Alhamdulillah, dah selamat sampai ke Malaysia semalam. Sebab semalam hari rabu, jadi tak dapat nak update blog dengan entry tulisan, menyambut seruan Wordless Wednesday katakan. (biarlah alasan malas nak menaip sebenarnya) So hari ni, masih lagi sibuk dengan kerja duniawi, update pun tak seberapalah
Kali kedua ke Korea
Tempoh hari merupakan kali kedua aku ke Korea. Kedua-dua adalah sebab Herbalife. Kalau bukan sebab Herbalife, memang fikir dua tiga kali jugak nak pergi sebab ongkos semuanya kan. Baik pergi buat umrah ke (aceceeh) tak pun Jepun yang dari dulu lagi aku bercita-cita nak pergi tapi tak pergi-pergi jugak. Takpe, sebab tahun depan memang ada Free Vacation ke Jepun, tunggu grab yang tu je lah
Kali kedua pergi ni 'lebih mewah' Kalau dulu pergi tidur satu bilik 4 orang, walaupun limit sebenarnya 2 orang je sebilik, sebab nak murah punya pasal habis 4 orang tidur berlapik-lapik. Dah la bilik kecik, memang naya jugaklah. Tapi tahun ni, memang sangat mewah sebab satu bilik seorang. Haha, actually entah kenapa aku dapat bilik seorang pun aku tak tahu, tapi tak question banyak sangat sebab memang sangat syok dapat bilik sorang. Dah syok memang tak question la ye tak?
Event dulu baru jalan-jalan
Tak macam yang lepas-lepas, kali ni sampai je kat Korea terus masuk training. Training yang aku masuk ni dipanggil Herbalife University. Hanya World Team keatas saja yang boleh join. Yang tak world team takleh masuk. heh. sebab tu dia punya training pun hardcore sikit, memang terbaikla training tu. Untuk kali ni, 13 000 orang dari seluruh asia pasifik join, RAMAI GILA, tak termasuk India dan China sebab dieorang buat version dieorang sendiri. Ceh, kerek betul. Tak berpeluang nak bergambar dengan gadis-gadis nampak pusat kali ni!
ok, layan gambar je lah
Dalam training ni memang banyak self development yang diajar. Dari macam mana nak jadi leader yang baik hinggalah kepada peningkatan daya kendiri dalam berbisnes. Yang paling aku dapat kesan adalah sharing dari Guest Speaker, memang terbaiklah. Actually aku dalam Herbalife ni dah lama, tapi pangkat tu tak naik-naik lagi. Bukan salah siapa, salah aku je. Memang deserve tak naik sebab banyak main. so dah kena tembak tu, memang lepas ni akan kerja lebih!!!
Gambar last training. yuhuuuu!
Jalan-jalan Korea
Cerita pasal training je, ubah mood kepada jalan-jalan pulak! Memang kali ni jalan-jalan dia sangat syok. Syok pertama sebab duit ada untuk shopping compare dengan 2 tahun lepas dan syok kedua sebab banyak sangat tempat yang pergi dan syok ketiga adalah sebab MAKANAN! Korang bleh bayangkan tak hari terakhir aku timbang berat kat sana, NAIK 5.3 KG. wahahaha. memang sakan ko joe makan, aku bawak sepeket maggie untuk makan time lapar, satu habuk pun tak sentuh sebab perut sentiasa kenyang. Gila bahaya.
Tengoklah koleksi aku dengan makanan kat sana!
Mula-mula dah bedal marry brown kat LCCT |
Nasi Kimchi dengan Seafood |
Ni lagi masyuk, ikan apa ntah n jeruk2 korea, terbaik. lagi terbaik sebab 1 table 2 orang je! |
Buffet maharaja, masakan arab yang amek-sampai-kenyang |
Sushi |
Pakai baju perang pun sempat lagi makan |
Kimchi yang tak jadi semalam |
Ni ANTARA gambar yang sempat diambik. Banyak lagi ok tempat pergi makan cuma tak tersempat nak tangkap gambar. Gambar buffet breakfast makanan korea tak amek, gambar ayam ginseng seekor sorang pun tak amek sebab terkejut tengok ayam dapat seekor sorang jadi tak sempat nak tekan kamera. haha. HASILNYA? naiklah berat badan sehingga 5.3kg. Tahniah joe!!
Selain makan - kita layan lagi beberapa gambar yang sempat diambik kat sana. Banyak jugak pergi tempat shopping, myongdung itteawon apa ntah, aku bukan nak hafal nama tempat cuma hafal nami island je sebab tempat winter sonata punya tempat kan. Heh, nak hurai tak reti so kita layan gambar je lah
Sampai je airport terus disambut dengan Messi pegang Herbalife, terbaiklah korea! |
Hardrock ada dimana-mana |
Main pusing-pusing sampai terbang! |
Gadis-gadis sideline |
Gadis-gadis myung dong |
Konsert Kpop klu convert 30 ringgit je. haha |
Solat jumaat di itteawon |
Penuh dengan rakyat Malaysia satu escalator! |
Nami island |
Merempit di nami island |
Cuba meniru gaya korea |
Gadis nami island =) |
Belajar membuat Kimchi |
Menjadi pahlawan korea! |
Okeh, dah buntang mata dah tengok gambar? haha, nilah entry versi malas menulis. Masa aku kau korea, satu habuk entry pon aku tak tulis. Gila ah, tak sangka aku boleh berhenti menulis blog selama seminggu, dulu tak tulis sehari pun dah macam tak keruan hidup dah. Ni seminggu rilek je tak tulis. heh, zaman dah berubah kan?
Ok, sampai situ saja. jumla lagi di Osaka Jepun tahun depan. Sape nak follow? hehe =)
************
Eh lupa pulak pasal tajuk, perkara yang aku tak puas hati semasa kat korea. cuba korang teka apa dia? cuba lah, cuba lah. Kita main teka teki nak? hehe. Pilih ni
- Orang korea busuk-busuk tak mandi
- Tandas kat korea takde pili air, nak basuh berak susah!
- Makanan yang sedap mesti ada pork, so xleh makan
- Jalan sentiasa jam, kereta penuh dimerata-rata tempat
Actually semua kat atas tu aku tak puas hati, tapi nak buat macam mana dah berada di negeri orang kenalah terima hakikatnya. Tapi ada satu benda ni yang memang serius aku tak puas hati, nak tau nape?
Orang Herbalife datang dengan bini/kapel masing-masing so bleh bermadu kasih/berpeluk-peluk tapi aku??? aahhhhh, alone je memanjang kat sana :(
pss : Tahun depan datang dengan bini mahu letak gambar peluk je penuh dalam blog ni. boleh?
20 ulasan:
fullamakkkkkkk joe.
deki wehhhh...hahaha
seronok nyer u dpt gi korea. i tengok dalam drama jer kot. insyaAllah one day dpt jejakkan kaki di korea. Amin.
best giloooo. rezeki. =)
haha y last2 sabar jew la..hehehe
saba je la joe..gamba yg mnguap nk mkn tu nmpk best
cantiklah Joe kat korea tu..
ni yg buat semangat nak pegi korea ni...=P
hahhaa forever alone!!!
waa... bestnya.. nak pi jgk.. nak pi jgk...
@cik pulau
best kan best kan
@Ani Inherown
aminnn, isyaAllah
@Muntos
rezeki tuhan =)
@gadis kepastian
sabar je kan :(
@hidayahjamal
bukan saje nampak
sedap pon ye jugak
@Anonymous
kenaaa
@Anonymous
:(
@eton
jommm
best giler..best giler...aku nak pegi jugak -......tapi pegi jenjalan dengan hubby sampai pegang tangan riang ria di Jeju Island - boleh?...
hahaha... best woo~
nak buat macam mana, dah idup belum berpasangan.
bestnya g korea!!
aik org bijak pun join herbalife..huhuhu apo nak dikato..kerana duit semuo lupo..
Catat Ulasan