Kisah 2 tahun lepas yang kehilangan anak pertama
Rindu Bini
![]() |
| Add caption |
Selamat Hari Raya : Raya paling bermakna
'Unwritten Rule' di lane kanan Highway
Dimana mahu jumpa lelaki baik - the one and the only
Cara orang bekerja bercinta
Tapi cara ni lagi baik kot. korang fikir nak cari duit untuk sara anak orang kelak. tu dalam proses mematangkan jiwa naluri hati nurani la tu. xde lah nak keluar dating blanje tiket wayang kat cik awek pakai duit mak bapak n pakai duit skoler or ptptn. kekeke. ada orang terasa!
Not the primrose path akan difilemkan?
- Not The Primrose Path (1)
- Not The Primrose Path (2)
- Not The Primrose Path (3)
- Not The Primrose Path (Final Episode)
![]() |
| Gambar last dengan arwah |
Sesi mengumpat dengan silent reader
Pergelutan menjadi anak orang Kelantan di musim cuti
![]() |
| Statistik penduduk di Kelantan pada 2010 |
Ibu bapa terlalu memilih menantu
Salam,
Sembang malam ahad. Akhirnya berjaya juga aku tak update blog semala 72 jam!!! ok, sebenarnya gagal. sigh.... Memang tangan dah gatal bila tak update blog ni. Macam ada kurap je kat tangan gatalnya. Last-last, update jugak. haha. Tapi takpe, kita update topik yang senang dan mesra gitu serta dekat dengan masyarakat kita
Soalan : Pernah jumpa dengan pasangan suami isteri yang terlalu memilih soal menantu?
Ini soalan rambang, kalau ada, maka entry ini lebih dekat dengan anda. Kalau takde, boleh baca sebagai persediaan untuk jumpa kelompok manusia seperti ini. ahaa, jom kita pergi dengan lebih perinci
Ibu bapa yang memilih
Ibu bapa merupakan orang pertama untuk dirujuk bila sudah ada peneman hati. Eh, aku tak cakap pasal gf bf ok, sebab apa kelas bf gf ni, takkan kekal lama punya! ceit, biarlah pernah jugak dulu kan? hehe. Ok, apa yang aku rujuk adalah seorang lelaki dan seorang perempuan yang berkasih sayang dan mahu menuju secepat mungkin ke alam rumah tangga. ahaa, itu dia! Apabila dah berkenan dengan pasangan masing-masing, bukan sahaja ibu bapa sendiri yang kena rujuk, tapi juga ibu bapa pasangan anda!
![]() |
| Ibu bapa mana tak sayangkan anak |
- Keturunan - Ahli keluarga kita dari yang 'baik-baik'
- Beriman - Boleh jadi imam pun dah cukup
- Berduit - Dah ada pekerjaan sendiri, pun dah cukup
- Umur - Ada yang taknak jurang banyak sangat... yang penting menantu xleh lebih tua dari dieorang!
- Rupa - tak hensem atau tak cantik? dah start kena beli pencuci muka dah. kekeke
Kematian dan kematian

Makan kat kedai mamak Presint 9 minggu depan!
Salam 1kegembiraan,
Pukul 4 pagi waktu UK. hek, tiba tiba bersemangat pulak nak balik ni. haaa, bagus sangatlah, hari tu takde feel, sekarang feel dia membuak buak. tengok status pun dah tahu, facebook, twitter semua sama. hahaha. Nak balik dah ooiiii
Minggu depan masa yang sama sekarang
Terfikir tadi, minggu depan ni pasti dah ada kat Malaysia. Jangka sampai hari Rabu malam minggu depan. hakhak, pekena ayam madu kendai mamak dulu. hehe. Tak balik terus kelantan kot, tengok anak buah BARU dulu seorang kat shah alam, seorang kat seremban. Lepas tu baru balik kelantan melawat ibu tercinta. hehe
Final paper esok pun tak sabar nak habis je padahal paper esok adalah paling susah. haha, adakah ini semangat yang mahu balik datang? habis semua benda jadi indah. apakah??
Persiapan balik
Sebenarnya banyak barang tak beli lagi. lepas exam pulak tiba tiba banyak program, tak tahu sempat ke tak nak beli lagi barang. Jangan lepas ni aku pergi ke shopping mall sudah la nak beli barang, exam oi esok! pasal hadiah contest hari tu, no2, no3 dan saguhati belom beli lagi. aiyok, kena cepat ni bertindak
30 KG barang
Sebab aku naik emirates, berat luggage adalah 30 kg. compare dengan air asia dulu 20 kg je. Barang pun tak banyak nak beli, mesti banyak kosong. Jadi, sesiapa yang nak tempah barang sini, bolehlah roger2 aku di email joegrimjow@gmail.com. jangan duk suruh angkat tefal dan barang2 mengarut dah la. stakat jersy bola, baju yang berjenama bolehla. Khas untuk loyal reader sahaja. kekeke.
Thank You Sabrina!
Siapa pula Si Sabrina ni?
UK - MALAYSIA (15 JUNE 2010)


MALAYSIA-UK 21 (SEPTEMBER 2010)


Serius sekarang feel nak balik takde. Tulis entry ni pun nak ingatkan diri yang tiket balik ke malaysia dah tak lama dah! Masa tengah menulis ni pun.... feel nak balik takde. adakah ini disebabkan mood exam? kekeke
Sabrina the agent girl
Masa nak beli tiket ni, ada masalah sikit terutama pasal pembayaran. Nasib baik dengan pertolongan travel agent si Sabrina, berjaya juga satel. Hari tu nak umum awal, tapi sebab 'masalah' dulu, tak jadi umum. Sekarang ni, masalah semua dah satel. Tunggu nak berlepas je. Thank u Sabrina ;-)
indahnya bila dah bertunang : perempuan
ini pun entry republish. sambungan dari entry sebelum ini (indahnya bila bertunang : lelaki). kali ini pasal perempuan pulak, yang lepas pasal lelaki ;-)
assalamualaikum semua.
wahh, seronok ya kamu baca kisah tunang saya sebelum ni. mengada betul yang komen kata tunang saya penulis blog ni. takdelah, tunang saya lagi HENSEM dari penulis blog ni mahupun HAMSTER tau.hehe. urmmm, sebelum terlupa, nama saya liya, tunang kepada zainal. nak jugak la cerita pengalaman saya kan, nanti tak adil pulak. asyik dengar dari pihak lelaki, saya perempuan pun nak jugak.
kat mana nak start ek
ok, saya start masa kecil la. saya memang dididik dengan nilai agama yang tinggi. mak saya ustazah, ayah saya penceramah agama yang terkenal, selaku anak bongsu, saya memang dididk dengan agama yang tinggi. sejak dari kecil lagi, saya DIPAKSA untuk mengaji dan pelajari ilmu agama. seingat saya lah kan, masa sekolah rendah lagi, ilmu agama saya memang kalah orang yang ambil spm. terima kasih kepada mak ayah yang MEMAKSA saya, alhamdulillah, ilmu tu jadi pelindung kepada saya sekarang
pertama kali
di tingkatan satu, saya mula belajar berkawan dengan kaum bukan sejentina dengan saya. pelik kaum lelaki ni, patut lah mak saya selalu berpesan, jangan cakap dengan lelaki kalau bukan benda penting, nanti timbul perkara tak elok. masa saya di tingkatan 1, ramai senior senior lelaki yang tertarik dengan saya. bukan nak bangga, tapi memang akan ada surat yang saya dapat, nak berkenalan la, nak tahu asal mana la. semua surat surat tu saya bagi kat mak saya, dan mak saya senyum je, dia cakap
'laki yang baik, untuk perempuan yang baik je liya'
ok mak, liya ingat ;)
ermm, waktu tu umur saya masih mentah, saya telan je apa yang mak saya cakap. tapi kata kata tu saya simpan dan sekarang saya yakin akan kebenarannya. errmm, saya rasalah kan, ada sorang kawan sekelas saya (lelaki) yang selalu jeling jeling kat saya, saya tengok balik, dia pandang bawah, tak berani kot. tapi entah nape, saya senang dengan dia, walaupun tak tahu siapa dia, cakap pun tak, entah, saya pun tak reti nak explain.
keputusan
result pmr dan spm saya baik. masa spm, saya dapat offer ke oversea, tapi takut dengan pengaruh budaya luar akan masuk, saya rela untuk belajar di likungan keluarga saya saja. lepas spm, saya masuk matrx. ingat lagi tak laki yang saya cite masa di tingkatan 1 tu? dia pun sematrx dengan saya. hebat tak hebat, dia masih seperti dulu, jeling saya, saya tengok balik, dia pandang bawah, haha, tak berubah berubah.
lepas mtrx saya ikut satu program. saya jadi faci. kebetulan dia pun ada. alamak, cite pasal dia lagi. ishh, lagho liya, tak baik. ok ok, saya jadi faci atas permintaan ketua faci kami, dia cakap saya memang layak untuk jadi faci, cuba kongsi dengan peserta peserta pengalaman saya, mana tahu bermanfaat untuk mereka. jadi, saya join je lah. lagipun lepas mtrx ni, bohsan pulak duk dirumah. mak dan ayah selalu sibuk dengan ceramah, tapi takpe, dieorang tahu anak dia liya dah boleh kawal suasana.
perkenalkan diri
macam biasa, semasa perkenalan diri, faci diminta untuk perkenalkan diri dulu. peserta peserta laki duk sibuk cakap ladies first ladies first, gatal betul dieorang ni kan? ishh. sampai giliran saya, saya perkenalkan lah apa yang patut. sebelum saya perkenalkan diri, semua peserta bising semacam je, macam nak tak nak layan je faci faci duk perkanal kan diri, so, masa giliran saya, tanpa bagi salam ke apa, saya terus cakap
'cuba teka cinta lahir melalui apa?' tetiba suasana sepi, ye lah, saya cakap macam tu tetibe kan, mana taknya senyap peserta peserta tu semua
'tekalah' saya menambah lagi, tapi suasana masih sunyi
'cinta lahir memalui sayang' saya lihat semua dah senyum kembali, tergamam kot tadi
'sayang lahir melalui apa kak?' ada seorang peserta yang memecah kuasa suara saya bersuara
'melalui hati' lembut saya membalas
'nak tahu hati budi, kenalah kenal dengan tuannya kan?' saya menambah lagi, semua angguk
'jadi, masa akak duk perkenalkan diri ni, ambillah perhatian, dah kenal akak, baru terbit rasa cinta pada akak nanti' saya mengenyit mata
selepas itu, semua peserta diam dan barulah saya start perkanalkan diri saya. cite serba sedikit. lepas saya pun, fasi perempuan lain pun dieorang diam, dengar dengan khusyuk. habis saja giliran perempuan, giliran laki pula dan hati saya tersentuh bila seorang faci lelaki nyanyi lagu 'senyum' wahh, lagi fevret saya tu, dah la suara dia merdu, kalah kumpulan nasyid ok suara dia. faci perempuan lain pun macam kagum. dah satel nyanyi, tiba tiba saya rasa dia jeling saya. errkkk, berani pulak, saya balas balik pandangan tu, saya nampak dia senyum, senyum dengan ikhlas. hati saya rasa kurang enak
habis program
satel saja program, saya dapati hati saya tak kena. entahlah, suara laki tadi terngiang ngiang kat telinga. angau ke saya ni? balik je saya terus cite kat mak saya, mak saya pesan, tu semua godaan syaitan, jangan terpengaruh, syaitan boleh datang pelbagai cara, kita sebagai manusia kena lawannya. kali ni kata mak saya tak boleh lawan kehendak 'rindu' hati saya untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan dia. saya teringat-ingat suara dia... senyuman dia... saya berdoa kepada Dia supaya diberikan kekuatan untuk melepaskan diri dari godaan ini, ternyata saya tewas dengan kemaruk rindu
terkejut
minggu selepas tu, saya terkejut yang mak saya cakap ada orang merisik saya. saya bab jodoh ni tak tahu apa apa, semua saya serah pada mak saya. mak saya tunjuk gambar... masyallah, gambar tu jelas menunjukkan mukanya, muka orang yang saya rindui sejak tamat program matrx tempoh hari. muka yang sejak dari tingkatan 1 saya pandang dia, dia pandang kebawah. apa lagi, saya terus sahaja setuju. mungkin ini kuasa jodoh ;)
baru sahaja saya lepas bertunang dengan dia. lepas bertunang baru saya sempat berutus surat. berbalas email, bermain kata di entry blog. dia sering tulis blog yang berunsur islamik, memang sesuai dengan jiwa saya. walaupun saya tak pernah komen, tapi saya tahu yang dia sedar saya membacanya. ermm, tak sabar rasanya nak kawin. haha. sabar liya sabar.
cuma nak pesan, kita perempuan ni, kalau ada masalah libatkan hati ni, jangan terlepas pun minta pandangan dari mak kita. mak kita merupakan orang paling baik dalam soal ni. mak kita pun perempuan jugak kan, apa la salahnya berkongsi. mak kita kan makan garam dulu dari kita. dan satu lagi, ingatlah, Dia sentiasa mendengar doa kita, doa je dengan Dia, nescaya dia akan bagi, tak hari ni, esok, tak esok, Dia akan bagi masa yang sesuai.
perasaan bertunang? ooh, indah sekali, penulis blog, kamu bila lagi? haha (gelak nakal)
nota kaki : pernah merindui orang yang tak merindui kita? pernah sayangi orang yang tak menyayangi kita? peritkan perasaan tu... aku pernah, tapi sekarang tidak lagi ;-)
hadiah diri sendiri yang terbaik


bercakap dengan diri sendiri
banyak? entah, aku rasakan ini adalah usia 1/3 rata rata-rata umur manusia sebelum mereka mati. lebih kurang. jadi, aku sudah mengabiskan 1/3 masa aku sekarang ni. wah, banyak jugak tu! apa yang aku dapat setakat ini, cuma diri sendiri saja yang tahu. puas? nyata aku belum puas. masih banyak nikmat dunia yang aku ingin terokai sebelum nafas ini terhenti. tak best la cakap pasal mati time2 happy ni.... takpe, kan orang paling bijak adalah orang yang mengingati mati ;)
cerita semalam
begitu banyak yang wish di facebook. tido semalam dan bukak desktop sekarang ni, penuh notification kat facebook. ada juga yang join contest dengan wish besday aku di blog masing masing. baru sempat terjah 3 entry dan ketiga tiga tu sudah buat aku tersenyum lebar. ye, cukup lebar, tak caye meh datang sini tengok
*senyum lagi*
oklah, sebab umur dah bertambah, segala benda dalam diri yang baik baik kena lah jugak bertambah. kalau sama je dari tahun ke tahun, rugi kan? kalau lebih kurang pulak, cukup cukup malang. aku tak mahu kategori malang dan rugi, tapi mahu kategori yang untung. tengok apa yang boleh aku lakukan untuk hari hari mendatang
pelajaran
sem ni mahu score class 1! senior yang hebat hebat pun akui yang sem ni cukup susah. third year adalah tahun yang membunuh. susah! susah susah pun kalau fikir susah memanjang tanpa usaha yang dibuat, tetap akan susah kan? jadi mahu cabar diri ini untuk dapatkan class 1. lagipun dan lama tak dapat class 1 ni. rindu pulak dengan title ni ;)
kepimpinan
dari tadi sampailah sekarang, gelaran ketua saja yang aku ambik. memang banyak ilmu yang telah ditimba tetapi setakat mana orang yang aku pimpin itu sudah dapat rasakan aura kepimpinan aku, benda itu yang perlu aku tahu sebenarnya! ada rakan mtrx yg tak tahupun aku ni ydp dieorang, tu maknanya aku ni takde lagi aura itu. benda ini akan diasah lagi. tahun ni sumbat banyak sikit ilmu kepimpinan dan mahu implementasikannya di dunia yang nyata.
hafalan alquran
dulu masa umur 20 tahun, aku mahu menjadi hafiz hafal 30 juzu sebelum 25 tahun. ada 3 tahun lagi sebelum misi itu tercapai. nak tak nak tahun ni kena hafal lagi 5 juzu tambahan extra untuk top up tahun depan. dah ada isteri nanti susah pulak nak menghafalnya. doa doalah supaya misi ini tercapai dengan jayanya.
berblog
sejak aku guna hosting sendiri, ranking blog ni jatuh sehingga 2 juta lebih. tapi selepas aku guna blogspot balik sejak 2 bulan yang lepas, ranking dah naik sehingga ke 500 ribu je. misi tahun ini, sebab dah lama berblog ni, mahu melepasi boundary 150 ribu. memang susah. tapi adalah taktik2 yang akan dibuat lepas ni. hehe. masa berblog juga aku akan kurangkan dengan menaip satu entry saja untuk setiap hari. blogwalking pun ku akan kurangkan. maklumlah, nak fokus study. tapi macam mana dengan kurangkan masa berblog ranking blog dapat naik? hehe, tunggu.... pendedahannya akan dibuat nanti!
kekayaan
tahun ini mahu BOMM kan usaha aku untuk mencari duit. perkembangan yang sihat herbalife disini cukup hebat. dah setahun aku buat herbalife disini, dah banyak income yang dah dapat. itu rezeki katakan. jadi lepas ini, nak lebarkan lagi sayap. dah nampak potential untuk membuka cawangan cawangan di universiti lain selain sheffield. anda lewat, aku kebas. hehe.
hubungan dengan Allah
dalam seminggu ni, aku selalu bertahajud. qiyam waktu malam. subuh pukul 4, jadi senang untuk bangun malam. entah nape ketenangan yang tidak dapat aku tulis dengan keyboard ini bila kita 'berkomunikasi' denganNya pada waktu ni. seolah aku mintak ini, DIA cakap ya, aku nak yang itu, DIA cakap ya. ya Allah, begitu banyak dosa aku kepada engkau, tidak putus putus ketenangan yang kau berikan kepada aku. syukur kepadaMU ya tuhan.... dah tiba masanya aku menjadi hambaMu yang soleh!
~~~~~
terima kasih kepada yang dibawah ini
akan ku update dari semasa ke semasa
1) http://mimpisiangmalam.blogspot.com/2010/04/berita-utama-tv-bloggers-selamat-hari.html
2)
http://cawanmerah.blogspot.com/2010/04/wish-joegrimjow-happy-birthday.html
3)
http://hizamirahim.blogspot.com/2010/04/happy-birthday-to-you-bro-joegrimjow.html
4)
http://ceritakosong.blogspot.com/2010/04/contest-malam-indah-bersama-joegrimjow.html
5)
http://akuismailnoh.blogspot.com/2010/04/selamat-hari-lahir-saudara-joegrimjow.html
6)
http://thenaeilah.blogspot.com/2010/04/contest-malam-indah-bersama-joegrimjow.html
7)
http://suzie284.blogspot.com/2010/04/entry-birthday-paling-special-untuk.html
8)
http://lahirbalik.blogspot.com/2010/04/happy-birthday-abg-joe.html
9)
http://humanitylife.blogspot.com/2010/04/happy-birthdays-to-joegrimjow.html
10)
http://innzninety.blogspot.com/2010/04/hadiah-hari-jadi-abg-joe.html
11)
http://sepisendirian.blogspot.com/2010/04/wish-joegrimjow-happy-birthday.html
12)
http://aduka5.blogspot.com/2010/04/contest-happy-birthday-joe.html
13)
http://farra8979.blogspot.com/2010/04/malam-indah-bersama-joegrimjow.html
14)
http://mizkadiahstory.blogspot.com/2010/04/joegrimjow-contest.html
15)
http://shafaza-zara.blogspot.com/2010/04/makan-malam-pertama-adakah-mampu.html
16)
http://akubudopklate.blogspot.com/2010/04/cinta-giler.html
17)
http://kamutaksalahtekan.blogspot.com/2010/04/entry-khas-tuk-joe-contest-birthday-joe.html
18)
http://shiya-akubudaksengal.blogspot.com/2010/04/contest-malam-indah-bersama-joegrimjow.html
19)
http://nurfarhanaabdullah.blogspot.com/2010/04/its-all-about-joegrimjow-and-number-22.html
20)
http://hazzysuperb.blogspot.com/2010/04/3-permintaan-khas-buat-birthday-boy-mr.html

















