Share

Sheffield my hometown

Salam,


Post ini ditujukan khas kepada semua pelajar yang bakal ke Sheffield. Juga kepada reader blog ini yang ingin bercuti di UK, boleh 'consider' Sheffield sebagai destinasi pilihan. Air Asia kan ada. Macam biasa, akan buat entry ini dengan bantuan grafik supaya tidak boring =)



Kenapa pilih Sheffield?


Sudah pasti penaja yang pilih kan? hehe. Ok, sebenarnya sangat beruntung dapat University of Sheffield ni. Bukan kerana aku ni pelajar sini, tetapi banyak sebab kenapa uni ni menjadi pilihan ramai penaja untuk hantar pelajarnya ke sini. Bagi yang private, juga akan memilih uni ini disebabkan murah dan berkualiti. Mana nak cari? Sheffield lah tempatnya. Dari pendidikan hinggalah lifestyle, semuanya ada disini!

Baca fakta dalam gambar kat atas, memang stylo kan?





Penempatan di Sheffield


Memiliki banyak kemudahan uni antaranya, endcliffe, ranmore dan city central campus. Boleh klik sini untuk baca lebih lanjut. Kalau memang nak tinggal di kemudahan yang disediakan oleh uni, sangat disyorkan di city central campus. Sebab utama lagi murah + dekat dengan department. Di city central campus ni, pilihlah broomhall atau victoria hall. sangat disyorkan.


Bagi yang tak mahu duduk di kemudahan uni, boleh juga menyewa di luar. Kebanyakan student disini memang sewa di luar tinggal bersama kawan yang lain. Boleh baca entry ini untuk melihat kemewahan kalau tinggal di luar ni, Sangat menjimatkan! klik link untuk ketahui cara memohon private house. Nak lagi senang, contactlah senior2 atau SMSA (Persatuan Malaysia) disini





Student Union Sheffield


Antara perkara yang seronok berada di Sheffield adalah student lifestyle yang sememangnya meriah. Ini didorong kerana memiliki Best Student Union di UK. ya, Uni of Sheffield Student Union merupakan top di UK. Sebut pasal top ni, memang sangat meriah! Setiap hujung minggu pasti ada aktiviti dan disinilah kena pandai pilih. Tak semua sesuai dengan agama kita. Heh, jangan ada kat negara orang kita buang agama la ek

1 september 2010 merupakan tarikh rasmi pembukaan Student Union yang berwajah baru. Fuh, memang sangat menarik dan boleh tengok gambar di atas cantik tak cantik student union ni. Yang paling best, semua kakitangan di sana memang sangat suka senyum, senang nak berurusan dengan mereka. Jangan takut, daftar je nanti dengan Uni, terus automatik daftar dengan Student Union ni. Welcome to the real student lifestyle




Tempat Menarik Di Sheffield



Ok, banyak sebenarnya tempat menarik di Sheffield ni. Kali ni aku hanya akan senaraikan tempat-tempat yang biasa dikunjungi dan juga tak jauh dari kawasan bandar sheffield. Banyak lagi tempat luar yang menarik yang tu kenalah dah sampai sheffield baru boleh cerita lebih. ok? hehe


Botanica Garden -

Sheffield ni memang cukup sinonim dengan greenest city. sebab tu botanica garden ni memang sangat dijaga rapi oleh dieorg. student malaysia pulak bila masuk musim bunga, sibuklah jadikan tempat ini sebagai kawasan riadah, sangat menarik dan nyaman? ikram zahari juga selalu gunakan tempat ini sebagai tempat joggingnya untuk adakan gaya hidup sihat (tiba2)


Meadowhall -

Senang cerita, shopping complex. Rasanya ke3 terbesar kat UK. Uk ni memang shopping complex kalah dengan Malaysia, semua nak kecik-kecik je. jadi bila ada satu yang besar macam meadowhall ni, boleh jadi mercu tanda kebangga pada tempat tu. heh, sheffield untung sebab meadowhall ni terletak di sheffield. macam2 ada disini dari kedai pakaian hinggalah makanan. sbulan skali mesti kot pergi sini


Winter Garden -

Garden lagi ye? kata greenest city, mestilah banyak garden. kan? ok, winter garden ni terletak di city. memang sangat stylo pada waktu malam. yang ada slr tu, tempat ni memang dah jadi kewajipan untuk test power ke tak slr korang. tengok gambar kat atas tu lawa kan? kat luar 1000 kali ganda lagi lawa! (hebat tak psiko?)


Sheffield City -

Aha, kawasan city dari kawasan penempatan memang tak jauh. biasanya jalan kaki je. nak naik tram mula2 bolehlah, dah lama tinggal sana, memang jalan kaki adalah terbaik. Kat city ni macam2 ada, kedai2 kecik hinggalah kedai2 besar. Tak mahu shopping di Meadowhall, boleh pilih city sebagai pilihan alternatif.


Valley Centertainment -

Nak pergi tempat ni kena naik tram. naik taxi pun boleh tai best naik tram. Tram kan takde kat Malaysia, jadi naiklah sampai muntah. hehe. Ok, nama pun dah menggambarkan tempat hiburan kan? jadi memang tempat ni tempat berhibur. Nanti cerita lebih apa aktiviti boleh ada di sana. Secara kasar, ada tempat bowling, wayang dan juga subway halal





Tempat Wajib Pergi



Kalau tadi tempat menarik, kali ni tempat wajib pergi. Sebab kenapa wajib adalah macam tak lengkap kehidupan di Sheffield tanpa tempat-tempat ni. Apakah tempatnya? jom kita lihat



Yafai and son -

Kat sana nanti tak payah takut akan makanan halal. Memang ada kedai halal yang banyak menjual macam kat Malaysia. Yang tinggal di rumah kongsi dengan beberapa orang, memang sangat jimat kalau datang bab makanan. 5 pound tu dah boleh masa untuk 4 orang! Murah kan? skill ni kena belajar dari senior, so berbaiklah dengan senior. Yafai and son merupakan salah satu tempat yang menjual bahan mentah dari daging dan ayam mentah hinggalah bawang lada semua. nak masak, datang je sini



SpringField -

Tempat yang paling dekat kalau tinggal di Broomhall ni memang menjadi tumpuan pada waktu petang oleh pelajar sini. Tak kira lelaki ke perempuan, memang tempat free ni menjadi pilihan. Boleh main bola, basketball, netball kat sini. Sebab ia paling dekat, sebab tu tempat ni dinamakan tempat wajib pergi. hehe



Sheffield Train Station -

Memang kalau tinggal di UK, tak jalan-jalan ke tempat lain agak loser r. wah statement. huhu. berada di sheffield ni untung sebab lokasinya di tengah-tengah UK. jadi nak pergi semua tempat memang semua dekat. nak pergi manchester, liverpool, london semuanya biasanya gunakan peerkhidmatan keretaapi. Sheffield Train Station ni adalah tempat yang sangat senang jumpa dengan student Malaysia bila time cuti.



Information Commons -

Ada buat entry life in IC part 1 dan part 2. IC ni merupakan 'rumah' bagi yang suka study. sebab kenapa rumah, sebab ia dibuka 24 jam! haha, ye, 24 jam. memang istimewalah Sheffield ni sebab jarang tempat yang buka kemudahan macam ni dalam 24 jam. Kat sini semua kemudahan ada, past year paper, buku-buku, komputer yang sangat banyak + laju, wifi, kafe dan tempat solat pun ada. tapi biasanya susah nak cari tempat kat sini bila musim exam, semua nak jadikan tempat ni sebagai rumah dieorang!



MWHS -

Muslim Welfare House Sheffield ni merupakan masjid bagi penduduk muslim disini. Sebab ia masjid yang paling dekat, memang student Malaysia yang beragama islam akan solat disini. Yang lelaki akan solat jumaat kat sini. perempuan pula bila ada je aktviti persatuan, memang akan sentiasa dibuat disini. tok siak pun orang malaysia ok. ekeke





Aktiviti Biasa Pelajar di Sheffield


Bowling -

Nak main permainan outdoor, biasanya bowlinglah yang menjadi pilihan. Memang agak mahal 4 pound satu game dan memang kena cari waktu murah. contohnya ada promosi 6 pound for 6 games. heh, main sampai bengkak tangan. Selain bowling, ada juga yang memilih ice skating, tapi biasanya bila dah main sekali, mesti taknak main lagi. haha


Main Salji -

Aceceh, ye la tu biasa kan? biasa bila time salji turun la. Sheffield ni dah 2 tahun berturut-turut salji lebat turun. kat seluruh UK rasanya kot. Tahun lepas dan 2 tahun lepas memang sangat lebat sehingga nak main salji pun dah terasa boring. untuk tahun ni, rasanya salji dah tak turun kot. hahaha. malang-malang =)


Carboot -

Uk memang cukup sinonim dengan carboot. Sheffield pun banyak tempat yang ada carboot sale ni. Carboot ni macam tempat orang menjual barang-barang lama dan terpakai. Ap yang best, ada je barang lama ni masih elok dan boleh dapat dengan harga sangat murah! untuk tempat carboot semua, boleh tanya senior macam mana nak pergi. hehe. banyak sangat nak senarai kat sini


Usrah -

Saja letak gambar makanan mewakili usrah. ekeke. sebenarnya usrah kat sini sangat best dan sangat berlainan dengan berada di Malaysia. Sebab utama adalah yang membawanya tu seusia dengan kita. bila dah seusia dengan kita ni, memang aktiviti usrah pun pelbagai. ada yang perg main bowling, shopping, masak-masak dan main bola pun ada. yang paling best lepas usrah makan. hehe. so kat sana nanti, jangan kekok kalau orang ajak pergi usrah, at least ada orang yang nak ingatkan kita bila kita dah lalai-lalai. suggestion aku, ambillah usrah yang persatuan berdaftar seperti usrah SMSA.


******


Ok, tu je kot sedikit sebanyak yang aku boleh sediakan. Sebab aku buat ni untuk tolong SMSA, walaupun tak berbayar katakan, erk, lainlah tuan presiden nak belanja makan kebabish ke lain lah. ekeke. Rasanya lebih 40 orang yang akan ke Sheffield tahun ni. Welcome to Sheffield dan sampai sana, tegur2 la ye.

pss : nak belajar masak sedap + pantas + murah, boleh ku adakan kelas nanti kat sana. ekeke. Jom dapatkan duit raya dari joegrimjow

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

23 ulasan:

Syariful Bahri berkata...

wah, promote usrah!
bagus²

joegrimjow berkata...

@Syariful Bahri

agak lalai kalau tak follow usrah

rhapsody LiN berkata...

sorg kwn lama lin akan ke Sheffield x lama lg.. tlg jd dia elok2 ek. hehe

amiratul hasanah ;p

joegrimjow berkata...

@rhapsody LiN

soh la die add bro kat fb

Nur Suaidah Bachok berkata...

bila nak holiday kat sini ni!!! :D

joegrimjow berkata...

@molmolla

datg je bebila

cik selamah kundang berkata...

aku suka carboot sale dia.aku suka fileystreet.herm.rindu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

thanks 4 info

baru terbuka sket mata ni..

walaupun rasa impian nk p luar negara tu kabur2...

huhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

errr~

cam syiok je~

nak pergi!

Mama Zharfan berkata...

ranking notts uni tinggi sikit dari sheffiled :)

CPFZ berkata...

wah...byk btul info..
beshnye kalo dpt gi sane... :)

joegrimjow berkata...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
eh eh, ape pulak kabur.

joegrimjow berkata...

@mama zharfan

tp sheffield lagi best
haha
boleh?

Tanpa Nama berkata...

wa...best plak di sana kan.
nti byk duit skit mau p sana ni..hehehe

joegrimjow berkata...

@Ayin Jemin

Btol2, lepas tu bleh ke london plak

Hizami Li berkata...

wah.
lepas ni sheffield jd mini malaysia la.
haha.
:D

Lisa berkata...

dulu masa SPM ada gak pergi interview nak buat engineering kat Sheffield.
tak lepas.
takde rezeki kot. hehe.

Emy Ahmad berkata...

life in sheffield will be the best part of your life..trust me!

Berlin pun kalah hehe =___-

joegrimjow berkata...

@Hizami Rahim
mini malaysia?
hurm2

joegrimjow berkata...

@Lisa Farhana;

bleh sambung masters semua

joegrimjow berkata...

@Emy Ahmad
yup
agreed

Farahin Esa berkata...

waaaaaaaaaaaah~
xde duit nak melancong banyak tempat cmni..
=(

Tanpa Nama berkata...

alohhh siyes la taun nie xde snow?
>.<

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW