Jarang buka tv siaran tv1, tv2 atau tv3 kalau berada di rumah. Selalu buka rancangan AXN untuk menonton House, Top Chef dan juga Biggest Loser Asia. Kadang-kadang wipeout pun layan. Tahniah juga pada AXN kerana menjadi stesen no 1 pilihan orang Asia. Pelik jugak kan, stesen yang tidak ada berita hangat boleh menjadi no 1 tatapan rakyat Asia. Mungkin orang cari sumber lain kot nak dengar berita. Ye lah, berita kat TV, tak tahu mana betul mana potong =)
Konsert Permata Seni
Konsert Permata Seni - google |
Tadi sebab kecewa lisa surihani terlalu sexy berpakaian hijau untuk program mari menari, aku alih tv ke rancangan lain. Wahh, ada konsert permata seni. Selaku pak sedara yang memiliki 11 orang anak saudara, nak jugak tengok apa yang dihidangkan dalam konsert permata seni ni. Permata seni ni sudah pasti fokusnya pada anak kecil, ye tak?
Menggilap bakat muda, Menyerlah rentak bangsa
Tema yang begitu cantik ni aku rasa mencapai objektifnya. Ya lah, Malaysia sekarang tengah menuju ke negara melahirkan artis-artis yang berkualiti. Artis kat Malaysia sekarang banyak sangat yang bercerai barai, mungkin ini kerajaan lihat boleh tangani dengan melahirkan permata seni supaya tidak bercerai barai apabila sudah besar nanti. erkk, ye ke?
Betullah kan, Menyerlah rentak bangsa dengan Koir, Muzik dan Tari aku tak nampak selain hala tuju anak-anak ini untuk menjadi artis/pemuzik/pelakon. hehe. takpe, nanti boleh jadi glamer gitu. kalah tylor swift atau toyota swift
Cadangan untuk Permata Seni
Sebab Permata Seni ini aku tak nampak keburukan melainkan kebaikan, menggilap bakat anak muda diusia awal, usaha murni ini perlu diperluaskan lagi. Banyak peruntukan untuk Permata Seni ni kan dalam belanjawan 2011 hari tu (klik untuk baca) dan menjadi tanggungjawab aku sebagai rakyat yang sudah mula membayar cukai untuk memberi cadangan. Nak terima ke tak tu, terpulanglah.
Nama budak comel ni ye be. Dia setakat ini dipercayai anak saudara aku yang paling sexy + gatal + mengada. Haha, masa kat UK kakak aku call bagitau ye be ada tabiat baru, badan dia akan bergetar bila jumpa lelaki hensem. baru 5 tahun tu! 2 bulan lepas masa aku balik dari UK, dia siap buat tarian macam iklan rota ke apa, yang ada orang arab tu gelek-gelek. serius sebijik sama!
4 hari lepas sebelum aku pulang ke Kelantan, sempat jumpa kali terakhir di airport. Berbaju kurung dan pelik jugak tengok anak saudara aku comel sorang ni pakai baju kurung. Abang aku (ayah dia) cakap baru pulang dari kem anak kecil di kuala lumpur. Program anak 10 hingga 5 tahun yang dikumpulkan di masjid negeri untuk belajar tentang agama, solat, wuduk semua
Bila aku tanya, Bee, camne solat? - bee maluuuuu. berbaju kurung pun dia masih sexy ok!
Cadangan aku, masa cuti sekolah ni, banyakkan program seperti ini dan semuanya kerajaan tanggung. ala, kan peruntukan RM 111 Juta untuk program PERMATA, bagi lah BANYAK sikit kat pak iman - pak iman terutamanya kat KL tu untuk buat program camni. Macam program yang anak saudara aku join tu, pendaftaran RM 50. Apa kata tak payah bagi pendaftaran dan siap bagi imbuhan lagi kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka. buat lepas duit minyak. setakat tiket konsert permata seni boleh bagi percuma, takkanlah program camni kita buat bayaran kan?
Serampang dua mata
Benda camni boleh jugak dijadikan bini PM kita untuk menolong suaminya berkempen untuk pilihanraya. Ya lah, cuba bayangkan anak-anak camni balik kampung, kat kampung budak umur 6 tahun ajak nenek atau tok wan dia solat, bukan main terkejut lagi lah orang tua kat kampung tu bila cucu ajak solat. Bila nenek mereka tanya, siapa yang ajar, cucu cakap ' auntie ros yang buat program ajar sembahyang' perghh, terus nenek tu pangkah BN kot. hehe
Kesimpulan
Ahaa, cakap bukan main senang lagikan. Nak buat tu memang tersangat payah. Cuma bukan apa, banyak sangat program hiburan yang aku rasa tak perlu ada untuk kanak-kanak ni. Pembudayaan anak-anak ini kepada dunia glamer nilah sebenarnya yang akan mengheret masalah sosial di negara kita bertambah runcing. Rungsing jugak zaman anak aku nanti macam mana. ermmm, kawen cepat-cepatlah, dapat anak awal sikit!
pss : tak sabar nak pilihanraya, dapat upah pasang bendera!
36 ulasan:
comel giler anak saudara! pipi dia..tembammmmmmmm..huhu
wahhh..satu acara yang best n menarikk..bagus2
idea bernas tu joe..malaysia kena kurangkan la bab2 hiburan..dh melampau sesgt..kalo hiburan, sng je nk bg duit..kalo nak sedekah rm1 pon, pikir 2-3kali..
banyak sangat dah rancangan hiburan.. dari rentak asli sampai la heret budak2 masuk rancangan realiti... membudayakan hiburan..eheks..
Hikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata Anda
assalamualaikum!
betul..dan betul melainkan yg betul..hehe
wah! anak sedare ko mcm dua pupu ak kecil molek tue..sama ar..hahaha
hurm.. kan bagus kalau buat program seperti yg dinyatakan di atas..boleh la membentuk akhalk kanak-kanak..nanti besar boleh la ganti PM tue..kan?
pastu,boleh la undi BN..baru lah BN membangun bersama Islam.kan?
amat baik..tapi..terimakah mereka?
ooh..pas kata umno parti liberal..xleh3..
ops! politik pulak..
demi negara jugak..hehe
@faiz
macam pak sdare lah
wahaa
@SayaAnonymous
acara mana tu>
heee
@bardboo
ermm, xtau lah
@Marhaen Kacak
last2 budak jadi mangsa
oopps
eksploitasi budak2
@joegrimjow
pak sedara seblum amik herbalife sangat comel..sekarang..no komen..haha
betul kata bro,
program hiburan yg melambak2 menjadi jalan terbuka utk gejala sosial melebarkan pengaruhnya..
perbanyakkanlah program2 utk saham akhirat.. insyaAllah, bahagia..
jemputlah baca entri baru,
Extreme desire for Shopping Online until I satisfied.. di shirashafrida.blogspot.com
sekarang banyak sngt program2 yg MENYERLAHKAN bakat kanak2 dalam bidang seni...dan sangt kurg progrm2 kearah keagamaan..sungguh sdey tgok stuasi mcm nie...ea la..dlm negara yg kononnye digelar negara ISLAM tp Islam itu sndiri dipinggirkn..halal haram pon sekadar istilah yg disbut tnpa makne...
cumil abis budak tu!
Terkini : 5 Tandatangan Termahal Di Dunia
pakej lengkap anak sedara ko...yang mgetik tu suma dia..haha..
tak salah sekali skala berseni...tapi untuk menghabiskan jutaan ringgit cuma untuk seni tu tak brapa nak patut... btul kata ko... baik dia wat prog penghayatan islam ke ape kan... pahala berganda..
sdang seni lebih kepada melalaikan... abes duit juta2...kang ada budak laki kuar jadi sotong...huhu
punya kronik Msia sekarang ni sampaikan iklan masa rancangan Agama pon boleh promote pasal karnival2 hiburan.apa nak jadi ntah.
p/s:comelnya anak sedara.
korang senyum sama la.hehe
bee kamu comeell sgt!
anak sedara ko mcm mia la pelakon adamaya tu... hehe
@AMir Izzat
POLITIK SKALI SKALA OK JE
HEHE
@aNdi.Hanin::حنين نظوره
yg mana ?
@faiz
haha, skrg pon xbape comel eh?
@Shira Shafrida
xjadi masalahnya prgram camtu
xde sokongan
@ap
lama2 akan jadi barah kan
@suffer8zine
mesti!
@cikpepel
lol
sotong eh
@Fina Roslan
warna je xsama kan>
hehe
@Anis izyan Abd Rahman
sudah pasti
@NICK IRFAN
tengah nak asah dia jado plakon
lol
setuju2 ngan bro..
hiburan tuk budak2 kecil memang tak perlu kot, bukan elok pun..
ya Allah comelnye anak buah kamu tu joe.............hee...
muke die macam mia sara tu pon ade lah....kalau jumpe ni mmg kene cubit pipi gebu die tuh..=p
harap kamu sehat joe.
Anak-anak adalah amanah Allah kepada kedua ibubapanya.
Program seperti konsert permata memang tak perlu sama sekali untuk anak-anak kecil seperti ini. Anak-anak ini sewajarnya diajar mengenal Allah terlebih dahulu.
apsal dari 10 hingga 5 tahun? haha semakin menurun.
btw, rosmah tu suka nyanyi, of cos dia nak didik budak2 nyanyi jugak...leh la karoke sama2 ye! haihhh!
betul tu cadangan ko joe..lap u veru much.hehe
ade mak-mak budak2 tu yg mcm kena sampuk sorak utk anak
bak kata hubby mama, bila pak najib jadi PM yang sebenarnya PM adalah bini dia :(
konon buat pgm mcm tu dah cukup baik lah. hurm...kecik2 nak di ajar macam tu. nak soh ikut dia lah gamaknya kepala togel :(
Jom Baca: Ko Masuk Islam Sebab Nak Kahwin Kan? dan Mari Melawat Binatang Siri I (Gajah $%*(&))
Catat Ulasan