Share

Kehidupan di IC (2) - Aktiviti ketika bohsan di IC

Entry bersiri pendek ini adalah hasil idea gambar dibawah ini. Iaitu gambar print screen yang diambil ketika jam 8 malam sini (lebih kurang pukul 3 pagi waktu malaysia) yang mana pengunjung ke blog ini adalah rata-rata dari UK. ok, tengok gambar bawah dulu




ok, walaupun ada dari Kulim seorang, tapi majoriti adalah dari UK. ooh, ramai jugak orang UK yang baca blog ni ya. Bagus, rasanya yang baca pun semua kawan-kawan. itulah kegunaan berkawan ramai, dieorang bagi kita traffic. so kali ini, siri ke2 adalah kesinambungan dari siri 1 semalam yang bertajuk bercamping di IC.



******


Kehidupan di IC (2) - Aktiviti ketika bohsan di IC


IC pandangan waktu malam



Seperti diberitahu dalam entry pertama semalam, aku akan ke IC selepas solat jama di maghrib dengan isya. ooh, di sini masjid telah jama' maghrib dengan isya disebabkan waktu isya sekarang masuk pukul 11 lebih. Jadi setelah ke masjid, terus bergerak ke IC sampai pukul 3 suku dan pergi semula ke masjid untuk solat subuh. Subuh disini masuk pukul 3 pagi! itulah uk waktu summer, matahari cukup lama!


Masa 5 jam



Dari pukul 10 hingga 3 pagi, sememangnya bukan 100 % adalah masa study. rasanya cuma 60% adalah study dan lagi 40 %, 'main main' kali ini aku akan senaraikan aktiviti ketika bohsan di IC, bila study dah tepu, kita main pula!


1) Beli air di cafe

di tingkat G ada disediakan cafe. selalunya akan turun ke cafe dan dengan menggunakan vending machine, belilah air yang berkenan di hati. biasanya hot chocolate menjadi pilihan. sedappp



2) Naik tangga turun tangga

Ini adalah aktiviti normal. bila dah tersangat boring dan cuba mencari mood untuk study datang, tangga menjadi tumpuan untuk di panjat. bila dah naik ke tingkat 4, kemudian turun balik ke tingkat 1, otak kembali segar bugar



3) Pergi toilet melihat anggota badan

Toilet sini pada waktu malam agak kotor. tapi sebabkan ada cermin yang besar, aku suka ke toilet bila dah bohsan sangat. sambil tanggal baju dalam toilet, pandang cermin, berkata dalam hati 'mantap jugak body aku ni, 6-pack!'



4) Sembahyang sunat

Ada disediakan surau yang saiznya hanya boleh memuatkan 5 orang dalam satu masa. kecik. tapi disebabkan malam , takde orang, ini adalah cara terbaik untuk dapatkan ketenangan. ambil wuduk, solat sunat hajat mintak supaya dipermudahkan ilmu untuk masuk dalam otak



5) Update blog

Sebelum bergerak ke masjid untuk subuh, aku akan ambil masa 15 minit untuk type satu entry. kalau sempat, 2 pun boleh. kalau perasan, banyak entry ku sekarang ni pendek pendek. ini disebabkan update hanya 15 minit. apa yang boleh ditypekan kan?



6) Ambil gambar

Ini aktiviti yang sangat bahaya. bukan apa, takut terambil gambar yang 'bahaya' erkk?


bergambar dengan gaya pegang iphone






membuat reaksi muka yang pelik




erk, perasan tak apa yang bahaya dalam gambar atas?
tak?
ok, kita zoom








dah perasan?
tak lagi?
ok, kita zoom lagi besar









perempuan sexy dimana2
(^0^)




pss : nantikan siri ketiga esok yang bertajuk 'BLOND BLOND blende'

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

38 ulasan:

nadz ruslan berkata...

atas tu macam kain batik ja. hoho

joegrimjow berkata...

selimut dia kot
;)

HiLMaN berkata...

alamak. Tak jadi nak ke IC selepas tangok gambar last. hehe

kaizen shinobi berkata...

joe... mcm sje je kan ko amek pic nih?

hahahahhaha

Cik Ateen berkata...

eh..rasenya..
saya always jenguk blog ni..
xde ker pengunjung dr johor..
hehehe..
n ade gak saya promote link2 awk kat fb..
pasal bdmntn jelaa..
sowy xbgau..
tapii sya ade bg credit tu awk punya blog..
:)

joegrimjow berkata...

x x
xsengaja
hehe

joegrimjow berkata...

cik ateen kena la add kat facebook
;)

Cik Ateen berkata...

ok nnt saya add..hehehe...
:)

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Oouuhhh.. Report sama my coach to be, cik tanah.. Ini keje dia kat IC.. Isk3.. ;p

Zinedine Zaiddin berkata...

Ngahahaha..xde kerja dah joe ni...pandai ko cover nak amik gambar hot chicks yer..keh3~

Farah Y berkata...

Joe, rajinnya study kat IC! Camping kat situ eh. Hehe. Good luck for the upcoming exams!

Ariff Shah berkata...

hahahahah
itu ko cakap sexy joe?

betullah diorang cakap, russian girls ni memang ada advantage dari segi kecantikan fizikal

Milimilo berkata...

xcukup bahaya lagi kot gambar tu.haha

joegrimjow berkata...

. ariff, erk, bgku dah cukup sexy. hehe

joegrimjow berkata...

. milo, lol, ini dah cukup parah dah ni ok, huhu

nurinkhairi berkata...

basically tak berapa prefer baca kenwooi.com sbb dia macam tiru kennysia.com
haha

apsal ko kata orang kat uk tak kenal dia? dia famous blogger kot!

ni pasal entry haritu.

joegrimjow berkata...

sape? kenwooi?

org uk bukan cik adibah je, abg safwan, iqbal, zakwan pun duk sini dan mereka tergolong dari golongan tak tahu pasal blog ni
;)

cik adibah lain, 'blogger lama'

ok, study

iman berkata...

jaga pandangan yeee~~~ nanti ilmu ilang!tiru cam Hilman tuuu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

amboi`

ha ha ha~

mata jaga Joe!~

iman berkata...

by the way Dibah, aku tataw sme Ken2 ni ..haha.padahal lama kowt aku blogging

joegrimjow berkata...

kembali semula berblog. hehe. ok, jaga pandangan ;)

noorafzan.blogspot.com berkata...

ooo..bahaya pompuan seksi..
nanti ilmu yang masuk terlupa sikit.
huhu`

Sharinginfoz berkata...

macam2 pengalaman kat luar negara kan.... hmm seronok kan..

Pelajar IPT Beli Kamera Duit PTPTN

joegrimjow berkata...

. rasanya tak sikit, agak banya akan lupe. huhu

joegrimjow berkata...

. memang sangat seronokkkk ;)

Jard The Great berkata...

uits... kat sini pompuan melayunya lagi seksi

joegrimjow berkata...

erk?
biar betol lg sexy?

eNaSaN berkata...

stUdy2 joe..jaga mata tue...hik3...

Bro Framestone berkata...

maaf bro xperasan ape2 huhuhu

BroFramestone Blog

joegrimjow berkata...

punyelah ku zoom xkan xnampak lg bro
huhu

Q berkata...

macam mana boleh jama' maghrb dgn isya' tu? agak tak faham skit.

akuvision berkata...

memang nak amik gambar awek kat belakang tu kot joe?,hehehehe

azimask berkata...

joe yg no 3 tuh betul ker??? waaaaaakakakakakakaakka

joegrimjow berkata...

no 3 tu mgkin berkata dalam hati betol, tp rupanya xdelah betol
kekeke

cik selamah kundang berkata...

joe.akulah dari kulim tu....hehehe.sure bc blog kau punya

Unknown berkata...

hehehe..entri sengal2~

Unknown berkata...

hehehe..entri sengal2~

Ann berkata...

ok lah de gak surau tu wpun kecik...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW