Share

Not the primrose path - Finale Episode

Salam, dukacita sy maklumkan adinda sy Mas Afzal telah kembali ke rahmatullah, sama2lah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan para solihin... - Mas Affendi


Baru pagi tadi dapat forward msg mengenai berita terbaru keadaan senior aku yang menghidap kancer, Mas Afzal yang dia sudah tiada. Sedih memang sedih tapi itulah perjalanan hidup bagi seorang manusia, ajal itu pasti. Cuma bagaimana dan bila sahaja tidak diketahui sesiapa

‘joe tau tak yang doktor sini cakap Mas dah takde peluang nak sembuh?’

Dulu memang aku sibuk dengan pelbagai urusan di Uni. Mas nak balik ke Malaysia pun aku antara orang terakhir yang tahu. Sebab itu apabila tahu yang dia pulang ke Malaysia sebab doktor sini (UK) dah takde cara rawatan yang boleh dibuat, terus aku jadi tak betul. Msg tu aku dapat ketika aku naik bas stage coach pulang dari darnall dan sebab dapat msg macam tu, terus terlajak sehingga ke endclife sebab tak dapat fokus! air mata masa tu tak payah nak cakap turun dengan laju. ada mak cik mat saleh yang caring siap tegur, ‘u alright love?’

Tahu bila ajal - positive

Bagi penghidap cancer yang tahu ajal mereka tidak lama, aku syorkan baca blog dia. Walaupun tuannya dah takde untuk mengarang lagi, hasil tulisan dia mampu memberi semangat kepada sesiapa saja yang baca. Yang aku respek, dia sentiasa positive. Kali terakhir aku jumpa dia pun, masih bersemangat nak cerita itu ini sampaikan pak sdare dia suruh dia rehat jangan cakap terlalu banyak.

Sepanjang dia berada di Malaysia, ada beberapa program yang dia sendiri menjadi speaker. Tak pernah berhenti mengalah mahu motivasikan orang lain. Penat dan tertekan dengan penyakit tu seolah tiada dalam diri dia. Kalau boleh, dia mahu jadi orang kuat yang mahu orang yang dia kenali menjadi lebih kuat darinya walaupun hakikat badan dia tersangat lemah!

2008

2009

2010



Last word

Sama-samlah doakan agar dia ditempatkan di kalangan para solihin. Sedekahkan al-fatihah kepada arwah agar rohnya dicucuri rahmat. Dia begitu banyak menolong orang, kalau aku sendiri pun tak terkira jasa yang dia berikan ketika aku berada di sana, orang lain aku pasti yang mengenalinya dengan lebih lama akan merasai perginya pejuang tentera Allah ini!


Video dedikasi khas untuk Mas dari warga Sheffield




Last Speech by Mas




Video dia buat untuk kita...





Not the primrose path 1
Not the primrose path 2
Not the primrose path 3

His blog

pss : lepas zohor ni akan dikebumikan di bentong. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

33 comments:

Mar said...

alfatihah~~moga ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh,...amin

FarhanaDr said...

Turut rasa sedih.. Ikut kisah dia dari dulu..

Abang mas afzal.. Moga tenang dan bahagia di sana.. Al fatihah buat kamu..

:(

faiz said...

alfatihah..

neyra shazeyra said...

ada baca kat wall fb org lain td. al-fatihah

Azrul Hisham said...

takziah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman...




Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

Azrul Hisham said...
This comment has been removed by the author.
NuSaNa NoSa 91 said...

innalillah.. semoga dia bahagia di sana.. T__T

mashimaro said...

semoga roh arwah dicucuri rahmat:)

aRoL said...

Al-Fatihah...semoga rohnya aman disana..

Nama Saya Syafiqah said...

alfatihah buat dr mas afzal..
saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau dan pembaca tetap blog beliau..
sungguh sedih rasanya..:(

suffer8zine said...

Al-Fatihah!

Terkini : 10 Kereta Termurah Di Dunia

Izzat Aziz said...

Walaupun aku tak kenal dia, tapi rasa sedih di hati tu ada.. Al Fatihah.. sama-sama kita doa semgoa roh beliau dikalangan orang yang beriman.

Amin.

ashrafi said...

Salam.

Innalillahi wa inna ilayhirraji'uun.

Saya tahu tentang saudara kita ini dan beritanya di wall Facebook Ustaz Hasrizal.

luvly mya said...

al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat :'(

MuNsYi SaMa said...

Innalillahi wainna ilayhirrajiuun. Semoga ahli keluarga dan shbt2nya tabah. takziah joe.

MuNsYi SaMa said...

baru abes bace sume entri psl die n blog die. Thanks joe ingatkn aku yg slalu lupa nikmat Allah bg ni. :(

Azreena said...

walaupun tak sempat kenal,dengar namanya disebut-sebut sepanjang knina kat Sheffield,dapat knina bayangkan..dia bukan sebarangan pemimpin & motivator.banyak hati yang telah disentuhnya,termasuk yang tak pernah mengenalinya.

Al Fatihah.Semoga ALLAH mengganjari semua kebaikannya & mengampunkan dosanya andai ada.ameen..ameen..

zarifahmr said...

innalillah..setiap yang hidup pasti akan mati..hmm :')

Mat Gebu said...

Al-fatihah utk arwah...dulu saya baca kesah sedih ini dan tak semena2 sebak, tak lama kemudian abg kandung saya menyahut panggilan ilahi, hmm masa tu allah saja yang tahu kesedihannya...apa2 pun salam takzih utk ahli keluarga arwah dan utk joe juga....

kembatolo™ said...

Allah lebih sayangkan dye..

Nurul Hani said...

joe, ajal maut ditangan Allah..
kita sebagai manusia hanya mampu tabah dengan dugaanNya.

be strong Joe !! :)

nono2612 said...

ALFATIHAH..
abg joe,apa blog arwah?

Asyraf Hamasaki said...

Al fatihah semoga
Allah menempatkan Arwah di kalangan para solehin itulah perjuangan jihad yg dilakukan oleh arwah ketika hidupnya sesungguhnya di akhir Zaman ini para ulama orang2 soleh dan merekA yg baik2 itu nyawanya pendek dan ajalmya dekat itulah ketentuan allah alfatihah


Via I Phone

Affan Ruslan said...

Salam.
Alfatihah untuk arwah.

*Patutlah Ustaz Nasruddin Hassan dan senior aku, Mohd Farhan (Paan) ada tulis kat status diorg pasal ni. Rasanya Paan tu sama Uni dgn ko kot, die senior aku kat MRSM KKB. Bijok nate tu. hehe

CIK FAFAZ said...

al-fatihah.

sfatimahzj said...

salam takziah..
turt rasa sedih sebab ikut jugak cerita dia melalui blog joe ni...

~ mima ~ said...

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Takziah buat ahli keluarga, walau cuma mengenali arwah melaui tulisannya, hati rasa terkesan dgn perjuangan hidupnya...semoga Allah SWT mengurniakan syurga atas ketabahan arwah melalui segala kesakitan...contoh utk anak muda, biarlah hidup kita yg singkat ini diingati manusia kerana amalan baik kita....bkn harta semata2....Al Fatihah

adrinaqamarina said...

kagum dengan semangat yang dye ada. moga yang terbaik buat dye.

atok said...

alfatihah ~ Allah lebih menyanyanginya

atok said...

Allahyarham nampak seperti seorang yang sangat hebat..

Syue Mustafa said...

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Peri PiA said...

Al-Fatihah

terus saya mushy lps bace ni :'(

lilacfla said...

Thanks joe for informing. Alfatihah..

sebak sangat walau tak kenal mas ni. baca blog dia, subhanallah, kuatnya dia. moga Allah kurniakan dia syurgaNya..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW