Share

gengblogger : paling friendly? - masam manis berblog (2)

sebenarnya part 2 nak cite pasal gadis blog, tapi disebabkan terkejut tengok di homepage namaku ada disana, kena buat entry yang ni dulu. yang pasal gadis blog kita tangguh ke hari lain. haha, seronok ni nak cite ni!



gengblogger





sapa lah buat banner ni semua, cute!



sebenarnya aku tak tahu sangat dengan website ni. tapi sebab di suruh daftar oleh cik zara and cik hurul ain, ku daftar je la. mula mula lepak kat sana, macam best sebab dia punya website mesra pengguna. takdelah serabut dengan iklan ke apa dan yang paling best, dapat lihat entry entry terbaru yang fresh dari ladang, eh, eh, bukan. fresh dari orang menulis





bukan ladang lembu ya


jadi mulalah hikayat aku dengan gengblogger. lama kelamaan, memang rasakan masa disana cukup lama. kalau bukak blog, pasti bukak gengblogger. sebab utama ku suka baca entry fresh, kalau ikutkan di tempat ku subscribe, pasti entry dah keluar sejam, baru keluar di reading list. tak best takbest, jadi pengomen no1 ku sentiasa dapat di gengblogger. haha, thx u kepada yang menyediakan platform ni



paling friendly?



muahaha, memang dah bajet akan dapat. hehe, kenapa? sebab semalam memang ku duduk klik je semua entry di gengblogger tu. kalau tak caya, tengok gambar di bawah





hohohoho



404 bro. gigih tak ku mengelik di kala exam hari kames ni? huhuuuu, bukan apa, sebab tengok cik lolly berjaya menjadi paling friendly hari sebelum ni, jadi jeles pulak. tak boleh jadi ni! ku buat tekad, esok mesti namaku terpampang di sana. dan memang betul, hari ni terpampang disana, klik klik untuk tengok



tak layak ooh



rasanya benda ni tak sesuai dengan jiwaku. huhu, sebab ku berblog untuk kepuasan peribadi. menambah bacaan yang berbentuk 'suka-suka' disamping menambah kenalan. tapi semalam, apa yang ku buat, duk klik je link link kat gengblogger, mana layak jadi paling friendly. dengan kelajuan internet kat sini mencecah 20mbps (tak tipu, memang betol laju) maka senang lah ku nak klik entry2 di gengblogger tu.



so, title paling friendly memang tak layak. kalau title mengelik dengan banyak, ku layak la kot. hohoho



nasihat kepada blogger baru



jangan ditiru perbuatan ku semalam. memang etika berblog salah. sebut pasal etika ni, benda yang kalau kita buat orang tak nampak, kita tak buat pon orang tak tahu. nak kejar statistik, buat apa kan? nak harap dapat duit dari nuffnang? ishh, dengan cara menyepam (aku semalam menyepam) memang cara ni tak elok sesangat. nanti feel berblog akan luruh. nak komen pun, bacalah entry tu, janganlah nak mengomen, komen tajuk je. itu kejam namanya



nak jadi blogger hebat?



jangan jadi macam ni sudah nak kejar title blogger femes



ku buat rumusan tentang apa yang ustaz zaharuddin bagitau (dia punya ranking 666 di malaysia, kalah redmummy ok-1239) sekarang orang dah bijak. mencari penulisan penulisan yang kreatif. mencari tempat bacaan yang sesuai untuk diri sendiri. apa yang dia suggest, tulis blog dengan ilmu, bukan main bedal je tulis. lepas tulis, baca entry yang ditulis. kalau diri sendiri rasa bosan, maknanya orang yang membaca pun akan turut bosan. jadi, pandai2 lah ubah penulisan. ilmu penulisan bukan ilmu yang boleh dipelajari dalam tempoh singkat, tapi dalam masa yang lama juga. jadi, bersabarlah. ingat, tulis dengan ilmu, walaupun blog itu blog peribadi. ;-)



masam manis berblog.



inilah dia, masam manis berblog. ooh, dah boleh bagi nasihat dah aku ni. blog ni mematangkan kita kan? kan kan? huhu. kalau rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa doa supaya penulis blog ni berjaya dalam exam hari kames ni. hoho. erkk, yang tak daftar lagi gengblogger, daftar daftar lah. mudah aje. lepas daftar, sama sama kita ping. ping ping blog ;-)



nota kaki : time kasih yang sudi menjadi kawan di arena blog, harap kawan ini betol2 kawan dan kita berkawan untuk mendapat keredhaanNya ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 comments:

Lifesaver said...

1 hari 404 blog click???ish2...baca ke byk2 tu?

joegrimjow said...

mestilah almost x
kan da bgtau
huhu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW