga nak dibuat projek video. apa dia? datang je lah nak tahu. hehe. ala, projek yang rakam blogger cakap 3-4 saat seorang dan kita publish kat youtube/facebook. kenangan gitu. 2010 - memang banyak memori kan?

jommmmmm!!!

no untuk di contact : 0169640972 - joegrimjow. nak pergi tengok wayang kat alamanda jap lagi, pape msg je lah ek, jangan call, esok call takpe =)



pss : aku ketagih.... ketagih nak jumpa blogger. LOL. aku penagih, aku okey =) 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pelajar UKM meraba-raba di kiosk CIMB Bank

Tak pasal-pasal hari ni terlajak ke UKM! Masuk dalam U ni terus mengimbau kembali zaman belajar. Aceceeh, dah tak belajar ni baru nak terkenang balik kan. Ok, zaman U episod ketiga akan diupdate secepat mungkin. (episod 1 sini, episod 2 sini) Sebab hari ni ada entry hot yang aku tengok sendiri dengan batang mata ni, haruslah update secepat mungkin



Panjang betol tangan laki tu

Ni gambar aku ambik kat UKM tadi, kat CIMB Bank punya kiosk. pergh, aksi berahi ni sampai pompuan tu bunyi 'gelilah' 'malulah' haha! Nampak macam laki kat depan tu, tapi memang perempuan. dieorang buat muka slumber je lepas tu. gila berani student sekarang ya buat perbuatan macam ni kat tempat ramai.  Ke aku yang dah ketinggalan zaman lambat tahu? ishh, kalau macam tu lah keadaannya, tak boleh jadi ni!


Malu kepada orang ramai - budaya menegur

Aku bukan nak banggakan sesiapa disini, tapi hanya sekadar berkongsi pengalaman. Gambar kat bawah ni aku amek masa kat UK dulu, masa kat IC - lebih kurang macam library kat malaysialah. Apa yang menarik mengenai pasangan ni, sebab tahu kawasan tu adalah tempat yang tidak sesuai untuk lakukan aktiviti meraba-raba ni, ramai je yang menegur. Kalau kat club ke, bar ke, tak kisahlah kan, tapi kalau kat tempat macam library, tempat orang study, memang kalau beromen-romen ni ramai je yanag menegur!



Wajah pompuan tu pasrah je


Ok, entry ni aku nak mintak korang bagitau pengalaman korang, kalau korang jumpa orang tengah beromen, meraba-raba ke, comolot-comolot ke, apa yang korang buat?

share jom!


pss : jangan kata tak buat pape sudah =) entry ni bukan nak malukan UKM, cuma perkara ni berlaku kat UKM, sebab tu mention UKM. satu lagi, memang gambar atas laki dengan perempuan, konfem sebab aku yang tangkap

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Malaysia Juara Piala AFF : Jom serbu blog awek Khairul Fahmi

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai Piala AFF buat julung kalinya. Heh, entry ni aku tulis semasa gol malaysia ke 4, dah konfem menang, bolehlah menulis blog dengan tenang. Sebab nak meraikan kemenangan dengan lebih bermakna, entry kali ini pun sangat pendek la ya 



Keputusan penuh piala AFF suzuki 

Malaysia 1 - 2 Indonesia
(Malaysia menang agreget 4-2)


Pemain terbaik pilihan - Khairul Fahmi


Dalam sejarah twitter, nama yang menjadi trending hanya lee chong wei sahaja. Tahniah kepada khairul fahmi yang menjadi orang kedua Malaysia yang masuk dalam list trending twitter. Ok, bukan sebab masuk trending topik aku pilih sebagai pemain terbaik, tetapi disebabkan ketangkasan dia yang banyak menyelamatkan gawang gol malaysia


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

TOP 10 Entry 2010

2010 bakal meninggalkan kita kurang dari 3 hari lagi. Tak salah rasanya kalau aku paparkan disini perjalanan blog ini sepanjang 2010. Kali ini akan berkongsi 10 entry yang paling banyak view sepanjang tahun 2010 ini. Aku ucapkan billionan terima kasih kepada korang yang terus support blog ini ketika tuannya sibuk mahupun tuannya tengah angau. heh, layan sajo ya! Malam ini akan buat entry live update bola Malaysia vs Indonesia kalau berkesempatan

Jom tengok entry manakan yang menjuarai tahun 2010!


10) Illuminti pada lemang dan ketupat (1462 views)

sekarang ni wujud golongan yang kaw kaw punya nak samakan semua benda dengan illuminati. aiyo yo, golongan ni bukannya tak cerdik pandai, semua bijak-bijak, sebab terlampau bijak kot boleh keluarkan benda entah apa-apa ni kot. yang sangat bahaya adalah pengikut yang terlampau. contoh ada yang menuduh aku murtad kat entry crocs ni. boleh baca. kata aku agen yahudi sebab tak percaya freemason


9) AC Mizal : Laporan polis untuk blogger (1500  views)



Ok, jalankan tanggungjawab ini. Tak payah nak persoalkan betul ke tidak, memang tak betulnya. Banyak auta dan baca ayat penulisan dia buat kita percaya. Bukan kita lah, aku. Mungkin uncle ni guna hantu? LOL, hantu boleh masuk dalam internet ek? power gile! jadi, laksanakan tanggungjawab anda untuk kalahkan hantu2 internet ni


7) 4 sebab kenapa orang tidak suka Dr Rozmey (15895 views)

Sebab gaya rambut macam..... haha, entah, aku pon tak tahu. Tapi rambut dia ni, sekali pandang memang annoying kot. kekeke. korang camne? ada sampai tak suka sebab rambut tak? akulah orangnya. haha. tapi nak buat macam mana, sebab dia nak ada 'personaliti' yang lain dari yang lain, mungkin gaya tu agak menyampah, biarlah dia.


6) Bukti pemain Malaysia kena laser dari penyokong Indonesia (1957 views)




5) AC Mizal : Gelang Tungsten dan epic scam (19870 views)



4) Cikgu Shida Popularr di youtube (2094 views)

pasal cikgu ni, aku memang kagum dengan kepandaian dia mengedit video-video tu semua. Miming pun terbaik dah, kalah miming aku buat kat lisa surihani hari tu, tapi sebab dia dah reveal dia tu cikgu, tu kesilapan terbesar dia. Jadi cikgu shida, sekarang ni kena bertanggungjawab dengan title cikgu yang ada tu dengan buat yang jangan terlalu tidak senonoh. contoh tak senonoh tu macam latest video waka waka tu. aiyoyo, keterlaluan skit.


***********



Ok, itu dari ranking 10 ke 4. Terima kasih kepada abang AC yang banyak menyumbang kepada blog ini. heh, nampak sangat ramai yang suka baca pasal isu-isu semasa ni kan. baguslah tu. Ok, entry apakah yang menjadi top 3 sekarang? jom sama-sama lihat!!!




3) AC Mizal : Main delete komen untuk jaga reputasi (3476 views)

Taraaa, bukan sahaja didelete malahan terus kena remove dari fanpage ni. haha. punyalah amator buat kerja. Aku dah report kat polis mengenai hal ni, tapi report dengan hantar email je lah. ye lah, nak campur lebih-lebih sebab aku pun mana beli gelang ni, jadi aku cadangkan, mana-mana yang dah terkena penipuan ni, buat laporan polis. Biar polis buat kerja dieorang



2) Sepagi bersama Tuan Guru Haji Hadi (3917 views)





1) Kasut crocs haram dipakai? Kena boikot ke ni? (4302 views)






*******
Entry yang paling banyak view adalah isu crocs. entry ni di promote oleh orang crocs sendiri, mana tak tinggi viewnya kan? huhu. entry pasal jumpa haji hadi awang, entry tu masuk harakah. memang penyumbang terbanyaklah harakah. terima kasih kepada semua yang menyumbang dan sudi share di mana-mana medium sahaja. nanti share2 lah lagi ya =)


Ok, last penutup - TERIMA KASIH SEMUA!


psss : Malaysia menang malam ni? hum2

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tempat Dating dan Makna Disebaliknya!

Dating adalah perkara biasa muda-mudi. Sejarah aku berdating, dah pernah berdating dengan 234 gadis yang pelbagai latar belakang. dari cina, india melayu, semua aku pernah. ok tipu. Entry ringan kali ini aku akan share pendapat aku sendiri mengenai tempat dating dan makna disebaliknya. Awal lagi aku suggest, anggaplah ia bacaan ringan, jangan ambil serius. sesungguhnya aku cukup serius di dunia yang nyata. ok yang ni tak tipu


1) Bowling


Jika pasangan korang ajak berdating untuk main bowling, dan mentah-mentah korang tolak tapi pasangan masih bertegas nak ke sana dan nak tak nak korang kena follow jugak, ada makna disebaliknya. Pertama, pasangan korang nak tunjuk dia terer main bowling. Mungkin! Sebab kedua, dia nak malukan korang sebab selalu jatuh longkang

Nak share sikit, bola jatuh longkang tak malu lagi, bola jatuh ke belakang lagi memalukan! erk, pernah alami?


2) Kedai fastfood


Ada juga yang memilih untuk berdating di kedai makanan sahaja. Kedai makanan pulak yang dipilih alih-alih McD dan juga KFC. Semua fast food je. Yang ni ada beberapa kemungkinan makna disebalik ajakan ke kedai fast food tu. Yang pertama, pasangan korang memang takde duit nak belanja tempat mahal. hurmm, atau bahasa lain kedekut? yang kedua, makna disebaliknya dia nak bagitau yang korang ni sangat kurus, sebab tu ajak ke tempat fastfood supaya korang jadi lebih gemuk!


3) Makanan hotel atau restoran mewah


Ada juga yang berdating di tempat yang mewah. Wahh, bagi pasangan korang yang ajak ke tempat macam ni walaupun korang tahu dia masih belum bekerja atau kerja pun baru masuk 2-3 bulan, ada makna disebaliknya. Pertama, pasangan korang nak bagitau yang dia merupakan anak kesayangan papa dan mama nya sebab boleh ajak korang ke tempat yang mahal atau bahasa lainnya dia anak orang kaya. Kedua bagi orang macam ni, dia tolong taukey restoran atau hotel yang merupakan kawan dia. sebab dah takde yang pergi, dia bawaklah korang pergi. kesian kat korang. heh!



4) Wayang


Ini memang tempat yang sangat popular untuk berdating. gelap dan sejuk. fuhh, sangat nyaman sambil makan pop corn ye tak? ok, makna disebalik ajakan untuk menonton wayang ni juga ada 2. Pertama memang pasangan korang just tak nak dilabel loser sebab tengok wayang sorang-sorang, jadi dia ajaklah korang sebagai peneman. hurmm, mangsa lagi. Kedua, pasangan korang ni tahu yang korang ni banyak cakap, bising sangat dengar korang cakap je, jadi bila dah tengok wayang, mesti korang tak leh cakap punya! haha, kesian-kesian



5) Karaoke


Ada yang pilih k-box sebagai tempat dating? fuhh, ni memang makan dalam ni. Ada makna yang cukup dalam! Pertama, saja nak menunjuk yang dia memiliki suara yang merdu. Yang kedua, dia tahu yang korang suara tak sedap, ajak jugak ke keraoke dan balik nanti bolehlah dia buat bahan tulis kat status dalam facebook. haa, amacam? pastikan korang tolak awal-awal kalau suara tu macam itik serati


6) Bersiar-siar dalam kereta


Ada juga yang jenis tak nak pergi mana-mana, ambik je korang kat rumah, bawak pergi bersiar-siar. sentimental gila kot. Ok, ada 2 juga makna disebalik tempat dating macam ni. Pertama, haiii, takkan tak perasan yang korang naik kereta lawa, nak menunjuk keretalah tu! Kedua, dia nak luangkan masa yang lama dengan cakap-cakap dengan korang dan berhati-hatilah, korang balik je ke rumah, mesti korang terbeli sesuatu dari dia. rupa2nya jual barang! haiyaaa, dating pun sempat berbisnes =)



7) Tempah bilik hotel


Erk, bagi yang jenis macam ni, korang tanya ‘kite nak pergi mana ni’ denga slumber badan dia bagitau ‘i dah tempah bilik kat hotel’ jangan ragu-ragu untuk pelempang sahaja sebab ada 1 tujuan je orang macam ni. Sin ya kaf sin!


pss : sape nak dating sambil naik joana? waha =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Peperangan besar di twitter - Malaysia vs Indonesia

Memalukan bila 'Hate Malaysia' menjadi trending topic. Kisah Bola semalam tak habis lagi di twitter dan ini boleh jadi sejarah yang memalukan untuk kedua-dua negara. patuihh. Orang kat Malaysia pulak termasuk aku gelabah, duk sibuk nak balas balik dengan nak cipta trending topic sendiri, 28 juta lawan 400 juta? mana boleh nak lawan dong =)



50 tweets lovemalaysia dalam masa 5 saat






323 dalam masa 5 saat


Sekarang boleh tengok perbezaan? benda ni tak payah nak gaduh dengan dieorang, sebabnya tang mana pun mesti dieorang menang dan.... buat apa nak bertanding pun kan? Dr M suruh beranak banyak, taknak, ni lah kesannya. hehe. 


Apa-apa pun, kalau korang nak lawan jugak, cuba tengok hakikat ni. pahit tapi itulah fakta



Ni ranking terbaru, boleh tengok negara kita kat mana negara dieorang kat mana? haha, sekarang ni loveindonesia dah jadi trending jugak. lol, kite punye tak nampak pun. sighhh

Pape pun, aku rasa malam ni 'love malaysia' boleh jadi trending jugak, heh, ni bukan nak lawan ke apa, tapi sebagai tanda kita sayang dengan malaysia. erkk, boleh? boleh lah

jom bertweet pakai love malaysia!


pss : off to KL, happy tweeting guys =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bukti pemain Malaysia kena laser dari penyokong Indonesia!

Laser!

Entah jakun mana yang main laser ni aku pun tak tahu, Sampaikan Malaysiancheatlaser menjadi trending di twitter. No 2 pulak tu dalam masa yang agak lama! Memalukan dan menjahanamkan nama malaysia sahaja. Kat sini aku ada tangkap satu gambar dari youtube, bukti pancaran laser kepada pemain Malaysia

Klik sini untuk meneruskan bacaan

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Review Blogger (5) : Top 10 Alexa Blog Melayu

Tersangat happy hari ni sebabnya internet kat rumah dah jadi. setelah 23 hari tmnet buat hal, hari ni baru satel. Terima kasih atas kelembapan siput babi yang buta serta cacat itu. Ohh, itu bukan perli, tapi hakikat. Dari hari ke4 internet tak jadi, aku dah suruh technician datang ke rumah untuk check, tapi hari ke23 baru datang. Haa, itulah orang HEBAT buat kerja!

Ok, sebab internet dah ok, laju pulak tu, habiskan masa sepagi hari ni berblog. baca blog orang dan tengok intai siasat kes-kes terbaru untuk dibuat entry. Jadi, aku tampil dengan entry review blogger 5th edition ini untuk tatapan bersama. Untuk baca review blogger sebelum ini, jangan segan untuk baca dibawah ini



Ok, edisi ke5 kali ini akan menyenaraikan Top 10 Alexa Blog Melayu (check pada 26/12/2010)

Google =)



Satu-satunya blog melayu yang mendapat ranking bawah 100 di alexa malaysia. Memang hebat abang nara ni. Blog mengenai artis ni begitu pandai menarik minat pembaca setia dan juga pembaca baru supaya melekat lebih lama. Masa jumpa dengan dia main futsal hari tu, sangat tidak lokek untuk kongsi tips. semoga terus berjaya beautifulnara!



Nampaknya oh media ni dah menimbulkan fenomena baru dipanggil fenomena oh apabila banyak website dan juga blog yang nak gunakan oh di hadapan blog mereka. hehe. ok lah tu, nampaknya oh media sudah mendapat tempat di kebanyakan hati orang malaysia. Kena tackle pembaca bukan melayu jugak dengan mengekalkan tulisan bahasa melayu. gud luk khai dan crewnya



Nampaknya top 3 blogger setakat ni semuanya pernah jumpa. heh, nampak sangat aku ni banyak jumpa blogger kan? hehe. Ok, ariff walaupun dah jarang update blog sekarang, tapi masih alexanya ok. mungkon sibuk update blog lain kot. hehe. Inilah faedahnya mahir dalam ilmu SEO-SEO ni, jarang update pun masih mantap hitsnya



Haaa, siapa cakap blog ben blog cikai? kalau blog cikai, takkan dapat ranking 60k alexanya. Aku rasa selain memiliki body yang tough (takde kaitan sebenarnya) kenapa blog ini dapat alexa yang baik disebabkan backlink dan juga kerajinan update blognya. 20 entry sehari ek ben? hehe. Ben ni sangat mesra orangnya, tak pernah lagi aku jumpa orang yang tendang bola selaju dari tendangan ben. wahaa =)



Siapa tak kenal dengan akak hot ni kan? sebab tak pernah jumpa lagi, tak nak cakap banyak pasal akak red, nanti kita jumpa ya kak =)



Ok, untuk seterusnya, tiada detail tapi hanya list dan juga ranking alexanya sahaja. welcome to under 100k ranking kepada GTO dan cikgu dahlia. wahh, cukup laju alexa naik ya? ajar-ajar la sikit both of u =)





8) kujie2.com 75K


10) eyriqazz.com 86K

pss : teringgal ohbulan.com (49k) hehe, banyak sangat oh oh ni =)




Untuk melihat senarai blog lain, banyak aku dah update di page TOP BLOG MALAYSIA ni. usha-ushalah blog kegemaran korang ditangga keberapa sekarang. macam-macam blog ada, hanis zalikha ada, anuar ibrahim ada, blog ustaz2 yang hebat ada, semua skalilah. nak check alexa blog korang, boleh check kat sini


Aku punya?


Tahun ni masih gagal untuk dapatkan bawah 100k. haiishh, paling hebat pernah cecah 106k, lepas tu terus naik. takpe, bukan senang blogspot.com nak masuk bawah 100k ni, kena berusaha lebih banyak. sekarang 115k je. Tahniah kepada blog penulisan melayu yang ada sekarang, semoga industri blogging melayu khususnya menjadi semakin popular. nah bagi video orang russia cakap melayu


Serius comel!





pss : top 10 kat atas tu, hanya 3 blogger je aku belum jumpa lagi. 2011 kita buat BIGGG BLOGGER GATHERING ya.  =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman menyambut krismas di Sheffield/London

Nampak sangat aku ni terlampau sibuk kan, nak buat entry sempena perayaan krismas pun terpaksa lewat satu hari. Tak pe, itu semua tak penting. Bagi korang yang dah tahu tapi terlupa (ayat jaga maruah diri) perayaan krismas ini jatuh pada 25hb 12 setiap tahun oleh penganut kristian di seluruh dunia sempena meraikan kelahiran Jesus. Ok, sebenarnya tarikh 25 hb tu tak dapat dipastikan betul atau tidak Jesus di lahirkan masa tu, tapi diiktiraf juga oleh pengabut kristian untuk meraikan pada 25hb sebagai perayaan mengingati Jesus

Berkrismas di UK

Sangat rugi sekiranya berada disana tetapi tidak melihat sendiri bagaimana perayaan ini disambut. Seharusnya aku tengok sendiri. kalau kat rumah, asyik tengok cerita Home Alone je masa krismas, nak jugak tengok realiti sebenar perayaan ini macam mana. hehe. mesti best kan?

Permulaan Dicember

Saja gatal nak jalan-jalan di bandar sheffield, awal dicember memang sangat meriah dengan orang yang pelbagai gelagat menyambutnya. Ada yang berpakaian merah, tak lupa juga pokok-pokok krismas yang dipasang di kedai dan juga tempat2 utama, ada juga pasaraya yang memasang lagu krismas dan sudah pasti banyak kedai buat sale sempena krismas

Kalau di sana, pelajar Universiti akan cuti panjang semasa winter. Sebulan lebih dan bukak je cuti, terus exam. Haa, kira kalau kat Malaysia, study week la kononya, Ni bukan study week dah, Snow Week dah. Alhamdulillah, 2 tahun disana, 2 2 tahun salji adalah lebat dan kepuasan bermain salji sangat best. Krismas dan salji, sinonim kan?

Semasa Krismas

Sangat sedih sebenarnya, kerana semasa krismas, bandar Sheffield sangat lengang! Semua kedai tutup, perkhidmatan awam berhenti dan kalau korang kat city, boleh tidur atas jalan. Tak percaya? ni video aku rakam 2 tahun lepas. 


Klik gambar untuk tengok video

Amacam? kosong kan?

Sebenarnya kosong ini disebabkan oleh mereka pulang ke kampung masing-masing. Yang tinggal hanyalah student yang tiada tempat nak dikunjungi macam aku dan juga para homeless yang bersepah-sepah. Sebab tu bandar jadi kosong!

Sebab bosan pada hari krismas, buatlah plan untuk ke London, jaraknya lebih kurang 2 jam dengan menaiki keretapi laju

Di dalam keretapi

Ditegur oleh seorang mak cik yang agak berusia, dalam lingkungan 50-60 tahun, bertongkat dan berambut putih.

makcik : merry christmas love
aku : merry christmas (sambil tersenyum)

mak cik : where are u heading for? celebrate christmas?
aku : london. visit my friends there. how about u?

mak cik : ooh really? im going to london too (dah memang train tu ke london kot) visit my son and my grandchildren. 
aku : ooh, why they dont going back and visit u?


mak cik tu dah muka masam. aku salah sebut ke apa? mungkin dia terasa apa aku pun tak tahu. nasib badanlah. mungkin dia tak paham dengan english aku kot. heh!


Satu lagi budaya yang agak pelik disini, tak semestinya anak yang akan melawat ibu bapa. Ibu bapa pergi ke rumah anak pun ada! pelik kan? tak hormat ke? aku rasa dah jadi budaya kat sana. ya lah, kalau kira dari segi cost effective, lagi senang yang sorang ni (ibu bapa) pergi ke tempat ramai (anak2) tiket train pun tak mahal kan? heh, cuba buat kat kita, nak mengamuk mak bapak kat kampung kan? hehe


Di london agak lewat

Tiba di London agak lewat malam. sebab musim winter, pukul 4 tu dah gelap dah. kalau sampai pukul 8 tu, fuhh, dah macam pukul 11 malam dah. Sebab orang yang membawa kiteorang pun student, jadi paham-paham je lah student macam mana, jalan kaki adalah transport utama. heh, london beb, bangga tiba-tiba. tapi jejak kaki di london tu di sambut dengan keadaan tak berapa best!

27/12/2008

kalau nak kira, memang 27hb tu sambutan krismas masih ada lah. sebab tu ada lagi mamat yang mabuk duk minum arak pakai pakaian merah duk sebut merry christmas-merry christmas ho-ho-ho. Apa pemandangan yang sedihnya, kelab-kelab yang bersepah dengan sangat ramai orang yang beratur nak tunggu masuk dan juga boleh dilihat LIVE VIDEO LUCAH di depan mata eh, bukan video, tapi aksi. dengan slumber badak duk 'main' kat jalan. lepas tu datanglah polis untuk tangkap. mabuk katakan. its a christmas dude!!

Paginya

Selepas bangun agak lewat disebabkan letih, misi memburu cinta di kota london berterusan. heh, apa lagi, shopping la. walaupun dah miss boxing day, tapi konfem masih ada yang saki-baki tinggal jualan. dan memang ada pun!

sebut pasal Boxing Day, kenapa boxing tu kawan aku kata hari itu adalah untuk bertinju. heh, tinju apa nya beb? tinju untuk dapatkan barangan yang kita mahukan! haaaa, sebabnya harga sangat murah-murah ok. pakaian branded boleh dapat dengan sangat murah pada hari tu dan christmas ni ada yang lebih tunggu boxing day dari perayaan tu sendiri.

Aku takdelah bertinju, orang melayu katakan, penuh sopan santun!

Bergambar di London


Kesimpulan menyambut krismas bagi orang sini

Aku boleh buat kesimpulan, walaupun kat atas tu aku cakap awal-awal perayaan krismas tu untuk menyambut kelahiran jesus, tapi keadaan masyarakat tak sepertinya. Ia lebih disambut sebagai satu perayaan untu berseronok, bukan untuk mengingati Jesus itu sendiri. Antara lain perayaan krismas

  • Untuk jumpa/kumpul dengan ahli keluarga lain
  • Boxing day-membeli belah sampai pengsan
  • parti-parti bagi golongan muda-mudi

Krismas dan Raya

Perayaan hari raya bagi kita lama kelamaan dan jadi macam sambutan krismas di sana dah. Maksud sama adalah disambut sebagai satu perayaan, bukan untuk muhasabah diri mendekatkan diri lebih dengan sang pencipta. Perasaan atau tidak, media yang memainkan instrumen penting dalam penyebaran maklumat menyogok kita penonton dengan pelbagai aktiviti perayaan yang 'ala-ala gembira' bukannya untuk lebih mengingatkan kita kepada agama. hurrm, sama je lah dengan orang sana kan?

bak kata sorang pemandu bas

'merry christmas and happy shopping'


pss : ada sesiapa boleh bagi link tentang hukum menyebut 'Merry Christmas' tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Zaman U : 2 bulan di IPTA (UiTM Shah Alam)

Seharusnya aku begitu teruja nak sambung cerita pengalaman berada di U ni. Entry awal mengenai menamatkan zaman U terlalu awal dapat sambutan dari pengomen tegar blog ini buatkan aku mahu update cerita zaman U serta merta. Tapi sebab nak bagi ruangan kepada segmen kenapa blogger (boleh tengok kat tepi ni untuk baca) terpaksa tangguh pulak. Kalau cerita pasal pengalaman, memang aku takkan jamin entry ini tidak akan jadi pendek. hehe, takpelah, kalau terlampau panjang sambung esok pulak bacanya ok? kan hujung minggu ni, orang tak suka nak update blog =)


Tawaran ke UiTM Shah Alam

Result UPU keluar masa aku ada perjumpaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi. KPT ni macam pilih aku antara beribu pelajar budak matrx lain sebab kononnya bakal menyinar. sinar lah sangat, sinar harian adalah kot. Aku dengan 20 lagi wakil dari Matrix Melaka pun hadirlah kononnya kamilah harapan bangsa kemudian. Tapi kan, aku rasa program camni seharusnya diteruskan, ye lah, at least kami yang nak masuk U ni boleh nampak bagaimana sistem U ni berfungsi dan dipilih tu jangan tak kata sukalah, sanggup dari kelantan ke KL tu!

Hari kedua program, result UPU keluar. Masa ni gila takut kot, takut kalau apa yang aku mintak tak dapat. Kawan aku yang 4 flat dengan yakinnya check dia punya result. Masa tu check result pakai handphone je. Aku memang tak berani lah, memang nak check bila time dah ok, bila orang dah takde, ye lah, bolehlah aku menangis ala-ala anak bongsu sejati bila apa yang aku nak tak dapat. heh, manjanya u joe!!


Nak dijadikan cerita, kawan aku yang dapat 4 flat tu dapat pilihan ke3 dia!!!!

Warghh, gila lah. pilihan ke3 bagi yang dapat 4 flat pun? aku yang 4 flat pun jauh beno resultnya ni lagilah kan. Aku ingat lagi, petang tu Menteri KPT yang serius aku tak ingat nama tapi kenal muka, try jugak google muka tapi macam mana nak google muka kan? nak tak nak kena tahu jugak nama. Menteri tu ada sindir, macam mana kamu yang belum check result UPU nak menyinar di U nanti kalau result yang memang dah ada kamu tak nak check?

Perghh!!!

Kata-kata tu memang dituju kepada aku dah. Menyirap darah aku ni dengar. Lantas aku amek hp aku dan type no matrx aku, no kag pengenalan aku dan SEND. Hahaha, macam kena santau dah masa tu. Tak lama kemudian, hp vibrate tanda msg masuk. kekeke, yang aku lucu, aku tak baca terus msg tu, pergi amek air sembahyang, tunaikan solat hajat 2 rakaat dan berdoa gila-gila punyalah. Walaupun org kata masa tu dah result keluar dan nak berdoa pun biarlah berdoa sebelum result keluar, aku apa peduli, saja nak sejukkan hati.


Tahniah, anda ditawarkan ke Sains Aktuari di UiTM

UiTM Shah Alam

Alhamdulillah, pilihan kedua dapat. ok lah tu. pilihan pertama, Sains Aktuari di UKM. Not bad lah kan =)


******

Hari pertama pendaftaran

Sudah pastilah begitu teruja. 2 kereta kot hantar aku pergi daftar. Kalau ada tiga belas, tiga-tiga belas aku nak suruh hantar aku pergi daftar. heh, daftar je kooot. Ok, ingatan aku pasal hari pendaftaran ni memang aku tak berapa nak ingat, tapi yang masih jelas di fikiran, student perempuan UiTM ni HOT-HOT. Perghhh, meleleh gua cakap lu!!! Anak melayu kita comel2 blako deh. hehe

Maka aku diletakkan di kolej Perindu 4. Haaa, sesiapa yang pernah ke UiTM tahulah kan kat celah mana kolej perindu 4 tu, memang satu hostel yang sangat buruk, satu dorm kena kongsi dengan 8 orang lain. dabel decker. Gila tak bersyukur asyik komplen! Hehe, nak buat macam mana, uitm ni memang ramai orang, jadi nak tak nak kena maksimumkan setiap bilik yang ada. dah maksiumum bilik, orang didalamnya kenalah jadi minumum sekecik mungkin!

Housemate dorm

6 orang adalah budak satu kos dan 2 orang lagi rasanya it ke apa. dah tak ingat. Aku suka duduk di dorm ni, walaupun orang kata macam budak sekolah ke apa, memang budak sekolah pun! tapi hubungan dengan budak2 dalam dorm tu memang rapat. watak yang aku ingat adalah taiko, heh, mamat ni memang suka sangat mencarut, entah suka lagi ke tak dia mencarut aku tak tahu. tapi suka mencarut pun, orangnya pandaaiii. faiz, kasanova yang memiliki stok2 perempuan yang cun. bukan sahaja perempuan, laki pun dia ada. haha. amir, dia ni baik gila. full stop. naim, yang paling aku ingat pasal dia, dia suka download cite. hehe, aku download jugak, download dari hard disk dia ke laptop aku. kekeke


******

Tempat yang digemari di UiTM

Macam biasalah, kalau dah berada di U ni, mesti ada tempat yang best yang selalu kita lepak-lepak kan? Aku pun tak terkecuali, memang banyak tempat yang best dan sampai sekarang akan diingatkan

Dataran cendikia

Entah betul ke tidak namanya dataran tu. Ala, dataran yang dengan dengan kolej Mawar tu. yang malam-malam sangat happening tu. haaa, kat situlah! Memang selalu jugak lepak kat situ, maklumlah, banyak HOT STUFF kat situ, aku mesti ada!


FTMSK

Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif. SEE, sampai sekarang aku ingat akan nama fakulti aku tu. nak buat macam mana, selalu lepak sana kan, sebab utama lepak kat fakulti, internet/ hehe. kat kolej perindu takde wifi, nak online pun susah, kena pergi bilik komputer yang selalu ramai orang. Memang jarang r nak online macam tu. nasib baik kat fakulti bleh online


Library

Sebab aku tahu aku bodoh dan tambahan pula sains aktuari ni belajar benda yang sangat-sangat baru, banyak akaun, ekonomi yang memang berbeza dengan apa yang aku belajar masa kat matrik dulu, kenalah struggle sikit. jadi, library lah tempat aku selalu pergi. Banyak kali pergi tau, 2 minggu tu adalah sejam dua. lalala ;)


******

Rapid KL

haa, ini adalah medium utama pengankutan budak2 uitm yang takde motor ata kereta macam aku. best jugak naik rapid ni, murah dan sangat efisyen. hehe. kalaulah seluruh KL efisyen macam yang dalam uitm ni, aku rasa ramai je yg naik public transport. Ok, sebut pasal rapid KL ni, aku dengan 6 orang coursemate aku lagi tu memang sangat suka naik rapid KL

Rapid KL - pengankutan utama

kenapa?

fakulti kiteorang dekat dengan fakulti masscom. budak2 masscom ni paham-paham je lah dieorang punya dressing, semua nak anak datuk je, lepas tu sembur kat badan air wangi, segelen pun ada. erkk, bukan semualah, tapi kebanyakan. Yang sukanya, mereka semua tu cute2. haha. gila gatal kiteorang ni, siap sanggup naik bas rapid KL walaupun nak balik kolej je. biar jalan kaki pun tak jauh sangat pun, tapi sanggup naik bas nak jumpa budak2 masscom. 

hi korang yang baca, ingat i lagi tak? =)


******

Budak Aktuari

Aku kalau bab nak cerita kos yang pernah aku amek dulu, iaitu sains aktuari ni memang teruja. teruja sebab memang tak ramai yang tahu kos ni belajar ape ke jadahnya. Aku masa nak apply kos ni pun, aku tahu yang aktuari ni boleh jadi kaya. Puhh, gila duit betul aku masa tu. Darah muda kalau cerita bab duit, semua nak je. Ok, bagi yang tak tahu aktuari sains tu apa, terjemahan mudah adalah - boleh jadi kaya. erk, ok?

Budak kos aktuari ni tak ramai, 30 lebih je. yang laki pulak hanya ada 6. sikit sangat kot

Sebut pasal lecturer, memang dieorang stylo lah. Genius! Aku tak ingat siapa nama lecturer lelaki ni, tapi dia mengajar math yang berkaitan dengan sains aktuari. paling banyak subjek, subjek tu je aku suka. Boleh bayangkan, 1st year buat degree kos ni, belajar akauan, ekonomi, WOhooo, sangat-sangat tidak gemari. Tapi subjek yang lecturer lelaki ni ajar, sukalah sebab mencabar. Kononyalah

Mengajar sempoi

Dia pulak kalau datang mengajar, mesti duk cerita pasal kisah peribadi dia dulu. Hari ni buat apa, petang tadi tolong ni, tadi terpaksa jumpa orang ni. Yang aku peliknya, cerita dia tu walaupun memang berlagak, tapi aku suka dengar. haha. Mungkin dah cara dia sampaikan tu agak sempoi, sebab tu tertarik tu. 

Sorang lagi lecturer yang aku tak boleh nak lupa ialah cik emmy! haha, cik emmy ni lecturer kelas aku, dialah yang uruskan segala hal pasal urusan kelas aku. Memang jadi sangat rapat dengan cik emmy ni. dia pun jenis rockers camtu, lagilah student rapat. Cincin tunang die pun siap aku ngan kawan-kawan yang pilih sama. Sempoi tak sempoi!


******

Kenapa pindah dari UiTM?

Sebab utama pindah dari kos aktuari dan dari UiTM ada beberapa sebablah. Pertama duit. Aku rasa dalam 30 orang tu, ada beberapa kerat je takde sponsor. akulah antara orangnya! yang lain semua ada, bank negaralah, jpa lah, maralah. hisshh, mana boleh aku takde, miskin lah aku! pandai pulak demand ya, belajar malas! Sebab kedua kos tu sendiri. Tak boleh tahan dengan susahnya nak belajar akauan. Dulu selalu perli budak-budak akauan yang subjek tu mudah compare dengan fizik, nah amek ko, kena atas batang hidung balik. Dan sebab ketiga, dapat offer buat twinning program. mesti cabut punyalah!

Ok, tu je SEDIKIT pengalaman masa di UiTM iaitu belajar di IPTA. Nanti aku akan share belajar kat IPTS yang memang akan banyak gambar. ya lah, sebab bosan, tangkap gambar je lah!


pss : berjaya ke tak korang baca sampai habis ni? kekeke

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pergelutan menjadi anak orang Kelantan di musim cuti

Statistik penduduk di Kelantan pada 2010


Bangga menjadi anak orang Kelantan yang aku rasa sangat istimewa berbanding negeri-negeri lain. Bukan cakap besar, tapi aku rasa orang kelantan ni lebih pelik dan istimewa berbanding di negara lain. Tak kira baik atau buruk, mesti ada kaitan dengan orang Kelantan!


Kalau korang habiskan cuti sekolah di Kelantan, mesti korang akan rasa pelik, pelik sebab kalau di bandar KB tu, hari-hari jam. Kalau di KL, aku akan cuba masuk bandar dalam pukul 10-11 untuk elakkan jam dan memang cara tu berkesan. Tapi di Kelantan, jam je memanjang masa cuti sekolah ni. Dulu aku pernah berteori, menyatakan pelik orang di Kelantan ni tak kerja ke? tak macam orang di bandar2 besar, yang mana akan masuk office dan waktu paling jam adalah waktu nak balik kerja dan waktu nak pergi kerja. di kelantan? PELIK!

Kawan aku kata 'orang kelantan ni banyak yang meniaga, bukan makan gaji kerja dengan kerajaan. sebab tu tak boleh nak agak bila dieorang pergi shopping, orang meniaga, biasalah!'

ooh, logik jugak!


Eh eh, aku bukan nak merepak pasal orang kelantan suka meniaga ni, tapi nak bebel pasal 'pergelutan menjadi anak orang kelantan di musim cuti' Apa lagi kalau bukan tiket untuk pulang ke kampung!




Kota Bharu - Putrajaya - Kota Bharu (23 jam)

Aku sekarang berada di Putrajaya, baru pagi tadi sampai. Sebabnya ada urusan dengan pihak kastam. Urusan pihak kastam mengenai eksport import manusia. kalau korang berminat nak meniaga manusia, boleh inbox aku ok. tipu je. wek wek. apa lagi kalau dengan kastam, pasal joanalah. ishh, sangat bermasalah dan biarlah masalah tu aku simpan. mana boleh bagitau dalam blog! Jadi, sebab esok malam aku antara penganjur dinner WLC (jangan lupa datang!), nak tak nak kena sampai pagi esok ke Kelantan




Dah dapat agak yang tiket mesti habis punya. Tapi sebab dah terpaksa, redah jugak! Mula-mula check tiket flight, MAS dah habis!! tengok airasia, perghhh, 200 lebih! ok, tangguh dulu. tengok tiket bas, sebab takde online (kurang 24 jam kena beli walk-in, BARU TAHU!) check semua bas, takde. aduss, dah risau dah. Tadi baru balik dari KTM Kajang yang belum pernah drive ke sana untuk beli tiket, juga habis!!! Alamatnya, terpaksa beli tiket kapal terbang. tup2, air asia kesayangan telah naikkan harga ke 300 lebih. memang sungguh kejam disitu. nak tak nak, beli jugaklah!


Travel last minute vs anak kelantan

Musim cuti-cuti macam ni, memang tiket akan cepat habis. Bas aku dah jangka, tapi tak tahu pulaklah kereta api pun habis. flight pun MAS dah habis awal-awal lagi, Ni siapa yang nak balik ke Kelantan ni ramai sangat ni? menyusahkan je!! (emo tiba-tiba)

Apa-apa pun, itulah masam manis jadi orang Kelantan, bab-bab travel ni memang sangat memenatkan dan membencikan. Walau apa pun, ambo tetak banggo jadi ore klate. keh keh keh


pss : entry tenangkan minda! elamat berhujung minggu. my BIG WEEKEND. pray for the best

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Menipu di dalam blog

Hello semua! Apa khabar dan harapnya korang sihatlah. Edisi ke-5 Kenapa Blogger kali pertama aku taip sebelum entry di post. Sebenarnya aku dah siapkan 5 entry kenapa blogger ini sekaligus dan memang sudah ada dalam draft. Ya lah, sebab kekangan internet dirumah, kita kena bijak menguruskan masa. Sebab semalam ada seorang gadis sunti meluahkan perasaannya kepada aku, eh, bukan perasaan apa ok, perasaan dirinya yang kecewa disebabkan ditipu oleh seorang blogger, jadi entry ini aku buat untuk menyejukkan hatinya yang berduka lara ditipu hidup-hidup


Perghh, gilalah joegrimjow buat entry untuk perempuan!


Ok, sekali lagi ini adalah berdasarkan pengalaman aku, dan aku harap korang yang pernah merasai tertipu dalam blog, boleh kongsi di ruangan komen. blog aku ni dah jadi tempat orang mengadu nasib yang malang dah. hehe. jom kita tengok. kenapa blogger menipu di dalam blog!


1 - Saja nak buat prank/troll/gurau2


Sebab kebanyakan pembaca malaysia ni hatinya sangat halus, entry berunsur prank, troll macam ni dianggap serius pulak. Aku pernah kena sekali ceramah panjang lebar disebabkan seolah permainkan isu yang serius. Haha, rilek sudah. korang yang dah berfikiran matang ni boleh teka, mana yang gurau-gurau dan mana yang serius kan. pandai-pandailah. Untuk langkah bijak bagi blogger yang suka buat prank ni, bagitaulah di akhir entry tu ia hanyalah prank. erk, tak best pulak kan




2 - Kurangnya kasih sayang


Bagi blogger yang menulis pasal peribadi dan suka sangat menipu tentang kehidupan peribadinya, blogger jenis ini aku istilahkan sebagai kurangnya kasih sayang. Hehe, bagilah can kat die nak menipu kat dalam blog, korang yang nak caye tu buat apa, dah blog dia kan?




3 - Terpaksa dan keadaan memaksa


Ada juga blogger yang terpaksa menipu disebabkan oleh keadaan yang memaksa. Boleh diistilahkan sebagai blogger terhimpit dek blogger lain. Contohnyalah kan, blogger A ni ditipu oleh blogger B, untuk jaga statusnya, blogger A dia terpaksa menipu pembacanya. Dia bukan nak tipu, tapi keadaan yang memaksa. haa, lebih kurang macam tu lah




4 - Ada udang disebalik mee


Heh, kenapa blogger suka menipu di dalam blog ni, sudah pasti ada perancangan yang lebih besar yang mana hanya dia yang tahu. Jadi aku letak ada udang disebalik mee je lah. Nak tahu kenapa blogger tu menipu, hermm, tanya je lah dia sendiri. Kalau dia tak cakap, jangan butthurt pulak, terimalah ia sebagai satu perjalanan pahit dalam dunia blogging anda


Tak matang


Manusia ni akan melalui satu sempadan yang memisahkan antara tidak matang dengan matang. Usia bukanlah penentunya tapi aku lebih sokong pengalaman sebagai penentu bilakan manusia itu akan menjadi dari tidak matang kepada matang. Menipu dalam blog ni salah satu proses pematangan dalam diri. Bila dah sedar akan keburukan menipu, masa tulah dia akan reveal. Bila masanya tu, tunggu je lah labu....

pernah tertipu dengan blogger dah banyak kes, tapi ada 2 kes yang betul2 aku tak boleh nak lupa... maafkan je lah


pss : akan bertolak ke Putrajaya malam ni, esok malam terus balik ke KB semula. barulah bisnesman namanya! Tak sempat nak join gathering kat Times Square tu. haiyaaa! doakan perjalanan selamat ya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Suka update blog (2-3 entry sehari)

Gila senang tajuk ni kan. Haha, tu tandanya dah kekeringan idea dah ni. Help-help, tanyalah banyak-banyak nak buat tajuk apa lagi ni! Ok, sebab ini entry mudah, aku akan senaraikan beberapa sebab kenapa blogger suka update blog yang korang tak pernah terfikir pun sebabnya tapi memang wujud! erk, harap-harapnya lah!

Sebut pasal blogger rajin update blog ni, tahap kerajinan itu boleh diistilahkan lebih dari 1 entry sehari dipublish dan konsisten. Ada beberapa blogger yang aku baca yang memang suka update entry lebih dari sehari ni. aku pun tak terkecuali jugak sebenarnya =) 


Jom tengok kenapa blogger suka update blog


1-Tidak sedar kewujudan facebook dan twitter



Ada jenis yang suka berkongsi ni, habis semua nak cerita dalam blog dia. Pergi sini nak cerita, buat ini nak cerita. Dia tak sedar yang kalau nak cerita pasal pergi ke sunway lagoon, tak payah la nak buat 3 entry - mula2 tajuk ‘saya mahu ke sunway lagoon’ 3 jam lepas tu dia update blog lagi ‘dah sampai ke sunway lagoon!’ dan sehari kemudian ‘penat dan ia menghiburkan’ entry last tu start dengan menulis , sorry guys, tak dapat nak update cepatlah, penat sangat. baru balik dari.... bla bla bla’ orang macam ni tak sedar akan kewujudan micro blog seperti twitter yang boleh tweet je atau facebook yang tulis je kat wall tak payah buat entry. tak pe lah labu, tu blog diaa daaa

cess, sempat lagi iklan. klik je =)



2-Banyak idea - bahaya boleh meletup!




Ada juga blogger yang mencurah-curah ideanya untuk menulis. Apa lagi, bila dah ada idea nak tulis, tulislah kan. Bahaya jugak kalau tak tulis ni, nanti idea tu boleh mengembang di dalam otak dan boleh MELETUP kalau tak dikeluarkan. waha, bahaya!



3-Takde kerja tapi ada internet



Ni jenis yang gaya hidup yang tak sihat ni. Dah tahu takde kerja, cubalah pergi cari kerja. ni tak, duk update blog je kerjanya. Mentang-mentang ada connection yang laju, best la ye duk update blog. ish2. get a life dude. dont get extra wives!!




4-Ia kerja dan memang itu kerja aku



Haaa, ada juga yang menjadikan blog sebagai tempat cari rezeki, update blog banyak kali sehari. Blogger macam ni memang padanlah update blog banyak, sebab itu memang dah kerja dia. eh, korang jangan pandang remeh dengan orang yang kerja dalam bidang ni, ada yang dapat duit beribu jugak sebulan ok. hanya update blog je! kalau tak update, nanti traffic kurang, haa, siapa yang susah? periuk nasi depa jugak kan?


Tahap kepentingan update entry dalam berblog

Sangat penting untuk blogger kekalkan tahap update entry dalam blog sekerap mungkin. Maksud kerap tu, takdelah sampai berpuluh entry sehari, tapi kalau biasa sehari 1 entry, updatelah sehari 1 entry. Kalau biasa 2 hari hanya 1 entry, updatelah ikut style camtu. Bukan apa, banyak pembaca (aku sendiri pun) tak gemar yang jenis hari ni 3 entry, esok 12 entry, lusa dah takde. minggu depan tutup kejap, lepas tu tahun depannya bukak balik

hehe, macam chipsmore. kejap update, kejap tak update


pss : yang ko sibuk suruh orang update kenapa ha joe? ish3

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Boleh jadi begitu famous di dalam blog

Segmen ketiga kenapa blogger muncul!! Wahaa, banyak ya dapat feedback yang positif. Bagus-bagus, aku pun dah buat kat tepi ni entry lepas kot-kot korang miss kan. senang nak rujuk. Ok, kalau ada cadangan nak tanya apa-apa dalam segmen kenapa blogger ni, boleh email kepada aku di joegrimjow@gmail.com.

Ok, segmen kali ini akan membincangkan pasal Kenapa Blogger boleh jadi femes dalam blog. Beberapa ciri blogger femes perlu diperjelaskan indikator dia, kot-kot ada yang salah faham. ni femes pahaman aku je r
  • uv blog tak kurang 100k sebulan
  • memiliki pembaca yang ramai
  • dikenali blognya oleh kebanyakan orang. Contoh ‘pernah baca blog pulan pulan ni’ jawapan kebiasannya ‘pernah’ bukannya ‘siapa tu?’


Ok, jom kita tengok, kenapa blogger ni boleh menjadi femes


1-Sebab dia sememangnya dah glamer di luar sana


Maksud glamer ni adalah berpengaruh. Contohnya ahli politik ke, artis ke, atau tokoh-tokoh lain. Orang macam ni kalau buat blog pun, update 2-3 entry je seminggu, beribu jugak traffic. Sebab dia memang dah glamer! Kalau ahli politik buat blog, dah sah sah penduduk kampung/bandar dia akan baca ye tak? cuba lisa surihani buat blog, berblog pun letak gambar dia dengan baju je, type entry pun ‘yang ni lawa tak?’ ‘baju ni sesuai tak?’ ‘matching tak warna ni dengan i?’ aku rasa ada beribu komen dan sumbangan komennye tu adalah dari aku sendiri. kekeke!



2-Menimbulkan kontroversi BESAR



Ada juga blogger yang femes disebabkan kontroversi yang pernah ditimbulkan. Contoh sampai masuk penjara dan muncul dalam buletin utama sebab buat entry yang mengancam keselamatan negara. Tak pun cetus kontroversi disebabkan menghasilkan entry yang tak disenangi orang. ada jugak kontroversi mengenai pendedahan sampaikan tv dan surat khabar pun ambil dia punya blog. Blogger macam ni glamer tak lama lah, cuma masa dia buat kontroversi tu, maka glamer lah dia. masa tak buat, tak glamerlah dia.


3-Stick with one topic - menulis untuk diri sendiri


Yang ni ramai orang miss dan susah nak buat! Blogger yang femes disebabkan penulisan dia yang jujur dan kekal dengan satu topik sahaja. Blog aku ni memang out lah sebab memang blog ni takde topik khusus untuk dibincangkan, tapi cuba tengok blogger2 yang hebat lain, ada dieorang cerita campur aduk? hehe, tu sebab dieorang boleh femes walaupun hanyalah orang kebiasaan. CMG duk update pasal masakan je beribu raban jugak hits, kak jie duk cerita pasal anak2 dan suami pun beribu2 jugak, redmummy yg cerita pasal shopping dan keluarga dia pun boleh dapat rm 10 k dari blog. haa, apa lagi, tirulah mereka =)


4-Gunakan GAMBAR sebaik-baiknya



Kalau korang rasa diri lawa dan boleh buat market, tampal la muka korang banyak-banyak kat blog. konpem dalam masa yang singkat boleh jadi glamer. Tak pun kalau rasa diri tak berapa lawa, curi je gambar kat google dan kata tu gambar korang. hahaha. pastikan gambar dicuri tu korang crop-crop lah, jangan main copy link pastu terus upload pakai link gambar tu. nanti orang boleh detect dan boleh terkantoi! yang penting - kena pandai crop!

Kelahiran joana.blogspot.com

aku rasakan, kalau aku buat blog url macam kat atas tu dan guna gambar macam ni





agak-agaknya ramai tak yang datang nak ngorat. lol, bleh jadi igauan kepada lelaki tu!

erk, ada orang terasa ke? lariiiiii

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW