Share

bowling : 6 pound for 6 games

penat?


ya, memang tersangat penat sekarang ni. penat penat pun gigih lagi update blog. kan bagus kalau 'kegigihan' ni aku guna untuk study. penat penat pun study. perghh, konpem cemerlang gemilang terbilang la aku (da lama tak dengar istilah ni kan, mana lenyap ek?) ok, cerita pasa study, tadi cuba memahami satu subjek ni. ambil begitu banyak masa tapi.... tak paham! agak tensen jugak, tapi nasib baik exam lambat lagi, so boleh la lepas ni tanya kepada orang pakar. ni lah kelebihan study awal. kan kan?



ok la joe, dah dah la tu membebelnya



nak cerita kisah tengahari tadi. main bowling! yahuuu. tahun ni (2010) tadi lah kali pertama aku main bowling. lama gila dah tak sentuh bowling ni. kalau main sorang sorang, tak syok. jadi terus shot kat mailing list (salah guna kuasa) untuk mengajak orang lain main bersama. hehe



20 lebih tadi yang main



memang agak ramai tadi yang main. ada juga beberapa gadis2 comel yang turut main. tapi dieorang main di lane lain. intai intai score, score pon comey comey je. hehe. takpe, belatih lagi, nanti ada tournment, barulah tak malu asyik longkang je.. erk??



fakta permainan bowling di sheffield

1) iqbal tahir merupakan juara SMSA day out tahun lepas dengan jatuhan 489 pin (3 games)

2) rekod longkang dipegang oleh 'tuttt' dengan longkang 8 kali longkang straight




itu antara fakta permainan bowling disini. menarikkan? masa main tadi, 20 orang dipecahkan dengan 3, 3, 4, 4, 4 dan 2. memang tak adil kan? takpelah, sebab ni hanyalah latihan semata mata. kalau pertandingan, memang tak adil la kan?



6 pound untuk 6 games


promosi promosi


memang murah sangat! kebiasaannya untuk adult, satu game adalah 4.15 pound. kalau student, 1.80 pound untuk satu game. tadi ada promosi. dari pukul 10 sampai 3 hanya 6 pound untuk 6 games. tapi syaratnya, kena main 6 games la, baru boleh dapat 6 pound. main 6 games tak penat ke? layan je la


permainan aku?


sebab dah lama tak main, memang teruk sangat. 1st game, untuk 7 balingan pertama, hanya 42. haha. teruk gila kot. tapi nasib baik lepas tu dapat 3 kali strike dan markah untuk game pertama, lebih 100. fuuh, nasib baik! tadi, game ketiga markah paling banyak 155 dan yang paling teruk..... 59. haha. game last. alasan? letih dah 6 game main. boleh? hehe



get togather


ada satu program inisiatif dari freshers (freshers lagi ke korang ni?) akan diadakan 8hb 4 ni. bagus betul pelajar 1st dan 2nd year kat sini yang ambil inisiatif ni untuk adakan program bersama. dieorang plan untuk main bowling dan lepas tu makan sama sama. agaknya kalau semua turun, 50 lebih jugak bilangan dieorang. wawahh, meriah. nak join jugak boleh? hehe


rasa best jugak buat aktiviti kat sini. rasanya pelajar yang baru datang ke sheffield kali ni cukup senang untuk turun padang. shot je kat mailing list, pasti ramai yang datang. rasanya AGM nanti akan penuh la dewan yang ditempah. ok ok? hehe, datang la ek nanti semua


video video menarik





ni video spare pisang buat. memang tak jatuh lagi tapi dah buat gaya seolah2 dah dapat spare. haha. nasib baik jatuh. kalau tak jatuh? tak ke malu? hehe




ni pulak video strike zakwan. housemate. perghh, dia score highest tadi, 177. wawah, lepas ni masuk tourney, boleh buat team rumah ya? hehe



apa yang dapat?

tadi selepas main, 3 jam lebih jugak rasanya, semua dah lapar. apa lagi, bantai KFC. KFC?? ya, tapi versi halal. kan dah cerita kat entry ni, kat sheffield ada 2 KFC halal, jadi lepas main penat penat, semua gerak ke KFC untuk makan sama sama. rasanya dah lama tak kumpul ramai ramai cam ni. walaupun 20 lebih je yang datang, tapi kemeriahan yang macam duk di malaysia jelas terasa. doa doa walaupun kita berseronok gembira tadi main bowling, ukhwah yang terjalin tadi harap berkekalan untuk selama lamanya... ace cee cee ;-)


psss : balik malaysia nanti, buat gathering blogger dengan main bowling, ramai tak yang turn up ek?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eh walaopon masuk longkang tapi x de la paling teruk 50 lebih...heh!

joegrimjow berkata...

59
hehe

lumut berkata...

murah gile!!!
sini 1 game pon cecah 6 dolar!

joegrimjow berkata...

ni waktu promosi

Nur Suaidah Bachok berkata...

jom lawan boling! hahaha ;D

joegrimjow berkata...

kena belatih cukup2 dlu

Hazzy Ishak berkata...

rasanya dah setahun tak main
jeles tol lah

zahra. berkata...

best main bowling ;)

oh kalau dah murah just grab that chance, bukan selalu ada promosi kan ....

:)

enyheartsdiamond berkata...

x rety lah main boling!

Syima Syaz berkata...

tak pandai main...n takut nak try...
dan tiba-tiba bila joe sebut kegigihan study, rasa rindu plak zaman study n zaman stay up sbb nak exam!

Munsyi berkata...

mesti rmai turn up nye..kalo murah cam 6pound 6games la..hehe

SweetyMui2 berkata...

saya xpandai men bowling..slalu tgk org main je..heee..
sekian :)

dayah berkata...

BOLE TRY GATHERING BELOG JOE AGAKNYA KALO XDE HALANGAN :)

aNoZ berkata...

api dieorang main di lane lain. intai intai score, score pon comey comey je.



ayat paling kelakar aku pnah dgr sepanjang baca blog kau. hahahahahhahahaha... sumpah lucu doooo tak tipu!!!! hahaha

Qiha Aziz berkata...

rasanya kalau gathering blogger, org akan turn up aje. xkisahla buat apa-apa pon :)

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

memula main boling ketika umur 31 tahun... 1st time main boling kao.... sebelum tu x pernah pegang pun bola boling... kawan punya pasal... main la juga... belajar lebih kurang sikit cara2 nye.... baling pertama sudah strike... ke 2...3 pun strike.. balingan ke empat x dibenarkan... sbb depa kata aku tipu... aku pun tak paham macamana blh strike... sampai la nih tak main dah boling... huhuhuhuhuhuh

.::WaNiE::. berkata...

kalau aku free, aku join jek, wlau tak pandai main, aku tak mainpun, aku tlg memeriahkan majlis jek pun takpe

kekekekke

dan cam biasa, video aku tengok time balik umah nanti ok beb

Aduka berkata...

204..
hahahaha..
nk dpt mata tu balik punye la pyh..
haha..

Unknown berkata...

buat la ikut zon.nak join gak.JB.woo.

joegrimjow berkata...

ikut zon?
haha
rajin betol ku nak p semua zon ni
hehe

Jard The Great berkata...

jejalan tinguk org main bowling.. hmmm. ;p

mama affan berkata...

main asmpai 6 game? main 3 pun tangan mcm nak jatuh..huhu..kena wat senaman tangan 3 bulan sebelum..hehe..

joegrimjow berkata...

smalam main mmg sampai dah buhsan
hehe

zai berkata...

dah lame xmain bowling!!
if wut gathering blogger ramei x turun ?
answer : mesti ramai!, vote vote

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW