Share

Cinta NESLO (1)

Salam 1blogger


meh nak bgtau skit ni, mood blogger yang nak exam akan terasa tau bila terima email2 yg tak sedap dibaca. haish, kalau nak bagi email yg nak kutuk aku pun tunggulah lepas exam, 10hb6 ni, masa tu nak hentam, hentam lah, ku terima dengan hati terbuka. skrg ni dengan sibuk nak studynya, nak tulis entrynya, baca email 'serangan peribadi' ni, buat hati tak senang ok. keep it cool joe...


pasal entry crocs semalam


ada org cakap ku tak pandai bagi kredit. pasal print screen status ustaz hasrizal. katanya ku ambik kat blog khai. adoyai, nak bagi kredit apa sebab tu ku yang ambik dari facebook ustaz, siap mintak kebenaran lagi dengan ustaz untuk post kat blog. kenapa tak taruk watermark? sebab ku nak korang share benda tu kat blog korang (ayat ustaz bagi tu power) kalau ada nama joegrimjow kat situ, mesti korang xnak share kan? nak bagi kredit ke x, tu terpulang. semalam twit dengan khai ku soh die letak kredit, die mmg dah letak kat oh tidak, takkan kat blog dia pun dia nak letak lagi? haaiiishh. ku tahu ni salah paham, tapi janganlah guna ayat 'kejam' sangat ya cik adik. kesian abang nak exam ni.....


pss : ku tak mahu buat musuh dengan sesiap. cuba untuk jadi kawan dengan semua. tapi at certain part, bila berhadapan dengan orang yang penuh dengan hasad dengki ni, kadang2 kita akan tewas kalau terlalu lembut. sayangilah joegrimjow seadanya... ;-)



*******

NOTA awal : kehidupan di IC (baca untuk lebih paham)



cinta neslo part 1

CREDIT : google


Sejak 2 bulan kebelakangan ini, johari selalu menjadikan IC sebagai tempatnya untuk study. peperiksaan akhir tahun kian menjelang menjadikannya gigih mahu mendapat cemerlang. secemrlang yang mungkin agar orang kampung berbangga dengannya. di ic, dia selalu menghabiskan 12 hingga 15 jam sehari. kalau kebohsanan, dia akan melayari facebook dan juga blog. itulah rutinnya. masa zohor, dia akan sembahyang di tempat yang disediakan di tingkat 2 silent study dan selepas itu, dia akan turun ke cafe untuk membeli minuman


zohor itu


dijadikan cerita, selepas solat zohor, dia turun ke cafe. hajatnya mahu minum neslo di sana. vending machine disediakan memang tiada neslo, tapi dengan kegigihannya dia berjaya juga mencampurkan sedikit milo dan menekan butang nescafe di vending machine tersebut. ada satu sudut yang menempatkan bahagian gula, susu dan sebagainya. kebetulan pada hari itu, seorang perempuan yang bukannya dari asia,mungkin orang local turut berada di tempat vending machine


cair meleleh


memang perempuan itu sungguh cantik. bentuk badannya yang macam kerengga menyempurnakan lagi wajahnya yang manis bak madu asli. hati johari mula gemuruh. oooh, adakkah perempuan ini adalah gadis idamannya? entah, dia sendiri pun tidak tahu. setelah mencampurkan sedikit milo, johari terus bergerak kebahagian susu untuk campur airnya tadi dengan sedikit susu. di jelingnya pada perempuan tadi, dan perempuan tadi membalas dengan senyuman menawan. sekali lagi hatinya tersentak!



di bahagian tempat susu, dia mula tidak keruan. mahukah dia untuk bertegur sapa? mahukah dia memulakan perbualan? takkan mahu dilepaskan perempuan secantik itu pergi begitu saja? getus hatinya



perempuan tadi menuju ke arahnya. ya, sama seperti dia, sudah pasti mahu mengambil susu juga. baru saja mahu berkata, lidahnya menjadi kejang. tak dapat untuk meluahkan satu patah perkataan pun walaupun hi. perempuan tadi yang perasan yang johari agak nerves, buat muka slumber dan memasukkan susu kedalam bekas minumannya. dengan tidak sengaja, johari tercampur garam kedalam neslonya itu tadi. dah separuh masukkan garam, baru dia perasaan yang bukan gula dia masukkan, tapi garam!



malunya



perempuan tadi perasan dan mimik mukanya berubah. johari sudah mati akal dan perempuan tadi pasti gelakkannya. gelak akan kebodohannya. ketika ini dia sudah pasrah, sudah pasti perempuan itu akan menanyakannya, dan sudah pasti tak tahu dia mahu jawab dengan jawapan apa yang sesuai. perempuan itu bertanya



jeane : erk... why do u have this kind of hobby. coffee with salt?

johari : eerrr.....



lidah johari kelu. dia mati akal. tiba tiba dia dapat satu ilham. entah dari mana idea itu datang dia pun tidak tahu


jeane : why?

johari : actually i miss my hometown. i live near the sea, idyllic life eventhough my family not rich. sometimes when i feel very thirsty, i will drink sea water. yeah, its not nice at all but what else i can do? my family cant buy anything even a water. putting salt in coffee make me remember my childhood. make me never forget where i came from



perempuan tadi yang namanya jeane cukup terharu akan jawapan yang diberikan oleh johari. ad sedikit air mata bergenang di kelopaknya. dia fikirkan dalam hati, lelaki yang ingat kisah sedih yang lampau sudah pasti seorang lelaki yang baik. bertuah betul dia kerana selama ini hidup dalam kemewahan sedangkan ada orang lain yang hidup nak minum pun terpaksa minum air masin. mungkin itu membuatkan jeane terasa sebak



jeane : amazing... by the way, im jeane (tangan dihulurkan)

johari : im johari, u can call me jo (di sambut tangan jeane)



setelah bersalaman, terasa sesuatu di hati mereka berdua. walaupun ketika itu johari memakai sarung tangan disebabkan kesejukan, kehangatan tangan jeane jelas terasa. begitu juga dengan jeane. dia merasakan cukup aman ketika johari menyambut tangannya, walaupun sarung tangan menghalang kulit mereka dari bercantum



bagaimanakah kesudahan cerita ini? berjayakah cinta neslo antara jeane dengan johari? adakah baik yang meraka dapat, ataupun buruk semata mata?

nantikan di part 2.. finale episod


pss : entry dari blog lama ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pergaduhan terbesar blogger : Joegrimjow vs Zackzuhari!!!

Salam, seperti yang dijanjikan, kali ini mahu post entry komik lagi. Dah banyak rupanya komik yang aku buat contohnya wonder joe-grim-jow, Besday alisya, Scene yang dipotong dalam Adamaya, 5 stage berblog dan kali ini akan menceritakan pergaduhan di dunia blog! Siapakah yang terlibat, tajuk sudah menerangkan! Enjoy reading




klik dulu untuk penghayatan sejati


















Ku pernah buat entry pasal dia di 3 fenomena terbabow dalam industri blog. dah sebulan lebih dah tak update blog mamat ni, baru2 ni baru start berblog semula. hehe. bagus2, dunia blog perlukan orang kreatif macam dia. takdelah bohsan sangat masa blogwalking. ok zack, jangan malas2 update, kena rajin skit!



Kenapa buat entry kat dia?


Dia ni yang mengajar aku secara tak langsung untuk maju dalam blog ni. iaitu hasilkan entry kreatif. Dulu entry aku kebanyakan syok sendiri tapi dengan melihat entry dia yang super kreatif ni, baru aku paham kesan entry berbentuk kreatif ni adalah sangat hebat! Jadi untuk blogger di luar sana, jom hasilkan entry bermutu untuk tatapan pembaca. aku pun masih belajar. tentang tajuk, saja nak perli beberapa blogger yang sibuk cari traffic dengan cari gadoh dengan blogger lain. LOSER tau orang macam ni. Takkan tahan lama di dunia blog ni kalau ramai musuh, carilah kawan seberapa banyak yang boleh!


Ooh, pasal besday


kekeke, sebenarnya ku dah lama buat entry ni tapi hari tu ternampak si fida post wish happy besday kat dia, tengok kat profail, 26 hb, jadi ku tangguh la post entry ni dengan ubah skit2 komik atas ni jadi kena dengan besday ko. so,



happy besday zackzuhairi
dari joegrimjow (kira hadiah besday la ni)
hakhak. sweet tak aku ni? hehe. soh itah baca skali entry ni ;-)



pss : komik seterusnya pun dahh siap lama, cuma tunggu masa je untuk di publish. siapa? tungguuu. buat komik ni lebih senang dari type satu entry yg panjang. terima kasih macbookpro ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tutorial blog : Menjana traffic dengan SEO (1)

SEO ini merupakan benda yang sangat penting dalam dunia blog. Search Engine Optimazation. sebenarnya ilmu aku sendiri dalam bidang ni sangat terhad sebab tak explore habis lagi, oleh itu, part 1 ini hanya akan cerita apa itu SEO dan kesan SEO kepada blog its all about journey ini. dalam part seterusnya mungkin akan di fokus kepada cara untuk tingkatkan SEO. Pergi baca blog yg memang tak kedekut dalam mencurah ilmu macam kak dahlia, kak jie dan ariff. Aku pun belajar dari mereka dan... lepas exam akan tulis tutorial. Mungkin dalam bentuk komik? *senyum*



Apa itu SEO : rehat + bersenang lenang pun traffic masuk


Basic kepada SEO ini adalah dalam enjin carian. banyak enjin carian yang popular seperti google, yahoo dan macam macam lagi. Kenapa traffic boleh masuk walaupun kita tak update blog dan bersenang lenang, sudah pasti dengan bantuan enjin carian ni! Sebab itu kalau kita perasan, yang 'otai2' dalam dunia blog ni, ada dieorang pergi blogwalking gila2 tapi traffic masih beribu sehari? tak, mereka bermain dengan SEO dan dapat traffic yang menakjubkan! Nantibarulah boleh masuk dalam top blogger malaysian blogger



Kesan SEO : Blogger biasa pun boleh dapat traffic beribu sehari!


Kesilapan aku dulu adalah sangat merendahkan kesan SEO ni. maklumlah, tak yakin pada diri sendiri dan lagipun, tak guna domain sendiri, mesti tak mesra SEOnya... SALAH! sesiapa saja boleh jadi raja SEO! Untuk menunjukkan betapa berkesan taktik SEO ni dan bila ada tajuk SEO di post akan datang membuat korang terus mahu klik blog ni, akan dipaparkan print screen yang sempat ditangkap!



no 4 dalam enjin carian google 'keputusan akademi fantasia 8'



no 4 dalam enjin carian google 'pemenang akhir akademi fantasia 8'


no 2 dalam enjin carian google 'juara akademi fantasia 8'

dan
ada lagi yang best
ini yang menyumbang traffic paling banyak dalam blog 2 hari lepas
yang bestnya sampai hari ini masih ada referrer dari sini!




no 1 dan no 2 dalam enjin carian google 'keputusan akhir akademi fantasia 8'


mahu lihat kesannya kepada traffic?



23 may - traffic dari search engine visitor 75!! new visitor 65!!



22 may - traffic dari search engine visitor 180!! new visitor 147!!



22 may - traffic by keyword




23 may - kalau aku cakap ni diambil pukul 11 tengahari caye tak? ;-)





Segala paparan diatas bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Tapi untuk menaikkan semangat yang gila traffic ni untuk mendalamai lagi bidang SEO ni. Bukan fokus kepada blogwalking semata-mata. Blogwalking dibuat untuk membina jalinan perhubungan dalam dunia blog, bukan untuk kejar traffic semata2! Entry berikutnya akan menerangkan lebih detail dan paling mudah cara untuk dapatkan mesra SEO ini. Nantikan!



ooh, jangan lupa untuk join Gathering Gengblogger di putrajaya. Masih lagi mencari AJK untuk memeriahkan gathering ini. Walaupun lambat lagi, tapi dah 3 meeting online dijalankan. Berminat mahu jadi ajk? sila email nama, url blog ke (joegrimjow@gmail.com)


(klik untuk makumat lanjut)
Ramai juga blogger yang hebat akan turun,
takkan taknak belajar face-to-face dengan mereka kan?



pss : Dah daftar topblog iluvislam? jom daftar jom

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW