Share

Kesilapan Bajet 2011: PM perlu kreatif

Terima kasih live streaming di tv3, boleh dengar bajet 2011 yang dibentangkan sendiri oleh PM seolah menonton tv. Kecanggihan teknologi menjadikan dunia lebih mudah. Sambil-sambil tunggu untuk solat jumaat, mendengar bajet 2011 (ke belanjawan?) ini dengan penuh teliti, ada beberapa perkara yang perlu ditimbulkan disini memandangkan bajet kali ini sangat tidak kreatif!


1) Kebanjiran projek MEGA


Perbandingan ketinggian

  • Projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat (RM5 bilion)
  • Projek transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) (RM40 bilion)
  • Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion (sumber malaysiakini)

Aku pun tidak faham kenapa begitu banyak projek MEGA dilaksanakan serentak (diumumkan). Bukan mahu menolak pembangunan, tetapi projek sebegini hanya mendatangkan kemudaratan berbanding kelebihan. Ambil contoh menara 100 tingkat, kan dah ada menara Petronas, kenapa kena ada lagi? Nak bertanding dengan negara luar? Kalau nak bertanding dengan negara luar dari segi pembinaan, tiada apa yang boleh dibanggakan. Sebab utama selain bukan jurutera kita yang membinanya, bila kita buat lagi tinggi, akan ada lagi yang buat lagi tinggi.

Maksud kreatif yang perlu PM kita buat adalah bina satu (kalau nak sangat) mercu yang tiada di negara orang lain. Lebih jimat kos dan gunakan kemahiran yang kita ada. Contoh Mahathir buat Sepang dulu, sampai driver taxi pak arab sini pun cakap pasal Sepang!


Rakyat takkan bangga ada menara tinggi kalau harga barang keperluan sentiasa meningkat!




2) Menarik hati rakyat lebih dari hati pelabur

Harga tol takkan naik untuk 5 tahun


Setelah mengumumkan tiada bonus diberi, PM mengumumkan berita 'baik' ini dalam bajet 2011

  • Pembekuan lima tahun kadar tol
  • Pengecualian cukai telefon bimbit
  • Diskaun duti setem untuk pembelian rumah kali pertama
  • Bantuan khas RM 500 kepada semua kakitangan kerajaan

Usaha menguntungkan rakyat begini tiada cacat celanya dan inilah sebenarnya tugas utama kerajaan iaitu menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya. Tetapi sebab terlalu banyak ingin mengambil hati rakyat (pilihanraya dah nak dekat) pelabur asing dilupakan!

Pada tahun 2008, suntikan pelabur asing sebanyak RM23 Billion susut sebanyak 81% menjadikan ia hanya RM 4.43 Billion sahaja pada tahun 2009. Jika tiada inisiatif diberikan kepada pelabur asing ini, angka ini mungkin akan menjadi lebih susut dan pembangunan di Malaysia tidak dapat mencapai sasarannya. Kreatif yang dimaksudkan adalah menjaga hati kedua-dua entiti terbesar untuk membina negara ini, bukan semasa pilihanraya, hanya jaga hati rakyat. Rakyat pun tahu tak ikhlas!



3) Peruntukan merepek terlalu banyak


  • RM 111 Juta untuk sekolah PERMATA
  • RM 500 Juta untuk pembangunan 1Malaysia

Taknak sentuh pasal program PERMATA, anggaplah itu hadiah PM kita kepada isterinya, suami yang paling 'caring' di dunia dan kita patut bangga memiliki pemimpin yang begitu sayangkan isterinya! Berkenaan dengan RM 500 Juta pembangunan 1Malaysia, sungguh merepek!

Sekarang ini rakyat masih keliru, dengan bertambahnya belanjawan kepada pembangunan seumpama ini, lagilah keliru! Lepas ini banyaklah aktiviti luar negara yang memaksa pelajar sini hadir ke London dengan memberi yuran pengankutan 100 pound seorang (RM500) dan sampai di London, sama-sama nyanyi lagu 1Malaysia. Menyemarakkan 1Malaysia katanya!

Memang tak boleh masuk dek akal, dah la setengah billion, memang sangat merepek! Pembangunan 1Malaysia ini hanyalah pembaziran. Memang rakyat tidak akan dapat apa-apa kepentingan, yang dapat keuntungan adalah kroni yang menjalankan program pembangunan ini yang menjual baju 1Malaysia kepada kerajaan lebih separuh 200% keuntungan, juga jual topi yang di charge dengan harga RM 50 setiap buah dan pen-pen berbentuk 1Malaysia yang diberi kepada pelajar yang ingin menduduki UPSR dan SPM

Harapnya takdelah harga baju t-shirt 1Malaysia berharga RM 100 


*****

Bajet adalah perkara paling penting bagi menunjukkan betapa efisyennya sesebuah kerajaan memerintah. Bagi aku yang tak ambil ekonomi pun boleh faham yang Bajet 2011 ini sangat tidak kreatif, banyak mendatangkan mudarat berbanding keuntungan, apatah lagi golongan professional. Jadi PM, peluang untuk menunjukkan kredibiliti kerajaan memerintah telah disia-siakan dengan begitu sahaja!


pss : konsert Adam Lambert tu diteruskan jugak ek?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

57 ulasan:

suffer8zine berkata...

perlu ke buat menara tu? servis tax naik? perlu ke? fuhhh



http://suffer.frenzyfm.my/2010/10/apa-ada-pada-bajet-2011-update-penuh.html

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

bazir2

Admin berkata...

bro joe mmg sempoi lah . ingat kan sy ja yang perasan propaganda ini . bro joe nmpk lagi jelas . Tpi kta mcm mane nk buat ? PM yg buat keputusan . hermmm :(

A wisher berkata...

memabzir sangat ouh :'(

joegrimjow berkata...

@Amir

dah terang lagi bersuluh, siapa2 pun boleh nampak

Pojiepooh Abdullah berkata...

Paling nonsense nak buat menara lagi. Bukan KLCC tuh dah cukup gah ker? Lain daripada lain idea Tun M tuh dulu buat berkembar dan sehingga kini tiada menara berkembar tertinggi di dunia selain KLCC. Lain² malas nk bicara. Tp yg best tuh pasal skim rumah kali pertama, mmg cun!

Love,
PojiePooh Abdullah

nerves berkata...

pembaziran yang nyata tapi di cover baik oleh media..ceh..

*bonus sebulan gaji xde...oh~_~

niknurizzati berkata...

ada sesetengah perkara mcm membazir jugak. hmm. tak tahu lah lepas ni nak
buat ape. tapi yang pasti, seronok bagi kaum wanita yang kerja awam. dapat cuti 90 hari tuh. gaji penuh pulak . hikhikhik

joegrimjow berkata...

@||| PöJìé PööH |||

benda pembaziran sangat nyata

joegrimjow berkata...

@biussaraf

kena kerja sendiri la bro

joegrimjow berkata...

@Nik Nur Izzati

tau ada negara sampai 6 bulan? france

joegrimjow berkata...

@Nik Nur Izzati

bukan 6 bulan, 7 bulan. silap

Cik Naa. berkata...

Sayang isteri dan sangat caring. Ohho!

Kenapa nak sibukkan PERMATA tapi tak memperkasakan saje sekolah tadika atau prasekolah yang ada.

Cuti 90 hari memang la buat ramai guru wanita bercuti sakan. Sedangkan dengan cuti sedia ada pun dah ramai guru wanita yang jadikan bersalin sebagai excuses.

Tambahan pulak bergaji, pastu nak cari guru ganti sementara pun kena bayar gaji juga. Tak kena membazir entah pape namanya.

Haila~


*akhir zaman. manusia berebut2 bina bangunan tinggi mencecah langit.

Unknown berkata...

Sekolah PERMATA?
Wajar ke?
Yang lain tu mmg terang lagi bersuluh membazir.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana menulis tentang ini.
sememangnya anak anak muda sekarang perlu sedar hal ni bukan buat tak peduli!

haha betul betul semua boleh nampak lah ini bajat barisan nasional! hampeh nak dekat PRU buat macam ni? adoii sapa yang sokong BN lagi boleh kata anda ni,... hmm paham paham sndiri lah..

yang sedih , sekolah AGAMA rakyat SAR yang saya rasa sangat penting untuk zaman sekarang zaman buang bayi ni berapa je peruntukan dia? sedih sedih.. poda ceittt

Sharinginfoz berkata...

harapkan lebih banyak goodies macam pemotongan cukai individu or peningkatan pelepasan tiada yang ada ialah kenaikan cukai perkhidmatan

Mama Zharfan berkata...

can't agree more :)

Rafhan berkata...

Kerajaan seharusnya menumpukan terhadap pendidikan luar bandar yang sering terabai @ terlepas pandang. (kalau asyik tumpu, program permata, kanak2 yg bukan permata tu nak jadi ape? jadi hantu ke?) X perlulah bina menara tinggi2 sangat. Kalau buat institusi pendidikan agama lagi bagus. Kena la kaji sebab apa kes buang bayi semakin meningkat kat Malaysia. (sebab kurang penerapan nilai agama kan?) Tapi, ape2 pun sebagai pemimpin rakyat, saya harap encik PM ada alasan tersendiri terhadap keputusan yang dilakukan. Ingat! RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. PLEASE DONT TALK ZERO.

ainShahajar berkata...

buat untuk kebersihan sikit

nak tarik pelancung kunun

tandas kotor

anyway.. suka entry ni =)

Faizalpj berkata...

memang budget yg tak memenuhi cita rasa rakyat..katanya ada mintak pndangan rakyat tapi tak berkesan pun apa yg di utarakan..budget utk suami yg caring..sekolah agama ditinggalkan..dunia akhir zaman..adakah ada campur tgn Apco

slay berkata...

tu dia, bakal PM dah berucap! heheh. bajet seterusnya akan disampaikan oleh Dato' Joegrimjow. ;)

nina suhaina berkata...

aku paling tak suka bila masuk bab PERMATA tu..
kalau buat bajet macam ni memang pengundi pon lari la.siyes.

joegrimjow berkata...

@nina

eh, hadiah tu

joegrimjow berkata...

@slay
LOL, bajet rumahtangga sendiri je lah

- zuriey - berkata...

bNyaknya tuk sek permata tue.. tu kira tuk kepentingan diri

www.dunialandax.com berkata...

xpe~~ni bajet terakhir Beliau!HAHAXD

faiz berkata...

bro, ko memang best la.. muahaha..
pembaziran yang nyata tetapi diorang yang buat keputusan, kite orang bawah ni dok tengok jer ler..
aku share tau bro.. tqvm..
idop 1Malaysia.. miahaha..

Adziim berkata...

Tentang menara wairsan tu memang terang tang tang membazir.

Sebanarnya bnyk lgi bnda2 yg membazir duit rakyat ni,cnth dlm sektor perubatan, pembinaan hospital baru dipasang kelengkapan yg tak diperlukan. Ltk mesin baru tpi tak digunakan baik xyah pasang. Pasang semata-mata menurut kehendak pemimpin bkn turut kehendak rakyat.

Semua bnda nk dipolitikkan....mmg jdi pembangunan yg membazir.

etomyam berkata...

dah 16Hb ni aku pun dah lari bajet neh huhuhu

joegrimjow berkata...

@encHIx laNDax

nak gelak jugak
hahahaha

joegrimjow berkata...

@faiz

sile2

joegrimjow berkata...

@Adziim

jap, barang ape yg diletak tu?

Tanpa Nama berkata...

mengarut jer....bg projek mega pastu yg uruskn tu pn pandai bodek2 amik projek.

Khairul berkata...

PERMATA tu tempat apa yea?

mello berkata...

bajet yg sedikit failed. agak2 nya projek mega ni bg manfaat ke tak kpd rakyat? sedangkan bnyk lg perkara lain yg perlu diambil perhatian.. ramai lg rakyat yg hidup dlm serba kekurangan.tp klau matlamat mereka utk pembangunan, apa boleh buat.

Captain berkata...

"Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah golongan pekerja di negara ini."

aku sgt tertarik dengan Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara. yg len tu cam biase r,, ad baik ad buruknya.. pandangan pun ikut belalang dan padang..

Solihin Zubir berkata...

buat la menara tinggi banyak2..
semakin banyak tanda2 kiamat sudah dekat...

apa lagi.. masa pilihanraya nnt kita pakat2 kalih la..

Captain berkata...

owh ye.. terlupa plak.. 1 agi yg aku tertarik skim rumah kali pertama.. yg tu cambest.. senang sket golongan mude nk bli umh..

Mar berkata...

setuju dengan entri ni,.xnak komen byk2,.nanti mcam2 yang xpatut keluar,.he

Din berkata...

asal aku baca entri ko ni aku rasa kita ada konekcion je ek. oh lupe kita satu ngeri.=p

noorafzan.blogspot.com berkata...

better buat menara kembar 3 pula kot.
haha..kidding!
rasa macam tak kena je nak peruntuk budget pada benda2 macam kat atas nun..

denaihati berkata...

Bro aku tak fikir ini budget terakhir kerajaan BN bukan kerana BN bagus sangat tetapi PAKATAN yg sangat celaru kecuali PAKATAN berani berubah kepimpinan yg terlalu bergantung pada DSAI...PAKATAN mesti berani kerana ini peluang yg terbaik jika tidak PRU13 yg lain memang susah.

green berkata...

pembahagian bajet ini, bukan dtg dr satu kepala , tapi ramai pakar kewangan, menteri, bijak pandai, bankers etc yg mencurah idea, masa n perancangan.

Mereka (pemimpin) itu dulu pun macam kita, pernah jadi student universiti, pernah jadi rakyat, pernah jadi masyarakat di bawah yg memerhati dan mendapat insentif, yg mungkin dulu belajar pakai duit rakyat melalui tajaan jpa atau mara dan sebagainya, yg ada keluarga rakyat biasa, org kampung..etc..


Dan mereka ini bukannya bodoh2, tak tau ape2 pasal pelaburan,pasal ekonomi, dan agendanya nak menang pilihan raya sahaja.

Come on, siapa yg nak tengok negara sendiri rugi, siapa yg nak tengok negara sendiri mundur. Kita sebagai org yg educated, mesti lebih pemahamannya. Tak boleh emosional, sikit2 nak hentam..cakap kerajaan salah, kering idea, awak (kita)je yang betul, punya idea bijak bernas..

Have faith sikit laa dgn pemimpin kita, let them do their job. In the future, when u become one of the nation leader, the rakyat complain that you're not creative , not innovative laa, pessimist, what you gonna say to them..

put aside the political difference and emotional thinking and be wise. How to build a great nation if we still standing apart? Just like how to rebuild great islam empire when syiah n sunni are still in deep conflict.

Have faith dude, if things goes wrong, we find solution together.

Dude, don't panic!

~peace~

ah Gee.!! berkata...

mari renung sesame....

rakyat didahuLukan..
pencapaian diutamakan..

dah bina menara. ape pekdahnyer utk rakyat.?
pencapaian ape yg teLah diperolehi..?

rase nyer xdisebut dlm budget.. eheheheheh...

Muaz Nabil berkata...

peruntukan imam naik, jkkk naik. banyak lagi naik weh. ada jugak golongan rakyat berkepentingan yang diutamakan. :)

awanda berkata...

@green
Green, it is not about faith, it is about us, people and most important about our money (taxes) on how they (government) spend to the public interest. Memang lah ramai pakar2 ekonomi di belakang kerajaan, tapi ramai juga pakar2 ekonomi at the other side...yg of course not happy with this budget......more pembaziran dari keuntungan rakyat..
Permata - 110 juta... what is all about..anak anak yg tak berapa pandai, mcmana pulak..
No to any Projek mega at this time...membazir.

akuzle ayu berkata...

psl tuh time bajet neh akak x dgr radio, x tgk tv....kasi saket ati ajer... pemimpin skang neh giler glamer jer... bkn buat aper2 pon....

aemin berkata...

joe, cane lak ngan keputusan bg warga asing mohon PR lepas 5 tahun menetap kat sini? makin berwarna-warni la kita lepas ni yer?
aku setuju ni bajet terakhir BN.

nusafara berkata...

salam...
cakap pasal bajet ni...saya nak komen sikit...
menurut pandangan saya...bajet kali ni memang sangat membazir..kerana apa??
kerana...

1- menara 100 tingkat?? untuk ape?? sedangkan menara berkembar tu pun banyak lagi bangunan kosong...nape nak membazir????tak paham betul la..tapi cube perhatikan..pm kite ni nak kesan jangka masa yang panjang...maksudnye..die nak jd mcm mahathir..tapi tak jd...yelah..nnti org tanya..ape jasa die sbg pm malaysia?? tuh..menara 100 tingkat tuh..ini semua mainan politik..ish3..daripada bina bangunan yg ntah pape ni..better masukkan duet2 ni untuk pembangunan pendidikan...

2- cakap pasal pendidikan...kenapa perlu amik guru bahasa dari luar?? tak membazir namanya?? mcm lah kt malaysia ni xde guru yg hebat..rasenye lebih baik kite hantar budak2 tesl kite ni belajar kt sana..then balik sini..mai ngajar anak kite nih!!!...sy sbg guru pelatih kt inst perguruan rase hairan..padahal tiap2 tahun...pengambilan guru meningkat..guru bahasa terutamanya..bukan kt IPG je..kt universiti yg amik sarjana pendidikan tu berlambak sgtttt!!! bahkan ade yg menganggur pun ade..dorang ni x pk kot...

3- pasal pembangunan 1malaysia tuh?? sy x nak komen lebih2 kt sini..sebab sy sendiri x bape setuju ngan 1 malaysia..mule mule 1 malaysia..pastu lama lama jd lah 1 world lak..malaysia memang baik hati sampai semua org luar leh duduk kt malaysia ni...jd warganegara malaysia..hmmm...1 malaysia konon..

4- sekolah permata?? nampak sgt..pm kite suami yg caring..alah,,ikut jejak lah..kalo dulu si hindon tu sibuk promote batik..mestilah rosmah pun nak promote permata die..ni semua mainan politik nih...

5- lepas ni harga susu akan naik..jd harga air bersusu pon akan naik..oh ye..maybe jugak petrol akan naik.

6- gaji pengawal pon naik gak!! mesti pas ni ramai yg berebut2 nak jd pengawal sebab gaji da cecah angka 1000..gile2..

7- elaun imam naik..300..impak nye walaupun sikit..tapi cube pikirkan..pasni ramai yg nak jd imam..alhamdulillah...tapi ade gak imam yg akan jatuhkan sesama sendiri..maklumlah..elaun da besar..

8- kesimpulannya..malaysia memang suke membazir..terutama duet rakyat..ntah bape banyak malaysia hutang ngan bank negara....kalo nak tgk malaysia maju..tak perlu bazir byk2..sistem pendidikan pon tak betol lagi..mata rakyat dikaburi ngan mainan politik...mereka bukan belajar dari sejarah silam yg berlaku ...sekian..

suaradisempadan berkata...

rakyat didahuLukan..
pencapaian diutamakan..

perasan time 1st ayat ni klua dlu.
cuba teliti btol2 ayat2 tu...

"rakyat didahuLukan"
maksudnya:
ape2 pun rakyat yg kne dulu. kalau cukai, rakyat yg dicukai dulu, kl harga barang naik, rakyat gak yg merasa dulu...

kenapa plak camtu..?

kerana...

"pencapaian pemimpin perlu diutamakan!!"

...terutamanya pru xlma lg..


maka pemilihan & penggunaan slogan ini adalh sgt btepatan maksudnya....

p/s, teringat time 1st slogan ni kluar dl, kl xsalah aku kt britain, merka memotong gaji menteri dulu, utk mghapi mslah ekonomi mrk...respect aku, tp kt mlysia...

rakyat didahuLukan..
pencapaian diutamakan..

atok berkata...

dunia akhir zaman - berlumba - lumba membina bangunan pencakar langit.

Tanpa Nama berkata...

rubbish!! mmg pemerintah xtau petanda akhir zmn aka xde pengetahuan agame,,,

Tanpa Nama berkata...

cont'

bkn dia xtau pembaziran itu amalan syaiton,,,da la membazir n wt sesuatu utk menunjuk,,,pd hal bkn duit dia pon,,mmg budget habis la,,

Tuan Din berkata...

2 thumb up 4 U! Benar kata kamu, menegur tak beerti membangkang... walaupun ianya seakan2 sama tapi tak serupa.

Pasal ekonomi, kejatuhan FDI sebanyak 81% adalah sanngat merisaukan kerajaan apatahlagi kita cuma tinggal 10 tahun utk mencapai negara maju (2020). Jadi utk backup perkara ini, kerajaan cuba untuk menggunakan sumber dalaman atau dgn kata lain meningkatkan penggunaan hasil pelaburan dalam negara. Nampak canti& bijak kan. Mermang cantik & bijak. masalahnya, pelaburan dalam negara bagi tahun 2008 adalah 1% & setelah dipacu oleh kerajaan ia naik kpd 2%. Logik tak kalu kerajaan nak naikkan nilai 2% tu kpd 70% bagi bengimbangi FDI? sy bukn org ekonomi.. tapi jawapan saya dah ada...

Abir Abhar berkata...

no comment

zurena berkata...

pembaziran yg x sepatutnya diteruskan.... apa peruntukan SAR dapat dr belanjawan ni?

iena_mieyna ^^ berkata...

setuju setuju ... buat bangunan tinggi tanpa motif .. nonsense !

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW