Menjadi blogger adalah perkara termudah untuk kita buat. Tapi, berhenti menjadi blogger, lagi mudah untuk buatnya. Kali ni aku akan mengupas beberapa sebab dalam segmen kenapa blogger ni berhenti menjadi blog.
1) Kesibukan di dunia realiti
Ramai yang menulis blog sebab nak isi masa lapang dan juga mungkin sebab suka-suka. Tiada sebab yang ‘pro’ seperti nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan atau kerjaya. Heh, bunyi macam blog boleh bagi banyak duit je kan? Masa student, tak sibuk sangat bolehlah nak menulis panjang-panjang, tapi bila dah ada komitmen lain seperti kerja - maka minat nak berblog pun dah semakin kurang. Mungkin dulu hari-hari publish entry, lepas tu seminggu 2 kali, meningkat ke sebulan 2 entry je dan last-last, terkubur begitu je. ohh, sungguh sadis ‘kesibukan’ ni kan?
2) Dah lama tulis blog tapi tak terkenal-terkenal lagi, bencilah!
Ada juga yang menulis blog sebab fikir boleh jadi FAMOUS. ada satu buku yang aku baca dulu pasal dunia internet - 16 tahun dulu orang dah ramal seseorang tu boleh jadi terkenal di seluruh dunia kurang dari 15 minit! Perkara tu memang betul dengan dunia teknologi internet tanpa sempadan sekarang. So, memang ada yang gunakan platform blog ni untuk menjadikan dirinya famous. waha!
Last-last, dah bertahun-tahun menulis blog tapi tak famous2 jugak, famous amos adalah, maka berhenti menulis blog dan blog pun dah ditutup. ooh, juga satu pengakhiran yang sadis!
3) Dunia blogger dulu tak sama dengan sekarang
Dulu menulis blog sebab ada daya penarik untuk terus menerus menulis. Bangga menjadi seorang blogger sebab dunia blog penuh dengan warna warni. Bak kata orang tua-tua, zaman akan sentiasa berubah. eh, ada ke orang tua cakap macam tu? assume ada je lah. Dulu mungkin sangat ‘nikmat’ jadi seorang blogger, tapi sekarang dirasakan dunia blog dah tak sesuai untuk badan - maka tarik diri dengan rela hati. Blog terkubur, title blogger menjadi -
bekas blogger
4) Jadi tweeples lagi best lah
Wujudnya platform micro blogging seperti twitter, dah ramai yang tak menulis blog dah. Alah, tak bestlah jadi blogger, jadi tweeples lagi best!
oh, ini sungguh sadis!
pss : 2 tahun 11 bulan dan 14 hari dah aku berblog. mungkin lepas ni aku pulak akan undur diri :p
23 ulasan:
wahh..senior nih..saye bru genap 1 tahun berblogging...hehe
@Pezol Stylez
senior la sangat
hehe
kalau aku reason yg no 1 tu kot..ni pon dah mengurangkan xtbt membelog..sebb bila dah hapdet entri..mulalah nak BW..pastu berlanjutan berjam-jam... habis research aku....habis...
Aaaaaaaa.. Rindu diri sendiri jadi blogger dulu2.. Rindu blogger2 satu era.. Zaman awal 2009.. Tapi sekarang, memang kesibukan sesuatu yang menakutkan.. Ku pun rasa mungkin akan mengundur diri atau paling tidak mungkin akan jadi chipsmore.. Kejap ade kejap takde.. :'(
Jadi blogger suam suam kuku ni pun dah jenoh, cemana nak famous?
Saya tak pernah jemu menulis blog.. entah la.. dah hobby kot.
nice entry :) slagi mampu sy akan terus blogging and twitting
sebab no 1: SIBUK. Sebenarnya, kalau nak ikutkan, semua orang pun busy. Bezanya antara nak dengan tak nak. kan?
sokong reason no.1.
tp bila ada masa 10 post skli gus pon bleh :p
ye2 je berundur. Kot2 nak akad nikah pun sempat lagi live update blog.
@Diana @ bilakukatacinta
BW tu ape?
@FarhanaDr
blogger chipsmore
@azieazah
suam2 kuku tu agi baik ;)
@Miss Mirror a.k.a Sam
bape tahun dah?
@shazika
selagi mampu :P
@syanabel
dah btol2 sibuk NAK macam mana pun xdapat nak update nye
hehe
@aty shakira
schedule post kan ada
;P
@Adziim
lol
nasib baik dah nak masuk 3 tahun berblog semangat belum merudum lagi
aku jadi blogger dari 2008 lagi...tapi sampai sekarang tak banyak sangat pun entry...sibuk memang alasan standard..padahal sebenarnya malas..hehehe!
ak punya sebab yang no 2 tu.. haha... bencilah smpai skrg x femes2.. baik benti.. :P
Blogger tenggelam timbul. Hidup segan mati tak mahu....
Blogger tenggelam timbul. Hidup segan mati tak mahu....
Catat Ulasan