Salam,
Malam ni memang sangat seronok. Tadi baru habis makan babai2 aku dengan kawan aku yang akan pulan ke Malaysia 2 hari lagi. Lepas tu ke bandar Sheffield dan naik Wheel of Sheffield beramai-ramai. Memang jakun habis sebab sebelum ini tak pernah lagi sepanjang dua tahun di sini naik benda 'alah' ni. Teruja sebab boleh melihat suasana malam Sheffield yang indah!
Masa berjalan pulang ikut laluan springfield, datang seorang Pak cik yang agak berumur menghampiri kami
'hi, tonight we are having bbq, we have cheese burger. its free, come join us'
Cheese Burger memang menarik. Free lagi menarik. Tapi disebabkan tahu yang ia tidak halal, kami menolak tawaran oleh pakcik itu. Memang muka kesian yang dia pamerkan buat hati serba salah. Melihat ada van 'Jesus Army' di tepi tapak bbq, semangat untuk menolak pelawaan bertambah. Agama tak cukup lagi!
Jesus Army
Badan ini ditubuhkan untuk mendekatkan orang beragama kristian dengan agama mereka dan juga menyebarkan ajaran kristian kepada sesiapa sahaja. Disertai tidak kira tua, muda, miskin atau kaya, golongan ini banyak mendekati golongan yang 'homeless' 'ex-prisoner' dan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah. Tujuan utama, mendekatkan kepada ajaran kristian yang sebenar
Modus Operandi
Sebenarnya aku suka dengan cara mereka 'tackle' orang. Sepanjang aku berada disini, malam ini kali kedua aku dipelawa untuk ikuti 'chit-chat' mereka. Kali pertama dulu pun semasa pulang dari main chess, juga dipelawa makan dan makanan yang dipelawa adalah sama, CHEESE BURGER. Bila sudah ada makanan free, maka banyaklah yang akan tertarik dan peluang inilah sebaiknya digunakan mereka untuk bercerita mengenai kehebatan agama mereka
Kalau mahu disamakan modus operandi mereka dengan agama Islam, samalah seperti golongan tabligh. Cuma tabligh ini lebih menekankan mendekatkan umat islam dengan islam berbanding Jesus Army yang meluaskan horizon kumpulan sasaran mereka. Dua kumpulan yang berbeza, tapi masing-masing mempunyai misi yang sama, mendekatkan manusia dengan agama
Agama sebagai penyelesaian segalanya
Disini memang aku boleh melihat keterbukaan pihak berwajib terhadap agama. Jika ada sebarang aktiviti keagamaan, tak kira islam, kristian ataupun agama lain, sudah pasti mereka akan berlapang dada. Betapa teruknya sosial dinegara ini tidak lain tidak bukan adalah sebab jauh dari agama. Sebab itulah mereka mengizinkan golongan pendakwah, tidak kira apa pun agama untuk berdakwah, mengajak manusia kepada agama
Atas ini aku copy paste dari status seorang kawan di facebook. Pendekatan seumpama inilah aku rasa paling ideal untuk memajukan sesebuah negara. Mendidik rakyat dengan ilmu dan mendekatkan rakyat dengan agama. Agama adalah segala-galanya, tidak kira ekonomi, sosial mahupun politik, agama adalah penyelesaiannya. Jika sesebuah negara itu memiliki rakyat yang dekat dengan agama, segala masalah akan selesai
Untuk mewujudkan negara atau negeri yang mana rakyatnya dekat dengan agama sudah pasti sesuatu yang perlukan masa. Soal pendidikan adalah perkara berterusan dan jika ada negeri yang lebih kepada pembangunan jiwa rakyatnya, aku rasa sangat perlu disokong. Kelantan sekarang ini yang diperintah PAS aku rasa sangat mustahil untuk Kerajaan mengambil alih kelantan. Setiap jumaat, banyak kegiatan ilmu agama yang diadakan dan longgokan sumber ilmu inilah yang membuatkan rakyat negeri Kelantan sayangkan TGNA
Mengajak kepada agama
Tanggungjawab mendekatkan manusia kepada agama ini adalah tugas semua pihak. Bukan kepada pihak yang memerintah semata-mata. Walaupun keberkesanan mengajak kepada agama oleh pemerintah dan rakyat dilihat lebih signifikan kesannya, kita tidak boleh menjadi alasan untuk tidak mengajak yang lain kepada agama jika pihak pemerintah tidak bersama kita.
Jesus Army ada cheese burger untuk dijadikan bahan sandaran
Kita jadikanlah ilmu dan akhlak untuk mempromosikan agama kita!
pss : zaman khalifah memang akan muncul semula, bila? kita yangtentukan
23 ulasan:
ya mereka memang bijak, gnakan pendekatan yang halus untuk memikat orang2 luar dan kita, hanya iman dan amal yang mampu menjadi pelindung, kena berhati2.. =)
kuat cabaran mempertahankan iman bila diperantauan...tp kat sini pun sama jgk..pokok pangkalnya..jika mahu agama..perlu dipraktikan dlm semua aspek..kalau tidak..tgk la seperi di M'sia skang...hmmm
@ieQa sWetLuv
klu iman nipis mmg sangat bahaya
@Ibu Mifzal Arsyad
kat negara kita pun banyak gak aktiviti camni, cuma tersembunyi
hmmm..
menakutkan..
prevent awal2x !!!! huhuhuu..
@Bukan Gadis Comel
ape yg menakutkan?
@ishiko
ahaa, jangan jumpa ye?
Salam,
Di Malaysia, cara gini juga dibuat. Mereka dekati remaja di universiti yang masih tak tahu arah tuju hidup ke mana, terutama bagi yang terkejut dengan budaya bandar...umpan je dengan duit dan makan free, tergadailah remaja kita.
@anyss
ada kat uni mane ek?
islam tu sendiri ialad addin.. cara hidup..
bnyak org salah faham agama n kehidupan seharian mcm makan, kerja ape semua tu dua perkara yg berbeza.. padahal kite sendiri tahu islam itu merangkumi semuanya..
modus operandi diorang mcm cara islam disebarkan zaman dulu kan? mse awal2 penyebaran islam dulu kan bnyk golongan2 miskin yg memeluk islam sbb diorg tertarik Islam adalah agama yg x kira social status.. semua org adalah sama..
**correct me if im wrong.
:)
dieorg ni umpan dgn makanan, kalau kite lemah mmg mudah tergelincir la
kita bagi la sate pulak...ramai yg suka kot...huuu~
tapi kalau org islam yg buat cemni depa panggey extremist pulak...
huhu..
elok elakkan kan.
kalau iman kuatpun kena tarik macam gitu boleh goyah juga.
tabahkan hati kuatkan iman mohon petunjuk ALLAH sepanjang mnjadi khalifah ALLAH di sana..
kenapa la jutawan2 Malaysia yg Islam tak semurah mereka dalam berdakwah???
kalo iman tak kuat habis la.. kompem dah terikut dgn dorg ni.. bahaya btull..
kita kdg2 tggu yg alim2 berdakwah tapi mereka kat sana siapa2 pon berdakwah utk dekatkan org dgn agama mereka
@rhapsody LiN
btol dah tu lin
skrg ni mereka pulak yg ambil
@suffer8zine
nasib baik tahu makanan tak halal!
@gadisBunga
extremist?
@FareedSairi
ada je yg bagi sumbangan.
tapi lebih banyak yg xbagi
pss : zaman khalifah memang akan muncul semula, bila? kita yangtentukan
allah yg tentukan. kita merancang dan berusaha untuk mencapainya. :D
Catat Ulasan