Share

fakta blog : cabaran 3 bulan terawal

kedudukan internet yang kian mendapat sambutan di kalangan umat manusia di dunia kini membuat industri blog kian pesat membangun. keadaan positif ini mendorong banyak blog blog baru yang wujud, bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan



apakah???



hehe, bunyi skima semacam je. ok ok, sebenarnya ni entry yang berkait rapat dengan buku hari tu yang dibeli. ni ha, kat entry ni. jadi, serba sedikit kita akan kongsikan. tapi kali ini mahu kongsi hasil dari pembacaan satu ebook percuma mengenai dunia blog. banyak dan tebal, sini aku ringkaskan



cabaran 3 bulan awal



banyak sebab kenapa mula menulis blog, ada sebab kawan aku ada, aku pon nak ada, ada juga sebab nak ngorat awek tu la, kena tulis ni, tak lupe juga mahu buat pendapatan sampingan. semuanya macam macam. tapi kalau melihat trend berblog, zaman berzaman, dari tahun ke tahun, tidak berubah! setelah 3 bulan berblog, blog kembali sunyi sepi. tengok graf di bawah



graf blog aktif dan tak aktif



walaupun ini statistik tahunn 2006, tapi masih boleh dipakai sekarang. jadi kali ini aku nak kongsikan serba sedikit agar yang baru baru menjinakkan dalam dunia blog ini tidak menjejak langkah seperti yang tewas setelah 3 bulan berblog. ade nasihat yang berguna tentang ebook yang aku baca tu kongsi



1) berblog secara konsisten tidak mudah


nampak mudahkan. update sehari sekali. takde la susah sangat. tapi percayalah, susah! benda ni rasanya semua orang sedar, hari ni rajin update, esok update lagi, dah seminggu dua, dah kurang 'perasaan' nak update sebab........ macam macam. memang tidak dinafikan untuk jadi macam aku ni tak mudah. kat mana mana pun, mesti nak post entry. tiap tiap hari WAJIB kena post entry walaupun kemudahan internet takde. jadi, nasihat kepada blogger baru, kalau dah 3 hari tak berupdate, update update kan lah. kalau dah seminggu tak berupdate, minggu seterusnya tiba tiba bersemangat, percayalah minggu berikutnya dah akan hilang kemanisan berblog




2) bersabar dengan traffic


ingat lagi hari keberapa traffic anda cecah lebih dari 100 orang view sehari? kalau ingat, bestkan? kalau pengalaman sendiri, traffic yang lebih 100 orang view sehari ni rasanya bulan ke2 baru blog ini cecah. memang lama! sebab itu kesabaran itu penting. ramai yang berhenti berblog sebab susah nak maintain traffic, kadang kadang naik, kadang kadang turun. hari ini 500 orang view, esok ade la beberapa ciput yang datang menjenguk. sebab itu membuat mereka gugur awal. tak mampu bertahan lama. nasihat? bersabarlah, jangan kejar sangat traffic, kejar benda lain contohnya blogger2 cun ke. kot kot boleh jadi bini nanti. hehe




3) gagal mencari 'kepuasan' dalam berblog


sebenarnya ini main reason kenapa banyak blog tidak aktif setelah 3 bulan. gagal mengenal pasti kenapa berblog. kepuasan berblog sudah kurang. kalau perasan blog fynn, walaupun teori satu blog dia tak boleh nak pakai (dia jarang update), tapi kenapa dia masih terus berblog dan followernya tak kurang kurang, sebab kepuasan inilah yang dia rasa. kepuasan untuk berkongsi. dia tidak kisah ada orang baca ke tak, yang penting apa terbuku, dia tulis. sebab tu blog dia ni walau jarang berupdate, tetap masih banyak loyal reader. nak jadi macam fynn ni susah, sebab dia manusia pelik. hehehe. satu lagi blogger yang mencapai kepuasan yang 'pelik' sikit si luffy, maintain je entry dia berbaur 'pelik' ni. haha. respek respek




4) peruntukkan masa untuk berblog - time management


banyak yang hanya bina blog sebab nak isi masa lapang. dah masa sudah tidak ada lapang, blog pun terabai. bukannya salah untuk jadikan blog sebagai hobi, cuma ini adalah pendorong untuk ramai yang tidak aktif lagi dalam berblog. bagi yang mahu terus bertahan dalam industri blog, peruntukkan masa untuk berblog! bunyi macam paksaan kan? tapi percayalah, kalau peruntukan masa untuk berblog tidak ada walaupun 10 minit sehari, 3 bulan kemudian, pasti blog anda akan terkubur. mati. sepi. atau anda sudah delete blog itu. hohoho




blog blog aku yang terkandas awal


1) http://copypastefromemail.blogspot.com/

blog ini sempat beberapa bulan je bertahan. dulu buat blog ni sebab banyak sangat email2 yang menarik. kebiasaannya aku akan menukar email yang menarik ini jadi cerita syok sendiri. sebab banyak sangat, copy paste je. tapi lama kelamaan, rupa rupanya email yang aku dapat ni pun ada yang copy dari website. untuk mengelak plagiarism, delete je la blog ni



2) http://www.blog.joegrimjow.com

ini blog pertama aku post guna hosting sendiri. sebab terlalu bermasalah dengan hosting, aku bertukar balik kepada blogspot. ooh, ini juga merupakan blog pertama aku gunakan WP sebagai platform. blog ini masih tidak ku delete, cuma tak update je. masalah hosting, membuat ku terpaksa melupakannya


3) http://www.live.joegrimjow.com

blog ini merupakan blog live yang aku selalu type di iphone. apa apa perkongsiam aku akan menaip di blog ini dengan gunakan bahasa english sebagai bahasa perantaraan. sama juga dengan yang diatas, sebab masalah hosting, terpaksa melupakannya


4) http://joegrimjoe.blogspot.com

baru je delete blog ni. hehe. ni blog english yang kedua aku tulis. dulu beriya nak tulis dalam bahasa english, tapi lama kelamaan, macam tak kena dengan jiwa je. haha. alasan. takpe, blog ni ku akan aktif kembali buat beberapa ketika nanti. setelah keadaan dah kembali ok. setelah semangat nak menulis kembali ada




blog ini akan ku delete?

tidak sama sekali!
blog ini cinta pertama aku. sangat sayang akan blog ini dengan perasaan yang mendalam.
tapi....
sebab sekarang ni cinta aku hanya untuk dia, terpaksa slow slow mencintai dia lebih dari blog ni

sweet tak i?
;-)



layan video ni, merdu gile kot suara budak ni!. credit to hilman


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

rumah berharga 400 000 POUND!




sekarang aku dah jadi gile twitter. dulu twitter ni hanya aku update sebelum tidur. tapi sebab sekarang ni semakin ramai kenalan yang dah ada twitter, jadi best pulak sembang2 kat sana. antara blogger yang ada twitter adalah hami, luffy, zara, ariff, zackzuhairi, denaihati dan beberapa kenalan blog lain.


best ke?


ye, sekarang lagi best! bayangkan ada seorang awek kat sini ajak tengok wayang dengan twitter? haha. perkara ni terjadi bila aku guna platform 'twitteriffic' kat iphone dan pilih search nearby. maknanya semua lingkungan area aku bertwitter ni akan muncul di laman twitter aku. jadi ada seorang ni (mat salleh) twit pasal takde orang nak tengok wayang dengan dia. aku jawab boleh je nak teman, haaa, cube teka macam mana kesudahan dia? hehe. sebab rasa takde pengalaman keluar dengan awek mat salleh kat sini, aku buat 'dunno' lepas tu walaupun dia bagi private message. bahaya bahaya


melepas?? haha, jom add twitter aku di sini @joegrimjow




~~~~~



'joe, free dop pete ni?'

'pukul brapo?'



'pukul 6, nok suruh pegi tolong kemas rumah ni, abg follow sekali'

'ok je kot. beyehhh'



perbualan ym aku dengan abang safuan. abg safuan ni merupakan postgrad kat sini. mungkin sifat dia yang suka tolong orang buat ramai undergrad kat sini yang senang dengan dia. macam kes diatas, entah sape sape yang dia nak tolong ni pun aku tak tahu. ooh, satu lagi, dia bukan orang kelantan, tapi suka 'speaking klate' dengan aku


400 000 pound


maka petang itu bergeraklah ke sana. ada 4 orang lelaki gagah perkasa tambah seorang budak yang takde gigi (umar) pergi kesana. sampai disana, ada sepasang suami isteri yang menjemput kami.


'masyaAllah, thank you for coming'

'alhamdulillah...'

'masyaAllah...'

'alhamdulillah...'


SO, bo;eh teka lah kan siapa pasangan ni? orang islam? ok, betul. si isteri orang pakistan, si suami pulak orang scotland rasanya. mualaf islam. sweet pasangan ni sebab selalu sebut 2 ayat kat atas tu. rasa teruja jugak sebab si isteri tak pakai tudung pun, tapi zikir macam ni selalu disebut. si suami pulak, tenang je tengok muka dia



buat kerja


pertolongan yang kami buat adalah menaggalkan wallpaper rumahnya. sebenarnya rumah inibaru dibeli dengan harga 400 000 pound dan sebab nilainya murah (murah ke £400 k ni?) jadi banyak kerja kerja remeh remeh kena buat sendiri. kalau kat malaysia, rasanya tugas macam ni, upah orang je la kot. tapi kat sini, memang suka buat sendiri. mungkin nak rasa feel kot. aku pun tak tahu




menanggalkan wallpaper dengan stimmer. haaa, ni lagi satu pelajaran yang aku dapat. tengok, tolong orang ni, banyak faedah yang kita dapat. penggunaan stimmer ni cukup mudah bila nak tanggalkan wallpapernye. letak stimmer kat dinding, lepas tu terus tarik. mudah dan simple. (bukan ke sama maksud?)



ok, jom layan gambar sedikit sebanyak


ruangan dapur yang kena bersihkan



tangga ni mainkan peranan penting



abang safuan yang sexy, baru lepas amek wuduk nak smbahyang maghrib



miji yang otai



nama budak ni sameer



sulaiman n farah



sebut pasal harga pula, 400 000 pound ni memang banyak. kalau convert, 2 juta lebih rm. kalau kat malaysia, dengan 2 juta, pergh, rumah dah mewah gegile kot. 1st impression kalau rumah mahal camni, pasti kaya kan? tapi, pekerjaan pasangan ni adalah sulaiman (suami) adalah cikgu dan farah (isteri) adalah penulis buku. haaa, kerja macam ni dah boleh beli rumah yang mahal mahal. kalau negara kita? entahlah mampu ke tidak. apa apa pun, masing masing negara ada kelebihan. kalau diberi pilihan, ku lebih sukakan Malaysia ;-)



love Malaysia much much much....
tapi i sayang u lebih lagi ;-)




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 jiwa dalam satu badan

'qal, rini kita main masak masak ek'

'xmo xmo xmo. kita main la robot robot. power ghanjes'



'alaaaa, masak masak la. tini masak telur dadar kat qal'

'xley makan pun. semalam masak ayam, takleh makan jugak'



'main masak masak ek'

'xmooooooooooo'



mak belalang yang berada di dapur terus bergegas ke ruang tamu melihat anak kembarnya seolah olah bertekak. ini mesti ada benda yang tak puas hati ni. haiqal dan hartini, 2 orang anaknya yang selalu bising, tapi dengan kebisingan itulah mengubat kebosanan hidupnya di rumah



'anak anak ibu ni kenapa bergaduh ni?'


senyap


'main elok elok la. jangan bergaduh'

'tini ni bu, dia ajak main masak masak. qal dan main robot'



'qal main je la dengan dia... boleh? kan lelaki kena jadi macho'

'yeayy, ibu sokong kitaaa'

'tengok tu bu, sokong lagi dia.... dah tu, bila nak main robot robot?'



'main robot esok. boleh?'

'tak nakkkkkkkkkk'



'ok ok, jangan main apa apa la kalau macam ni. dengar ibu bercerita!'

'aik, ibu pun dah jangkit dengan abah ke ni nak cerita cerita?'



'hehe. isteri, kena la follow suami. nak dengar ke tak ibu cite ni?'

'nakkkkkkkkkkk' dua dua menjawab



'ok, ni cite pasal pamela dan anderson'

'2 orang ke seorang bu? macam nama artis pamela anderson je'



'2 orang, tapi satu badan. 2 jiwa tapi satu badan'

'erkk, tak paham.....'



'ni ha gambar dieorang'





'comel kan dua dua ni?'

'waghhh, alien! takot takot'

'apa la tini ni, tu bukan alien, qal pernah baca blog, tu namanya kembar. kembar siam'



'wawah, anak ibu baru 6 tahun dah mula baca blog ya?'

'tengok la anak shhape kan. hehe'



'bagusss. ok, ibu sambung cite ek. masa kecik dulu, memang susah nak jaga kedua dua ni. ibu dieorang serba salah untuk jaga dan ramai orang setempat menyuruh di matikan salah seorang dan tinggalkan hanya satu kepala sahaja'

'kejamnya....'



'memang kejam, tapi itulah untuk kesenangan dikemudian hari'

'dah tu ibu tu potong la kepala dieorang?'



'kasih sayang ibu tini. takkan benarkan sesiapa membunuh anaknya. walaupun pelik dan susah, ibu itu tetap menjaganya'

'macam ibu sayang kat kiteorang la ek?'



'iyeee. tapi bukan itu ibu mahu ceritakan. ni cerita setelah mereka dah besar. dah boleh berfikiran sendiri. cuba bayangkan, ada satu badan tapi 2 fikiran. boleh ke hidupn bersama'

'tak bolehhhhh' dua dua jawab serentak



'nah, tengok gambar ni lagi





'bahagianya mereka qal....'

'ye la, tak macam kita asyik gaduh je'




'haaa, tau pun anak anak ibu ni. kalau mereka satu badan 2 jiwa berlainan boleh hidup bersama, kenapa anak anak ibu ni yang normal tak boleh nak bertolak ansur? anak ibu nikan kembar jugak, sayang sayang la antara satu sama lain. ok'


senyap....


'olololoo. 2 2 senyap ni nape? ibu bukan marah, ibu nasihat sahaja'

'ok lah, kita main masak masa hari ni. ok tini?'

'tak pe tak pe, kita main robot. esok kita main masak masak'



'takpe la, qal ok je main masak masak'

'tini nak main robot...'





'aiyoyoyo. ni anak ibu ni apsal masing masing mengalah pulak ye. comel la kamu berdua ni. dah nak masuk maghrib dah ni. pergi mandi mandi, ambik air sembahyang. abah kamu balik, kita sembahyang sama sama. ibu nak masak ayam percik kat abah kamu tu kat dapur. nanti lepas abah dan halimah balik, kita makan dan solat sama sama. ok?'

'ok!' dua dua jawab serentak


cerita dan nama adalah rekaan semata mata. tiada kaitan yang hidup atau mati. gambar diambil dari email. semoga bermanfaat




psss: i love u ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

niagakit - sistem kedai online yang terbaik!

internet merupakan medium terbaik dalam hal penyebaran maklumat pada masa sekarang. ramai yang memiliki kemudahan perkhidmatan internet ini membuatkan hidup tanpa internet tidak akan lengkap. statistik yang menunjukkan penggunaan internet semakin hari semakin lama membuatkan perkhidmatan ini diyakini keberkesanannya


perniagaan online


menyedari kuasa internet yang tanpa batasan ini, pelbagai pihak telah mengambil peluang untuk menjadikan internet sebagai platform utama dalam menjual barangan mereka. kaya dengan internet? ya, itu bukan lagi angan angan mat jenin dan sudah ramai yang mendapat habuan dari perniagaan internet.


bagaimana memulakan perniagaan di internet?


cuma 3 langkah mudah. 1 - ada barang untuk dijual. 2 - punyai website yang sesuai. dan 3 - promosikan website dengan berkesan. ramai antara 'otai otai' dunia internet yang membuat duit dengan hanya memahami ketiga tiga langkah mudah ini. berjaya menguasai ketiga tiga langkah ini, kuasa internet akan berada di tangan anda


bukan mudah!


bunyinya mudah. hanya ada 3 langkah. tetapi ramai yang tidak berjaya. kenapa? disebabkan langkah kedua dan langkah ketiga tidak dikuasai dengan elok! ada produk yang bagus, tetapi reka bentuk website dan promosi tidak mencapai kriteria yang memuaskan. anda termasuk dengan golongan ini? saya pun sama!



NIAGAKIT - penyelesaiannya!






satu website yang menyediakan 'pertolongan' untuk memasarkan produk anda telah diwujudkan. niagakit! satu website yang menjual kepakaran dan juga sistem penjualan internet secara online yang begitu mudah dan berkesan. kini untuk menyediakan website dan juga bentuk promosi tidak susah lagi. dengan sistem yang ada, semua itu berada di hujung jari anda!




KELEBIHAN NIAGAKIT


klik untuk paparan lebih jelas


1) variasi warna

kepelbagaian warna yang boleh dipilih untuk membuat website anda sudah pasti akan menarik minat lebih ramai pengungjung ke laman web online anda. sifirnya mudah, semakin ramai yang masuk, semakin tinggi peluang untuk produk dijual! terdapat 10 variasi warna di beri dan boleh menukarnya pada bila bila masa.




2) rekebentuk yang professional

sememangnya penat untuk mencari sesuatu yang nampak professional. niagakit menyediakan tamplate yang kemas dan tersusun. sebagai 'newbie' anda tidak perlu runsing kerana niagakit boleh membantu anda!




3) pelbagai cara bayaran

niagakit juga menerima segala bentuk transaksi dengan selamat. produk anda boleh dijual dengan selamat dan pembeli di web anda tidak perlu ragu ragu. antara cara bayaran yang disediakan adalah MayBank2u, CIMB Clicks paypal dan juga kad kredit.




4) mesra pelanggan

laman web yang niagakit sediakan memberi kepuasan kepada pelanggan anda. tidak serabut dan cukup mesra pelanggan. tekan beberapa butang, pelanggan anda akan dapat apa yang dihajatinya. mesra? sudah pasti kerana niagakit juga pelanggan seperti anda




5) promosi produk terbaik

dengan dilengkapi dengan platform pemasaran laman sosial web 2.0, anda boleh mempromosikan website anda di facebook, myspace, dig dan pelbagai lagi cara promosi. kaedah beginilah yang menjadi tulang belakang kepada promosi yang berkesan untuk memperkenalkan website anda kepada orang ramai




6) jualan secara sistematik

pelanggan yang membeli di website anda sudah pasti akan datang kembali ke website anda untuk membeli barangan lain kerana sistem jualan yang disediakan oleh niagakit cukup sistematik. apabila sudah sistematik, semakin ramailah yang akan datang dan bertambah tambahlah produk anda yang dijual




7) mesra SEO

search engine optimazation memainkan peranan penting dalam pencarian website anda di internet. niagakit adalah mesra SEO dan inilah antara faktor utama kenapa ramai pelanggan berpuas hati. tidak perlu pening untuk urusan teknikal begini, niagakit akan membantu anda!




8) pelbagai pilihan bahasa

tidak tertakluk kepada bahasa melayu atau english sahaja, dengan memilih pelbagai alih bahasa yang disediakan, sudah pasti bisnes online anda akan mendapat pelanggan international. takut tidak paham? niagakit menyediakan pilihan bahasa yang banyak untuk anda pilih




apa tunggu lagi? jom daftar di Sistem Kedai Online Niagakit sekarang!!!







TESTIMONI PELANGGAN


Banyak yang telah mencuba niagakit ini dan kesemuanya berpuas hati dengan sistem yang mesra ini. baca sendiri testimoni dari mereka!



1) www.SoccerPitStop.com




2) http://jomshopping.net/




3) http://www.kedai-manik.com/




4) http://ubishoppe.com/


dan banyak lagi boleh klik disini





cubaan DEMO?


ya, di niagakit, untuk memastikan pengguna berpuas hati dengan perkhidmatannya, demo cara pengendalian sistem ini ada disediakan. sudah pasti jika demo ini anda berpuas hati, pembelian tanpa penyesalan boleh dilakukan. kebanyakan website sistem kedai online tidak menyediakan demo, tapi niagakit ada menyediakannya! mahu cuba? klik sini. hanya daftar email dan mengesahkannya, anda layak untuk cuba demo yang disediakan!


cepat daftar, cepat dapat habuan!


'Sistem



KONTES


entry ini ditulis untuk pertandingan Sistem Kedai Online Niagakit. banyak hadiah menarik yang ditawarkan. boleh klik disini untuk lanjut. sebab baru beli buku pasal internet tadi, memang tersangat teruja dengan kepesatan internet sekarang. perniagaan online? bila lagi mahu cuba kalau bukan sekarang


Peraduan Ulasan Sistem Niagakit adalah anjuran Flarebiz Network




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Banyak lagi pasal blog yang tak tahu!!

Salam 1blogger (kekeke!)






Baru saja beli buku kat atas ni. Muka surat pertama tengok2, baru tahu yang banyak gila rahsia blog yang aku tak tahu!!


Apa die??


Nanti share, tengah excited nak baca! Harga pun boleh tahan buku ni. Adioosss



- Posted using BlogPress from my iPhone

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

blogspot terbaik : begitu senang biniku beraksi

kan dah cakap dulu yang blog merupakan biniku yang setia sekarang. hehe, title ini akan berubah setelah bini yang real ku dapat nanti. mungkin dalam waktu terdekat ini? apakah??? jo, belajar betol2 dulu. nak kawen je manjang!


pasal tajuk


tahukah anda bagi pencinta blogspot, kini blog anda boleh diubah dengan begitu mudah sekali. hahaha. dulu ingat lagi nak ubah keluasan blog ni pun makan masa. sehari duk belajar coding tu. last last, memang tak dapat dan terpaksa suruh orang buatkannnya. kini, blogspot datang dengan 'template designer' yang cukup mudah


apakah template designer ini?


ini merupakan satu aplikasi yang membolehkan anda mengubah 'rupa paras' blog anda dengan begitu mudah. boleh adjust warna, besar kecik blog, gambar background, berapa column dalam blog anda dan macam macam lagi la. best kan? jadi tak payah lagi la pergi ke website free template lagi untuk mencari layout yang sesuai, anda sendiri boleh mengubahnya (macam iklan pulak)


tak paham? tengok video ni. kalau tak paham lagi, baca kat sini







alamak, nasib baik tidak terlupa. template designer ini hanya ada di blogger in draft saja. klik sini http://draft.blogger.com/ --> layout -->template designer. jumpa? memang cool sangat! aku tersangat suka dengan perkembangan blogspot yang buat begini. thumb up pada perekanya!



senang beraksi


yeah, kini biniku yang seorang ini begitu mudah untuk diubah ubah. aku sangat suka! bila bila masa nak ubah blog, anytime saja. hehe. adakah pengguna wordpress jeles? apa apa pun, pendapat peribadi, wordpress masih terbaik. cuma blogspot kian mengejar dari belakang. jom biniku, kita beraksi sama sama!



sebut pasal bini


ada satu video yang ku dah buat. ni khas untuk bakal isteriku nanti. masa nak breakfast nanti, u tak perlu susah susah buat makanan untuk i. just sediakan 'ini' je untuk i. heehe. mudah kan? (layan video bawah ni)






ahaksss
;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

palestine : kasi panas sikit

isu palestine tak habis habis lagi. bukan takkan habis, malahan semakin teruk. beruntung berada di negara yang minoriti muslim, hal besar begini cukup diambil berat. tadi khutbah jumaat perihal palestine



kata pak imam tadi, selain berperang, ada banyak benda yang boleh kita buat untuk menolong saudara seagama kita disana. ini adalah usaha yang paling nak tak nak kena kita buat. kalau ini pun kita tak mampu, haisssh, tak tahu la den


1) doakan mereka
2) derma sebanyak boleh
3) boikot barang israel


yang ni aku tambah, yang ada blog, update la blog pasal benda ni bagi peringatan. jadi kali ni, walaupun dah post satu entry hari ni, sebab tengah bersemangat ni, nak post lagi satu entry, khas untuk palastine!!




untuk menyemarakkan semangat, kita layan lagu best ni dulu. hayati bait bait lagu ni.





kan melangkah kaki dengan pasti

menerobos segala onak duri

generasi baru yang telah dinanti

tak takut dicaci tak gentar mati



bagai gelombang terus menerjang

tuk tumbangkan segala kezaliman

dengan tulus ikhalas untuk keadilan

hingga pertiwi capai gapai sejahtera





takkan surut walau selangkah

takkan henti walau sejenak

cita kami hidup mulia

atau syahid mendapat syurga

(ulang)




kan melangkah kaki dengan pasti

meneroboh segala onak duri

generasi baru yang telah dinanti

tak takut dicaci tak gentar mati





takkan surut walau selangkah

takkan henti walau sejenak

cita kami hidup mulia

atau syahid mendapat syurga

(ulang)



kan melangkah kaki dengan pasti

menerobos segala onak duri

generasi baru yang telah dinanti

tak takut dicaci tak gentar mati





bagai gelombang terus menerjang

tuk tumbangkan segala kezaliman

dengan tulus ikhalas untuk keadilan

hingga pertiwi capai gapai sejahtera



takkan surut walau selangkah

takkan henti walau sejenak

cita kami hidup mulia

atau syahid mendapat syurga

(ulang)




bagai gelombang terus menerjang

tuk tumbangkan segala kezaliman

dengan tulus ikhlas untuk keadilan

hingga pertiwi capai gapai sejahtera


pss : Lagu 'Gelombang Keadilan' oleh Shoutul Harokah dari Indonesia
(dapat markah lebih tak?)



sedikit berita tentang palestine



berita 1)

The UN Human Rights Council urged Tel Aviv on Wednesday to pay reparations to the Palestinian people for the loss and damage it inflicted on them during last year's bloody invasion of the Gaza Strip.


ulasan tambahan :
1) usul yang dibawa oleh pakistan ini menyuruh israel membayar segala kerosakan yang telah dilakukan
2) pakistan juga mencadangkan agar palang sabit merah mebuat siasatan penggunaan senjata kimia oleh tentera israel di palestine
3) si bengong US, Hungary, Italy, the Netherlands and Slovakia menolak
4) si takut Britain, Belgium and France betindak tidak mengundi
5) kekuatan doa kita? usul ini diterima dengan 29 bersetuju



berita 2

On Tuesday March 23rd, Friends of Al-Aqsa and Labour Friends of Palestine and the Middle East (LFPME) hosted a meeting at the House of Commons discussing the ongoing crisis in Jerusalem. The meeting was attended by over 70 MPs, organisations and members of the public.


ulasan tambahan :
1) antara yang hadir adalah Martin Linton MP (ketua LFPME), Karen Abu Zayd Koning (bekas Commissioner-General of UNRWA), Sir Gerald Kaufman MP, Tony Benn, Dr Muhammad Abdul Bari (MCB), Brian Iddon MP dan Andy Slaughter MP
2) 30th March 2010 adalah tarikh yang dipilih untuk Boycott Divestment and Sanctions Global Day of Action. check website ini untuk berita lanjut




banyak lagi berita yang menarik dan penting perlu kita tahu. jangan ingat ini masalah dieorang, ini masalah kita bersama. jika rakan kita diperlekehkah dengan sedemikian rupa tanpa bantuan orang lain, jangan harapkan bantuan orang bila kita dalam kesusahan!



hari jumaat
ada satu ketika dalam hari jumaat yang doanya akan terus dimakbulkan Allah


ya Allah
selamatkanlah aku
kedua ibu bapaku
keluarga dan sahabat handai
dan semua muslimin dan muslimat

kau berikanlah
kekayaan kepada aku
kemudahan untuk aku mempelajari ilmuMU
hidayah untuk ke syurgaMU kepadaku
dan juga isteri yang soleh dan cute kepadaku


selamatkanlah saudara seagamaku di palestine
hapuskanlah musuh musuh mereka dengan seteruk teruknya
gagalkanlah segala perancangan jahat mereka
agar umat islam terus berada dalam kesejahteraan


amin ya robbal alamin


rujukan :
1) http://palestinkini.info/
2) http://www.aqsa.org.uk/

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

kotex dan tidur selepas subuh


5.19 pagi


apakah??? ni kali pertama aku menaip entry seawal pagi macam ni. buat apa? tak tidurkah? tidak tidak. sudah tidurinnya. cuma sudah terjaga. subuh pun sudah solat. cuma kali ni nak bincang tidur selepas subuh, adakah masih tidak relevan? nanti kita sama sama bincang kan.


sebenarnya tadi tidur kat masjid, sebab tu boleh bangun berjemaah subuh walaupun angkat takbir pukul 4.41 pagi. semalam ada program anjuran satu jemaah. menarik. tak sangka ada lagi jemaah islam yang perjuangkan bangsa antara sebagai medium yang dirasakan berkesan. dengan mengaitkan pemikiran hasan albanna, rasanya ustaz dari cairo tu menyampaikan dengan berkesan


pendapat peribadi?


memang aku tak nampak akan releven perjuangkan islam melalui nusa dan bangsa. hehe. rilex rilex. itu pendapat peribadi. kenapa? hampir 53 tahun kita merdeka, aku rasa bangsa melayu sendiri lebih berat kepada 'layu' dari 'kuat' nak kata kerajaan tak bangunkan islam, dengan perkenalan konsep islam hadhari, islam ni islam tu, ada la kan? last last, bangsa kita sendiri jauh dengan agamanya. sebab tu rasa perjuangan bangsa untuk memartabatkan bangsa ni dah kisah lama dan kita perlu cari formula lain untuk menjadikannya lebih berkesan



ustaz tu pun sampaikan pemikiran hasan albanna terlalu kecik skopnya. errk, sebab aku ni ada hampir hampir khatam (tak sempat khatam buku dah hilang, macam mana tu?) satu buku mengenai hidup hasan albanna, konsep bangsa takde pulak ditekankan sangat. jadi kurang 'manis' kalau kita ambil yang sedikit dan jadikan dia besar sebagai dalil perjuangan kita. macam mana pula dengan konsep penekanan akidah? ibadah? politik? tsaqofah? keperibadian hassan albanna sendiri. haha, banyak banyak. macam lah aku ni otai sangat!


semua negatif je, mana positif? hehe. banyak. biasalah, nak perbaiki diri, kena cite yang negatif je kan? ok, sebut pasal satu positif ni, ustaz tu ada bagi pembentangan pasal semangat nasionalisme atas dasar akidah. ermm. ok. setuju sebab ada akidah. kalau kita perjuangkan bangsa sebab agama, insyaAllah, ada kuasa besar yang menolong!


ada point menarik yang disampaikan, macam mana islam masuk di melaka. memang tidak dinafikan melalui pedagang. tapi ustaz tu tak cite pulak melalui perkahwinan sultan melaka. yang buatkan islam diterima di melaka disebabkan sultan memeluk islam. bila sultan (analogi kepada pemerintah) peluk islam, banyak penduduk lain yang peluk islam sama. sebab tu nak tak nak, kuasa pemerintah kita kena ada



tidak bersetujukah?


siapa aku untuk tidak bersetuju. tu hanya pendapat semata mata. tidak bersetuju takpe, jangan duk bergaduh tegakkan aku betul ko salah. kalau bergaduh, sampai bila bilalah islam akan terus mundur dinegara kita. apa apa pun, terima kasih kat ustaz yang datang jauh dari cairo untuk sampaikan ilmu kepada kami. tahun depan datang la lagi. tanya soalan? sebab segan, cerita kat blog je la. kot kot ustaz tu baca blog ni kan. dia boleh jawab. hehehe

bergambar dengan ustaz


mak oi, lari tajuk betul! sebab tajuk ada 2, kita cerita satu persatu la.


~~~~


kotex


entah macam mana buka email tadi, ada satu email dihantar oleh pihak kotex kepada aku. apa kaitan aku dengan kotex? aku pun tak tahu. haiyaa. cuba baca ni. klik untuk tumbesaran yang lebih besar



yang tak boleh blah, hi mohd faridzul. hahaha. klik kat website ni, wah, banyak benda yang menarik. cuba klik kat sini dan pergi kepada mitos, banyak mitos mitos yang menarik pasal perempuan. akak akak abang abang yang nak baca lebih, boleh la klik klik ya. selamat membaca. yang perempuan terutamanya, jangan i tahu pasal diri badan gadis lebih daru uolls sudah la ya. hehe



~~~~~

kapal terbang jatuh (apsal yang ni macam takde dalam tajuk je ni?)





pasal video

ni video amator yang diambil. rasanya fresh lagi ni. tapi kat youtube dah view 3 ribu lebih lagi. apa yang lawaknya, 'pengacara' yang mengomen di video ni. boleh dengar sendiri. semalam ingat video ni video lucu ke apa, tapi memang video benar. video ni semasa konvo di uum. ayat yang tak boleh blah langsung. 'kita masuk melodi la' walaupun lucu. takziah kepada keluarga mejar yang membawa pesawat ini


komen aku

1) ajal maut di tangan Allah. berdoalah supaya kita mati dengan iman dan taqwa

2) bawalah camcorder ke mana mana. boleh jadi glamer. video ni masuk buletin utama semalam. hehe



~~~~~


tidur selepas subuh

pukul 4.56 pagi waktu sheffield


minta maaflah gambar blur. mungkinkah masa ni tengah berlari sebab takut? hahaha. ok, apa yang nak ditunjukkan adalah walaupun baru pukul 5 pagi, tapi dah nampak sikit2 kecerahan dia. sekarang ni subuh 4.11 pagi dah masuk, syuruk pulak 5.30 pagi. awal kan?


kalau sembahyang subuh lepas tu tak tidur balik, ok ke?


sekarang ni ok lagi. nanti subuh akan masuk seawal 2stengah. haaaaa, masa ni entah macam mana baru sesuai. macam tahun lepas, apa yang aku buat. memang tidur lepas subuh. maksudnya berjaga sampai subuh masuk, lebih kurang 2 stengah gitu, subuh masuk, sembahyang, lepas tu tidur. gigih tak?


kena ubah


lepas subuh, aku tidur balik macam biasa. tapi sebab badan aku ni masih badan baby yang kena tidur 8 jam sehari, mana cukup! kali ni nak kena ubah. masuk isya, sembahyang, lepas tu terus tidur. hehe. bangun pukul 2 stengah, sembahyang apa apa, baru sambung study (ace ce ce, study tu) dan ada masa lagi, tidur kalau nak tidur pun. erkk, ok ke?


terkenangkan malaysia


best duduk di malaysia kan. takde perubahan masa yang teruk teruk macam ni. subuh maintain je pukul 6 gitu. ubah pun, sikit sikit je. mungkin sebab tu kita manja sikit? haha. tak tahu. senang senang pun masih ada yang subuh gajah. opssss. ada yang terasa?

;-)



psss : tahukah anda hari kiamat adalah hari jumaat?


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

nak jadi pokok boleh?

kisah family pak belalang adalah kisah rekaan semata mata. dulu selalu menulis kisah ini ada diselitkan dengan pengajaran. mungkin keadaan sibuk dan macam macam hal berlaku, kisah ini semakin lama semakin hilang. kali ni nak menulis lagi kisah family belalang.


~~~~~


'abahhhhhh'

'mak ko pati pucuk sebab tak lalu makan nasi 2 hari 3 malam asyik termenung....'



'haha, abah melatah abah melatah'

'haish kamu ni, mana ajaran abah? salam mana salam?'



'assalamualaikum abaaaaaaaaaaaaaaa-ah'

'nakal kamu ni kalah ibu kamu!'



hari ini pak belalang mengajak halimah untuk sama sama bercucuk tanam dengannya. tanah yang terletak 3km dari rumahnya adalah hak milik atas namanya. atuk belalang yang menghadiahkan tanah itu kepada pak belalang dalam wasiatnya. walaupun tanah itu nampak tidak menguntungkan untuk dikerjakan, tetapi atas dasar mahu terus memahat memori terhadap arwah ayahnya, tanah itu diusahakan. sekarang ini, sudah nampak akan hasilnya


'abah, dah lama kita tak munculkan dalam blog ni?'

'hehe, dia sibuk kot. ni pun dah kira ok dah ni dah muncul kembali'



'ermmm, abah ambikkan buah rambutan tu boleh?'

'nak kuning ke nak merah'



'nak dua dua... ngeeee'

'abah ajak datang ni nak suruh tolong abah, bukannya tolong habiskan buah buah ni'



'alaaa, abah ni, dah penat la. sepagi duk tolong abah. bagi can la rehat kejap'

'ok ok, abah ambil banyak ni, simpan untuk hartini dan haikal sekali'



halimah kini sudah berusia 12 tahun. sudah masuk upsr. cepat betul masa berlalu. maklumlah, dah lama tak update kisah pak belalang, habis semua dah besar besar. kekeke



'abah... takde cite ke rini?'

'eh eh, dulu halimah la yang paling suka perli abah bila nak story story ni'



'dah lama tak dengar, rindu pulak nak dengar. hehe'

'ermm, nak cite ape?'



'ikut abahla. yang penting jangan kisah mengarut. kisah benar. ok?'

'kisah benar? ermmm. ok ok. meh abah story kisah jiwang. nak?'



'sebab halimah dah 12 tahun dah, boleh lah!'

'wawah, anak abah dah jadi anak dara dah sekarang! abah cite date ketiga dengan mak kamu la. ok? date pertama boleh baca kat sini part 1 dan sini part 2'



'abah ni cakap dengan halimah ke dengan sape ni??'

'dengan pembaca blog. hehehe'



'cepat la bah sambung'

'ok ok, abah sambung'


~~~~~


di taman itu, kelihatan 2 merpati sejoli yang berpakaian merah menyala. si perempuan dari tudung sampai la kasut, semua merah. si lelaki pula baju merah dan seluar hitam. kedua dua pasangan itu duduk di bawah satu pokok yang rendang. ooh, rupe rupenye mereka adalah pak belalang dan mak belalang yang tengah hangat bercinta


'nak cuit hidung skit boleh'

pandang kiri pandang kanan 'cuit la. hehehe'



'hakhak, nakal nakal'

'isteri yang nakal untuk.....'



'suami yang nakal! ooo, kenakan kite balik'

'heeeee. bestkan duduk bawah pokok ni?'



'betul3. tenang je. suasana nyaman. udara segar. lepas tu kepala atas peha orang tersayang pulak. bahagia!'

'urmm, abang sanggup jadi macam pokok ni?'



'pokok rendang ni? kalau untuk bagi sayang berteduh, apa salahnya'

'i loikeee'



'kalau abang jadi pokok, sayang jadi ape?'

'jadi pengutip buah. hahaha'



'alaaa, tak best la camni, habis buah abang camtu...'

'ermm, jadi tanah'



'sanggup ke? kotor tanah tu'

'kalau untuk bagi sokongan pada orang tersayang, apa salahnya'



' i likeeeeeee'

'heeee'



'pernah dengar hadith tulang rusuk?'

'pernah dengar je. betul ke wanita dari tulang rusuk lelaki?'


Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia tidak menyakiti tetangganya. Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Pasalnya, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Karena itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita.” (Al-Bukhari)


tulang rusuk


'macam tu la hadithnya'

'waaah, siap hafal lagi'



'ni setiap laki yang nak kawen kena hafal ni. mungkin tok imam tanye ni'

'erkk, ye ek? jadi, betullah ni?'



'ada dua pendapat. satu katakan ini hanyalah perumpamaan atau kiasan. mahu bgitau kepada suami yang isteri jangan terlalu mengongkong mereka dan juga jangan untuk dibiarkan mereka terus lalai.

'ooo, satu lagi?'



'ada yang ambil terus pengertian dia. ambil secara harfiyah. memang wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki'

'jadi abang pakai yang mana?'



'dua dua. haha. perumpamaan sebab memang isteri ni kena jaga dia elok elok. tulang rusuk kan bengkok, lepas tu duduk dekat hati. tandanya cukup sensitif dan mudah terasa. benda ni kena beringat. nanti orang tersayang abang ni akan lari jauh jauh. yang ambil terus secara harfiyah, memang abang rasa tulang rusuk ni tak cukup satu. rupa rupanya, dah bertukar jadi seorang gadis yang secomel sayang ni ha'

'heeee. bang.... jom balik rumah'



'aik, kejap je dah nak balik?'

'jom la. dah tak sabar ni'



'erkk...?'



~~~~~


'lorrh, habis macam tu je ke?'

'ye lah. dah tu nak habis macam mana?'



'lepas balik rumah, abah dengan ibu buat apa?'

'nanti umur dah 21 tahun, abah sambung cite ni lagi. hehehe'



'blurrr~~~ tak paham.....'

'tak payah paham. jom la kita balik rumah. dah petang. dah nak masuk maghrib dah ni


'ok ok!'



sambil berjalan, pak belalang tersenyum keseorangan. tak sangka tulang rusuknya boleh menjadi ganas seganas ganasnya. walaupun ganas, dia suka!



psss :

i want to tell you how much i love u... but i cant
i want to tell you how important u in my life... but i cant

but i know... u knew it

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

bowling : 6 pound for 6 games

penat?


ya, memang tersangat penat sekarang ni. penat penat pun gigih lagi update blog. kan bagus kalau 'kegigihan' ni aku guna untuk study. penat penat pun study. perghh, konpem cemerlang gemilang terbilang la aku (da lama tak dengar istilah ni kan, mana lenyap ek?) ok, cerita pasa study, tadi cuba memahami satu subjek ni. ambil begitu banyak masa tapi.... tak paham! agak tensen jugak, tapi nasib baik exam lambat lagi, so boleh la lepas ni tanya kepada orang pakar. ni lah kelebihan study awal. kan kan?



ok la joe, dah dah la tu membebelnya



nak cerita kisah tengahari tadi. main bowling! yahuuu. tahun ni (2010) tadi lah kali pertama aku main bowling. lama gila dah tak sentuh bowling ni. kalau main sorang sorang, tak syok. jadi terus shot kat mailing list (salah guna kuasa) untuk mengajak orang lain main bersama. hehe



20 lebih tadi yang main



memang agak ramai tadi yang main. ada juga beberapa gadis2 comel yang turut main. tapi dieorang main di lane lain. intai intai score, score pon comey comey je. hehe. takpe, belatih lagi, nanti ada tournment, barulah tak malu asyik longkang je.. erk??



fakta permainan bowling di sheffield

1) iqbal tahir merupakan juara SMSA day out tahun lepas dengan jatuhan 489 pin (3 games)

2) rekod longkang dipegang oleh 'tuttt' dengan longkang 8 kali longkang straight




itu antara fakta permainan bowling disini. menarikkan? masa main tadi, 20 orang dipecahkan dengan 3, 3, 4, 4, 4 dan 2. memang tak adil kan? takpelah, sebab ni hanyalah latihan semata mata. kalau pertandingan, memang tak adil la kan?



6 pound untuk 6 games


promosi promosi


memang murah sangat! kebiasaannya untuk adult, satu game adalah 4.15 pound. kalau student, 1.80 pound untuk satu game. tadi ada promosi. dari pukul 10 sampai 3 hanya 6 pound untuk 6 games. tapi syaratnya, kena main 6 games la, baru boleh dapat 6 pound. main 6 games tak penat ke? layan je la


permainan aku?


sebab dah lama tak main, memang teruk sangat. 1st game, untuk 7 balingan pertama, hanya 42. haha. teruk gila kot. tapi nasib baik lepas tu dapat 3 kali strike dan markah untuk game pertama, lebih 100. fuuh, nasib baik! tadi, game ketiga markah paling banyak 155 dan yang paling teruk..... 59. haha. game last. alasan? letih dah 6 game main. boleh? hehe



get togather


ada satu program inisiatif dari freshers (freshers lagi ke korang ni?) akan diadakan 8hb 4 ni. bagus betul pelajar 1st dan 2nd year kat sini yang ambil inisiatif ni untuk adakan program bersama. dieorang plan untuk main bowling dan lepas tu makan sama sama. agaknya kalau semua turun, 50 lebih jugak bilangan dieorang. wawahh, meriah. nak join jugak boleh? hehe


rasa best jugak buat aktiviti kat sini. rasanya pelajar yang baru datang ke sheffield kali ni cukup senang untuk turun padang. shot je kat mailing list, pasti ramai yang datang. rasanya AGM nanti akan penuh la dewan yang ditempah. ok ok? hehe, datang la ek nanti semua


video video menarik





ni video spare pisang buat. memang tak jatuh lagi tapi dah buat gaya seolah2 dah dapat spare. haha. nasib baik jatuh. kalau tak jatuh? tak ke malu? hehe




ni pulak video strike zakwan. housemate. perghh, dia score highest tadi, 177. wawah, lepas ni masuk tourney, boleh buat team rumah ya? hehe



apa yang dapat?

tadi selepas main, 3 jam lebih jugak rasanya, semua dah lapar. apa lagi, bantai KFC. KFC?? ya, tapi versi halal. kan dah cerita kat entry ni, kat sheffield ada 2 KFC halal, jadi lepas main penat penat, semua gerak ke KFC untuk makan sama sama. rasanya dah lama tak kumpul ramai ramai cam ni. walaupun 20 lebih je yang datang, tapi kemeriahan yang macam duk di malaysia jelas terasa. doa doa walaupun kita berseronok gembira tadi main bowling, ukhwah yang terjalin tadi harap berkekalan untuk selama lamanya... ace cee cee ;-)


psss : balik malaysia nanti, buat gathering blogger dengan main bowling, ramai tak yang turn up ek?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

menjadi sekuat badang

gerakan hati yang seolah menafikan akan kekuatan diri membuat saraf terus kelayuan tidak mahu menggerakkan otot untuk membuat sesuatu yang penting. penting pada diri dan memang impaknya kepada berkembangnya paras sosial dunia


hebat sangatkah?


ayat atas macam susah nak faham je. tadi ada baca blog senior aku yang kena cancer tu. dia sentuh pasal sembahyang. lebih tepat lagi sembahyang subuh. memang cara pengolahan cerita yang dia buat tu terus menyedarkan diri ini yang begitu banyak alpa akan hal keduniaan. sampaikan masa untuk bersama dengan Dia pada waktu pagi hari, cukup sedikit!


menjadi ketua


dulu masa kat sekolah, selalu berlumba lumba untuk solat jemaah. ada kawan yang sekepala, rasanya cukup indah untuk dikenang. dan, memang niat untuk menunjuk alim itu ada. alah, budak lagi kan? buat perkara untuk menunjuk nunjuk, rasanya ok daripada duduk dalam dorm dan terus ponteng solat jemaah. selepas jadi ketua di sekolah, perasaan mahu menunjuk sudah kurang dan rasa akan soal tanggungjawab akan hadir kalau sudah masuk waktu solat


budak : hanya memikirkan keseronokan tanpa disertakan akibat
(source)


mungkin sebab itu yang mendorong masa di sekolah dulu agak 'alim' alquran selalu baca, tahajud susah nak tinggal dan segala perbuatan alim lagi aku buat. hurmm, kenang zaman budak budak ni, mungkin cikgu pun mainkan peranan dalam membentuk peribadi. terima kasih cikgu!



mungkin yang paling tepat adalah paksaan



usia sekarang dah nak masuk 22 tahun. jauh dengan family? ya, 15 ribu km lebih. jauh dengan paksaan orang? ya, 15 ribu km lebih. mungkin sebab itu yang membuatkan amalan sekarang ni 'kalah' dengan semasa berada disekolah? urmm. mungkin



cerita subuh tadi



almaklumlah yang winter sudah habis dan summer kian menjelma, sekarang subuh di masjid adalah seawal 4.48 pagi. sekarang ni subuh masuk 4.18 dan menjadi kebiasaan solat jemaah di masjid adalah setengah jam selepas itu. awal sangatkan? memang awal tapi itu sebenarnya alasan yang diberi kepada diri untuk tidak berbuat sedemikian. tadi cuba kunci jam pukul 4 pagi. dengan harapan untuk solat disana. adusss. bangun bangun sudah pukul 5 stengah. matahari pun dah naik!


lemah imankah?


entahla, walaupun niat dah nak bangun, jam pun dah kunci, tapi masih gagal. kata seorang senior, kalau kita lewat bangun untuk subuh, maknanya amalan kita dah semakin jauh kebelakang. erkk, tak tahu dari mana sumber senior tu cakap, tapi kata kata itu aku buat motivasi untuk tambahkan amalan di hari mendatang


syurga untuk orang kuat -ini sememangnya betul. syurga bukanlah untuk orang yang daif, orang yang selalu alpa dan lagho, sebaliknya untuk hamba hambanya yang kuat. untuk menjadi kuat, sudah tentu dalam ibadah. dan jangan lupa, ibadah tidak semestinya sembahyang puasa zakat semata mata, tapi ibadah ini adlah melakukan setiap perkara, hanya kerana Dia!


jadi, bolehkah untuk aku masuk syurga dengan keadaan sekarang? satu soalan yang kebelakangan ini asyik tertanya tanya.


nak kata sembahyang puasa, cukup sedikit rasanya yang sunat aku buat. adakah aku kuat?


nak kata charity kepada orang lain aku buat, buat sikit, letih banyak. adakah aku kuat?




gerakan dalam jemaah


antara yang boleh mendorong motivasi kita untuk sentiasa up adalah bekerja secara berkumpulan. ke masjid sama sama. tolong orang sama sama. bergerak dalam jemaah yang sistematik. di uk ni alhamdulillah, begitu banyak gerakan jemaah yang mendorong orang melakukan gerak kerja amal. aku ambil contoh housemate aku yang bergiat aktif dalam satu kerja jemaah ni, setiap minggu, pasti lesap ke mana mana. terutamanya ke manchester. kagum dengan komitmen dia dalam gerak kerja jemaah ini.


seorang lagi seperti senior yang aku cerita di awal tadi, dia pun begitu aktif dalam gerak kerja jemaah. boleh nampak kesenangan yang Allah berikan kepada dia walaupun sekarang ini dia berhempas pulas bertarung dengan cancer. semua orang menyokongnya. tak kira motivasi ataupun dari segi kewangan. itulah sebenarnya kekuatan kita. bila bergerak dalam jemaah, sudah pasti kesukaran yang kita hadapi akan berkurangan dengan sokongan orang lain.


carilah jemaah yang sesuai


untuk student di sini, carilah jemaah jemaah islam yang aktif. paling tak nak pun, kita ada USIC. ikuti usrah dan macam macam lagi. benda inilah sebenarnya mengekalkan kita dalam satu landasan yang betul. mempertingkatkan tsaqafah kita dengan mempelajari dari orang yang lebih 'hebat' ilmunya dari kita. jika kita alpa, akan ada orang yang mahu mengeur kita. dan, inilah yang dituntut agama kita, bekerja secara berkumpulan....



psss : masih kecewa bangun lewat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cereto menggembirakan kami serumah



sejak kereta nissan sunny hilang, hidup kami berempat seolah tidak seperti dulu. kalau dulu nissan sunnylah yang membawa kami ke masjid, ke restoran mohammed, meadowhall dan macam macam tempat lagi. tetapi disebabkan salah parking, kereta itu dirampas.



kejam kan?


kat sini kalau kereta tak parking di tempat yang betul, pasti kena rampas. nak ambil balik? tidak berbaloi. kereta tu dibeli dengan harga 300 pound dan kalau nak ambil balik dari piak berkuasa, lebih kurang sama bayarannya. jadi, pergilah nissan sunny meninggalkan kami semua


kehadiran kia cerato


kini hidup kembali ceria! dirasakan bagai hujan bunga yang turun, sungguh wangi dicampur pula dengan gadis gadis yang bersorakan gembira, itulah perasaan bila kia cerato sampai di rumah. sebab harga kereta ini 'boleh tahan' juga, jadi kena jaga dan sayang lebih akan kerata ini


cerato corneto yang bergaya!


menggunakan dengan sebaiknya


semalam telah ke masjid dengan kereta. haha. memang tak jauh pun masjid dengan rumah, tapi disebabkan nak pergi shopping di ASDA, terus naik kereta ke masjid. berempat naik kereta. terlihat pelajar malaysia lain yang jalan kaki, diperlahankan kereta, turunkan tingkap, terus tegur


'bang nak tumpang bang?'


pecah satu kereta gelak. walaupun orang diluar sana masih blur dengan teguran mengejut itu, kami terus terusan gelak. lantas diingatkan kembali, jangan gembira sangat, nanti cerato pon meninggalkan kami seperti sunny baru tau! ok ok, terus insaf.


ke ASDA


sesudah sembahyang isya, terus ke ASDA. tak banyak barang dibeli, cuma kalau convert ke duit malaysia, habis juga dalam rm500. dalam keletihan shopping, terpandang satu bahagian budak budak. waahh, ada mask iron man! lantas disuruh seseorang untuk menangkap gambar untuk diletak dalam blog

aku dan housemate sejati




lepas sahaja shopping2, apa lagi, singgah sekejap ke maple. perghh, layan neslo tarik dengan roti canai sungguh sedap. pandai betul mamak tu tibar roti canai. amek roti telor 4 biji dan roti bawang 5 biji. makan 4 orang, memang syok habis!


ok, macam biasa, yang merah adalah imaginasi semata mata. ade ke kedai mamak kat uk ni? hahaha. kalau ada, konpem kami akan pergi. dah habis shopping, apa lagi, terus balik ke rumah. penat masih terasa. tapi kepenatan itu ada sinar kebahagian... kerana kia cerato bersama kami sekarang ;-)


aku bukan pemilik kereta ni


layan video dulu







pss : tadi main badminton, esok main bowling. best best. dah daftar untuk contest cornetto da ke? klu belom, baik cepat cepat. 10 000 tuuu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

berita gempar di sheffield : budak 15 tahun kena buli

apa kaitan dengan gambar ni??



seorang budak yang berumur 15 tahun buat onar dengan kami! walaupun budak ini cute dan comel, kalau buat onar, tetap kami akan rasa tak puas hati. siapa berani buat hal dengan pelajar malaysia ha? cakap!!! tak mahu cakap banyak. tengok video ini.







jangan cari pasal dengan student malaysia, tambahan lagi yang berasal dari kelantan ;-)


psss : dah baca entry ni?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

tip shopping online : hadiah pemenang pertama

hadiah pertama sudah satel. tadi sempat berfacebook dengan mr aduka tentang hadiah yang dia mahukan. wawah, sebab aku jahil bab bab jenama brand ni, nasib baik ada pertolongan dia. so, hadiahnya setelah dipersetujui adalah.... jeng jeng jeng


boleh buat baju kawen ni, hehe


aku beli kat website ni


so, hadiah pertama dah satel, tinggal cik farhana, cik zara, encik mimpi, cik lin dan juga encik anoz. senang deal dengan dieorang ni, cik farhana suruh beli je apa2, zara pon soh beli je ape2, mimpi tengah pk lagi, cik lin soh beli perfume elizebeth arden dan anoz... ku blanje popaye je lah ye. haha. hutang hadiah kena langsaikan, baru hidup aman damai. hutang aku dengan lumut, luffy dan milo pon tak tertertunai lagi, balik ni ku tunaikan kesemuanya ;-)



~~~~~


shopping di internet

kali ini aku nak share shopping di internet. disebabkan aku ni bukanlah seorang yang otai jual jual kat internet ni, ku kongsikan apa yang ku tahu je lah. rasanya adam adalah orang terbaik untuk penerangan pasal ni, sebab dia memang otai ebay dan barang2 di internet. ni antara yang perlu kita lihat bila mahu shopping online




1) kecanggihan tidak menjamin mutu

tidak dinafikan dengan dunia yang serba maju ni, website yang hebat hebat muncul. flash la, tu la ni la, buatkan mata tertarik untuk membeli. untuk shopping online, pastikan 'kecomelan' website ini tidak mempengaruhi untuk beli. kadang kadang website je canggih manggih, tapi kualiti barang sangat rendah




2) berkenalan dengan alamat

ini memang agak leceh untuk dibuat. tapi kalau mahu secure, pastikan syarikat jualan tu benar benar wujud. pastikan wujud syarikatnya di alamat yang tertulis. ini penting supaya kita tidak tertipu. kalau kat sini, rasanya jarang kes ni berlaku, tapi walaupun jarang, kena tengok juga. kan baik beringat sebelum kena.




3) doc doc tak semestinya mewakili tempat

kalau .com.my, mesti kita assume website ni dari malaysia. kalau kat sini, .co.uk pulak mesti dari uk. tidak tidak, tak semua adalah macam ni. domain ni boleh ditipu. jadi berhati hati, nanti duk syok beli online, last last company tu dari zimbabwe



4) ada 's' dibelakang

ini sangat penting semasa buat pembayaran. masa mahu isi kad kredit untuk beli barang, pastikan ada https dan bukannya http. kalau ada website yang suruh isikan segala macam hal dengan http, abaikan sebab mungkin kena tipu! erkk, klik sini untuk baca lanjut



5) baca lah pengalaman orang

untuk barangan yang mahal, sangat lah digalakkan untuk kita baca dulu review dari orang. ni pengalaman peribadi, dulu masa beli hp samsung tocco, tak baca review orang, last last rasa menyesal pun ada. bukan sebab hp tu tak best, tapi agak mahal kalau dibandingkan dengan review orang tu. kena beringat. nak beli desktop ke, hp ke, baca dulu review orang.


~~~~

sampai 5 saja. banyak lagi tip2 yang berguna untuk shopping online ni. tapi rasanya, cikgu yang terbaik untuk memberi tips ni adalah.... pengalaman! kalau kena tipu, pengalaman kena tipu nilah sangat berharga, kalau menguntungkan, pengalaman untuk nilah sangat berharga. acece, banyak diri ni banyak pengalaman la pulak kan?

apa apa pun, 20hb 4 dah semakin hampir
apakah???

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

world week : booth macam2 ada

sempena world week 13 hingga 19 march, satu booth untuk setiap national society dibuka pada hari hari tertentu. SMSA yang mewakili malaysia telah membuka booth mewakili south east asia region. segerombolan malaysia pun nak tak nak kena jugak buka booth




tiada dalam gambar, sopi yang kena jaga masjid, faridah yang kena jumpa supervisor dan miji yang sibuk dengan urusan lain. dalam gambar, cuma ada 8 dari kami. 8 pun boleh. erkk, apa yang ada sempena booth ni? macam macam adaaa



brochure



untuk menghabiskan sisa sisa yang lepas, hari kejadian terus memberi kesemua brochure yang begitu banyak dalam bilik aku ke semua pengunjung yang datang ke booth kami. sedikit sebanyak menolong promosikan malaysia. hehe. baru tinggal sikit barang dalam bilik



pokok 1malaysia


ada juga hiasan yan digantung di pokok2 untuk pelajar international yang datang ke booth kami untuk belajar sepaah dua kata dalam bahasa melayu, mandarin dan juga tamil. waaah pokok ni sungguh cantik di gubah oleh pakar gubah kiteorang ;)



kek batik dan kuih seri muka



kek batik oleh faridh dan kuih seri muka oleh eica ni salah satu daya tarikan di booth kami. nampaknya dieorang memang sukakan makanan malaysia ni. ekk, kenapa 2 je? sebab tak sempat nak buat. thx u pada eica dan daridah yang buat, sodappppp


congkak dan tenteng





congkak dari rumah qilot ni di bawa bersama. hoho, kire permainan tradisional la ni. cuma congkak yang kiteorang bawak ni adalah portable, kire moden congkak r. hehe, tapi konsep permainan masih sama. juga ada tempat tenteng disediakan. terima kasih kepada farah n sopi yang bertungkus lumus buat. memang besttt main semua ni!


aku berjambang?



ok, ni bukan daya penarik kat booth. hehe. cuma masa booth ni, ramai yang tego aku yang sekarang ni berjambang. haha. memang kalau dalam gambar atas ni, agak nampak matang kan? so, patutkah aku meneruskan dengan identiti berjambang ini? hehe. ok, jom layan gambar



masa nak set up tempat



proud to be malaysian!



selamat datang semua



sekitar booth


awek yang datang ke booth kami



sudah pasti lastnya adalah puak puak malaysia ;-)




pengajaran dan iktibar

untuk buka booth ni, agak tergesa gesa sebab kiteorang tahu lewat. ntuk tahun depan perlu adakomiti yang berurus dengan wakil union ni secara direct. kalau macam tahun ni, susah sekali. apa yang dibuat, selesaikan pada malam meeting. semua ahli komiti mainkan peranan dengan berjayanya dan komitmen yang mereka berikan sangatlah patut dibanggakan. thx u semua! terima kasih juga student malaysia yang datang pada petang hari tersebut. jumpa lagi di dikir barat nanti!


gambar last mestilah tuan empuna blog


psss : hari ini saya gembira

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 menteri besar : dr Zambry vs ir Nizar

ok, perihal gambar di entry ini semalam, sebenarnya aku bersama dengan beberapa lagi kawan dari sheffield berangkat ke manchester untuk mendengar 'talk' dan sesi soal jawab bersama dengan dato seri ir nizar. kena tahu dan jangan tuduh buta buta aku ni orang kuat pas, aku pergi kesana atas dasar... mahu update blog dengan gambar kedua dua menteri besar perak di dalam blog aku. kekeke!



dato seri ir nizar dalam lawatan kerjanya ke beberapa tempat di uk. sudah ke warwick, leeds dan kali ni ke manchester. hari ni ke london pula. sebab manchester dengan sheffield cuma sejam lebih, jadi ambil peluang ni untuk jumpa. kalau dulu dato seri dr zambry dah buat lawatan kerjanya, kali ni dato seri ir nizar pulak. sebab tak pernah jumpa kedua dua orang ni di depan mata, mestilah aku ambil kesempatan untuk tangkap gambar. ok, gambar semata mata. maka keluarlah gambar ini ;-)

bersama dato seri dr zambry



bersama dato seri ir nizar




perkongsian dato seri ir nizar


nak baca kisah dato seri dr zambry, boleh klik kat sini dan juga kat sini untuk versi jiwang. kali ni nak cerita pasal apa yang aku dapat masa talk lebih kurang 2 jam dengan dia. ok, overall... too political. hehe. beselah, dah nama ahli politik, mestilah politik dia hebat hebat gitu. karisma ucapan dato seri ir nizar memang ada gaya seorang menteri besarlah. dia cakap tak mengantuk. tapi sebab terlalu banyak fakta, kepala jadi pening jugak. compare dengan dato seri dr zambry dulu yang terlalu ringan (cerita pasal cinta. hehe) pun buat mata mengantuk. so, layan je la



tak mau cite pasal politik



macam biasa, aku cuma akan ambil input yang bukan berkaitan dengan isu semasa. bukan pasal politik. kalau politik, semalam dah entry politik. nanti reader aku semua lari. hehe. input yang aku mahu ceritakan ni sungguh menarik dan kena dengan jiwa aku dan kalau kongsikan dengan korang, mesti masyukkk jugak



dimulakan dengan petikan dari alquran


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.



surah maidah, ayat 8



ayat ni banyak kali dibaca oleh dato seri ir nizar dalam ucapannya. apa yang menarik perihal ayat yang sudah turun lebih 1400 tahun dahulu yang baru aku tahu kesannya ini adalah mengenai perkauman. ya, satu isu yang cukup cukup sensitif dan aku rasakan sikap 'tak' suka dengan kaum bukan melayu ni pun aku ada. tambahan lagi orang india



terukkan?



aku pun tak tahu macam mana sikap itu tertanam dalam diri. kalau nak buat program, akulebih sukakan program dengan kaum melayu. kalau nak bersama dengan bukan melayu ni, macam susah. ini persepsi dulu. di malaysia. tapi perasaan ini mula pudar semasa aku di matrx mlaka dulu yang mana ada satu exco jpp adalam chinese. kam long sheng namanya.



cerita dato seri ir nizar


katanya, jika kita terlalu pentingkan semangat 'kemelayuan' kita, tiada faedah yang kita akan dapat! dalam islam sendiri, semangan untuk cintakan bangsa lain (sudah pasti bangsa sendiri jangan terabai) amat dituntut sehinggakan jika kita benci (baca racist) dengan bangsa lain yang mana akan membawa ketidakadilan kepada bangsa lain, kita tidak akan diredhai oleh agama! cantikkan agama kita? dalam ayat diatas, berlaku adil (dengan tidak racist) kepada bangsa lain adalah perkara yang mendekatkan diri kita dengan ketakwaan. perghh. sampai begitu sekali tingginya martabat berlaku adil ni!



disini?



SMSA kali ni takde exconya yang chinese. semua melayu. rasanya benda ni aku mahu perbaiki untuk tahun depan. memang malaysia disini ada ramai yang chinese, tetapi mereka lebih prefer untuk masuk massoc (malaysian singaporean society) kenapa tak mahu join SMSA? aku pun tak tahu. untuk perbetulkan keadaan ni, rasanya semua orang kene kerjasama. iA dalam masa sebulan lagi aku pegang SMSA ni, aku akan cuba lakukan terbaik untuk masukkan seberapa non-malay dalam SMSA.



cerita dato seri ir nizar lagi



sekarang ni, islam sangat jauh dengan orang melayu (setuju?) apatah lagi yang non-muslim yang begitu takutkan dengan islam (yang ni aku setuju). persepsi inilah dia bagitau golongan muda macam kami kena ubah. jangan wujudkan racist terhadap bangsa lain. sejarah dah buktikan, jika kita tumpu perjuangan kita kepada hanya kepada bangsa, pasti tidak akan kemana. lihat macam mana baginda diangkat menjadi manusia terbaik, apa yang baginda juangkan? agama iaitu islam. tapi jangan lupa, baginda juga sayangkan bangsanya cuma konsep yang dia bawa untuk perjuangannya adalah, islam!



terbuka mata aku!


betul, selama ini aku tahu yang jangan racist. tapi hanya sekadar tahu. last last buat tak peduli. tetap dengan aku punya melayu jugak. macam mana mahu serapkan kefahaman islam kepada non-muslim kalau kita tak bergaul dengan mereka? dikukuhkan lagi dalam ayat alquran, aku rasa lepas ni dah tak mahu racist 100%!



isu politik lain?


erk, cerita pasal mufti perak, keputusan mahkamah 5-0, kerajaan perpaduan dan macam macam lagi tu, tak payah la ek cerita? hehe. kalau cerita habis, tak best la. kena la pergi sendiri kalau nak pergi. ok, ni ada satu video yang aku tangkap, ucapan penutup dari dato seri ir nizar. layan je lah







psss : zambry ada dr di belankang, nizar ada ir di belakang. nampaknya ahli politik kena ada gelaran ni baru boleh jadi ahli politik. kalau aku yang meniaga herbalife nak masuk politik? erkk, phd... ok? personal herbalife distributor. ;-)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW