Terbaca status seorang awek blog yang cun dia ada daftar syarikat sendiri. syarikat jual biskut biskut. aceceh, bangga tu walaupun mak yang daftarkan? saja nak mengorat, aku post sesuatu kat wall dia tanya nak muffin 12 dan suruh dia bagi percuma 2. Berbual punya berbual, akhirnya jadi juga muffin tu di tempah.
esoknya dah nak sampai ke sini
Dia dengan malu-malu kucing belang bagitau, seganlah nak jual-jual ni. tak pernah lagi saya jual cupcakes kat orang luar. Family je yang selalu makan. Haiya, sebab dah bgtau kat beberapa orang yang aku akan bawa cupcakes, dengan teknik yang dibelajar melalui pembacaan buku '50 cara menawan hati wanita' aku suruh dia buat sikit dulu dan bagi aku test. sedap, aku akan promote. wah wah, dapat makan free gitu abang-abang akak-akak oii
Setelah bersetuju, maka berjanji temulah di The Mines, maklumlah, tak tahu sangat jalan-jalan ni kan, pergi tempat-tempat yang besar tahulah sikit sikit
'saya tunggu kat jambatan ya'
msg diterima. ahaa, ni satu lagi ni, apsal la pilih kat atas jambatan tu. bukan ke tu tempat yang sangat-sangat mencapap untuk berbual. kang nampak kat sesiapa kang boleh jadi gosip. tapi aku sedar diri takdelah popular mana, pergi jelah atas jambatan pun. maka cengkerik rama pun berlakulah
aku : awin?
dia : ya saya
aku : wahh, awak lagi cantik dari dalam blog la. macam diana rafar
dia : aahh, benciK. bukan bukan. saya adalah saya
aku : hehe, saya pun tak kenal diana rafar tu yang mana. mana cupcakes saya?
dia : ni diaaa. sorry lah kalau tak lawa
sambil melihat. lawa!
aku : apa pulak tak lawa, lawa lah ni
dia : ye ke? segan lah. tak pernah bagi orang luar try
aku : cik awin, kita kalau nak meniaga jangan malu-malu. baru bisnes maju gitu
dia : iye iye. tapi kalau tak sedap....
aku : takpe, sedap saya cerita dalam blog, tak sedap saya tak cerita. amacam?
dia : haha, iye iye
aku : so, jomlah discuss masa depan kita?
dia : masa depan yang macam mana?
jeng jeng jeng
aku : bla bla bla bla
dia : ooh. ok ok. hihik
aku : bla bla bla bla
dia : ok, setuju!
aku : ok, saya balik dulu ya. jangan lupa ya
dia : ok, jumpa lagi.
Saya tangkap gambar ya
ok ok, saya senyum
Maka tamatlah jumpa dengan cik awek blog yang cun. Sebab mak dia pun tengah tunggu, cuma jumpa kejap saje. So cik awin, ku dah makan semalam lebih kurang pukul 12 malam (kalori kalori) dan rasanya sangat sedap! heh, lembut-lembut gitu. Senang je masuk perut ni. hehe. Jadi, sesiapa yang mahu buat tempahan dengan cik awek blog yang cun ni, boleh la usha2 dia punya blog kat sini untuk lanjut. Memang sedap, bukan sahaja lembut bahkan juga senang untuk dihadam. eh, boleh ke? hehe. nanti raya saya mahu tempah ya cik awin =)
cik awin ni satu U dengan hanis zalikha. mak hanis zalikha pun buat kuih. Mak cik, saya nak try boleh? hehe
pss : dialog kat atas rekaan semata-mata. ape ke benda lah cakap macam tu dengan orang baru kenal, i ni shy shy ok =)









