Share
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

Video kahwin joegrimjow

Yeayy, dah siap!

Actually dah lama dah siapnya. Tapi sekarang baru nak publish kat blog. Tengok baru ada 180 view, ni tak boleh jadi ni kena letak kat blog jugak baru lebih sikit orang view. haha. Agak melampau disitu.  Okeh, enjoy the video :)




credit kepada DMZ Design for the video

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video Comeback dari Petronas yang super best

Apabila nak raya, mesti banyak iklan raya yang keluar. Aku ingat dulu masa budak-budak, mesti ternanti-nanti iklan raya yang best-best yang muncul dari kaca tv. Yang paling best dan aku rasa korang pasti setuju dengan aku, iklan raya dari Petronas

Lucu, bermakna, sedih dan macam-macam lagi dalam satu iklan 1-2 minit memang kena respek habis kat pengarah iklan tu. Seingat aku, arwah yasmin ahmadlah yang mempelopori iklan-iklan dari Petronas ni. Jadi, bila arwah dah meninggal, memang umphnya pun kurang. Iklan raya pun dah tak sebest dulu-dulu

Tapi tahun ni berbeza!

Petronas kembali dengan iklan raya berbentuk video pendek yang super ohsem. Boleh korang tengok kat bawah ni



Tak perlulah aku nak ulas lebih-lebih, korang tengok sendiri. bestkan video ni. Tengok pada jam 11 malam macam ni rasa lagilah menyanyat hati. Tak tahulah kalau aku tengok video ni kalau kat Sheffield dulu, mesti rasa nak balik punyalah. haha. Tahniah pada team production, semoga lebih banyak video iklan seumpama macam ni dihasilkan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Cara mengangkat orang seberat 90 KG dengan 8 jari

Tempoh hari semasa kat korea, aku ada belajar satu benda yang menarik. Tak sangka kadang-kadang ilmu sains ni sangat berguna dan tak diteliti dengan elok memang seolah-olah magik! Pernah angkat orang yang seberat 90kg dengan hanya 8 jari? kalau tak pernah, tengok video yang dirakam masa aku kat korea tempoh hari. Macam biasa, minit-minit last jangan terkejut =)

KLik untuk tengok video kat facebook


Pakcik kat atas tu aku panggil abang zul (abang walaupun dah 50 lebih umur, heh) pernah buat cerita pasal dia kat entry ni. So memang tak sangka boleh angkat dia dan memang jadi ringan! sangat ringan! Hukum sains apa yang terlibat? Mungkin graviti kot


So caranya mudah
  • Perlukan 4 orang tukang angkat dan seorang yang nak diangkat
  • Orang yang nak diangkat tadi duduk bersila
  • 4 orang lagi masing-masing cuba buat bentuk pistol dengan kedua-dua tangan
  • Masing2 ambik posisi 1) ketiak kiri 2) ketiak kanan 3) lutut kiri 4)lutut kanan
  • Dengan serentak, angkat orang tu, tak perlu guna tenaga banyak pun, yang penting SERENTAK

Cubalah, pasti korang terkejut. serius aku pon terkejut. 90kg tuuuu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Joegrimjowtube : Buat website mudah dan percuma

Salam,

Dah lama tak buat video, kali ni buat jugak. Akhirnya. Tapi kali ni versi contest. Heh, 2 in 1 la ni kiranya. Ok, tengok video ni dulu. dah la cakap english, memang berterabur ayatnya!



Buat website mudah

Sekarang ni dengan menggunakan Wix sebagai platform, kerja untuk jual barang jadi mudah. Contoh kalau korang ada nak jual apa-apa produk di internet, buat website dengan wix ni begitu mudah. sangat mudah. Dan yang paling best, ianya percuma! Korang boleh pergi ke website wix disini dan aku ada satu website yang dibuat menggunakan platform wix ni (klik sini)


Contest


Ada satu contest yang wix adakan. hadiah utama adalah macbook. aku tak harap sangat video atas menang sebab buat pun tak sampai 30 minit..... ok, aku tipu. sebenarnya dah buat sekali dan memang ambil masa yang sangat lama tapi tiba-tiba ada masalah dengan camtasia ni dan semua hilang. hampess, kalau video asal tu aku rasa ada peluang skit nak dapat top 5. Tapi apa-apa pun, aku harap korang boleh dapat sesuatu dari video atas ni.


erkk, speaking bau budu weeehhh =)


pss : more video @joegrimjowtube

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video : Tazkirah Ramadhan - Hadith Palsu Kelebihan Terawikh

Salam,





Selepas video Khusyuk dalam solat ini, tergerak sekali lagi mahu buat sati video sempena bulan Ramadhan ini. Bukan apa, waktu pagi ni selepas 'dating' dengan Dia, kita buatlah video daripada tidur je kan? At least dapat ingatkan diri sendiri. Maka, terhasilah video di atas


Penyebaran Hadith Palsu Kelebihan semasa Terawikh

Setelah ditag di dalam facebook mengenai penyebaran hadith palsu ini, tertarik pula untuk buat kajian serba sedikit memandangkan aku sendiri melalui pengalaman sudah banyak terjumpa risalah-risalah kehebatan terawikh ini. Selepas pertanyaan dengan ustaz dan juga pencarian di internet, memang hadith ini tidak wujud pun!

Jom kita tengok apa yang ditulisnya


Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam pada bulan Ramadhan.

Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

Malam ke 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang- orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9
Allah SWT akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



Bunyi macam hebatkan?


Sememangnya dosa besar dengan mengadakan hadith seumpama ini walaupun niat untuk suruh orang bertarawikh. Sepeti dalam video atas, aku ada sertakan sabda nabi yang mana baginda melarang orang menokok tambah atau menggunakan namanya untuk menjadikan ia hadith.


Kita ketahui bahawasanya dengan bersolat terawikh dan pelbagai lagi amal ibadah di bulan puasa ini termasuklah bersedekah, baca alquran, tadarus, menolong orang dan pelbagai perbuatan baik lagi akan digandakan oleh Allah pahalanya. Cukup kita ketahui akan rugi jika kita tidak gandakan amal ibadah kita. Perumpaan seperti di atas ini hanyalah akan menjadi duri dalam daging kita!


Sempena Ramadhan


Marilah kita sebar-sebarkan ilmu yang betul. kena sangat berhati hati terutamanya bab-bab hadith ini kerana takut salah kita share dengan masyarakat, beban besar kita tanggung nanti. Buka dulu hadith 40 dan disitu semuanya sahih belaka. Jangan persiakan usaha orang terdahulu mengumpul hadith, kita dengan senangnya menyebarkan ilmu yang salah. Dah terlajak tu, undurlah balik selagi boleh undur


baca sini untuk lebih

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Teknik iklan gunakan Youtube : Mak Khairuddin

Salam,


(Kenapalah aku baru tahu pasal ni????)


Serius bijak betul teknik pengiklanan seperti ini. Lain dari yang lain. Top Notch kepada sesiapa sahaja di belakang kisah mak khairuddin yang sedikit sebanyak telah mewarnai kehidupan youtube di Malaysia. Ok, sebelum apa-apa, thx u cik awin yang buka cerita ni kat blog dia. Jom tengok video mak khairuddin ni dulu









dan ini adalah video yang khairudin balas
akhirnya tahulah kan sebenarnya ini semua...




ADALAH IKLAN!



Iklan semata-mata?

Hehe. Walaupun video pertama dulu pecah tergelak-gelakkan mak cik tu, ada msg yang dia ingin sampaikan. Hehe, memang iklan jenis ini sangat stylo! Bagus lah sebab ini merupakan antara iklan yang tak macam iklan. iklan jujur gitu. dan sebab iklan ni jujur, aku akan buat review apakah yang dijualnya sebenarnya


Upload video berkenaan dengan 'bisnes'nya
Bagi semua orang gila-gilakan video itu (memang lucu pun, good job mak cik)
Dia reveal dia punya bisnes


Apa bisnes khairudin?


Disebalik video ini adalah Alliance back prepaid card! haha, stylo habis la. orang bank alliance bleh terima tabik spring dariku kerana telah cetus fenomena mak khairuddin ni. At least kita boleh bergelak ketawa kan dengan adanya video video ini. Dan sebab video ini sangat memberi kesan dan 'jujur' ku akan buat prepaid card tu bagi sokongan skit. hehe. Jom tengok website dieorang kat sini


Contest

Ada juga contest untuk blogger di website si khairuddin tu. Memang orang bank yang buat. so, jom pakat pakat kita masuk. aku dah ada idea nak masuk, tunggu nanti nak publish je. detail semua boleh baca kat sini




pss : nak kena paksa mak belakon ni =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Percaturan Nasib

Kes 1 : Penyakit


Pernah dengar orang cakap 'kita tak boleh salahkan sesiapa kalau kita kena penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggan sebab benda tu dah ditentukan oleh Dia'


Masalahnya


Kita tak tahu nasib kita, kita tak tahu bagaimana kita di masa usia tua nanti, jadi bolehkah kita menyandarkan takdir kita dengan melihat statistik ramai orang tua akan kena semua penyakit diatas dan dengan sendirinya kita akan terkena sama?


Meneguk gula seolah tak tahu kesan sampingannya


*****


Kes 2 : Kekayaan


Jika kita lahir dengan ibu bapa kita tidak mempunyai apa apa, ibu bapa kita bukanlah orang kaya yang boleh memberi kekayaan materialistik kepada kita, ibu bapa kita hanya papa kedana, kita tidak boleh menyalahkan mereka


Tetapi


Jika kita mati dengan kita sebagai papa, kita mati tanpa tinggalkan harta secukupnya kepada anak bini kita, kita mati dengan meninggalkan hutang untuk dijelaskan oleh keluarga, kita mati dengan miskin, Kita yang patut dipersalahkan sebab kita yang boleh mengubahnya semasa hidup, tetapi sayang, kita tidak mengubahnya kepada yang lebih baik. Memilih jalan 'biasa' tanpa risiko dan cabaran


Lahir dalam kemiskinan takpe, jangan mati dalam kemiskinan!


******


Kes 3 : Agama


Semua orang masuk syurga


Tetapi


Tiket ke neraka yang ditempah dahulu, meringankan solat, lagi teruk meletakkan untuk dikerjakan semasa 'senang' sahaja, ketika sibuk seperti mahu menonton wayang pukul 7.30 malam, membentangkan belanjawan syarikat billionare kononnya dari pukul 3 sampai 7 malam kita membuat alasan untuk tidak mengerjakannya kerana... sibuk?


Suka menonton video ni, cuba kaitkan dengan entry dan tajuk, boleh?







pss : Gambar ni memang cool kan?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Video Stop Motion hebat!

Sebenarnya perancangan awal untuk menulis entry ni, aku mahu siapkan satu contoh stop motion video versi aku punya. Tapi disebabkan tiba-tiba semangat mahu study (walhal malam ni plan nak rehat) jadi aku sertakan sedikit penerangan awal mengenai stop motion video ni. Bagus mood study ni datang, nanti die pergi, susah nak ambik


Stop Motion Video


Di negara kita rasanya video jenis ini agak tidak dikenali. kalau ku tanya sekarang, tau apa itu stop motion video? mesti ramai yang tak tahu sangat. Tapi kalau di negara yang 'terlebih' maju dengan video video ni, stop motion video ni adalah benda yang sudah lama. Apa yang membuatkan stop motion video ini power adalah disebabkan 'amatur' pun boleh buat jenis video yang tersangat mantap. Apakah keperluan paling utama untuk buat video ni?


1 - Idea

Stop motion video yang hebat hasil dari idea yang hebat. Idea yang belum lagi di buat orang, pasti akan menarik minat ramai untuk melihatnya jika sesuatu baru diperkanalkan. sebab itulah hasil seni stop motion video ini dilihat dari segi idea. Idea mantap, pasti akan hasilkan video yang mantap



2 - Usaha

Sememangnya untuk membuat stop motion video ini perlukan usaha yang 'luar biasa' kenapa luar biasa, sebab banyak gambar yang perlu ditangkap. untuk hasilkan video yang baik, 10 keping gambar dalam masa satu saat adalah di cadangkan. bayangkan kalau 10 saat? seminit? ada beribu keping kena ambil! Sebab itu usaha ni sangat penting dalam penghasilan stop motion video



3 - Digital camera + software movie yang sesuai


Untuk buat stop motion video ini, sudah pasti tidak perlukan camera canggih2. cukup digital camera yang biasa memadai. Kualiti gambar juga boleh setkan yang paling rendah. Video seminit, perlukan 600 keping gambar, kalau setiap keping gambar cecah 1 MB saiznya, hang lah komputer tu. Software pula banyak di internet untuk di download. software dicadangkan adalah iMovie atau iStopMotion untuk Apple, JPGVideo untuk Window. Banyak lagi, jadi boleh cari sendiri, yang penting ada applikasi untuk ubah frame work



Top Stop Motion Video


Sini aku akan senaraikan 5 Stop Motion Video yang sangat best. Kagum dengan pembuatnya sebab masa yang sudah pasti lama di ambil. Idea yang mantap ditonjolkan juga sungguh buat kita akan terpaku mahu menontonnya sampai habis. Mashable juga ada senaraikan top 10, aku ada versi aku sendiri. Enjooy watching


5 - Deadline
(yang mahu exam + hantar assignment, sesuai tengok ni)





4 - coldplay strawbery swing
(klik sebab tak boleh nak embedded kat sini)



3 - Muto at wall painted
(penggemar grafiti, mesti kagum dengan hasil video ni





2 - T-Shirt WAR
(banyak gila baju yg digunakan, top notch!)




Dan yang pertama
dengan hasil kerja terbaik + kemas + romantic + lagu best



1 - Hey morning Elegance
(sweet gila video ni!)




Camne?
enjoy?

Aku punya?
nanti kalau dah buat
ku post kat joegrimjowtube
sebelum tu, layan dulu video dalam tu
terutama tips khusyuk dalam solat. hehe


selamat berhujung minggu


pss : entry Weight Lose Challenge dah baca?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

(video) mendapat kenikmatan sejati dalam solat

Baru saja membuat satu video yang berkait rapat dengan entry di bawah ini, jadi sekarang ada pilihan, sama ada mahu tengok video ataupun baca entry semata mata. nak tengok dan baca lagi la mudah. harap video ini membantu. hehe. best ok buat video dengan macbook, tersangat mudah!




jangan lupe komen untuk penambahbaikkan





1) menguatkan bacaan dalam solat

salah satu cara untuk dapatkan khusyuk dalam solat. ini penting supaya telinga yang mendengar dapat fokus hanya untuk solat sahaja. bila telinga kita dengar apa yang mulut kita perkatakan, automatik otak akan lebih fokus akan apa yang diucapkan. berbanding kalau kita senyap dalam solat semata mata, entah fikiran akan melayan ke tempat lain. kalau solat berjemaah, janganlah sampai mengganggu makmun ditepi, cukup sekadar untuk telinga kita dengar saja. jom cubaaa




2) fokus pandangan di tempat sujud

bila mata melilau ke tempat lain, saraf mata yang melihat keadaan di sekeliling akan menghantar impuls ke otak seterusnya cuba mentafsirkan pelik pelik dalam fikiran. ini memberi pelunag kepada setan setan untuk membuatkan kita hilang fokus, hilang khusyuk dalam solat. compare kalau pandangan kita itu hanya satu arah, iaitu di tempat kita sujud, mata tadi akan tafsir tempat itu sahaja dan otak akan jadi lebih fokus kepada solat semata mata. tak cuba, tak tahu, cubalah ;)




3) persediaan sebelum solat

ini yang paling penting. kalau masa solat kita nak cepat cepat, celah bedah mana kita mampu khusyuk dalam solatnya? memang akan khayal lah. sebolehnya untuk solat, lupakan benda benda lain. sebelum angat takbir, baca dulu alquran setengah muka, tenangkan hati, barulah angkat takbir dan teruskan solat. bila hati dah tenang, maka senanglah untuk kita khusyuk.



ini tambahan dari video (dalam video ada 3 sahaja)



4) memahami bacaan solat

paham dengan tidak paham bacaan memang mempengaruhi khusyuk atau tidak kita. pelik macam mana orang arab dapat menangis ketika solat, kita tak mampu. mereka paham (ye lah, bahasa arab katakan) dan kita tidak. berusaha untuk paham setiap bacaan dalam solat itu adalah sangat2 digalakkan. kan dulu masa fardhu ain dan belajar, refresh balik je ;)



5) sentiasa berdoa

mintak doa dengan Allah supaya kita diberi khusyk ketika solat. ini sangat penting sebab doa adalah senjata terbesar kita. semua kita dah berusaha, jika campo doa, insyaAllah akan dimakbulkan. dugaan setan ni memang banyak, mereka ni memang dah tabiat akan ganggu kita, jadi kita kena kuat, kuat sekuat2nya untuk melawan setan2 ni!


terimalah solat kami ya Allah



******

refleksi diri


pernah tak dengar yang dalam alquran ada menyebut 'solat itu mampu mencegah dari keji dan mungkar'


persoalannya, pernah tak kita melakukan perkara keji dalam kehidupan kita? pergaulan bebas, mencuri, menipu, zalim kepada orang, mengumpat orang dan macam2 lagi perkara sedangkan Allah dah cakap jika kita solat, semua tu mampu dicegah. jadi kena tanya balik diri kita, adakah solat yang aku lakukan ini diterima Allah atau hanyalah satu perbuatan sia sia sahaja (nauzubillah)


nota kaki : video ni dibuat dalam masa kurang sejam, record, edit, upload dalam youtube. hebat? itulah kehebatan macbook pro. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

berita gempar di sheffield : budak 15 tahun kena buli

apa kaitan dengan gambar ni??



seorang budak yang berumur 15 tahun buat onar dengan kami! walaupun budak ini cute dan comel, kalau buat onar, tetap kami akan rasa tak puas hati. siapa berani buat hal dengan pelajar malaysia ha? cakap!!! tak mahu cakap banyak. tengok video ini.







jangan cari pasal dengan student malaysia, tambahan lagi yang berasal dari kelantan ;-)


psss : dah baca entry ni?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

raya @ smsa part 2

part 1 kat sini...(klik klik)




kali ni part2 pula ;-)



ok ok


buat video!!
1st shoot







tak jadi pulak
ok ok

2nd shoot




alaa
kacau je
3rd time








ada lagi yang tak jadi
and finally
jadi jugeee









tahun depan nak raya kat sini la
motif??
nak buat salam perantauan
lalala~


nota kaki : esok main paintball...berperang!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

FC 09 !!!

ok, akhirnya ku update jugak pasal FC 09. jangan risau, penuh dengan gambar dan gelak ketawa ;-)
(dengar tak ku tengah gelak ni?)

ni video promo


video ni best sebab ada gambarku ;-)



kali ni gabung dengan 3 university. sheffield, nottingham dan leeds. yang terharu, ada 9 orang peserta dari warwick pun join. mantap-mantap.


dari sheffield sewa bas comel ke sana. 12 peserta dan 3 org ajk yang pergi. perjalanan lebih kurang 1 jam




tugasku?
mc tetap
apa lagi, memang banyak cakap la. dah lama tak cakap-cakap ni. tak mo lepas mic ni!!



malam tu tidur dalam khemah. yang ni memang dugaan. ada 2 orang mat saleh tanya pasal betul ke tido dalam khemah ni. sebab dieorang tak percaya, orang local pun tak buat pun. mana taknya, suhu 3-4 darjah celcius kat luar. sejukk ooohhhh












syabas diucapkan kepada peserta. haha. ku pun tido dalam khemah jugak ok. mana ada birokrasi



macam-macam program dibuat
ada talk
ada bahas
ada ldk
ada nyanyi2
ada video2

macam-macam ada!!










dan yang paling best
bbq!!!























malam tu ada slot khas bersama dengan bekas pelajar. yang ni ku story kat entry lain sebab panjang nak cite. best best. dapat ilmu baru!


semasa nak tido
sebab tak jumpa khemah
(alasan baik punya)
ku tido dalam dewan
peserta tido dalam khemah
(kejam gila, takpe, takde masalah, dieorang mantap!)


sempat berbual dengan brother2 lain kat sana
hampir kesemua dieorang buat medic ;-)

'ramai doktor bersetuju.......'

mendengar dengan khusyuk

'keadaan yang paling sakit bagi pesakit adalah pesakit batu karang dan melahirkan anak'

tiba-tiba mencelah

'sakit ek nak lahirkan anak? dah tu, kenapa orang perempuan nak je lahirkan anak?'

'memang sakit. aku ada lihat sendiri proses lahirkan anak itu kat sini. memang mat saleh tu cakap mencarut-carut kat husband dia nape u f..k me, don want baby anymore dan macam macam lagi. ye la, tak sedarkan diri katakan. tapi, lepas je lahir, dah tengok muka baby sendiri, senyum pulak cakap i want more baby after this'


kire keajaiban melahirkan anak la tu kan?
so
reader ku yang berjentinakan perempuan
dah bersiap sedia nak lahirkan anak??


keesokkannya,
pertandingan akhir bahas
laki lawan pompuan
tajuk??
pasal facebook
haha, memang sangat2 menarik


lepas tu
pulang semula ke sheffield
;-)


semua gambar diatas diambil dari facebook orang. yang lawa-lawa tak upload lagi. ishh, upload la cepat2. baru ada class sikit gambar


nota kaki : beriyani bombay, ada bran???

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW