Share

Dimana mahu jumpa lelaki baik - the one and the only

Korang perempuan?

Korang berharta?

Korang dah ready untuk kahwin?

TETAPI!!!!

DIMANAKAN LELAKI BAIK UNTUK DIKAHWINI???

wah wah, dah macam trailer dah. Ni kesan tengok pirates of caribean la ni, sape suruh duyong tu comel sangat? Ok, lari tajuk. Mintak maaf kepada lelaki, memang pembaca kat blog ni lebih ramai perempuan dari lelaki, jadi kena tulis entry menjurus kepada keperempuanan lagi. Barulah lebih ramai pembaca akan baca gitu. heh!!

Ok, macam kisah kat atas, bergaul dengan perempuan matured ni membuat aku pun turut matured. Eh eh, bukan bergaul apa, cuma hari tu ada cetusan hati yang aku rasa memang ikhlas dari kawan perempuan aku mengenai 'lelaki baik yang hilang' dan 'kemana lelaki baik menyorok' Mesti pengaruh dengan cerita mat saleh, memang perempuan yang bekerjaya cenderung untuk lebih 'memilih' lelaki yang 'baik'

Ada 'sesungut' tu korang paham lah kan maksudnya?

The one and the only



Memang aku tak halang dan siap suggest lagi untuk korang perempuan cari lelaki yang sesuai untuk dibuat suami. Apabila dah ready untuk kahwin, seperti perempuan tu dah bekerjaya, gaji sedap 4-5 ribu sebulan, dah pakai kereta, rumah dah ada (walaupun hutang bank) tetapi bila nak kahwin - calonnya takde!!! lelaki baik pupus!

Sebenarnya macam ni

Bukan lelaki baik tu pupus, tapi si perempuan tu yang tak cari. Cuba korang bayangkan engineer petronas yang bekerja 5 hari (kadang2 6 dan jarang2 7) kali seminggu, kemana masa mereka dihabiskan? ya, di tempat kerja. Asyik-asyik duk jumpa pekerja pelantar minyak dan mat despatch, macam mana nak dapat the one and the only. Ok, giliran cikgu pulak. Cikgu perempuan yang nak cari the one and the only, tapi hujung minggu pun duk masuk sekolah sibuk tolong anak murid cantikkan kelas, apa ingat nak kawin dengan anak murid ke? 

Nampak point aku?

Benda ni memang terjadi pun, kebiasaan kepada perempuan yang bekerjaya bagitau susah nak dapat lelaki baik, katanya lelaki baik sudah pupus adalah tidak benar. Salah mereka yang tidak mencari. HAAAAA, sangat tepat korang baca entry ni, sebabnya aku akan senaraikan tempat-tempat yang korang boleh cari lelaki the one and the only - lelaki idaman korang!


1) Tempat-tempat beribadah


Heh, bunyi macam psyko je kan? Yaa, tempat beribadah (bagi kita masjidlah) adalah tempat terbaik untuk korang cari lelaki idaman korang. Kalau ada ceramah-ceramah tu, rajin-rajinlah pergi. Kot-kot kereta korang parking tu kena block dek lelaki the one and the only tadi, maka berputiklah cinta di situ. Haha, tapi janganlah pergi masjid sebab nak cari jodoh pulak, sampai hilang niat asal untuk beribadah =)



2) Program motivasi


Sekarang ni banyakkan talk-talk diadakan untuk memotivasikan diri yang dijalankan tak kira melalui badan kerajaan ataupun syarikat2 swasta. Alah, yang berbayar pun banyak je kan? Aku suggest korang pergi ke tempat-tempat macam ni, manalah tahu tempat duduk korang tu berada di tepi lelaki the one and the only. boleh bertukar no phone dan cinta pun berputik disitu. oohh, sangat tidak romantik! Tak romantik pun, lelaki yang mencari motivasi ni, memang berkualiti, so, give a try okeh



3) University


Yeaahh, university adalah tempat yang paling elok untuk mencari jodoh. heh, aku rasa setiap U kena tubuhkan badan pencari jodoh la, baru lebih ramai orang bertemu jodoh ketika di U. hehe. Tapi, saranan aku, walaupun di U, cari yang suka bergiat aktif dalam persatuan. Nak cari yang bergiat aktif dalam persatuan, korang kenalah bergiat aktif jugak.

Eh kejap, kalau perempuan bekerjaya, takkan masuk U? Alaa, lecturer kan ada. hehe


Okeh, itu antara tempat-tempat yang korang boleh pertimbangkan untuk mengusha lelaki-lelaki baik. Aku ada beberapa kawan yang baik, nak? haha, bagi email. ceh, dah jadi macam agen pencari jodoh dah =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 ulasan:

Dyna Yvonne berkata...

haha.kewl lah~



^^

joegrimjow berkata...

@Dyna Yvonne

time kasih =)

aNdi.Hanin::حنين berkata...

budak-budak usrah kan ramai, tanya kat naqibah lagi senang. hakhak :P

joegrimjow berkata...

@aNdi.Hanin::حنين نظوره

=)

Halusinasi berkata...

waaa...tahu2 je tgh mencari jodoh...

-belum smpai seru nak kawen-

Iman berkata...

kat uni ada speed dating.

perempuan baik utk lelaki yg baik

Nur berkata...

Uni asyik jumpa muka same je. Tak syok la. hahaha

joegrimjow berkata...

@Halusinasi

cari jangan xcari

joegrimjow berkata...

@Iman

hehe

joegrimjow berkata...

@Nur

buat la aktiviti ngn uni lain
hehe

deijah berkata...

k.entry yg mnrik,hope sy jumpe lah mr right yg the 1 & the only hehhe=))))

Syahida _Masri berkata...

coooliioo post ni. mau cari di U kot . hee.

Rawkzell berkata...

hahah. kat U pun tak leh caye gak la .

Mag berkata...

good suggestion la bro... mantap.. TQ.. anyway.. Suka baca entry anda.. nice dan menarik..

ini entry terbaru saya.
Statistik menunjukkan gengblogger sunyi pada jumaat malam
Gadis gila akan sebatang pisang
Laki aku suka yang berbulu

restu resort berkata...

setiap insan dijadikan berpasangan..

Ecah Shafiee berkata...

haha..apakah.?jom carik jodoh jom..

slay berkata...

bro, apa kata next entri tulis pasal 'dimana mahu jumpa perempuan baik - the one and the only' pulak. tak sabar nak baca nih. hehe. =)

Fira hilwa berkata...

pnh je cri kt sume tmpt 2 tp sumenya xbkenan dihati. cmne tu? huhu

Sesopie berkata...

Hehhee.. nak cari Presiden kolej laaa

no name berkata...

setiap manusia dilahirkan berpasangan....prempuan yg baik utk lelaki yg baik...so b a good girl :p

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW