Share

Kenapa Blogger : Suka letak gambar diri sendiri

Segmen pertama Kenapa Blogger ini akan membaca pembaca blog joegrimjow yang sudah berblog dan baru berjinak dalam aktiviti berblog untuk memahami dengan lebih terperinci kenapa blogger lakukan itu dan ini. Kesemua ini adalah pemerhatian dan pengalaman aku sahaja sejak hampir 2 tahun dalam industri ini. wahh, dah macam industri pulak kan. Duit aku dengan berblog pun dah cecah beribu dah, jadi tak salah nak cakap blogging ni pun satu industri. kan kan?

Kali ini segmen kenapa blogger akan ceritakan Kenapa Blogger letak muka yang banyak dalam blog mereka


1) Blog adalah diari digital



Ramai di luar sana yang menjadikan blog tempat menulis kegiatan aktiviti mereka. Dari makan di kedai atau restoran sehinggalah berkumpul ambil gambar di dalam toilet KLCC, sudah pasti meletakkan gambar untuk menjadikan diari itu lebih real. Bagi blogger yang menggunakan platform wordpress, begitu mudah untuk upload gambar mereka sendiri dan bagi yang memiliki hosting sendiri, boleh simpan di hosting sendiri. wahh, lagi stylo kan?



2) Rasa hansem dan cantik




Tak kurang ramai juga blogger di luar sana yang merasakan begitu rugi jika tidak meletakkan gambar muka mereka yang hansem kalah hamster dan cantik kalah kain batik (apakah???) di dalam blog masing-masing. Kurniaan dari Allah ini tidak boleh disia-siakan begitu sahaja, biarlah seluruh rakyat Malaysia, eh silap, biarlah seluruh penduduk dunia melihat kecantikan mereka



3) Menampakkan blog lebih menarik


Salah satu cara untuk membuat pembaca kekal lama dengan blog korang adalah dengan meletakkan gambar-gambar penghias entry. Dah alang-alang letak gambar, letak lah sekeping dua gambar sendiri. Barulah ada feel good gitu



4) Mencari kontroversi dan iklan murahan


Tak kurang juga blogger yang suka menangguk di air yang keruh dan ingin mencari publisiti murahan dengan meletakkan gambar bersama dengan bintang popular. Contohlah kan, korang ada gambar bersama dengan aku yang agak ‘pelik’ semasa bergathering. Tup tup, aku berjaya pulak cipta penawar cancer, habis terkenal bukan sahaja di bumi, yang duduk kat angkasa lepas tu pun kenal dengan aku. Lepas tu mulalah letak gambar tu kononnya aku adalah kekasih korang (untuk perempuan) atau aku ni bekas skandal gay korang (untuk lelaki) untuk melariskan blog masing-masing. kekeke. gila keji kan?


alah, ada je orang macam tu. tu haa, kat atas tu, pak cik toyol namanya =) (klik sini untuk baca)


Ok, itu sahaja dulu. Nantikan segmen kedua Kenapa Blogger di lain hari. Selamat hari isnin in advance. monday bluessss

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

60 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

ha ha ha~

ada yang aku setuju Joe~

=)

Ayeem Jemain berkata...

baru lah artis letak gambo sendiri haha

Nurin Farhanah berkata...

ahahhaha
setuju ngn ko..

yg tak taruk pics sendiri dlm blog cam aku- alasan: oh, malu org tgok muke aku...alalla~

Ibu Ammar berkata...

saya dah pencen daripada meletakkan gambar diri sendiri dalam blog.. huhu

Admiral Hafiz berkata...

aduh...
terasa dengan no 2 tu

tp mmg setuju la dengan sumer yang ko ckp ni..



Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

LynnAiza berkata...

hahahaha..nak tgelak baca!mostly ai stujuuu..hhaha~

Dyna Yvonne berkata...

haha..point yg cun.
ade yg leh diterima aku.hehe

Dyna Yvonne berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
faiz berkata...

haha..xpasal2 ada uncle seekers..okehh..pasni aku nak letak gambar sendiri..wohooo..hhuhu

Ezniey berkata...

haha...
kelako...
ada je org tak bubuh gambar sbb gmbr diorg x cantik..hehe

Oasis berkata...

Xtau cam ne nak upload gambar...

paeh berkata...

yang last tu lempangkan aje

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Dulu ye.. Tapi laa ni, bila dah lama berblog, tak wat dah.. Entah.. Rasa segan bila orang dah kenal.. Ekeke.. :p

nano berkata...

setuju2 . muka jugak jd sebab org follow . cis patut la aku takde org follow . hadoidoi kena start letak pic sendiri ah ni ;)

Unknown berkata...

letak gambar camwhore sendiri dah takde kot. haha.

Ze_Mhis berkata...

ala.. memang kene letak pic real muke sendiri ke? aiseh.. sangat malas bergamba. cuma sangat rajin mengambik gamba org lain je ni... huhu

Tanpa Nama berkata...

hehehe..cumil ar reason ko nieh..

Blog Eazy Izzuddin berkata...

baru rasa macam artis online
ekeke
xD

the unknown berkata...

kenkadang sbb paling simple pun ko bleh miss ye joe? fail fail.. haha

org letak gambo sendri kat blog sbb die org nak *share* la bro.

lebey kurang sama la cam org yg letak gambo kat facebook.

fasha berkata...

kalo ade gambar senang sikit nak ngorat,wahahah ;p

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

ayat lapuk "blog aku, suka hati aku la kn" hahaha

TERKINI TIP: 5 CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN WANITA

aien berkata...

hohoho... agak tepat. hihihi..


pkcik toyol?? hahaha.. ntah pape la dia tuh.. cr publisiti murahan kot.. hee

Izzat Aziz berkata...

yang aku perasan, blogger perempuan yang suka, lelaki jarang.. tunjuk pun kalau ada meetup, ke gathering ke, tapi perempuan memang self potrait.

tak kisahlah penyeri blog gak..hehe

FR berkata...

hihihi . syok pe letak... menda2 sweet , mst la kne share :)
tak sume org bole view FB tp sume org bole tgok blog ^______^

Unknown berkata...

muahaha..aku malu nak letak gambor aku sendrik..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Memula dulu tak letak...tapi org bising... now dah mula mengurang2kan sbb makin malas nk posing. Kdg tu bukannya apa, sbb saja2 nak menguatkan isi penceritaan sesuatu entry... tu yg bubuh gmbr2 berkaitan. Nak curi gmbr org lain kat google plak takut dituduh plagiat plak.

arrizz berkata...

aku tak suka letak gambar aku sendiri kat blog..lebih prefer stay low profile, sebahagian dari polisi privacy aku dan atas faktor keselamatan..

yang pasti ayat uncle seeker tue sangat tak boleh blah..wakakaka

Maizatul Akma berkata...

sebab kitew ni jenis tak letak pic dekat fb so letak ah kat blog. blog is better.

Tanpa Nama berkata...

ak just nak bagi orang kenal..haha

emieysandra berkata...

alamak, ter--letak..huhu ;D

Wan Gerrard berkata...

jarang letak gambar sendiri..kdg2 je

juleha.aripen berkata...

@Ayeem Jemain

kan!

juleha.aripen berkata...

@nano
hahaha.

Hassanah R.A.S.A. berkata...

setuju dgn semua point tu
haha

izuddinrahim berkata...

sekepala jugak. hekhek

atok berkata...

gmbr sndrik la best, kate pon blog sndrik. hehe

Anis izyan Abd Rahman berkata...

perempuan~~~~
yang tak cun pon asek dduk tempek gambar
yg cun ape tah lagi kan~
hurrmmm

tidak dikehendaki berkata...

malu la nak letak gambar kat blog. tatau nape. facebook ok je.

Ibu Mifzal berkata...

hehe..pakcik toyol..ahak..

suffer8zine berkata...

yg last tu paling bermasalah, heheh

Terkini : Ini Fakta Bukan Auta Bahagian 2

yanamib berkata...

slalu blogger pompuan la kn suka letak gbr sendiri...mcm sayeee...wehuuu~ (^^,)

CtNuraa berkata...

sy bc blog joe sbb terpikat dgn gmbr heading macho-konon-disamping-eiffel-tower joe tuh...hikhikhik...
tp kdg2 gmbr owner blog tu cket sebyk m'pgruhi jgalah readers yg xde blog mcm sy ni...
ckp psl pakcik toyol tu kn,br prasan blog dia xleh bka dhlah...alaaa,br nk bc lg kesah chenta pakcik yg prasan bgus sgt tuh...

PuanPepel berkata...

saya rasa saya cantik macam kain batik.eh...tetibe.



~~point pertama.dipersetujui..

Unknown berkata...

kata macho...kenalah letak gambar...kekekeke

EazyHusna berkata...

name pon blog sendirik..so kene la letak pic sendirik...x dosa kan.??hahaa

sukaxplo berkata...

betul betul betul...
hahahaha..permerhatian yang baik dan bagus joe!!

nazirulhazwan~ berkata...

aku yang tak suke ni cmner??haha

bardboo berkata...

setuju gak..huhu..tp kalo blh jgnla letak byk sgt gmbr kt sidebar blog..beratla..huhu..

p/s; mmg monday blues..xtau nak update pe kat blog..huhu

Din berkata...

aku berazam nk bergambar dgn bintang!!!!

Linglung berkata...

baru ada feeell..haha..ye dak?

noorafzan berkata...

kadang2 je letak muka sendiri.
sebab tak rasa cantik macam kain batik..
eik? kenapa kain batik?

Nazz@Purple berkata...

blog sendiri..tempek muke sendiri la kan..br famos..

Nazz@Purple berkata...

blog sendiri..tempek muke sendiri la kan..br famos..

tigrismalaya berkata...

yer la kot nak citer pasal g jalan2 kat mana2, karang tak tepek gambar org kata tipu pulak..hahaaha

sy dah folo n link...

Mama Zara berkata...

sumer reason yang bernas :)

Jom Baca: Ko Masuk Islam Sebab Nak Kahwin Kan? dan Mari Melawat Binatang Siri I (Gajah $%*(&))

Hasrol Nizam berkata...

aku letak pict di header je..jarang kot letak dalam entri :D

Amir Izzat berkata...

aku sebenarnya nak letak jugak tp aku rasa diri aku ini tak sehensem Farid kamil tapi sempurna la.ciptaan Allah kan sempurna..

memandangkan ak rasa xhensem..malas ar letak..nanti orang pandang lain..kt header letak..hehehehehe..

p/s: lepas kurus baru letak kot..herbalife menjadi x? nak kurus nie

eynda berkata...

Blog sendiri harus le gambar sendiri kan...lebih mesra gitu...pernah masuk blog2 yg takde gambar diaorg...rasa macam takde chemistry la pulak...coz kurang mesra gitu :-D

kupu-kupu_cinta berkata...

hencek joe... setuju fakta anda yg pertama... blog adalah diari digital. dlu masa sek ske tulis diari dlm buku.. skunk da ada blog.. syokk maa...

lg 1. gambar tu sbg "pencuci mlut lps mkn" :D

raewesrdtfyguhij berkata...

gambar kat pengatas blog ni gmbr tuan punya blog ke? bgs. :) hmpr serasi dgn entri ni. heheh. melawak ya. jgn gores2.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW