gerakan hati yang seolah menafikan akan kekuatan diri membuat saraf terus kelayuan tidak mahu menggerakkan otot untuk membuat sesuatu yang penting. penting pada diri dan memang impaknya kepada berkembangnya paras sosial dunia
hebat sangatkah?
ayat atas macam susah nak faham je. tadi ada baca blog senior aku yang kena cancer tu. dia sentuh pasal sembahyang. lebih tepat lagi sembahyang subuh. memang cara pengolahan cerita yang dia buat tu terus menyedarkan diri ini yang begitu banyak alpa akan hal keduniaan. sampaikan masa untuk bersama dengan Dia pada waktu pagi hari, cukup sedikit!
menjadi ketua
dulu masa kat sekolah, selalu berlumba lumba untuk solat jemaah. ada kawan yang sekepala, rasanya cukup indah untuk dikenang. dan, memang niat untuk menunjuk alim itu ada. alah, budak lagi kan? buat perkara untuk menunjuk nunjuk, rasanya ok daripada duduk dalam dorm dan terus ponteng solat jemaah. selepas jadi ketua di sekolah, perasaan mahu menunjuk sudah kurang dan rasa akan soal tanggungjawab akan hadir kalau sudah masuk waktu solat
mungkin sebab itu yang mendorong masa di sekolah dulu agak 'alim' alquran selalu baca, tahajud susah nak tinggal dan segala perbuatan alim lagi aku buat. hurmm, kenang zaman budak budak ni, mungkin cikgu pun mainkan peranan dalam membentuk peribadi. terima kasih cikgu!
mungkin yang paling tepat adalah paksaan
usia sekarang dah nak masuk 22 tahun. jauh dengan family? ya, 15 ribu km lebih. jauh dengan paksaan orang? ya, 15 ribu km lebih. mungkin sebab itu yang membuatkan amalan sekarang ni 'kalah' dengan semasa berada disekolah? urmm. mungkin
cerita subuh tadi
almaklumlah yang winter sudah habis dan summer kian menjelma, sekarang subuh di masjid adalah seawal 4.48 pagi. sekarang ni subuh masuk 4.18 dan menjadi kebiasaan solat jemaah di masjid adalah setengah jam selepas itu. awal sangatkan? memang awal tapi itu sebenarnya alasan yang diberi kepada diri untuk tidak berbuat sedemikian. tadi cuba kunci jam pukul 4 pagi. dengan harapan untuk solat disana. adusss. bangun bangun sudah pukul 5 stengah. matahari pun dah naik!
lemah imankah?
entahla, walaupun niat dah nak bangun, jam pun dah kunci, tapi masih gagal. kata seorang senior, kalau kita lewat bangun untuk subuh, maknanya amalan kita dah semakin jauh kebelakang. erkk, tak tahu dari mana sumber senior tu cakap, tapi kata kata itu aku buat motivasi untuk tambahkan amalan di hari mendatang
syurga untuk orang kuat -ini sememangnya betul. syurga bukanlah untuk orang yang daif, orang yang selalu alpa dan lagho, sebaliknya untuk hamba hambanya yang kuat. untuk menjadi kuat, sudah tentu dalam ibadah. dan jangan lupa, ibadah tidak semestinya sembahyang puasa zakat semata mata, tapi ibadah ini adlah melakukan setiap perkara, hanya kerana Dia!
jadi, bolehkah untuk aku masuk syurga dengan keadaan sekarang? satu soalan yang kebelakangan ini asyik tertanya tanya.
nak kata sembahyang puasa, cukup sedikit rasanya yang sunat aku buat. adakah aku kuat?
nak kata charity kepada orang lain aku buat, buat sikit, letih banyak. adakah aku kuat?
gerakan dalam jemaah
antara yang boleh mendorong motivasi kita untuk sentiasa up adalah bekerja secara berkumpulan. ke masjid sama sama. tolong orang sama sama. bergerak dalam jemaah yang sistematik. di uk ni alhamdulillah, begitu banyak gerakan jemaah yang mendorong orang melakukan gerak kerja amal. aku ambil contoh housemate aku yang bergiat aktif dalam satu kerja jemaah ni, setiap minggu, pasti lesap ke mana mana. terutamanya ke manchester. kagum dengan komitmen dia dalam gerak kerja jemaah ini.
seorang lagi seperti senior yang aku cerita di awal tadi, dia pun begitu aktif dalam gerak kerja jemaah. boleh nampak kesenangan yang Allah berikan kepada dia walaupun sekarang ini dia berhempas pulas bertarung dengan cancer. semua orang menyokongnya. tak kira motivasi ataupun dari segi kewangan. itulah sebenarnya kekuatan kita. bila bergerak dalam jemaah, sudah pasti kesukaran yang kita hadapi akan berkurangan dengan sokongan orang lain.
carilah jemaah yang sesuai
untuk student di sini, carilah jemaah jemaah islam yang aktif. paling tak nak pun, kita ada USIC. ikuti usrah dan macam macam lagi. benda inilah sebenarnya mengekalkan kita dalam satu landasan yang betul. mempertingkatkan tsaqafah kita dengan mempelajari dari orang yang lebih 'hebat' ilmunya dari kita. jika kita alpa, akan ada orang yang mahu mengeur kita. dan, inilah yang dituntut agama kita, bekerja secara berkumpulan....
psss : masih kecewa bangun lewat
19 ulasan:
adik joe :)kekekke.. ok entry serius
kalau kita lewat bangun untuk subuh, maknanya amalan kita dah semakin jauh kebelakang.
thank u for this :)
aku pun maish lemah...
subuh da makin awal.belom pukul 6 pagi da cerah daa ;)
erm, cari kekuatan itu sekarang juga, esok mesti bangun sebelum subuh.
serius ke?
;)
setuju!~
kdng2 perlu pengaruh org sekeliling bru la nk wat sesuatu benda..uhuk~
nk bgn awal??cari keje stat kul 5 pagi..insyaAllah xpenah tinggal subuh..huhuhuxpon xlewat subuh..tp kn semayang sorg2 laa..huhu
kino
ade keje kosong pagi kino?
amalan saya pun maseh kurang......
saya sgt liat nak bgn subuh...
hrp ade yg sudi mendidik kelak.hehe
iman2...turun naik.
huhu..tp skang ada wife aku jemaah ngan wife pn ok kan??
kdg2 aku pon terlepas subuh..haish..
p kawin cepat2,mana la tahu lagi semangat nak bangun semayang jemaah ngan isteri.
Jzkk for a good reminder! May Allah guide us and bless us with the TRUE understanding of His Deen. Ameen. The ultimate goal, redha Allah :)
ayah aku ckp, ttinggal solat subuh, xde kepala!
=)
masih ada ruang perbaiki..
tak solat subuh, maka tak solat lah solat2 yg lain
usaha lagi.yg penting ada kesedara.phrase 1st gt mengagumkan tatacara susunan ayatnya :)
solat subuh berjemaah
tu yg dikejar
Catat Ulasan