Share

cinta eiffel tower (part 1)

cerita hasil karya diri sendiri, hakcipta terpelihara. klu nak amek bleh, cume linkkan la ke entry ni. ok?

watak
hairul : watak utama, pandai, hensem, kasanova
zamani : kawan hairul, anak sulong, berpendidikan agama
wani : gadis kampung, selalu bersemangat, pandai masak
azian : housemate wani, suka membebel
puan zamilah : seorang ibu yang tinggal di kampung












'woit, ko webcam dengan sape?'


teguran dari zamani membuat hairul terkejut. jam 2 petang bersamaan 10 malam waktu malaysia, dengan siapa lagi kalau bukan dengan awek-awek yang dia miliki.



'kau ni, semalam aku tengok webcam dengan minah bertudung, ni dah tanggal dah tudung minah tu?' zamani menegur lagi

'haha, pompuan lain la. ni hot sikit, kena layan lebih. jarang dapat 'mangsa' yang sehot ni bro' dalih hairul



'dah la, aku bukan tak tahu, ko mengayat awek awek tu bukan main manis lagi. jangan rul sakitkan hati perempuan ni, bahaya. nanti ko dapat padahnya' cubaan kali kedua zamani

'rilex la brother, spesis perempuan sama je. MURAH. M.U.R.A.H. haha' gelak hairul membuat zamani terus menggelengkan kepala dan terus beredar meninggalkan hairul berwebcam dengan perempuan hot di desktopnya



mungkin kisah hairul dahulunya yang ditinggalkan kekasih lamanya membuat dia berubah menjadi lelaki begini. kisah silamnya yang masih mencintai perempuan idaman dari bangku sekolah lagi berakhir dengan pembohongan perempuan itu bermain kayu tiga. sejak dikecewakan, hairul sudah berubah 360 darjah.

ooh nita

tidak seperti kawan-kawannya yang lain, dia melanjutkan pelajarannya di bumi uk disebabkan memenangi anugerah olympiad matematik. geniusnya 220 dan selepas sahaja spm, dia ditawarkan untuk sambung ke uk dengan tajaan biasiswa syarikat swasta. sebelum berangkat ke bumi bukan tanah airnya, di saat itulah dia mendapat email dari perempuan idamannya


rul,
nita rasa kita patut clash. rul terlalu pandai untuk nita. nita tak sanggup menggadai masa muda nita dengan menunggu rul di bumi asing. kita clash ek. maafkan nita ya



walaupun pasrah dengan kehendak nita, dia yakin niat nita untuk clash dengannya adalah disebabkan hubungan jarak jauh dan dia yakin nita akan menunggunya, sebagaimana dia akan menunggu nita. tapi jangkaannya meleset, dalam facebook nita, jelas in relationship with ahmad lukman hakimi dan profail picture, nita memuncung mulut seolah mahu cium pipi seorang lelaki



hati lelaki hairul terus meronta, baru sekejap berpisah, sudah bertemankan lain si nita itu. di saat itu, dia menjadi lelaki yang suka mainkan perasaan wanita. si mengantuk di sorongkan bantal, perbuatan hairul itu terus menjadi jadi dengan kegedikan segelintir perempuan yang terhegeh hegeh mahukan hairul

dia lelaki bertuah!


~~~~~

'kerja lagi hari ni wani?'

'haah, mesti. cari duit katakan'



'esok kan ada exam, ko tak study ke'

'aku dah study lama dah, dah prepare lama dah'



'dah prepare pun, tak payah la kerja, nanti badan ko...'

'aku pergi dulu. masak sedap sedap tau. balik aku makan. assalamualikum'



seorang perempuan kecil molek meredah kota paris, mencari duit untuk keluarga di kampung


~~~~~


'so, apa plan esther ni?' tegur hairul


flat kecil itu hanya mampu memuatkan 2 orang student sahaja. hairul dan zamani adalah kawan baik. walaupun usia persahabatan mereka baru 11 bulan, tetapi keakraban mereka seolah dah 11 tahun


'entah la, ko kan kaya, ko plan la, pastu ko blanje aku' zamani senyum kambing


zamani merupakan seorang kawan yang hebat. selain sudah menghafal separuh al quran, nyata kehidupan umat islam sejati dipraktikkannya walaupun negara uk ini islam hanya minoriti. tahajud, puasa sunat, menjadi amalannya. mungkin ini yang mempengaruhi hairul untuk mengikut sama. cuma part perempuan zamani kalah, hairul terlalu berdaun keladi untuk mendengar nasihatnya



'kita ke paris la, cari awek paris plak' hairul mengangkat kening

'ko ni, kalau tak sebut perkataan perempuan seminit 10 kali, tak sah. perempuan perempuan perempuan. tu je ko tau. ishhh' zamani mula mahu bersyarah



'haha, rilek la bro. so, on tak ke paris ni?' tanya hairul

'ikut ko la... tapi aku kena simpan duit skit, nak hantar kat mak aku kat kampung' tundukan kepala zamani membuat hairul tahu pengorbanan yang kawannya itu lakukan.



zamani dari keluarga susah. selaku anak sulong, menjadi tanggungjawabnya untuk menyara keluarga setelah ayah mereka meninggalkan keluarga. sambung belajar ke uk juga hampir ditolaknya, tapi disebabkan maknya tahu akan kepentingan belajar, maknya memaksa untuk zamani terima offer untuk sambung belajar.



'bro, apa gunanya kawan dengan aku kalau tak berhidup mewah. hehe, takpe, tiket eurostar dan hotel aku tanggung, ko hanya sediakan duit untuk belanja je' hairul memberi cadangan

'ko lah kawan aku yang terbaik rul. sayaaaaaang ko. muah muah' perasaan sayu zamani menjadi gembira



'eh eh, aku bukan gay ok. hahaha' gelak hairul

'paris.... boleh la aku jumpe dengan...'belum sempat zamani sambung, terus hairul memotong



'dengan awek ke bro?'

'hairullllllllll' zamani naikkan suara



'haha, kidding kidding' sambil mengangkat tangan tanda surrender


~~~~~

'ya Allah ya tuhanku, kau selamatkan lah anak anak aku di perantauan sana supaya terus sihat. jangan kau pesongkan dan lalaikan mereka ya Allah, tolonglah mereka jika mereka kalah dengan ketaksuban dunia ini'

rutin zamilah di malam hari, mendoakan kesejahteraan anak anaknya.


~~~~~


10 hari kemudian, semasa menunggu train eurostar di london untuk ke paris, hairul dan zamani berbual berbasi basi



'hari tu bro cakap nak jumpa dengan siapa ek kat paris?'

'hehe, ade la, die lah........'



bersambung di part 2






Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

15 ulasan:

eqbalzack berkata...

woww1 best! abg eq mampu gi perak je...hehe

tapi kan...

hujung tahun ni ada org nak bawak gi German...merasa la tgk negara org puteh...

e-liex berkata...

best2! part 2 pliz~~~ :)

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Eh.. Macam dah penah baca ni.. Hehe.. ;p

joegrimjow berkata...

mmg dah post lama dulu
;)

iman berkata...

ni post bila?

mana part 2?

Hairul tu bukan Hairul Adhan kan?

ardinihumaira berkata...

wow! geniusnya hairul tu :)

Farah berkata...

hehe , seronok . boleh sambung part 2 cepat ?

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

hurm setady san carik duit di tempat org. Tibe2 trase touch :(.cepat part 2!

rhapsody LiN berkata...

ade bkat tls novel ni. hehe

joegrimjow berkata...

bukan hairul adhan yg pasti, hehe

nak sambung jugak, bila ada masa ;)

Adziim berkata...

Rasa dah dua tiga kali baca...agaknya gambar sama kot.

saye kerink berkata...

Salam. wahahahh best la bro! sambung la lagi..
nanti dah ade part 2, habaq kat fesbuk yee. huuu ta saba neyyy. cerita sebenar di asimilasi. ;]

Norfa arisha berkata...

best..best..cepat2 lah tulis part 2...

Nurul Lalala berkata...

really love it! espaecially when my name ada dlm cite ni..i'm wani.hahaha

p/s: cpt2 sambung part 2, k?

joegrimjow berkata...

@nurul lalala

dah sambung dah
jgn lupe baca

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW