Share

(video) mendapat kenikmatan sejati dalam solat

Baru saja membuat satu video yang berkait rapat dengan entry di bawah ini, jadi sekarang ada pilihan, sama ada mahu tengok video ataupun baca entry semata mata. nak tengok dan baca lagi la mudah. harap video ini membantu. hehe. best ok buat video dengan macbook, tersangat mudah!




jangan lupe komen untuk penambahbaikkan





1) menguatkan bacaan dalam solat

salah satu cara untuk dapatkan khusyuk dalam solat. ini penting supaya telinga yang mendengar dapat fokus hanya untuk solat sahaja. bila telinga kita dengar apa yang mulut kita perkatakan, automatik otak akan lebih fokus akan apa yang diucapkan. berbanding kalau kita senyap dalam solat semata mata, entah fikiran akan melayan ke tempat lain. kalau solat berjemaah, janganlah sampai mengganggu makmun ditepi, cukup sekadar untuk telinga kita dengar saja. jom cubaaa




2) fokus pandangan di tempat sujud

bila mata melilau ke tempat lain, saraf mata yang melihat keadaan di sekeliling akan menghantar impuls ke otak seterusnya cuba mentafsirkan pelik pelik dalam fikiran. ini memberi pelunag kepada setan setan untuk membuatkan kita hilang fokus, hilang khusyuk dalam solat. compare kalau pandangan kita itu hanya satu arah, iaitu di tempat kita sujud, mata tadi akan tafsir tempat itu sahaja dan otak akan jadi lebih fokus kepada solat semata mata. tak cuba, tak tahu, cubalah ;)




3) persediaan sebelum solat

ini yang paling penting. kalau masa solat kita nak cepat cepat, celah bedah mana kita mampu khusyuk dalam solatnya? memang akan khayal lah. sebolehnya untuk solat, lupakan benda benda lain. sebelum angat takbir, baca dulu alquran setengah muka, tenangkan hati, barulah angkat takbir dan teruskan solat. bila hati dah tenang, maka senanglah untuk kita khusyuk.



ini tambahan dari video (dalam video ada 3 sahaja)



4) memahami bacaan solat

paham dengan tidak paham bacaan memang mempengaruhi khusyuk atau tidak kita. pelik macam mana orang arab dapat menangis ketika solat, kita tak mampu. mereka paham (ye lah, bahasa arab katakan) dan kita tidak. berusaha untuk paham setiap bacaan dalam solat itu adalah sangat2 digalakkan. kan dulu masa fardhu ain dan belajar, refresh balik je ;)



5) sentiasa berdoa

mintak doa dengan Allah supaya kita diberi khusyk ketika solat. ini sangat penting sebab doa adalah senjata terbesar kita. semua kita dah berusaha, jika campo doa, insyaAllah akan dimakbulkan. dugaan setan ni memang banyak, mereka ni memang dah tabiat akan ganggu kita, jadi kita kena kuat, kuat sekuat2nya untuk melawan setan2 ni!


terimalah solat kami ya Allah



******

refleksi diri


pernah tak dengar yang dalam alquran ada menyebut 'solat itu mampu mencegah dari keji dan mungkar'


persoalannya, pernah tak kita melakukan perkara keji dalam kehidupan kita? pergaulan bebas, mencuri, menipu, zalim kepada orang, mengumpat orang dan macam2 lagi perkara sedangkan Allah dah cakap jika kita solat, semua tu mampu dicegah. jadi kena tanya balik diri kita, adakah solat yang aku lakukan ini diterima Allah atau hanyalah satu perbuatan sia sia sahaja (nauzubillah)


nota kaki : video ni dibuat dalam masa kurang sejam, record, edit, upload dalam youtube. hebat? itulah kehebatan macbook pro. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

44 ulasan:

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Tengkiu2.. For this sharing.. Hee.. Dan untuk hubungan anda, harap dengar berita baik tak lama lagi.. Heehee.. :)

~ video tak leh tengok pon.. private ni..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

pergh~~

Joe, kalau ada berita baik, sila kirimkan kat aku laju2~

joegrimjow berkata...

haha
cepat betol komen
;)

erkk, private ke? dah check setting ok je ni
;)

Jard The Great berkata...

joe.. ku rasa ku pon da tahu siapa.. hehehe... Miss Tanah.. hope u dont mind me knowing. Huhu. Shhh.. my lips are sealed. I really admire the thing u guys have here. =)

and the vid.. internet tgh SLOW... =p

joegrimjow berkata...

jard kene tengok video tu, hehe
syuhhh jard, dah dah

sikochan berkata...

Alhamdulillah.thanks for sharing

moment berkata...

gud2.. 1 umah ku tgk video kamu... =D

joegrimjow berkata...

1 rumah?
hoho
bangga2
;)

dayah berkata...

alamk video sekat2, xsyok. but nice entry tuk ilmu yg baik2 di sebar2kn

Tanpa Nama berkata...

hahahah
geli aku!
haih joe joe..lawak la kau nih!

joegrimjow berkata...

awat geli plak?
adakah ku sangat sexy?
kekeke ;)

Unknown berkata...

salam..Joe, demo buleh jadi penceramah agama doh tu...susun kato mmg keno...huhuhu..tq sharing info ini...baju gumbe tu beli mano...lawa boh...ahahaha...

rhapsody LiN berkata...

oowwhh.. take team ngan kapten...
hehe

joegrimjow berkata...

baju gumbe dari malaysia
huhu

Adziim berkata...

makin banyak le entri disertai video lepas ni.

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Dah nengok.. Macam penceramah.. I like.. Ahaks..

Tanpa Nama berkata...

;-) rakan-rakan blogger joe really makes my day.Jard, now i feel segan nak menulis. The blog is actually for kawan2 yg knal.but I count u as someone close jgla now :)

tp kalau boleh rahsiakanlah ye:)

doakan kami...inshaAllah, bukan utk menjadi yg sah sahaja..tapi utk jaga pergaulan..

-tanah-

Tanpa Nama berkata...

:) a good video.kenapa macam cakap pelahan2.mesti takut kantoi ngan dak bilik sebelah.hehe

next time bleh wat forum al-jazeera.lol

p/s: okay, now segan dgn Luffy and Jard.Shh ye rakan2..hehe

-tanah-

HEMY berkata...

satu lagi tips nk khusyuk..bila baca tu sambil imagine camne ejaan setiap benda kita baca

cik helena berkata...

bagusnye tips nih.,,.terima kasih joe :)

joegrimjow berkata...

mesti
sbb xmo didengari oleh org sebelah
hehe
lain kali leh la ckp kuat2 skit
;)

Hafizah berkata...

assalamualaikum... thanks for sharing... cara penyampaian yang menarik :) bahasa yang mudah dan menarik... thanks for sharing

Cipina berkata...

tips no 2 tu sentiasa buat :D

thanks for sharing anyway :)

Aleen Afifi berkata...

shumell jer mase buat muke tuk tips yg 'pndang pd satu tmpat shj'...
mata melilau lilau...

joegrimjow berkata...

huhu
thx u thx u
;)

Syima Syaz berkata...

tak tgk utube sbb loading...

bersujud lama,dan berdoa mintak allah permudahkan jalan didunia dan akhirat....=)

Tanpa Nama berkata...

eh aku x buat team dengan Lin tu... lips sealed babeh!

tenet slow plak nak tgk video tu tp tips ko memang bagus... kena baca banyak terjemahan ayat ni

*Cik Sara @ D'Sahanara* berkata...

wah dah berpunya rupanya..bru nk try ngorat..hehe..

ISZA berkata...

sayangnyer dik suara tak jelas lah.. speaker akak yang masalah ke?

Tanpa Nama berkata...

bagus ler kamu dh bertemu...doakan terbaik utk kamu..:-)..khwin jgn lupa jmpt

joegrimjow berkata...

hehe
kawen mesti jemput
tu benda pentg
;)

Jard The Great berkata...

ok. da tinguk klip. Audio tak besh.. kah kah kah..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

^_^ nice

aDfeez berkata...

hahhaa.. assalamualaikum ustaz....
heh

aDfeez berkata...

bllg suka video nie.. bllg amik ek/.. hope dunt mind =P

Unknown berkata...

ohhohh.macbook pro.angkut kat mana?malaysia ke sana?berapa?

attyfir berkata...

wah..joe dah jumpa kekasih hati..jgn lupa jemput kenduri eh ..

Tanpa Nama berkata...

thanks for sharing...:) mmg berguna untuk manusia sejagat..hehe...

Unknown berkata...

Thanks for da tips bro...

YanTzAnabella berkata...

alhamdulillah
berguna juga tips ni
Joe, tahniah ek *wink2*

Hanna berkata...

good effort..thank for sharing :)

Admin berkata...

Alhamdulillah,

Memang menarik sekali persembahan saudara.

Teruskan usaha,sama- samalah kita berkongsi. Insyallah.

Tanpa Nama berkata...

not single and not available??
*hancur hati*

Munsyi berkata...

nice one bro.nice. buat mcm baba ali ok gak..hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW