Share
Memaparkan catatan dengan label kenapa blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenapa blogger. Papar semua catatan

Kenapa Blogger : Berhenti menjadi blogger

Menjadi blogger adalah perkara termudah untuk kita buat. Tapi, berhenti menjadi blogger, lagi mudah untuk buatnya. Kali ni aku akan mengupas beberapa sebab dalam segmen kenapa blogger ni berhenti menjadi blog.


1) Kesibukan di dunia realiti


Ramai yang menulis blog sebab nak isi masa lapang dan juga mungkin sebab suka-suka. Tiada sebab yang ‘pro’ seperti nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan atau kerjaya. Heh, bunyi macam blog boleh bagi banyak duit je kan? Masa student, tak sibuk sangat bolehlah nak menulis panjang-panjang, tapi bila dah ada komitmen lain seperti kerja - maka minat nak berblog pun dah semakin kurang. Mungkin dulu hari-hari publish entry, lepas tu seminggu 2 kali, meningkat ke sebulan 2 entry je dan last-last, terkubur begitu je. ohh, sungguh sadis ‘kesibukan’ ni kan?



2) Dah lama tulis blog tapi tak terkenal-terkenal lagi, bencilah!



Ada juga yang menulis blog sebab fikir boleh jadi FAMOUS. ada satu buku yang aku baca dulu pasal dunia internet - 16 tahun dulu orang dah ramal seseorang tu boleh jadi terkenal di seluruh dunia kurang dari 15 minit! Perkara tu memang betul dengan dunia teknologi internet tanpa sempadan sekarang. So, memang ada yang gunakan platform blog ni untuk menjadikan dirinya famous. waha!

Last-last, dah bertahun-tahun menulis blog tapi tak famous2 jugak, famous amos adalah, maka berhenti menulis blog dan blog pun dah ditutup. ooh, juga satu pengakhiran yang sadis!


3) Dunia blogger dulu tak sama dengan sekarang



Dulu menulis blog sebab ada daya penarik untuk terus menerus menulis. Bangga menjadi seorang blogger sebab dunia blog penuh dengan warna warni. Bak kata orang tua-tua, zaman akan sentiasa berubah. eh, ada ke orang tua cakap macam tu? assume ada je lah. Dulu mungkin sangat ‘nikmat’ jadi seorang blogger, tapi sekarang dirasakan dunia blog dah tak sesuai untuk badan - maka tarik diri dengan rela hati. Blog terkubur, title blogger menjadi -
bekas blogger


4) Jadi tweeples lagi best lah



Wujudnya platform micro blogging seperti twitter, dah ramai yang tak menulis blog dah. Alah, tak bestlah jadi blogger, jadi tweeples lagi best!

oh, ini sungguh sadis!


pss : 2 tahun 11 bulan dan 14 hari dah aku berblog. mungkin lepas ni aku pulak akan undur diri :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Kena letak iklan dalam blog

Haloya. Baru boleh menulis dengan aman 2 3 hari ni. Oh, kat putrajaya sekarang, baru balik dari Melaka bercuti yang sangat best. Cuti sambil kumpul motivasi untuk menjadi manusia yang lebih berguna. Huh. bunyi macam sangat kan? 

Okeh, kali ni aku takmo cite pasal cuti aku tu, pedulihapakorangpasalcutiaku tu kan? So kali ni kita masuk ke segmen kenapa blogger dan kali ni kita akan berbincang (tapi korang baca je lah) pasal kenapa blogger kena letak iklan dalam blog.

Iklan dalam blog ni aku sangat sarankan kepada blogger untuk letak, kalau boleh biar penuh blog tu dengan iklan, pastu soh orang ramai klik. wakakaka

Jom kita tengok!


1) Sumber pendapatan sampingan



Oh yes, blog ni memang dapat jana pendapatan okeh. Caranya mudah, korang letak iklan 'seseorang' dan orang tu bagi korang duit. Seseorang tu banyak jenis. ada yang macam syarikat pengiklanan dan ada juga melalui individu. Bagi yang malas, aku cadang korang pasang Nuffnang atau Advertlets, rajin sikit, carilah yang lain jugak.

Berapa dapat?

Bergantung pada koranglah sebenarnya sebab korang tuan empunya blog. kalau korang nak lebih, kenalah usaha lebih. OOh, jangan salah paham dengan makna usaha tu, usaha bukan spam, tapi KUALITI! ada je yang dapat bawah RM 100 sebulan melalui pengiklanan dan ada yang dapat lebih sampai beratus. Kalau korang hebat, boleh cecah beribu sebulan. Tapi jangan duk harap sangat la, beribu sebulan tu bape sangatlah yang dapat. Boleh kira!

Sebab tu ia pendapatan sampingan



2) Tidak membazir melakukan sesuatu perkara


Korang tulis sesuatu, selain ilmu yang korang kongsi, jangan lupa yang bil elektrik laptop atau komputer korang tu kena bayar dengan duit. Bil internet kalau minum kat kedai mamak pun stil kena bayar air kosong 50 sen. kos tu

Aku tak kata letak iklan dalam blog boleh cover semua tu, tapi at least kalau korang ada traffic yang elok, tak letak iklan, sesuatu yang membazir. Ni bukan soal poyo atau taknak semakkan blog, ni soal orang nak bagi duit korang xnak. haa, paham? kan tak syukur nikmat tu

Erk, kalau xnak letak pun, takpe, no problem. just nak share aje



3) Menulis dengan lebih berkualiti


Yeah, bila dah dapat pendapatan melalui blog ni, mesti korang nak jaga kualiti blog korang supaya dapat menarik banyak syarikat atau individu untuk beriklan dalam blog korang. So, dalam secara tak langsung, korang akan publish setiap entry tu dengan lebih berhati-hati. kan sangat elok tu!

Blog jugak pasti akan lebih menarik dari struktur teknikal, maksudnya lay outnya pasti akan diupgarde supaya nanti akan sentiasa orang membaca dan membaca blog korang. Ni kira memotivasikan diri sendiri la ni. senang aje



4) Menjadi insan yang lebih bertanggungjawab




Kena ingat, yang tulisan korang dalam blog, korang dapat duit melalui pengiklanan, kalau cara kotor digunakan duit tu pun kotor. Masuk dalam perut pun still kotor. beringatlah ya



pss : Rini nak tengok transformer sebab ada megan fox. eh, dia ada ke tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Kejar Page Rank Tinggi

Yeahh, acap pulak aku buat segmen kenapa blogger ni kan? Bukan apa, hari ni tiba-tiba timeline kat twitter penuh orang cakap pasal Page Rank - PR. Bagi yang tak tahu apa itu PR, bleh baca entry ni dulu. Sebab Google update 4 kali setahun, aku assume PR terbaru baru sahaja diupdate. Kan?

Dulu blog ni PR 3, tadi check masih 3. Haiish, tak berubah-rubah

Sebenarnya nak naikkan PR ni lagi susah dari nak naikkan alexa blog. OMAIGOD, alexa tu apa pulak? Banyak pulak benda teknikal aku cakap malam ni kan? Okeh, tak tahu pasal alexa, bleh baca sini pasal top world blog yg pakai blogspot je untuk blog mereka. Alexa ni index dia senang skit, bergantung pada traffic. Tapi untuk Page Rank, aku pun tak paham sangat bagaimana google index sesuatu PR. bukan faktor tak paham sangat, tapi faktor cepat sangat berubah. Sama jugak dengan bagaimana SEO seseorang tu. WHATTT, apa itu SEO??? abaikan je, kita cakap pasal Page Rank je okeh malam ni

so, jom kita tengok kenapakah blogger nak sangat kejar Page Rank tinggi


1) Semakin tinggi Page Rank, semakin hebat sesuatu blog



Blog atau website yang mempunyai PR tinggi ni memang mempunyai kelebihan yang banyak. Antara elemen mengukur kehebatan sesuatu blog ada melalui PR. Tapi serius bagi aku, ia tak penting mana pun. Aku lebih suka kejar alexa dari PR ni. Mungkin alexa update tiap-tiap hari kot. maybe




2) Semakin tinggi Page Rank, semakin otai blogger itu dalam teknikal blog



Nak dapat PR tinggi, memang kemahiran teknikal diperlukan. Nak ubah ni, nak ubah tu, serius aku failed bab ni. Sebab tu PR tak naik-naik tu. Heh. Tips yang aku boleh bagi, kalau korang masih guna blogspot.com ataupun wordpress.com, tak payah nak mimpilah nak dapat PR tinggi, susah den. Beralihlan kepada web hosting dan domain sendiri. 

ceh, cakap tak serupa bikin je tuan blog ni kan?



3) Semakin tinggi Page Rank, semakin ramai awek comel nak berkenalan


Bila PR dah lawa 5 ke 6, konpem ramai yang akan follow blog tu. Tak terkecuali awek-awek comel akan sibuk follow tuan empunya blog. Lepas follow, mulalah add di facebook. pastu hantar msg.'abg joe, ajarla shaye cane nak dapat PR tinggi, buatlah tutorial ek' Alah yang lelaki pun, jumpa ayat shaye shaye camni, sibuklah nak publish entry camni. erk? tuju kat diri sendiri




4) Semakin tinggi Page Rank, semakin boleh berlagak dalam twitter



PR cun, mulalah sibuk tanya PR orang lain. Motif? nak suruh tanya PR dia bape. maklumlah, PR dia kan TINGGGIIIIIIIII. wakakaka

janganlah marah, gurau saje =)



pss : Guna gambar @najibrazak tu sebab malam ni sepatutnya ada dinner dengan dia, tapi sebab ada kat Kelantan, miss that dinner. aahhh, rindu punya pasal la ni =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Nak sangat jadi #Retis

Yeahh, dah lama kot tak buat segmen kenapa blogger ni. Sebab dah lama tak buat, kita buatlah kat entry ni. Jadi kali ni akan sentuh sikit bab retis. Bagi yang tak tahu apa itu retis, jangan duk belek kamus dewan pulak, memang takkan jumpa! Aku pun baru tahu 'istilah' baru ni!

Retis = blogger artis + blogger popular

Nak jadi blogger popular ada 2 cara. Cara pertama adalah korang memang dah popular, lepas tu korang buat blog. Taraaa, jadilah blogger popular. Satu cara lagi adalah korang tulis blog, ramai gila orang baca blog korang, Taraaaa, jadilah blogger popular. Retis ni khas untuk cara yang kedua tadi. Cara pertama tak dikira.

So, jom kita tengok kenapa blogger nak sangat jadi retis!


1) Gagal mempopularkan diri ketika di dunia realiti



Ada jugak jenis manusia ni, sebab dia sudah try pelbagai cara untuk jadi popular di dunia reailiti, habis reality show dia masuk, pertandingan nyanyi sampailah pertandingan joget, semua failed. Frust tak dapat up di dunia realiti, dia cuba pula di dunia maya – dengan berblog! Buat entry siki, terus pergi spam kat wall facebook orang dan juga ruangan komen orang lain. Erk, ada pernah jumpa?



2) Gila glamer


Bagi blogger jenis ni, dunia glamer adalah segala-galanya. Dia terpengaruh dengan artis-artis yang pergi je mana-mana, terus dapat tandatangan, jadi dia pun memasang niat untuk jadi glamer. Sedar diri tak punya bakat dalam lakonan mahupun nyanyian, dia cuba menglamerkan diri dengan bidang penulisan. Bersungguh-sungguh dia mengkaji bagaimana nak dapatkan ramai pembaca sampai terbeli ebook di pasaran. OOHH, nak kejar dunia glamer katakan!


3) Gaji sampingan



Ahaa, menjadi retis ni sudah pasti HITS kat blog banyak. Walaupun HITS = How Idiot Track Success, dia nak jugak kejar hits yang tinggi. Bila hits tinggi, mesti ramai yang beriklan kat blog dia, buat advertorial ni, buat advertorial tu, jemput pergi event ni, jemput pergi event tu, mesti dapat duit lebih dengan berblog! Mungkin duit dapat dari berblog lebih tinggih gaji sebenar? Jeng jeng jeng


4) Gagal memperoleh kasih sayang



uhuu.... untuk blogger macam ni, bairlah dia. Biarlah dia syok sendiri di dunianya sendiri. Dia tak kacau kita kan? Hehe


pss : retis ok lagi, jangan pentis sudah =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Guna Domain Sendiri dalam Blog

Dah lama segmen kenapa blogger tak ditulis. Lama tu sebab dah tak ingat pon aku sebenarnya pernah buat segmen ini. Heh! Manusia tu selalu lupa, sebab tu kena selalu diingatkan. ye tak? Ok, kali ini kita sentuh bab teknikal sikit, akan cuba ulas dalam bentuk sesempoi yang mungkin

Domain

Bagi yang tak tahu apa itu domain, ia macam nama kat blog korang. Contoh domain joegrimjow.com tak pun faridzulasyraf.com. Ha, kan best je bunyi, takdelah joegrimjow.BLOGSPOT.com - ishh, takde class gitu (blog ni masih guna blogspot, kekeke) Jadi, entry kali ini akan mengupas Kenapa Blogger guna domain sendiri


1) Bangga sewaktu perkenalkan blog



Memanglah kalau masa kenduri kahwin, takdenya kita duk sibuk perkenalkan blog kita kat orang lain kan, tapi masa gathering blogger, nak tak nak mesti sebut jugak pasal blog ni. Bila dah ada domain sendiri, dengan bannganya kita sebut ‘nama saya joegrimjow, blog saya joegrimjow.com, klik la nuffnang saya ya, wink wink’

Ok, yang last tu potong


2) Dah macam hebat gila!





Dah berdomain sendiri ni, rasa berada di tahap yang lain dah. Yang takde domain sendiri ni kita pandang lekeh je. ishhh, ada blog tapi masih lagi (dot)blogspot? (dot)wordpress? kah kah kah, selekeh sungguh. Tengok yang ada domain sendiri. terus (dot)com terus (dot)my semua. Haa, bunyi macam hebat gila tu kan. Bunyi macam dah kaya gila kan?

Biarlah harga domain RM 30 setahun je pon


3) Alexa, Page Rank, Mesra SEO





Heh, ni bagi yang dah mula nak serius berblog, mesti akan tukar domainnya. Ikut pengalaman aku, memang yang berdomain sendiri ni alexa dan page rank dia akan ok sikit berbanding dengan tidak berdomain sendiri. Tapi yang mesra SEO tu, aku tak pasti ada kaitan dengan domain ke tidak. Kena tanya pakar ni.

Tapi kan, contoh korang type ayah mertua kat google, ada senarai carian dan ada .blogspot dan ada .com, mesti klik yang ada .com dulu kan? hehe



4) Banyak sangat duit, tak tahu nak buat apa


Haaaa, ada jugak orang macam ni? Banyak sangat duit, tak tahu nak beli apa, beli je domain banyak banyak buat koleksi!!



pss : terbaca blog yang kutuk kaw kaw Herbalife. Nantikan entry balasan aku. wahaa =) ada link best-best bagilah kat bawah ni eh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Tak boleh nak update blog

Segmen kenapa blogger menjenguk lagi! Dah lama tak buat segmen ni atau lebih tepat dah lama aku tak update blog sebenarnya. Heh, sejak kebelakangan ini, macam-macam masalah timbul, sibuk nak uruskan sesuatu masalah buatkan blog ini tidak berupdate sekian lama. Oklah, jom kite tengok Kenapa Blogger tak boleh nak update blog!!


1) Sedih


Mungkin mengalami peristiwa yang sebih, seperti orang tersayang dah tiada membuatkan seseorang blogger yang tegar tak boleh nak update blog. Maklumlah, blogger pun manusia biasa, apabila berlaku peristiwa sedih ini, blog pun akan terabai....


2) Kecewa



Tak dinafikan, apabila kita kecewa dengan seseorang, hati dan perasaan jadi tidak menentu. Nak taip ini takut yang tu terasa, nak cerita yang ni takut yang tu terasa. Hadapi situasi macam ni, blog tidak dapat diupdate macam biasa


3) Marah


Bergaduh itu perkara biasa. Di alam maya ini, juga tidak terelak. Biasalah, kalau ada yang terasa dengan sesuatu entry, mereka akan menjadi marah dengan tidak sengaja. Sebab tak mahu berlanjutan - baiklah menjaga kemarahan itu dengan tidak mengupdate blog


*******

yang ke4 ini sering berlaku kepada aku apabila tak dapat nak update blog
cuba teka?


*******


4) LINE INTERNET TAKDE!!!



Terima kasih kepada PENCURI cable internet kawasan rumah aku kerana membuatkan aku sendiri tak dapat nak update blog seperti biasa! Terima kasih juga kepada TMNET disebabkan KEPAKARAN dan KEPRIHATINAN mereka menyuruh aku menunggu sahaja sehingga cable baru dipasang walaupun sudah 9 hari menunggu!!!

TERIMA KASIH!!!!!


pss : kebaikan hati lebih dipandang berbanding kekacakan muka - perempuan melayu terakhir

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Memburukkan nama orang di dalam blog mereka

Segmen kenapa blogger datang lagi! Kali ini segmen ke6 akan mengulas sedikit mengenai ‘kekuatan’ medium internet yang berplatformkan blog terhadap dunia. wah, bunyi macam menakutkan je. Ini berkaitan dengan isu seorang blogger yang mendedahkan dakwaan kepada Rais Yatim yang merogol amahnya yang membuatkan Rais Yatim tampil dengan menolak penafian dakwaan itu di dalam berita. Haa, agak2nya kalau kuasa blog itu tak kuat, masuk berita ke tak?

Ok, perlu difahamkan disini, makna memburukkan itu adalah menceritakan/mendedahkan hal sebenar/tidak benar di dalam blog. Bila dah ada positif dan negatif yang wujud, tak semua memburukkan nama orang di dalam blog ini adalah jahat, ada juga yang bertujuan baik.

Jadi, jom kita lihat, kenapa blogger memburukkan nama orang di dalam blog!



1) Pendedahan hal sebenar - tiada di media arus perdana



Biasanya ini berlaku di blog politik. Aku suka juga baca blog politik ni dan kebanyakan yang masih amatur suka sangat cerita benda buruk tentang seseorang tu. Tak kira pro kerajaan atau anti kerajaan, semua sama. Mereka ada bukti dan sebab tak boleh nak dedahkan di arus perdana sebab kekangan-kekangan lain, maka dedahkan sajalah di blog mereka. senang!



2) Butthurt dengan seseorang tu



Ada juga blogger yang siap buat entry khas kepada seseorang atau berkumpulan blogger lain sebabnya kecewa/frust/jiwa terganggu/jiwa meracau disebabkan oleh blogger atau kumpulan blogger itu. Benda ni dari dulu sampailah sekarang ada, ia tidak bermusim, sentiasa ada je. Kalau nak butthurt pun, janganlah bawak sampai ke blog. Kalau blog tak ramai baca takpe, ni yg ramai baca maka timbullah macam-macam fitnah. Biasanya blogger perempuan yang buat macam tu kan? lariiiiiiii!!!



3) Sukakan kesempurnaan



Erk, ada juga yang buruk-buruk nama orang ni sebab sukakan kesempurnaan. Aigo, kalau blogger jenis macam ni banyak kat dunia blog ni, alamatnya memang MERIAHlah dengan entry hot-hot. Sampai tak tahu nak baca yang mana!




4) Mahu naikkan traffic blog



Biasalah, bila ada isu panas ni, ramai je yang suka baca. Dalam bisnes dipanggil demand tinggi. Dalam blog dipanggil pembaca suka baca. heh! Sebab ramai yang suka baca, tak baca pun akan klik jugak tajuk entry tu, maka bersepahlah entry memburukkan orang lain di dalam blog yang bertujuan meraih traffic.


Mungkin traffic akan dapat, tapi kawan akan hilang =)



nota kaki : kelantan sangat sejuk!!! lama gila tak balik kelantan, last balik tahun lepas!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Menipu di dalam blog

Hello semua! Apa khabar dan harapnya korang sihatlah. Edisi ke-5 Kenapa Blogger kali pertama aku taip sebelum entry di post. Sebenarnya aku dah siapkan 5 entry kenapa blogger ini sekaligus dan memang sudah ada dalam draft. Ya lah, sebab kekangan internet dirumah, kita kena bijak menguruskan masa. Sebab semalam ada seorang gadis sunti meluahkan perasaannya kepada aku, eh, bukan perasaan apa ok, perasaan dirinya yang kecewa disebabkan ditipu oleh seorang blogger, jadi entry ini aku buat untuk menyejukkan hatinya yang berduka lara ditipu hidup-hidup


Perghh, gilalah joegrimjow buat entry untuk perempuan!


Ok, sekali lagi ini adalah berdasarkan pengalaman aku, dan aku harap korang yang pernah merasai tertipu dalam blog, boleh kongsi di ruangan komen. blog aku ni dah jadi tempat orang mengadu nasib yang malang dah. hehe. jom kita tengok. kenapa blogger menipu di dalam blog!


1 - Saja nak buat prank/troll/gurau2


Sebab kebanyakan pembaca malaysia ni hatinya sangat halus, entry berunsur prank, troll macam ni dianggap serius pulak. Aku pernah kena sekali ceramah panjang lebar disebabkan seolah permainkan isu yang serius. Haha, rilek sudah. korang yang dah berfikiran matang ni boleh teka, mana yang gurau-gurau dan mana yang serius kan. pandai-pandailah. Untuk langkah bijak bagi blogger yang suka buat prank ni, bagitaulah di akhir entry tu ia hanyalah prank. erk, tak best pulak kan




2 - Kurangnya kasih sayang


Bagi blogger yang menulis pasal peribadi dan suka sangat menipu tentang kehidupan peribadinya, blogger jenis ini aku istilahkan sebagai kurangnya kasih sayang. Hehe, bagilah can kat die nak menipu kat dalam blog, korang yang nak caye tu buat apa, dah blog dia kan?




3 - Terpaksa dan keadaan memaksa


Ada juga blogger yang terpaksa menipu disebabkan oleh keadaan yang memaksa. Boleh diistilahkan sebagai blogger terhimpit dek blogger lain. Contohnyalah kan, blogger A ni ditipu oleh blogger B, untuk jaga statusnya, blogger A dia terpaksa menipu pembacanya. Dia bukan nak tipu, tapi keadaan yang memaksa. haa, lebih kurang macam tu lah




4 - Ada udang disebalik mee


Heh, kenapa blogger suka menipu di dalam blog ni, sudah pasti ada perancangan yang lebih besar yang mana hanya dia yang tahu. Jadi aku letak ada udang disebalik mee je lah. Nak tahu kenapa blogger tu menipu, hermm, tanya je lah dia sendiri. Kalau dia tak cakap, jangan butthurt pulak, terimalah ia sebagai satu perjalanan pahit dalam dunia blogging anda


Tak matang


Manusia ni akan melalui satu sempadan yang memisahkan antara tidak matang dengan matang. Usia bukanlah penentunya tapi aku lebih sokong pengalaman sebagai penentu bilakan manusia itu akan menjadi dari tidak matang kepada matang. Menipu dalam blog ni salah satu proses pematangan dalam diri. Bila dah sedar akan keburukan menipu, masa tulah dia akan reveal. Bila masanya tu, tunggu je lah labu....

pernah tertipu dengan blogger dah banyak kes, tapi ada 2 kes yang betul2 aku tak boleh nak lupa... maafkan je lah


pss : akan bertolak ke Putrajaya malam ni, esok malam terus balik ke KB semula. barulah bisnesman namanya! Tak sempat nak join gathering kat Times Square tu. haiyaaa! doakan perjalanan selamat ya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Suka update blog (2-3 entry sehari)

Gila senang tajuk ni kan. Haha, tu tandanya dah kekeringan idea dah ni. Help-help, tanyalah banyak-banyak nak buat tajuk apa lagi ni! Ok, sebab ini entry mudah, aku akan senaraikan beberapa sebab kenapa blogger suka update blog yang korang tak pernah terfikir pun sebabnya tapi memang wujud! erk, harap-harapnya lah!

Sebut pasal blogger rajin update blog ni, tahap kerajinan itu boleh diistilahkan lebih dari 1 entry sehari dipublish dan konsisten. Ada beberapa blogger yang aku baca yang memang suka update entry lebih dari sehari ni. aku pun tak terkecuali jugak sebenarnya =) 


Jom tengok kenapa blogger suka update blog


1-Tidak sedar kewujudan facebook dan twitter



Ada jenis yang suka berkongsi ni, habis semua nak cerita dalam blog dia. Pergi sini nak cerita, buat ini nak cerita. Dia tak sedar yang kalau nak cerita pasal pergi ke sunway lagoon, tak payah la nak buat 3 entry - mula2 tajuk ‘saya mahu ke sunway lagoon’ 3 jam lepas tu dia update blog lagi ‘dah sampai ke sunway lagoon!’ dan sehari kemudian ‘penat dan ia menghiburkan’ entry last tu start dengan menulis , sorry guys, tak dapat nak update cepatlah, penat sangat. baru balik dari.... bla bla bla’ orang macam ni tak sedar akan kewujudan micro blog seperti twitter yang boleh tweet je atau facebook yang tulis je kat wall tak payah buat entry. tak pe lah labu, tu blog diaa daaa

cess, sempat lagi iklan. klik je =)



2-Banyak idea - bahaya boleh meletup!




Ada juga blogger yang mencurah-curah ideanya untuk menulis. Apa lagi, bila dah ada idea nak tulis, tulislah kan. Bahaya jugak kalau tak tulis ni, nanti idea tu boleh mengembang di dalam otak dan boleh MELETUP kalau tak dikeluarkan. waha, bahaya!



3-Takde kerja tapi ada internet



Ni jenis yang gaya hidup yang tak sihat ni. Dah tahu takde kerja, cubalah pergi cari kerja. ni tak, duk update blog je kerjanya. Mentang-mentang ada connection yang laju, best la ye duk update blog. ish2. get a life dude. dont get extra wives!!




4-Ia kerja dan memang itu kerja aku



Haaa, ada juga yang menjadikan blog sebagai tempat cari rezeki, update blog banyak kali sehari. Blogger macam ni memang padanlah update blog banyak, sebab itu memang dah kerja dia. eh, korang jangan pandang remeh dengan orang yang kerja dalam bidang ni, ada yang dapat duit beribu jugak sebulan ok. hanya update blog je! kalau tak update, nanti traffic kurang, haa, siapa yang susah? periuk nasi depa jugak kan?


Tahap kepentingan update entry dalam berblog

Sangat penting untuk blogger kekalkan tahap update entry dalam blog sekerap mungkin. Maksud kerap tu, takdelah sampai berpuluh entry sehari, tapi kalau biasa sehari 1 entry, updatelah sehari 1 entry. Kalau biasa 2 hari hanya 1 entry, updatelah ikut style camtu. Bukan apa, banyak pembaca (aku sendiri pun) tak gemar yang jenis hari ni 3 entry, esok 12 entry, lusa dah takde. minggu depan tutup kejap, lepas tu tahun depannya bukak balik

hehe, macam chipsmore. kejap update, kejap tak update


pss : yang ko sibuk suruh orang update kenapa ha joe? ish3

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Boleh jadi begitu famous di dalam blog

Segmen ketiga kenapa blogger muncul!! Wahaa, banyak ya dapat feedback yang positif. Bagus-bagus, aku pun dah buat kat tepi ni entry lepas kot-kot korang miss kan. senang nak rujuk. Ok, kalau ada cadangan nak tanya apa-apa dalam segmen kenapa blogger ni, boleh email kepada aku di joegrimjow@gmail.com.

Ok, segmen kali ini akan membincangkan pasal Kenapa Blogger boleh jadi femes dalam blog. Beberapa ciri blogger femes perlu diperjelaskan indikator dia, kot-kot ada yang salah faham. ni femes pahaman aku je r
  • uv blog tak kurang 100k sebulan
  • memiliki pembaca yang ramai
  • dikenali blognya oleh kebanyakan orang. Contoh ‘pernah baca blog pulan pulan ni’ jawapan kebiasannya ‘pernah’ bukannya ‘siapa tu?’


Ok, jom kita tengok, kenapa blogger ni boleh menjadi femes


1-Sebab dia sememangnya dah glamer di luar sana


Maksud glamer ni adalah berpengaruh. Contohnya ahli politik ke, artis ke, atau tokoh-tokoh lain. Orang macam ni kalau buat blog pun, update 2-3 entry je seminggu, beribu jugak traffic. Sebab dia memang dah glamer! Kalau ahli politik buat blog, dah sah sah penduduk kampung/bandar dia akan baca ye tak? cuba lisa surihani buat blog, berblog pun letak gambar dia dengan baju je, type entry pun ‘yang ni lawa tak?’ ‘baju ni sesuai tak?’ ‘matching tak warna ni dengan i?’ aku rasa ada beribu komen dan sumbangan komennye tu adalah dari aku sendiri. kekeke!



2-Menimbulkan kontroversi BESAR



Ada juga blogger yang femes disebabkan kontroversi yang pernah ditimbulkan. Contoh sampai masuk penjara dan muncul dalam buletin utama sebab buat entry yang mengancam keselamatan negara. Tak pun cetus kontroversi disebabkan menghasilkan entry yang tak disenangi orang. ada jugak kontroversi mengenai pendedahan sampaikan tv dan surat khabar pun ambil dia punya blog. Blogger macam ni glamer tak lama lah, cuma masa dia buat kontroversi tu, maka glamer lah dia. masa tak buat, tak glamerlah dia.


3-Stick with one topic - menulis untuk diri sendiri


Yang ni ramai orang miss dan susah nak buat! Blogger yang femes disebabkan penulisan dia yang jujur dan kekal dengan satu topik sahaja. Blog aku ni memang out lah sebab memang blog ni takde topik khusus untuk dibincangkan, tapi cuba tengok blogger2 yang hebat lain, ada dieorang cerita campur aduk? hehe, tu sebab dieorang boleh femes walaupun hanyalah orang kebiasaan. CMG duk update pasal masakan je beribu raban jugak hits, kak jie duk cerita pasal anak2 dan suami pun beribu2 jugak, redmummy yg cerita pasal shopping dan keluarga dia pun boleh dapat rm 10 k dari blog. haa, apa lagi, tirulah mereka =)


4-Gunakan GAMBAR sebaik-baiknya



Kalau korang rasa diri lawa dan boleh buat market, tampal la muka korang banyak-banyak kat blog. konpem dalam masa yang singkat boleh jadi glamer. Tak pun kalau rasa diri tak berapa lawa, curi je gambar kat google dan kata tu gambar korang. hahaha. pastikan gambar dicuri tu korang crop-crop lah, jangan main copy link pastu terus upload pakai link gambar tu. nanti orang boleh detect dan boleh terkantoi! yang penting - kena pandai crop!

Kelahiran joana.blogspot.com

aku rasakan, kalau aku buat blog url macam kat atas tu dan guna gambar macam ni





agak-agaknya ramai tak yang datang nak ngorat. lol, bleh jadi igauan kepada lelaki tu!

erk, ada orang terasa ke? lariiiiii

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Suka jadi annonymous

Segmen kedua kali ini akan membincangkan pasal kenapa blogger suka menjadi annonymous. Ok, perlu difahami, maksud anonnymous ni bukannya pak ano ni yang takut tikus, bukan-bukan, tapi ada beberapa ciri blogger anonnymous ni


  • Tak pernah reveal muka sebenar (gambar,video atau dalam bentuk java????)
  • Tak pernah sertakan hal peribadi di dalam blog, alamat rumah, no tel, bini kerja apa, anak ada berapa, warna kegemaran apa dan lain-lain lagi
  • Guna nama samaran yang jarang didengari orang


Ok, aku rasa cukul 3 ciri kat atas ni untuk bergelar blogger anonnymous. Berbalik kepada tajuk, jom kita bincangkan, kenapa blogger suka menjadi annonymous


1) Pernah alami peristiwa teruk


Bagi blogger macam ini, mereka dah lama dalam berblog. Mungkin dah setahun 2 dan dah ada pengalaman yang teruk ketika berblog reveal identiti sebenar. Sebab mereka dah suka berblog dan menulis, mereka teruskan jugak aktiviti berblog ini tapi dengan blog baru dan identiti dirahsiakan. Erk, peristiwa teruk ni seperti ditinggalkan kekasih - sape suruh duk cerita detail sangat pasal kekasih, sampai bf/gf berak pun mahu blog. ayiyooo


2) Mahu hentam orang


Haa, ada jugak blogger yang jadi annonymous untuk hentam blogger lain. Atau nak hentam sesuatu instituisi, contohnya kerajaan atau parti pembangkang. Heh, blogger yang aku istilahkan sebagai takde telur ni sebenarnya cara terbaik seseorang untuk hentam pihak yang mereka tak puas hati tu. Mungkin depa tak sedar yang boleh check ip apa semuanya kalau dah sampai peringkat teruk. Stakat nak hentam blogger tu, alah, biar jelah blogger takde batu tu nak hentam. Baru meriah sikit industri blogging. kan kan?


3) Tak mahu glamer - niat suci murni


Ada beberapa blogger yang kekal sehingga sekarang malahan blog mereka sungguh popular walaupun mereka berstatus annonymous. Contoh adalah denaihati dan juga kereta mayat. Heh, stylo kan orang macam ni, mereka berblog begitu ramai pembaca yang setia disebabkan susunan kata indah mereka tu, pandai tackle hati pembaca. Blogger macam ni aku tak pasti apa tujuan mereka annonymous, mungkin sebab personaliti mereka diluar dan didalam blog tu lain, sebab tu mereka mahu kekal annonymous. Cuba bayangkan kereta mayat tu sebenarnya pelumba motosikal jalanan sejati. wahaa =)


4) Terpengaruh dengan dunia realiti


Bagi blogger yang jenis macam ini, mereka terbawa personaliti mereka di dunia realiti ke dalam blog. Diluar orang macam ini jenis yang suka menyendiri, tak ramai kawan tetapi memiliki gaya penulisan yang cukup hebat. Sebab dah terbawa dengan sikap di dunia realiti, dalam blog pun lebih selesa menulis tanpa dikenali. Takpelah apa-apa pun, asalkan jangan menulis yang bukan-bukan sudah


EXTRA HOT CHILLIE PAPERS!!


5) Mahu memikat hati wanita

Wahaa. Ini adalah pengalaman yang diceritakan oleh seseorang dalam email. kekeke. email yang diberi untuk bertanya pasal bisnes bang oi, bukan untuk meluahkan perasaan hati. Katanya, dia ada minat seorang gadis blog ni. Memang lawa dan dia selalu baca blog perempuan ni. Bukan baca entry baru je, habis entry-entry la di khatamkan. perghh, gila lah masyuk! Nak tak nak, dia buat juga blog dan cuba menjadi annonymous sebab kalau dia reveal muka sebenar, mesti gadis blog ni tak suka dia.

korang tahu siapa gadis blog yang dia minat tu?


ni ha





aku tekan butang reply, ‘bro, jangan kecewa dengan apa yang aku nak kata ni. klu minah ni, lupakan je lah. cari orang lain. u r chatting with her bf-to-be now!’

amacam, stylo tak jawapan?


pss : menjadi diri sendiri dalam blog adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Suka letak gambar diri sendiri

Segmen pertama Kenapa Blogger ini akan membaca pembaca blog joegrimjow yang sudah berblog dan baru berjinak dalam aktiviti berblog untuk memahami dengan lebih terperinci kenapa blogger lakukan itu dan ini. Kesemua ini adalah pemerhatian dan pengalaman aku sahaja sejak hampir 2 tahun dalam industri ini. wahh, dah macam industri pulak kan. Duit aku dengan berblog pun dah cecah beribu dah, jadi tak salah nak cakap blogging ni pun satu industri. kan kan?

Kali ini segmen kenapa blogger akan ceritakan Kenapa Blogger letak muka yang banyak dalam blog mereka


1) Blog adalah diari digital



Ramai di luar sana yang menjadikan blog tempat menulis kegiatan aktiviti mereka. Dari makan di kedai atau restoran sehinggalah berkumpul ambil gambar di dalam toilet KLCC, sudah pasti meletakkan gambar untuk menjadikan diari itu lebih real. Bagi blogger yang menggunakan platform wordpress, begitu mudah untuk upload gambar mereka sendiri dan bagi yang memiliki hosting sendiri, boleh simpan di hosting sendiri. wahh, lagi stylo kan?



2) Rasa hansem dan cantik




Tak kurang ramai juga blogger di luar sana yang merasakan begitu rugi jika tidak meletakkan gambar muka mereka yang hansem kalah hamster dan cantik kalah kain batik (apakah???) di dalam blog masing-masing. Kurniaan dari Allah ini tidak boleh disia-siakan begitu sahaja, biarlah seluruh rakyat Malaysia, eh silap, biarlah seluruh penduduk dunia melihat kecantikan mereka



3) Menampakkan blog lebih menarik


Salah satu cara untuk membuat pembaca kekal lama dengan blog korang adalah dengan meletakkan gambar-gambar penghias entry. Dah alang-alang letak gambar, letak lah sekeping dua gambar sendiri. Barulah ada feel good gitu



4) Mencari kontroversi dan iklan murahan


Tak kurang juga blogger yang suka menangguk di air yang keruh dan ingin mencari publisiti murahan dengan meletakkan gambar bersama dengan bintang popular. Contohlah kan, korang ada gambar bersama dengan aku yang agak ‘pelik’ semasa bergathering. Tup tup, aku berjaya pulak cipta penawar cancer, habis terkenal bukan sahaja di bumi, yang duduk kat angkasa lepas tu pun kenal dengan aku. Lepas tu mulalah letak gambar tu kononnya aku adalah kekasih korang (untuk perempuan) atau aku ni bekas skandal gay korang (untuk lelaki) untuk melariskan blog masing-masing. kekeke. gila keji kan?


alah, ada je orang macam tu. tu haa, kat atas tu, pak cik toyol namanya =) (klik sini untuk baca)


Ok, itu sahaja dulu. Nantikan segmen kedua Kenapa Blogger di lain hari. Selamat hari isnin in advance. monday bluessss

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW