Share
Memaparkan catatan dengan label smsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label smsa. Papar semua catatan

Sheffield my hometown

Salam,


Post ini ditujukan khas kepada semua pelajar yang bakal ke Sheffield. Juga kepada reader blog ini yang ingin bercuti di UK, boleh 'consider' Sheffield sebagai destinasi pilihan. Air Asia kan ada. Macam biasa, akan buat entry ini dengan bantuan grafik supaya tidak boring =)



Kenapa pilih Sheffield?


Sudah pasti penaja yang pilih kan? hehe. Ok, sebenarnya sangat beruntung dapat University of Sheffield ni. Bukan kerana aku ni pelajar sini, tetapi banyak sebab kenapa uni ni menjadi pilihan ramai penaja untuk hantar pelajarnya ke sini. Bagi yang private, juga akan memilih uni ini disebabkan murah dan berkualiti. Mana nak cari? Sheffield lah tempatnya. Dari pendidikan hinggalah lifestyle, semuanya ada disini!

Baca fakta dalam gambar kat atas, memang stylo kan?





Penempatan di Sheffield


Memiliki banyak kemudahan uni antaranya, endcliffe, ranmore dan city central campus. Boleh klik sini untuk baca lebih lanjut. Kalau memang nak tinggal di kemudahan yang disediakan oleh uni, sangat disyorkan di city central campus. Sebab utama lagi murah + dekat dengan department. Di city central campus ni, pilihlah broomhall atau victoria hall. sangat disyorkan.


Bagi yang tak mahu duduk di kemudahan uni, boleh juga menyewa di luar. Kebanyakan student disini memang sewa di luar tinggal bersama kawan yang lain. Boleh baca entry ini untuk melihat kemewahan kalau tinggal di luar ni, Sangat menjimatkan! klik link untuk ketahui cara memohon private house. Nak lagi senang, contactlah senior2 atau SMSA (Persatuan Malaysia) disini





Student Union Sheffield


Antara perkara yang seronok berada di Sheffield adalah student lifestyle yang sememangnya meriah. Ini didorong kerana memiliki Best Student Union di UK. ya, Uni of Sheffield Student Union merupakan top di UK. Sebut pasal top ni, memang sangat meriah! Setiap hujung minggu pasti ada aktiviti dan disinilah kena pandai pilih. Tak semua sesuai dengan agama kita. Heh, jangan ada kat negara orang kita buang agama la ek

1 september 2010 merupakan tarikh rasmi pembukaan Student Union yang berwajah baru. Fuh, memang sangat menarik dan boleh tengok gambar di atas cantik tak cantik student union ni. Yang paling best, semua kakitangan di sana memang sangat suka senyum, senang nak berurusan dengan mereka. Jangan takut, daftar je nanti dengan Uni, terus automatik daftar dengan Student Union ni. Welcome to the real student lifestyle




Tempat Menarik Di Sheffield



Ok, banyak sebenarnya tempat menarik di Sheffield ni. Kali ni aku hanya akan senaraikan tempat-tempat yang biasa dikunjungi dan juga tak jauh dari kawasan bandar sheffield. Banyak lagi tempat luar yang menarik yang tu kenalah dah sampai sheffield baru boleh cerita lebih. ok? hehe


Botanica Garden -

Sheffield ni memang cukup sinonim dengan greenest city. sebab tu botanica garden ni memang sangat dijaga rapi oleh dieorg. student malaysia pulak bila masuk musim bunga, sibuklah jadikan tempat ini sebagai kawasan riadah, sangat menarik dan nyaman? ikram zahari juga selalu gunakan tempat ini sebagai tempat joggingnya untuk adakan gaya hidup sihat (tiba2)


Meadowhall -

Senang cerita, shopping complex. Rasanya ke3 terbesar kat UK. Uk ni memang shopping complex kalah dengan Malaysia, semua nak kecik-kecik je. jadi bila ada satu yang besar macam meadowhall ni, boleh jadi mercu tanda kebangga pada tempat tu. heh, sheffield untung sebab meadowhall ni terletak di sheffield. macam2 ada disini dari kedai pakaian hinggalah makanan. sbulan skali mesti kot pergi sini


Winter Garden -

Garden lagi ye? kata greenest city, mestilah banyak garden. kan? ok, winter garden ni terletak di city. memang sangat stylo pada waktu malam. yang ada slr tu, tempat ni memang dah jadi kewajipan untuk test power ke tak slr korang. tengok gambar kat atas tu lawa kan? kat luar 1000 kali ganda lagi lawa! (hebat tak psiko?)


Sheffield City -

Aha, kawasan city dari kawasan penempatan memang tak jauh. biasanya jalan kaki je. nak naik tram mula2 bolehlah, dah lama tinggal sana, memang jalan kaki adalah terbaik. Kat city ni macam2 ada, kedai2 kecik hinggalah kedai2 besar. Tak mahu shopping di Meadowhall, boleh pilih city sebagai pilihan alternatif.


Valley Centertainment -

Nak pergi tempat ni kena naik tram. naik taxi pun boleh tai best naik tram. Tram kan takde kat Malaysia, jadi naiklah sampai muntah. hehe. Ok, nama pun dah menggambarkan tempat hiburan kan? jadi memang tempat ni tempat berhibur. Nanti cerita lebih apa aktiviti boleh ada di sana. Secara kasar, ada tempat bowling, wayang dan juga subway halal





Tempat Wajib Pergi



Kalau tadi tempat menarik, kali ni tempat wajib pergi. Sebab kenapa wajib adalah macam tak lengkap kehidupan di Sheffield tanpa tempat-tempat ni. Apakah tempatnya? jom kita lihat



Yafai and son -

Kat sana nanti tak payah takut akan makanan halal. Memang ada kedai halal yang banyak menjual macam kat Malaysia. Yang tinggal di rumah kongsi dengan beberapa orang, memang sangat jimat kalau datang bab makanan. 5 pound tu dah boleh masa untuk 4 orang! Murah kan? skill ni kena belajar dari senior, so berbaiklah dengan senior. Yafai and son merupakan salah satu tempat yang menjual bahan mentah dari daging dan ayam mentah hinggalah bawang lada semua. nak masak, datang je sini



SpringField -

Tempat yang paling dekat kalau tinggal di Broomhall ni memang menjadi tumpuan pada waktu petang oleh pelajar sini. Tak kira lelaki ke perempuan, memang tempat free ni menjadi pilihan. Boleh main bola, basketball, netball kat sini. Sebab ia paling dekat, sebab tu tempat ni dinamakan tempat wajib pergi. hehe



Sheffield Train Station -

Memang kalau tinggal di UK, tak jalan-jalan ke tempat lain agak loser r. wah statement. huhu. berada di sheffield ni untung sebab lokasinya di tengah-tengah UK. jadi nak pergi semua tempat memang semua dekat. nak pergi manchester, liverpool, london semuanya biasanya gunakan peerkhidmatan keretaapi. Sheffield Train Station ni adalah tempat yang sangat senang jumpa dengan student Malaysia bila time cuti.



Information Commons -

Ada buat entry life in IC part 1 dan part 2. IC ni merupakan 'rumah' bagi yang suka study. sebab kenapa rumah, sebab ia dibuka 24 jam! haha, ye, 24 jam. memang istimewalah Sheffield ni sebab jarang tempat yang buka kemudahan macam ni dalam 24 jam. Kat sini semua kemudahan ada, past year paper, buku-buku, komputer yang sangat banyak + laju, wifi, kafe dan tempat solat pun ada. tapi biasanya susah nak cari tempat kat sini bila musim exam, semua nak jadikan tempat ni sebagai rumah dieorang!



MWHS -

Muslim Welfare House Sheffield ni merupakan masjid bagi penduduk muslim disini. Sebab ia masjid yang paling dekat, memang student Malaysia yang beragama islam akan solat disini. Yang lelaki akan solat jumaat kat sini. perempuan pula bila ada je aktviti persatuan, memang akan sentiasa dibuat disini. tok siak pun orang malaysia ok. ekeke





Aktiviti Biasa Pelajar di Sheffield


Bowling -

Nak main permainan outdoor, biasanya bowlinglah yang menjadi pilihan. Memang agak mahal 4 pound satu game dan memang kena cari waktu murah. contohnya ada promosi 6 pound for 6 games. heh, main sampai bengkak tangan. Selain bowling, ada juga yang memilih ice skating, tapi biasanya bila dah main sekali, mesti taknak main lagi. haha


Main Salji -

Aceceh, ye la tu biasa kan? biasa bila time salji turun la. Sheffield ni dah 2 tahun berturut-turut salji lebat turun. kat seluruh UK rasanya kot. Tahun lepas dan 2 tahun lepas memang sangat lebat sehingga nak main salji pun dah terasa boring. untuk tahun ni, rasanya salji dah tak turun kot. hahaha. malang-malang =)


Carboot -

Uk memang cukup sinonim dengan carboot. Sheffield pun banyak tempat yang ada carboot sale ni. Carboot ni macam tempat orang menjual barang-barang lama dan terpakai. Ap yang best, ada je barang lama ni masih elok dan boleh dapat dengan harga sangat murah! untuk tempat carboot semua, boleh tanya senior macam mana nak pergi. hehe. banyak sangat nak senarai kat sini


Usrah -

Saja letak gambar makanan mewakili usrah. ekeke. sebenarnya usrah kat sini sangat best dan sangat berlainan dengan berada di Malaysia. Sebab utama adalah yang membawanya tu seusia dengan kita. bila dah seusia dengan kita ni, memang aktiviti usrah pun pelbagai. ada yang perg main bowling, shopping, masak-masak dan main bola pun ada. yang paling best lepas usrah makan. hehe. so kat sana nanti, jangan kekok kalau orang ajak pergi usrah, at least ada orang yang nak ingatkan kita bila kita dah lalai-lalai. suggestion aku, ambillah usrah yang persatuan berdaftar seperti usrah SMSA.


******


Ok, tu je kot sedikit sebanyak yang aku boleh sediakan. Sebab aku buat ni untuk tolong SMSA, walaupun tak berbayar katakan, erk, lainlah tuan presiden nak belanja makan kebabish ke lain lah. ekeke. Rasanya lebih 40 orang yang akan ke Sheffield tahun ni. Welcome to Sheffield dan sampai sana, tegur2 la ye.

pss : nak belajar masak sedap + pantas + murah, boleh ku adakan kelas nanti kat sana. ekeke. Jom dapatkan duit raya dari joegrimjow

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

ESQ : bukan sebarang program!

tadi baru twit nak hadiri ESQ, ada orang tegur yang ESQ best dan pelik macam mana ESQ boleh sampai ke UK. hehe. ok, ESQ ni bukannya prgram motivasi yang kena bayar macam kat malaysia tu, tapi program anjuran SMSA yang dahulunya Q n R (qiyam n riadah) sekarang jadi ESQ (enjoy, qiyam and riadah) saja bikin gempak kot



comel pulak banner ni




solat hajat


sempena exam nak menjelang tiba, program ESQ ni di sertai sekali dengan solat hajat. jadi tadi sudah solat hajat, makan makan, aku pun update la blog. semangat ni. sekarang dah pukul 1, entah bangun ke tidak esok untuk qiyam ni. jadi update pun tak boleh panjang2, kena simple2. kita layan gambar je la ye ;)


sof sof, betulkan sof



3 sof untuk lelaki, ramai jugak yang datang!


bersembang memikirkan masalah ummah?



sebenarnya kat sini perlu berhati hati sikit bab nak solat hajat secara berjemaah ni. sebab sini kalau bab2 sembahyang memang sangat dititikberatkan. ingat lagi hari tu untuk solat hajat seorang senior, orang sini komen yang bidaah la, nabi tak pernah buat dan macam macam lagi. jadi tadi, memang solat kat masjid pun memang jauh dengan mereka ni. nak solat isya, bersama balik. elak perselisihan katakan


lepas solat, terus makan. memang ini budaya orang melayu. raikan je la









makan pula spageti, haha, memang sedap la. mantap komiti tahun ni masak ya. lain kali boleh buat lagi. erkk, sebab dah tak jadi komiti SMSA ni, agak janggal pula datang lewat ke program. bak kata housemate dalam statusnya



1st time print screen guna mac, jadi!



esok mahu riadah pulak. main bola katanya. layan aje la. jom main bola esok!!


pss : dah pukul 1 stengah, tak macam pendek pulak entry ni.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cerita SMSA (3) - menjadi budak bukan senang

terlebih dahulu terima kasih kepada bard yang memilih entryku sebagai pemenang no 3 dalam contestnya disini. entry yang berjaya menang itu adalah entry ini. hehe. tak sangka entry yang khayalan tu dapat tempat di hati juri. thx u ;-) erkk, contestku jangan lupa join ya. bukan esok ke? lalala~



~~~~~



SMSA day out kali ini menjelajah peak district. yahoooo! tema? menjadi budak!



best memang best sebab pemilihan tema sesuai dengan gelagat2 kami pada hari itu. terima kasih kepada yang join untuk day out kali ini. korang betol betol rowwkkss (macam ni ke ejaan die?) ok, update serba sedikit pasal day out kali ini ya



46 orang menaiki bas menuju ke peak district. exco SMSA dengan bijaknya mahu melatih 'bakal2' pengganti komiti di tahun hadapan dengan yang mengendalikan program ini adalah muka muka baru. jadi, kami boleh lah main dengan seronok pada hari kejadian. hehe



terima kasih kepada amar, andi, nik, isho, hilman, baim, idayu, mira juju dan penasihat day out zacko yang mengadakan satu program yang mantap mantoya sekali!



antara acara yang diadakan cukup simple. mula mula kumpul untuk main game sukaneka, ada 4 game semuanya, lepas tu bbq dan makan makan dan lepas makan2 kiteorng ada aktiviti bebas. kesemuanya memang membuat hati ini begitu riang gembira. tambahan pula.... full stop (hehe)



o00k, layan gambar dulu



baling selipar



war games!!



isi air dalam botol



4-leg-race



untuk permainan sukaneka ini, kami cipecahkan kepada 4 kumpulan rumah. aku yang berada di kumpulan kuning cukup bersemangat untuk memenangkan kumpulan. kesemua ahli kumpulan juga hyperaktif pada hari tersebut dengan masing masing mahu menang. budak budak katakan



ok, layan gambar lagi




jangan kena jangan kena.....



isi air pakai span, aku pakai span + baju, kekeke!




sebelum berperang kita ambil gambar dulu



yeehaaa, siap sedia semuaaa!




fuhh, memang penat pada hari kejadian. pasukan kuning akhirnya muncul di tempat kedua dengan 33 point di belajang rumah merah sebanyak 36 point. no 3 hijau dan yang terakhir (diketuai oleh chula) adalah biru. kekeke. semua bergembira pada aktiviti tersebut



antara benda budak yang dibuat
1- aming tak mahu keluar dari permainan war games walaupun kalah. budak2, kalah taknak ngaku.
2- hazrat duk membebel sebab tak puas hati itu inilah. budak2, mana puas hati kalau dah kalah
3- kumpulan hijau yang gunakan baju untuk isi air (sepatutnya guna span je) tetap dapat no last, budak2, mana reti ikut peraturan.



habis sukaneka


terus bergerak ke tempat bbq. waaah, sudah hampir siap! terbaik la nik! memang sedap sedap nampaknya makanan yang dimasak. ada jugak yang memancing. aku cuba try skill yang dibelajar tahun lepas. kot kot ada luck kan. perghhh, 2 kali baling, terus dapat. besar pulak tu. lepas tu baling sekali lagi, baling baling, dapat jugak! wohoooo, 2 ekor ikan aku dapat hari tu. memang luck habis lah!



ok, layan gambar lagi



luck beginner ke atau aku memang pro? kekeke




makan makan makann!!



sembahyang jangan lupa



lepas makan2 semua, aktiviti bebas, ada yang bermain lastik, ada yang layan perasaan dengan main gitar, ada yang meninjau2 alam sekitar melihat pokok2, ada yang main galah panjang dan aku main mafia ape ntah. tapi best game tu. ada mafia, polis, orang kampung, doktor dan ketua kampung. haha. stylo la game tu. nanti balik malaysia kita main. ok? hehe



bas datang pukul 5 dan pulang ke rumah masing masing. dalam bas terdengar berita kekalahan arsenal dengan wigan. haha, frust menonggeng housemate aku dengar berita tu ;) layan gambar diri sendiri pulak. hehe. untuk semua yang datang dan yang menganjurkan, terima kasih banyak2!




thx u semuaaa!




gambar koleksi



mengancam tak? agagaga






credit picture to isho (memang terbaik la bro!) dan ikram (sepantas kilat mengupload)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cerita SMSA (2) : update penuh SMSA dinner!

baru saja habis SMSA day out. fuuh, penat bukan kepalang lagi. tapi sebab banyak lagi gambar tidak diupload, kita hold dulu kisah kisah menarik tadi. sekarang kita tengok gambar gambar menarik sempena malam SMSA dinner dan cerita disebaliknya



'be different'


87 orang menghadiri SMSA dinner kali ini!! tema yang penuh kontroversi ini yang dicetuskan oleh adik eica ini mendapat sambutan yang menggalakkan pada malam tersebut. semua hadirin yang datang, memakai maskara (walaupun ejaan sebenarnya adalah masquerade, nak sebut maskara jugak) dan cuba untuk menjadi yang paling berlainan antara yang hadir.


ada yang jadi zoro
ada yang jadi pak misai
ada yg jadi puteri kayangan rembulan
elvis presley pon ade!!


elvis presley



elvis presjoe. agagaa



untuk malam itu, semua hadirin memang kenyang dengan makanan buffet yang disediakan. 12 pound, memang sangat berbaloi la kan? erkk, sebenarnya 11.50 je, tapi charge 12 pound untuk cover hadiah semua tu. alamak, terkantoi pulak ;-)


anugerah class 1

sebanyak 7 orang yang memberi nama untuk class 1 award menerima hadiah juga malam itu. tahniah kepada housemate, zakco yg berjaya dapat juga award tu. tahun ni dapat lagi ya!




anugerah sheffield popular


sebanyak 8 anugerah dipertandingkan dan senarai pemenang adalah seperti dibawah (acece, macam pemberita pulak)


anugerah pom pom pom (perempuan) - miss alia (sayalah doktor cinta)





anugerah pom pom pom (lelaki) - pisang (malam ni nak peluk bear puas2!)




anugerah murai kepoh (perempuan) - miss sha sha biza the pizza princess (lalala~)




anugerah murai kepoh (lelaki) - kodiang (awat hang buat muka camtu?)




hyperaktif (perempuan) - miss sofeah (berguna jugak nasihat yg diberi ni)




hyperaktif (lelaki) - john (hi, saya johan taufiq, berminat?)





QUEEN OF THE NIGHT - wan iman the MISS ELENA DELA VEGA




KING OF THE NIGHT - Mat Yen the MR ZORRO





semua hadiah digondol oleh final year student! mantap2. sebab semuanya gojes2 dan hensem2 semuanya, memang susah juri nak memilih. jadi, kepada pemenang, tahniah diucapkan. yang tak dapat, cuba lagi tahun depan. hehe. ok, layan gambar sepanjang majlis




hadirin mula mengambil tempat



jejaka perasan hot



gadis2 bergembira



classmate with zaty



gadis2 bergembira lagi



call me V.....



call me W



sopi n abg safwan merenung nasib




kami power rangers!!



barisan final year yang terchennntaaa... sob2



ok, itu saja dulu update bergambar. gambar semua dari facebook. hehe, isho, ikram, miji dan thoriq. harap semua berpuas hati dengan malam tersebut. semoga jumpa lagi di lain masa dan ketika.


joegrimjow melaporkan untuk blog joegrimjow ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cerita SMSA (1) : kemunculan elvis presJOE!

lol

penat dan badan masih sengal sengal lagi. mahu keluar joging dan meregangkan badan badan dulu untuk day out esok. nantikan update full di entry entry berikutnya. sebagai permulaan cerita, layan dulu gambar ini ;-)


nyanyi lagu?



hi, saya joe






note : cepat cepat la upload gambar ya kawan kawan, eica and sarimi upload video tu cepat2. credit picture to ikram



pss: saya senyum banyak semalam :-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW