Share

Pengalaman menghadapi kemalangan maut

Pagi tadi jam 6.30 pagi, aku dan isteri ke Sungai Petani untuk beraya di sana. Memang nak sangat beraya kat Kelantan, tapi memikirkan ayah dia takde kat Malaysia sekarang, keluarga dia pulak tak ramai, maka rasa tanggungjawab, berayalah kat sana tahun ni. Plan bertolak awal subuh untuk elak jam dan Alhamdulillah memang tak jam sangat tadi


Memang aku biasa kalau nak balik ke SP dari KB, nak masuk ke jalan Gerik je - kawasan yang berbukit bukau lebih kurang jauhnya 100km aku bawak perlahan, sebab dah ada pengalaman aku bawa myvi dulu terbabas sikit tapi nasib baik semua ok sempat kawal kereta balik. Jadi agak ngeri sikit lalu kat kawasan tu n memang bawak kereta tak laju - dalam 80-90kmh je

Kejadian tidak disangkakan

Lebih kurang 20km dari bandar Gerik, km 17, masa lalu di kawasan yang agak berselekoh, aku terdengar bunyi yang memang kuat seolah kereta tengah buat drift. Tak lama kemudian, datang sebuah kereta Kelisa dari jalan bertentangan - yang mana bunyi tu dari kereta dia - dalam keadaan melintang datang dengan kelajuan yang agak laju masuk ke lane aku pandu. Memang peristiwa tu macam sekelip mata, aku terkaku tak sempat nak buat apa-apa terus langgar kereta kelisa tu

Kuat? Memang kuat! 

Apabila langgar je, air bag semua keluar dan aku macam pening2 lalat sekejap

Apabila aku sedar boleh fikir, memang aku tengok isteri aku dulu

Dia masa kemalangan tu, tengah tidur, memang tak pakai seat belt. Aku tengok badan dia dah berada kat bahagian bawah.... dengan tengkuk dia seolah patah mendongak keatas

Cuak? Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu!

Aku kejut dia - sayang, bangun sayang. tiada respon

Kejut lagi - sayang, sayang, sayang, bangun sayang. tiada respon

Aku pegang kepala dia cuba tengok dan air mata dah mengalir dengan laju. Masa tu memang aku dah hilang kawalan memang meraung dalam kereta. Takut isteri aku dah tiada.....

Tak lama kemudian, ada 2 orang datang buka pintu sebelah isteri aku. Aku bagitau selamatkan isteri aku. Masa dieorang tengah cuba nak angkat isteri aku tu, tangan isteri aku mula bergerak dan dia pun ada bunyi sedikit suara

Ya Allah, perasaan lega masa tu hanya Allah yang tahu. Dalam hati, aku dah ucap syukur sangat

"bang, kena keluar kereta cepat2 bang, kereta depan ni ada minyak keluar, takut terbakar"

Cuak lain pulak yang datang. Masa tu memang pintu sebelah aku tak boleh nak buka dan aku pun tersekat dalam kereta sebab seat belt tersepit. Aku mintak gunting untuk potong seat belt tu dan nasib baik org awam kat situ cepat bertindak bagi pisau. Dah potong semua,  aku pun keluar dari kereta

Cermin mata aku memang hancur terus terkena hentakan air bag tu, jadi penglihatan memang terbatas. Aku tengok ada seorang perempuan yg tengah menenangkan isteri aku, tengok keadaan kereta, ya Allah memang teruk dan tengok kereta kelisa tu, lagi teruk

Aku ada tengok satu jasad kat bahagian pemandu, blur blur tapi tahu dia bertudung. Tanya kat orang awam yang berhenti disitu, sama ada dia selamat ke tak, dieorang tak tahu. Aku pulak yang suruh check nadi, dieorang tak reti. Aku suruh panggil dia untuk tahu dia sedar atau tak. Setelah dipanggil dua tiga kali - tak menyahut dengan leher nampak macam terkehel sikit, dieorang syak dah takde kat situ

Tadi nak marah2 tiba2 hati jadi sayu pulak. Lagi sayu apabila orang kat situ kata - ada dua orang! Yang sorang lagi memang aku tak nampak tersepit kat bahagian kena langgar. 

Tunggu lebih kurang 15 minit, pihak Rela dengan bomba datang. Rela tu bawak aku dengan isteri ke Hospital Grik, bomba pulak cuba untuk keluarkan mangsa. Sampai di hospital, terus buat check up, masuk xray semua Alhamdulillah selamat dan doktor terus discharge. 

Aku ok, cuma isteri masih blur blur.....

Ni ada gambar sikit. 

kereta prius yang remuk teruk





ni pulak keadaan kereta kelisa tu. Lagi teruk!




Pengajaran kepada aku

Aku masa berlanggar tadi, macam mati hidup semula. Allah masih panjangkan nyawa aku. Paling penting, dua dua selamat. Aku tak dapat nak bayangkan kalau akulah yang menjadi punca kemalangan ni, ya lah aku pun ada jugak kadang2 memotong dalam keadaan berbahaya dan menjadi sebab kemalangan ni dan kemalangan tu akibatkan nyawa orang - tak tahulah macam mana aku nak hadapi hidup. 

Kata polis, kereta kelisa tu dalam keadaan agak laju, turun bukit, hilang kawalan dan masuk ke lane bertentangan dan kebetulannya kereta aku yang ada disitu - berlakulah pelanggaran

Sempat berbual dengan ayah si mangsa, katanya ibu kedua-dua mangsa rebah jugak bila melihat dua jasad anak kat depan. Sorang kerja di Kulim, dia pun buat Herbalife jugak dan sorang lagi baru praktikal kat USM. Kakak yang memandu ambil adik kat penang dari kulim, bertolak balik ke kelantan. Tinggal di Lati, Pasir Mas. Ayahnya mintak maaf kat aku. Memang tabah ayahnya tu. 

Aku doa, dan mintak kawan2 yg baca entry ni kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada kedua-dua mangsa supaya berada di tempat orang2 beriman

Kepada kawan2 yang lain bertanya khabar, terima kasih banyak2. Aku kat sungai petani sekarang, fikirkan isteri aku je lah sebab dia akan lebih kuat bila ada bersama family dia. Beraya di sini dan tak tahulah bila nak balik ke Kelantan. Ada seorang kenalan kepada kenalan yang banyak membantu aku tadi, daripada di hospital, bawak aku buat report polis hinggalah punggah barang yang ada dalam kereta, dia banyak membantu. Terima kasih banyak2. 

Doalah supaya ada sehari lagi Ramadhan ni, tiada kemalangan jiwa yang melibatkan kenalan yang kita kenal. Berhati2lah di jalan raya, semoga semua selamat sampai.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

27 comments:

kakinakl.com said...

salam ramadan dan selamat hari raya joe
syukur alhamdulliah..nak buat camner kan..sabar ajerlah

-antu raya- said...

lepas ni kna suh isteri pkai seat belt slalu bro... jdkn sbgai habit naek keta jek pkai seat belt.... dont take for granted...

Shahada Fauzi said...

innalillah..dua-dua yang dalam kereta kelisa tu tak selamat ke? Allah..semoga mereka ditempatkan bersama orang2 beriman dan dikasihi Allah..

syukur joe dan isteri masih selamat..alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur..semoga tabah dan cepat sembuh dari 'kejutan'..

Fazlinil Irma said...

Al-fatihah.. moga arwah diampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan bersama orang beriman..

utk joe dan isteri.. moga tabah dan kuat menghadapi ujian di bulan Ramadan..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

dugaan... syukur joe n isteri tak apa2....

al-fatihah untuk mangsa kemalangan tu

Faizal Kamarulzaman said...

syukur Alhamdulillah bro n isteri selamat... tragis baca entry nih... Al Fatihan buant kedua-dua mngsa...

Izzat Aziz said...

Alhamdulillah tiada yang teruk berlaku kepada keluarga. Al Fatihah untuk mangsa.

Moga tabah dari segi fizikal dan mental.

Shafina Othman said...

Alfatihah buat kedua - dua mangsa dan takziah buat keluarga mereka. Syukur alhamdulillah Joe dengan isteri selamat. Sekarang ni, kita habis hati - hati tak langgar orang, orang pula langgar kita.
Mintak la dijauhkan. Ya Allah.. Moga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ni.

Shafina Othman said...

Alfatihah buat kedua - dua mangsa dan takziah buat keluarga mereka. Syukur alhamdulillah Joe dengan isteri selamat. Sekarang ni, kita habis hati - hati tak langgar orang, orang pula langgar kita.
Mintak la dijauhkan. Ya Allah.. Moga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ni.

Ze_Mhis said...

Yang meninggal dunia dalam kelisa tu kawan sekolah saya, Maala Muniira. Syukur awak dan isteri selamat. Kalau boleh, pergi la buat check up susulan utk awak dan isteri. Just to reconfirm takde apa apa masalah.

zuhayr zainuddin said...

Kedua2 jenazah di dlm kereta kelisa itu adalah adik-beradik iaitu Maala Muniira(bakal tunang adik saya) yg bekerja di kulim dan sorang lagi adalah adiknya yg membuat praktikal di USM. Kedua2 jenazah ini selamat dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan pd pukul 11.00mlm. Al-fatihah Semoga tuhan mencucuri rahmat kedua2 insan ini dan ampunilah segala kesilapan yg pernah dilakukannya. Arwah ini telah banyak meninggalkan kenangan kpd kami sekelurga dan juga saudara2 kami..amin....

Cik Sarah said...

Alfatihah. Mangsa yang meninggal adalah sahabat sekolah saya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Maya Dhira said...

Sayu & seriau je bila baca pengalaman ni...huhu Al-Fatihah pd arwah berdua..

pernah berlaku kemalangan dpn mata masa nk blk kelantan...yg tu pun ngilu...kereta tu masuk terus bwh lori...huhu

Dayah said...

Salam Takziah atas kejadian yang terduga.

Al-Fatihah buat kedua-dua arwah.

Saya pun doakan yang sama, moga tak ada lagi kemalangan jiwa yang melibatkan keluarga mahupun kenalan.

Nurizyan A. Norman Effendy said...

ya Allah..Maala Munira dulu sekelas dgn saya masa form 4 & form 5..innalillah..

.::WaNiE::. said...

ya allah meremang bulu roma baca entry ni

alhamdulillah joe n isteri selamat.

takziah kepada keluarga arwah tersebut.

joe, biasakan remind wife tu pakai seat belt, wani pun xsuke pakai seat belt tp kalau nak jalan jauh2 n nak tido, mesti nak pakai seat belt sbb takut anything happen kite tengah tido.

ayu zahari said...

salam takziah.. maala adalah slh seor shbt baik saya d dato' ismail. sgt terkejut mendengar berita ni, tp xsempat dgn jenazah waktu pg melawat umahnya semalam. status terakhir d fb beliau ada menyebut "kali ni kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh~~ ". mukin ini petandanya..

apapun, syukur alhamdulillah saudara n wife selamat dlm kejadian. buat follow up check up wife tkut2 ada hentakan ya.

kpd shbt2 yg dpt berita ni, sedekahkan alfatihah kpd rohnya. semoga beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman..

kpd keluarga maala, tabahlah dan redhalah dgn pemergian ini..takziah dan alfatihah

Muzafar Shah Haji Zainal said...

Alhamdulillah Joe selamat... Sedih mendengar berita ni semalam... Al-Fatihah buat kedua2 arwah yang terlibat... Satu pengajaran sebenarnye buat saya... :(

dak eina said...

Ya Allah.. pemilik kelisa tu kakak n adik kwn eina... Al-Fatihah buat mereka.. Allah lebih sygkan mereka...

Alhamdulillah Joe n isteri takde pape kn..

aslina majid said...

Huish takutnya... Alhamdulillah joe dgn wife takde apape. Apepun lepas ni, suruh wife biasakan pakai seatbelt... Saya kalo naik keta mmg biasa pakai seatbelt, even sy duduk kat blakang... Kalo sy drive, org sebelah tak pakai seatbelt, confirm kene jeling dah. Tak paham jugak, sy cakap, kalo kene saman, bayar double okeh... Hihihi...

Alfatihah utk mangsa. Kesian :'(

Kak Zie said...

as salam syukur joe n isteri selamat.

Erin Lutfi said...

Ya Allah, teruknya kelisa tu T_T...masih tak percaya kau dah pergi kawan...hmm...al-fatihah

http://spotelblog.blogspot.com/2013/08/moga-engkau-tenang.html

Mama Zharfan said...

insaf bila baca entry ni..syukur joe dan wife selamat..

tony hawk said...

takwa munirah? kwn ak mse form 4 n 5 skolah teknik wakaf tembusu.. semoga roh mu dicucuri rahmat :(

Nina Najib said...

Innalillah..terkejut baca. Alhamdulillah Joe & wife selamat.

Akak baru pengalaman almost accident raya 2 tahun lepas pun dah cuak. Kereta depan brek tiba2 masa tgh turun jalan berliku kat Ipoh arah utara (tempat selalu accident)dkt dgn terowong menora. Masa tu akak pegang lengan suami kuat2,pejam mata & redha je kalau berlanggar. Alhamdulillah suami ada skill main brake& Allah selamatkan kami.

Pojan Seiki said...

Assalamualaikum..saya dari keluarga arwah yg bawak kereta kelisa tu..saya memohon jasa baik pihak saudara untk remove blog mengenai kisah ni..saya harap saudara faham keadaan keluarga kami dan sebagai penghormatan kepada arwah..terima kasih atas jasa baik saudara

kamalfadhly said...

salam...

Al Fatihah utk mereka ..

sy lihat kereta tuan, masih ada lagi di hadapan balai polis gerik, bila lalu depan balai, nampak kereta saudara, teringat kisah eksiden ni dan nukilan saudara di blog ini ... sy di sini hampir 11 tahun, dan sering mendengar siren ambulans ke hospital gerik (rumah dekat aja dengan hospital) ...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW